You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PENGETUA

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH


KALI KE-37,2022

Selamat pagi, salam perpaduan dan salam kesukanan

Yang Berbahagia,
Dr. Chew Fook Yang,
Yang di-Pertua PIBG SMK Bukit Mewah

Yang dihormati,
Cik Zalilah binti Abdul Kahar
Penolong Kanan Kurikulum

Puan Vijaya Rani a/p Ponniah,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Hamdan bin Sumat


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Woo Wai Ling


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor - kaunselor,


Guru-guru, Barisan AJK PIBG, dan semua murid yang dikasihi
sekalian.

Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SMK Bukit


Mewah mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu
yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan
sukan sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada
guru-guru yang telah bertungkus-lumus sejak bulan Jun lagi
bermula dengan acara Merentas Desa, dan Sukan Tara dan
Acara Sebelum Sukan. Acara sebelum kejohanan sukan itu
memerlukan pengorbanan masa dan tenaga banyak pihak.
Apatah lagi negara kita telah dilanda pandemik Covid 19 2
tahun belakangan ini dan telah menghalang semua kegiatan luar
bilik darjah dilaksanakan terutamanya sukan. Di sebalik
kesibukan aktiviti sukan,pada masa yang sama guru-guru tidak
pernah mengabaikan kepentingan akademik.

Sesungguhnya kepentingan sukan sama utama dengan


kepentingan akademik. Oleh itu, saya menyeru kepada semua
agar berganding bahu untuk mengembalikan kegemilangan
sukan sekolah kita seperti sebelum berlakunya pandemik Covid-
19. Kepada para pelajar, sekalung tahniah saya ucapkan atas
kegigihan mengambil bahagian demi semangat berpasukan.
Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik darjah
akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian
akademik para pelajar.

Hadirin yang dihormati,

Kejohanan yang dijalankan merupakan agenda besar dalam


kalendar sekolah. Para pelajar yang terserlah
kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh
menjadi atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat
yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk


guru-guru mencipta kreativiti dan memacu semangat pelajar,
manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat untuk
melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin,
maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga
dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan


memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas
dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan
pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar
mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Akhir kata, terima kasih kepada Dr. Chew Fook Yang, Yang di
Pertua PIBG SMK Bukit Mewah yang sudi hadir merasmikan
kejohanan sukan kali ini, terima kasih kepada guru-guru yang
berkorban masa dan tenaga membuat persediaan kejohanan ,
terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong anak-anak, dan
terima kasih kepada pelajar yang bersemangat mengambil
bahagian. Diharap dengan usaha ini, kami dapat membentuk
generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Semoga acara hari ini dapat berjalan dengan jayanya.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun


Harum sungguh bunga kemboja,
Disusun dará dari Mandilin,
Sukan membentuk semangat waja,
Melahirkan insan yang berdisiplin.

Sekian, terima kasih.

You might also like