You are on page 1of 2

Cara menulis penyataan masalah

isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa
hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk
mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan
secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan.
Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana
menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan
pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia
merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam koneke


penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

Kedua: Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati
bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada
pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan
sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.

Ketiga: Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin
dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian
melalui penyelidikan yang dijalankan.

Keempat: Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang
dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab
soalan. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’
yang boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan.
Kelima: Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik ke atas hujah-hujah yang disampaikan.
Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif
penyelidik.

You might also like