You are on page 1of 9

Jurnal Psikologi Malaysia 30 (2) (2016):153-161 ISSN-2289-8174 153

KEPENTINGAN MOTIVASI PENDIDIKAN DALAM PEMERKASAAN KOMUNITI


PRIBUMI (THE IMPORTANCE OF MOTIVATION IN EDUCATION IN EMPOWER-
ING INDIGENOUS COMMUNITY)

Nasrudin Subhi1
Mohd Suhaimi Mohamad2
Junaenah Sulehan3
Manisah Ali4
Noor Rahamah Abu Bakar
1,2
Pusat Penyeldikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.
3
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.
4
Pusat Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.

ABSTRACT

The importance of education has long been identified as one of the main components in an effort to
empower an individual or a community thus bringing them out of poverty. Therefore, motivation and
encouragement in education is important in helping indigenous communities to empower their lives.
This study aimed to explore the form of motivation in education towards empowering the Orang Sungai
community in Paitan, Sabah. Respondents consisted of 38 heads of households. The study was con-
ducted using a mixed method approach where a survey using the asset mapping form is combined with
interviews to obtain detailed and accurate answers. The findings were analyzed by thematic analysis
found the emergence of two main themes, namely intrinsic motivation (self attendance record, no money
wager and children’s attendance record) and extrinsic (bag and stationery, experience learning from
a teacher, foods and beverages, friends and siblings as well as experiences of mingling with outsiders).
Overall the advocacy literacy programme has succeeded in raising awareness about the importance of
education among adult learners. This awareness needs to be nurtured and given the attention so that
the learning process can be continued to a higher level in the future.

Keywords: motivation;, education; adult learners; empowerment; indigenous; Orang Sungai

ABSTRAK

Kepentingan pendidikan telah lama dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam usaha
untuk memperkasa seseorang individu mahupun sesebuah komuniti lantas membawa mereka keluar
daripada kepompong kemiskinan. Justeru itu, motivasi dan galakan dalam pendidikan penting dalam
usaha membantu komuniti pribumi ke arah memperkasakan kehidupan mereka. Kajian ini bertujuan
untuk meneroka bentuk motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti Orang Sungai di Paitan,
Sabah. Responden terdiri daripada 38 ketua isi rumah. Kajian dilakukan dengan menggunakan pen-
dekatan campuran di mana teknik survei menggunakan borang pemetaan aset digabungkan dengan
teknik temu bual bagi mendapatkan jawapan yang tepat lagi terperinci. Dapatan kajian dianalisis
menggunakan analisis tema mendapati timbulnya dua tema utama iaitu motivasi intrinsik (rekod ke-
154

hadiran diri, tiada taruhan wang dan rekod kehadiran anak) dan ekstrinsik (beg dan alat tulis, pen-
galaman berguru, makan dan minum, rakan dan adik-beradik serta pengalaman bergaul dengan orang
luar). Keseluruhannya program advokasi literasi telah berjaya menimbulkan kesedaran tentang
kepentingan pelajaran dalam kalangan pelajar dewasa. Kesedaran ini perlu terus dipupuk dan diberi
perhatian agar proses pembelajaran dapat diteruskan keperingkat yang lebih tinggi di masa akan da-
tang.

Kata kunci: motivasi; pendidikan; pelajar dewasa; pemerkasaan; pribumi; Orang Sungai

PENGENALAN melalui pengurangan kadar buta huruf dalam


kalangan masyarakat Orang Asal yang beru-
Isu pendidikan yang melibatkan komuniti mur 21 tahun ke atas (JAKOA, 2014). Modul
masyarakat Orang Asal masih lagi di tahap KEDAP ini menggunakan pendekatan an-
yang belum boleh dibanggakan. Isu keciciran dragogi iaitu kaedah pembelajaran golongan
masih lagi tinggi bagi masyarakat Orang Asal. dewasa serta menumpu kepada tiga fasa iaitu
Tidak dinafikan lokasi geografi mereka di tambat, teroka dan taksir (3T). Manakala ap-
samping budaya animisme yang mereka anuti likasi pengajaran menerapkan pelbagai pen-
banyak mempengaruhi soal keciciran dalam dekatan dalam usaha membantu peserta men-
isu pembelajaran. Mereka ini tinggal jauh di guasai kemahiran asas membaca, menulis dan
pendalaman dan untuk ke sekolah adakala me- mengira (3M). Sebagai contoh, pada tahun
makan masa beberapa jam atau hari hanya 2013 sahaja sebanyak 87 kelas KEDAP telah
dengan berjalan kaki. Kepercayaan mereka dilaksanakan yang meliputi capaian seramai
pula, apabila ada berlaku kematian dalam 2,610 orang dengan kos RM4.82 juta
keluarga mereka tidak boleh menjejakkan kaki (JAKOA, 2013). Angka ini mengalami pen-
ke tanah untuk satu tempoh masa. Perkara sep- ingkatan pada tahun 2014 di mana sebanyak
erti inilah yang menyebabkan keciciran yang 134 kelas KEDAP telah dilaksanakan yang
dimaksudkan. Sehubungan dengan itu, pel- meliputi capaian seramai 3,999 dengan kos
bagai kaedah telah dilakukan bagi membantu RM6.4 juta (JAKOA, 2014). Melalui pekelil-
mengurangkan masalah ini dalam meningkat- ing kewangan, Kementerian Pelajaran Malay-
kan pencapaian pendidikan dalam kalangan sia menetapkan setiap sekolah mempunyai
Orang Asal. bilangan maksima 25 orang murid dewasa
dengan tempoh pembelajaran selama 100 hari
Dalam masa yang sama, golongan dewasa juga atau 200 jam selain diberikan beberapa elaun
tidak dinafikan hak pembelajaran mereka aki- dan bantuan (Jadual 1) (Kementerian Pelajaran
bat segala kekurangan masa lalu. Atas Malaysia, 2008). Pemberian ini adalah sebagai
kesedaran ini, kerajaan telah memperkenalkan suatu bentuk insentif yang diharap berupaya
Kelas Dewasa Asli Pribumi (KEDAP) yang meningkatkan motivasi dalam kalangan pela-
mensasarkan isu pendidikan dalam golongan jar dewasa.
Orang Asal dewasa (JAKOA, 2013). Tujuan
KEDAP adalah untuk mengurangkan keciciran

Jadual 1. Jenis dan kadar elaun/ bantuan KEDAP


No. Jenis Elaun/ Bantuan Kadar Seorang Tempoh
1. Elaun kehilangan pendapatan RM19/hari 100hari/thn
2. Elaun makan RM4/hari 100hari/thn
3. Elaun pakaian RM50/thn Sekali/thn
4. Bantuan buku dan peralatan pembelajaran RM50/thn Sekali/thn
5. Elaun kesihatan RM50/thn Sekali/thn
6. Pakej lawatan RM50/thn Sekali/thn
7. Elaun guru RM50/jam 200jam/thn

Keciciran pendidikan dalam kalangan Orang meruncing. Data keciciran dari darjah satu ke
Asal masih dilihat sebagai suatu yang amat tingkatan lima bagi tahun 2006 hingga 2010
Jurnal Psikologi Malaysia 30 (2) (2016):153-161 ISSN-2289-8174 155

adalah dalam purata 66.4 peratus (Zainal ganjaran sedemikian di masa akan datang; (2)
Abidin, 2012). Keciciran paling tinggi adalah memberikan maklum balas lisan bagi kerja
tamat darjah enam ke tingkatan satu. Data yang baik dilakukan berbanding orang lain
sedekad bermula tahun 2000 hingga 2010 berupaya mengingkatkan motivasi intrinsik;
mendapati purata keciciran sekolah rendah (3) memberikan ganjaran luar bagi melakukan
masuk ke sekolah menengah adalah pada per- sedikit tugas atau menyiapkan tugas yang spe-
atusan 39.8 peratus (Zainal Abidin, 2012). Da- sifik berkemungkinan menurunkan motivasi
lam erti kata lain, hampir separuh daripada intrinsik.
pelajar yang tamat darjah enam tidak berpelu-
ang menyambung pelajaran ke peringkat Cabaran pendidikan bagi golongan terpinggir
menengah. ini juga amat besar. Ramle & Faridah (2012)
telah membahagi cabaran ini kepada dua caba-
Motivasi pendidikan dari segi teorinya biasa ran khusus iaitu cabaran berkaitan pelajar dan
dikaitkan dengan soal pencapaian seseorang cabaran berkaitan persekitaran setempat. An-
dalam bidang pendidikan. Untuk memperoleh tara cabaran berkaitan pelajar ini termasuklah
pencapaian yang memberansangkan dalam para pelajar tiada matlamat dalam soal pen-
pendidikan perlu kepada motivasi faktor kog- didikan, mempunyai rasa rendah diri yang
nitif. Ini bermaksud, bagaimana seseorang tinggi, kurang keyakinan diri, kurang usaha
menilai atau mempersepsi serta bagaimana serta kurang motivasi untuk berjaya baik ber-
penilaian dan persepsi ini mempengaruhi bentuk intrinsik mahupun ekstrinsik. Selain
kesudian seseorang untuk bekerja. Motivasi itu, cabaran berkaitan persekitaran setempat
pendidikan boleh dibahagi kepada dua iaitu turut dikenal pasti antaranya budaya yang tidak
motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Mo- mementingkan soal pendidikan, persekitaran
tivasi intrinsik bermakna keterlibatan dalam geografi yang terpencil, kemiskinan yang
sesuatu aktiviti tanpa menerima apa-apa ganja- membelenggu kehidupan serta perkahwinan
ran luar kerana tingkah laku yang dilakukan berlaku di awal usia lantas menghambat soal
secara peribadinya memberikan kepuasan atau pendidikan.
kerana keterlibatan aktiviti ini memenuhi ke-
percayaan atau harapan (Plotnik & Kouyoum- Banyak kajian terdahulu telah menyatakan ba-
djian, 2011). Dengan kata lain, motivasi in- hawa pelajar daripada golongan minoriti dan
trinsik ini ibarat melakukan sesuatu yang miskin mempunyai tahap pencapaian pendidi-
disukai justeru kepuasan yang diterima tidak kan yang lebih rendah berbanding pelajar lain.
sekali-kali dapat disetarakan dengan nilaian Oleh itu, Tough (2006) mendapati bahawa
wang. bagi sekolah yang pelajarnya terdiri daripada
golongan minoriti dan miskin perlu men-
Motivasi ekstrinsik pula bermaksud keterli- gaplikasi tiga ciri penting: (1) waktu
batan dalam sesuatu aktiviti atau tingkah laku persekolahan yang lebih panjang berbanding
sama ada untuk mengurangkan keperluan bi- waktu persekolahan biasa; (2) ada mencatat
ologi atau membantu kita mencapai insentif matlamat pendidikan yang jelas bagi menen-
dan ganjaran luar seperti wang, hadiah dan tukan sama ada guru-guru mencapai matlamat
anugerah (Plotnik & Kouyoumdjian, 2011). ini; (3) sekolah ini bukan sahaja mengajar
Segala elaun dan bantuan seperti yang telah pelajar tentang akademik malah mengajar ciri-
tersenarai dalam Jadual 1 tadi adalah merupa- ciri pembawaan diri seperti bagaimana untuk
kan motivasi ekstrinsik yang telah disediakan duduk dengan betul dalam bilik darjah,
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melakukan kontak mata yang sesuai dan mem-
usaha untuk merealisasikan pembelajaran bagi buat kerja secara kerjasama dalam kumpulan.
golongan dewasa menerusi KEDAP. Cabaran pengajaran-pembelajaran perlu turut
diambil berat. Ramle & Faridah (2012) telah
Para pengkaji telah pun mencapai tiga kes- mengenal pasti faktor-faktor pengajaran-pem-
impulan umum berkenaan pengaruh ganjaran belajaran yang melibatkan hal Orang Asal: (1)
luar kepada motivasi intrinsik (Deci & Moller, kualiti tenaga pengajar yang kurang berpen-
2005; Eisenberger et al., 1999; Lepper et al., galaman untuk mengajar di kawasan pendala-
1999): (1) memberikan ganjaran luar secara man, (2) kurang komitmen daripada tenaga
tidak disangka tidak akan mengurangkan mo- pengajar dan kakitangan sokongan dalam
tivasi intrinsik, namun orang akan mengharap usaha meningkatkan pendidikan Orang Asal
156

kerana masih menganggap mereka sebagai bo-


doh dan malas, (3) kaedah pengajaran-pem-
belajaran yang kurang menarik untuk mening- METOD KAJIAN
katkan minat belajar dan (4) memajukan pen-
didikan di pendalaman memerlukan usaha pel- Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kajian
bagai pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan campuran (mix method) bagi pengumpulan
agensi berkaitan setempat. maklumat. Pertama teknik survei
menggunakan borang pemetaan aset bagi
Di Sabah, kelompok Orang Sungai merupakan mendapatkan profil isi rumah dilakukan.
salah satu daripada 50 kumpulan etnik sedia Kaedah pemetaan aset yang digunakan adalah
ada manakala dalam kelompok Orang Sungai bersandarkan saranan oleh Martin et al. (2012)
itu pula boleh dipecahkan lagi kepada 53 sub- menggunakan Asset Based Community Devel-
etnik yang berbeza (Wan Shawaluddin & opment (ABCD). Kaedah ABCD adalah satu
Yong, 2012). Namun, tiga kumpulan sub-etnik bentuk kaedah korektif bagi pemetaan
Orang Sungai yang utama adalah Orang Georaphic Informations Systems (GIS) di
Sungai Paitanik, Orang Sungai Dusunik dan kawasan yang kekurangan teknologi seperti di
Orang Sungai Ida’an. Bagi Orang Sungai Pai- pendalaman dan terpencil dengan memberi
tanik mereka mereka masih lagi boleh diang- kuasa kepada komuniti setempat untuk
gap terkebelakang dan terpinggir. Kampung memetakan aset-aset individu, sosial,
Abuan, kampung yang menjadi lokasi kajian kewangan, alam semulajadi dan fizikal demi
ini juga terletak jauh di pendalaman. manfaat komuniti tersebut lantas
Menggunakan laluan balak akan mengambil mengurangkan kebergantungan kepada pihak
masa lebih kurang sejam untuk masuk ke kam- luar. Bagi melengkapkan borang pemetaan
pung. Namun, ia turut bergantung kepada aset ini teknik temu bual perlu digunakan. Oleh
cuaca memandangkan sekiranya di musim hu- itu, kemahiran menemubual perlu ada pada
jan jalan balak pasti akan lecak dan berselut. para penyelidik agar temubual tersebut kaya
Sebelum adanya jalan balak laluan utama ma- dengan isi yang mencerminkan aset komuniti
suk ke Kampung Abuan adalah dengan mene- yang dikaji. Temu bual dilakukan dalam men-
lusuri sungai menggunakan bot berenjin yang tadbir borang pemetaan aset. Walaupun tatkala
mengambil masa sekitar kurang dua jam ber- mentadbir borang pemetaan aset ini dilakukan
gantung kepada tahap kedalaman dan aliran bersama ketua isi rumah, namun hakikatnya
air. Jika di musim kemarau maka lebih banyak- kemungkinan kedapatan ahli lain yang turut
lah jeram yang terpaksa ditempuhi. Sekiranya serta pada masa, contohnya isteri ataupun
jeram itu besar maka para penumpang bot anak. Justeru, ada ketikanya mereka turut me-
perlu turun daripada bot dan memikul serta nyumbang terhadap proses pungutan
menolak bot naik untuk memepasi jeram terse- maklumat ini.
but. Perlu diingat ini memandangkan perjal-
anan menerusi sungai adalah secara Selain itu, proses pengumpulan maklumat juga
menongkah arus kerana Kampung Abuan ter- dilakukan dalam bentuk pengumpulan data
letak di bahagian hulu sungai. Akibat daripada sekunder yang diperolehi daripada bahan-ba-
kedudukan geografi yang jauh di pendalaman han seperti rekod dan cacatan program,
ini maka sukar bagi pihak kerajaan melakukan laporan berkenaan Orang Sungai, rekod pen-
usaha untuk membangunkan pelajaran dalam capaian pelajar dan sebagainya.
kalangan masyarakat kampung dan kawasan
setempat. Oleh itu tahap keciciran masih lagi Dapatan daripada temu bual dianalisis secara
tinggi dalam kalangan golongan dewasa. analisis tema di mana setelah in temu bual
Tahap keciciran yang masih tinggi ini pastinya ditranskrip ke dalam bentuk verbatim,
menghambat kemajuan di samping sukar un- penyelidik akan melakukan ulang baca untuk
tuk menjadi pemangkin kepada kecemerlangan mengenal pasti tema-tema yang timbul. Tema-
akademik generasi muda. Justeru, kertas kerja tema yang hampir sama akan diguguskan un-
ini cuba untuk menyingkap apa bentuk moti- tuk membentuk tema satu tema baharu yang
vasi pendidikan serta sejauh mana ia diterap- lebih murni.
kan ke dalam Program kesetaraan dalam pen- Responden temu bual terdiri daripada seramai
didikan komuniti Orang Sungai di Kampung 38 ketua isi rumah. Dapatan keseluruhan bagi
Abuan. pemetaan aset mendapati bilangan penduduk
Jurnal Psikologi Malaysia 30 (2) (2016):153-161 ISSN-2289-8174 157

kampong Abuan adalah seramai 87 orang orang pada hari pertama akhirnya berjaya men-
lelaki dan 100 orang perempuan. Sementara capai kapasiti kelas mencecah angka 14 orang.
itu, majoriti penduduk adalah mereka yang Ini adalah penambahan sekitar 100 peratus.
berumur bawah 30 tahun (72.8%) diikuti Dari segi kesungguhan menghadirkan diri ke
mereka yang berumur 30 – 60 tahun (24%) dan kelas juga amat baik di mana sebanyak 63 per-
mereka yang berumur lebih 60 tahun (3.2%). atus berjaya mengekalkan rekod kehadiran di
Sebanyak 50.8 peratus beragama Kristian, 43.9 tahap 65 peratus (Jadual 2). Lebih membang-
peratus Pagan dan hanya 5.3 peratus beragama gakan, seramai dua orang pelajar berjaya
Islam. Mengenai status perkahwinan pula mengekalkan kehadiran mereka di tahap 100
seramai 113 orang bergelar bujang, 73 orang peratus walaupun hakikatnya pelbagai cabaran
berkahwin dan seorang bergelar janda. dihadapi mereka.

Antara perkara utama yang dilihat turut men-


HASIL DAN PERBINCANGAN dorong ke arah peningkatan kehadiran ialah
modul literasi yang dibentuk khusus bagi
Hasil kajian ini mendapati dua tema utama Orang Sungai. Modul ini dibentuk secara ‘bot-
berhubung motivasi pendidikan iaitu motivasi tom-up’ di mana para penyelidik telah
intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Di dalam melakukan kajian awal dalam usaha mengenal
tema motivasi intrinsik kajian ini mengenal pasti aktiviti seharian masyarakat Orang
pasti sebanyak tiga subtema iaitu: (1) rekod ke- Sungai untuk diterap masuk ke dalam pemben-
hadiran diri, (2) tiada taruhan wang dan (3) tukkan modul literasi. Selain itu, modul literasi
rekod kehadiran anak. ini turut mengguna pakai istilah-istilah setem-
pat masyarakat Orang Sungai untuk mening-
Pertama, salah satu kaedah bagi menilai katkan ketertarikan dalam kaedah pengajaran
kesungguhan para pelajar dalam menimba dan pembelajaran. Modul literasi ini mengam-
ilmu ialah dengan menggunakan buku rekod bil kira apa yang Orang Sungai mahu, mirip
kehadiran. Buku rekod kehadiran ini dikawal apa yang telah dijelaskan oleh Juli (2012) ten-
selia oleh guru yang mengajar. Menerusi tang kehendak Orang Asal dalam soal pendidi-
kajian pasaran yang telah dilakukan sebelum kan.
program bermula pihak kami dimaklumkan
bahawa terdapat sekitar 25 orang dewasa yang Kedua, bermula sedari perjumpaan pertama
telah dikenal pasti sudi untuk mengikut kelas para pelajar dengan kesemua penyelidik pro-
dewasa yang kami anjurkan. Namun, pada hari jek, ketua penyelidik telah pun memberikan
pertama kelas bermula cuma seramai tujuh penjelasan menyeluruh kepada para pelajar
orang sahaja yang hadir. Walaupun angka ini berkenaan program kelas dewasa yang dijalan-
jauh lebih meleset daripada jangkaan dan tidak akan. Dalam masa yang sama, beliau juga telah
dinafikan timbul kekecewaan di dalam diri menjelaskan bahawa memandangkan program
kami para penyelidik, kami sedar kami tidak ini merupakan projek penyelidikan, justeru,
boleh putus asa dan perlu terus optimis. Kami program ini tiada peruntukan untuk mem-
melakukan yang terbaik dalam melaksanakan berikan imbuhan wang ke atas penglibatan se-
kelas pertama dengan mempamerkan bagai peserta. Soal ketiadaan imbuhan ini acap
kesungguhan dalam memberikan pendidikan, kali diingatkan sepanjang program ini dijalan-
semangat yang kental dalam memastikan kan. Kegusaran awal yang para penyelidik
keberjayaan kelas pertama dan sifat hadapi berkenaan imbuhan wang kerana pro-
keterbukaan serta mesra dalam melayan pela- gram KEDAP yang dilaksanakan kerajaan
jar-pelajar dewasa serta anak-anak mereka. memberikan RM 23 sehari merangkumi RM19
Selain itu, kami turut memberikan peneguhan sebagai elaun kehilangan pendapatan dan RM4
kepada para pelajar yang hadir agar mereka sebagai elaun makan (Kementerian Pelajaran
turut mengajak penduduk lainnya untuk datang Malaysia, 2008). Hakikatnya elaun harian
belajar bersama. Usaha dan keyakinan kami sebegitu besar tidak mampu untuk ditunaikan
berbaloi apabila pada hari-hari seterusnya ter- menerusi projek penyelidikan sebegini. Na-
dapat pertambahan bilangan pelajar hingga ke mun, respons daripada peserta selaku pelajar
tahap yang membanggakan. Ini terbukti apa- dewasa masih lagi memberangsangkan. Ini
bila kelas yang hanya bermula dengan tujuh dibuktikan daripada pemerhatian dan rekod
kedatangan yang baik daripada para pelajar
158

yang hadir ke kelas dewasa ini. Hal ini turut matlamat serta implikasi program yang dijal-
membuktikan bahawa para pelajar faham ankan buat mereka.

Jadual 2. Rekod kehadiran murid dewasa berserta anak-anak mereka


Kehadiran murid de- Kehadiran anak-anak
No. Tarikh
wasa (org) (org)
1. 09/02/15 7 8
2. 10/02/15 8 6
3. 11/02/15 10 -
4. 12/02/15 13 -
5. 23/02/15 12 6
6. 24/02/15 12 11
7. 25/02/15 11 10
8. 26/02/15 8 14
9. 05/03/15 10 12
10. 06/03/15 10 12
11. 07/03/15 12 12
12. 08/03/15 10 -
13. 09/03/15 7 11
14. 10/03/15 9 12
15. 11/03/15 10 7
16. 12/03/15 10 14
17. 30/03/15 14 -
18. 31/03/15 13 16
19. 09/04/15 12 12
(-): tiada data yang dicatat dalam buku rekod kehadiran pelajar

Ketiga, satu keunikan program ini ialah kami kehadiran anak-anak yang tidak kurang he-
membenarkan para pelajar membawa anak- batnya, bermula dengan penglibatan lapan
anak mereka sewaktu menghadirkan diri ke da- anak di kelas pertama jumlah ini bertambah se-
lam kelas. Hal ini boleh dibincangkan dalam hingga 16 orang pada kelas ke-18. Ini menun-
dua perspektif. Pertama, si ibu punyai jukkan peningkatan penglibatan di tahap 100
kesedaran yang tinggi untuk menimba ilmu peratus (Jadual 2). Situasi membawa anak-
memandangkan sewaktu kecil dahulu beliau anak bersama ke dalam kelas ini agak berbeza
berkemungkinan tidak berkesempatan untuk dengan pengalaman yang pernah diperhatikan
belajar dengan sempurna. Lantas, daripada oleh penyelidik dalam satu program KEDAP.
kesedaran yang tinggi ini si ibu sanggup untuk Sebagai contoh, sewaktu penyelidik ke SK
membawa bersama anak-anak ke kelas yang Tasik Chini yang digunakan bagi kelas
dihadiri. Kedua, secara tidak langsung KEDAP untuk Orang Asal di sana bagi tujuan
kesungguhan yang dipapar oleh si ibu akan kajian berlainan, penyelidik berkesempatan
turut mendorong anak-anaknya menghargai memerhati para pelajar Orang Asal hadir ke
pendidikan dan bersemangat untuk belajar sekolah untuk menghadiri kelas KEDAP.
bagi memajukan diri mereka sendiri. Selain Rata-rata mereka berjalan bersaingan dengan
itu, ibu bapa juga sudah berupaya untuk me- rakan-rakan tanpa ditemani oleh anak-anak.
mantau serta membantu anak-anak mereka Jika ditemani anak-anak pun jumlahnya amat
melakukan kerja rumah yang diberikan oleh kecil berbanding situasi yang berlaku dalam
guru di sekolah dan secara tidak langsung hal kalangan Orang Sungai di Kampung Abuan.
ini dapat mengurangkan kadar keciciran dalam
kalangan anak-anak Orang Asal apabila ibu Tema utama kedua bagi kajian ini adalah mo-
bapa mulai faham kepentingan pendidikan tivasi ekstrinsik. Kajian ini telah mengenal
(Aminuddin, 2012; Wan Badaruddin, 2012). pasti sebanyak lima sub-tema iaitu: (1) beg dan
Keterlibatan anak-anak secara tidak langsung alat tulis, (2) pengalaman berguru, (3) makan
dalam program ini turut dibuktikan oleh rekod
Jurnal Psikologi Malaysia 30 (2) (2016):153-161 ISSN-2289-8174 159

dan minum dan (4) rakan dan adik-beradik, (5) budaya masyarakat Orang Asal termasuk
pengalaman bergaul dengan orang luar. Orang Sungai. Aktiviti ini dilihat sebagai tim-
bal balik terhadap elaun makan yang tidak
Pertama, sebagai pelajar baharu, semestinya dapat diberikan seperti mana dalam program
akan merasa teruja apabila diberikan keperluan KEDAP. Malah pemberian kudapan secara
pembelajaran. Begitu juga dengan para pelajar langsung di dalam kelas adalah lebih men-
dewasa ini. Alatan pembelajaran yang diberi- jimatkan belanja mengurus secara kese-
kan kepada mereka adalah seperti buku kerja, luruhan. Dengan kata lain, sekiranya elaun
buku rampaian, kotak pensil, pensil, pensil makan diberikan kepada para pelajar (hanya
warna, pemadam, peraut, pembaris, gunting diperolehi di akhir program) seperti program
dan gam. Para pelajar juga dibekalkan dengan KEDAP, kudapan tetap perlu diberikan me-
sebuah beg galas setiap seorang dalam memu- mandangkan budaya makan minum ini dilihat
dahkan para pelajar membawa peralatan pem- sebagai insentif utama dalam merangsang
belajaran mereka ke kelas. Alatan pembelaja- keterlibatan program khususnya yang melibat-
ran yang diberikan ini adalah bahan asas yang kan Orang Asal. Selain itu, dengan pemberian
digunakan di dalam program literasi ini. Ber- kudapan para pelajar lebih fokus kerana kuda-
bekalkan alatan pembelajaran ini membole- pan ini boleh mengelakkan rasa mengantuk di
hkan para pelajar belajar dengan sempurna di samping dapat mengeratkan tali silaturrahim
dalam kelas juga turut membolehkan mereka antara semua yang terlibat menjayakan kelas.
melakukan kerja rumah sekiranya ada diberi-
kan oleh guru. Keempat, individu signifikan seperti adik-be-
radik, pasangan dan rakan baik juga dilihat se-
Kedua, kebanyakan pelajar dewasa yang bagai faktor ekstrinsik yang mendorong pela-
menghadiri program adalah terdiri daripada jar dewasa ini datang ke kelas. Tidak dinafikan
mereka yang tidak pernah sekolah atau pun mereka ini di awalnya mempunyai rasa segan
mereka keciciran akibat oleh faktor-faktor ter- dan malu. Namun, dengan adanya sokongan
tentu. Justeru, mereka menyambut baik pelu- daripada individu signifikan ini untuk datang
ang yang diberikan untuk kembali belajar. Me- bersama ke sekolah menjadikan mereka lebih
mandangkan guru yang bertugas dalam pro- selesa dan bersemangat. Sebagai contoh, Rusdi
gram ini adalah terdiri daripada guru SK Sandakong adalah suami kepada Malia Sa-
Abuan yang dipilih oleh guru besar maka lapid; Malia, Buyong dan Apot adalah adik be-
secara tidak langsung para pelajar berpeluang radik manakala Joanna Mandoring adalah
untuk kembali merasai pengalaman berguru rakan baik kepada Johiria Sogoh. Secara tidak
dengan guru-guru terlatih. Kesempatan men- langsung ia dapat meningkatkan motivasi indi-
dampingi guru-guru ini juga dilihat sebagai bo- vidu serta mengeratkan muafakat sesama
nus memandangkan guru-guru ini jugalah mereka.
yang mengajar anak-anak mereka di sekolah.
Malah manfaat juga turut dirasai oleh guru ber- Kelima, pengalaman bergaul dengan masyara-
tugas kerana mereka boleh mengenali dengan kat luar juga dilihat sebagai faktor motivasi
lebih mendalam ibu bapa murid yang mereka ekstrinsik. Duduk di pendalaman menjadikan
ajar di sekolah. Orang Sungai di Kampung Abuan kurang ber-
peluang untuk bergaul dengan masyarakat
Ketiga, salah satu lagi keunikan program ini luar. Sama seperti masyarakat Orang Asal
ialah para pelajar diberikan air kotak, biskut yang lainnya, Orang Sungai juga seringkali
dan gula-gula yang disajikan sewaktu dan dilabel sebagai komuniti yang pemalu. Namun
sesudah kelas mengikut kesesuaian. Me- hakikatnya mereka turut mahu memperolehi
mandangkan mereka ini tinggal di kawasan peluang bergaul dengan masyarakat luar.
pendalaman, kemudahan mendapat makan dan Cuma mereka ini perlu disapa dan dipelawa
minum ini di dalam program dianggap sebagai berulang kali dengan nada yang mesra. Walau
daya penarik yang signifikan. Ini me- bagaimanapun, setelah mereka biasa dengan
mandangkan untuk mendapatkan peluang me- wajah-wajah masyarakat luar mereka
rasa benda-benda tersebut bukan suatu yang sebenarnya mudah untuk didekati dan ber-
senang disebabkan mereka tinggal jauh di pen- kongsi cerita. Hal ini dirasai oleh para
dalaman. Tambahan, acara makan minum ada- penyelidik sendiri dalam menjalankan pro-
lah satu kegiatan yang sangat sinomin dengan gram ini. Budaya ini dilihat terbalik dengan
160

norma sejagat di mana tuan rumah biasanya Azlina Abdullah & Zurina Mansor
dilihat perlu menyambut dan melayan tetamu (pnyt). Pendidikan dan Orang Asli da-
yang hadir atau datang berkunjung ke tempat lam arus perdana (hlm. 31-40). Kuala
mereka. Terengganu: Universiti Sultan Zainal
Abidin.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Ku-
KESIMPULAN DAN SARANAN rikulum kelas dewasa bagi ibu
bapamurid Orang Asli dan Peribumi.
Secara keseluruhannya program advokasi lit- Putrajaya: Bahagian Pembangunan Ku-
erasi ini telah dilihat berjaya menimbulkan rikulum, Kementerian Pelajaran Malay-
kesedaran kepada para pelajar dewasa tentang sia.
kepentingan pelajaran. Perkara ini penting Lepper, M. R., Henderlong, J., & Gingras, I.
sebab kesedaran ini jugalah yang menjadi (1999). Understanding the effects of ex-
pemangkin yang meransang diri para pelajar trinsic rewards on intrinsic motivation –
dewasa ini untuk terus maju dalam menimba Uses and abuses of meta-analysis: Com-
ilmu malah ia turut penting dalam meransang ment on Deci, Koestner, and Ryan
pembelajaran anak-anak mereka untuk lebih (1999). Psychological Bulletin, 125,
berjaya di masa akan datang. Selain itu, moti- 669-676.
vasi intrinsik (rekod kehadiran diri, tiada ta- Martin, M., Peters, B., & Corbett, J. (2012).
ruhan wang dan rekod kehadiran anak) dan Participatory Asset Mapping in the Lake
ekstrinsik (beg dan alat tulis, pengalaman Victoria Basin of Kenya, URISA. Jour-
berguru, makan dan minum, rakan dan adik- nal of the Urban & Regional Infor-
beradik serta pengalaman bergaul dengan mation Systems Association, 24 (2), 45-
orang luar) yang telah dikenal pasti perlu di- 55.
jadikan sandaran bagi pelaksanaan program- Plotnik, R. & Kouyoumdjian, H. (2011). Intro-
program pendidikan yang mensasarkan golon- duction to psychology. 9th.ed. Belmont,
gan Orang Asal. Sehubungan dengan itu juga, CA: Wadsworth Cengage Learning.
kesedaran yang timbul ini perlu terus dipupuk Ramle Abdullah & Faridah Mat. (2012). Po-
dan diberi perhatian, justeru, adalah sangat tensi pendidikan pelajar Orang Asli di
bersesuaian sekiranya modul advokasi literasi Kelantan dan Terengganu: Perspektif
tahap pertengahan boleh dibentuk agar proses JAKOA. Dalam Ramle Abdullah, Mo-
pembelajaran yang telah dimulakan dapat hamad Hafis Amat Simin, Azlina Ab-
diteruskan. dullah & Zurina Mansor (pnyt). Pen-
didikan dan Orang Asli dalam arus per-
dana (hlm. 77-91). Kuala Terengganu:
RUJUKAN Universiti Sultan Zainal Abidin.
Tough, P. (2006, November 26). What it takes
Deci, E. L., & Moller, A. C. (2005). The con- to make a student. The New York Times
cept of competence. In A. J. Elliot & C. Magazine.
S. Dweck (Eds.), Handbook of compe- Wan Badaruddin Wan Omar. (2012). Faktor
tence and motivation (pp.579-597). kecemerlangan pendidikan pelajar
New York: Guilford Press. Orang Asli: Kes di Kelantan. Dalam
Eisenberber, R., Pierce, W. D., & Cameron, J. Ramle Abdullah, Mohamad Hafis Amat
(1999). Effect of reward on intrinsic mo- Simin, Azlina Abdullah & Zurina
tivation – negative, neutral, and posi- Mansor (pnyt). Pendidikan dan Orang
tive: Komen pada Deci, Koestner, Asli dalam arus perdana (hlm. 93-100).
&Ryan (1999). Psychological Bulletin, Kuala Terengganu: Universiti Sultan
125, 677-691. Zainal Abidin.
JAKOA. 2013. Laporan -tahunan JAKOA. Wan Shawaluddin Wan Hassan & Yong Pau
ISBN 983-44532. Lin. (2012). Asal usul, sosioekonomi
JAKOA. 2014. Laporan -tahunan JAKOA. dan budaya Orang Sungai. Dalam
ISBN 983-44532. Rosazman Hussin, Jalihah Md. Shah &
Juli Edo. (2012). Pendidikan Orang Asli: Hara- Dayu Sansalu (pnyt). Orang Sungai
pan dan peluang. Dalam Ramle Abdul- (hlm. 13-40). Kuala Lumpur: Institut
lah, Mohamad Hafis Amat Simin, Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Jurnal Psikologi Malaysia 30 (2) (2016):153-161 ISSN-2289-8174 161

Zainal Abidin Hj Ali. (2012). Pelan tindakan


pembangunan pendidikan Orang Asli
2000-2010. Dalam Ramle Abdullah,
Mohamad Hafis Amat Simin, Azlina
Abdullah & Zurina Mansor (pnyt). Pen-
didikan dan Orang Asli dalam arus per-
dana (hlm. 43-58). Kuala Terengganu:
Universiti Sultan Zainal Abidin.

You might also like