You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PSKPP BIL.

2/2023
TARIKH: 11 SEPTEMBER 2023
MASA: 5.00 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA, BANGUNAN SETIAUSAHA KERAJAAN
NEGERI PERAK
KEHADIRAN:
BIL. NAMA JAWATAN
1 Pengarah Pendidikan
Yang Dipertua
(En. Mohamad Fauzi bin Mahson)
2 Timbalan Pengarah Pendidikan,
Sektor Pembangunan Murid. Timbalan Yang Dipertua.
(Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar)
3 Timbalan Pengarah,
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Timbalan Yang Dipertua
(Wakil En Mohamad Adam bin Abd Aziz)
4 Timbalan Pengarah,
Sektor Pembelajaran Timbalan Yang Dipertua
(En. Safuan bin Haji Raba’ai)
5 Ketua Penolong Pengarah,
Setiausaha Agung
Unit Pembangunan Bakat Murid.
PSKPP Perak.
(Encik Mohamad Sayuti bin Abas)
6 Penolong Pengarah ,
Bendahari Kehormat
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan).
PSKPP Perak.
(Encik Azizul Hakim bin Ismail)
7 Ketua Penolong Pengarah Kanan ,
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan. Ahli Jawatankuasa.
(Wakil En. Ismail bin Ni)
8 Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Sumber Manusia. Ahli Jawatankuasa.
(Pn. A.Vasanthi a/p Ambikapathi)
9 Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Pendidikan Khas. Ahli Jawatankuasa.
(Tuan haji Ahmad Lutfi bin Abu Bakar)
10 Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan. Ahli Jawatankuasa.
(Wakil Noor Hidayah binti Mustafa)
11 Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Pengurusan Maklumat. Ahli Jawatankuasa.
(Wakil Syaiful Maizan bin Md Shariff)
12 Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri,
Sektor Psikologi dan Kaunseling Ahli Jawatankuasa
(Tn Haji Zulkepli bin Zainol Din)
13 Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Integriti. Ahli Jawatankuasa.
(Wakil En. Magendran Raman)
14 Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang. Pengerusi PSKPP Batang
(Wakil En. Azman bin Yahaya) Padang.
15 Pegawai Pendidikan Daerah Manjung. Pengerusi PSKPP
(Tuan Haji Musa bin Hamid) Manjung.
16 Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan Pengerusi PSKPP Kinta
(Dr. Mor Hamdan bin Haji Ghazali) Selatan.
17 Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak. Pengerusi PSKPP Hilir
(Tuan Hj. Shamsuddin bin Tajul Urus) Perak.
18 Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan
Pengerusi PSKPP Larut
Selama.
Matang dan Selama.
(Wakil Mohamad Shafik bin Mohamad Amin)
19 Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak. Pengerusi PSKPP Hulu
(Wakil Mohamad Izwan bin Saat) Perak.
20 Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah Pengerusi PSKPP Perak
(Tuan Haji Mohd Fathilah bin Mohd Noor) Tengah.
21 Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Pengerusi PSKPP Bagan
(Wakil Abdul Nasser bi Abdul Majeed) Datuk.
22 Pegawai Pendidikan Daerah Muallim. Pengerusi PSKPP
(Puan Hamizah binti Abdul Hamid) Muallim.
23 Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara. Pengerusi PSKPP Kinta
(Wakil En Zaherien bin Rahmat) Utara

TURUT HADIR:
24 Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Setiausaha PSKPP Kinta
PPD Kinta Utara.
Utara.
(En Muhamad Atthahiri bin Abd Wahab)
25 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid,
Setiausaha PSKPP Perak
PPD Perak Tengah.
Tengah.
(Tuan Haji Ahmad Azuwan bin Ismail)
26 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid,
Setiausaha PSKPP
PPD Kerian.
Kerian.
(En Azwanul Khair bin Abdullah)
27 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid,
Setiausaha PSKPP Kuala
PPD Kuala Kangsar.
Kangsar.
(Encik Zahiruddin bin Zubir)
28 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid,
Setiausaha PSKPP Hilir
PPD Hilir Perak.
Perak.
(Encik Nor Hafiz bin Mohd Aspar)
29 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid,
PPD Hulu Perak. Setiausaha PSKPP Hulu
(Encik Mohamad Nasaruddin bin Mohamad Perak.
Nasir)
30 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid,
Setiausaha PSKPP Kinta
PPD Kinta Selatan.
Selatan.
(Encik Mior Muhammad Azlan bin Zulkafli)
31 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid,
Setiausaha PSKPP
PPD Bagan Datuk.
Bagan Datuk.
(Encik Rozeli bin Mohammad Royani)
32 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid,
Setiausaha PSKPP PPD
PPD Muallim.
Muallim.
(Encik Faizal bin Omar)
33 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid, Setiausaha PSKPP
PPD Larut Matang dan Selama. Larut Matang dan
(Dr. Haizul Rasdy bin Saidin) Selama.
34 Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid, Setiausaha PSKPP
PPD Batang Padang.
Batang Padang.
(En Mohd Zaid bin Ismail)
35 Penolong PPD, Pembangunan Bakat Murid, PPD
Setiausaha PSKPP
Manjung.
Manjung.
(Encik Mohd Isa bin Mohd Tahir)
36 Pembantu Tadbir, Unit Pembangunan Bakat
Setiausaha PSKPP Ibu
Murid
Pejabat
(Encik Azizan bin Ahmad)
37 Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat
Murid (Sukan). Urus Setia.
(Encik Mohd Hishamudin bin Che Omar)
38 Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat
Murid (Sukan). Urus Setia.
(Puan Adilah binti Mohammad Mazli)
39 Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat
Murid (Sukan). Urus Setia.
(Encik Mohd Azrul Nizam bin Omar)
40 Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat
Murid (Sukan). Urus Setia.
(Encik Yusof bin Che Rose)
41 Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat
Murid (Sukan). Urus Setia.
(Encik Sufian bin Ishak)
42 Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat
Murid (Sukan). Urus Setia.
(Encik Mohd Zulkhairi bin Berhanudin)

TIDAK HADIR BERSEBAB:


43 Timbalan Pengarah Pendidikan,
Sektor Pengurusan Sekolah. Timbalan Yang Dipertua
(Puan Sabarina binti Jamaluddin)
44 Ketua Penolong Pengarah Kanan ,
Sektor Pendidikan Islam. Ahli Jawatankuasa.
(Tuan Haji Muhammad bin Yahya)
45 Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Pengurusan. Ahli Jawatankuasa.
(Puan Alice A/P Masillamani)
46 Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Infrastruktur dan Perolehan Ahli Jawatankuasa
(Pn Anne Keziah William)
47 Ketua Penolong Pengarah
Pengerusi PSKPP Ibu
Sektor Pendidikan Islam .
Pejabat.
(Tn. Hj. Salehuddin bin Hj. Arshad)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran
semua ahli ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Sukan
Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Perak (PSKPP Perak)
Bil.2/2023.
Makluman
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Encik Mohamad
Hazawawi bin Yusof dan Encik Safuan bin Haji Raba’ai selaku Timbalan
Yang Dipertua PSKPP Perak yang baharu. PSKPP Perak juga
mengalu-alukan pelantikan Tuan Haji Musa bin Hamid sebagai
Pengerusi PSKPP Manjung dan Encik Muhamad Atthahiri bin Abd
Wahab sebagai Setiausaha PSKPP Kinta Utara. Semoga dengan
kehadiran ahli Jawatankuasa Negeri yang baharu ini akan
memantapkan lagi pengurusan PSKPP Perak.
Makluman
1.3 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya
kepada Dr. Adlan bin Mohamed Yusof, Penolong Setiausaha Agung
PSKPP Perak atas sumbangan kepada PSKPP Perak. Beliau telah
bertukar ke Pusat Kokurikulum Negeri Perak berkuatkuasa pada 7
Ogos 2023.
Makluman
1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa PSKPP Perak pada tahun ini
adalah kali ke-50 walaupun di peringkat kementerian adalah kali ke-49.
Ini adalah berikutan penganjuran PSKPP Perak telah dijalankan secara
dalam talian pada tahun 2021 walaupun tidak dijalankan di peringkat
kementerian. Tahun ini adalah tahun yang istimewa buat PSKPP Perak
kerana tahun ini merupakan sambutan 50 tahun Jubli Emas PSKPP
Perak. Sepanjang 50 tahun penubuhan PSKPP Perak telah banyak
coretan pahit manis dan pengalaman emas buat PSKPP Perak dan
semua.

PSKPP Kinta Selatan merupakan tuan rumah pengelolaan Sambutan


50 Tahun Jubli Emas PSKPP Perak. Diharapkan agar Sambutan Jubli
Emas tahun ini dapat melibatkan penyertaan yang lebih menyeluruh
buat semua ahli PSKPP Perak

Pengerusi juga mengharapkan agar semua PSKPP cawangan


menyegerakan pembayaran Buku Perancangan Rasmi dan yuran ahli
PSKPP 2023 kepada Bendahari Kehormat PSKPP Perak. Pelunasan
semua bayaran ini akan melancarkan perancangan dan pengurusan
aktiviti PSKPP Perak bagi tahun ini.
Makluman
1.5 Pengerusi juga menarik perhatian semua hadirin di dalam bilik
mesyuarat ini bahawa keahlian Mesyuarat Jawatankuasa Negeri
PSKPP Perak adalah terdiri daripada:
1.5.1 Yang Dipertua Pengarah - Pendidikan Negeri Perak
1.5.2 Timbalan Yang Dipertua - Timbalan Pengarah Sektor
Pembangunan Murid
1.5.3 Timbalan Yang Dipertua - Timbalan Pengarah Sektor
Perancangan dan Pengurusan PPD
1.5.4 Timbalan Yang Dipertua - Timbalan Pengarah Sektor
Pengurusan Sekolah
1.5.5 Timbalan Yang Dipertua - Timbalan Pengarah Sektor
Pembelajaran
1.5.6 Naib Yang Dipertua terdiri daripada Semua Ketua Sektor JPN
Perak
1.5.7 Setiausaha Agung
1.5.8 Penolong Setiausaha Agung
1.5.9 Bendahari Kehormat
1.5.1 Pengerusi Cawangan terdiri daripada Semua Pegawai
0 Pendidikan Daerah dan Ibu Pejabat
Justeru itu, semua usul dan keputusan hendaklah disuarakan dan
diputuskan oleh ahli mesyuarat ini sahaja. Sebarang cadangan
hendaklah disampaikan melalui ahli mesyurat yang telah saya nyatakan
tadi.

Pengerusi berharap agar mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar


dan segala keputusan yang dibuat dapat memudahkan pelaksanaan
aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar
Makluman
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2022
2.1 Setiausaha Agung PSKPP Perak membentangkan Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Sukan Dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pendidikan Perak (PSKPP Perak) Bil. 1/2023. Minit
mesyuarat telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat

Cadangan: En. Zaherien bin Rahmat (Wakil PPD Utara)


Disokong : Sebulat suara
Makluman
3.0 MAKLUM BALAS DAN PERKARA BERBANGKIT
3.1 Setiausaha Agung PSKPP Perak membentangkan maklum balas
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PSKPP Perak Bil. 1/2023.
Terdapat 3 maklum balas, semua telah diselesaikan.
Makluman
3.2 Setiausaha Agung memaklumkan bayaran pengurusan Buku
Perancangan Rasmi (BPR) 2022 telah dibuat kepada 12 cawangan
berjumlah rm 60,000.00. Kadar bayaran adalah RM1.50 seunit. Bayaran
dapat dibuat berikutan lebihan kewangan disebabkan hanya 5 acara
yang dipertandingkan di peringkat MSKPPM Kelantan. Bayaran
tambahan 50 sen adalah untuk bayaran tahun 2022. Bagi tahun 2023
ahli perlu mohon semula dan bayaran boleh dibuat mengikut kedudukan
kewangan semasa.
Makluman
3.2.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa tahun 2023 MSKPPM
adalah di Sabah dan memerlukan kos tinggi. Namun begitu
masih dibuka untuk pebincangan dengan mengambilkira kos
yang diperlukan untuk tahun 2025 dimana Perak akan menjadi
pengelola.
Makluman
3.2.2 Pengerusi memberi peluang kepada ahli mesyuarat untuk
memberi pandangan dan membuat undian. Majoriti ahli
mesyuarat bersutuju mengekalkan kadar bayaran RM1.50.
Pengerusi memutuskan persetujuan daripada majoriti ahli
mesyuarat.
Makluman
3.3 Pengerusi memaklumkan PSKPP Cawangan Kinta Selatan telah
membuat permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM 10,000.00
bagi penganjuran Pesta PSKPP 2023.
Makluman
3.3.1 Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Selatan memberikan
justifikasi permohonan disebabkan penganjuran PSKPP 2023
merupakan penganjuran kali ke-50 yang membawa maksud
Jubli Emas.
Makluman
3.3.2 Timbalan YDP, Encik Zulkafli memberi cadangan supaya
dipertimbangkan permohonan peruntukan tambahan oleh
Cawangan PSKPP Kinta Selatan dan mengekalkan bayaran
RM1 kepada cawangan bagi mengurangkan bebanan
kewangan PSKPP negeri.
Makluman
3.3.3 Pengerusi membuka semula cadangan berkaitan kadar
bayaran Buku Perancangan Rasmi kepada cawangan PSKPP
yang masih belum diputuskan. Pengerusi sekali lagi menarik
perhatian ahli mesyuarat agar mengambilkira perbelanjaan
yang diperlukan dalam menguruskan kontinjen PSKPP Perak
ke MSKPPM Sabah
Makluman
3.3.4 Wakil Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Utara memohon agar
kadar RM1.50 diteruskan memandangkan kesulitan yang
dialami diperingkat cawangan dalam menguruskan Buku
Perancangan Rasmi (BPR).
Makluman
3.3.5 Pengerusi memaklumkan keputusan sama ada bayaran RM
1.50 diteruskan dan sama ada peruntukan tambahan dilulus
atau tidak adalah masih tergantung. Mesyuarat diteruskan
dengan agenda seterusnya iaitu pelaporan dan pembentangan
kewangan.
Makluman
4.0 PELAPORAN DAN PEMBENTANGAN
4.1 KEWANGAN PSKPP PERAK BERAKHIR 30 NOVEMBER 2022
4.1.1 Bendahari kehormat melaporkan kewangan PSKPP Perak
berakhir 31 Julai 2023. (rujuk buku mesyuarat muka surat 26
hingga 30).

Cadangan: En Zaherien bin rahmat (PSKPP Cawangan Kinta


Utara)
Disokong : Sebulat suara
Makluman
4.2 Pengerusi sekali lagi menarik perhatian ahli mesyuarat agar
mengambilkira perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan
kontinjen PSKPP Perak ke MSKPPM Sabah dan mencadangkan
penyelesaian kewangan dengan mengurangkan penyertaan PSKPP
Perak ke MSKPPM dengan hanya memilih penyertaan yang berpotensi
untuk menang sahaja.
Makluman
4.2.1 Wakil Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Utara tidak bersetuju
untuk dikurangkan penyertaan demi mengelakkan lebih banyak
isu. Beliau memberi contoh penganjuran PSKPP 2018 yang
menggabungkan lebihan penganjuran dengan peruntukan
daripada PSKPP Perak.

Beliau juga tidak bersetuju dikenakan sebarang komitmen


terhadap atlet yang menyertai.

Wakil Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Utara menyokong


tambahan kos penganjuran kepada PSKPP Kinta Selatan
tanpa mengurangkan bayaran BPR sebanyak RM1.50
Makluman
4.2.2 Pengerusi memberi respon terhadap cadangan cawangan
Kinta Utara yang menggabungkan peruntukan daripada PSKPP
Perak dengan lebihan penganjuran dan boleh dijadikan contoh.
4.2.2.1 Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Selatan tidak
dapat mencontohi Kinta Utara dengan memberi
justifikasi bahawa bilangan sekolah di Kinta Selatan
tidak banyak.
Makluman
4.2.3 Pengerusi mengambil keputusan untuk memberikan tambahan
peruntukan penganjuran PSKPP dan bayaran BPR kepada
cawangan.
4.2.3.1 Pengerusi PSKPP Cawangan Kerian memaklumkan
MSKPPM di Sarawak pada tahun 2018 menyediakan
pakej yang lengkap termasuk penginapan dan
pengangkutan semasa di Sarawak. Ini menyebabkan
kos perbelanjaan dapat dikurangkan.
4.2.3.2 Pengerusi menyatakan hasrat agar pihak urusetia juga
turut menyediakan pakej yang lengkap kepada
kontinjen demi keselesaan semasa berada di negeri
Sabah.
Makluman
4.3 Pengerusi Cawangan PSKPP Kinta Selatan membentangkan
perbelanjaan majlis makan malam iaitu majlis khas sempena Jubli
Emas iaitu sebanyak RM74,200.00. Pembentangan juga sebagai
justifiksi keperluan tambahan peruntukan sebanyak RM15,000.00.
4.3.1 Pengerusi mencadangkan agar peruntukan tambahan diberikan
sebanyak RM10,000.00. Sementara itu bayaran BPR kepada
cawangan diteruskan dengan RM1.50
4.3.2.1 Mesyuarat bersetuju untuk penambahan peruntukan
sebanyak RM10,000.00 kepada cawangan Kinta
Selatan untuk penganjuran PSKPP Jubli Emas kali ke-
50.
Makluman
4.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa berdasarkan kepada
kedudukan kewangan semasa kontinjen PSKPP Perak yang
akan ke MSKPPM di Sabah dikenakan sedikit komitmen bagi
membantu pengurusan pasukan ke MSKPPM.
Makluman
4.4 LAPORAN PEMBAYARAN BUKU PERANCANGAN RASMI TAHUN
2022/2023
4.4.1 Bendahari kehormat membentangkan Laporan Pembayaran
BPR 2022. Bendahari memaklumkan bahawa bayaran bagi
tahun 2022 sudah selesai. Bagi bayaran BPR 2023 sehingga 6
September, Cawangan JPN Perak, Batang Padang, Hilir Perak,
Larut Matang dan Selama dan Perak Tengah telah selesai
membuat bayaran sementara cawangan lain dalam proses
pembayaran.
4.4.1.1 pengerusi memohon kepada cawangan yang masih
belummembuat pembayaran agar menyelesaikan
bayaran penuh BPR 2023 sebelum berlangsungnya
MSKPPM Sabah selewat-lewatnya hujung November
2023.
Makluman
4.5 ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) KONTINJEN PSKPP
PERAK KE MSKPPM SABAH
4.5.1 Bendahari membentangkan Anggaran Belanja Mengurus
(ABM) kontinjen PSKPP Perak ke MSKPPM Sabah.
Makluman
4.5.2 Pengerusi menarik perhatian ahli mesyuarat tentang
perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan kontinjen
PSKPP Perak ke MSKPPM yang menelan belanja lebih
daripada setengah juta untuk kesemua 11 acara yang
dipertandingkan. Hanya acara futsal wanita tidak disertai.
Makluman
4.5.3 Pengerusi mencadangkan sedikit komitmen daripada ahli yang
yang terpilih untuk mewakili PSKPP Perak. Jumlah yang
dicadangkan adalah sebanyak 10 peratus daripada kos.
4.5.3.1 Bendahari membentangkan unjuran perbelanjaan bagi
setiap ahli ke MSKPPM dan komitmen pembayaran
kepada ahli 10 % kepada Ahli Pegawai Perkhismatan
Pendidikan (PPP) dan 5% kepada ahli Anggota
Kumpulan Perlaksana (AKP).
4.5.3.2 Mesyuarat membuat keputusan dengan sebulat suara
untuk mengenakan sedikit komitmen kepada
atlet/pegawai iaitu sebanyak RM200.00 (10%) kepada
atlet/pegawai (profesional) dan RM100.00 (5%)
kepada atlet/pegawai (AKP).
Makluman
4.5.4 Pengerusi Cawangan Kinta Selatan memohon untuk
menyemak semula bilangan urusetia/pengurusan demi
mengelakkan isu berbangkit dan pengurangan kos. Cawangan
Kinta Selatan juga menyokong cadangan sedikit komitmen
daripada peserta ke MSKPPM Sabah. Selain itu Kinta Selatan
juga akan membantu PSKPP Perak ke MSKPPM dengan
mencari dana tambahan
4.5.4.1 Pengerusi meminta bendahari untuk membentang 77
orang pegawai pengurusan yang dimaksudkan oleh
Cawangan Kinta Selatan.
4.5.4.2 Bendahari membantangkan senarai 77 orang pegawai
pengurusan yang akan ke MSKPPM.
4.5.4.3 Pengerusi berpuas hati dengan pembentangan oleh
Bendahari.
Makluman
4.6 PEMBENTANGAN PESTA PSKPP PERAK 2023 JUBLI EMAS 50
TAHUN
4.6.1 Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Selatan membentangkan
perjalanan Pesta PSKPP Perak 2023
Makluman
4.6.2 Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Selatan memberikan
ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
Kembara Jelajah PSKPP.
Makluman
4.6.3 Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Selatan memaklumkan
Fasa pertama PSKPP bermula pada 22 hingga 24 September
2023 sementara fasa kedua adalah pada 12 hingga 15 Oktober
2023.
Makluman
4.6.4 Sistem kiraan mata PSKPP Perak 2023 adalah berdasarkan
kiraan mata MSSM rujuk muka surat 16 buku edaran PSKPP.
4.6.4.1 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan sistem
kiraan mata ini.
Makluman
4.6.5 Pengerusi PSKPP Cawangan Kinta Selatan juga turut
memaklumkan akan menjadi pengelola Hari Sukan Negara
peringkat JPN Perak yang diadakan pada 14 Oktober 2023
bertempat di HOGA Tea Valley, Gopeng. Pengerusi PSKPP
Cawangan Kinta Selatan membentangkan perjalanan Hari
Sukan Negara. Perasmi Hari Sukan Negara adalah Timbalan
Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia (Sektor Dasar &
Kurikulum)
Makluman
4.7 PEMBENTANGAN PESTA MSKPPM SABAH TAHUN 2023
4.7.1 Setiausaha Agung PSKPP Perak membentangkan Kertas
Konsep MSKPPM kali ke-49 pada 16 hingga 23 Disember 2023
di Kota Kinabalu Sabah.
Makluman
4.7.2 Keputusan terkini berkaitan dengan MSKPPM akan
dimaklumkan pada perjumpaan semua Setiausaha Agung
seluruh Malaysia pada 26 September 2023.
Makluman
4.6 PEMBENTANGAN BUKU PERANCANGAN RASMI TAHUN 2024
4.6.1 Penyelaras Buku Perancangan Rasmi En Azrul Nizam Bin
Omar membentangkan cadangan kandungan BPR 2024 serta
kronologi. penerbitan
4.6.1.1 Pengerusi mohon untuk dimasukkan satu halaman
yang memaparkan hala tuju pendidikan negeri Perak
Tindakan: Penyelaras BPR
5.0 ISU DAN CADANGAN
5.1 Pengerusi memaklumkan isu sudah dibincangkan dalam agenda
sebelum.
Makluman
5.2 Surat-surat permohonan berkaitan sumbangan pembiayaan berkaitan
PSKPP Perak ke MSKPPM kepada Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri boleh diteruskan.
Tindakan:Urusetia

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Setiausaha Agung PSKPP Perak memaklumkan bahawa PSKPP Perak
masih lagi menunggu pencalonan bagi pengerusi permainan bagi
permainan bola sepak senior dan tenis. Mohon Agar semua pengerusi
PSKPP cawangan untuk mencalonkan nama individu yang
bekelayakan.
Tindakan: Pengerusi PSKPP Cawangan
7.0 PENUTUP
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat
kerana memberikan kerjasama sepanjang sesi mesyuarat berlangsung.
Makluman
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.50 petang

Disediakan oleh: Tarikh: 20 September 2023


Urus Setia,
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan),
Sektor Pembangunan Murid,

You might also like