You are on page 1of 12

‫خطبة خاص عيد الفطري‬

KHUTBAH KHAS AIDILFITRI (RUMI)


2019 M / 1440 H

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK


KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN,
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB,
30000 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
TELEFON 05-2084800
‫”‪Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN‬‬
‫]‪[Jabatan Agama Islam Perak‬‬

‫امرن! ڤهيق جابنت اݢام اسالم ڤرياق تيدق برتڠڬوڠجواب كأتس س بارڠ ڤمنهبن اايت سالءين دري اكندوڠن خطبة يڠ دلكواركن‪.‬‬
‫‪AIDILFITRI :‬‬
‫‪RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN‬‬
‫‪1 Syawal 1440 H / 5 Jun 2019 M‬‬

‫هللا َأ ْك ر َُب‪،‬‬
‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫ُ‬
‫هللا َأ ْك ر َُب روهلل ِالْ رح ْمدُ ‪،‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫ُ‬
‫ال ‪.‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب ركب ْ ًِريا‪ ،‬روالْ رح ْمدُ ِ ِهلل رك ِث ْ ًريا‪ ،‬رو ُس ْب رح ران ِ‬
‫هللا بُ ْك رر ًة رو َأ ِص ْي ً‬ ‫ُ‬
‫اب رول ر ْم ر َْي رع ْل ر َُل ِع رو ًجا‪َ .‬أ ْشهردُ َأ ْن رال ا ر رَل االَ ُ‬
‫هللا‬ ‫الْ رح ْمدُ ِ َ ِلِل‪ِ َ 1‬اَّل ْي َأ ْن رز رل عر رَل رع ْب ِد ِه ْال ِكتر ر‬
‫ِ ِ‬
‫َش ٍء قر ِد ْير‪.‬‬ ‫ك رْ‬‫ْل رو ر َُل الْ رح ْمدُ ُ ُْي ِ ِْي رويُ ِم ْي ُت روه رُو عر رَل ُ ِ ِّ‬ ‫َشيْ رك رَلُ‪ ،‬ر َُل الْ ُم ْ ُ‬ ‫رو ْحدر ُه رال ر ِ‬
‫رو َأ ْشهردُ َأ َن ُم رح َمدً ا رع ْبدُ ُه رو رر ُس ْو ُ َُل‪ .‬راللَهُ َم رص ِ ِّل رو رس ِ ِّ ِْل رو رَب ِركْ عر رَل رس ِ ِّي ِدَنر ُم رح َم ٍد‪ ، 2‬روعر رَل‬
‫هللا‪ 3‬رح َق تُ رقا ِت ِه‪،‬‬‫هللا‪ ،‬ات َ ُق ْوا ر‬ ‫رَص ُه رو روا رال ُه ‪َ .‬أ َما ب ر ْعدُ ‪ .‬فريرا ِع ربا رد ِ‬ ‫َص ِب ِه رو رم ْن تر ِب رع ُه رون ر ر‬ ‫أ ِ َِل رو ر ْ‬
‫رو رال ت ر ُم ْوتُ َن االَ رو َأن ُ ُْْت ُم ْس ِل ُم ْو رن ‪.‬‬
‫ِ‬
‫هللا َالر ْ رح ِن َالر ِحي‬ ‫َأ ُع ْو ُذ َِب ِهلل ِم رن َ‬
‫الش ْي رط ِان َالر ِج ْي‪ْ ِِ .‬س ِم ِ‬
‫ﱡ ﱢ ﱣ ﱤ ﱥﱦ ﱧ ﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭ ﱮ‬

‫ﱯ ﱰ ﱱ ﱲﱳ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ‬

‫‪1‬‬
‫ممويج هللا‬
‫‪2‬‬
‫صلوات كأتس نيب محمد ﷺ‬
‫‪3‬‬
‫ڤسن تقوى‬
‫‪1‬‬
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Maksudnya : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa


engkau Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat
manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih
memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia amat
menerima taubat. (Surah an-Nasr ayat 1-3)

ُ‫هللا َأ ْك ر َُب روهلل ِالْ رح ْمد‬


ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Aidilfitri tiba lagi. Hari kegembiraan bagi seluruh umat Islam. Hari
kemenangan bagi umat Islam yang berjaya mengharungi madrasah Ramadan
dengan mengawal hawa nafsu demi mematuhi perintah Allah.

Aidilfitri adalah hari umat Islam kembali kepada fitrah. Iaitu kembali
kepada keharusan makan dan minum yang diharamkan pada siang hari bulan
Ramadan. Dalam sebuah hadith daripada Abu Ubayd, katanya :

‫ ره رذ ِان يرو رم ِان َنر رى رر ُسو ُل‬:‫ فرقا رل‬،‫الِل ع ْنه‬ ‫رشه ِْد ُت ال ِعيدر رم رع ُ رُع رر ِبن اخل َرط ِاب رر ِ ر‬
ُ َ ‫ِض‬
‫ وال ري ْو ُم الآخ ُرر‬،‫ ي ر ْو ُم ِف ْط ِرُ ُْك ِمن ِص ريا ِم ُ ُْك‬: ‫هللا عرلري ِه رو رس َ رِل رع ْن ِص ريا ِمهِ رما‬ ُ ‫الِل رص ََل‬ َِ
‫ون ِف ْي ِه ِمن ن ُ ُس ِك ُ ُْك‬
‫ترأْ ُ ُلك ر‬
Maksudnya : Daripada Abu `Ubayd katanya, “Aku telah hadir merayakan hari
raya bersama Umar bin al-Khattab R.A. lalu beliau berkata: "Hari raya ini
(Aidilfitri) dan hari raya (Aidiladha), Rasulullah SAW telah melarang berpuasa
padanya, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan
hari raya Aidiladha untuk kamu makan daging korban kamu." (Hadith Sahih
Riwayat Imam Al-Bukhari)

2
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Fitrah juga membawa maksud bersih daripada kekotoran dosa. Aidilfitri


yang hakiki yakni berjaya melaksanakan perintah Allah berpuasa sebulan
dengan keimanan dan pengharapan, dengan memelihara perkara yang
membatalkan puasa serta yang membatalkan pahala puasa, menghasilkan
manusia yang disucikan dosanya, kembali kepada fitrah seperti permulaan
kelahiran seorang bayi. Nabi Muhammad SAW bersabda :

‫رم ْن رصا رم رر رمضر ران ايْ رماَنً روا ْح ِت رس ًاَب ُغ ِف رر ر َُل رما ترقر َد رم ِم ْن رذنْ ِب ِه‬
ِ
Maksudnya : Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan
dan rasa pengharapan maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Semoga amalan-amalan di bulan Ramadan benar-benar menjadikan kita


lebih bertakwa. Semoga Iblis menangis untuk menghadapi insan yang telah
ditarbiah dalam Madrasah Ramadan. Bermuhasabahlah kita sama ada kita
telah memperolehi laba yang dijanjikan pada bulan itu atau mengalami
kerugian yakni hanya sekadar lapar dan dahaga.

Adakah kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadan akan datang?
Apakah Ramadan yang baru pergi merupakan peluang terakhir yang Allah
berikan kepada kita sebelum bertemu-Nya di Hari Pembalasan?

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Menjadi tujuan sambutan Aidilfitri umat Islam diperintahkan saling


mengeratkan silaturrahmi serta mengukuhkan perpaduan. Apatah lagi
mengeratkan perpaduan sesama Islam adalah suatu tuntutan daripada Allah
SWT. Firman Allah SWT :

3
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

‫ﱦ ﱨﱩﱪﱫﱬﱭﱮﱯ‬
‫ﱧ‬ ‫ﱡﱢﱣﱤﱥ‬

‫ﱽ‬ ‫ﱼ‬ ‫ﱰﱱ ﱲﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺ ﱻ‬

‫ﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄ ﲅ‬

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama
Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada
kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang
bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan
kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu
(disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Aali Imran: 103)

Perpaduan adalah satu kekuatan yang tidak boleh diabaikan. Perpaduan


umat Islam telah membuahkan hasil begitu besar ketika permulaan Islam juga
ketika ketamadunan Islam berada di puncak. Perpaduan Islam pernah
membuahkan kekuatan Islam sehingga berjaya menguasai 2/3 dunia.

Manakala perpecahan pula, memberi kesan yang besar jika tidak diberi
perhatian sewajarnya. Musuh Islam sentiasa mengintai peluang dari hasil
perpecahan sesama umat Islam untuk melemahkan umat Islam sekaligus
menguasai mereka. Peristiwa kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyah
sepatutnya menjadi iktibar kerana ia adalah permulaan kejatuhan bumi
Palestin kepada Israel. Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 46 :

4
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

‫ﱊﱌﱍﱎ‬
‫ﱋ‬ ‫ﱉ‬ ‫ﱈ‬ ‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇ‬

‫ﱏﱐ‬

Maksudnya : “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah
kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat
dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran
dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Surah Al-Anfal ayat 46)

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,

Apa yang berlaku di hadapan mata sama ada di luar atau di dalam negara
kita sendiri telah membuktikan betapa benar firman Allah SWT bahawa selama
mana umat Islam meninggalkan perintah Allah, melepaskan tangan mereka
dari terus memegang kemas ‘tali Allah’ dan melucutkan pegangan terhadap
“tali penyambung sesama umat” maka kehinaan akan menimpa umat ini.
Rasuah, salah guna kuasa, berzina, mencuri, merompak, LGBT termasuk dalam
kumpulan maksiat dan kemungkaran. Namun jangan dilupakan bahawa,
membiarkan umat Islam terus berpecah juga satu maksiat yang ditegah Allah.
Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 112 :

)‫اىل أأخر الاية‬..( ‫ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ ﱾ ﱿ ﲀ ﲁ‬


Maksudnya : Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja
mereka berada, kecuali dengan adanya hubungan dari Allah dan adanya
hubungan dari manusia. (…)

Sebagai umat Islam di negara ini, kita sepatutnya mencari noktah


persamaan sesuai dengan kata-kata hukama’ yang masyhur :

5
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

‫ روي ر ْع ِذ ُر ب ر ْعضُ نرا ب ر ْعضً ا ِف ْي رما ر ْن رت ِل ُف ِف ْي ِه‬، ‫ن ر رت رع راو ُن عر رَل رما ن رتَ ِف ُق عرلر ْي ِه‬
Maksudnya : “Kita saling membantu pada perkara yang disepakati dan
berlapang dada pada perkara yang diperselisihkan”.

Seandainya konsep ini dihayati dengan baik pasti umat Islam dapat
bertolak ansur pada jurang perbezaan pendapat dengan semangat
persaudaraan sesama muslim. Apatah lagi, kebanyakan perbezaan ini hanya
pada perkara-perkara khilaf yang tidak melibatkan soal keimanan bahkan lebih
bersifat ijtihadi.

Perpaduan umat Islam di negara ini sangat penting kerana ia adalah


tulang belakang kepada keutuhan Islam. Manakala perpecahan sesama umat
Islam akan menggugat kedaulatan Islam yang sekian lama terpelihara kukuh di
negara ini.

Sudah tentu perpaduan umat Islam di negara ini mesti didasarkan


kepada ajaran Islam, bersatu atas dasar aqidah Islamiyyah dan merapatkan saf
sesama muslim untuk mendaulatkan Islam di dalam kehidupan dan
kenegaraan.

Sesuai konsep Rahmatan lil Alamin, perpaduan berbagai kaum di


Malaysia, diusahakan demi membina sebuah negara yang harmoni, maju dan
dihormati. Namun apa yang tidak patut dikesampingkan adalah bersungguh-
sungguh berusaha agar umat Islam semakin kukuh bersatu padu.

Mukminin dan mukminat yang berbahagia,

Ketika mana umat Islam digalakkan bersatu padu, tidak pula bermakna
bukan Islam perlu dimusuhi. Para ulama’ kontemporari telah memberi
panduan dengan pemahaman fiqh ta’ayush (kaedah hidup bersama) di antara
orang Islam dan bukan Islam.
6
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Memetik kalam Syeikh Muhammad Bin Hassan As-Syarif dalam buku


beliau bertajuk al-Taqarub wa al-Ta’ayush Ma’a Ghayr al-Muslimin :

“Konsep Fiqh al-Ta`ayush bukan bermaksud mengkompromi kedudukan


Islam sebagai agama kebenaran. Ini disebut oleh Syeikh Muhammad al-Syarif:
“Bukan bermakna dalam konsep al-taqarub (merapatkan) dan al-ta`ayush
menuntut kepada proses taqrib antara agama. Bukan, dan aku berlindung
dengan Allah daripada perkara itu. Sesungguhnya Islam itu adalah satu-
satunya agama yang benar, dan agama selainnya adalah batil dan tertolak.
Setiap agama lain itu pula adalah kesyirikan, kesesatan, dan kerosakan, pada
kepercayaan secara total. Akan tetapi apa yang aku kehendaki daripada al-
taqarub dan al-ta`ayush ialah memperkenalkan Islam kepada orang bukan
Islam dan mengajak kepadanya. Jika mereka tidak menerimanya sebagai agama
sekalipun maka ketika itu hendaklah kita meletakkan kaedah-kaedah bagi
mengelakkan pertumpahan darah, menjamin manusia untuk melakukan
aktiviti di atas muka bumi, meninggikan keadilan ke atas mereka, dan saling
menolong pada perkara yang boleh dilakukan bersama,”

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Bagi merumuskan khutbah hari ini, sempena meraikan hari kemenangan


kita iaitu hari raya Aidilfitri, marilah sama-sama kita renungkan dan usahakan
mentaati perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kukuhkan perpaduan,
suburkan budaya bermaaf-maafan, kunjung mengunjung bagi mengeratkan
ukhuwah Islamiyah. Jauhi maksiat kerana hari raya bukanlah tiket untuk kita
bebas melanggar hukum syara’ sehingga mengabaikan segala perintah dan
larangan Allah SWT.

7
‫”‪Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN‬‬
‫]‪[Jabatan Agama Islam Perak‬‬

‫هللا ِ ِْل رولر ُ ُْك َِبلْ ُق ْر رء ِان الْ رع ِظ ْ ِي رون رف رع ِ ِْن روا َاي ُ ُْك ِب رما ِف ْي ِه ِم رن ْالآ راي ِت رو ِِّاَّل ْك ِر الْ رح ِك ْ ِي‬
‫رَب رركر ُ‬
‫الس ِم ْي ُع الْ رع ِل ْ ُِي‪َ .‬أ ُق ْو ُل قر ْو ِ ِْل ه ررذا رو َأ ْس رت ْغ ِف ُر ر‬
‫هللا الْ رع ِظ ْ ري‬ ‫روتر رقبَ رل ِم ِ ِّ ِْن رو ِمنْ ُ ُْك ِت رال روتر ُه ِان َ ُه ه رُو َ‬
‫ات ْ َال ْح ريا ِء ِم ْ ُْن ْم‬ ‫ات روالْ ُم ْؤ ِم ِن ْ رْي روالْ ُم ْؤ ِمنر ِ‬ ‫ِ ِْل رولر ُ ُْك رو ِل رسائِ ِر الْ ُم ْس ِل ِم ْ رْي روالْ ُم ْس ِل رم ِ‬
‫رو ْ َال ْم رو ِات فر ْاس رت ْغ ِف ُر ْو ُه ان َ ُه ه رُو الْ رغ ُف ْو ُر َالر ِح ْ ُي‪.‬‬
‫ِ‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫هللا َأ ْك ر َُب‪،‬‬
‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫ُ‬
‫هللا َأ ْك ر َُب رو ِهلل الْ رح ْمدُ ‪،‬‬ ‫ُ‬
‫وَل َِبلْهُدرى رو ِد ِين الْ رح ِّ ِق ِل ُي ْظه رِر ُه عر رَل ا ِّ ِل ِين ُ ِلكِّ ِه رول ر ْو رك ِر ره‬ ‫الْ رح ْمدُ ِ َ ِلِل‪ِ َ 4‬اَّلى َأ ْر رس رل رر ُس ر ُ‬
‫يك ر َُل رو َأ ْشهردُ َأ َن ُم رح َمدً ا رع ْبدُ ُه‬ ‫َش ر‬ ‫هللا رو ْحدر ُه رال ر ِ‬ ‫ْش ُك ْو رن‪َ .‬أ ْشهردُ َأ ْن رال ا ر رَل االَ ُ‬ ‫الْ ُم ْ ِ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫وَل‪ .‬راللَهُ َم رص ِ ِّل رو رس ِ ِّ ِْل رو رَب ِرك عر رَل رحبِي ِبنرا رو رش ِفي ِعنرا روقُ ْد روتِنرا رو ُأ ْس رو ِتنرا ُم رح َم ٍد‪ 5‬ا رما ِم‬ ‫رو رر ُس ُ ُ‬
‫ِِ‬
‫َصا ِب ِه رو رم ْن رس رار عر رَل َنر ْ ِج ِه رو رجا رهدر رِجا رد ُه‬ ‫الْ ُمتَ ِق ْ رْي روقرائِ ِد الُّ عرا ِة الْ ُم رجا ِه ِد ْي رن روعر رَل أ ِ َِل روأَ ْ ر‬
‫هللا‪ 6‬رو رطا رع ِت ِه فرقر ْد فر راز‬ ‫يُك روا َاي ري ِب رت ْق روى ر‬ ‫هللا‪ُ ،‬أ ْو ِص ُ ْ‬ ‫ا رىل ي ر ْو ِم ا ِّ ِل ْي ِن‪َ .‬أ َما ب ر ْعدُ ‪ .‬فريرا ِع ربا رد ِ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫الزا ِد التَ ْق روى ‪.‬‬ ‫ون‪ .‬روتر رز َود ُْوا فرا َن خ ْ ررري َ‬ ‫ال ُمتَ ُق ر‬ ‫ْ‬
‫ِ‬

‫‪4‬‬ ‫ممويج هللا‬


‫‪5‬‬ ‫صلوات كأتس نيب محمد ﷺ‬
‫‪6‬‬ ‫واصيت تقوى‬
‫‪8‬‬
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Pada hari raya Aidilfitri yang mulia ini, kita berkumpul di rumah Allah
untuk membesarkan-Nya. Kita bertahmid dan bertakbir menandakan
kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang telah mengurniakan
nikmat Iman dan Islam.

Namun dalam asyik kita bergembira, janganlah kita lalai dan leka dari
menuruti batas-batas syariah yang ditetapkan oleh Allah. Peliharalah solat,
jagalah adab dan pergaulan, jauhilah berhias yang berlebihan, pakaian yang
tidak menutup aurat dan elakkan pembaziran. Banyakkan takbir dan tahmid
membesarkan Allah, ziarah-menziarahi mengerat silaturrahmi, bermaaf-
maafan dan pelbagai lagi kebaikan yang disyariatkan.

ُ‫هللا َأ ْك ر َُب روهلل ِالْ رح ْمد‬


ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ
Sesungguhnya hawa nafsu sentiasa mengajak manusia melakukan
kejahatan. Manusia yang berjaya adalah mereka yang diberi rahmat oleh Allah
kerana kejayaan mereka mengawal hawa nafsu. Teruskan perjuangan
walaupun Ramadan sudah pergi meninggalkan kita. Kita adalah hamba Allah
bukannya hamba Ramadan.

‫تر رع ر‬
‫ ﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ‬: ‫اىل‬ ُ ‫قرا رل‬
‫هللا‬
)56 ‫(سورة ا ألحزاب اايت‬ ‫ﱭﱮﱯ‬

9
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

‫الل َ ُه َم رص ِ ِّل عر رَل ُم رح َم ٍد روعر رَل أ ِل ُم رح َم ٍد ر رمَك رصل َ ْي رت عر رَل ا ْب ررا ِه ْ ري روعر رَل أ ِل ا ْب ررا ِه ْ ري‬
ِ ِ
‫رو رَب ِركْ عر رَل ُم رح َم ٍد روعر رَل أ ِل ُم رح َم ٍد ر رمَك رَب رر ْك رت عر رَل ا ْب ررا ِه ْ ري روعرَل أ ِل ا ْب رراه ْ ري ِ ِْف‬
ِ ‫ر‬
ِ ِ
.‫الْ رعال ر ِم ْ رْي ان رَك ر ِح ْيد رم ِج ْيد‬
ِ
‫ رو َأ ْص ِل ْح رذ رات بريْ ِ ِْن ْم رو َأ ِل ِّ ْف‬،‫ات‬ ِ ‫ روالْ ُم ْؤ ِم ِن ْ رْي والْ ُم ْؤ ِمنر‬7‫ات‬ ِ ‫الل َ ُه َم ا ْغ ِف ْر ِللْ ُم ْس ِل ِم ْ رْي روالْ ُم ْس ِل رم‬
.‫ب ر ْ رْي ُقلُ ْوِبِ ِ ْم روا ْج رع ْل ِ ِْف ُقلُ ْوِبِ ِ ُم ْااليْ رم ران روالْ ِح ْْكر رة روثر ِب ِّ ْْتُ ْم عر رَل ِم َ َِّل رر ُس ْو ِل هللاﷺ‬
ِ
‫َْص الُّ عرا رة‬ ِ ُ ‫ الل َ ُه َم ان‬.‫َْص ْاالسالم روالْ ُم ْس ِل ِم ْ رْي‬ ِ ُ ‫ اللَهُ َم ان‬.‫الل َ ُه َم َأ ِع َز ْاالسالم روالْ ُم ْس ِل ِم ْ رْي‬
‫و ِ ِْف فرلر ْس ِطْي و ِ ِْف ِم ري ْن رمر‬،‫َْص ْاالسالم روالْ ُم ْس ِل ِم ْ رْي ِ ِْف ُس ِور راي‬ ِ ُ ‫ الل َ ُه َم ان‬.‫روالْ ُم رجا ِه ِد ْي رن‬
ِّ ِ ُ ‫ك رم رَك ٍن رو ِ ِْف‬
.‫ك رز رم ٍان‬ ِّ ِ ُ ‫ وِف‬،‫ رو ِ ِْف ِن ُي ْو ِزيْلر ْند‬،‫و ِ ِْف الْ ري رم ْن‬

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan
mukminat serta kurniakanlah kepada kami hidayah dan inayah-Mu untuk
melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan


zakat dan ibadat wakaf. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah
golongan fakir dan miskin daripada kekufuran dan kefakiran yang
berpanjangan.

Ya Allah, peliharalah negara Malaysia yang tercinta ini. Engkau jauhilah negara
kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.
Tanamkanlah rasa kasih saying di antara kami, kekalkanlah perpaduan kami,
semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur dan sejahtera
sepanjang zaman.

7 ‫دعاء قوم مسلمْي‬


10
Khutbah Aidilfitri 5 Jun 2019 “AIDILFITRI : RAIKAN KEMENANGAN, TEGUHKAN PERPADUAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Ya Allah, kurniakanlah taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin
Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, dan Raja
Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat di Raja dan
seluruh rakyat jelata.

‫رربَنرا أ آ ِتنرا ِِف الُّ نْ ريا رح رس نر ًة رو ِِف ْال آ ِخ رر ِة رح رس نر ًة رو ِقنرا عر رذ راب النَ ِار‬
‫هللا يرأْ ُم ُر َِبلْ رع ْد ِل رو ْ ِأال ْح رس ِان روايْ رتا ِء ِذي الْ ُق ْر رَب روير ْْنرى رع ِن الْ رف ْحشر ا ِء‬ ‫ ا َن ر‬،‫هللا‬ِ ‫ِع ربا رد‬
ِ ‫ر‬ ِْ ‫ْ ر‬
‫هللا الْ رع ِظ ْ ري ي ر ْذ ُك ْرُ ُْك رو ْاش ُك ُر ْو ُه عر رَل‬
‫ُْ ر‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ر‬ ُ
‫ك‬ ْ
‫اذ‬ ‫ر‬ ‫ف‬ . ‫ن‬ ‫و‬
‫ُْ ر‬ ‫ر‬ َ ‫ك‬ ‫رذ‬ ‫ت‬ ْ
‫ُك‬ ُ َ ‫ل‬‫ع‬‫ر‬ ‫ر‬ ‫ل‬ ْ
‫ُك‬ُ ُ
‫ظ‬ ِ
‫ع‬ ‫ي‬ ‫ي‬‫غ‬ْ
‫روال ُم ْنك ِر روال ر ِ ر‬
‫ب‬
ُ ‫ رو‬،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
.‫هللا ي ر ْع ر ُِل رما ت ْرصنر ُع ْو رن‬ ِ ‫ِن رع ِم ِه ير ِزد ُ ُْْك رو ْاسأَلُ ْو ُه ِم ْن فر ْض ِ ِِل يُ ْع ِط ُ ُْك رو ر َِّل ْك ُر‬

ِ ‫هللا َأ ْك ر َُب رو‬


. ُ‫هلل الْ رح ْمد‬ ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ

11

You might also like