You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERTUKARAN

GURU BESAR CIKGU HAMIDAH BINTI MAAROF

Terima kasih Pengerusi Majlis..

Yang Diraikan Puan Hamidah Binti Maarof, Guru Besar SK Taman Desa Jaya,

Yang Dihormati , En. Mohd Harid Bin Sharon, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati Pn. Norazlina Binti Sabar, Setiausaha Kurikulum,

Yang Dihormati, En. Mohd Razif Bin Kasmon – Setiausaha Hal Ehwal Murid,

,barisan guru yang disayangi serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa

Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama

meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap

perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika

bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat
dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang

amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi

ibarat ibu kepada kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan

Taman Desa Jaya ini.

Keperibadian beliau yang lembut, tenang namun tetap tegas dalam

melaksanakan tanggungjawab menyebabkan beliau mudah didekati oleh sesiapun

di sekolah ini. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Cikgu

Hamidah Binti Maarof. Sepanjang tempoh perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan

Taman Desa Jaya, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti buat anak

bangsa terutamanya murid-murid di sekolah ini. Beliau bukan sahaja seorang guru

yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah

mementingkan kebajikan murid melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali

sebagai seorang yang berhati murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat

kesemua warga Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya

Hadirin dan Hadirat sekalian, pada kesempatan ini, saya sebagai wakil

murid – murid Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya ingin merakamkan setinggi-

tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Hamidah kerana tidak
pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak-

anak muridmu.

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan

peliharaan-Nya kepada Cikgu Hamidah serta keluarga, dipanjangkan usia,

diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi

manfaat agama, bangsa dan negara. Halalkan segala ilmu yang Cikgu telah

berikan kepada kami. Doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat.Tak tumbuh tak

melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan

tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal menjadi

kenangan abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik

walhidayahwassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.Sekian, terima

kasih dan maafkan kami cikgu.

You might also like