You are on page 1of 56

Nota Pengajaran Seni bahasa dan Tatabahasa

 Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang


amat pentingdan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Ia membolehkan murid mahir dan cekap dalam pendengaran,
pertuturan, pembacaan dan penulisan dan seterusnya melancarkan proses
pembelajaran mereka di sekolah. Penguasaan terhadap kemahiran berbahasa ini
penting bagi memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar
dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan
dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan
pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang
baik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Pendekatan modular bermaksud
memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul.
Terdapat lima modul dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia iaitu Modul
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Modul Kemahiran Membaca, Modul Kemahiran
Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Modul Seni Bahasa dan Modul
Tatabahasa menyokong Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Modul
Kemahiran Membaca, Modul Kemahiran Menulis untuk mengukuhkan kecekapan
berbahasa dalam kalangan murid.
1. Modul Seni Bahasa
 Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek
seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati
bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan
mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui
variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran
yang menyeronokkan secara didik hibur. (DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah)
 Modul Seni Bahasa merupakan salah satu modul yang terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah signifikan
dengan pendekatan modular yang diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) bermula tahun 2011.
 Murid perlu mahir dalam aspek seni bahasa agar mereka dapat menggunakan
kreativiti dalam melahirkan idea dalam penulisan serta membantu mereka
memantapkan lagi kemahiran berbahasa dan meningkatkan penghayatan nilai dan
seni dalam bahasa. 7 spek seni bahasa juga boleh mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif, seronok, meningkatkan motivasi dan keterampilan diri
murid. Konsep didik hibur boleh membantu murid mengingat apa yang dipelajari
dengan mudah selain boleh mengukuhkan aspek kemahiran berbahasa seperti
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis (Mashudi et.al., 2012).
Buang (1996) turut bersetuju dengan pernyataan bahasa seni bahasa boleh
mengukuhkan penguasaan bahasa murid, meningkatkan kecekapan berbahasa
melalui pembacaan, pemahaman dan penaakulan mesej yang tersurat dan tersirat.
 Kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti
mereka dalam Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan
idea melalui penulisan dan lisan. melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.
 Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan Seni bahasa memberi
penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik
bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan
menyeronokkan seperti penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti
bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. bernyanyi, bercerita, berlakon dan
berpuisi.
 Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan
personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan
keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.
 Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu
murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
 Keindahan dan seni dalam Bahasa Melayu dapat dilihat daripada pembentukan yag
menggunakan Bahasa kiasan dan personifikasi dan lain-lain yang terdapat dalam
puisi dan penulisan kreatif.

1(b) Objektif Seni Bahasa:


 Objektif Aspek Seni Bahasa dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah
untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan untuk menyebut dan
memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui persembahan nyanyian dan
gerak laku secara didik hibur.
 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
 Mengujarkan ayat menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan
secara didik hibur.
 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang
sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara
didik hibur.
 Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi
yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.
 Menyebut dan memahami seni kata lagu melelui nyanyian dengan gerak laku secara
didik hibur.
 Mengujarkan ayat menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan
secara didik hibur.
 Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa dapat meningkatkan
penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk melahirkan
idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai
dalam sesuatu nilai sastera atau seni.

Prinsip Pengajaran Seni Bahasa:


 Guru mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa, memilih bahan yang sesuai,
melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru sebagai
pembimbing, pembelajaran dijalankan secara santai dan guru menekankan elemen
didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu.
 Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
 Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
 Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.
 Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan
imaginatif.

5(a)Modul Tatabahasa
 Menurut Abdullah Hassan (2008), tatabahasa merupakan susunan perkataan yang
menjadiayat ataupun cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam
ayat. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya
bagaimana caraperkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang
bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada
bunyi bahasa iaitu morfologi dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat iaitu
sintaksis (Abdullah Hassan, 2005).
 Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu
difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang
terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan
menggunakan tatabahasa dengan betul dantepat dalam pelbagai konteks secara
lisan dan bertulis. (DSKP)
 Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan
proses pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin,
2008). Selain itu, menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah
peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana
perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat
yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan
serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
 Selanjutnya, menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan
sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu
bahasa itu, dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan
indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi,
tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis,
daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan
pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu,
dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan
pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan
atau penulisan yang dihasilkan.
 Konsep: Secara amnya tatabahasa merupakan asas untuk melahirkan sesuatu
bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya. Dengan itu, sesuatu
bahasa itu akan dapat dieksploitasikan untuk membentuk dan mewujudkan gaya dan
laras bahasa yang tersendiri kepada bahasa tersebut. Untuk itu, setiap tatabahasa
itu haruslah tepat, lengkap, lugas, tuntus dan mudah difahami serta dapat
mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa sebenarnya
sebagai rujukan kepada peraturan atau hukum sesuatu bahasa. Dengan adanya
tatabahasa akan menentukan sesuatu bahasa itu dapat berfungsi dengan baik,
berkesan, atau sebaliknya. Oleh itu dengan perkataan lain, tatabahasa merupakan
suatu himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan
sintaksis. Selain itu, tatabahasa sebenarnya merupakan satu cabang daripada
linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan atau hukum sesuatu
bahasa. Penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa adalah
berpandukan kepada definisi tatabahasa tersebut. Untuk itu tatabahasa adalah
berpandukan kepada dua, iaitu morfologi dan sintaksis yang mana akan membentuk
sesuatu Bahasa.
 Konsep aspek tatabahasa: Merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara
asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut
cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan,
intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang
betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi
penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran.

 Definisi Tatabahasa: Secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu


mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al.,2004).
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
Anda juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Hal ini demikian
kerana kedua-duanya adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Ciri-ciri aspek tatabahasa:
 diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa
 mula proses pengajaran daripada mudah hingga ke peringkat kompleks
 tidak menggalakkan murid menghafal rumus atau hukum tatabahasa
 Perancangan yang rapi mestilah dibuat terlebih dahulu
 Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu
yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan
penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang
berdasarkan rumus-rumusnya.
 Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang
menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak terbatas
jumlahnya dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah.
 Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan
kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian
unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
 Tatabahasa merupakan bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan
proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat
yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang
bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang
mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.
 Menurut Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008),
Tatabahasa merupakan susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara perkataan-
perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna.
Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Bidang tatabahasa mengkaji cara-
cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana cara perkataan itu
bercantum membentuk frasa dan ayat
 Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan
sistem yang betul semasa membina ayat.
 Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan
perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.
 Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui
penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis,
kemahiran seni bahasa dan kemahiran tatabahasa.
5. (b) Objektif Aspek Tatabahasa
i. memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri
pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul;
ii. memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan
betul;
iii. memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda
dengan betul;
vi. menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul
v. memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN, dan FN + FK
dengan betul.
vi. menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul
v.memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN, dan FN + FK dengan
betul.
Vi. Menurut Abd. Aziz. Abd. Talib (2000) pengajaran tatabahasa membolehkan
murid-murid berkomunikasi atau menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. 
Penguasaan aspek tatabahasa juga membantu murid dalam pertuturan,
memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat
dengan menganalisis kedudukannya sama ada ayat itu betul atau tidak mengikut
rumus tatabahasa.

CIRI-CIRI ASPEK TATABAHASA:


-Tidak menggalakkan pelajar menghafal rumus-rumus bahasa
-Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.
-Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.
-Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan
yang menarik dan berkesan.
-Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi
secara berkesan.
-Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.
-Seni bahasa diajar dan digunakan mengikut konteks.

3. Prinsip Pengajaran Aspek Tatabahasa Berdasarkan Konteks Penggunaan


i. menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks
petikan yang digunakan.
ii. memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.
iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa.
iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.
v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.
vi. menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan
teks petikan yang digunakan.
vii. memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.
viii. Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa.
x. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.
xi. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan
tulisan.
xii. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan
rangsangan yang menarik dan berkesan.
xiii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan
bentuk simulasi secara berkesan.
xv. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok
tatabahasa yang hendak disampaikan.
viiii. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.
x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.
xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan
kefahaman.
2. Pengaplikasian Teknik pengajaran Aspek Seni Bahasa
 Teknik pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara
khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak
dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka
kemungkinan besar matlamat kaedah tidak akan berhasil.
 Hal ini demikian kerana teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh
guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih
untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah
yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
 Dengan kata lain, teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
 Justeru, teknik akan merealisasikan kaedah yang kita pilih untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
 Contohnya seorang guru mengajarkan Bahasa Melayu menggunakan kaedah
tutorial/kuliah dengan menggunakan teknik sumbang saran.
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), teknik ialah kaedah
mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan
sebagainya.
 Edward M. Anthony mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera secara
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
 Terdapat pelbagai jenis teknik boleh digunakan untuk membantu guru
mengendalikan proses P&P di dalam kelas.
 Antara teknik pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan:
a. Sumbang Saran
b. Perbincangan
c. Teater pembaca;
d. Bercerita;
e. Improvisasi;
f. Muzium Lilin;
g. Main Peranan/Simulasi

i. Nyanyian
 Nyanyian didefinisikan sebagai gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan
dengan suara, bunyi atau suara yang berirama dan berlagu. Dalam konteks
kajian ini penyelidik menggunakan kaedah nyanyian untuk menarik minat
murid untuk belajar dan mudah mengingat.
 Melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika
 Dua kemahiran ditekankan:
 Aktiviti menyebut seni kata lagu
 Memahami seni kata lagu

 Lestari (2012) menyatakan bahawa seseorang guru perlu bijak menggunakan


kaedah yang kreatif dan inovatif untuk digunakan dalam PdP. Salah satu
kaedah yang selalu digunakan ialah nyanyian. Ini kerana nyanyian
merupakan sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak selain aktiviti
bermain. Kaedah ini bersesuaian dengan kanak-kanak kerana dapat
mengembirakan mereka dan juga tidak membosankan. Nyanyian diberikan
kepada murid dengan cara mengajarkan nyanyian yang sudah ada,
mengganti lirik dari lagu yang sudah dikenal sebelumnya dengan lirik lain
atau membuat lagu baru dengan lirik yang sesuai dengan tujuan yang
diinginkan. Jika sesuatu maklumat itu menarik kepada diri seseorang, maka
akan lebih mudah maklumat itu diingat. Semakin mudah maklumat itu diingat,
semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka
panjang. Justeru, penggunaan unsur muzik melalui kaedah nyanyian adalah
amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka
terhadap pelajaran.
 Muzik juga merupakan terapi (Mok Soon Sang, 2010). Gaya dan
gerakan yang dimasukkan di dalam nyanyian akan dapat membantu
murid dalam aspek jasmani.
 Melalui muzik dan nyanyian juga dapat membantu murid dalam
memperkembang kemahiran sosial mereka. Hal ini dapat dilihat
apabila mereka melibatkan diri bersama rakan-rakan ketika
melakukan aktiviti ini. Dari aspek intelek pula murid harus mengingati lirik
lagu dan seterusnya memahami lirik tersebut.
 Menyelitkan sedikit nyanyian sepanjang bercerita agar kanak-kanak tidak bosan dan sesi
bercerita akan jadi lebih menarik. Nyanyian boleh disertakan dengan pergerakan menari yang
ringkas dan mudah yang boleh diikut oleh anak.

Kebaikan aktiviti nyanyian:


• Pengalaman pembelajaran baharu selain cara biasa
• Menghiburkan
• Motivasi- Penglibatan murid
• Ingat Kembali
• Penguasan bahasa
• Pengajaran guru menjadi menarik
• Pengukuhan dalam kemahiran berbahasa
Prinsip aktiviti nyanyian:
Pilih lagu yang:
 Tidak banyak salah tatabahasa
 Melodi yang mudah diingati
 Yang sederhana lajunya
 Lagu yang banyak ulangan
 Ada cerita
 Seni katanya sesuai dengan tahap murid

Nyanyian dalam Standard kandungan kurikulum:


1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur
1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian
secara didik hibur

Prosedur penyediaan aktiviti nyanyian:


o Persediaan
 Pilih dan tentukan lagu yang sesuai dengan objektif (lihat ciri-ciri lagu)
 BBM yang diberikan
 Ubah sesuai jika perlu

o Penyampaian
 Kad imbasan
 Cari maksud, bina ayat
 Edar seni kata lagu
 Murid baca dan kenal pasti perkataan sukar
 Mainkan lagu
 Latih nyanyi
 Ambil perhatian sebutan murid
 Ajar aspek bahasa yang hendak dipelajari
 Gunakan gambar atau bahasa badan untuk jelaskan maksud

o Penutup
 Nyanyi bersama dengan murid
 Aktiviti menulis atau menggambar

Elemen didik hibur dalam Aktiviti nyanyian:


 Santai
 Lucu
 Seronok
 Gembira
 Semangat mencuba
 Tidak takut
 Tidak stres

ii. Bercerita
 Kamus Dewan (2015) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu
cerita, bercakap atau berbual.

Jenis-jenis Teknik Bercerita


1. Bercerita Tanpa Alat
• Tumpuan kepada gaya penyampaian cerita menggunakan intonasi, nada sebutan,
mimik muka, serta ekspresi yang sesuai dengan cerita.
2. Bercerita dengan alat
• Guna topeng, pakaian untuk menyokong persembahan
3. Teater Bercerita
• Penyampaian cerita melalui watak dalam cerita yang dibaca, didengar atau dilihat
dengan gambar watak tersebut digantung pada leher semasa bercerita.
4. Teater pembaca
• Penyampaian cerita melalui pembacaan dialog bagi watak-watak tertentu dalam
sesuatu cerita. Aktiviti ini menggunakan suara, sebutan, gerak badan, dan mimik
muka sahaja.

 Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula tentang


perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa, sama ada dalam bentuk imiginasi, tradisi
atau kisah benar.
 Aktiviti bercerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang
berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan pencerita sahaja secara lisan
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).
 Strategi ini dapat meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati
kesusasteraan.
 Di samping itu bercerita dapat memperkaya pengajian pelbagai bahasa,
membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar, dan
memotivasikan murid untuk membaca.
 Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
 Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
 Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
 Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
 Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
 Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
 Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
 Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Prinsip Bercerita:

 Sesuai dengan kebolehan, minat, bakat, umur, pengalaman dan pengetahuan


murid. Topik perlu berkaitan dengan objektif pembelajaran.
 Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk
memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan
dapat menarik minat mereka (Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004).
 Suasana bilik darjah mesti kondusif.
 Bahan bantu mengajar dapat digunakan untuk menghidupkan suasana penceritaan.
 Bahasa mudah digunakan agar murid dapat memahami pelajaran.
 Gerak geri dari isyarat lisan dan tanpa lisan hendaklah sesuai dengan isi cerita.
 Aktiviti susulan dijalankan untuk berbincang tentang nilai-nilai murni yang terkandung
dalam cerita yang dipilih.
 Cerita berkaitan dengan tema dan pengalaman.
 Mengandungi nilai, unsur kecindan dan menarik.
 Kronologi-permulaan, puncak, penutup.
 (Bahasa) Perkataan, frasa , ayat yang sesuai.
 Sebutan, intonasi jelas dan betul.
 Kelancaran, kelantangan, dan pelbagai suara mengikut situasi.
 Mimik muka dan gerak laku.
 Plot cerita menarik
 Penglibatan aktif murid

Langkah-langkah Bercerita:

 Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
 Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
 Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
 Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau Bahan Bantu Mengajar
yang lain.
 Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
 Bercerita melalui suara, mimik muka, ekspresi gerak mata dan juga pergerakan
anggota badan juga antara teknik penyampaian bercerita yang berkesan.

Faedah Bercerita:
 Memperkembang kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar.
 Memperkaya perbendaharaan kata.
 Meningkatkan kemahiran membaca.
 Mempertingkat sensitiviti dan imaginasi.
 Memperkembang sikap positif terhadap pembacaan.
 Mampu membawa pendengar ke dalam situasi kehidupan sebenar.
 Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid
 Menyemai rasa empati murid-murid
 Menyuburkan akal dan kecerdasan otak melalui penglahiran perasaan
 Perkembangan bahasa
 Banyak unsur pengajaran dalam cerita
 Isi cerita menjadi asas panduan hidup
 Teknik yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa keranacerita
menarik minat pelajar.
 Latihan pemahaman, peluasanperbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dalam kalangan pelajar.

AKTIVTI BERCERITA:

 Berdasarkan gambar-gambar yang diberikan, para pelajar di kehendaki untuk


menceritakan apakah kisah dongeng yang dapat dikaitkan dengan gambar yang
dipaparkan.
 Nyatakan 2 nilai-nilai murni yang anda perolehi dari cerita dongeng tersebut.
 Bentukkan kumpulan yang mengandungi lima ahli.
 Bentangkan cerita di hadapan kelas secara bergilir-gilir.

KELEBIHAN BERCERITA:

 Guru mudah menguasai kelas


 Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar.
 Melatih murid untuk menguasai kemahiran lisan
 Memupuk nilai murni kepada murid seperti yang terkandung dalam cerita.
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.
 Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara
menulis bagi aktiviti selanjutnya.
 Melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti susulan.
 Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka.
 Menambahkan bahan pembelajaran untuk murid menulis karangan.
 Meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur
 Guru dapat meningkatkan tumpuan murid dalam waktu yang terhad.
 Memperkenalkan kosa kata dan perbendaharaan kata yang baharu.
 Meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu pengajaran.
 Mengenali keunikan individu.
 Memperkenalkan panduan dan pedoman hidup
 Menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan

KELEMAHAN BERCERITA:

 Kemahiran menulis kurang dititikberatkan


 Cerita hendaklah bersesuaian dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman
murid.
 Guru harus menghafaz isi-isi penting dalam cerita itu sebelum sesi bercerita.
 Memerlukan bahan yang banyak dan menarik seperti kad-kad perkataan, gambar
dan sebagainya
 Murid hendaklah bersedia dan bersifat aktif sebelum sesi bercerita
 Guru hendaklah sentiasa bergerak dan menunjukkan aksi semasa bercerita.
 Suara guru hendaklah lantang dan mempunyai kemahiran variasi rangsangan untuk
mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-watak dan suasana
cerita itu.
 Murid tidak mudah memahami ayat dan maksud cerita
 Murid yang pasif dan lemah tidak dapat melahirkan pendapat
 Murid-murid cenderung untuk menghafal intipati cerita tetapi kurang memahami
 Kelas berada di bawah kawalan guru sepenuhnya
 Penyampaian objektif pelajaran kurang jelas

Elemen didik hibur dalam Aktiviti Bercerita:

 Santai

 Lucu

 Seronok

 Gembira

 Semangat mencuba
 Tidak takut

 Tidak stress

Prosedur Menjalankan aktiviti bercerita:

Permulaan

 Beri tumpuan kepada keupayaan murid

 Penggunaan isyarat, mimik muka, pelibatan murid, media, bijak memainkan

kata-kata agar menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai.

 Cerita menarik ---membawa imaginasi

 Guru membimbing murid membaca dialog dengan baik.

 Guru menjalinkan hubungan baik dengan murid

Pembentukan cerita

 Bahasa - mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid.

 Kelancaran pertuturan- amat penting perkembangan cerita licin dan berkesan.

 Kepelbagaian suara penting

 Gerak-geri dan mimik muka juga

 Cerita haruslah mengikut urutan

 Guru perlu peka kepada tema yang hendak disampaikan.

 Pelibatan murid perlu menyeluruh dan maksimum

Pelaksanaan:

 Kesesuaian cerita

 Umur, kecerdasan, minat murid-murid, isi pelajaran

 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspekaspek bahasa.

 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

 Guru sendiri berlatih bercerita

 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.


 Guru boleh bercerita tanpa alat atau dengan menggunakan alat sebagai bahan bantu.

Penutup cerita

 Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya

 kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai guru.

iii. Lakonan
 Menurut Kalam Hamidi (2003), kanak-kanak sering diminta oleh gurunya
melakonkan watak haiwan seperti arnab, katak, ayam atau kucing. Mereka
melakonkan cerita kanak-kanak yang digemari oleh kebanyakan kanak-
kanak. Dengan melakonkan watak-watak tersebut selalu, lama kelamaan
kanak-kanak akan menjadi lebih berani, tidak malu, tidak gentar dan berasa
biasa sahaja ketika berada di hadapan orang ramai.
 Satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan
yang
meliputi segala kegiatan hidup manusia.
 Dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan
sebenar,
atau meniru cara dan bentuk kegiatankegiatan yang berlaku dalam hidup
masyarakat.
 Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan
sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.
 Sesuai dalam pendekatan komunikatif
 Sesuai untuk kaedah terus, fonetik
 Tujuan:
1. Melatih murid guna unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada,
intonasi)
dan bukan linguistik (mimik muka)
2. Teknik ini merangkumi aktiviti bahasa yang mengandungi unsur khayalan
seperti main peranan, simulasi
 Unsur khalayan dapat menggerakan imaginasi
 Menggalakkan penggunaan unsur-unsur bahasa
3. Menggalakkan komunikasi
Kebaikan Aktiviti Lakonan
 Penggunaan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul
 Penggunaan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul.
 Penggunaan bahasa dengan kemas dan teratur
 Interaksi
 Kemahiran mendengar
 Pemupukan semangat kekitaan, bertanggungjawab, bekerjasama
 Pemikiran aktif dan kreatif
 Mengikis perasaan rendah diri
 Menghadapi situasi sebenar

Prinsip berlakon:
 Hendaklah menepati objektif pengajaran
 Tema sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid serta boleh
dijalankan dalam situasi yang sebenar
 Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai,
 Dijalankan di dalam bilik darjah
 Murid berlakon secara bebas
 Murid-murid digalakkan melibatkan diri

 Berlakon dalam Standard kandungan kurikulum:


 1.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
 1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

Jenis lakonan:
1. Lakonan berdasarkan permainan
 Tanpa perancangan
 Murid melakonkan permainan yang pernah dilakukan
2. Lakonan sepontan
 Lakonan yang tidak dirancang
 Guru berikan situasi dan peranan masing-masing
3. Lakonan Bisu
 hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog
 murid-murid lain diminta meneka tingkah laku yang dibuat oleh pelakon
berkenaan.
4. Lakonan berkait
 Sesuai untuk murid tahap satu atau rendah
 Guru sebut perkataan, guru duduk
 Boleh diiikuti murid
 Murid dapat lihat perkaitan perkataan dengan lakonan
5. Lakonan berseni kata
 Dijalankan dalam dua bentuk: Lakonan tidak bersengaja dan lakonan bersengaja
 Lakonan tidak bersengaja atau tidak formal:
Tidak perlu persediaan yang lama. Guru memberikan cadangan dan nasihat,
murid
bebas berlakon dengan perkataan sendiri.
 Lakonan bersengaja:
 Murid diberi skrip berdasarkan cerita yang dipilih.
 Peranan guru dalam lakonan bersengaja:
Jelaskan peranan pelakon dengan menceritakan peristiwa yang hendak
dilakonkan
atau memberikan seni kata untuk diteliti murid.
Proses pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Pasti semua terlibat
Murid bebas berlakon mengikut jalan cerita
Komen selepas lakonan
Beri motivasi bukan kritikan
Guru boleh membantu menyediakan peralatan
6.Lakonan Boneka
 Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya.
dialog boleh dibina berdasarkan boneka
 Amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid yang pemalu.
 murid-murid diminta mendengar dengan teliti dan mengenal pasti beberapa
bentuk kesalahan bahasa.
7. Lakonan Nyanyian
 Memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan
 Sebelum itu, guru jelaskan suasana dan peranan pelakon
 Murid guna pergerakan badan dan mimik muka sepanjang lagu diperdengarkan
8. Lakonan Puisi
 Guru pilih puisi yang sesuai
 Sajak dan pantun –sesuai SR
 Gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai SM
 murid-murid melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang
terdapat dalam puisi berkenaan semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan.
9. Lakonan Cerita
 Cerita diambil daripada buku cerita
 Murid baca cerita hingga tamat
 Murid lakon semula cerita
10. Lakonan kaku
 menyerupai pentomin
 Seorang pembaca skrip dan seorang pelakon
 Guru pilih puisi yang sesuai
 Yang bezanya: Pergerakan pelakon statik/setempat

Prosedur Pelaksanaan Aktiviti lakonan


Sesi permulaan (pernyataan)
 Guru terangkan prosedur lakonan
 Guru terangkan isi cerita, peranan watak dan cara melakonkannya
 Guru pilih murid
 Murid lakon
Sesi Berlakon
 murid-murid telah mengetahui tugas dan peranan masing-masing
 menggunakan bahasa sendiri
 Guru memerhati serta mengenal pasti sebarang kesalahan dan kelebihan yang
berlaku.
 Komen secara membina selepas lakonan
Sesi perbincangan
 antara guru dengan murid atau murid dengan murid.
 Tentang kekuatan dan kelemahan
Elemen didik hibur dalam Aktiviti Lakonan:
 Santai
 Lucu
 Seronok
 Gembira
 Semangat mencuba
 Tidak takut
 Tidak stress

Teknik Lakonan:
 Beberapa bentuk drama/lakonan:
1. Mimos:
o Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka
bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.
o Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan
perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.

2. Arca:
o Gambar beku yang dihasilkan oleh pelajar sebagai tindak balas kepada
sesuatu tema, situasi atau cerita.
o Arca menunjukkan kebijaksanaaan pelajar memilih pergerakan utama yang
dijadikan fokus.
o Dalam lakonan arca, pelajar membuat pemilihan dan penilaian aras tinggi-
aras sintesis.
o Pelajar dapat memfokuskan perhatian kepada suatu detik/peristiwa yang
signifikan/ bermakna/penting.
o Pelajar dapat memberikan gerak balas yang sesuai dengan tema dan
memahami matlamat bersama tanpa suara.
o Pelajar menyampaikan sesuatu menerusi gambaran yang berbeza dan sudut
pandangan yang berbeza.
Contoh Aktiviti:
Malaysia sebuah negara membangun yang pesat kemajuannya. Kejayaan yang
dicapai oleh Malaysia dalam bidang ekonomi telah menyemarakkan nama Malaysia
di negara membangun yang lain, malahan menjadi contoh dan ikutan. Buat satu
lakonan arca yang dapat mencerminkan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia.

 Improvisasi:
o Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian,
keadaan/situasi dalam kehidupan seharian.
o Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal berdekatan dan
selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di beranda
rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak ditinggalkan oleh
anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk menjadi askar. Anaknya tidak pulang-pulang
tetapi perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua
wang untuk perkahwinan anaknya kelak.

 Pentomin
o Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang
mengiringi lakonan tersebut.
o Memberikan peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan
masalah untuk menghafal dialog.
o Contoh aktiviti: Peristiwa malam kemerdekaan negara

 Mestamu
o Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
o Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan
sajak atau puisi yang dipelajari.
o Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
o Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan
seloka.

 Dikon
o Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
o Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi.
o Teknik ini sesuai untuk sajak

 Main Peranan
o Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik
daripada peristiwa, novel, cerita atau situasi.
o Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras
bahasa yang sesuai.
o Contoh situasi:
a) Situasi menziarahi orang sakit
b) Situasi di pejabat sekolah.

 Simulasi
o Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta
dipersembahkan di dalam bilik darjah.
o Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan
yang dilakukan murid.
o Contoh aktiviti :
a) Memandu kapal terbang
b) Menerima rawatan di wad kecemasan

 Teater Bercerita
o Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan
antara pencerita dengan pelakon.
o Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.
o Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.
o Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat
boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang
disebut oleh pencerita.

iv. Dialog
Maksud Dialog
 Percakapan; perbicaraan (dlm lakonan dll)
 Tulisan dlm bentuk percakapan
 Pertukaran pendapat dan soal jawab mengenai sesuatu (Kamus Pelajar
Edisi Kedua)
 Dialog mempunyai makna yang sama dengan “perbualan”, iaitu percakapan
tentang sesuatu perkara. (Kamus Dewan, 2015:208)
 Dialog ialah salah satu aktiviti lisan.
 Dialog memboleh murid menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang
paling dekat dengan situasi kehidupan seharian mereka.
 Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa, dan ciri-ciri prosodi dapat
dipraktikkan.
 Dialog sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk, perkara.
 Selain berbual dengan guru, murid boleh memilih kawan mereka untuk

mengadakan dialog.
 Dalam perbincangan, tidak semestinya murid itu sendiri menceritakan perkara
yang ditetapkan.
 Murid yang dilawan bercakap boleh menceritakan perkara yang didengar tadi.

Selepas murid bercerita, guru perlulah:


 Menyenaraikan isi penting
 Pilih satu isi penting untuk dibincangkan secara mendalam.
 Jika dalam perbualan murid tidak ada isi yang dirancang, guru boleh
mengemukakan soalan agar dapat mencetuskan isi penting tersebut.
 Contoh: Tajuk “Pekerjaan sebagai Guru Besar”
 Kemukakan soalan bagi menerbitkan hal tentangnya. Contoh, “Jenis-jenis
guru
di sekolah”
 Tetapkan skop perbualan
Contoh: mengambil kehadiran, menyambut kedatangan murid dan
memberikan taklimat pagi, dll.
 Bincangkan bentuk ayat dan ragam ayat yang hendak digunakan.
 Lekatkan perkataan yang akan digunakan dalam aktiviti ini.
 Adakah latihan menggunakan ayat yang akan digunakan nanti.
 Gunakan ayat tersebut dalam “situasi sebenar” semasa lakonan.
 Murid-murid diminta ceritakan semula perkara yang dilakukan oleh mereka
tadi.
 Guru bersoal jawab dengan murid.
 Guru boleh sediakan dialog ringkas untuk pelajaran seterusnya.

v. Deklasmasi
o Deklamasi bermaksud pembacaan sajak dan sebagainya dengan
irama suara, gaya dan penuh perasaan (Kamus Dewan, 2015:329)
o Teknik deklamasi ini dilihat sama dengan aktiviti berpuisi.
Kelebihan aktiviti berpuisi:
 Memahirkan pelajaran bahasa Melayu kerana puisi mengandungi bahasa yang
indah, lembut dan menarik.
 Hiburan dan menyeronokkan
 Melancarkan sebutan serta intonasi
 Melatih murid menikmati irama, keindahan bunyi dan seni bahasa

Kelebihan aktiviti berpuisi:


 Mencetuskan pemikiran dan daya imaginasi murid
 Memperluas kosa kata
 Pemupukan budaya baik.

Prinsip berpuisi
 Puisi berdasarkan tema, pengalaman, dan kebolehan mental dan fizikal murid.
 Bahasa mudah, jelas dan ringkas.
 Puisi mudah ditafsirkan.
 Memberikan peluang dan menggalakkan murid berkreativiti melalui kemahiran
bahasa dan emosi.
 Penekanan kepada sebutan, intonasi, kelantangan suara mengikut emosi dan
situasi.

Langkah pengajaran
1. Persediaan
 Hendaklah menarik. Guru ceritakan latar belakang puisi itu.
 Beberapa perkataan, frasa hendaklah difahami murid.
 Guru dan murid boleh berbincang tentang tajuk puisi. Guna gambar atau
ilustrasi.
2. Guru baca puisi
 Guru baca dengan penuh perasaan sehingga murid faham maksudnya
 Guru memperdengarkan puisi tersebut.
3. Perbincangan
 Makna puisi pada setiap baris dibincangkan.
 Bentuk, keindahan, nada serta rentak bunyinya juga perlu dibincangkan.
4. Pembacaan kali kedua
 Guru atau murid yang berkebolehan disuruh membacanya.
 Kemudian dibaca oleh mereka yang berminat.
5. Penutup
 Rumusan yang berkaitan dengan kandungan puisi.

Kebaikan aktiviti berpantun:


 Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa
 Melatih memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna
 Mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran
yang terdapat dalam pantun.
 Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni
 Penyuburan aspek kemanusiaan dalam diri
 Belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyenonokkan
 Menyuburkan minat dan daya imaginasi
 memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni
 Mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang
terdapat dalam pantun.

Prinsip berpantun:
 Hendaklah menepati objektif pengajaran
 Haruslah gunakan bahasa yang sesuai dari segi kebolehan berbahasa murid-murid,
perkembangan emosi, intelektual dan minat mereka
 Pantun yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan, mental,
bakat dan minat murid-murid.
 Pantun yang bermakna, menarik, pembentukan sahsiah.
 Pembayang yang menggunakan unsur alam
 Olahan bahasa yang baik
 Pantun yang mudah dibayangkan

Pantun dalam Standard kandungan kurikulum:


 1.1 Melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat dengan intonasi yang
betul secara didik hibur.
 1.2 Melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat dengan intonasi yang betul serta
memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara
didik hibur.

Prosedur Pelaksanaan Aktiviti Pantun


 Sesi Pernyataan
 Guru jelaskan maksud pantun dua kerat dan empat kerat berserta contoh secara
ringkas.
 Guru boleh membincangkan secara ringkas tujuan dan firasat di sebalik
penggunaan pantun jenis ini.
 guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan tertentu.
 Murid diminta mencari seberapa banyak pantun dua kerat dan empat kerat dalam
buku rujukan atau menerusi internet.

Sesi Berpantun
 Murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat dengan intonasi yang
betul.
 Bimbingan guru dan pita rakaman.
 Biarkan mereka mencuba melafazkan pantun berkenaan mengikut gaya dan
bahasa badan ciptaan sendiri
 Murid mencari maksud pantun menggunakan perkataan sendiri.
 Guru hanya memerhati serta mengenal pasti sebarang kesalahan dan kelebihan
yang berlaku.
 Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat.

Sesi Perbincangan
 Selepas murid melafazkan pantun.
 Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid atau murid dengan murid.
 Tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan
berkenaan.

Elemen didik hibur dalam Aktiviti Berpantun:


 Santai
 Lucu
 Seronok
 Gembira
 Semangat mencuba
 Tidak takut
 Tidak stress

Banyak tenik BM
 Teknik Latih Tubi
 Teknik Tunjuk Cara
 Teknik Drama
 Teknik permainan bahasa
 Teknik inkuiri
 Teknik perbahasan
 Teknik kuiz
 Teknik sumbangsaran
 Teknik soal jawab
 Teknik perbincangan

Penghasilan Pelbagai Bahan Bantu Belajar Aspek Seni Bahasa


o Bahan bantu mengajar (BBM) atau bahan bantu belajar (BBB) ialah segala
kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam
kelas.
o BBM/BBB dapat menimbulkan rangsangan dan keinginan murid untuk mengetahui
sesuatu aspek pengajaran dengan lebih mendalam di samping dapat menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
o Ragbir Kaur Joginder Singh, (2013) mentakrifkan bahan bantu mengajar sebagai
kelengkapan atau peralatan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi
pelajaran ketika berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam
bilik darjah.
o Pada alaf baharu, dunia pendidikan semakin moden, terdapat ciptaan, penghasilan
dan pemasaran pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini
memberikan peluang yang lebih luas kepada guru bahasa Melayu untuk memilih
bahan bantu yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa
dan tatabahasa.
Rasional Penggunaan BBM/BBB:
a. Penggunaan BBM/BBB sebagai alat pemudah cara untuk membantu guru
semasa menyampaikan pengajaran.
b. Penggunaan BBM/BBB mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh
guru.
c. Murid lebih memahami pengajaran guru serta dapat menerima pembelajaran
dengan cepatnya.
d. BBM/BBB juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas yang membosankan murid.
e. BBM/BBB menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat
‘diselamatkan’
daripada masalah disiplin di dalam kelas.
f. BBM/BBB juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar.
g. Guru akan terdedah dengan kemajuan teknologi maklumat untuk meneroka dunia
tanpa sempadan untuk mengaplikasikannya dalam PdP.
Prinsip Pemilihan BBM/BBB:
a. Sesuai;
b. Mencabar;
c. Menepati;
d. Menarik;
f. Jimat dan mudah;
g. Praktikal; dan
h. Mudah alih.

Prinsip Penyediaan BBM/BBB:


a. Bahan yang sesuai dengan aspek seni bahasa, iaitu bahan untuk aktiviti
berlakon, bercerita, bernyanyi dan berpuisi.
b. Guru boleh mengubah suai bahan sedia ada untuk menjimatkan masa dan kos.
c. Bahan yang disediakan berinspirasi dan kreatif, menarik, berwarna terang, saiz
yang sesuai dengan murid dan mudah digunakan.
d. Ketepatan maklumat pada bahan.
e. Penggunaan kata dan frasa yang betul serta ayat yang gramatis.
f. Penyerapan nilai dan pengajaran dalam bahan.

1. Bahan Maujud
a. Bahan maujud ialah sumber pengajaran dan pembelajaran yang terdiri
daripada bahan konkrit atau bahan sebenar yang dapat diaplikasikan
dengan lima pancaindera, iaitu dilihat, disentuh, dipegang, dirasa dan
dibau.
b. Bahan maujud boleh terdiri daripada bahan yang ada di rumah, dalam
perjalanan ke sekolah, dalam kawasan sekolah, malah di dalam bilik
darjah.
c. Bahan Kepentingan bahan maujud sebagai BBM/BBB:
i. Murid dapat melihat benda yang realiti.
ii. Murid lebih cepat faham akan isi pelajaran yang ingin disampaikan
oleh
guru.
iii. Meningkatkan daya ingatan murid.
iv. Meningkatkan kemahiran berfikir murid seperti memberikan idea untuk
memberikan pendapat tentang sesuatu perkara.

2. Bahan Teks
a. Bahan teks untuk pengajaran seni bahasa ialah bahan teks sastera,
bahan teks bertulis daripada buku atau bahan teks yang dicipta atau
ditulis oleh guru sendiri.
b. Bahan teks boleh berbentuk prosa dan puisi, seperti cerita, pantun, syair,
lirik lagu, dialog atau skrip lakonan.
c. Kepentingan bahan teks sebagai BBM/BBB
i. Murid dapat memahami kandungan teks dengan lebih mudah.
ii. Murid dapat membina penghayatan teks sebelum bernyanyi, bercerita,
berlakon dan berpuisi.
iii. Murid dapat mengenal kepelbagaian genre sastera.
iv. Memperkaya kosa kata murid.

3. Bahan Grafik
a. Grafik ialah kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka, perkataan,
lukisan, lakaran yang boleh dijadikan satu media untuk memberikan konsep
dan idea daripada pengirim kepada sasarannya dalam proses
menyampaikan
maklumat.
b. Grafik menjadi suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau
gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej.
c. Terdapat pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak
menggunakan grafik seperti carta, graf, gambar rajah, poster, kartun, lut sinar
dan lain-lain bahan bantu mengajar.
d. Guru perlu mempunyai pengetahuan asas tentang grafik untuk memudahkan
guru membuat persediaan bahan bantu mengajar asas.
e. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM/BBB
yang efektif.
f. Keistimewaan objek grafik ialah mudah difahami oleh ramai orang walaupun
menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza.
g. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik
darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar.
h. Wittich dan Schuller, (1973) mengatakan bahawa grafik terdiri daripada bahan
visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi
gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar.
i. Kanak-kanak biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan.
j. Hal ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.

4. Bahan Multimedia
a. Multimedia ialah teknologi yang menggabungkan grafik, bunyi, video dan
animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan (Rozinah
Jamaludin, 2005).
b. Multimedia didefinisikan sebagai satu pakej bahan yang mengandungi
kombinasi teks, grafik, animasi, audio dan video (Norhayati Abd Mukti & Siew
Pei Hwa, 2004).
c. Sifoo, (2003) pula, mengatakan bahawa multimedia, jika dilihat daripada segi
bahasa bermaksud banyak media atau pelbagai media yang biasanya terdiri
daripada teks, grafik, audio, video, dan animasi.
d. Sebagai contoh, sebuah laman web statik boleh dikira sebagai sebuah
multimedia kerana menggunakan teks dan grafik. Walau bagaimana pun,
multimedia lebih kerap digunakan kepada web atau CD yang mempunyai
audio,
animasi dan video.
e. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang
kepada guru untuk menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai
teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi
baharu yang akan datang.
f. Tujuan utama pengaplikasian multimedia dalam pendidikan ialah untuk
memberikan kefahaman dan keberkesanan yang mendalam dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
g. Penerokaan dalam bidang ini telah dibuat secara mendalam dalam usaha
untuk membangunkan bidang pendidikan yang berasaskan teknologi dan
mencuba sedaya upaya untuk mengatasi segala masalah dan kepincangan
yang berlaku dalam pengaplikasian teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Anneke Eurelings, 2001).

Kelebihan bahan multimedia:


i. Komunikasi maklumat yang efektif;
ii. Format yang interaktif dan merangsang;
iii. Pengekalan informasi yang berkesan;
iv. Memudah dan mempercepat proses pengajaran dan pembelajaran;
v. Membolehkan murid belajar mengikut keperluan mereka sendiri;
vi. Memenuhi stail pembelajaran murid; dan
vii. Meningkatkan minat dan motivasi murid.

5. Bahan Autentik
a. Bahan autentik hampir sama dengan bahan maujud. Autentik ialah asli dan
tulen serta sumber yang dipercayai dan dapat dijadikan pegangan.
b. Bahan autentik ialah semua bahan yang diterbitkan untuk kegunaan
masyarakat umum dengan beberapa tujuan.
c. Contoh majalah hiburan, drama televisyen, iklan, akhbar, rancangan
televisyen,
video muzik dan lain-lain.
d. Bahan-bahan autentik seperti iklan, jadual, gambar, brosur, poster, akhbar,
majalah dan grafik juga boleh digunakan (Kementerian Pendidikan Malaysia:
1994 dan Awang Sariyan: 2009).
e. Bahan yang dipilih mestilah bermutu bahasanya, kecuali untuk tujuan analisis
kesilapan (Awang Sariyan, 2009) agar dapat melatih murid supaya menjadi
lebih kritikal dan peka terhadap penggunaan bahasa yang betul dan tepat
(Kementerian Pendidikan, 1994).
f. Bahan autentik dalam kemahiran mendengar seperti program radio dan
televisyen, syarahan, ucapan, drama dan filem.
g. Bahan autentik membaca seperti iklan, jadual, menu, kepada yang sukar
seperi
rencana pengarang, karya sastera, kritikan dan teks saintifik.
h. Bahan autentik hampir sama dengan bahan maujud. Autentik ialah asli dan
tulen serta sumber yang dipercayai dan dapat dijadikan pegangan.
i. Bahan autentik ialah semua bahan yang diterbitkan untuk kegunaan
masyarakat umum dengan beberapa tujuan.
j. Contoh majalah hiburan, drama televisyen, iklan, akhbar, rancangan
televisyen,
video muzik dan lain-lain.
Pengaplikasian Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Pengajaran Aspek
Tatabahasa
i. Pendekatan bermaksud hala tuju atau arah yang diambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Pemilihan pendekatan yang akan digunakan biasanya
berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu (Parera, 1986).
ii. Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu kursus diajarkan berdasarkan
objektifnya.
iii. Pendekatan mestilah berlandaskan teori, prinsip atau model seperti konkrit
kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik.
iv. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat
tentang hakikat satu matlamat PdP.
v. Pendekatan PdP merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu
diajarkan untuk mencapai objektifnya.
vi. Ia bertujuan untuk memudahkan pelajar menerima dan memahami isi
pelajaran
yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan, guru dapat
membuat tanggapan asas yang boleh dijadikan prinsip
vii. Pendekatan yang baik mampu menjadikan sesi PdP menarik. Menurut Parera
(1986), ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan
mendekati sesuatu perkara (Chang Lee Hoon).

i. Terdapat empat jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran


bahasa, termasuk pengajaran aspek tatabahasa, iaitu:
a. pendekatan deduktif;
b. pendekatan induktif;
c. pendekatan eklektif;
d. pendekatan komunikatif.

Pendekatan Pengajaran Aspek Tatabahasa:


1. Pendekatan Deduktif
i. Pendekatan deduktif merupakan pendekatan umum kepada spesifik.
ii. Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada
umum/generalisasi kepada khusus/spesifik.
iii. Pendekatan ini merujuk kepada satu proses pengajaran yang dimulai
dengan huraian peraturan bahasa yang hendak diajarkan diikuti oleh
contoh-contoh penggunaan.
iv. Misalnya, apabila seseorang guru mengajarkan ayat tunggal, guru akan
memulakan dengan memberikan definisi kemudian mengemukakan
beberapa contoh ayat tunggal.

2. Pendekatan Induktif
i. Pendekatan yang bermula dari spesifik kepada umum.
ii. Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu
penggunaan kuasa minda dengan memerhatikan peristiwa tertentu bagi
menghasilkan sesuatu kesimpulan atau rumus.
iii. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu
generalisasi.
iv. Mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada peraturan berbahasa.
v. Proses pengajaran yang dimulai dengan contoh-contoh penggunaan unsur-
unsur bahasa yang hendak diajarkan diikuti oleh penghuraian peraturan
bahasa.
vi. Misalnya, dalam pengajaran ayat tunggal, guru akan memulakan
pengajarannya
dengan mengemukakan beberapa contoh ayat tunggal sebelum diberikan
definisi ayat tunggal.
vii. Pendekatan induktif melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumat-
maklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini akan berubah kepada
kesimpulan.
viii. Menurut Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, (2004) pendekatan induktif
melibatkan satu proses pertimbangan yang tinggi kerana melibatkan aktiviti
mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, generalisasi dan kesimpulan.
x. Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenal
pasti
seterusnya mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi atau kesimpulan.
xi. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh membantu
pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau
contoh-contoh yang diperoleh.
xii Menurut B. Seaton (1982), pembelajaran melalui pendekatan ini disamakan
dengan seorang murid mengalami proses mental, iaitu dia memerhati
peristiwa
tertentu untuk memperoleh satu kesimpulan.
xiii. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif ialah menggunakan
contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang
cuba
disampaikan oleh guru.
b. Setiap guru boleh menggunakan gambar, video ataupun hasil karya dalam
penyampaian maklumat kepada murid-murid.
c. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan contoh-contoh yang diketahui
oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
d. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat
kesimpulan. Soalan-soalan ini berkaitan dengan contoh-contoh yang telah
dipertunjukkan kepada murid-murid.
e. Sebagai contoh, “Bagaimanakah anda menghadapi situasi banjir di rumah?”
f. Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk memerhati
dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.
g. Untuk lebih memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang
diperoleh daripada fakta ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang
aktiviti berkisar daripada contoh yang telah diberikan.
h. Secara umumnya, jenis pendekaran induktif digunakan bergantung pada hasil
pembelajaran yang diinginkan.

3. Pendekatan Eklektik:
ii. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan
pendekatan indukif dan pendekatan deduktif.
iii. Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
iv. Dimulai dengan contoh-contoh. Kenal pasti ciri yang ada pada contoh.
Kemudian, guru membuat huraian tentang ciri ayat tunggal. Murid
diminta bina ayat lain.
v. Guru membuat kesimpulan definisi ayat tunggal. Kemudian, minta murid
lain memberi contoh ayat tunggal yang lain.
vi. Contoh situasi pengajaran:
vii. Contoh situasi pengajaran yang lain:
• Set induksi - Pendekatan Induktif (Klip video)
• Langkah 1 - Pendekatan Deduktif (Arahan)
• Langkah 2 - Pendekatan Induktif (Aktiviti pembelajaran)
• Langkah 3 - Pendekatan Deduktif (Penilaian)
viii. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai
kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir
murid manakala ada pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui
kaedah deduktif.
ix. Sebagai contoh, guru boleh memulakan PdP dengan memberikan contoh dan
diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran
boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi.
x. Proses ini lebih menyerupai pendekatan induktif. Jika guru memulakan
pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan
contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka
ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
xi. Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan
dengan dua cara, iaitu mirip kepada pendekatan induktif ataupun PdP yang
lebih mirip kepada pendekatan deduktif.
xii. Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik.
Guru boleh mengaplikasikan strategi pemusatan guru, pemusatan murid atau
pemusatan bahan dalam PdP. Kebanyakan guru akan menggunakan
pendekatan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.

4. Pendekatan Komunikatif:
i. Menggunakan kedua-dua pendekatan eklektif kemudian diikuti dengan aktiviti
berkomunikasi atau bertutur.
ii. Merupakan pendekatan yang berpusatkan murid, iaitu berfokuskan kepada
bentuk-bentuk komunikasi seperti kesantunan berbahasa dan kecekapan
berkomunikasi.
iii. Mengutamakan kecekapan berkomunikasi dan kecekapan bahasa, iaitu penguasaan
sistem tatabahasa dan kecekapan berinteraksi atau bertutur. Situasi ini berlaku
dalam amalan masyarakat sehari-harian.
iv. Melalui pendekatan ini, penekanan terhadap penyerapan bentuk bahasa yang
gramatikal menjadi keutumaan dan bertujuan untuk berkomunikasi.
v. Pendekatan ini wujud kerana pendekatan yang lain lebih mementingkan penguasaan
bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang
terkeluar daripada konteks wacana.
vi. Hasilnya, pelajar tidak dapat menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan
komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang
betul mengikut konteks bahasa.
vii. Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan
pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan.
viii. Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid dapat
menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
ix. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai
secara berkesan.
x. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar, iaitu seperti
perbualan dalam kehidupan sehari-harian.
xi. Contoh situasi pengajaran:
Secara umum, pendekatan ini memberi fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana
manusia perlu berkomunikasi sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan
memenuhi keperluan dan kehendaknya Antara lain manusia berkomunikasi untuk
menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan
perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat. Prinsip
asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan
melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya proses pengajaran bahasa
dilaksanakan dalam konteks wacanan mengikut proses komunikasi sebenar.

KELEBIHAN KELEMAHAN:
 Murid dapat memahami perkara yang penting dalam bahasa iaitu penggunaan
bahasa dan bukannya kegunaan bahasa.
 Guru sukar menyediakan pelbagai aktiviti lisan untuk murid-murid yang berbeza
peringkat kebolehan dan kecerdasan.
 Murid mengetahui bahawa keadaan sosial masyarakat mewujudkan variasi dan
kelainan dalam bahasa Melayu.
 Kemungkinan tidak semua murid yang mahu mengambil bahagian dengan cergas
sebab ada yang malu dan rendah diri.
 Menekankan kepada pembelajaran murid yang berasaskan keperluan mereka.
 Sukar dilaksanakan kepada murid-murid yang lemah.
 Murid berasa yakin untuk bertutur dan mengeluarkan pendapat.
 Murid-murid boleh bertutur dalam semua aspek, tetapi pertuturan mereka tidak.

1. Kaedah Terus
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2014), kaedah ini merujuk kepada
pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural.
Kaedah ini juga bermakna belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa
sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur
adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan
sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, rumah diajarkan
dengan menunjukkan objek rumah. Untuk perkataan abstrak pula,
contohnya manis diterangkan menggunakan perkataan yang sudah diketahui oleh
murid-murid. Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik
lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut.
Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja +
kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.
Contoh ayat:
Saya baca (ayat sebelumnya)
Saya baca buku (ayat baharu)

Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar


dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan
kaedah ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat
dikurangkan kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur
secara terus dalam bahasa sasaran. Ringkasnya, kaedah terus ini dapat meningkatkan
tahap penguasaan murid terhadap aspek kemahiran bertutur dalam sesuatu bahasa.
2. Kaedah Terjemahan:
 Berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kantak antara dua bahasa
yang berbeza (bahasa asing dan bahasa penjajah)
 Diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat yang khusus dalam sesebuah teks.
(ditulis ittalic, contoh : valorem, ad hoc dan sebagainya)
 Dikatakan sebagai pinjaman tulen asimilasi lengkap kerana berlakunya
penyesuaian ortografi dan telah lama diasimilasikan ke dalam budaya Melayu
hingga tidak terasa keasingan dengan lidah Melayu. Kaedah ini perlu untuk
keperluan sosiobudaya masyarakat pengguna bahasa Melayu.
 Berlaku peminjaman (budaya, dialek, dan politik), peniruan dan penggantian
 BAHAGIAN PINJAMAN:
• Berlaku apabila sempadan setiap komuniti bahasa berhubung dengan
sempadan geografi dan politik
PEMINJAMAN BUDAYA
• Berlaku apabila kedua-duanya bahasa yang terlibat digunakan dalam
domain
politik yang sama.
PEMINJAMAN INTIMATE
• Bersifat lebih umum kerana masyarakat yang berbeza berhubung antara
satu sama lain.
PEMINJAMAN DIALEK

PENIRUAN: Berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya sahaja


yang
Diterjemahkan.
i. Peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran.
- Contoh: honey moon- berbulan madu
ii. Peniruan struktur yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baru
dalam bahasa sasaran. Contohnya: mini bus - bas minni
PENGGANTIAN
 Setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan persamaannya
dalam bahasa sasaran dan pada masa yang sama struktur ayat struktur ayat
bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan
besar.
 Kaedah ini kerap diamalkan bagi sesebuah teks berbentuk risalah Bagi teks
yang berunsur sains, lazimnya digunakan istilah yang pinjam daripada
bahasa inggeris, tetapi diubahsuai mengikut ejaan Melayu.

2. Kaedah Binaan:
Pendekatan binaan juga dikenali sebagai pendekatan sintesis iaitu pengajaran bacaan bagi
pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih
dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Dalam
pendekatan ini, murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu
kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita. Contoh, untuk
mengajar perkataan ‘makan’, murid-murid perlu diperkenalkan dahulu dengan huruf-huruf
‘m’, ‘a’, ‘k’, ’a’ dan ‘n’ dan daripadanya dibentuk suku kata ‘ma’ dan ‘kan’, kemudian
digabungkan menjadi ‘makan’. Perkataan ini akan digalurkan dengan perkataan lain yang
telah diketahui oleh pelajar untuk membentuk rangkai kata, ayat dan seterusnya cerita.
Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah abjad.

3. Kaedah Cerakinan:
Pendekatan cerakinan ini dikenali sebagai pendekatan analisis iaitu pendekatan pengajaran
ini mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur
yang kecil yang membentuk struktur yang besar tersebut. (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000).
Melalui pendekatan ini, pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat
kepada murid – murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan,
daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata seterusnya huruf-huruf. Contoh ayat
seperti ‘saya sayang ibu’. Dalam ayat ini, perkataan-perkataan ialah ‘saya’ , ‘sayang’, ‘ibu’,
manakala suku kata terdiri daripada ‘sa + ya’ , ‘sa + yang’ , ‘i + bu’ , dan huruf-huruf ialah
‘s’, ‘a’, ‘y’, ‘a’, ‘s’, ‘a’, ‘y’, ‘a’, ‘n’. ‘g’, ‘i’, ‘b’, ‘u’. Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini
ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya terangkum kaedah seluruh perkataan,
kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita.

4. Kaedah Audio Lingual:


Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio)
dan kemahiran bertutur (lingual) (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Kaedah ini mengutamakan
penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita
rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam (Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir,
2014). Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan,
bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, seni kata lagu, nyanyian, petikan cerita
dan sajak. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar, sebagai tamsilan rakaman
sajak daripada pita rakaman. Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan
berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya
secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan
rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah
mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan
cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan. Murid-murid juga
mudah mempelajari bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan yang
diperdengarkan. Intihanya, kaedah audio-lingual ini adalah relevan degan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah yang menekankan
penggunaan kepelbagaian sumber khususnya dari aspek bahan bantu mengajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar


(audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan
bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk
(audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid
ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram,
senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini,
murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman).
Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut
perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih
tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan
secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah
mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh
dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.

5. Kaedah Komunikatif:
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2014), Kaedah komunikatif
terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif,
manakala teori pembelajarannya pula adalah berdasarkan teori interaksi. Kaedah
komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan
kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan
bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif terutamanya kemahiran
mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa,
mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna
tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur
ayat tertentu tersebut menuntut guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-
aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah,
perbincangan, dialog, sumbang saran dan wawancara. Deduksinya, kecekapan lisan
murid dapat ditingkatkan menerusi kaedah komunikatif.
Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang
melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan
bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan
bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai
makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat
tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan
guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui
aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna
dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang
saran, wawancara dan sebagainya.
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun
guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu.
Berdasarkan kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan
yang biasa diguna oleh murid dalam kehidupan seharian yang membentuk kebanyakan
pertuturan murid tersebut seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya
(Kamarudin Hj. Husin, 1998). Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan
menyebut perkataan tersebut secara berulang. Pada kebiasaannya, perkataan tersebut
disertakan gambar untuk memudahkan pembelajaran murid melalui pembelajaran secara
visual. Kaedah tersebut tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid
tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu
menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut
perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan
menyebut bunyi huruf r iaitu [r] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ru]. Secara ringkas,
kaedah pandang sebut ini dapat membantu murid dalam mengukuhkan asas bacaan
berdasarkan skema bahasa sedia ada mereka.

Kaedah Abjad
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) menerusi buku yang bertajuk Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa kaedah abjad merupakan kaedah yang
sering kali digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran membaca di sekolah. Menurut
kaedah tersebut, kanak-kanak diperkenalkan dengan nama-nama huruf bermula dari huruf a
sehingga huruf z. Setelah murid mengetahui nama-nama huruf, murid akan diajar untuk
mengenali huruf-huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u, huruf-huruf konsonan serta diftong iaitu ai,
au dan oi. Pada peringkat tersebut juga, bunyi-bunyi huruf diperkenalkan kepada murid agar
mereka mengetahui bunyi-bunyi huruf tersebut. Selepas itu, huruf-huruf tersebut
digabungkan bagi membolehkan murid membentuk suku kata dan seterusnya membentuk
perkataan.
• Memperkenalkan huruf : a - z
• Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
• Menggabungkan huruf konsonan dan vokal : ba, be, bi, bo, bu
• Membentuk perkataan daripada suku kata : ba + tu = batu
• Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kaedah abjad adalah dianggap sebagai satu kaedah yang berkesan dalam pengajaran
kemahiran membaca dalam kalangan murid kerana kaedah tersebut bersesuaian dengan
binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Kaedah ini juga membolehkan murid-murid mengeja perkataan-perkataan baru yang belum
dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca
murid.

Kaedah Fonik
Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000), kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal
dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah
berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang),
hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah ini menekankan kepada setiap
bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi
tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam
bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal
dan konsonan.
Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan
seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh
menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah
mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina,
kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan.
Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan
perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Kaedah Bunyi Kata


Profesor Isahak Haron merupakan individu yang memperkenalkan kaedah bunyi kata
dalam pengajaran kemahiran membaca. Berdasarkan kaedah ini, pembelajaran kemahiran
membaca murid berlaku secara berperingkat bermula dengan bunyi huruf digabungkan
dengan nama huruf dan bentuk huruf (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Setelah itu, murid
membina suku kata dan seterusnya membina perkataan. Contoh aktiviti bagi pengajaran
kemahiran membaca adalah seperti yang berikut:
• Guru menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid
menyebut nama huruf tersebut.
• Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
• Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
• Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
• Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya
(terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-
huruf.
• Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf
yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
• Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu. Setelah
murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan
latih tubi bagi kemahiran membaca seperti yang berikut:
• Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses
bacaan).
• Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf
dan
kemudiannya menulis (proses mengeja).

Hubungan antara nama, bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu
kepada murid dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat
diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

Teknik Pengajaran Tatabahasa:


Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan
teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin
ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran
seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat
dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek
kebolehan menggunakan bahasa iaitu:

Aspek kebolehan Huraian


menggunakan bahasa
Sebutan (accent) menyebut perkataan atau suku kata dengan
betul termasuk intonasi yang membawa makna
dalam sesuatu situasi
Tatabahasa (grammar) penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan
hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Perbendaharaan kata meluaskannnya dengan penggunaan


(vocabulary) imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya
dalam situasi tertentu

Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan lain-lain dengan


cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan mengemukakan


jawapan yang wajar

TEKNIK MAIN PERANAN


Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak
memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan
cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain
pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan.
Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh:
amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya.
Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan
main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid –murid
lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.

a. Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu
peranan,
sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi
sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan.

b. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang
mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.

c. Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan


berdasarkan tokoh, pekerjaan, kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan
tertentu.

d. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para
murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap
tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada
sumber-sumber tertentu.

e. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

Langkah-langkah Main Peranan:


a. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan
b. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak
yang terlibat dalam situasi itu dan tempoh berlakon
c. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.
d. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian
masalah yang timbul dalam situasi .
e. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara
menyelesaikan masalah.
f. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

Kelebihan Main Peranan:


a. Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara
spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
b. Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid.
c. Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul.
d. Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik.
e. Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral
yang positif.

Kelemahan Main Peranan:


a. Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon.
b. Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton.
c. Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada
persiapan yang rapi.
d. Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman
berbanding dengan penonton.
e. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang
mudah.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui
permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-
murid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah
kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat
pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan
bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu:
• Permainan menyampaikan pesanan
• Permainan tekalah saya
• Permainan memerhati dan mengingat
• Permainan berpasangan
• Permainan slip undian

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu
daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga
adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian
murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-
mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat
memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran
dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak
langsung.
 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala
tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut
iaitu :
 merangsang interaksi verbal pelajar
 menambah kefasihan dan keyakinan
 menyediakan konteks pembelajaran
 bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
 bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa


i. Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan
ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan.
Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan
murid dalam banyak kumpulan.

ii. Secara Berpasangan


Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam
melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan
lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal
pasangan murid.

iii. Secara Individu


Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan
oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.

TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid
meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid
dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam
menjalankan teknik ini :

1- Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan


dijalankan.
2- Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik
seorang ketua.
3- Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama
mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan
tersebut supaya terarah.
4- Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH


Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka
teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan
kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan
masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti
membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah,
mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan
menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat
beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
teknik ini :

1- Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu


pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.

2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan


lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.

3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-


murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.

4- Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah.

5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan


masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir
agak lambat secara individu.

TEKNIK LAKONAN/DRAMA (SIMULASI)


Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan
kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur
paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Teknik ini
dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di
samping menyuburkan sahsiah mereka.

*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip

TEKNIK SOAL JAWAB


Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik
ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi
pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :


• - untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
• -untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis
• -untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran


murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.

TEKNIK JADUAL TUKAR GANTI:

Perbezaan Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif merupakan penilaian yang berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Manakala, penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian untuk membezakan
antara peringkat pencapaain pelajar. Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai
beberapa ciri-ciri perbezaan yang boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu konsep, tujuan,
aktiviti, masa, bentuk, sasaran, liputan, rekod dan tindakan. Jadual berikut menjelaskan ciri-
ciri perbezaan antara kedua-dua jenis penilaian tersebut.

Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif


Konsep Satu jenis ujian formal atau tak Satu jenis ujian formal untuk
formal untuk mengesan tahap pencapaian
mengesan tahap penguasaan dan dalam sesuatu tahap
kemajuan murid di dalam kelas. persekolahan.
Tujuan Mengesan penguasaan dan Mengesan pencapaian murid
kemajuan murid untuk membaiki berdasarkan beberapa unit
kelemahan pengajaran dan pembelajaran dan
pembelajaran dengan kadar pemeringkatan gred murid di
segera. dalam kelas.
Aktiviti Menjalankan ujian formal atau Menjalankan ujian formal dalam
tidak formal semasa sesi beberapa waktu pelajaran
pengajaran dan secara kelas atau tingkatan.
pembelajaran sama ada dibuat
secara individu, kumpulan atau
menyeluruh.
Masa Semasa sesi pengajaran Semasa semester pertama
dilakukan atau setiap hujung (pertengahan tahun) dan
bulan. semester kedua (akhir tahun).
Bentuk Ujian tidak formal (pemerhatian Formal (ujian kertas pensel atau
dan sesi soal jawab), atau ujian lisan dalam jangka masa
formal (melibatkan ujian kertas yang ditetapkan mengikut
pensel dalam masa yang kesesuaiannya.
singkat).
Sasaran Secara individu, kumpulan atau Secara kelas atau tingkatan
kelas.
Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi beberapa unit
Liputan tidak formal) atau beberapa pembelajaran atau sesuatu
kemahiran (ujian formal) tahap persekolahan

Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) Penggunaan rekod profil atau
dan penggunaan senarai semak pensijilan.
atau rekod prestasi (bagi ujian
formal)
Memperbaiki kelemahan dengan i.
Menempatkan murid
kumpulan atau kelas yang
Tindakan kadar segera atau menjalankan
sesuai.
aktiviti pengayaan dan pemulihan ii. Merancang dan
di dalam kelas. mengubah suai pelajaran atau
kurikulum.
iii. Memberi sijil
berdasarkan pencapaian dalam
peperiksaan.

PENTAKSIRAN FORMATIF
‰ Tidak membanding murid dengan murid lain
‰ Tidak meletakkan murid pada suatu skala nombor/abjad/band/skor/markah yang
menunjukkan kedudukan tinggi/rendah
‰ Hasil pentaksiran ialah maklum balas (feedback)
PENTAKSIRAN SUMATIF
‰ Di hujung unit pembelajaran
‰ Membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian
(bertulis) tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid untuk meneruskan
pembelajaran
‰ Maklumat dlm bentuk kualitatif dan/atau kuantitatif mengikut standard yang
ditetapkan oleh sekolah
‰ Tidak membandingkan murid dgn murid

TEKNIK SIMULASI
 Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan
menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
 Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting.
 Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri
situasi dan masalah.
 Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
 Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan:
Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Asraf. (2012). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Berk, R.A. (2009). Multimedia teaching with video clips: TV, movies, YouTube, and mtvU
in the college classroom. International Journal of Technology in Teaching and
Learning. 5(1), pp. 1-21.

Bhavani Sridharan & Kinshuk (2003). "Reusable Active Learning System for Improving the
Knowledge Retention and Better Knowledge Management," Third IEEE International
Conference on Advanced Learning Technologies (ICALT'03), icalt, pp.72.

Brown, J.D. & Hudson T. (2002). Criterion-reference language testing. Cambridge:


Cambridge University Press.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS
Publication & Distributors.

Juriah Long. (2010). Kaedah pengajaran dan. pembelajaran bahasa Melayu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT dalam Kurikulum. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/kbat/1.%20KURIKULUM.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan


Pembelajaran berasaskan Inkuiri. Retrieved from
http://file:///C:/Users/HP/Downloads/002%20panduan%20pelaksanaan%20pp
%20berasaskan%20inkuiri.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025.


(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan


Pembelajaran berasaskan Inkuiri. Retrieved from
http://file:///C:/Users/HP/Downloads/002%20panduan%20pelaksanaan%20pp
%20berasaskan%20inkuiri.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Malaysia


2013-2025. (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).

Mok Soon Sang. (2009). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nik Safiah, Hashim Haji Musa, Farid M. Onn & Abdul Hamid Mahmood. (2014). Tatabahasa
dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Rohana. (2009). Soalan dan penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Nurul Huda. Abd. Rahman & Md. Nasir Ibrahim. (2013). Pemikiran kritis dan kreatif: konsep,
pendekatan dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Read, C. (2007).500 Activities for the primary classroom. Macmillan Books for
Teachers. Macmillan Publishers: Oxford.

Shahabudddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad. 2003. Pedagogi: Strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distributor
Sdn Bhd.

Tay, L. K. (2000, November). Kaedah Pembelajaran Koperatif: Ke Arah Pembelajaran


Bacaan Pemahaman Teks Yang Berkesan. Jurnal Akademik MPSAH, 8, 1-8.

Yahya Othman, Roselan Baki & Nafii Mat. (2009). Pemerkasaan pendidikan bahasa Melayu
dari teori ke praktik. Selangor: Utusan Publication.

You might also like