You are on page 1of 7

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

2023/2024

KURSUS PQI6052:

KURIKULUM DAN METADOLOGI PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN


MORAL

UJIAN AKHIR SEMESTER:

PENTAKSIRAN STANDARD KANDUNGAN

NAMA PELAJAR : MUHAMAD AMINUDDIN BIN ZAIEDI

NO. MATRIKS : 2160207

NAMA PENSYARAH : DR VISHALACHE BALAKRISHNAN


Sila reka satu bentuk instrumen pentaksiran bilik darjah berdasarkan Standard Kandungan
yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang diberikan
di bawah:
Standard Kandungan: Kerohanian Membentuk Individu Bermoral

1. Standard Pembelajaran mengikut Objektif Penaakulan Moral

Pelajar boleh:

 Menyenaraikan ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian.


 Menjelaskan cara untuk meningkatkan nilai kerohanian
 Menghuraikan kepentingan nilai kerohanian bagi membentuk individu bermoral.
 Meramalkan implikasi pengabaian nilai kerohanian dalam individu.

Aktiviti yang dilakukan adalah di dalam bentuk penulisan. Pelajar diminta untuk menjawab
setiap soalan yang diberikan oleh guru dan ditulis di atas kertas yang disediakan.

Soalan

1. Senaraikan empat ciri-ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian yang tinggi.
(4 markah)
2. Dalam bentuk esei, jelaskan cara untuk meningkatkan nilai kerohanian dalam
kalangan remaja dan huraikan kepentingan nilai kerohanian bagi membentuk individu
yang bermoral.
(10 markah)
3. Berdasarkan keratan akhbar di bawah, didapati bahawa remaja masa kini telah
mengabaikan nilai moral dalam kehidupan mereka.

Ramalkan tiga kesan pengabaian nilai kerohanian dalam kehidupan seharian

(6 markah)
2. Standard Pembelajaran mengikut Objektif Emosi Moral
Pelajar boleh:
 Mengekspresikan perasaan apabila menghayati nilai kerohanian.

Pentaksiran yang dilakukan adalah secara lisan di dalam kelas. Guru akan membuat
pemerhatian dengan menggunakan instrument anakdot.

Aktiviti:

Beberapa tajuk berita akan dipaparkan di dalam kelas. Setiap murid diminta untuk
membaca dan mengekspresikan perasaan sekiranya ahli keluarga mereka terlibat
dalam gejala sosial yang dinyatakan di dalam gambar di bawah.

Borang Penilaian Anekdot


Nama Pelajar:

Kelas:

Tarikh:

Standard Kandungan: Kerohanian Membentuk Individu Bermoral


Standard Pembelajaran: Mengekspresikan perasaan sekiranya ahli keluarga mereka
terlibat dalam gejala sosial

Rumusan:

Disediakan oleh:
(Muhamad Aminuddin)
Guru Pendidikan Moral
3. Standard Pembelajaran mengikut Objektif Perlakuan Moral
Pelajar boleh:
 Mengamalkan nilai kerohanian dalam kehidupan harian.

Pentaksiran yang dilakukan adalah kerja berkumpulan yang ditugaskan kepada pelajar
dengan cara membuat satu temu bual.

Aktiviti:

Secara berkumpulan, pelajar diminta untuk menemu bual seorang tokoh/individu yang
banyak berbakti di kawasan tempat tinggal mereka. Panduan temu bual akan
diberikan dan setiap kumpulan diminta untuk merakam sesi temu bual tersebut.

Panduan temu bual:

 Latar belakang tokoh


a) Portfolio atau bidang yang diceburi
b) Sumbangan yang diberikan
c) Cabaran yang dihadapi
 Setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat ulasan hasil daripada sesi
temubual tersebut dengan memfokuskan perkara berikut:
a) Ciri yang dimiliki oleh tokoh/individu tersebut dalam aspek kerohanian
b) Kepentingan nilai kerohanian pada individu/tokoh tersebut dalam
membentuk individu bermoral.

Ulasan yang ditugaskan haruslah ditulis secara berkumpulan dan dibentangkan di


dalam kelas. Pelajar juga diminta untuk menyedia biografi ringkas tentang
tokoh/individu tersebut dan biografi tersebut akan dilekat di dalam sudut Pendidikan
Moral di dalam kelas.

Borang Pentaksiran Perlakuan Moral

Nama
Kelas YA TIDAK
Kandungan Pelajar dapat memahami dan menjalankan
tugasan dengan baik.

Pentaksiran bagi Standard Kandungan (SK) berdasarkan keseluruhan Standard

Pembelajaran (SP)
Pentaksiran Standard Kandungan melalui senarai semak:

STANDARD PRESTASI
Tahap Tafsiran Tandakan (/) bagi
Penguasaan SP yang dikuasai
1 Menyatakan ciri individu yang
mempunyai nilai kerohanian.
2 Menerangkan cara meningkatkan
nilai kerohanian.
3 Menilai kepentingan nilai
kerohanian bagi membentuk
individu bermoral.
4 Menganalisis implikasi pengabaian
nilai kerohanian dalam diri
individu.
5 Menghayati dan mempamerkan
nilai kerohanian dalam kehidupan
harian
6 Menghayati dan mengamalkan nilai
kerohanian dalam kehidupan harian
secara tekal serta boleh dicontohi.

You might also like