You are on page 1of 1

.

Telefon : 04-423 9581


Faks : 04-423 3841
E-mail :

Ruj : SMKSL: 800/1/1/4 ( )


Tarikh : 15 DISEMBER 2018

Tuan Pengetua ,
SMK Sungai Layar,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN UNIT UNIFORM/ KELAB/ PERSATUAN AKADEMIK / PERMAINAN DI SMK


SUNGAI LAYAR

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab PASUKAN KADET BOMBA DAN
PENYELAMAT MALAYSIA (KBPM) telah diwujudkan pada 15 Dis 2018 yang lalu dengan tujuan untuk
memperkasakan pelajar-pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam berpersatuan supaya mereka
dapat meningkatkan kemahiran mengendalikan persatuan dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka secara
sihat.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon kebenaran
tuan untuk menubuhankan Kelab tersebut berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli
jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Jasa baik dan kebenaran tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

...........................................................
(MOHD FADZLI NOR BIN ABD HAMID)

You might also like