You are on page 1of 25

1

Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

B
Baabb 88::
P
PEEN
NGGGGUUN NA
AAAN
NPPR
ROOJJEEK
KUUN
NTTU
UKKP
PEEN
NTTA
AKKS
SIIR
RAAN
N
P
PEEN
NDDIID
DIIK
KAAN
NMMOOR
RAALL

Di akhir bab ini, anda harus boleh:

 Menerangkan ciri-ciri kerja projek


 Menjustifikasi penggunaan projek sebagai alat pentaksiran
 Menjelaskan prosedur menggunakan projek sebagai teknik
pentaksiran

8.1 Mukadimah
8.2 Apa itu Projek?
8.3 Apa yang Ditaksir Menggunakan Projek?
8.4 Mereka Bentuk Projek yang Berkesan
8.5 Masalah Penggunaan Projek
8.6 Projek Berkumpulan
8.7 Pentaksiran Kendiri
8.8 Pentaksiran Dirumah

Rujukan
2
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

8.1 Mukadimah

Di samping menggunakan ujian objektid dan esei, kaedah lain mentaksir pelajar juga
digunakan. Dalam bab ini, kita akan menumpukan kepada penggunaan projek sebagai
alat pentaksiran.

8.2 Apakah itu Projek?

Projek boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan, dan mungkin aktiviti di
rumah atau di luar sekolah. Projek berasaskan pendekatan konstruktivis dimana
pelajar terlibat dengan pembinaan memembina idea baru berdasarkan pengetahuan
sedia ada. Katz & Chard (1989) telah mengenal pasti ciri-ciri berikut tentang projek:

 Berpusatkan pelajar
 Masalah yang disiasat bermakna kepada pelajar
 Fenomena yang dikali boleh diperhatikan secara langsung dalam persektaran
mereka
 Membawa kepada kesedaran tentang budaya setempat
 Peluang untuk pelajar berinteraksi dengan pelajar lain
 Peluang membuat refleksi dan pentaksiran kendiri
 Produk yang dihasilkan boleh dikongsi

Sesuatu projek itu boleh boleh dilaksanakan dalam masa yang tersedia. Dengan projek
pelajar digalakkan keluar daripada bilik darjah. Projek bertujuan memperkayakan
pengalaman pelajar dalam bilik darjah dengan memberi pelajar berpeluang melihat
aplikasi konsep-konsep pendidikan moral dalam dunia seharian. Contohnya, projek
membersihkan halaman rumah orang tua.

Guru akan mengadakan sesi brainstorming dengan pelajar bagi mendapatkan idea
untuk projek mereka, membincangkan kemungkinan dan pilihan, membantu pelajar
membina soalan-soalan yang dapat memandu perjalanan projek, menentukan bahan &
kemudahan yang diperlu, tarikh-tarikh penting dan sebagainya (Bryson, 1994;
Rankin, 1993). Secara umumnya, tedapat DUA jenis projek: Projek Berasaskan
Kajian dan Projek Berasaskan Produk.

 Projek Berasaskan Kajian: Pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah


dengan menjalankan sesuatu kajian. Pelajar mengemukakan soalan yang
hendak dijawab atau masalah yang hendak diselesai. Kemudian pelajar
mengumpulkan data melalui soal selidik, temu bual atau pemerhatian.
Contohnya, pelajar ingin menebual penghuni rumah orang tua untuk
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Berdasarkan penyiasatan ini, satu
laporan dihasilkan.
3
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

 Projek Berasaskan Produk: Pelajar menghasilkan sesuatu produk seperti


objek, persembahan, pameran dan sebagainya. Contohnya, pelajar
menjalankan kerja amal seperti membersihkan pantai, melawat rumah kanak-
kanak yatim dan sebagainya.

8.3 Apakah yang Ditaksir Menggunakan Projek?

Projek kini digunakan dalam berbagai-bagai mata pelajaran kerana didapat digunakan
untuk mentaksir keupayaan pelajar bekerjasama yang merupakan kemahiran yang
diperlukan dalam dunia pekerjaan. Penglibatan dalam projek mendekati pelajar
dengan dunia sebenar (real world) dan menyedikan mereka dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan menghadapi cabaran-cabaran abad ke 21.

Tujuan mentaksir projek pendidikan moral ialah untuk menilai sama ada murid:

 mengetahui, memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia


 menggunakan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral
 berkomunikasi berasaskan nilai moral
 membuat keputusan dengan berasaskan nilai moral
 menyelesaikan masalah berasaskan nilai moral
 menghayati keharmonian antara manusia dan alam sekitar
 mengamalkan nilai-nilai yang murni dengan penuh iltizam

Pentakrisan projek pendidikan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan


pembelajaran dan dilakukan secara berterusan. Berikut ini disenaraikan dengan lebih
terperinci apakah yang ditaksir menggunakan projek:

APLIKASI PENGETAHUAN
 Kebolehan merancang sesuatu projek dengan mengaitkan berbagai-bagai
jenis bidang ilmu
 Mengembangkan dan menilai idea dan maklumat yang dapat diaplikasi
kepada projek
 Kebolehan memilih bahan dan kaedah yang relevan yang dapat diaplikasi
kepada projek

KOMUNIKASI
 Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dan koheren dalam bentuk
bertulis dan lisan
 Kebolehan membincang dengan guru dan meminta bantuan bagaimana
menjalankan projek
 Kebolehan menghasilkan laporan yang merupakan penyelesaian masalah
yang dikaji
4
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

KOLABORASI
 Menguasai kemahiran kolaboratif dengan bekerja dalam kumpulan dengan
pelajar lain untuk mencapai matlamat bersama

PEMBELAJARAN KENDIRI
 Kebolehan belajar dengan sendiri tanpa bantuan
 Kebolehan mereflek tentang proses pembelajaran sendiri
 Kebolehan menyimpan log tentang kemajuan kerja
 Kebolehan menilai dengan menulis atau mengatakan secara lisan proses kerja
dan keputusan

[sumber: Harwell, S., & Blank, W. (1997). Connecting high school with the real
world. ERIC Document Reproduction Service No. ED407586]

Mentaksir prestasi pelajar dalam tugasan projek agak berlainan daripada peperiksaan
menggunakan ujian objektif dan soalan esei. Ia menguji keupayaan sekumpulan
pelajar melaksanakan projek. Ini menjadikan tugas mentaksir kemajuan pelajar lebih
rumit berbanding ujian kertas dan pensil di mana semua pelajar dinilai menggunakan
satu skema pemarkahan.

MENTAKSIR PRODUK, PROSES ATAU KEDUANYA?

'Saya task kira apa kamu buat


dalam projek. Yang saya
mahu tahu ialah produk akhir
dan bagaimana kamu
mencapai matlamat, itu
terpulang kepada kamu.

Sejak awal, guru hendaklah memastikan sama ada projek digunakan untuk menilai
‘produk’ atau ‘proses’ atau kedua-duanya. Sekiranya anda ingin mentaksir proses,
banyak manakah markah akan diperuntukkan untuk proses. Juga penting ialah
kriteria dan bagaimana menggunakannya untuk mentaksir proses.
5
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Apakkah sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'proses'? Guru dan pelajar


harus jelas apa yang dimaksudkan dengan proses. Contohnya, sekiranya anda
ingin mentaksir 'tahap interaksi' dalam kalangan pelajar dalam kumpulan,
mereka perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan interaksi ‘tinggi’ atau
interaksi‘rendah’.

Haruskah guru melibatkan dirinya dalam kerja-kerja setiap kumpulan atau


bergantung kepada pentaksiran kendiri atau pentaksiran rakan sebaya. Tentunya,
tidak mungkin guru dapat melibatkan diri di dalam kerja-kerja semua kumpulan.
Banyak manakah pentaksiran harus berumpu kepada produk dan banyak mana
pula memumpu kepada proses? Semakin ramai yang menyedari peri pentingnya
mentaksir kedua-dua proses dan produk sesebuah tugasan projek.

Berikut ini ialah senarai semak yang boleh digunakan untuk MENILAI PROSES bagi
projek pendidikan moral.

Berkomunikasi

Ya Tidak
Harga Diri  Berkeyakinan diri
 Menjaga maruah diri

Hemah Tinggi  Bercakap sopan


 Berbudi pekerti

Toleransi  Bertolak ansur


 Bersabar
 Berupaya mengawal diri

Kesederhanaan  Bersederhana dalam perlakuan


 Bersederhana dalam pertuturan

Kebebasan Bersuara  Bebas berucap


 Bebas mengeluarka fikiran

Sikap Keterbukaan  Memberi dan menerima pandangan


 Memberi dan menerima kritikan

Hidup Bersama  Mengamalkan keharmonian dalam


Secara Aman kehidupan

Saling Membantu &  Berusaha bersama


Bejerjasama
6
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Membuat Keputusan

Ya Tidak
Bertanggung jawab  Sanggup memikul tugas
 Sanggup melaksanakan
tugas

Toleransi  Bertolak ansur


 Bersabar
 Berupaya mengawal diri

Mematuhi Peraturan dan Undang-  Menerima peraturan


Udang  Mematuhi peraturan

Sikap Keterbukaan  Memberi pandangan /


pembaharuan / kritikan
 Menerima pandangan /
pembaharuan / kritikan

Hidup Bersama Secara Aman  Mengamalkan


keharmonian dalam
kehidupan

Memyelesaikan Masalah

Ya Tidak
Toleransi  Bertolak ansur
 Bersabar
 Berupaya mengawal diri

Kebebasan Bersuara  Bebas mengeluarkan


fikiran

Sikap Keterbukaan  Memberi pandangan /


pembaharuan / kritikan
 Menerima pandangan /
pembaharuan / kritikan

Hidup Bersama Secara Aman Mengamalkan


keharmonian dalam
kehidupan
Saling Membantu & Bekerjasama  Berusaha bersama
7
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Kriteria Pemarkahan Umum Untuk Projek

100 -90% Cemerlang dan kerja yang unggul, mencapai standard profesional.
Kemahiran teknikal dan ekspresif yang sangat tinggi. Kerja menunjukkan
daya kreativiti dan imaginasi yang sangat baik. Kerja menunjukkan bakat
dan keaslian yang tinggi.

89-80% Cemerlang dan kerja yang telah dekembangkan dengan baik, mencapai
standard profesional. Kemahiran teknikal dan ekspresif yang sangat baik.
Kerja menunjukkan daya kerativiti dan imaginasi yang tinggi. Kerja
menunjukkan bakat dan keaslian.

79-70% Kerja yang sangat baik dan hampir mencapai standard profesional.
Kemahiran teknikal dan ekspresif yang sangat tinggi. Kerja menunjukkan
daya kreativiti dan imaginasi yang sangat baik. Kerja menunjukkan
keaslian.

69-60% Standard kerja yang baik. Kemahiran teknikal dan ekspresif yang baik.
Kerja menunjukkan daya kreativiti dan imaginasi yang baik. Kerja
menunjukkan terdapatnya keaslian.

59-50% Standard kerja yang boleh diterima. Kemahiran teknikal dan ekspresif
memadai. Kerja menunjukkan kecekapan dalam kriteria yang ditaksir,
tetapi mungkin mempunyai kekurangan daripada segi kerativiti dan
keaslian.

49-40% Standard kerja yang agak terbatas. Kemahiran teknikal dan ekspresif yang
terhad. Kerja menunjukkan beberapa kelemahan dalam criteria yang
ditaksir dan kelemahan dalam kreativiti atau keaslian.

39-30% Kerja yang terbatas, yang gagal memenuhi standard yang dikehendaki.
Kemahiran teknikal dan ekspresif yang lemah. Kerja menunjukkan
kelemahan yang ketara dalam criteria yang ditaksir.

29-20% Kerja yang lemah. Kemahiran teknikal atau ekspresif yang lemah. Kerja
Menunjukkan kelemahan yang asas dan ketara dalam kriteria yang
ditaksir.

19-10% Kerja yang sangat lemah atau kerja yang menunjukkan kurang usaha.
Terdapat kurang kemahiran teknikal atau ekspresif. Kerja menunjukkan
banyak kelemahan dalam kriteria yang ditaksir.

9-1% Kerja yang sangat lemah atau kerja yang menunjukkan tiada usaha yang
serius telah dibuat.
8
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

 Apakah projek?
 Bagaimana projek digunakan sebagai pentaksiran dalam pendidikan
moral?
 Apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ditaksir
menggunakan projek?
 Bezakankan antara pentaksiran produk dan pentaksiran proses
 Jelaskan kriteria yang digunakan untuk mentaksir projek pendidikan
moral.

8.4 Mereka Bentuk Projek

Terdapat berbagai jenis projek dan tidak ada satu cara yang betul untuk mereka
bentuk dan mengimplementasi sebuah projek. Dalam mereka bentuk projek, beberapa
soalan perlu dipertimbangkan. Adalah penting agar semua orang yang terlibat jelas
tentang matlamat projek tersebut. Anda mungkin terperanjat bahawa ramai guru tidak
pasti kenapa mereka menggunakan projek untuk mentaksir pelajar mereka. Guru
harus membuat panduan yang menjelaskan elemen penting dalam projek dan
jangkaan-jangkaan guru. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi
pertimbangan (Bottoms & Webb, 1998):

Situasi atau Masalah

Satu atau dua ayat menerangkan isu atau masalah yang projek tersebut cuba
menangani. Contohnya, mengkaji penebangan hutan, pencemaran sungai,
kadar jenayah di kawasan setinggan, budaya lepak di pasaraya dalam
kalangan belia, pelajar di kafe internet dalam waktu sekolah dan sebagainya.

Penjelasan dan Matlamat Projek

Suatu penjelasan yang padat tentang matlamat utama projek dan bagaimana
ia menangani situasi atau masalah. Contohnya; pelajar akan mengkaji,
menjalankan kajiselidik, dan membuat usulan tentang bagaimana pelajar
dapat membantu mengurangkan pencemaran sungai. Hasil kajian akan
dipersembahkan dalam makalah, brochure, pameran atau laman web.

Spesifikasi Pelaksanaan
9
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Sebuah senarai kriteria atau standard yang projek itu harus penuhi.

Peraturan

Garis panduan menjalankan projek. Masukkan garis waktu dan sasaran


jangka pendek seperti: menyelesaikan temubual pada tarikh tertentu,
menyiapkan kajian pada tarikh tertentu.

Senarai Peserta Projek Serta Peranan Masing-Masing

Peranan ahli kumpulan dan sekiranya warga masyarakat terlibat, kenal pasti
peranan mereka.

Pentaksiran

Bagaimana prestasi pelajar akan dinilai. Dalam tugasan projek, proses


pembelajaran dinilai beserta dengan hasilnya.

SEBELUM MEREKA BENTUK PROJEK:

Kenal pasti Matlamat dan Objektif Pembelajaran. Kemahiran atau konsep-konsep


khusus apakah yang pelajara akan belajar? Herman, Aschbacher, and Winters (1992)
telah mengenal pasti lima soalan untuk dipertimbangkan semasa menentukan
matlamat pembelajaran:

1. Kemahiran kognitif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan? (untuk


menggunakan algebra untuk menyelesaikan masalah harian, untuk menulis
dengan meyakinkan).

2. Kemahiran sosial dan afektif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan?
(mengembangkan kemahiran belajar berkumpulan).

3. Kemahiran metakognitif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan?


(membuat refleksi tentang proses penyelidikan yang digunakan, menilai
keberkesanannya, dan menentukan kaedah penambahbaikan).

4. Masalah jenis apakah yang saya ingin pelajar harus boleh selesaikan? (tahu
bagaimana menjalankan penyelidikan, mengaplikasi kaedah saintifik).
5. Konsep dan prinsip apakah yang saya ingin pelajar boleh aplikasikan?
(mengaplikasi prinsip-prinsip asas dalam biologi dan geografi dalam
kehidupan mereka, memahami hubungan-hubungan sebab-kesan)
10
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

PERKARA-PERKARA BERIKUT ADALAH PENTING UNTUK


DIPERTIMBANGKAN:

 Adakah pelajar mempunyai capaian yang mudah kepada sumber-sumber yang


mereka perlukan? Ini sangat penting sekiranya pelajar menggunakan teknologi
khusus atau kepakaran dalam bidang dalam masyarakat.

 Adakah pelajar tahu menggunakan sumber-sumber tersebut? Pelajar-pelajar


yang mempunyai pengalaman yang sedikit tentang komputer, misalnya, mungkin
memerlukan bantuan tambahan untuk menggunakannya.

 Adakah pelajar mempunyai mentor atau jurulatih untuk menyokong mereka


dalam kerja mereka? Mentor-mentor ini mungkin dalam atau sekolah.

 Adakah pelajar jelas tentanf peranan dan tanggungjawab setiap orang dalam
kumpulan mereka?

Steinberg (1998) menyediakan sebuah senarai semak untuk mereka bentuk projek
yang berkesan (lihat Jadual dihalaman sebelah). Senarai semak tersebut boleh
digunakan di sepanjang proses bagi membantu guru dan pelajar merancang dan
mengembangkan sebuah projek, serta mentaksir samada projek tersebut berjaya
memenuhi matlamat pembelajaran.
11
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Autentik
 Adakah projek lahir daripada masalah atau persoalan yang bermakna kepada
pelajar?
 Adakah projek itu sama dengan projek yang dijalankan oleh orang dewasa dalam
masyarakat atau tempat kerja?
 Adakah projek itu memberi pelajar peluang menghasilkan sesuatu yang
mempunyai nilai atau makna kepada pelajar, menjangkau sekolah?
Usaha Akademik
 Adakah projek itu membolehkan pelajar memeroleh dan mengaplikasi
pengetahuan yang penting dalam satu atau lebih disiplin ilmu?
 Adakah projek itu mencabar pelajar menggunakan kaedah penyelidikan daripada
satu atau lebih disiplin ilmu (e.g., berfikir seperti seorang ahli sains)?
 Adakah pelajar mengembangkan kemahiran berfikir tahap tinggi (e.g., mencari
bukti, menggunakan berbagai sudut pandang)?
Aplikasi
 Adakah pelajar menyelesai masalah yang berdasarkan pekerjaan atau kehidupan
sebenar (e.g., mereka bentuk projek, menyusun atur suatu acara)
 Adakah pelajar perlu memeroleh dan menggunakan kemahiran yang dijangka
dalam persekitaran pekerjaan berprestasi tinggi (e.g., kerja berpasukan,
penyelesaian masalah, komunikasi, atau teknologi)?
 Adakah projek memerlukan pelajar mengembangkan kemahiran pengurusan diri
dan organisasi?
Pengembaraan Aktif
 Adakah pelajar meluangkan masa yang banyak membuat kerja lapangan, di luar
sekolah?
 Adakah projek itu memerlukan pelajar melibatkan diri dalam kerja penyiasatan
sebenar, menggunakan berbagai kaedah, media, dan sumber?
 Adakah pelajar dikehendaki menjelaskan apa dia telah pelajari melalui sebuah
presentasi atau persembahan?
Hubungan Orang Dewasa
 Adakah pelajar perlu berjumpa dan memerhati orang dewasa yang mempunyai
pengalaman dan kepakaran yang relevan?
 Adakah pelajar dapat bekerjasama dengan rapat dengan sekurang-kurangnnya satu
orang dewasa?
 Adakah orang dewasa dan pelajar itu berkolaborasi dalam mereka bentuk dan
mentaksir projek itu?
Amalan Pentaksiran
 Adakah pelajar selalu membuat refleksi tentang pembelajarannya, menggunakan
kriteria jelas yang dia terlibat dalam pembinaannya?
 Adakah orang dewasa daripada luar masyarakat membantu pelajar
mengembangkan kesedaran tentang standard dalam kehidupan sebenar daripada
kerja sebagini?
 Adakah kerja pelajar ditaksir secara berkala menggunakan berbagai kaedah,
termasuk portfolio dan pameran?

Senarai Semak untuk Projek

[sumber: adaptasi A. Steinberg (1998). Real learning, real work: School-to-


work as high school reform. New York, NY: Routledge]
12
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Antara Projek Pendidikan Moral yang boleh dijalankan ialah:

 bergotong royong membersihkan kawasan


 mengindahkan atau mencantikkan kawasan
 membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan
 menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat
 membaikpulih perabot sekolah
 membersihkan taman rekreasi
 mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan
 membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim
 membantu ibu bapa
 melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk


projek sebagai alat pentaksiran dalam pendidikan moral?

8.5 Masalah-Masalah dengan Penggunaan Projek

Guru yang ingin menggunakan projek sebagai alat pengajaran dan juga sebagai alat
pentaksiran harus berhati-hati tentang beberapa masalah yang mungkin timbul.
Thomas (1998) telah mengenal pasti masalah-masalah berikut semasa menjalankan
pengajaran berasaskan projek:

 Menyelaraskan matlamat projek dan matlamat kurikulum mungkin sukar.


Lebih menyukarkan, ibubapa tidak sentiasa menyokong projek apabila mereka
tidak dapat melihat perkaitannya dengan pentaksiran pembelajaran secara
keseluruhannya.
 Projek selalunya mengambil masa yang lebih daripada jangkaan dan guru
memerlukan masa yang banyak untuk menyediakan projek yang baik dan
authentic.
 Pelajar selalu kurang jelas tentang apa yang diperlukan. Guru perlu
menyediakan struktur, panduan dan bimbingan secukupnya tentang bagaimana
menjalankan projek.
 Perkembangan kakitangan yang intensif harus ada; guru tidak secara
tradisinya bersedia menggabungjalin kandungan dengan aktiviti sebenar.
13
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

 Sumber yang diperlukan untuk tugasan projek mungkin tidak tersedia dan
mungkin juga terdapat kurang sokongan daripada pihak pentadbiran.
 Ada guru mugkin kurang biasa dengan mentaksir projek.

8.6 Projek Berkumpulan

Bekerja dalam kumpulan sudah menjadi lumrah dalam proses pembelajaran


memandangkan ramai telah menyedari manafaat kerja kolaboratif berkumpulan
kepada pelajar. Apabila kumpulan bekerja dengan baik, pelajar akan belajar lebih dan
menghasilkan hasil pembelajaran yang lebih tinggi mutunya.

Apakah beberapa MANAFAAT MEMBUAT PROJEK SECARA


BERKUMPULAN?

 Pembelajaran rakan sebaya boleh mempertingkatkan mutu keseluruhan


pembelajaran pelajar. Kerja berkumpulan mempertingkatkan kefahaman
pelajar. Pelajar saling belajar daripada rakan yang lain dan mendapat manafaat
daripada aktiviti-aktiviti yang memerlukan mereka bertutur dan menguji
pengetahuan mereka. Kerja kumpulan memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapat penjelasan dan memperhalusi kefahaman mereka tentang konsep-
konsep melalui perbincangan dan latihan dengan rakan-rakan. Ramai,
walaupun tidak semua, pelajar menyedari nilai bekerja berkumpulan dan
ditaksir sebagai ahli sesebuah kumpulan, untuk perkembangan peribadi
mereka. Bekerja di dalam kumpulan juga memotivasi sesetengah pelajar.
Pentaksiran berkumpulan membantu pelajar membina rasa tanggungjawab:
'Saya rasa kerana seseorang bekerja dalam kumpulan, dia tidak sanggup
ketinggalan atau leka. Saya terpaksa terus bekerja supaya tidak mengecewakan
rakan-rakan lain'.

 Kerja kumpulan boleh membantu mengembangkan kemahiran generik tertentu


yang diingini oleh majikan. Sebagai suatu respon langsung kepada objektif
mempersiapkan graduan dengan keupayaan berfungsi dengan berkesan
sebagai ahli kumpulan di tempat kerja terdapat suatu trend kebelakangan ini
untuk memasukkan kemahiran generic bersama-sama dengan pengetahuan
khusus-mata pelajaran di dalam hasil pembelajaran di peringkat pengajian
tinggi. Kerja kumpulan boleh membantu perkembangan kemahiran termasuk:

o Kemahiran bekerja dalam kumpulan (kemahiran bekerja dalam


dinamika kumpulan; kemahiran kepimpinan);
o Kemahiran analitikal dan kognitif (menganalisis kehendak tugasan;
membuat soalan; menginterpretasi bahan dengan kritikal; menilai kerja
orang lain);
o Kemahiran kolaboratif (pengurusan konflik dan penyelesaian;
menerima kritikan intelek; fleksibiliti; tawar menawar dan kompromi);
dan
14
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

o Kemahiran pengurusan organisasi dan masa: 'Dengan bekerja dalam


kumpulan telah mengubah cara saya bekerja. Saya tidak lagi dapat
membuat semua pada saat akhir. Saya terpaksa bekerja dengan lebih
teratur dan cekap'

 Kerja kumpulan mungkin mengurangkan beban kerja dalam mentaksir,


menggred dan memberi maklum balas kepada pelajar. Kerja kumpulan, dan
pentaksiran berkumpulan khususnya, kadang kala dijalankan dengan harapan
untuk dapat menyelaras pentaksiran dan penggredan tugasan. Dalam erti kata
lain, sekiranya pelajar menyampaikan kerja kumpulan, bilangan tugasan yang
perlu ditaksir akan berkurangan dengan ketara. Prospek ini dialu-alukan oleh
guru yang mempunyai ramai murid.

 Apakah masalah yang mungkin timbul semasa menggunakan


projeck dalam pengajaran dan beri cadangan untuk
mengatasinya.
 Bincangkan manafaat bekerja dalam kumpulan untuk projek.

Kriteria yang digunakan untuk menilai kerja kumpulan boleh ditentukan oleh guru
sahaja ataupun oleh kedua-dua guru dan murid melalui rundingan di antara mereka.
Ahli kumpulan boleh dirunding tentang apa yang harus ditaksir dalam sesebuah
projek oleh guru. Yang jelas, anda harus tahu apa hasil pembelajaran yang diinginkan
dalam projek di dalam bidang anda. Hasil pembelajaran merupakan titik tolak yang
baik untuk menentukan kriteria untuk mentaksir sesebuah projek. Apabila hasil
pembelajaran yang lebih umum telah difahami, anda boleh membina kriteria untuk
memeriksa projek tersebut (lihat Jadual 5.3) yang menunjukkan kriteria pemeriksaan
yang umum untuk projek). Secara umumnya, adalah lebih mudah untuk menentukan
kriteria bagi mengukur ‘produk’ sesebuah tugasan projek dan lebih sukar untuk
mengukur ‘proses-proses’ yang terlibat dalam tuugasan projek. Walau bagaimanapun,
disarankan bahawa pentaksiran produk dan proses dibuat berasingan berbanding
sekaligus. [Kemudian kita akan membincangkan bagaimana proses dalam tugasan
projek mungkin dinilai].
15
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

SIAPAKAH YANG MENDAPAT MARKAH – INDIVIDU ATAU


KUMPULAN?

Kebanyakan projek melibatkan lebih


daripada satu pelajar dan manafaat kerja kumpulan Joe tidak menyumbang
telah dibincangkan sebelum ini. Salah satu masalah banyak untuk projek kita.
utama menilai projek yang melibatkan kerja Adakah dia akan mendapat
kumpulan ialah bagaimana untuk memperuntukkan markah yang sama dengan
markah dengan adil dalam kalangan ahli kita?
kumpulan. Seperi yang dikatakan oleh seorang
pelajar, “Saya lebih suka guru saya memberitahu
saya berapa banyak usaha dan kerja akan diberi
dan banyak mana markah akan diberi untuknya”.
“Adakah semua pelajar akan mendapat markah
yang sama walaupun usaha mereka berbeza?”
“Adakah markah diberi kepada sumbangan
individu atau ahli kumpulan?”
Soalan-soalan ini yang mengganggu guru,
terutamanya kerana selalu terdapat mereka yang
menumpang dalam kumpulan projek. Berikut
adalah beberapa cadangan bagaimana kerja
kumpulan mungkin ditaksir seperti yang
dicadangkan oleh Winchester-Seeto, T. (2002),
yang bukanlah suatu senarai yang lengkap tetapi
merupakan pilihan yang selalu digunakan dan
bertujuan sebagai caadangan untuk
dipertimgbangkan semasa mereka bentuk
pentaksiran kumpulan.

Kaedah 1: Markah Kumpulan Bersama


Semua ahli kumpulan menerima markah yang sama untuk kerja yang diserahkan
tidak kira sumbangan individu. Ia merupakan kaedah yang mudah yang
menggalakkan bekerja dalam kumpulan di mana semua ahli Berjaya atau gagal
bersama. Walau bagaimanapun, ia mungkin dianggap tidak adil oleh pelajar yang
pintar kerana mereka menganggap dikekang oleh pelajar lemah dan kemungkinan
‘penumpang’ adalah tinggi
16
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Kaedah 2: Pengagihan Markah


Pelajar dalam kumpulan memutuskan bagaimana jumlah markah harus diagihkan
di antara mereka. Contohnya, sejumlah 40 markah diberi oleh guru untuk projek
yang diserahkan. Ada 5 orang ahli kumpulan dan dengsan itu jumlah markah
penuh adalah 5 x 40 = 200. Pelajar seterusnya berkongsi 200 markah itu
bardasarkan sumbangan setiap orang pelajar dalam kumpulan itu; mungkin 35, 45,
42, 38 and 40. Ini merupakan suatu kaedah yang berkesan sekiranya ahli kumpulan
berlaku adil, amanah dan tidak berperasaan dengki di antara satu sama lain. Walau
bagaimanapun, ada kemungkinan markah diagih dengan saksama bagi
mengelakkan dengki mendengki di antara ahli kumpulan.

Kaedah 3: MarkahIndividu
Setiap pelajar dalam kumpulan menyerahkan laporan individu berdasarkan tugasan
yang diperuntukkan atau seluruh projek.
a) Tugasan terbahagi : Daripada mula lagi, projek dibahagikan kepada bahagian-
bahagian atau tugasan-tugasan berlainan dan setiap pelajar dalam kumpulan
menyiapkan tugasan yang telah diperuntukkan kepada mereka, yang menyumbang
kepada produk akhir kumpulan dan mendapat markah untuk tugasan tersebut.
Kaedah ini adalah suatu cara yang lebih objektif bagi memastikan penyertaan
individu dan mungkin memotivasi pelajar untuk bekerja keras menyiapkan tugasan
atau bahagian masing-masing. Masalahnya ialah membahagikan projek kepada
tugasan-tugasan yang sama saiznya atau tahap kerumitannya. Juga, kaedah ini
mungkin tidak menggalakkan kolaborasi dalam kumpulan dan akan ada ahli yang
melambatkan kemajuan kumpulan.
b) Laporan individu: Setiap pelajar menulis dan menyerahkan laporan individu
berdasarkan keseluruhan projek. Kaedah ini memastikan usaha individu dan
mungkin dianggap oleh pelajar sebagai adil. Walau bagaimanapun, agak sukar
untuk menentukan bagaimana setiap laporan individu harus berbeza dan pelajar
mungkin dengan sengaja melakukan plagiat.

Kaedah 4: Markah Individu (Peperiksaan)


Soalan peperiksaan khususnya mensasarkan projek berkumpulan, dan hanya boleh
dijawab oleh pelajar yang telah terlibat dengan mendalam dalam projek. Kaedah
ini mungkin memotivasi pelajar belajar daripada projek berkumpulan termasuk
belajar daripada ahli kumpulannya. Walau bagaimanapun, ia mungkin kurang
berkesan sebab pelajar mungkin boleh menjawab soalan peperiksaan dengan
membaca laporan kumpulan mereka. Di dalam konteks Malaysia, peperiksaan
nasional mungkin tidak dapat memasukkan soalan-soalan seperti itu kerana ia
melibatkan beratus ribu orang pelajar.
17
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Kaedah 5: Kombinasi Purata Markah Kumpulan dan Markah Individu


Markah kumpulan diberi kepada setiap ahli dengan suatu mechanisma untuk
mengubah mengikut sumbangan individu. Kaedah ini mungkin dianggap sebagai
lebih adil daripada markah kumpulan yang dikongsi sama rata. Namun, ia memberi
kerja tambahan kepada guru dalam menentukan sumbangan individu.

 Yang manakah di antara LIMA kaedah memberi markah untuk


projek berkumpulan yang anda pernah gunakan di dalam mata
pelajaran anda?
 Berikan sebab-sebab pemilihan anda.
 Cadangkan kaedah-kaedah lain memberi markah untuk tugasan
projek.

8.7 Pentaksiran Kendiri dalam Projek

Pentaksiran kendiri merupakan suatu proses di


mana pelajar mempelajari tentang dirinya; sebagai
contoh, apa yang mereka telah pelajari daripada
projek, bagaimana mereka mempelajarinya dan
bagaimana mereka bertindakbalas dalam situasi
tertentu semasa menjalankan projek. Melibatkan
pelajar dalam proses pentaksiran merupakan
sebahagian penting dalam pentaksiran seimbang.
Bila pelajar menjadi rakan kongsi dalam proses
pembelajaran, mereka dapat mengenali diri mereka
dengan lebih dekat sebagai pembaca, penulis dan
pemikir.

Sesetengah guru berasa kurang selesa dengan pentaksiran kendiri kerana secara
tradisinya guru bertanggungjawab untuk semua jenis pentaksiran dalam bilik darjah,
18
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

dan di sini mereka menyuruh pelajar mentaksir diri mereka sendiri. Pentaksiran
kendiri boleh mengambil berbagai bentuk:

 Perbincangan melibatkan seluruh kelas atau kumpulan kecil.


 Log refleksi.
 Senarai semak atau inventori pentaksiran kendiri.
 Temubual Guru-pelajar.

Jenis-jenis pentaksiran kendiri ini mempunyai tema yang sama; mereka menyuruh
pelajar menyemak kerjanya sendiri untuk menentukan apa yang mereka telah pelajari
dan bahagian-bahagian yang mereka masih keliru. Walaupun setiap kaedah mungkin
berbeza sedikit, semuanya memberi masa yang cukup untuk pelajar
mempertimbangkan dengan mendalam dan menilai kemajuan mereka.

Oleh kerana pembelajaran projek berpandukan pelajar, pentaksiran harus juga


berpandukan pelajar. Pelajar boleh menyimpan jurnal dan log untuk mentaksir
kemajuan mereka secara berterusan. Suatu esei reflektif akhir atau log boleh memberi
pelajar dan guru maklumat tentang proses-proses berfikir, justifikasi di sebalik
keputusan-keputusan, keupayaan membuat rumusan dan menyampaikan apa yang
mereka telah pelajari. Menurut Edwards (2000), berikut adalah beberapa soalan yang
seorang pelajar boleh bertanya kepada dirinya semasa membuat pentaksiran kendiri:

 Apakah kejayaan-kejayaan projek ini?


 Apakah yang mungkin saya lakukan untuk memperbaiki projek ini?
 Bagaimanakah saya mencapai matlamat pembelajaran saya? Apakah perkara
yang paling sukar dalam mencapai matlamat tersebut?
 Apakah yang paling memeranjatkan saya semasa melaksanakan projek ini?
 Apakah usaha berkumpulan yang paling baik dalam kumpulan kami? Apakah
pula usaha berkumpulan yang paling lemah?
 Apakah pandangan saya tentang pendapat orang lain yang terlibat tentang
bagaimana projek ini berjalan?
 Apakah kemahiran-kemahiran yang saya gunakan semasa menjalankan
projek ini? Bagaimanakah dapat saya amalkan kemahiran-kemahiran ini di
masa hadapan?
19
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

8.8 Pentaksiran Tingkah Laku Murid Dirumah

SOAL SELIDIK TINGKAHLAKU MURID DI RUMAH

PERINGATAN:
Sila jawab dengan jujur. Borang ini mengandungi maklumat berkaitan
tingkahlaku anak anda. Hasil dapatan ini dapat memberi maklumat sebenar
sikap dan tingkah laku anak anda.

BAHAGIAN A:
Nama murid: ________________________________________________

Umur :_____________________________

Bangsa :____________________________

Agama :____________________________

Nama ibu: ___________________________________________________

Pekerjaan:___________________________

Nama ayah: __________________________________________________

Pekerjaan:___________________________

Alamat ibu bapa: _______________________________________________

_______________________________________________

________________________________________________
20
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

Bi Pernyataan Band Ya Tidak


l
1. Adakah anak anda mengemas tempat tidur sendiri selepas
bangun dari tidur setiap hari. B4D1E1
2. Adakah anak anda membuat bising ketika tetamu datang. B4D12E1
3. Adakah anak anda suka menceritakan perihal keburukan B2D9E1
rakan-rakannya.
4. Adakah anak anda sering mengucapkan terima kasih B3D8E1
kepada anda selepas menikmati hidangan yang anda
sediakan.
5. Adakah anak anda memulangkan wang baki kepada anda B5D3E1
selepas membeli barang di kedai
6. Adakah anak anda memohon maaf selepas melakukan B3D3E1
kesalahan.
7. Adakah anak anda suka berkongsi barang permainan B3D4E1
dengan adik beradik atau jiran.
8. Adakah anak anda mandi sekurang-kurangnya sekali B3D1E1
sehari.
9. Bolehkah anak anda mengucapkan terima kasih dalam B1D8E1
bahasa lain selain daripada bahasa yang digunakan di
rumah.
10 Pernahkah anak anda membantu anda melakukan kerja B3D7E1
. rumah.
11 Adakah anak anda sentiasa berkomunikasi dengan B6D9E1
. beradab sopan.
12 Adakah anak anda bermain dengan alatan tajam semasa B3D1E2
. dirumah.
13 Adakah anak anda melibatkan diri ketika anda B3D14E1
. membersihkan halaman rumah bersama keluarga.
14 Pernahkah anak anda bercerita mengenai haiwan B2D11E1
. kegemarannya.
21
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

KERJASAMA ANDA AMAT DIPERLUKAN DALAM MELENGKAPKAN


SOAL SELIDIK DI BAWAH. SILA LENGKAPKAN TANDAKAN ( / ) PADA
RUANG YANG BERKAITAN BERDASARKAN INSTRUMEN DI BAWAH:

NAMA MURID : ....................................................................................


KELAS : ...............................

BIL. SOALAN 1 2
1. Apabila ditanya anak anda tahu bahawa menggosok gigi adalah cara menjaga kebersihan
gigi.
2. Anak anda boleh menyenaraikan aktiviti yang dilakukan bersama adik-beradik di rumah.
3. Anak anda boleh menyatakan cara menjaga keselamatan diri apabila diganggu orang lain.
4. Anak anda menceritakan semula ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa yang
dipelajarinya di sekolah.
5. Anak anda boleh menerangkan kepentingan datang awal ke sekolah.
6. Anak anda boleh menerangkan cara menjaga kebersihan kuku.
7. Anak anda boleh menceritakan contoh benda ciptaan Tuhan.
8. Anak anda tahu kesan tingkah laku yang bersopan.
9. Anak anda membasuh kasutnya sendiri apabila kotor.
10. Anak anda akan membahagi makanan dengan adik beradiknya
11. Anak anda pernah menyatakan bahawa dia ‘gembira’ apabila menerima hadiah semasa hari
jadinya.
12. Anak anda membantu mengemas rumah bersama ahli keluarga.
13. Jika bergaduh dengan rakan, anak anda berani mengaku kesalahannya.
14. Setiap pagi anak anda akan mengemaskan tempat tidurnya.
15. Jika mendapat mendapat barang permainan baru, anak anda sering menunjuk-nunjuk
kepada rakannya.
16. Anak anda pernah mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah.
17. Anak anda akan memulangkan baki wang apabila diminta ke kedai untuk membeli barang.
18. Anak anda pernah menolong neneknya menyapu sampah.
19. Setelah pulang dari sekolah, anak anda pernah menceritakan bahawa dia telah menyapu
sampah di kelas.
22
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

20. Anak anda pernah terlibat dalam aktiviti gotong-royong di sekolah.


21 Anak anda jarang mengucapkan ‘terima kasih’ sebagai tanda penghargaan.
22. Setiap hari, anak anda bangun awal dan tiba awal di sekolah.
23. Anak anda sering membantu rakannnya menyiapkan kerja sekolah.
24. Anak anda tidak pernah membuang sampah ke dalam sungai.

BIL SOALAN NILAI BAND


1. Apabila ditanya, anak anda tahu bahawa menggosok gigi KASIH SAYANG B1D1E1
adalah cara menjaga kebersihan gigi. (7.1.1)
2. Anak anda boleh menyenaraikan aktiviti yang dilakukan KERJASAMA B1D14E1
bersama adik-beradik di rumah. (12.1.2)
3. Anak anda boleh menyatakan cara menjaga keselamatan KASIH SAYANG B1D1E2
diri apabila diganggu orang lain. (9.1.1)
4. Anak anda menceritakan semula ucapan terima kasih BERTERIMA KASIH BID8E1
dalam pelbagai bahasa yang dipelajarinya di sekolah. (4.1.1)
5. Anak anda boleh menerangkan kepentingan datang awal BERTANG-GUNGJAWAB B2D13E1
ke sekolah. (3.1.2)
6. Anak anda boleh menerangkan cara menjaga kebersihan KASIH SAYANG B2D1E1
kuku. (7.1.1)
7. Anak anda boleh menceritakan contoh benda ciptaan KEPERCAYAAN KEPADA B2D11E1
Tuhan. TUHAN (1.1.2)
8. Anak anda tahu kesan tingkah laku yang bersopan. HEMAH TINGGI (5.1.1) B2D9E2
9. Anak anda membasuh kasutnya sendiri apabila kotor. KASIH SAYANG (7.1.5) B4D1E1
10. Anak anda berkongsi makanan dengan adik-beradiknya. KEADILAN B3D2E1
(8.1.4)
23
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

11. Anak anda pernah menyatakan bahawa dia ‘gembira’ BERTERIMA KASIH B3D8E1
apabila menerima hadiah. (4.1.3)
12. Anak anda membantu mengemas rumah bersama ahli KERJASAMA B3D14E1
keluarga. (12.1.4)
13. Anak anda berani mengaku kesilapannya apabila KEBERANIAN B3D6E1
melakukan kesalahan. (9.1.3)
14. Setiap pagi, anak anda akan mengemaskan tempat BERTANG-GUNGJAWAB B4D13E1
tidurnya. (3.1.3)
15. Adakah anak anda sentiasa bersahabat baik dengan KESEDERHA-NAAN B4D5E1
semua rakan di kelasnya. (13.1.3)
16. Anak anda pernah mengutip sampah dan membuangnya BERTANG- B4D11E1
ke dalam tong sampah GUNGJAWAB
(3.1.3)
17. Anak anda akan memulangkan baki wang apabila diminta KEJUJURAN B5D3E1
ke kedai untuk membeli barang. (10.1.4)
18. Anak anda pernah menolong neneknya menyapu BAIK HATI B5D7E1
sampah. (2.1.4)
19. Setelah pulang dari sekolah, anak anda menceritakan KERAJINAN B5D13E1
bahawa dia telah menyapu sampah di kelas. (11.1.3)

20. Anak anda pernah terlibat dalam aktiviti gotong-royong di BEKERJASAMA B5D14E1
sekolah. (12.1.4)
21. Anak anda pernah mengucapkan ‘terima kasih’ sebagai BERTERIMA KASIH B6D8E1
tanda penghargaan. (4.1.5)
22. Setiap hari, anak anda tiba awal di sekolah. HORMAT B6D10E1
(6.1.4)
23. Anak anda pernah membantu adiknya membuat kerja BAIK HATI B6D7E1
sekolah. (2.1.4)
24. Anak anda suka menyiram pokok bunga. KEPERCAYAAN KEPADA B6D11E1
TUHAN (1.1.5)
24
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

RUJUKAN:

 Bonthron, S., & Gordon, R. (Eds.). (1999). Service-learning and assessment:


A field guide for teachers. Montpelier, VT: Vermont Department of
Education, National Service-Learning and Assessment Study Group.

 Bottoms, G., & Webb, L.D. (1998). Connecting the curriculum to “real life.”
Breaking Ranks: Making it happen. Reston, VA: National Association of
Secondary School Principals.

 Bryson, E. (1994). Will a project approach to learning provide children


opportunities to do purposeful reading and writing, as well as provide
opportunities for authentic learning in other curriculum areas? Unpublished
manuscript. (ERIC Document Reproduction Service No. ED392513)

 Chard, S. C. (1992). The Project Approach: A Practical Guide for Teachers.


Edmonton, Alberta: University of Alberta Printing Services]

 Harwell, S., & Blank, W. (1997). Connecting high school with the real
world. ERIC Document Reproduction Service No. ED407586]

 Herman, J., Aschbacher, P., & Winters, L. (1992). A practical guide to


alternative assessment. Alexandria, VA: Association for Supervision and
Curriculum Develop-ment. (ERIC Document Reproduction Service No.
ED352389)

 Katz, L. (1994). The project approach [ERIC digest]. Urbana, IL: ERIC
Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education. (ERIC
Document Reproduction Service No. ED368509)

 Katz, L.G., & Chard, S.C. (1998). Issues in selecting topics for projects [ERIC
digest]. Champaign, IL: ERIC Clearinghouse on Elementary and Early
Childhood Education.

 Rankin, B. (1993). Curriculum development in Reggio Emilia: A long-term


curriculum project about dinosaurs. In C.P. Edwards, L. Gandini, & G.E.
Forman (Eds.), Hundred languages of children: The Reggio Emilia approach
to early childhood education (pp. 189–211). Norwood, NJ: Ablex.

 Sutherland, M. (2003). Checklist for evaluating processes in project work. East Side
Union High School District, San Jose, California.

 Steinberg, A. (1998). Real learning, real work: School-to-work as high school


reform. New York, NY: Routledge.

 Stannard, P. (1982). Evaluating Laboratory Performance, The Queensland


Science Teacher, November Issue.
25
Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

 The Australian Science Teachers Association (1980). Bulletin for Science


Teaching. 24. August Issue. Canberra.

 The National Science Teachers Association of America, (1990). Standards for


the Teaching of Science. Washington DC.

 Thomas, J.W. (1998). Project based learning overview. Novato, CA: Buck
Institute for Education.

 Winchester-Seeto, T. (April, 2002). Assessment of collaborative work –


collaboration versus assessment. Invited paper presented at the Annual
Uniserve Science Symposium, The University of Sydney

You might also like