You are on page 1of 19
EEE PEKELILING UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 1 TAHUN 2022 GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROJEK PEMBANGUNAN ROLLING PLAN KETIGA (TAHUN 2023) RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROJEK PEMBANGUNAN ROLLING PLAN KETIGA (TAHUN 2023), RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS 4. TUJUAN 4 Garis panduan ini disediakan untuk rujukan semua Kementerian semasa memohon projek pembangunan Rolling Plan Ketiga tahun 2023 (RP3), Rancangan Malaysia Kedua Belas, (RMKe-12) 2021-2025. Garis panduan ini mengandungi perkara-perkera mandatori yang perlu citeliti oleh setiap Kementerian semasa menyediakan permohonan projek pembangunan RP3 untuk kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM). 2. LATAR BELAKANG 24 22 Penyediaan cadangan projek baharu RP3 oleh Kementerian dan agensi hendaklah mengambil kira dasar dan strategi di bawah Rancangan Malaysia Kedua Bolas (RMKe-12). Selain itu, perancangan projek Pembangunan RP3 perlu mematuhi dasar, akta, pekeliling, garis panduan dan peraturan yang masih berkuatkuasa seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 Bagi memastikan pelaksanaan RMKe-12 berjalan lancar, pendekatan berasaskan outcome akan diteruskan melalui Kerangka Keberhasilan Bersepadu. Pendekatan ini akan memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi_pembangunan sosioekonomi serta_ mengukur pencapaian oufcome di peringkat nasional dan kementerian. Proses agihan peruntukan pembangunan dan mengurus dapat dibuat dengan lebih cekap dan optimum selaras dengan prinsip nilai terbaik untuk wang, selain memastikan keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan RMKe-12 PELAKSANAAN AGIHAN PERUNTUKAN SECARA ROLLING PLAN 3.1. Rolling Plan (RP) telah diperkenalkan mulai tahun 2011 iaitu permulaan RMKe-10. la sebagai suatu kemudahan kepada kementerian untuk memohon projek-projek baharu tanpa menunggu sesuatu Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) tamat atau semasa Kajian Separuh Penggal (KSP) dilaksanakan. 3.2 Kaedah baharu ini tidak melonggarkan syarat-syarat sedia ada yang menghendakki kementerian membuat perancangan api sebelum memohon projek-projek baharu untuk setiap RP. }. SOROTAN DAN ISU PELAKSANAAN 4.1 Situasi_ pandemik COVID-19 masih berterusan sehingga tahun 2021 Langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berfokus masin dilaksanakan terutama selepas- Total Lockdown yang dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2021 selama dua minggu iaitu penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi. Setakat 31 Disember 2021, prestasi perbelanjaan keseluruhan DE adalah sebanyak RM63.6 bilion iaitu 92.2% berbanding dengan peruntukan asal RM69.00 bilion (prestasi perbelanjaan 98.2% berbanding peruntukan dipinda RM64.8 bilion). Namun begitu, prestasi perbelanjaan untuk projek-projek fizikal (DE Asas) hanyalah sebanyak RM28.1 bilion iaity 70.7% berbanding dengan peruntukan asal RM39.8 bilion. 4.2 Semenjak pelaksanaan RP pada tahun 2011, keperluan perancangan yang teliti masih perlu diberi perhatian kerana terdapatnya peningkatan perkara- perkara berikut 43 44 45 a. _Bilangan Notis Perubahan (NOC) yang meningkat dan kerap untuk ‘sesebuah projek; b. — Kelewatan persediaan projek yang diluluskan untuk dilaksanakan Pengurusan Nilai; dan c. Isuisu_ketersediaan tapak/tanah untuk sesuatu projek yang diluluskan, Pada tahun 2021, EPU, JPM telah mengedarkan Buku Merah EPU, JPM Versi 2.0 sebagai panduan untuk menangani isu kelewatan pelaksanaan Projek pembangunan. Berbanding dengan Versi 1.0 di bawah RMKe-11, masih terdapat isu-isu di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek yang berulang misalnya isu berkaitan kelemahan perancangan, proses perolehan yang perlahan dan kelewatan menerima kelulusan kebenaran merancang oleh PBT, Bagi maksud untuk merancang secera teliti sesebuah projek, EPU JPM telah menambahbaik proses permohonan NOC melalui penyeragaman tempoh memproses NOC di peringkat EPU serta penetapan tempoh maksimum bagi kementerian mengemukakan maklum balas kepada EPU, JPM. Bagi memastikan permohonan projek baharu RP3 diuruskan secara menyeluruh serta_ mengambil kira pandangan pelbagai_pihak berkepentingan (stakeholders) di semua peringkat dan keperluan sebenar kumpulan sasar, Kementerian perlu memastikan senarai cadangan keutamaan projek yang dikemukakan oleh kerajaan negeri hendakiah melalui Unit Perancang Negeri (UPEN) atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) untuk dipertimbangkan sebelum dikemukakan kepada EPU, 4.8 47 Pihak Kementerian juga perlu menggiatkan sesi penerangan / engagement dengan stakeholders mengenai dasar serta kaedah perancangan dan permohonan projek. Pihak UPEN/PPN boleh dijemput semasa sesi pemeriksaan bajet di peringkat Kementerian (mengikut keperluan) supaya masalah mismatch mengenai senarai keutamaan di antara Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian dapat di atasi/dikurangkan Bagi mengukuhkan perancangan dan penyediaan projek pembangunan, kementerian/agensi hendaklah menyusun keutamaan projek berasaskan kepada alat perancangan seperti Matriks Kerangka Logik (LFM), Indeks Kreativiti (Cl), Pembanding Sektor Awam (PSC) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). 5. HALA TUJU DAN SASARAN AGIHAN BAJET 2023 5.1 5.2 Pembentangan dokumen RMke-12 di Parlimen telahpun selesai pada pertengahan Jun 2021 bagi memastikan mailamat pembangunan Keluarga Malaysia yang disasarkan oleh Kerajaan melalui RMKe-12 dapat memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan. Ini seterusnya membolehkan impak pembangunan dapat dinikmati dan dirasai oleh setiap rakyat. Kementerian perlu menjajarkan semula senarai projek mengikut dasar dan strategi di bawah Tema dan Pemangkin Dasar RMKe-12 di dalam sistem MyProjek. Bagi membantu pihak Kementerian, Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) telah diterbitkan yang menggariskan secara terperinci pelan pelaksanaan bagi Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. Langkah ini bagi memastikan dasar dan strategi yang dimandatkan kepada Kementerian dilaksanakan secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan. SILING BAYANGAN DAN AGIHAN SILING RP3 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5. Siling bayangan akan ditentukan berasaskan kemampuan kewangan Kerajaan dengan nasihat Kementerian Kewangan Malaysia. Kementerian hendaklah ~mengemaskini keutamaan projek-projek baharu tanpa menunggu paras siling dimaklumkan oleh EPU, JPM. Siling bayangan adalah had maksimum peruntukan DE untuk panduan Kementerian pada tahun berkaitan. Kementerian dilarang mengambil pendekatan untuk mencapai had siling bayangan yang diberi TANPA MEMBUAT PERANCANGAN RAP! ke atas projek-projek baharu yang ingin dipohon. Agihan siling pembangunan bagi kedua-dua projek sambungan dan projek baharu perlu disemak secara bersekali di peringkat Kementerian terlebih dahulu bagi membolehkan penilaian keperluan keseluruhan projek pembangunan dibuat secara lebih realistik. Kementerian hendaklah senantiasa mengemaskini senarai_ projek-projek baharu (berserta perancangan rapi), mengikut keutamaaan, Perancangan tapi bermaksud cadangan projek baharu telahpun mempunyai butiran- butiran lengkap seperti brif projek, kos projek, kesediaan tanah dan tapak dan sebagainya, sebagai persediaan awal untuk RP seterusnya. Agihan peruntukan projek adalah di bawah tanggungjawab MOF. Sesi pemeriksaan bajet DE oleh EPU, JPM adalah untuk menilai kesesuaian dan kebolehlaksanaan projek Kementerian. Dalam tahun pelaksanaan kelak, pinak Kementerian tidak boleh berbelanja melebihi siling tahunan yang telah ditetapkan dan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada EPU, JPM. TARIKH PERMOHONAN PROJEK RP3 7A 7.2 73 Kementerian/Agensi perlu mengemukakan permohonan projek RP3 melalui modul e-permohonan MyProjek bermula 1 hingga 31 Mac 2022. Kementerian hendakiah mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Kerajaan Negeri, Jabatan, Agensi dan pemimpin-pemimpin tempatan sebelum memuktamadkan permohonan projek RP3, Kementerian hendaklah memastikan tiada elemen OE dimasukkan dalam DE kerana OE akan dipertimbangkan secara berasingan oleh MOF. Kementerian hendaklah merujuk kepada Senarai Klasifikasi Pembiayaan Program dan Projek di bawah DE dan OE bagi mengelakkan berlaku pertindihan butiran projek yang sama di bawah DE dan OE. KEUTAMAAN PROJEK KEMENTERIAN 8.1 Kementerian perlu menyemak dengan teliti akan keperluan siling projek yang ditetapkan termasuk mengambil kira perkara berikut: a. komitmen kewangan ke atas projek sambungan yang sedang dalam pelaksanaan sebelum meluluskan projek baharu RP3; b. _ prestasi perbelanjaan peruntukan yang diluluskan sebelum ini; dan c. _ memastikan kos dan skop projek sambungan adalah sama dengan kos dan skop asal yang telah diluluskan sebelum ini. 8.2 8.3 Kementerian hendaklah dari semasa ke semasa mengemaskini projek- projek baharu yang akan dipohon mengikut keutamaan. Pada amnya, kelulusan peruntukan tahunan DE tahun 2023 akan diagihkan menurut aturan berikut a. Projek-projek sambungan; b. Projek yang diluluskan secara berfasa; Projek kelulusan khas Kerajaan; dan d. _Projek baharu yang menyokong “core business” Kementerian. Adalah menjadi dasar iaitu mulai RP3 Tahun 2023, cadangan projek-projek baharu Kementerian perlu dilaksanakan Pengurusan Nilai Strategik (VMS) dan Gerbang Nilai 0 (GN 0) oleh Kementerian bersama Agensi Teknikal sebelum permohonan dikemukakan untuk pertimbangan EPU, JPM. Keperluan ini dinyatakan melalui surat arahan Ketua Pengarah EPU (EPU.12-11/11 (38)) bertarikh 15 Julai 2021, Matlamat utama arahan ini adalah memastikan pengamalan pengurusan perancangan berlandaskan konsep “do it right at the first time" bagi mengatasi tiga permasalahan utama iaitu ketidaksediaan tanah ataupun tapak, brif tidak lengkap dan pengiraan kos yang tidak tepat, Projek Sambungan 84 Projek sambungan merupakan projek yang telah diluluskan pada tahun 2022 dan sebelumnya. Melainkan terdapat justifikasi/keputusan semasa Kerajaan, projek sambungan hendaklah didahulukan atas faktor ianya melibatkan isu-isu perundangan terutama apabila Surat Setuju Terima (SST) ataupun kontrak telahpun ditandatangani i antara Kementerian dan syarikat. Projek Secara Berfasa 8.5 Projek yang sebelumnya telah diluluskan secara berfasa boleh Gipertimbangkan untuk ke fasa seterusnya sekiranya fasa susulan ini perlu bagi memenuhi fungsian projek keseluruhan. Sekiranya fasa sedia ada telahpun siap dan menoukupi, projek bagi fasa susulan boleh dipertimbangkan untuk tidak diteruskan Projek Kelulusan Khas Kerajaan 8.6 Projek yang mendapatkan kelulusan khas Kerajaan adalah projek yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri. Projek ini masih memerlukan penelitian terperinci bagi memastikan ianya berasaskan value for money. Kementerian digalakkan untuk melaksanakan trade-off dengan projek sedia ada bagi mengelak keperluan kewangan tambahan dan Kementerian tiada peruntukan mencukupi untuk tahun semasa Projek Baharu 87 Dalam merangka projek baharu supaya menepati kehendak rakyat bagi meningkatkan kesejahteraan, mengurangkan kos sara hidup, sistem penyampaian Kerajaan yang lebih cekap dan tingkat daya saing negara yang lebih tinggi, pemilihan projek baharu perlu mematuhi Kriteria seperti berikut: a. Berimpak tinggi yang member! manfaat kepada sebahagian besar masyarakat serta selari dengan outcome nasional dan WKB. Projek mempunyai skop dan kos yang bersesuaian dengan dasar dan strategi semasa serta sesuai dengan matlamat, rakyat dan masa hadapan (fit for purpose, people and future); 8.8 8.9 b. Best value for money dengan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan akan memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan dan negara, Di samping itu, elemen bermewah-mewah dengan reka bentuk yang tidak menyumbang kepada kecekapan fungsi projek dan mengoptimumkan penggunaan ruang yang terhad hendaklah diberikan perhatian sewajarnya; ©. Tapak projek siap sedia untuk dimasuki oleh kontraktor. Untuk itu, tapak perlu dipastikan bukan sahaja telah sempuma milik oleh kerajaan malahan mempunyai kebenaran izin lalu bagi tapak milik orang perseoranganipihak ketiga serta bebas daripada bebanan. Kementerian perlu memastikan perolehan tanah/tapak telah selesai terlebih dahulu sebelum memohon kerja-kerja pembinaan fizikal projek tersebut; dan d. — Penyelarasan keutamaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, iaitu Kementerian perlu mengambil kira cadangan projek yang diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri dalam menyusun cadangan projek baharu. Kementerian juga perlu memastikan setiap permohonan projek yang hendak dipertimbangkan adalah viable dan sedia dilaksana berdasarkan kepada maklumat dan data yang diberikan oleh Kementerian (seperti kesediaan tapak, kajian pra feasibility dan analisis berkaitan), Bagi permohonan projek pembangunan baharu, keutamaan akan diberi kepada projek yang memberi impak yang besar kepada rakyat dan pertumbuhan ekonomi. Bagi mengukuhkan perancangan dan penyediaan projek pembangunan, Kementerian/Agensi__hendakiah menyusun keutamaan projek berasaskan kepada alat perancangan seperti Matriks Kerangka Logik (LFM), Indeks Kreativiti (Cl), Pembanding Sektor Awam (PSC) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Penutupan Akaun Projek Siap 8.10 Bagi projek yang telah dikenalpasti untuk penutupan akaun, Kementerian hendakiah mengemaskini maklumat bagi projek-projek yang telah siap sepenuhnya, Bagi projek fizikal, tempoh kecacatan hendaklah diambil kira bagi penentuan tempoh bayaran akhir bagi mengelak pewujudan semula projek secara NOC. Pematuhan Dasar! Peraturan Umum 8.11 8.12 8.13 Sepertimana Arahan Perbendaharaan 182 (AP182), semua projek fizikal Perlu ditelit dan dilaksanakan oleh jabatan teknikal (JKR dan JPS). Bagi projek yang bemilai RMS juta dan ke bawah, Kementerian perlu mendapatkan pengecualian dari jabatan teknikal sekiranya ingin melaksanakan sendiri projek pembangunan yang dimaksudkan. Perancangan projek ini hendaklah selaras dengan Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan. Selaras dengan Agenda 2030 bagi pembangunan mampan, Kementerian/Agensi perlu mengambil kira elemen green building serta keperluan menerapkan elemen rainwater harvesting system / sistem penuaian air hujan (PAH) dalam projek fizikal pembinaan bangunan baharu. Kementerian/agensi boleh merujuk kepada Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bagi khidmat nasihat teknikal yang diperlukan. Bagi projek penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C), projek ICT dan kuarters, ianya perlu dinilai dan diperakukan oleh 10 8.14 8.15 jawatankuasa/agensi sebelum melalui proses pemeriksaan bajet oleh EPU, JPM seperti berikut: a. Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam (JKPDA) dibawah Research Management Unit (RMU), EPU — projek R&D&C; b. Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), JPM — projek ICT; dan ©. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), JPM~ projek kuarters Perolehan tanah yang menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan perlu dipindah milik serta didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.11 Tahun 2007. Selain itu, Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil3 Tahun 2008 menyatakan bahawa PTP mempunyai kuasa untuk memiliki dan melupuskan tanah kepada dan daripada Kerajaan Persekutuan. Pemilikan tanah adalah penting untuk memastikan projek sedia dilaksanakan. Permohonan bagi projek binaan tidak akan dipertimbangkan sehingga urusan perolehan dan pemilikan tanah selesai Peraturan yang menetapkan Value Management (VM) perlu dilaksanakan bagi semua program/projek fizikal bernilai RM50.0 juta dan ke atas dikekalkan. Selain itu, bagi projek-projek bangunan Kerajaan bernilai RMS5.0 juta hingga RMS50.0 juta dan kerja ubahsuai bangunan dengan nilai RM1.0 juta ke atas adalah diwajibkan untuk mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Standard dan Kos yang diurusetia oleh Bahagian Pengurusan Nilai, EPU. 11 Garis Panduan/Peraturan Perancangan Projek Pembangunan 8.16 Dalam meraneang projek pembangunan, kementerian/agensi perlu merujuk dan mematuhi akta, dasar, pekeliling, garis panduan dan peraturan semasa yang masih berkuatkuasa. Akta, dasar, pekeliling, garis panduan dan peraturan semasa yang dimaksudkan adalah: Akta/Pekeliling/Garis Panduan Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 (pindaan 1985), Seksyen 34A Perintah | Kualiti Alam Sekeliling Penilaian, Kesan kepada Alam Sekeliling / Environment Impact Assessment (EIA) 2015 Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan 2017), Seksyen 20B 7 Social Impact Assessment (SIA); Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menieri Bil.1 Tahun 2009: Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Projek Pembangunan Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bil.2 Tahun 2009: Garis Panduan dan Peraturan Pemilihan Tapak dan Keperluan Peralatan Projek Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Bil. Tahun 2015: Menambah baik Pelaksanaan Pengurusan Nilai Dan Garis Panduan Dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Dalam Program Projek Kerajaan Persekutuan vi | Arahan Perbendaharaan Malaysia: PK 3.0 berkaitan Perolehan Perunding vil. ‘Arahan Perbendaharaan 182, Kerja-kerja Bagi Jabatan Bukan Teknik Vil. Arahan Perbendaharaan Malaysia: PK 1.1 Para 6, Perenggan (v), Lampiran 1.5 - Dasar dan Garis Panduan Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Programme - ICP) dalam Perolehan Kerajaan, Edisi Kedua Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan BiL3 Tahun 2008: Fungsi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Peranan Kementerian/Jabatan Pengguna dalam Perolehan Tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Tanah-tanah Persekutuan Selepas Perolehan 12 Pekeliling Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Bil.1 ‘Tahun 2009: Garis Panduan Kerjasama Awam Swasta xi Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2008: Pelaksanaan Industrialised Building System (IBS) Dalam Projek Kerajaan xii Surat MOF bil SIKKEW/PK/MOF/DI29 JLD 4 SK 6(25), berlarikh 16 Disember 2016 perkara: Penguatkuasaan Ke Atas Peraturan Berkaitan Pre-Approved Plan (PAP) dan Industrialised Building System (IBS) bagi projek kerajaan xii Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan oleh Jawatankuasa Standard dan Kos (JSK) Edisi Tahun 2015 xiv. Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Projek Kerajaan RMKe-12 Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2019 berkaitan Pelaksanaan Pembanding Sektor Awam (Public Sector Comparator - PSC) Dalam Projek Pembangunan Fizikal Kerajaan Persekutuan xvi LainJain arahan, Pekeliling dan Garis Panduan Kerajaan yang berkuat kuasa Peraturan Spesifik Semasa Pemeriksaan Bajet RP3 8.17 Kementerian/Agensi hendaklah memastikan perkara di bawah ini disemak sebelum mengemukakan permohonan projek RP3: Bil. Perkara Keterangan Az Tanah e--Kementerian/Jabatan/Agensi menggunakan stok tanah dalam bank tanah masing-masing dan mengelakkan daripada memohon perolehan tanah baharu. la dapat memastikan tanah sedia ada kerajaan digunakan secara optimum dan mengurangkan kos perolehan tapak baharu. * Tiada isu tapak/tanah projek seperti setinggan, bantahan 13 Bil, Perkara Keterangan penduduk dan lokasi tidak sesuai. Tapak/tanah perlu dinamakan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dalam geran atau Borang 5A (projek bangunan) dan Borang K (projek jalan) serta_memperoleh pengesahan pihak Pejabat Tanah Galian (PTG) bahawa tapak bebas bebanan dan sedia dimasuki. Projek yang tidak dapat mengemukakan dokumen tanah atas nama PTP, —_Kementerian/Agensi__perlu mengenalpasti dan memperolehi dokumen rasmi berkaitan tapak projek demi menjaga kepentingan Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh, surat rasmi daripada Pejabat Tanah dan Galian yang jelas menyatakan tanah dirizabkan kepada kementerian/agensi untuk tujuan projek tersebut (nama projek dinyatakan dengan jelas). Kementerian/Agensi perlu menyemak Borang Penilaian Tapak dan Laporan Lawatan Tapak dalam pekeliling UPE, JPM Bil. 2 Tahun 2009. Tapak yang sesuai dan boleh dipilin untuk tujuan pembangunan _perlu memperoleh skor sekurang-kurangnya 60% berdasarkan sistem pemarkahan yang telah ditetapkan (Borang Penilaian Tapak dan Laporan Lawatan Tapak dalam pekeliling UPE, JPM Bil. 2 Tahun 2009) Hanya diberi kelulusan siling tanah sekiranya tapak tidak selesai dan siling projek bangunan hanya kepada projek yang mempunyai tapak sempuma milik dan tiada bebanan. Brif Projek Format seragam yang ditetapkan dan mengandungi maklumbalas/pengesahan pihak end user projek 14 Perkara Keterangan * Mempunyai maklumat skop projek, Komponen projek, kos, lokasi, outcome, kumpulan sasar, siling RP, maklum balas PBT, penyedia utili, KPTG/PTG dan agensi pengguna projek serta perincian nilai Creativity Index. Penyelarasan Projek * Cadangan projek perlu diselaraskan bersama kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) J Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) / Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) untuk | mengambil kira input serta keperluan stakeholders dan maklum balas entiti berkepentingan negeri seperti PBT dan penyedia utiiti utama (TNB, Telekom dan syarikat bekalan air negeri) perlu diperolehi. * Kementerian perlu memastikan senarai cadangan keutamaan projek yang dikemukaken oleh kerajaan negeri adalah melalui Unit Perancang Negeri (UPEN) atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) untuk dipertimbangkan sebelum dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU, JPM). * Projek yang melibatkan pertindihan tapak boleh digantikan dengan projek lain dengan syarat negeri dan kos yang sama serta dalam senarai asal keutamaan ‘Senarai Klasifikasi Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan | Permohonan projek periu mematuhi Senarai Klasifikasi Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan untuk mengelak permohonan bertindan atau tercicir. Matriks LFM wajib dilampirkan di MyProjek bagi projek baharu dan 15 Bil. Perkara ~ Keterangan Kerangka Logik (Logical Framework Matrix (LEM) digunakan bagi mengenal pasti projek berimpak tinggi yang boleh dilaksanakan dan berdaya maju (viable) berdasarkan kepada andaian faktor risiko dalam LEM. Creativity Index (Cl) © Wajib disediakan untuk permohonan projek baharu. Projek mempunyai impak tinggi kepada rakyat apabila nilai Cl projek tersebut melebihi nilai 1. Pengiraan Cl boleh mengambilkira nilai sasaran kuantiti di dalam LFM supaya mewuludkan _kesalinghubungan dengan outcome. * Bagi projek yang mempunyai nilai Cl rendah (kurang daripada 1), ia perlu disemak semula atau digugurkan daripada senarai keutamaan kerana kurang memberi faedah/manfaat kepada rakyat berbanding dengan kos yang ditanggung oleh Kerajaan. * Nilai Cl akan digunakan untuk menentukan keutamaan sesuatu. projek dan bukan jaminan untuk projek diluluskan. Nilai Cl yang munasabah adalah melebihi 1 sehingga 10. * Maklumat Cl dalam sistem MyProjek boleh dipinda berdasarkan kepada keputusan Sesi Pemeriksaan Bajet Peringkat Bahagian di EPU sebelum dibentang dalam Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Peringkat Pengurusan EPU. Jadual Keperluan Ruang (SOA) Wajib dilampirkan dalam MyProjek bagi projek fizikal binaan/ubah suai yang baharu, Perolehan Peralatan © Wajib dilampirkan dalam MyProjek. * Membantu Jawatankuasa Peringkat Bahagian di EPU, 16 Bil. | Perkara Keterangan JPM menyemak keperluan sebenar dan menilai anggaran kos perolehan peralatan yang dipohon oleh kementerian/agensi 9. [Kos Kos penyediaan infrastruktur asas seperti jalan masuk di Penyediaan | kawasan tanah/tapak yang dicadangkan untuk projek Infrastruktur | tersebut telah diambil kira dalam pengiraan anggaran kos Asas projek. 10. | Anggaran * Jumlah siling projek yang disyorkan hendaklah | Keperluan mematuhi keperluan perancangan_ milestonesiaktivit | Siling yang dirancang untuk tempoh RP3. * Sling tahun pertama pelaksanaan yang diperakukan untuk projek baharu bagi kategori fizikal pembinaan adalah setakat membiayai kewangan pra pelaksanaan (1% - 5% daripada kos projek) melainkan jika kementerian dapat membuktikan jumlah_peruntukan yang diperlukan adalah lebih daripada jumlah tersebut. 11. | One Line Item| * One line item projects projek fizikal tidak dibenarkan Projects bagi memudahkan pemantauan dan memastikan perbelanjaan yang lebih telus. © Setiap projek fizikal perlu mempunyai butiran tersendiri 12. |KerjaKerja [+ Butiran kerja awalan bagi projek fizikal_setiap Awalan kementerian boleh diwujudkan. Butiran ini adalah bagi projek yang tidak dimasukkan skop kerja awalan. © Skop kerja-Kerja awalan adalah merangkumi kajian kesesuaian, kerja-kerja awalan tanah, soil investigation (SI), kerja-kerja awalan tanah yang berkaitan dan proses perolehan 17 10. 1. ‘SESI PEMERIKSAAN BAJET RP3 Sesi pemeriksaan bajet terbahagi kepada 2 komponen iaitu: a. Pemeriksaan bajet bagi meluluskan projek baharu 2023 dan menyemak projek sambungan yang telah diluluskan oleh EPU; dan b. Pemeriksaan bajet bagi menentukan agihan peruntukan oleh MOF. JADUAL KERJA PENYEDIAAN PROJEK RP3 Bagi melicinkan penyediaan projek RP3, jadual kerja yang ditetapkan adalah seperti berikut Bil. PerkaralAktiviti Cadangan Tarikh 1. | Permohonan projek oleh Kementerian melalui) 1Mac—31 Mac 2022 Myprojek 2. | Sesi penilaian di peringkat EPU, JPM T April = 30 Julai 2022 3. | Kemuka senarai kelulusan siling projek kepada Ogos 2022 MOF PENUTUP Garis Panduan ini diharepkan dapat dijadikan rujukan serta kefahaman yang seragam kepada semua kementerian. Kementerian perlu mengambil perhatian dan menyemak perkara yang disenaraikan dalam garis panduan ini sebelum mengemukakan permohonan peruntukan DE bajet RP3. Pertimbangan hendaklah dibuat berdasarkan keutamaan projek yang dapat mencapai outcome yang telah digariskan di dalam RMKe-12. Bahagian Bajet Pembangunan Unit Perancang Ekonomi 12 Januari 2022 18

You might also like