You are on page 1of 2
ae etter JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU Jalan Bukit Kecil, 20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. we 9.621 20007001 Foks, Fax) + 09622 7207100-628 2415 Laman Web: janerengganumoe govmy Ruj. Kami P.T. 09014-04/13 (37) Tarikh { September 2016 Pengetua / Guru Besar Sekolah Menengah / Sekolah Rendah Negeri Terengganu Tuan, MODEL BUDAYA GENERASI PELAJAR TERENGGANU BAHARU MTP Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menerusi agenda Memperkasakan Transformasi Pendidikan berhasrat supaya semua sekolah dapat memperkasakan gerakan amalan dan penghayatan budaya pelajar negara maju dalam kalangan pelajar negeri Terengganu menerusi terjemahan Model Budaya Pelajar Terengganu Baharu MTP. Model Budaya Generasi Pelajar Terengganu Baharu MTP adalah merupakan pelengkap dan pemantap dalam usaha merealisasikan Sembilan Aspirasi Model Murid Negeri Terengganu Pasca 2020 dan Enam Aspirasi Murid, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 — 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Model Budaya Generasi Pelajar Terengganu Baharu MTP mengandungi 12 aspirasi iaitu ‘Agama, Akhlak & Sahsiah; Membaca; Disiplin Diri & Integriti; Bersih; Keselamatan Diri; Bantu Membantu & Sukarelawan; Menepati Masa; Hormat Menghormati; Sihat & Cergas; Penyayang; Yakin Diri & Jati Diri’ dan Berfikir & Mengejar Kecemerlangan. 3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta memikir, menterjemah, merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Kemenjadian murid berhubung perkara di atas yang difikirkan relevan, berkualiti dan berkesan dengan menggunakan pelbagai kemudahan, sumber dan kepakaran yang sedia ada di sekolah-sekolah masing-masing mulai-mulai awal September 2016. 4. Pihak sekolah juga disarankan agar dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa pelaksana di peringkat sekolah dalam usaha menjayakan pelaksanaan aktivit! ii. (Gila catatkan ruukan Jabatan inl apabila berhubung) 5, Bersama-sama ini diagihkan empat (4) keping Poster Model Budaya Generasi Pelajar Terengganu Baharu MTP. Poster tersebut hendaklah dibingkaikan dan dipamerkan di bilik- bilik yang berkaitan, di tempat-tempat yang menjadi tumpuan murid dan di sudut-sudut strategik yang difikirkan sesuai dalam kawasan sekolah Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian “Memperkasakan Transformasi Pendidikan” *BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, _&S HAJI SHAFRUDDIN BIN HAdI ALI HUSSIN, P.u.C., PK. Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sk. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM - Makluman tuan Timbalan Pengarah Pendidikan - Makluman tuan Semua Ketua Sektor, JPNT - Makluman tuan Semua Pegawai Pendidikan Daerah - Makluman tuan PROGRAMINOVASIZ016SPPK

You might also like