You are on page 1of 11
KETUA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia Aras 8, Blok E8, Kompleks E, Tel: 03-8884 6072 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Faks: 03-8888 5124 62604 PUTRAJAYA Laman web : www.moe.gov.my Rujukan kami : KPM.600-5/6/2 JLD.6 (\.) Tarikh : G Oktober 2020 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, KELULUSAN PENGGUNAAN LOGO RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Seperti YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan sedia makium, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) pada 13 Ogos 2020 untuk memberi panduan kepada individu, NGO, syarikat dan agensi kerajaan untuk kelulusan penggunaan logo rasmi KPM. Dalam garis panduan berkenaan ada dinyatakan kuasa melulus penggunaan logo rasmi KPM adalah di bawah Ketua Setiausaha KPM. 3. Walau bagaimanapun, KPM telah merujuk kepada Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) berkaitan perkara ini dan dimaklumkan penggunaan jata negara atau logo rasmi kementerian adalah terhad untuk kegunaan rasmi kementerian sahaja dengan merujuk kepada Akta 414 — Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 iaitu; Seksyen 3(1)(a): menggunakan apa-apa nama ternyata atau lambang atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion; dan Seksyen 3(1)(c): mengguna atau terus mengguna apa-apa nama ternyata, atau lambang ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, dalam tajuk apa-apa paten, atau dalam apa-apa cap dagang atau reka bentuk dan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2005 (Lampiran A) seperti berikut; Lambang Kerajaan Persekutuan adalah hak kerajaan persekutuan. Kegunaannya adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan penggunaannya dihadkan kepada Kementerian, Jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan apabila bertindak di atas urusan rasmi masing-masing. Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan- Badan Berkanun Persekutuan atau Pertubuhan-Pertubuhan Kebangsaan tidak boleh menggunakan Lambang Kerajaan Persekutuan. 4. Berdasarkan penelitian tersebut dinyatakan bahawa penggunaan logo Jata Negara atau logo rasmi kementerian adalah terhad untuk kegunaan rasmi kementerian sahaja. Penggunaannya juga membawa elemen akauntabiliti yang besar kepada Kerajaan. 5. Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) juga menyatakan bahawa permohonan logo rasmi bagi melaksanakan program-program kementerian oleh inividu, NGO atau syarikat dan juga penggunaan logo rasmi kementerian oleh agensi-agensi di bawah KPM, hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. 6. — Justeru itu, permohonan penggunaan logo rasmi KPM hendaklah dikemukakan melalui Unit Komunikasi Korporat, KPM_ bagi mendapat kebenaran Ketua Setiausaha untuk diangkat bagi kelulusan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. 7. Setiap permohonan penggunaan logo rasmi KPM akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima. 8. Kelulusan atau sokongan penganjuran program daripada mana- mana Bahagian di KPM tidak bermakna akan mendapat kelulusan penggunaan logo rasmi KPM. 9. YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan disarankan untuk merujuk kepada Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi KPM yang terkini di laman sesawang https://www.moe.gov.my/ untuk mendapatkan butiran lanjut. 10. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia s.k.:_ Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.600-5/6/2 JLD.2 (9) SENARAI EDARAN Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru 2. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan 3. Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan x Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat a Setiausaha Bahagian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan o Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia at . Pengarah Bahagian Pendidikan Islam 8. Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan 9. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 10. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 11. Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan 12. Pengarah Insitut Aminuddin Baki 13. Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 14. Setiausaha Bahagian Bahagian GENIUS 4 a Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling 1 > Setiausaha Bahagian Bahagian Perolehan 17. Setiausaha Bahagian Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa 18. Penasihat Undang-Undang Pejabat Penasihat Undang-Undang 19. Ketua Akauntan Bahagian Akaun 20. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 21. Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 22. Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian 23. Ketua Unit Unit Komunikasi Korporat 24. 25. 26. 27. 28. 29. 3 5 3 32, 3 o 34, 35. Setiausaha Bahgian Bahagian Khidmat Pengurusan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Pengarah Bahagian Matrikulasi Ketua Unit Unit Audit Dalaman Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Sekolah Setiausaha Aset Bahagian Pengurusan Aset Ketua Unit Unit Integriti Pengarah English Language Teaching Centre . Setiausaha Bahagian Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan 36. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka 37. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia 38. Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia 39. Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia 40. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan 41. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor 42. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 43. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 44, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 45. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 46. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak 47. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 48, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 49. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 50. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 51. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 52. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 53. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 54, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur 55. Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan 56. Pengarah Jabatan Pendidikan WP Putrajaya KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERT Fax: 603-88883903 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAIAYA f & A JABATAN PERDANA MENTERI, MALAYSIA Telefon: 603-88881957 Ruj. Kami : PM(S)10426 114.1035) Tarikh : “[ apn 200s ‘Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2005 PEMAKAIAN LAMBANG KERAJAAN PERSEKUTUAN TUJUAN 1, Surat Pekeliling ini bertyjuan untuk memaklumken mengenai pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuaan, LATARBELAKANG 2. Seksyen 3(1)(a), Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi scsiapa yang menggunakan apa-apa nama temyata atau lambang temyata atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion kecuali bagi mereka yang mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri, YA. Perdana Menteri telah mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen (3)1 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. PEMAKAIAN 3. Lambang Kergjaan Persekutuan adalah hak Kerajaan Persekutuan. Kegunaannya adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan penggunaannya dihadkan kepada Kementerian, Jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan apabila bertindak di atas urusan rasmi mesing-masing. Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan atau Pertubuhan-pertubuhan Kebangsaan tidak boleh menggunakan Lambang Kerajaan Persekutuan. 4. Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan yang berhasrat untuk menggunakan Lambeng Kerajaan Persckutuan atas urusan tidak rasmi seperti Lambang Kerajaan Persekutuan pada kad-kad Hari Raya atau kad-kad jemputan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dati Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. Kos penggunaan tersebut hendaklzh ditanggung oleh pegawai itu sendiri. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini, maka Surat Pekeliling Am Bilengan 10 Tahun 1990 yang berkuatkuasa pada 31 Disember 1990 adalah dibatalkan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ALS, (TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN) Ketua Setiausaha Negara

You might also like