You are on page 1of 20

TOPIK 10

DASAR-DASAR KERAJAAN
Pengenalan Dasar
 Dasar dilaksanakan untuk menentukan
hala tuju perkembangan pembangunan
negara kini dan akan datang.

 Kestabilan ekonomi, politik & keharmonian


kaum penting dalam proses pembentukan
& perlaksanaan dasar.
 (Makluman : Dasar-dasar dalam slaid ini adalah sehingga zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Razak
mengikut sehingga bab ini ditulis. Pelajar disaran merujuk sehingga kepimpinan terkini dan dasar-
dasar semasa).
Maksud Dasar
 Dasar atau polisi adalah mengandungi panduan,
pendapat, falsafah dan peraturan yang menjadi garis
hala tuju pentadbiran dalam mencapai matlamat ke
arah sebuah negara yang sejahtera dan maju.

 Dasar dibentuk hasil dari keputusan pihak kerajaan


untuk mengatasi isu dalam masyarakat yang
melibatkan penguatkuasaan dan perlaksanaan.

 Setiap dasar mempunyai obkjetif, strategi dan


pencapaian untuk menilai keberkesanan dasar.
Geografi

Demografi

Politik

Sosial

Ekonomi

Hubungan antarabangsa & pertahanan


Dasar Sebelum Kemerdekaan
• Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule
Policy) adalah dasar zaman penjajahan
Inggeris yang bertujuan untuk mengekalkan
kedudukan penguasaan mereka di Tanah
Melayu menerusi campur tangan Inggeris
dalam pentadbiran pada tahun 1824.
Dasar Selepas Kemerdekaan
• Fokus dasar selepas kemerdekaan adalah
untuk menjaga hubungan antara kaum.
• Kerajaan berusaha memperbaiki semula
keadaan ekonomi, sosial dan politik negara.
• Dasar-dasar selepas merdeka yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk
kesejahteraan rakyat.
Dasar-dasar Dari Tahun 1957-kini
Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Perindustrian Negara

Dasar Pandang ke Timur

Dasar Penswastaan

Dasar Persyarikatan Negara


Dasar Wanita Negara

Dasar Belia Negara

Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Wawasan Negara

Dasar Sosial Negara

Dasar Sains dan Teknologi Negara

TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)


Dasar Ekonomi Baru

• Diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua


(1971-1975).
• Latar belakang - DEB dibentuk susulan akibat
tragedi 13 Mei 1969 untuk mengatasi masalah
perbezaan ekonomi antara kaum selepas
merdeka.
• Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham
Tun Abdul Razak dipertanggungjawabkan untuk
menangani isu ini.
Sambungan DEB
• Objektif
– Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
khususnya di kawasan luar bandar.
– Membasmi pengenalan kaum mengikut jenis
pekerjaan mereka.
– Menambahkan lagi penglibatan rakyat tempatan,
khususnya orang-orang Melayu dalam sektor
syarikat berhad
Sambungan DEB
• Strategi
– Memodenkan kehidupan di luar bandar melalui
pembangunan wilayah baru seperti DARA, KEJORA
dan JENGKA.
– Memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat khususnya
orang Melayu melalui pendidikan, latihan dan
kesihatan.
– Meningkatkan lagi daya pengeluaran dan pendapatan
khususnya di sektor luar bandar.
– Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua kaum.
– Mewujudkan kelas peniaga, perdagangan dan
perusahaan Melayu.
Sambungan DEB
• Pencapaian
– Purata pendapatan isi rumah telah berubah.
– Kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan.
– Pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan di
kalangan orang Melayu berkurangan.
– Berlaku peningkatan migrasi dari luar bandar ke
bandar kerana peningkatan orang Melayu dalam
sektor-sektor moden di bandar dan aktiviti yang
penting serta kritikal. Ini menunjukkan akan ada
peningkatan produktiviti menerusi persaingan
ekonomi.
Dasar Luar Negara (DLN)
• DLN ini dibentuk untuk memelihara dan
mempertahankan kepentingan politik,
keselamatan dan ekonomi serta kepentingan
utama yang lain.
• DLN tidak statik dan berkembang dengan
mengambil kira perubahan kepimpinan serta
keadaan politik dan ekonomi global yang
sentiasa berubah
Sambungan DLN & Kepimpinan
• Tunku Abdul Rahman
– DLN zaman Tunku adalah cenderung ke barat, bersifat anti-komunisme dan
banyak terlibat dengan organisasi Komanwel.
– Penetapan dasar luar Tanah Melayu (kemudian Malaysia kini) adalah
mengamalkan sikap berkecuali dan tidak memihak pada mana-mana negara
kuasa besar dunia. Tanah Melayu
– Tanah Melayu membuat pendirian tegas tidak memihak pada Republik China
atau Rusia

• Tun Abdul Razak


– Sebaliknya di zaman Tun Razak mengadakan hubungan dengan negara
komunis, bersifat memihak dengan Barat dan banyak terlibat dengan
organisasi seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN).
– Beliau menekankan prinsip dasar luar yang berkecuali dan bersahabat
dengan mana-mana negara tanpa mengira ideologi, politik mahupun
agama.
Sambungan DLN & Kepimpinan
• Tun Hussein Onn
– Tun Hussein Onn meneruskan dasar luar di zaman Tun Razak
– DLN zaman Tun Hussein adalah berasaskan persahabatan dan saling
hormat menghormati, tidak campur tangan dan mengekalkan prinsip
kewilayahan serantau.
– Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan semua negara di Asia
Tenggara dan menjalin tali persahabatan dengan negara-negara Indochina
terutamanya Republik Demokratik Vietnam.
– Tun Hussein Onn juga telah mengeratkan hubungan dengan negara-negara
Islam dan Dunia Ketiga
Sambungan DLN & Kepimpinan
• Tun Dr. Mahathir Mohamad
– DLN semasa eranya adalah bersifat tidak pro kepada Barat. Beliau lantang
mengancam Barat dalam dasarnya seperti Buy British Last Policy dan Look East
Policy.
– Dasar Pandang ke Timur merupakan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad
mengalihkan perhatian negara dari menjadikan barat sebagaimana rujukan
tetapi sebaliknya memilih Jepun dan Korea Selatan sebagai negara untuk
contoh terbaik dalam etika bekerja.
– Mengadakan hubungan yang baik dalam kerjasama serantau, hubungan
dengan negara-negara Islam, Dunia Ketiga dan negara-negara Komanwel.
Tumpuan keutamaan Tun Mahathir pada dasar luar adalah dalam aspek
hubungan ekonomi berbanding hubungan politik.
Sambungan DLN & Kepimpinan
• Tun Abdullah Ahmad Badawi
– Memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang menjadi aspirasinya dalam dunia
Islam dan berperanan aktif dalam OIC. Beliau lebih mengambil sikap
kesederhanaan dan moden dalam pemikiran Islam serta menentang
keganasan.
– DLN zaman Tun Abdullah adalah berikutan selepas kejadian 11 September
2001 telah memberi cabaran kepada beliau dalam hubungan dengan Barat
yang tidak bersifat penentangan sebaliknya lebih kepada kompromi terutama
dengan AS dan Australia.
– Dasar Tidak Campur tangan negara-negara serantau ASEAN perlu diperhalusi
dan diperkemaskan kembali. Beliau juga meneruskan komitmen Malaysia
dalam memperjuangkan isu Palestin.
Sambungan DLN & Kepimpinan
• Datuk Seri Najib Abdul Razak
– Pendirian sederhana dalam hubungan luar Malaysia dan tidak bersifat lantang
dalam menjaga persefahaman untuk kepentingan nasional, serantau dan
antarabangsa.
– Dasar luar yang bersifat mesra, progresif dan dinamik dengan dunia
antarabangsa sebagai contoh mengukuhkan hubungan baik dengan negara
Barat.
– Hubungan diplomasi dua hala adalah menjadi keutamaan di era pemerintahan
Najib berbanding hubungan diplomasi pelbagai hala.
– Mengekalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal negara-negara lain
dan menghormati geopolitik antarabangsa.
Dasar tidak akan menjadi kenyataan jika tidak
ada perpaduan di kalangan rakyat dan
hubungan rapat bersama kerajaan demi
memastikan kedudukan sosio-ekonomi dan
politik negara berada pada tahap
membanggakan samada dalam negara mahupun
di peringkat global.
Rujukan Tambahan
• https://www.pmo.gov.my/ms/arkib-dasar-
kerajaan/ (untuk baca & rujuk pelbagai dasar-
dasar kerajaan secara terperinci dari tahun
1957 hingga kini)

You might also like