You are on page 1of 25

BAB 6

DARURAT

Oleh:
Mohamed Ali Haniffa

1
PENGENALAN
@ Kemerdekaan negara ini dicapai menerusi pelbagai cara dan
melalui jalan yang panjang. Di dalam tempoh tersebut pelbagai
peristiwa dan halangan dihadapi oleh penduduk negara ini.

@ Komunis pernah menjadi suatu ancaman yang besar sebelum


Malaysia mencapai kemerdekaan.

@ Parti Komunis Malaya memperlihatkan kesungguhan mereka


untuk merampas kekuasaan politik negara ini dengan menggunakan
cara bersenjata.

@ Antara halangan paling mencabar dan paling pahit yang telah


dilalui ialah pemberontakan atau revolusi bersenjata yang dilakukan
2
oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
@ Pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput, Perak
telah menjadi mangsa pembunuhan komunis.

@ Berikutan itu, Sir Edward Gent selaku Pesuruhjaya Tinggi British di


Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan Undang-undang Darurat.

@ Hal yang demikian telah membawa kepada pengisytiharan darurat


selama 12 tahun 45 hari di Persekutuan Tanah Melayu bermula tahun
1948 hinggalah tahun 1960.

3
DEFINISI DARURAT
@ Darurat merupakan satu pengisytiharan oleh kerajaan, di mana kuasa
tersebut diperuntukkan oleh perlembagaan bagi mengawal keadaan huru-hara
yang wujud.
@ Mengikut Fasal 1, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
“satu darurat besar yang mengancam keselamatan atau kehilangan ekonomi
persekutuan atau mana-mana bahagiannya.”
@ Peruntukan undang-undang tentang darurat juga dinyatakan dalam Perkara
149-151, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian II iaitu Kuasa-Kuasa
Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat.
@ Hanya Yang Dipertuan Agong (YDPA) sahaja mempunyai kuasa untuk
mengisytiharkan darurat selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri
(Perlembagaan Persekutuan, 2014).
@ Walau bagaimanapun, sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,
pengisytiharan darurat dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu. 4
Menurut Thompson, darurat boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

(i) “Build up period” – iaitu tempoh masa di mana kerajaan menggubal polisi-polisi dan
mengambil langkah-langkah permulaan. Peringkat ini berakhir dengan pembunuhan
Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu dan pelantikan Sir Gerald
Templer.

(ii) Di antara tempoh 1952 hingga 1954 di mana usaha-usaha yang telah dilakukan
terhadap pembanterasan komunis dan berakhir dengan Rundingan Baling.

(iii)“Mopping up period” – iaitu tempoh di antara tahun 1956 hingga 1960 di mana
melakukan operasi pembanterasan terhadap komunis sehingga mereka berundur ke
sempadan Malaysia-Thailand.
5
SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

@ Gerakan komunis di Tanah Melayu dapat dikesan sejak awal tahun 1920-an.
@ Pengaruh komunis menyusup ke dalam sekolah Cina, kesatuan sekerja dan
banyak penerbitan berunsurkan komunis.
@ Saluran tersebut digunakan oleh komunis untuk menyebarkan pengaruh
dalam kalangan penduduk, pekerja, belia dan pelajar-pelajar di Negeri-Negeri
Melayu.
@ Pergerakan komunis menjadi aktif apabila PKM ditubuhkan pada April 1930.

6
@ Di Tanah Melayu, pengaruh komunis dibawa masuk menerusi Singapura.
@ Singapura pada ketika itu merupakan sebuah pusat perdagangan utama.
Kebanjiran imigran dan pedagang dari luar memudahkan kemasukan pengaruh
komunis ini.
@ Tokoh-tokoh komunis Indonesia tiba di Singapura sejak tahun 1921 apabila
Darsono dan dua agen Belanda, Baars dan Sneevliet singgah di Singapura
dalam perjalanan mereka ke Shanghai.
@ Semaun juga berada di Singapura sewaktu melarikan diri dari polis
Indonesia. Walau bagaimanapun, kempen agen-agen komunis ini menjadi lebih
mantap hanya bermula pada tahun 1924.
@ Ini berikutan daripada penubuhan sel-sel dalam kesatuan sekerja, kilang,
bengkel dan apa jua gerakan buruh untuk menyusup masuk anasir komunis.
@ Pada tahun 1920-an, Singapura menjadi tumpuan ramai tokoh komunis
Indonesia yang berkumpul dan berselindung dengan Syeikh-syeikh Haji
Indonesia yang menetap di Singapura.
@ Syeikh-Syeikh Haji ini bukan hanya memberi perlindungan kepada tokoh
komunis malahan mereka turut membantu pergerakan komunis tersebut.
@ Penggunaan Syeikh Haji dan tokoh agama ini dilihat seiring dengan
perkembangan di Indonesia di mana anasir komunis cuba menyusup masuk
dan mempengaruhi golongan agama di dalam Sarekat Islam. 7
@ Menurut Hanrahan, tokoh komunis dari Indonesia merupakan
golongan yang pertama memperkenalkan komunisme di Singapura
Faktor yang menyebabkan berlakunya senario tersebut ialah
kerana:

a. Kedudukan Parti Komunis Indonesia (PKI) sebagai pertubuhan


komunis pertama di rantau ini yang mempunyai hubungan
dengan Comintern di Moscow.
b. Penggunaan agen-agen PKI dilihat sebagai bertepatan dalam
usaha memujuk lebih ramai rakyat tempatan menyertai gerakan
komunis. Pemikiran tentang Islam digunakkan sebagai
percubaan memujuk orang-orang Melayu.
8
@ Sementara itu, pada tahun 1934 dan 1935, PKM dengan usaha Loi Teck,
berjaya menyusun, memperkukuh dan memperkemas jentera dan disiplin
parti.
@ Pada tahun-tahun itu jugalah PKM berjaya menubuhkan beberapa
organisasi tempatan dan membentuk sel-selnya di seluruh pelosok Tanah
Melayu.
@ PKM menyerapkan pengaruhnya dalam kalangan pekerja industri dan
bekerjasama dengan kumpulan bukan komunis dalam Barisan Bersatu
Pergerakan Pembebasan Nasional (National Salvation Movement) yang
dibentuk untuk menentang tentera Jepun.
@ Jawatankuasa Kerja Pusat PKM bersetuju melantik Loi Teck sebagai
Setiausaha Agung PKM pada tahun 1939.
@ Perubahan politik dunia di antara tahun 1939-1941 mendatangkan kesan
kepada strategi dan taktik PKM terhadap Britain, China, Rusia serta juga
kepada masyarakat tempatan.
@ Sebagai anggota Comintern, PKM terpaksa tunduk kepada arahan supaya ia
bersekutu dan menyokong British yang menjadi rakan sekutu Rusia untuk
menghadapi Jerman di Barat serta Jepun di Timur. 9
@ Komunis menggunakan ruang pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 bagi
melegitimasikan kuasa mereka.
@ Dalam gerakan membantu British menentang Jepun, PKM dan Parti Kuomintang Malaya
bergiat dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai Malayan People Anti Japanese Army
(MPAJA).
@ Pertemuan awal di antara British dan PKM berlangsung pada bulan Mei 1939 di mana
dijadikan platform oleh PKM bagi mengemukakan dua tuntutan utama. Antaranya ialah
penubuhan Majlis Kebangsaan dan Majlis Perundingan di setiap negeri di Tanah Melayu.
@ Pada 30 September 1940, PKM menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan British.
Walau bagaimanapun, kerjasama ini tidak berjaya kerana syarat-syarat yang tidak
munasabah di pihak PKM.
@ Pada 8 Disember 1941, apabila tentera Jepun mula menguasai negeri-negeri di Utara
Tanah Melayu, PKM mula menawarkan diri untuk bekerjasama dengan British.
@ British bersetuju dengan penubuhan Mobilisation Council dan Dalforce dan semua
tawanan PKM dibebaskan. pada 15 Disember 1941.
@ Pada 18 Disember 1941, wakil Cawangan Khas dan PKM bertemu di Singapura dan
bersetuju menubuhkan the ″stay behind parties″.
@ PKM akan menghantar anggota-anggota mereka untuk dilatih dalam kerja-kerja sabotaj
dan perang gerila. Di samping itu, British juga bersetuju untuk melatih rekrut komunis yang
akan berjuang menentang Jepun.
10
@ Jawatankuasa Kerja Pusat PKM bersetuju meluluskan perjanjian
kerjasama dengan British dan menggariskan program empat perkara
pada 21 Disember 1941. Antara inti pati utamanya ialah:
a. Menyatukan semua rakyat Tanah Melayu untuk menentang
kemaraan Jepun dan membantu British mempertahankan Tanah
Melayu;
b. Membasmi semua gerombolan sayap kelima (fifth colummist), ejen
musuh dan pembelot.
c. Melengkapkan semua anggota parti dan rakyat dengan senjata
untuk sama- menentang kemaraan Jepun; dan
d. Menentang pendudukan Jepun menerusi penubuhan gerakan
bawah tanah dan juga menerusi keganasan.

11
@ MPAJA yang dikuasai dan di bawah kepimpinan PKM mempunyai
keanggotaan dalam lingkungan 7,000 orang.
@ Sebahagian besar setinggan kaum Cina yang tinggal di pinggir-
pinggir hutan menyertai Malayan Peoples Anti Japanese Union
(MPAJU). MPAJU bertugas dalam membekalkan keperluan
maklumat dan logistik kepada PKM.
@ Semasa pendudukan Jepun, PKM menumpukan usaha
memperkukuh organisasinya untuk menentang Jepun dan
kemudiannya British yang kembali semula berkuasa di Tanah
Melayu.
@ Pada bulan Mei 1943, British dipimpin oleh Kolonel John Davis
dan Force 136 masuk ke dalam hutan melancarkan gerakan
penentangan terhadap Jepun.
12
Kezaliman Bintang Tiga dan Komunis
@ Kekosongan kuasa politik selama 14 hari berlaku berikutan pengunduran tentera Jepun, dari
Tanah Melayu.
@ Bintang Tiga yang merupakan cabang tentera MPAJA telah melakukan kezaliman dan
keganasan di Tanah Melayu setelah mendapat arahan daripada ″Pusat″ pada 24 Ogos 1945.
@ Mereka mengibarkan bendera komunis dan mula melakukan balas dendam. Misalnya di
Raub, Pahang mereka mengibarkan bendera komunis di atas bendera union jack.
@ Manakala di Kota Bharu, Kelantan, gerila komunis menguasai kawasan bandar. Mereka mula
mengenakan pelbagai jenis cukai kepada penduduk kampung.
@ Terdapat di antara mereka yang menggeledah rumah, merampas barangan penduduk,
menyekat jalan raya dan memeriksa kenderaan serta penumpang dan pejalan kaki .
@ Terdapat sebahagian daripada penduduk kampung yang diadili di 'Kangaroo Court' ataupun
Mahkamah Pengadilan Bintang Tiga.
@ Sepanjang tempoh ini, pelbagai bentuk kekejaman dilakukan oleh komunis terhadap orang
Melayu. Terdapat orang Melayu yang dikurung dalam bakul khinzir, diseksa, ditikam dan
dikelar serta disepak.
@ Terdapat juga orang Melayu yang ditanam hidup-hidup dengan kepalanya berada di atas
tanah untuk disepak. Ada juga mereka yang diikat kaki serta tangannya dan dimasukkan ke
dalam guni lalu dicampakkan ke dalam sungai hidup–hidup.
13
@ Ramai orang Melayu yang dibawa masuk ke dalam hutan dan nasib
mereka tidak diketahui.
@ Masjid juga dicemari, dan al-Quran dijadikan sebagai pengesat najis.
@ Selain melakukan kezaliman, Bintang Tiga juga didapati mengganggu
kegiatan keagamaan yang dijalankan oleh orang Melayu di surau dan
masjid.
@ Zaman pendudukan Jepun juga mempertajamkan prasangka dan
ketegangan kaum di antara orang Melayu dan Cina.
@ Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan kaum di
Ayer Hitam pada 20 Jun 1945 dan diikuti dengan yang berlaku pada hari
berikutnya di Parit Kuman, Mukim Sungai Balang.

14
@ Konflik perkauman Melayu-Cina yang bermula di Batu Pahat dan Ayer Hitam
kemudiannya merebak ke bahagian-bahagian lain di negeri Johor dan ke
seluruh negeri pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.
@ Kekejaman komunis juga turut berlaku di negeri Perak di mana pada 30
Disember 1945 sekumpulan komunis yang dianggarkan seramai 100 orang
telah menyerang perkampungan orang Melayu di Lambor Kanan.
@ Selain kejadian yang berlaku di Johor, konflik Melayu-Cina yang dianggap
serius berlaku di Sungai Manik, Perak antara 15 Ogos 1945 sehingga 15
September 1945.
@ Konflik Melayu-Cina yang paling serius dalam sejarah hubungan kaum di
Tanah Melayu berlaku di Kampung Bekor, Manong, Perak pada 6 Mac 1946.
@ Pada 6 November 1945, dalam satu serangan balas, sekumpulan orang
Melayu seramai 300 hingga 400 orang bertindak menyerang orang Cina di
Padang Lebar yang mengakibatkan seramai 40 orang Cina terkorban.
@ Konflik kaum juga berlaku di Batu Malim, Raub, Pahang, pada 11 Februari
1946.

15
@ Dalam keadaan yang meruncing ini, orang Melayu bergantung harapan
kepada golongan agamawan bagi mendapatkan bantuan dan
perlindungan.
@ Di Johor, ulama terawal yang menyatukan orang Melayu bagi
memerangi komunis di Batu Pahat ialah Tuan Guru Haji Mokhtar.
Manakala Kiai Salleh bin Abdul Karim menjadi pemimpin Kumpulan
Parang Panjang di Mukim IV, Simpang Kiri, Batu Pahat. Terdapat juga
ulama seperti Tuan Haji Imam Bakri bin Mohd Saman di Sungai Manik,
Perak.
@ Ketegangan kaum ini berjaya diatasi dengan pembentukan
Pentadbiran Tentera British (PTB).
@ Walau bagaimanapun, konflik kaum yang dicetuskan oleh Jepun dan
komunis terus berlanjutan hingga tahun 1950-an yang menyaksikan
terdapat banyak insiden yang melibatkan pembunuhan dan serang-
menyerang antara kedua-dua kaum ini.
16
PEMBANTERASAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU,
1948-1960
Pentadbiran Sir Edward Gent
@ Pembunuhan tiga orang peladang berbangsa Eropah di Estet Elphil dan Estet
Phin Soon di Sungai Siput, Perak oleh pengganas komunis pada 16 Jun 1948
menyebabkan serta merta pengisytiharan darurat.
@ Kegiatan komunis yang tidak dapat dibendung menyebabkan Undang-
undang Darurat diisytiharkan di kawasan-kawasan tertentu di negeri Perak
(Ipoh dan Sungai Siput), dan Johor (Kluang, Muar, Kulai dan Plentong) pada 16
Jun 1948.
@ Pada hari keesokannya, Undang-undang Darurat dilanjutkan di keseluruhan
negeri Perak dan Johor. Seterusnya pada 18 Jun 1948, darurat telah
diisytiharkan ke seluruh Tanah Melayu.
@ Sejak itu, undang-undang yang dinamakan Emergency Regulations atau
Undang-undang Darurat telah dikuatkuasakan sepanjang tempoh 1948-1960.
@ Pada 29 Jun 1948, Sir Edward Gent meninggalkan Tanah Melayu dan pada 4
Julai 1948, beliau terbunuh dalam satu kemalangan udara yang melibatkan
perlanggaran pesawatnya dengan Swedish Skymaster.
17
Pentadbiran Sir Alec Newboult
@ Usaha yang telah dilaksanakan oleh Sir Alec Newboult ialah menguatkuasakan Undang-
undang Darurat dan peraturan yang berkaitan dengannya.
@ Pengisytiharan Undang-undang Darurat kemudiannya diterbitkan pada 7 Julai 1948 yang
dikenali sebagai Emergency Regulations Ordinance 1948.
@ Antara usaha yang telah dilakukan oleh beliau ialah bekerjasama dengan kerajaan Singapura
dan mengharamkan PKM pada 23 Julai 1948.
@ Berikutan itu, pergerakan politik kiri seperti Malayan People Anti-Japanese Ex Services
Comrades Association (MPAJESCA), New Democratic Youth League (NDYL), Ikatan Pembela
Tanahair (PETA), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Mulimin turut diharamkan oleh
kerajaan pada Julai 1948.
@ Ramai pemimpin gerakan kiri ditangkap termasuklah Ishak Mahmood, Ahmad Boestamam,
Ustaz Abu Bakar, Cikgu Sabrun, Osman Bakar, Cikgu Muda, Cikgu Hamid, Ustaz Yahya Nassim,
Taharuddin, Bizar Ahmad, Sutan Djenain, Khatijah Ali, Kamarulzaman Teh, Rashid Maidin dan
lain-lain.
@ Walau bagaimanapun, PKM masih meneruskan usaha untuk dalam proses menubuhkan
Republik komunis di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, bekas anggota MPAJA telah
menubuhkan Malayan People’s Anti-British Army (MPABA).
@ Nama MPABA ditukar kemudiannya menjadi Malayan National Liberation Army (MNLA) pada
1 Februari 1949 untuk menarik sokongan semua kaum di Tanah Melayu.
18
Pentadbiran Sir Henry Gurney

Polisi dan Strategi Ketenteraan

a. Penambahan Anggota Keselamatan

b. Undang- Undang Darurat

c. Jawatankuasa Eksekutif Perang

d. Perisikan
19
Polisi Umum Sosial, Ekonomi dan Politik
1. Sistem Pendaftaran Kebangsaan
2. Rancangan Briggs
a. Penempatan Semula
b. Penubuhan Pasukan Home Guard
3. Penyusunan Pasukan Keselamatan
4. Gerakan Kelaparan
5. Bulan Rakyat Melawan Penjahat
6. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
7. Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum

20
Sir Gerald Templer dan Usaha
Pembanterasan Komunis
Polisi dan Strategi Templer

1. Penyusunan pasukan polis


2. Perisikan
3. Perintah Berkurung
4. Kempen Ketenteraan Pasukan Keselamatan
5. Perang Psikologi
6. Program Dapur Pusat

21
FAKTOR KEJAYAAN BRITISH DALAM AKTIVITI
PEMBANTERASAN KOMUNIS
@ Kurangnya Sokongan Orang Melayu kepada PKM

@ Sokongan Raja-Raja Melayu kepada British

@ Perang Saraf

@ Masalah dalaman PKM

@ Penubuhan Parti Perikatan


22
IMPLIKASI DARURAT
a. Sentimen perkauman meningkat khususnya di antara etnik Melayu
dengan Cina.

b. Penempatan berasingan mengikut kaum

c. Peningkatan kos perbelanjaan pembanterasan komunis

d. Mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu

e. Demokrasi hampir terancam di Tanah Melayu


23
Penilaian dan Rumusan
@ Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, pembunuhan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul
Rahman Hashim pada 6 Jun 1974, pengeboman Tugu Negara 26 Ogos 1975 dan
pengeboman Kem Pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling Kuala Lumpur yang
mengakibatkan dua orang terbunuh dan empat puluh satu cedera, merupakan
penerusan aktiviti keganasan PKM selepas Darurat diisytiharkan tamat pada tahun 1960.

@ Persetujuan PKM meletakkan senjata menerusi Perjanjian Haadyai yang


ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Haadyai Thailand menamatkan pemberontakan
kedua PKM yang bermula pada tahun 1968.

@ Secara umumnya, sepanjang 12 tahun pihak British telah menggunakan pelbagai


strategi dari aspek perang konvensional dan juga perang saraf terhadap Revolusi
bersenjata PKM.

@ Kefahaman yang tinggi mengenai peristiwa darurat di negara ini akan dapat
meningkatkan perasaan patriotisme dan kecintaan yang lebih mendalam terhadap tanah
air kita.

24
YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
(31 Ogos 1957-22 September 1970)

“Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung


jalan:
Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam
sejarah kita tetapi
ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat”

Terima Kasih 25

You might also like