You are on page 1of 25

Topik X Pendekatan

1
100 Pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran;
2. Menjelaskan model pembelajaran dan pengajaran MURE;
3. Menjelaskan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) sebagai model
pengajaran pakar;
4. Memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang paling
berkesan bagi sesuatu topik dan kumpulan pelajar tertentu; dan
5. Mereka bentuk satu rancangan pengajaran.

X PENGENALAN
Para guru sering menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran hampir
setiap kali mereka mengajar.Ini termasuk pemilihan kaedah mengajar yang
sesuai bagi topik-topik tertentu. Begitu juga, dengan pemilihan kaedah mengajar
untuk murid-murid cerdas, yang mungkin berbeza daripada kaedah mengajar
murid-murid lambat. Begitu juga cara seseorang murid belajar mungkin berbeza
daripada yang lain, yang mengarah kita menggunakan pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang berbeza untuk mereka. Rancangan pengajaran yang baik
mungkin dapat membantu kita mengatasi sebahagian daripada masalah ini.
Pada masa yang sama, akan membantu murid-murid kita mencapai objektif
pembelajaran. Topik ini akan mendedahkan anda kepada beberapa pendekatan
pengajaran yang diharapkan dapat membantu anda untuk merancang
pengajaran mengikut topik/kandungan yang hendak diajar dan perbezaan
individu di kalangan murid-murid anda. Ia juga diharapkan dapat membantu
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 205

anda memilih pendekatan/kaedah/teknik pengajaran untuk cadangan kajian


dan pengajaran sebenar (oleh anda sendiri) semasa menjalankan kajian di
sekolah.

10.1 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


PENGAJARAN
Semasa merekabentuk rancangan mengajar, kita perlu memilih pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran yang paling sesuai/berkesan supaya murid-murid
mencapai objektif pembelajaran. Pemilihan ini dibuat berasaskan kepada topik,
konsep, fakta, proses, kemahiran, sikap atau kepercayaan yang hendak
sampaikan serta, yang amat penting, murid-murid itu sendiri. Istilah-istilah
seperti strategi pengajaran, pendekatan pengajaran, kaedah pengajaran dan
teknik pengajaran telah digunakan secara bertukar ganti dalam pelbagai model
pengajaran. Dalam topik ini, definisi-definisi berikut akan digunakan:

(a) Pendekatan Pengajaran


Terdapat beberapa asas yang boleh digunakan untuk kita kategorikan
pendekatan pengajaran. Salah satu daripadanya ialah berasaskan kepada
tahap penglibatan guru dan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Justeru, pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana
seseorang guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan
tahap penglibatan guru dan murid. Dengan menggunakan definisi ini, kita
boleh kategorikan pendekatan pengajaran kepada tiga (3) kategori seperti
berikut:
(i) Pengajaran terus (direct teaching) ialah pengajaran secara bersemuka
(face-to-face) iaitu guru sendiri yang menyampaikan kandungan
pelajaran kepada murid-murid sehingga mereka menguasai
kemahiran dan prinsip tertentu.
(ii) Pengajaran penemuan berpandu (guided discovery teaching) ialah
pengajaran iaitu seorang guru memberi panduan kepada murid-
murid untuk melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka
menguasai kemahiran dan prinsip tertentu.
(iii) Pengajaran penemuan tulin (pure discovery teaching) ialah
pengajaran di mana guru membenarkan murid-murid melakukan
aktiviti pembelajaran secara bebas sehingga mereka menguasai
kemahiran dan prinsip tertentu.
206 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

(b) Kaedah Pengajaran


Bagi setiap pendekatan pengajaran ini terdapat beberapa kaedah
pengajaran yang menepati kriteria bagi pendekatan pengajaran tertentu.
Sebagai contoh, kaedah eksperimen menepati kriteria bagi pendekatan
pengajaran penemuan berpandu. Dalam pendekatan ini, murid-murid
perlu melakukan eksperimen di bawah bimbingan guru untuk mereka
“menemui” sendiri prinsip-prinsip tertentu. Dalam konteks ini, kaedah
pengajaran merujuk kepada bagaimana guru mengatur sesuatu pengajaran
dari segi aktiviti yang menepati kriteria sesuatu pendekatan pengajaran.
(c) Teknik Pengajaran
Bagi setiap kaedah pengajaran terdapat beberapa teknik pengajaran yang
menepati kriteria bagi kaedah pengajaran tertentu. Sebagai contoh, bagi
kaedah mengajar eksperimen, kita perlu menentukan teknik yang perlu
digunakan semasa menjalankan eksperimen. Sekiranya kita menggunakan
teknik “main peranan”, kita perlu menentukan bagaimana sesuatu peranan
dilakonkan. Justeru, teknik pengajaran merujuk kepada bagaimana guru
mengatur pengajaran dari segi teknik yang digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedah
pengajaran.

LATIHAN 10.1
Pilih satu pendekatan pengajaran dan huraikan kaedah dan teknik
pengajaran untuk pendekatan ini.

Prinsip-prinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam model


MURE, yang melibatkan empat (4) unsur/peringkat pembelajaran dan
pengajaran, iaitu motivasi (motivation-M), pemahaman (understanding-U),
pengukuhan (reinforcement-R) dan pepriksaan (examination-E). Prinsip
pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalam model
Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ă
PCK), yang mengambil kira sukatan dan kandungan pelajaran serta latar
belakang pelajar dan pedagogi. Seseorang guru boleh menggunakan
kedua-dua model ini untuk memilih pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran bagi topik dan kumpulan pelajar tertentu. Bahagian akhir topik
ini akan menjelaskan bagaimana anda menyediakan rancangan pengajaran
yang berkesan bagi topik dan kumpulan pelajar tertentu.
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 207

10.2 MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


MURE
Berdasarkan dua kajian yang dijalankan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian, Abdul Razak Habib (dalam Khalid Abdullah et al.,
1999) telah mencadangkan model pembelajaran dan pengajaran MURE. Kajian
pertama telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar matrikulasi yang berpencapaian
tinggi, sementara kajian kedua dijalankan ke atas pelajar-pelajar universiti yang
berpencapaian tinggi.

Dapatan kedua-dua kajian ini menunjukkan empat faktor yang sama


mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, iaitu motivasi, pemahaman,
pengukuhan dan peperiksaan (MURE) sebagaimana yang ditunjukkan dalam
Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Model pembelajaran dan pengajaran MURE

(a) Motivasi
Pelajar-pelajar berpencapaian tinggi menyatakan apa yang menyebabkan
mereka belajar dan terus belajar dengan gigih ialah motivasi mereka.
Motivasi ini meliputi mengekalkan pencapaian mereka yang lepas,
bertanding dengan pelajar-pelajar lain, mengejar kerjaya masa hadapan,
melanjutkan pelajaran pada masa hadapan, atau memenuhi aspirasi ibu
bapa mereka. Selanjutnya, dari segi pengajaran, mereka lebih meminati
guru/pensyarah yang sentiasa memberi motivasi dan mengingatkan
mereka supaya bekerja keras dan juga memberi ganjaran atas pencapaian
mereka.

(b) Pemahaman
Dengan motivasi yang ada, pelajar-pelajar berpencapaian tinggi akan
berusaha gigih untuk memahami apa yang diajar secara mendalam (anda
juga mungkin salah seorang daripada mereka!). Untuk mencapai
208 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

pemahaman mendalam, mereka akan membaca dan membuat latihan


sebelum guru/pensyarah mengajar, memberi perhatian dalam kelas,
membuat nota sendiri dengan maklumat tambahan daripada sumber lain,
dan sentiasa mengulang kaji pelajaran. Dari segi pengajaran pula, mereka
lebih meminati guru/pensyarah yang dapat menjelaskan kandungan
pelajaran dengan baik dengan menggunakan contoh dan alat/bahan bantu
mengajar untuk menjelaskan konsep-konsep yang susah (tutor-tutor anda
juga ramai yang berbuat demikian).

(c) Pengukuhan
Selain memahami kandungan pelajaran secara mendalam, pelajar-pelajar
berpencapaian tinggi juga membuat banyak latihan yang dapat
mengukuhkan pemahaman mereka dan memudahkan mereka mengingat
apa yang mereka pelajari termasuk menguasai kemahiran berkaitan.
Pengukuhan ini berlaku dengan membuat tugasan, latihan daripada buku
teks dan sumber-sumber lain; seperti buku ulang kaji, contoh kertas
peperiksaan/kertas peperiksaan lepas. Dari segi pengajaran pula, mereka
lebih meminati guru/pensyarah yang memberikan mereka banyak latihan,
menyemak jawapan dan memberi maklum balas yang membina. Selain itu,
mereka memerlukan guru/pensyarah melatih mereka tentang kemahiran
menulis tugasan.

(d) Peperiksaan
Akhirnya, selepas mereka dapat mengingat kandungan pelajaran dan
menguasai kemahiran berkaitan dengan baik, pelajar-pelajar berpencapaian
tinggi ini berusaha untuk menguasai kemahiran peperiksaan. Mereka suka
didedahkan kepada soalan-soalan peperiksaan lebih awal, jika boleh,
selepas tamat setiap topik yang diajar. Selain soalan-soalan yang diberi
guru/pensyarah, mereka suka mencuba soalan peperiksaan lepas atau
contoh soalan peperiksaan dalam buku-buku ulang kaji, daripada sekolah
mereka mahupun daripada sekolah-sekolah lain. Dari segi pengajaran pula,
mereka lebih meminati guru/pensyarah yang memberikan mereka contoh
atau soalan peperiksaan lepas bersama dengan jawapan; dan pada masa
yang sama melatih mereka menguasai kemahiran peperiksaan.

LATIHAN 10.2
Mengikut model MURE, pembelajaran dan pengajaran mempunyai
empat (4) unsur sepunya (common elements), iaitu motivasi,
pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan. Daripada pengalaman
mengajar/belajar anda sendiri, senaraikan apa yang anda telah lakukan
untuk membantu murid anda/anda sendiri memenuhi empat (4)
unsur/keperluan ini.
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 209

10.3 PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN


Pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) telah diperkenalkan Shulman (1986). Ia
boleh ditakrifkan sebagai bagaimana guru menyampaikan kandungan pelajaran
supaya murid-murid mudah memahami konsep yang hendak disampaikan
dengan mengambil kira pengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi serta
pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Ia melibatkan penggunaan
analogi, contoh, penjelasan dan demonstrasi yang berkesan dengan mengambil
kira latar belakang pelajar. Keupayaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai amat bergantung kepada pengetahuan guru tentang tiga
(3) perkara ini. Menurut “Turner-Bisset (2001)”, pengetahuan tentang fakta,
konsep, kemahiran, proses, kepercayaan dan sikap; begitu juga tentang pelajar,
matlamat pendidikan, kurikulum dan pedagogi am; adalah penting dalam
profesion pengajaran. Pengetahuan mata pelajaran, pedagogi serta murid dan
sukatan pelajaran dijelaskan seperti berikut:

(a) Pengetahuan Mata Pelajaran


Pengetahuan mata pelajaran (subject matter knowledge) merujuk kepada
keupayaan guru menyatakan dengan tepat tentang fakta, konsep dan
prinsip serta berupaya untuk menyelesaikan masalah berkaitan sesuatu
topik. Pemahaman mata pelajaran secara mendalam akan membantu guru
mengenalpasti kesalahkonsepan (misconception) murid bagi sesuatu topik.
Selain itu, pemahaman ini akan juga membantu guru menentukan
pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan pengajaran,
memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan memindahkan ilmu dengan
tepat kepada murid.

(b) Pengetahuan Pedagogi


Pengetahuan pedagogi (PP) boleh dibahagikan kepada tiga (3) jenis, iaitu (i)
PP am bidang, misalnya, “matematik”; (ii) PP bidang kecil, misalnya,
“kalkulus”; dan (iii) PP topik, misalnya, “had”. PP topik adalah lebih
penting sebab ia membantu guru menjelaskan topik tersebut dengan baik
kepada murid dan seterusnya akan membantu murid memahami topik ini
dengan baik. Justeru, sebagai guru, kita harus terus mencari PP bagi topik-
topik tertentu (tentunya melalui Kajian Berasaskan Sekolah!), yang akan
membantu kita mengajar secara lebih berkesan. Oleh sebab PP ini terbina
secara kumulatif, kita jangka PP akan bertambah mengikut masa dan
pengalaman mengajar kita.

(c) Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan Pelajaran


Mengetahui latar belakang murid-murid terutama dari segi
pengetahuan/kemahiran asas, kesalahkonsepan, masalah dan gaya
pembelajaran serta minat dan motivasi pembelajaran mereka; adalah amat
210 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

penting untuk kita menyediakan rancangan mengajar yang berkesan bagi


sesuatu topik pengajaran. Selain pengetahuan mendalam tentang pelajar,
guru perlu juga tahu secara mendalam keseluruhan sukatan pelajaran, dan
berupaya memilih bahagian sukatan ini yang sesuai dan boleh dipelajari
(learnable) oleh murid-muridnya. Justeru, guru-guru yang mempunyai
keempat-empat pengetahuan ini akan berupaya menggabungkan
kandungan pelajaran dengan pedagogi (pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran) berasaskan pengetahuan tentang murid dan sukatan pelajaran.
Perlu diingatkan bahawa pengetahuan ini berkembang melalui pendidikan
formal, kursus dalam perkhidmatan, pengalaman mengajar dan
pencerapan bilik darjah.

LATIHAN 10.3

Mengikut model PPK, murid akan belajar dengan lebih baik sekiranya
guru menyediakan rancangan mengajar berpandukan kandungan
pelajaran dan latar belakang murid. Mengikut pengalaman anda
sebagai murid/guru, apakah yang anda/guru anda buat, yang boleh
dikaitkan dengan PPK?

10.4 PENDEKATAN PENGAJARAN


Pengajaran terus dan pengajaran tidak terus adalah penting kepada para
pendidik untuk mengelaskan kaedah mengajar. Bagaimanapun, didapati tidak
semua pengajaran boleh dikelaskan kepada dua kategori ini. Setiap kaedah
mengajar yang digunakan guru mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-
masing. Biasanya, sesuatu kaedah mengajar yang digunakan pada awal
pengajaran boleh diubah kepada kaedah lain yang lebih berkesan mengikut
susunan kandungan pelajaran. Guru berpengalaman mempunyai kemahiran
untuk merancang aktiviti pembelajaran supaya diminati pelajar mengikut
kandungan pelajaran.
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 211

Kaedah yang mana lebih baik bagi sesuatu pelajaran bergantung kepada banyak
perkara, antaranya ialah umur/perkembangan mental murid, pengetahuan asas,
penyampaian kandungan, suasana bilik darjah dan alat/bahan bantu mengajar
yang digunakan. Seseorang guru itu boleh menggunakan hanya satu kaedah
atau pelbagai kaedah yang didapati sesuai dengan kandungan pelajaran, objektif
pembelajaran dan pengetahuan asas murid. Guru yang berpengalaman mungkin
tidak menghadapi masalah untuk memilih kaedah yang sesuai ini. Malah,
pengetahuan tentang kaedah pengajaran yang pelbagai ini menjadikan
pengajaran satu aktiviti yang menyeronokkan kepada guru.

10.4.1 Pendekatan Pengajaran Terus


Pendekatan pengajaran terus, seperti yang kita sedia maklum, ialah pendekatan
pengajaran secara bersemuka di mana guru sendiri yang menyampaikan
kandungan pelajaran kepada murid-murid sehingga mereka menguasai
kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. Guru yang menggunakan
pendekatan ini perlu menyediakan rancangan mengajar harian lebih awal
dengan mengambil kira pengetahuan/kemahiran asas dan gaya pembelajaran
murid-muridnya. Pendekatan pengajaran terus mempunyai beberapa kelebihan,
antaranya ialah:
(a) Kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat;
(b) Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah;
(c) Pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiran
asas; dan
(d) Pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah;

Bagaimanapun, pendekatan pengajaran terus mempunyai beberapa kelemahan,


antaranya ialah:
(a) Pendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru;
(b) Teknik pengajaran perlu distruktur dengan baik;
(c) Kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal;
(d) Guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik; dan
(e) Ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikir
peringkat tinggi.

Beberapa kaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan pengajaran terus


dijelaskan dalam bahagian berikut.
212 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

(a) Kaedah Kuliah


Tujuan utama kaedah kuliah ialah membentangkan maklumat berstruktur
yang telah disediakan lebih awal oleh guru/pensyarah. Maklumat yang
disediakan itu perlu jelas, tepat, termasuk juga contoh, cerita pendek dan
rumusan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kelas peringkat tinggi atau di
universiti. Guru/pensyarah perlu menggunakan pelbagai teknik supaya
kuliah lebih menyeronokkan dan berkesan, seperti menggunakan slaid,
projektor, papan putih dan komputer.

Kelebihan kaedah kuliah ialah:


(i) Dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus dan
logik;
(ii) Cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat murid;
(iii) Dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka;
(iv) Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan
(v) Memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas.

Kelemahan kaedah kuliah ialah:


(i) Pakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik;
(ii) Peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud jnteraksi;
(iii) Pembelajaran sukar dikesan; dan
(iv) Komunikasi biasanya satu hala sahaja.

(b) Kaedah Penyoalan


Kaedah penyoalan ialah kaedah mengajar di mana guru menyoal murid-
murid supaya mereka memberi tumpuan kepada guru untuk memahami
kandungan pelajaran dengan baik. Tujuan lain penyoalan ialah untuk
membuka minda murid-murid dan menggalakkan mereka berfikir dan
berinteraksi dengan kandungan pelajaran yang disampaikan guru. Selain
itu, mereka juga perlu diberi tahu tentang strategi penyoalan, seperti apa,
bila dan bagaimana menyoal, bagaimana menjawab soalan yang berbeza
aras kesukaran dan bagaimana menyusun pemikiran dan fakta. Murid-
murid yang menjawab sesuatu soalan perlu mengikut peraturan tertentu
seperti:
(i) Mengingat fakta, prinsip dan perkara tertentu;
(ii) Menunjukkan pemahaman dengan menggunakan perkataan sendiri;
(iii) Menggunakan maklumat yang diperoleh dalam situasi baru;
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 213

(iv) Menganalisis maklumat dan mengaitkannya dengan prinsip


berkenaan;
(v) Mengsintesis maklumat dengan menggabungkannya dalam pelbagai
bentuk; dan
(vi) Menilai maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

Untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, murid-murid perlu diberi


masa untuk menjawab soalan. Biasanya, soalan yang memerlukan ingatan
atau pemahaman boleh dijawab dengan cepat, sementara soalan yang
memerlukan analisis dan sintesis mengambil masa yang lebih panjang
untuk dijawab.

(c) Kaedah Bacaan/Resitasi Buku


Kaedah ini melibatkan pembacaan buku teks atau buku lain yang dipilih
oleh guru. Kaedah ini hanya berkesan sekiranya semua murid boleh
membaca dan memahami apa yang dibaca. Sekiranya terdapat murid yang
tidak boleh membaca, maka seorang murid lain perlu membaca untuknya.
Bagi memastikan kaedah ini berkesan, guru perlu mengambil langkah-
langkah berikut:
(i) Memilih buku teks yang sesuai dengan keupayaan murid dan objektif
pembelajaran; dan
(ii) Mengaitkan aktiviti pembacaan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti
pembentangan, laporan, perbincangan, eksperimen, buku kerja atau
kajian kecil.

Bagi meningkatkan pemahaman buku yang dibaca, guru boleh


menggunakan sesuatu teknik pengajaran, misalnya membaca sendiri secara
senyap, bersama teknik pengajaran lain, seperti meminta murid yang lebih
pandai menjelaskan apa yang dibaca. Guru juga boleh menggunakan buku
yang berbeza supaya lebih sesuai dengan murid-murid yang mempunyai
minat, pencapaian atau keupayaan membaca yang berbeza.

Selain itu, untuk memudahkan pengajaran, guru boleh membahagikan


murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil (kaedah koperatif) dan
memilih buku yang sesuai bagi setiap kumpulan. Seterusnya, guru perlu
sedar bahawa semua muridnya berpotensi untuk menjadi pembaca yang
baik, dan mereka juga mempunyai strategi pembacaan dan gaya
pembelajaran yang berbeza. Kaedah bacaan juga boleh digunakan bersama
kaedah lain, misalnya kaedah kuliah atau kaedah koperatif.
214 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

Bagaimanapun, sekiranya kaedah membaca ini tidak berjaya memahamkan


apa yang dibaca murid, guru boleh menggunakan kaedah resitasi
(recitation method). Dalam kaedah ini, murid-murid akan mengulang
sebutan, sama ada secara individu atau berkumpulan, selepas guru
menyebut perkataan, frasa, ayat atau pun perenggan sepenuhnya.
Diharapkan dengan cara ini, murid-murid dapat mengingat kandungan
pelajaran yang disampaikan guru.

(d) Kaedah Ulang Kaji dan Latih Tubi


Sekiranya kaedah kuliah, bacaan atau resitasi tidak berjaya membantu
murid-murid untuk memahami dan mengingati kandungan pelajaran, guru
boleh mencuba pula kaedah ulang kaji dan latih tubi. Dalam kaedah ini,
guru perlu mengulang kaji pelajaran lepas dan membuat latihan yang
banyak untuk membantu murid-murid memahami dan mengingati apa
yang diajar. Walaupun ia nampak mudah, tetapi guru perlu berfikir dan
mendapatkan maklumat tertentu sebelum melaksanakan kaedah ini.
Misalnya, guru perlu tahu kelemahan pelajar serta apa dan bagaimana
ulang kaji dan latih tubi dibuat.

Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa, mengapakah sebutan sesetengah


perkataan perlu diberi latih tubi dan bila latih tubi ini perlu dibuat? Hasil
latih tubi menyebut perkataan ini, murid-murid akan dapat menyebut
perkataan, frasa dan ayat; dan mengingati sebutan-sebutan ini apabila
diminta guru. Dalam hal ini, sebagai ingatan, adalah lebih bermakna
kepada seseorang murid jika perkataan-perkataan yang dilatih sebut adalah
perkataan-perkataan yang kerap mereka gunakan dalam kehidupan harian
berbanding perkataan-perkataan yang diambil daripada buku.

Kaedah ulang kaji dan latih tubi mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya
adalah seperti berikut:
(i) Latihan adalah untuk mengingatkan maklumat;
(ii) Mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang diperoleh
pelajar;
(iii) Mengulang-ulang apa yang telah diajar;
(iv) Memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan; dan
(v) Menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran.

Kaedah ini boleh digunakan bersama kaedah mengajar lain, seperti kaedah
permainan atau main peranan.
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 215

(e) Kaedah Simulasi dan Main Peranan


Simulasi dalam pembelajaran ialah mengadakan aktiviti dalam situasi yang
hampir sama dengan situasi sebenar. Simulasi termasuk juga main peranan
yang melibatkan senario yang hampir sama dengan senario sebenar. Tidak
seperti permainan yang berakhir dengan sama ada seseorang/pasukan itu
menang atau kalah; tetapi simulasi hanyalah melibatkan main peranan.
Simulasi digunakan dalam pelbagai jenis latihan, seperti melatih
juruterbang, pemandu kereta lumba, jurubedah, dan sebagainya. Dalam
bilik darjah pula, guru boleh meminta murid-murid memain peranan
tertentu dalam sesuatu situasi yang telah dirancang, misalnya kebakaran di
bilik darjah, perbicaraan kes murid, mesyuarat kesatuan pekerja, aktiviti
keluarga, dan sebagainya.

Dalam simulasi, peranan guru amatlah penting. Sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab, anda sepatutnya:
(i) Memilih isu atau masalah yang mempunyai kepentingan kepada
pelajar atau yang pelajar dapat mengambil bahagian;
(ii) Memastikan isu atau masalah yang dipilih ditunjukkan dalam
simulasi;
(iii) Memahami secara mendalam konsep yang hendak disampaikan
melalui isu atau masalah yang dipilih;
(iv) Mengetahui langkah-langkah yang perlu diikuti dalam simulasi,
seperti peranan yang akan dimainkan murid dan peraturan berkaitan
dengannya; dan
(v) Memberi arahan yang terperinci kepada semua pemain peranan dan
menyediakan susunan yang sesuai untuk simulasi.

Kaedah simulasi dan main peranan mempunyai kelebihan tersendiri,


seperti berikut:
(i) Memperkenalkan situasi masalah secara dramatik supaya murid-
murid dapat menghayatinya;
(ii) Memberi peluang kepada murid-murid untuk memainkan peranan
orang lain (misalnya, guru besar) supaya mereka dapat menghargai
pandangan orang lain;
(iii) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mencari penyelesaian
yang berbeza dalam situasi yang berbeza; dan
(iv) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengamalkan
kemahiran tertentu, seperti kemahiran berkomunikasi secara lisan.
216 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

Kaedah simulasi dan main peranan, bagaimanapun, mempunyai beberapa


batasan tertentu, seperti yang diberikan di bawah:
(i) Murid-murid mungkin akan merasa malu semasa memainkan
peranan;
(ii) Tidak sesuai untuk kumpulan murid-murid yang ramai, sebab akan
ada murid-murid yang tidak dapat mengambil bahagian dalam
memainkan peranan; dan
(iii) Sesetengah murid akan merasa takut dan tidak selesa untuk
memainkan peranan.

Sebagai rumusan, kaedah simulasi dan memainkan peranan membenarkan


murid-murid melihat/mendengar objek dan berada sendiri dalam situasi
yang hampir sebenar. Ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan, yang
mana hasilnya dapat dirasa dan dihayati oleh murid-murid.

10.4.2 Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu


Pendekatan ini, seperti yang kita ketahui, ialah pendekatan pengajaran di mana
seseorang guru itu memberi panduan kepada murid-muridnya untuk mereka
melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan
prinsip yang ingin disampaikan. Justeru, seperti juga dalam pendekatan
pengajaran terus, peranan guru dalam pendekatan ini amatlah penting. Secara
amnya, guru perlu memberi panduan kepada murid-murid, membantu mereka
dalam apa jua peranan yang mereka akan lakunkan, dan pada masa yang sama
membantu untuk memudahkan pembelajaran mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemilihan pendekatan, kaedah dan


teknik pengajaran sepatutnya tidak berasaskan kepada minat guru terhadap
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu, tetapi yang lebih penting
ialah berasaskan minat dan keupayaan pelajar, kandungan pelajaran, objektif
pembelajaran, sumber yang ada dan seting fizikal. Beberapa kaedah mengajar
yang sesuai dengan pendekatan pengajaran penemuan berpandu dijelaskan
dalam bahagian berikut.

(a) Kaedah Perbincangan dan Perbahasan


Dalam kaedah perbincangan dan perbahasan, murid-murid akan diberi
satu atau beberapa topik untuk dibincang atau dibahaskan. Persamaan dan
perbezaan dari segi fahaman/pendapat/idea mungkin tidak dapat
dielakkan dalam kaedah ini. Persamaan dan perbezaan ini akan membantu
murid-murid untuk menerima, mengubah atau menolak
fahaman/pendapat/idea dan seterusnya menemui/membina ilmu masing-
masing.
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 217

Bagi menjayakan kaedah ini, guru perlu menyediakan persediaan mengajar


dengan baik. Guru perlu memastikan perbincangan/perbahasan berjalan
dengan lancar, tanpa sebarang ganguan. Kaedah ini juga berbeza dari segi
kawalan, iaitu daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.
Memainkan peranan, menemubual, sumbangsaran, perbahasan dan
persidangan adalah contoh-contoh kaedah perbincangan dan perbahasan.

Tujuan utama perbincangan/perbahasan ialah untuk mendapatkan


maklumat daripada peserta. Ia memerlukan penglibatan murid secara aktif
dan kreatif. Selain itu, mereka juga perlu mendengar apa yang
diperkatakan dengan jelas. Justeru, kaedah ini lebih sesuai dilaksanakan
dalam kumpulan kecil dengan diberi masa yang panjang. Berikut adalah
beberapa kelebihan kaedah ini:
(i) Idea-idea dan pengalaman dapat dikumpulkan daripada para peserta;
(ii) Perbincangan/perbahasan selepas pembentangan, tontonan filem
atau pengalaman dapat dianalisis;
(iii) Memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian secara
aktif;
(iv) Dapat menggalakkan pemikiran mencapah (divergent thinking); dan
(v) Minat murid akan bertambah dan berterusan.

Bagaimanapun, kaedah perbincangan/perbahasan mempunyai kelemahan


tersendiri, iaitu seperti berikut:
(i) Tidak praktikal/sesuai sekiranya bilangan murid melebihi 20 orang;
(ii) Beberapa orang murid akan menguasai (dominate)
perbincangan/perbahasan;
(iii) Mengambil masa yang panjang; dan
(iv) Boleh tersasar daripada objektif pembelajaran yang dirancang.

(b) Kaedah Sumbangsaran


Kaedah ini melibatkan murid-murid memberi idea atau pendapat berkaitan
sesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam kumpulan tertentu.
Justeru, kaedah ini memberi peluang kepada semua murid untuk berfikir
secara kreatif dalam menghasilkan idea-idea baru. Di sini, semua murid
digalakkan untuk mengambil bahagian sebab semua idea yang terhasil
akan direkodkan dan dihargai.
218 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

Kaedah ini membantu ahli-ahli mendapat ilmu pengetahuan dan


pengalaman daripada ahli-ahli lain dalam sesuatu kumpulan. Selain itu,
kaedah ini juga dapat membina semangat bekerjasama antara peserta.
Seterusnya, idea yang dilahirkan oleh seorang ahli itu akan mencetus idea-
idea lain daripada ahli-ahli lain. Seperti mana kaedah perbincangan dan
perbahasan, sebelum sumbangsaran bermula, guru perlu memberi atau
memilih sesuatu isu atau masalah yang hendak dibincangkan dan
peraturan yang perlu diikut. Bagaimanapun, guru perlu bersedia mencelah
sekiranya sesi sumbangsaran tersasar daripada objektif asal. Sesi ini akan
berjalan lancar sekiranya peraturan berikut diikuti:
(i) Semua idea direkod dan dihargai; dan
(ii) Murid tidak dibenarkan mengkritik sebarang idea yang dicetuskan.

Kelebihan kaedah sumbangsaran adalah seperti berikut:


(i) Satu teknik latihan mendengar yang turut menggalakkan pemikiran
kreatif dan penghasilan idea-idea baru;
(ii) Menggalakkan semua murid mengambil bahagian sebab semua idea
adalah dialu-alukan;
(iii) Menimba pengetahuan dan pengalaman daripada ahli-ahli
kumpulan; dan
(iv) Mewujudkan rasa bersama.

(c) Kaedah Kolaboratif dan Koperatif


Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di
mana murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk
meneroka/menjawab satu soalan penting yang diberikan kepada mereka
atau menghasilkan satu projek kreatif. Seterusnya, kaedah koperatif pula
merupakan satu kaedah spesifik bagi kaedah kolaboratif. Dalam kaedah
koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan/atau kemahiran yang
perlu dipelajari oleh murid-murid. Guru juga perlu memberi tahu mereka
tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti
secara berstruktur. Selain itu, semua murid hendaklah bertanggungjawab
ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan,
iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.

Bagi menjayakan kaedah koperatif, empat (4) perkara diperlukan, iaitu:


(i) Murid-murid perlu diberi tugas mencabar, tetapi yakin dapat
melaksanakannya;
(ii) Kumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi
sumbangan;
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 219

(iii) Tugas yang diberi kepada kumpulan murid perlu diterangkan


dengan jelas; dan
(iv) Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama lain.

Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah-


kaedah lain, iaitu:
(i) Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama;
(ii) Murid-murid belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa belas
kasihan; dan
(iii) Murid-murid menjadi lebih toleransi antara satu sama lain.

Seperti juga kaedah-kaedah lain, kaedah koperatif mempunyai beberapa


kelemahan, iaitu:
(i) Sesetengah murid tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini;
(ii) Murid-murid yang suka bersendirian (loners) sukar untuk
menglibatkan diri dalam perbincangan;
(iii) Murid-murid agresif cuba menguasai perbincangan; dan
(iv) Murid-murid pandai cuba berlagak “bijak”.

(d) Kaedah Eksperimen


Kaedah eksperimen ialah kaedah yang digunakan untuk menguji sesuatu
hipotesis dengan membuat ujikaji, mengutip dan menganalisis data serta
menyediakan laporan. Kaedah ini biasanya digunakan dalam mata
pelajaran sains yang memerlukan pemikiran sistematik, objektif, kreatif,
kritikal, analitikal dan rasional. Kejayaan eksperimen sains amat
bergantung kepada guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti-
aktiviti makmal. Tujuan aktiviti-aktiviti eksperimen ini ialah untuk murid
mengukuhkan pemahaman tentang konsep-konsep yang diajar guru dalam
kelas.

Dalam kaedah eksperimen, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:


(i) Masa yang diberi untuk melaksanakan eksperimen;
(ii) Cara untuk melaksanakan eksperimen;
(iii) Kesukaran yang dihadapi semasa melaksanakan eksperimen;
(iv) Perkara-perkara penting yang perlu ditekankan semasa eksperimen;
(v) Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai murid;
220 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

(vi) Kaedah pengutipan data dan perbincangan; dan


(vii) Keselamatan makmal.

Kejayaan kaedah eksperimen bergantung kepada:


(i) Kesukaran eksperimen; dan
(ii) Kuantiti sesuatu eksperimen itu dilaksanakan.

(e) Kaedah Permainan


Dalam kaedah ini, permainan yang sesuai digunakan untuk murid-murid
memahami dan mengukuhkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang
ingin disampaikan. Di samping itu, permainan juga dapat memberikan
keseronokan dan meningkatkan minat murid-murid untuk terus belajar.
Permainan juga mengandungi unsur pertandingan, cabaran dan ganjaran
yang dapat mengurangkan rasa bosan dengan keadaan dalam kelas.
Sesetengah permainan, seperti catur, dapat malatih kesabaran dan
toleransi.

Peranan guru dalam kaedah permainan ialah seperti berikut:


(i) Memutuskan bentuk permainan yang sesuai;
(ii) Memaksimumkan penyertaan murid-murid;
(iii) Menentukan murid-murid memahami undang-undang dan peraturan
permainan;
(iv) Menentukan permainan dilaksana secara adil dan terkawal; dan
(v) Menyatakan ganjaran (jika ada) kepada pasukan yang menang.

Beberapa jenis permainan yang terdapat di sekolah:


(i) Scavenger Hunt.
(ii) Name that Flag! And you can win it!
(iii) Identification Games.
(iv) Alphabet Games.
(v) Geography Games.
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 221

10.4.3 Pendekatan Pengajaran Penemuan Tulin


Dalam pendekatan ini, seperti yang kita sedia maklum, guru membenarkan
murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas sehingga mereka
menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. Pendekatan ini
menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman. Menurut pendekatan ini,
konsep-konsep dan prinsip-prinsip utama perlu dikaji dan ditemui sendiri oleh
murid-murid. Beberapa kaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan ini
dijelaskan dalam bahagian berikut.

(a) Kaedah Inkuiri


Dalam kaedah ini, murid-murid diminta menjalankan kajian untuk
menemui sendiri konsep-konsep atau prinsip-prisip tertentu. Tujuan utama
kaedah ini ialah untuk membantu murid-murid untuk meyakini diri
sendiri, mendapat pengalaman dan menemui sendiri prinsip tertentu
melalui kajian yang dijalankan. Sebagai contoh, apabila kaedah inkuiri
digunakan, murid-murid bukan sahaja memahami fenomena yang dikaji
atau mendapat ilmu daripada pengalaman yang dilalui, tetapi juga
mengetahui proses saintifik yang dilaksanakan. Semua ini diperoleh
melalui pemikiran reflektif murid-murid. Berikut diturunkan pendapat-
pendapat beberapa orang penyelidik dalam bidang kaedah pengajaran:
(i) Martin (1972) berpendapat bahawa kaedah inkuiri dalam sains akan
membawa kepada penemuan. Murid-murid, apabila menggunakan
kaedah ini secara sendiri, akan menghasilkan bukti-bukti saintifik
atau empirikal untuk menyokong dapatan-dapatan kajian mereka.
(ii) Dyer (1979) mencadangkan empat (4) langkah bagi kaedah inkuiri,
iaitu:
Ć Mengenal pasti bidang masalah.
Ć Membina hipotesis.
Ć Melaksanakan eksperimen empirikal.
Ć Mengutip dan menganalisis data.

(b) Kaedah Penyelesaian Masalah


Kaedah ini dilaksanakan dengan memberi masalah kepada murid-murid
dan meminta mereka menyelesaikannya dengan bantuan minimum
daripada guru. Langkah-langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut:
(i) Mengenal pasti masalah;
(ii) Memahami masalah;
222 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

(iii) Merancang penyelesaian;


(iv) Melaksana rancangan penyelesaian; dan
(v) Menilai penyelesaian.

Bagi langkah pertama, guru perlu mengenal pasti masalah yang sesuai
dengan objektif pembelajaran dan latar belakang murid-murid. Masalah
dalam mata pelajaran matematik, misalnya, berbeza daripada masalah
dalam mata pelajaran sains. Selain itu, murid-murid juga berbeza dari segi
gaya belajar, pengalaman, minat, motivasi dan keupayaan menyelesaikan
masalah. Seterusnya, bagi langkah kedua, masalah yang telah dikenalpasti
hendaklah diberi kepada murid-murid dan dijelaskan sehingga mereka
benar-benar memahami masalah tersebut.

Bagi langkah ketiga, apabila murid-murid merancang penyelesaian, mereka


mungkin perlu melukis gambar, rajah atau peta minda berkaitan dengan
masalah yang diberikan. Murid-murid perlu mengenalpasti beberapa
alternatif penyelesaian dan memilih alternatif terbaik untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan. Mereka seterusnya perlu menyediakan rancangan
penyelesaian kepada masalah ini secara terperinci.

“Behold the turtle, for he does not move forward without sticking out
his neck”.

Bagi langkah keempat, murid-murid perlu melaksanakan rancangan


penyelesaian yang telah dibuat, langkah demi langkah, hingga tamat.
Akhirnya, mereka perlu menyemak dan menilai sama ada penyelesaian
yang mereka peroleh itu adalah penyelesaian kepada masalah yang
diberikan kepada mereka. Selepas murid-murid melalui proses
penyelesaian masalah ini, kita harap mereka telah mempelajari sesuatu.
Kita sebagai guru perlu faham bahawa kaedah penyelesaian perlu
distruktur, dirancang dan dapat dioperasikan. Kaedah ini juga boleh
digunakan bersama kaedah lain, seperti perbincangan, sumbangsaran dan
koperatif.

(c) Kaedah Kerja Lapangan


Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran yang agak berbeza daripada
kaedah-kaedah lain, di mana murid-murid melaksanakan aktiviti
pembelajaran di lapangan (fieldwork). Mereka boleh diberi projek seperti
membuat eksperimen, menjalankan tinjauan (survey), mengambil bahagian
dalam kerja kumuniti, memerhati orang-orang bekerja atau menulis
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 223

laporan tentang pengembaraan mereka. Tujuan utama kaedah ini ialah


memberi peluang kepada murid-murid untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan melalui pengalaman yang tidak diperoleh di dalam bilik
darjah.

Hasil daripada kerja lapangan bergantung kepada banyak faktor, seperti:


(i) Perancangan yang baik dari segi tatacara dan pengurusan;
(ii) Matlamat, tujuan dan objektif kerja lapangan;
(iii) Kesukaran projek yang diberikan; dan
(iv) Tanggungjawab murid-murid.

(d) Kaedah Eksplorasi


Kaedah ini menggalakkan pembelajaran murid secara penemuan melalui
aktiviti eksplorasi. Peranan guru hanyalah sebagai pemudahcara
(facilitator) pembelajaran. Guru boleh bermula dengan bertanya soalan-
soalan berikut: Bagaimana memulakan eksplorasi? Apa yang hendak
dilihat dan apakah langkah yang perlu diikut? Murid-murid pula diberi
kebebasan untuk memilih apa sahaja kaedah dan teknik untuk menjayakan
sesuatu eksplorasi. Melalui initiatif sendiri, seseorang murid boleh
membina soalan-soalan sendiri dan cuba mencari jawapan kepada soalan-
soalan tersebut. Sebagai contoh: Apakah yang akan berlaku sekiranya
tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari?

Kaedah ini membantu murid-murid supaya ingin mengetahui tentang


perkara-perkara di sekeliling mereka atau menguji sesuatu secara cuba-jaya
dan juga memberi kebebasan untuk mereka membuat eksplorasi. Dengan
melakukannya, mereka akan dapat memahami sesuatu secara sendiri dan
pembelajaran berlaku secara serta merta.

Untuk mempercepatkan pembelajaran, guru perlu memainkan peranan


seperti berikut:
(i) Menyediakan kerja-kerja asas;
(ii) Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang;
(iii) Membantu murid dalam apa cara jua; dan
(iv) Meminimumkan masalah jika wujud.
224 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

LATIHAN 10.4
Pendekatan pengajaran boleh dikelaskan sebagai “pengajaran terus”,
“pengajaran penemuan berpandu” atau “pengajaran penemuan tulin”.
Mengikut pengalaman anda sebagai guru atau murid, pendekatan
manakah yang sesuai bagi murid lemah?

10.5 RANCANGAN MENGAJAR


Empat (4) unsur pembelajaran dan pengajaran telah diberikan dalam model
MURE, iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan. Seterusnya,
model PPK akan membantu kita untuk memilih pendekatan, kaedah, teknik dan
kandungan pengajaran; berasaskan pengetahuan tentang mata pelajaran dan
pedagogi serta pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Langkah
seterusnya ialah mereka bentuk rancangan mengajar, yang terdiri daripada
langkah-langkah yang mengandungi semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang ditulis secara jelas dan terperinci (sehingga guru lain boleh
mengajar sekiranya anda dalam kecemasan). Rancangan mengajar yang baik
akan melicinkan proses pengajaran dan membantu murid-murid untuk
mencapai dan menguasai hasil pembelajaran (learning outcomes).

Rancangan pengajaran biasanya terdiri daripada empat (4) bahagian, iaitu:


(a) Maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran);
(b) Maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni,
pendekatan dan kaedah pengajaran);
(c) Langkah pengajaran (motivasi, pengetahuan/kemahiran asas, konsep
bersama kandungan/bahan bantu mengajar/contoh/aktiviti/latihan,
rumusan, dan kerja rumah); dan
(d) Rujukan.

Contoh rancangan mengajar untuk mata pelajaran matematik diberikan dalam


Jadual 10.1.
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 225

Jadual 10.1: Contoh Rancangan Mengajar Matematik

Lesson Plan

Class 3COM
Day Monday
Date
15/5/06
Time
7.30 ă 8.10 a.m.
Subject
Mathematics

Topic Speed

Goals Students should be able to define and compute speed and uniform
speed.
Learning
At the end of the lesson, students should be able to:
outcomes
(a) Define speed and uniform speed; and
(b) Compute speed and uniform speed.

Moral value Respect for speed limits.

Teaching Guided discovery


approach/ (a) Discussion;
methods (b) Questioning; and
(c) Brainstorming.

Teaching 1. Motivation
steps (a) Content: Motivating students to pay attention to the
topic;
(b) Teaching aid: A picture of a fatal road accident; and
(c) Activity: Short discussion about road accident.

2. Basic Knowledge and Skills


(a) Content: Distance and its unit in KM and meter. Time
and its unit in hour and minute. Concept and
computation of average;
(b) Teaching aid: A one-meter ruler;
(c) Activity: Short discussion on distance and time, and
how to measure them; and
(d) Exercise: Show the one-meter ruler and let students
relate to how far is 1 KM.
226 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

3. Concept of Speed and Definition


(a) Content: Speed is the average distance covered by a
moving object in one unit time;
(b) Teaching aid: A picture of F1 car racing;
(c) Activity: Discuss, using F1 racing data about distance
covered and time taken to complete one lap of circuit;
(d) Exercises: Let students find the average distance
covered per minute. Let them compute the average
distance per hour; and
(e) Activity: Give the definition of speed. Let students
discover the formulae for speed.

4. Example of Uniform Speed


(a) Content: Uniform speed and example;
(b) Teaching aid: A table showing distance and time;
(c) Activity: Let the students compute the speed for each
of the distance covered. Let them make a conclusion
about the speeds;
(d) Exercises: Let students find the time to cover 250 KM;
and
(e) Activity: Let students define uniform speed.

5. Moral Value
(a) Content: Respect for speed limits;
(b) Teaching aid: A picture of a fatal road accident; and
(c) Activity: Let students brainstorm on all possible
causes of the road accident. Could speed be one of
them? Let students comment on the slogan “Respect
for speed limits”. Do they agree with the slogan?

6. Conclusion
Teacher may ask students to state important points from the
lesson.
TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN W 227

7. Homework
Teacher gives homework on related questions from past
PMR examination papers.

References (a) Lee Hong Eng. (1988). Matematik moden SRP. Petaling Jaya:
Penerbitan Preston Sdn, Bhd.
(b) Mohammad Khairuddin Yahya, Ibrahim Md. Noh & K. H.
Low. (1989). Matematik Tingkatan 1 KBSM. Kuala Lumpur:
Berita Publishing Sdn. Bhd.

• Anda telah pun didedahkan kepada beberapa kaedah pengajaran dalam mata
pelajaran pengkhususan anda masing-masing.
• Tujuan utama topik ini ialah memberi rumusan tentang kaedah-kaedah
pengajaran yang mungkin didedahkan kepada anda dalam kursus-kursus
yang lepas dan dimulakan dengan penjelasan tentang pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran.
• Ini diikuti oleh model MURE yang menjelaskan beberapa unsur dalam
pembelajaran dan pengajaran, iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan
peperiksaan.
• Topik ini seterusnya mencadangkan bagaimana model PPK boleh digunakan
oleh guru untuk murid-murid mencapai “pemahaman” dengan
menggabungkan pengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi serta
pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran.
• Topik ini seterusnya menjelaskan beberapa kaedah mengajar yang boleh
menjadi “pengetahuan pedagogi” kepada kita.
• Akhirnya, satu rancangan mengajar ringkas diberi sebagai contoh rancangan
mengajar menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu.
228 X TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran Pengajaran penemuan berpadu


Pengajaran penemuan tulin Pengajaran terus
Pengajaran pedagogi kandungan

1. Nyatakan apakah prinsip asas yang digunakan untuk mengelaskan


pendekatan pengajaran? Berikan satu contoh pengkelasan bersama prinsip
asas ini.

2. Unsur pertama dalam model MURE ialah motivasi. Apakah fungsi


motivasi ini? Berikan dua (2) contoh motivasi tersebut.

3. Pemahaman mata pelajaran secara mendalam adalah penting kepada guru.


Jelaskan bagaimana pemahaman ini membantu seseorang guru itu.

4. Pendekatan pengajaran boleh dikelaskan kepada pendekatan pengajaran


terus, penemuan berpandu dan penemuan tulin.
(a) Jelaskan apa yang anda faham tentang pendekatan pengajaran
penemuan berpandu.
(b) Beri dan jelaskan satu kaedah pengajaran yang sesuai dengan
pendekatan penemuan berpandu.
(c) Pilih satu mata pelajaran tertentu dan jelaskan teknik pengajaran yang
sesuai dengan kaedah pengajaran dalam (b).

You might also like