You are on page 1of 1

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

(SKPM)
There is no translation available.

Akta Pendidikan 1996 subseksyen 117 (a) memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab bagi memastikan
taraf (standard) pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Menyedari pentingnya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan berkesan, JNJK telah memperkenalkan satu standard kualiti
pendidikan yang jelas dan komprehensif yang dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010. SKPM 2010
mengandungi lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada pewujudan kualiti pendidikan yang
memuaskan iaitu :

STANDARD 1
Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga
sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P)

STANDARD 2
Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan
memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.

STANDARD 3
Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah
berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

STANDARD 4
Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan
potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

STANDARD 5
Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Hits: 87669

Print

You might also like