You are on page 1of 1

Ruj.Kam : JP/BKKP/726/6 Jld.

4 ( )
i
Tarikh : Julai 2020
Zulhijah 1441H

YBHG. PROF. DATIN PADUKA SETIA DATO’ DR. AINI IDERIS


Mantan Naib Canselor
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.

SEKALUNG UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Dengan hormatnya izinkan saya menjemput perhatian YBhg. Prof. Datin Paduka
Setia Dato’ Dr. kepada perkara di atas. Didoakan semoga YBhg. Prof. Datin
Paduka Setia Dato’ Dr. dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat serta
dipermudahkan segala urusan jua.

2. Saya bagi pihak Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi


ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datin Paduka Setia
Dato’ Dr. di atas sumbangan bakti yang telah diberikan selama berkhidmat
sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

3. Semoga YBhg. Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. dianugerahkan kesihatan
yang berterusan dan didoakan semoga setiap usaha dan khidmat bakti yang telah
dicurahkan dihitung sebagai amal ibadah kepadaNya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Salam hormat,

(DATO’ SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN)

You might also like