You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH

Jalan Midah 11, Taman Midah, Cheras 56000 Kuala Lumpur


No. Tel : 03-91305519 No. Faks : 03-91335331
Email : sk_tamanmidah1@yahoo.com / wba0017.moe.edu.my

Ruj. Kami : SKTM.600-3/5/32( )


Tarikh : 29 Julai 2022

En. Addnan Abd Hamid


Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan
Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri

Tuan/Puan

MEMOHON MENGGUNAKAN KAWASAN MELETAK KENDERAAN DI STADIUM


SERI PERMAISURI SEMPENA PENGELOLAAN SUKAN TAHUNAN SK TAMAN
MIDAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-32, Sekolah


Kebangsaan Taman Midah akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 31 Julai 2022


Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi -1.00 petang
Tempat : Stadium Mini Seri Permaisuri, Kuala Lumpur

3. Untuk makluman tuan, pihak kami telah memohon dan mendapat kelulusan daripada pihak
Unit Sukan, JPWPKL bagi menggunakan Stadium Mini Seri Permaisuri. Sehubungan itu, kami
memohon untuk mendapatkan kemudahan meletakkan kenderaan dalam kawasan padang di
bawah jagaan pihak tuan bagi memudahkan urusan murid-murid menghadiri kejohanan tersebut.
Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan diharap dapat membantu melancarkan
perlaksanaan sukan olahraga tahunan di sekolah kami.

4. Pihak sekolah kami yang diwakili oleh Setiausaha Sukan : En. Mahadi Bin Taha (018-
3103074) akan bertanggungjawab di atas urusan mendapatkan dan menjaga kunci tersebut
sehingga diserahkan semula kepada pihak tuan.

5. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
(PN. JURIAH BT. ABD.JALIL)
Guru Besar
SK Taman Midah

You might also like