You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMI

PROGRAM SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA (HaKeMS)


PERINGKAT NEGERI KELANTAN
27 NOVEMBER 2023 @ Isnin (DEWAN PROFESIONAL, UiTM
CAWANGAN KELANTAN, KAMPUS MACHANG)

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam Negaraku Malaysia
Salam Keluarga UiTM Dan Salam Dari Kampus Tanah Serendah Sekebun Bunga
“CHAMPIONING DATAPRENUERSHIP, EMPOWERING COMMUNITY”

(Salutasi)

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita
dapat bersama-sama dalam satu program yang amat bermanfaat iaitu Majlis Perasmian dan
Penutupan Program Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (HaKeMS) Peringkat Negeri
Kelantan yang dianjurkan bersama oleh Kelab Mahasiswa iaitu Kelab Pembimbing Efektif
Rakan Sebaya (PEERS), Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK), Pejabat Kesihatan Daerah
Machang, Panel Penasihat Kesihatan Banggol Judah, dan Majlis Keselamatan Negara
Malaysia. Penganjuran bersama di antara Universiti, Mahasiswa dan Pejabat Kesihatan
Daerah merupakan satu inisiatif terbaik dan bijak dalam meningkatkan kesedaran tentang
nilai kesihatan mental dan pengurusan emosi yang berkesan, khususnya dalam kalangan
mahasiswa.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Machang dengan
kolaborasi bersama Kelab Peers dan Unit Kerjaya & Kaunseling melaksanakan program
berimpak tinggi ini. Semoga kerjasama ini diteruskan secara berkala supaya terus memberi
ilmu dan kesedaran tentang penjagaan kesihatan mental.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Kesihatan mental adalah salah satu komponen utama yang penting dalam kesihatan, begitu
juga dengan kesihatan fizikal. Dalam era permodenan kini, kesihatan mental menjadi
semakin penting kerana tumpuannya tidak lagi hanya kepada penyakit mental sahaja tetapi
lebih kepada cabaran hidup yang berkait dengan kesejahteraan mental individu seperti
stres, insomnia, kegelisahan dan sebagainya. Kesan daripada tekanan pembelajaran juga
adalah salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan terhadap gangguan dan masalah
kesihatan mental. Kadar stress, kebimbangan dan kemurungan meningkat dari hari ke hari.
Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan usaha-usaha
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental. Aktiviti-aktiviti
promosi kesihatan mental telah bermula semenjak tahun 2000 di mana elemen Pupuk
Minda Sihat menjadi salah satu skop Kempen Cara Hidup Sihat. Aktiviti memupuk minda
sihat ini adalah untuk menggalakkan masyarakat menjalani saringan mengenalpasti tahap
stres, pendedahan kemahiran dalam menangani stres seperti teknik relaksasi, terapi muzik,
berkomunikasi secara berkesan, berfikiran positif dan pameran bagi memberi pengetahuan
tentang kesihatan dan kesejahteraan mental yang baik untuk semua.

Hadirin yang saya muliakan,


Program yang dijalankan pada hari ini, merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi
memahami, berbincang dan mendapatkan jawapan kepada persoalan sama ada kesihatan
mental mempengaruhi pembelajaran atau tidak dan cara seseorang mahu menyedari
bahawa dia mempunyai masalah mental. Melalui perkongsian dan slot melawat stesen
pameran yang dibuka oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Machang ini, diharapkan impak
dan penyelesaiannya dapat merungkai segala persoalan-persoalan yang wujud dalam
pemikiran sama ada kepada pesakit mahupun masyarakat umum. Selain itu, program-
program sebegini juga amat penting untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa
tentang penjagaan kesihatan mental, diri serta emosi mahasiswa yang memainkan peranan
penting bagi mereka sebagai seorang pelajar. Begitu juga, saya ingin memperingatkan
kepada semua mahasiswa dan hadirin semua agar sentiasa menjaga diri masing-masing.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi saya zahirkan kepada Kelab Pembimbing
Efektif Rakan Sebaya (PEERS) UiTM Cawangan Kelantan, Unit Kerjaya dan Kaunseling
(UKK), selaku penganjur, yang telah menjemput saya ke majlis ini. Terima kasih juga atas
komitmen pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Dengan lafaz Bismilahirrahmanirrahim, sukacita saya merasmikan Majlis Perasmian dan


Penutupan Program Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (HaKeMS) Peringkat Negeri
Kelantan Sekian, Wabillahitaufiq walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

You might also like