You are on page 1of 4

SJK(C) CHONG MIN

TAKLIMAT MESYUARAT JK KOKURIKULUM 1/2023

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pencapaian kokurikulum sekolah ini membanggakan pada tahun 2017
telah menaikkan prestasi sekolah.
1.2 Terima kasih kepada guru-guru yang sudi mengorbankan masa dan
melatih murid-murid dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum.
1.3 Semua guru diharapkan terus berusaha untuk meningkatkan
pencapaian kokurikulum sekolah ini pada tahun 2018. ( makluman )

2.0 Pengurusan aktiviti kokurikulum


2.1 Maklumat seperti tarikh mesyuarat , pembahagian tugas kokurikulum,
jadual waktu kokurikulum, kalendar kokurikulum, jadual pertandingan, ko-
akademik sekolah, senarai ketua rumah sukan dan sebagainya terdapat
dalam Takvim Unit Ko-kurikulum 2018 ( makluman )
2.2 Aktiviti ko-kurikulum dan latihan pasukan sekolah akan dijalankan
mulai 19 Januari 2018 . Mengikut takwim, jumlah aktiviti kokurikulum
ialah 24 kali ( 12 kali kumpulan A + 12 kali kumpulan B. Begitu juga dengan
latihan pasukan sekolah sebanyak 24 kali.Aktiviti kokurikulum dan latihan
pasukan sekolah sebanyak 24 kali. Aktiviti kokurikulum dan latihan pasukan
sekolah mesti dijalankan pada minggu yang dinyatakan dalam takwim kecuali
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ( Tindakan Guru Penasihat dan Guru
jurulatih )
2.3 Penglibatan sekolah dalam pertandingan sukan- Kelompok 4 jenis,
Daerah 7 jenis, Negeri 2 jenis ( jangkaan), kebangsaan 1 jenis ( jangkaan)
( Makluman )
2.4 Penglibatan pencapaian kokurikulum pertandingan ko-akademik-
Kelompok 3 jenis( jangkaan ), daerah/Zon 13 jenis ( jangkaan ), Negeri 2 jenis(
jangkaan). ( Makluman)
2.5 Pelaporan pencapaian kokurikulum dibuat menggunakan borang
online melalui onedrive seperti tahun 2022.
( Tindakan guru pengiring )
2.6 Sekolah ini menjadi Pengerusi Pertandingan Daerah bola keranjang
MSSD, Tarikh pertandingan dirancangkan pada 06 Jun . Selain itu sekolah ini
juga menjadi tuan rumah Kuiz BM, tarikh belum ditentukan.

2.7 Segala pencapaian pertandingan digalakkan maklum melalui Whatapps


berserta gambar untuk memudahkan sharing melalui Facebook ( Tindakan
guru pengiring )

3.0 Pengurusan Fail dan Buku Rekod Aktiviti Ko-kurikulum


3.1 Dokumen-dokumen Buku Rekod Kokurikulum boleh diambil mulai 22.1
3.2023. Sila susun dokumen-dokumen
mengikut urutan seperti biasa. ( Tindakan Guru Penasihat dan Guru Jurulatih
3.2 Setelah memeriksa fail rekod aktiviti kokurikulum 2022 yang telah hantar,
didapati sebahagian buku rekod tidak diisi dengan lengkap. ( Makluman )
3.3 Rekod kehadiran aktiviti kokurikulum murid adalah penting sebagai bukti/
eviden jumlah kehadiran yang dikemaskinikan dalam sistem PAJSK Online
( Makluman )
3.4 Kehadiran murid perlu direkod dengan betul-betul supaya tidak
menimbulkan masalah jika ada pemantauan PPD atau JPN terhadap PAJSK
sekolah ini. ( Tindakan Guru Penasihat dan Guru Jurulatih )
3.5 Fail setiap kelab.persatuan dan pasukan sekolah perlu ada minit mesyuarat
(2 kali ) setahun. Silakan ada mesyuarat dan hantar minit mesyuarat pada
tarikh yang ditetapkan dalam takwim. ( Tindakan guru penasihat dan guru
jurulatih)

4.0 Pertandingan Ko-akademik Peringkat Sekolah


4.1 Guru-guru yang bertanggungjawab diminta membuat persediaan awal
seperti menyediakan dan mencetak kertas soalan,melatih murid,
menyediakan borang pemarkahan dan persiapan lain supaya semua
pertandingan ko-akademik dapat disempurnakan mengikut perancangan.
( Tindakan guru bertugas)
5.0 Sukan Tahunan
5.1 Akan diadakan pada 14 Oktober 2023(Sabtu). (Makluman )
Tempoh pelaksanaan aktiviti sukan tahunan bermula 01/8
hingga Oktober 2023.

6.0 PAJSK dan SEGAK


6.1 Satu JK PAJSK dan Segak akan ditubuhkan dan seorang penyelaras akan
dilantik. ( Makluman ).
6.2 PAJSK merupakan singkatan bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, sukan dan
Kokurikulum. Program ini ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui
penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan,
kokurikulum dan ekstrakuriulum. Mulai tahun 2018, guru penasihat aktiviti
kk perlu mengisi borang rumusan aktiviti murid sebelum mengisi dalam data
PAJSK secara online. PKKK akan uruskan dan agihkan kepada guru penasihat
setelah siap fotostat.
6.3 Setiap persatuan, kelab, badan beruniform sukan dan permainan perlu ada
strategik perancangan supaya semua murid dapat terlibat dalam aktiviti kk.
6.4 SEGAK perlu dijalankan 2 kali setahun. ( Tindakan guru PJ Tahap 2 )
6.5 Data SEGAK perlu direkodkan dalam Borang SEGAK Sekolah Rendah(BSSR)
sebagai eviden sebelum dimasukkan
ke dalam sistem PAJSK Online. ( Tindakan guru PJ tahap 2.
6.6 Guru penasihat KK sila melantik 6 orang murid sebagai AJK untuk penuhkan
bilangan AJK. Didapati bilangan AJK
sesetengah kelab dan persatuan kurang daripada 6 orang murid. Ini adalah
untuk membantu murid mendapatkan markah PAJSK. ( Tindakan Guru
Penasihat )
6.6 Guru penasihat badan beruniform, sila bincang dan tetapkan tarikh dalam
minit mesyuarat tentang kem badan beruniform.

7.0 Latihan wakil Sekolah Pertandingan ko-akademik


7.1 Satu jadual latihan khas sesi 7.15 pagi-7.30pagi akan disediakan untuk wakil
sekolah pertandingan ko-akademik
( Tindakan jurulatih )
7.2 Dengan latihan sedemikian, diharap dapat melahirkan wakil sekolah yang
dapat membuat persembahan yang
mantap dan mampu menaikkan nama baik sekolah. ( Makluman )
7.3 Selepas tamat sesuatu pertandingan ko-akademik, guru jurulatih seharusnya
meneruskan latihan untuk wakil
sekolah tahun hadapan seperti pasukan sukan sekolah. ( Makluman )
7.4 Setiap guru jurulatih perlu menyenaraikan nama calon wakil sekolah untuk
memudahkan pemantauan aktiviti
latihan.

8.0 Hal-hal lain


8.1 Guru kelas Tahun 1 sila isikan maklumat saiz baju sukan murid Tahun 1
dalam borang yang disediakan. Guru-guru kelas lain sila tanya dan isikan
bilangan murid yang ingin membeli baju sukan dalam borang yang akan
disediakan ( Tindakan guru kelas tahun 1- Tahun 6)
8.2 Bilik stor perlu sentiasa dijaga dengan kemas dan bersih. Didapati peralatan
sukan tidak diletakkan dengan baik selepas digunakan. ( Tindakan Guru PJ )
8.3 Peralatan sukan perlu disimpan dengan baik dan dijaga penggunaannya.
( tindakan guruPJ)

You might also like