PY
Na hd i)
a
anim onesie
ia: MIKIRA
Wii aoa
BUKTIKAN KALIAN BERIMAN
KEPADA RASUL DAN AL-KITAB!
B Amani Mohamed
MUKADIMAH
Sejak kecil lagi anak-anak Muslim sudah menghafal enam rukun iman. Tetapi
apabila usia semakin beranjak, adakalanya ramai yang alpa. Jom kita ingat semula
rukun iman ini dan berharap semoga ingatan itu kekal hingga ke hujung usia.
Iman adalah mutiara dan harta berharga yang mampu mengubah pemikiran,
perasaan dan perilaku kita. Dengan iman, seorang penakut menjadi berani, bakhil
menjadi dermawan dan lemah menjadi kuat. Sumayyah binti Khubath dan
keluarganya dibunuh kerana mempertahankan iman.
MAKNA BERIMAN
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin menghuraikan makna iman
sebagai:
* pengakuan dengan lidah (lisan),
mengakui dengan hati dan
mengamalkannya dengan
rukun-rukun (anggota badan)
”
Ringkasnya percaya tanpa ragu (haqqul yakin), mengaku dan beramal. Inilah tiga
syarat_kesempurnaan iman. Jika cacat syaratnya, jadilah dia seorang fasik,
munafik atau kafir. Nau’zubillahi min dzalik.
SYAABAN 1445H | MAC 2024NAHDHAH FIKRIVVAH
Al-Quran adalah kata-kata (kalam) Allah sekaligus risalahNya. Sesiapa yang
membawa risalah daripada Allah maka wajiblah dia seorang Rasul. Maka tidak
diragukan bahawa Muhammad bin Abdullah ialah Rasul. Firman Allah, “Yaa Siin.
Demi al-Quran yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu (Muhammad) salah
seorang dari rasul-rasul (yang berada) di atas jalan yang lurus.” [TMQ Yasin (36):
1-4]
Keperluan manusia kepada Rasul itu benar-benar dapat dirasakan dan terjangkau
oleh akal. Pada hakikatnya manusia tidak mampu mengurusi segala keperluan
jasmani (hajatul uduwiyah) dan naluri-nalurinya (gharizah) termasuklah dalam
mengatur hubungan dengan Penciptanya hanya dengan menggunakan logik akal.
Jika dibiarkan, sudah tentu timbul banyak perselisihan kerana manusia
mempunyai kecenderungan yang berbeza. Maka, kita memerlukan satu standard
yang seragam untuk seluruh manusia tetapi bukan rekaan manusia itu sendiri.
Standard ini mestilah datangnya daripada Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT
dan diwahyukan kepada RasulNya.
KESEMPURNAN IMAN
Belum sempurna iman seorang Muslim jika perkara berikut masih berlaku:
“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti
hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah
sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang zalim.” [TMQ Al-Qasas (28): 50]
Manusia diciptakan dengan pelbagai naluri dan keinginan. Contohnya, hati terasa
gelisah apabila belum bertemu jodoh, belum memiliki beg tangan idaman atau
belum ditawarkan untuk menunaikan haji. Persoalannya ialah, bagaimanakah
untuk memenuhi naluri-naluri tersebut? Percayalah bahawa Rasul dan Al-Kitab
ada solusinya. Jika diturutkan juga tanpa panduan wahyu, maka tidak hairan
ramai yang bercinta dan berzina sebelum nikah, berhutang dengan riba untuk
memiliki sesuatu atau sanggup terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan
kuasa.Perlembagaan negara tidak bersumber
daripada al-Quran dan as-Sunnah
Negeri kaum Muslimin hari ini adalah bekas tanah jajahan Eropah-Barat yang
memansuhkan peranan agama dalam rujukan perlembagaan negara. Di Malaysia,
suruhanjaya yang diketuai Lord Reid bertanggungjawab membuat undang-
undang baharu sebagai syarat kemerdekaan. Persis keadaan Yahudi yang
digambarkan oleh Rasulullah SAW apabila para sahabat yang mulia bertanya,
“Bagaimana caranya orang-orang Yahudi menjadikan para ulama’ dan
pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah?” Jawab baginda, “Mereka
(ulama dan pendeta) itu telah membuat syariat untuk mereka.”
Pelbagai tuntutan dibuat oleh para peguam syariah, gerakan-gerakan dakwah dan
badan-badan NGO agar perlembagaan kita dipinda. Padahal ia tidak perlu dipinda
tetapi perlu ditukar kepada al-Quran dan as-Sunnah sepenuhnya agar terjamin
manusia tidak tersesat.
Vor,
a.
vor =
Setelah dibentuk perlembagaan negara dengan memisahkan agama daripada
kehidupan (sekular), ditetapkan pula suara majoriti wakil rakyat sebagai pembuat
undang-undang negara. Maka berebutlah para pemimpin negara mengumpul
sokongan untuk usul masing-masing. Tangan yang bersetuju melebihi yang
membantah, kononnya membawa rahmat buat rakyat dan negara. Contohnya
pada November 2023 lalu, ramai rakyat kecewa apabila RUU Generasi Penamat
Rokok (GEG) ditolak oleh Parlimen. Terang lagi bersuluh, demokrasi hanya
retorik. Sebaliknya ugutan para kapitalis penentu segalanya. Sedangkan yang
paling berhak sebagai pembuat hukum adalah Allah SWT. FirmanNya
“,Sesungguhnya keputusan menetapkan sesuatu adalah hak Allah..”
[Ta Yusuf (12):67].
Hak Allah ini bersifat mutlak dan tidak memerlukan suara majoriti_ untuk
bersetuju. Lihatlah kegagalan mantan Menteri Agama mendapat suara majoriti
dalam mengurangkan senarai konsert hiburan yang telah dirancang sepanjang
tahun 2022. Adakah ini bererti, untuk menghentikan maksiat juga memerlukan
undi majoriti?
NomeBELUM TERLEWAT UNTUK BERTINDAK
Umat Islam tidak wajar berputus asa tatkala kezaliman dan kefasikan berleluasa.
Ramai yang mengakui bahawa inilah bencana akhir zaman dan mengambil sikap
menjaga diri dan keluarga masing-masing sahaja. Antara langkah yang boleh kita
lakukan ialah;
| BERTAUBAT :
Menginsafi betapa lalainya kita dalam memelihara iman,
maka segeralah memohon keampunan dariNya. Jangan lelah
berdoa agar Allah sentiasa memelihara iman kita dan semoga '
kita istiqamah di jalan keimanan yang benar. "i
BELATAR ge
Membina keimanan wajib melalui proses berfikir dengan
menggunakan akal bukan sekadar mengikut rasa hati. Inilah yang
dilalui oleh seorang tiktoker, saudari Megan Rice tatkala mengkaji
al-Quran setelah melihat keteguhan iman penduduk Gaza
sepanjang peperangan. Malah kini beliau pula giat menyerukan
kaum Muslimin agar belajar Islam dan membentuk kesatuan.
3 MUHASABAH e&
Salah satu kewajipan sesama Muslim adalah melakukan amar makruf dan nahi
munkar. Lihat diri sent ahli keluarga, rakan sekerja, jiran tetangga sehinggalah
pemimpin negara. Kita memiliki mata, mulut dan telinga ketika di dunia, tetapi
kita tidak mahu di akhirat kelak Allah jadikan kita buta, bisu dan tuli.
Bersempena genap 100 tahun lenyapnya Khilafah pada tahun 1924, ayuhlah
Muslimah! Kita sama-sama lakukan sesuatu untuk mengembalikan al-Quran dan
as-Suniah dalam kehidupan dan bernegara. Kembalilah menjadi Muslimah yang
berpegang teguh pada keimanan dan mendakwahkannya. Firman Allah SWT,
“Tidaklah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesuatu kaum, kemudian mereka
(sebahagian daripada mereka) mampu untuk mengubahnya tetapi mereka tidak
berbuat sedemikian, melainkan Allah SWT akan timpakan keseluruhan kaum
tersebut dengan azab.” [HR Abu Daud]. Wallahua’lam
SUBSCRIBED
ea