Topik  Konsep dan

1

Latar Belakang Seni dalam Pendidikan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni dalam Pendidikan; Menyatakan matlamat dan objektif mata pelajaran Seni dalam Pendidikan; dan Menjelaskan faedah Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN
Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam Pendidikan peringkat sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

2

TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

1.1

PENGENALAN KONSEP

Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh: (a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapalajaran Seni dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan. Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Hermann (1991) di dalam „Quadrant Concept‰ yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

(b)

(c)

(d)

peka. (iv) Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif. anatomis dan saintis. (f) Seni dalam Pendidikan akan: (i) (ii) Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah menjadi lebih seronok.1 menunujukkan matlamat SDP. emosi. 1.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 3 (e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanakkanak.1 Matlamat Seni dalam Pendidikan (SDP) Matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri.1. kreatif. berpersonaliti yang seimbang. keluarga. personal dan intrapersonal. Membantu anda memahami diri sendiri. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. jurutera. kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif. menghargai keindahan alam persekitaran. berketrampilan dan profesional. inovatif. masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. kritis. (v) Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh. Seni dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. inovatif dan inventif. holistik dan analitik. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya. rohani dan intelek akan berlaku. . praktik dan estetika. Beliau adalah seorang seniman. emosional dan fizikal dan intelektual. mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Rajah 1. (iii) Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. imaginatif. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik.

daya kreativiti. seni muzik dan seni pergerakan. persepsi dan penghasilan.4 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Rajah 1. seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan pelbagai kemahiran.2 (a) (b) (c) Objektif Seni dalam Pendidikan (SDP) Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk: Menghargai keindahan ciptaan Tuhan. ekspresi dalam proses Meningkatkan pengetahuan. Membuat diskripsi. inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual. teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains. Menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.1. interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat.1: Matlamat Seni dalam Pendidikan 1. Mempupuk budaya pengamatan. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual. teknologi dan mata muridan lain. (d) (e) (f) (g) (h) . media. analisis.

Seni Muzik Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze. Shinuchi Suzuki. Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. pengertian ini menunjukkan bahawa muridmurid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau „sequential‰. Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar. mencuba idea. (b) .2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Seni dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri. (l) 1. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. seni muzik dan seni pergerakan. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 5 (i) (j) (k) Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.Hermann (1991) menghasilkan „Quadrant Concept‰ yang membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama. (a) Teori Kecerdasan Manusia Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori pembelajaran. Secara yang tersirat. Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Carl Orff.

Seterusnya. otak kanan dan otak kirinya difungsikan. (d) . Menerusi kegiatan seni kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan penaksiran. mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran yang berbagai. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan. pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan. Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna.6 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN (c) Seni Pergerakan Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi.2. membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina konsep. Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. Seni Visual Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Ringkasannya boleh rujuk Rajah 1. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian. Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya. Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna.

Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.1 Teori Pembelajaran Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni dalam Pendidikan adalah seperti berikut: (a) Teori Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.2: Teori kecerdasan manusia menjadi asas Seni dalam Pendidikan AKTIVITI 1.2.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 7 Rajah 1. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme .1 Mengapa Seni dalam Pendidikan perlu? 1.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Anda boleh merujuk PPK.3: Implikasi daripada pembelajaran konstruktivisme . Briner.8 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh Mc Brien dan Brandt.3 berikut konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid menacri idea. menunjukkan implikasi daripada pmbelajaran Rajah 1. Rujuk dan imbas kembali topik ini dalam Seni dalam Pendidikan dan cuba terapkan dalam proses pembelajaran anda. M (1999) dan Brooks dan Brooks (1993) Ciri pembelajaran secara konstruktivisme Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme Rajah 1. yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil. (1997). Pembelajaran secara konstruktisme. buat kajian.

manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang didapati bermakna kepada dirinya (actively construct knowledge that they find personally meaningful ) Bagaimana Seni dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme? (a) (b) (c) (d) (e) (f) Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada Menyusun atur maklumat dan pengetahuan Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk Menyampaikan persembahan pengetahuan baru melalui representasi dan Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan .TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 9 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME (a) Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru (b) Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran (c) Menyokong pembelajaran secara koperatif (d) Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid (e) Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar (f) Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna (g) Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid (h) Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea (i) Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Dalam teori konstruktivisme.

juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Dengan tajuk „seven ways of knowing.4): membina konsep Rajah 1. Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini.ruang Kinestetik Muzik .4: Aspek-aspek yang dapat membina konsep pembelajaran untuk aktiviti SDP (b) Teori Kecerdasan Pelbagai Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).Matematik Visual . dan (iii) Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. perceiving and understandingn life‰ beliau membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istemewa.10 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Aktiviti-aktiviti Seni dalam Pendidikan dapat pembelajaran kanak-kanak melalui (rujuk Rajah 1. Ia dirumuskan sebagai: (i) (ii) Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.linguistik Logik . Jenis-jenis kecerdasan: Verbal .

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001).6 menunjukkan teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner dan contoh-contoh kecerdasan pelbagai yang boleh diubahsuai oleh murid.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 11 Interpersonal Intrapersonal Naturalis Anda boleh rujuk PPK. Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.5 dan Rajah 1. Rajah 1. Rajah 1.5: Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) dalam bukunya „Frames of Mind: Theory of Multiple Inlleigence‰ Mengapa teori ini penting dalam Seni dalam Pendidikan? (a) (b) Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai .

12 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN (c) (d) (e) (f) (g) Membentuk kepelbagaian untuk menilai Wujudkan suasana kolaboratif Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam pengejaran dan pembelajaran Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya meningkatkan potensi diri Rajah 1.6: Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid .

Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. 7. (c) Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Contohnya: murid boleh membuat (ii) . Teori ini juga menekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut: (i) Peniruan secara langsung. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya. 3. Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Bil 1. Aktiviti Murid Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini yang dikutip di dusunnya Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen Murid bermonolog. 2. 8. Dengan mengambil bahan maujud. 4. merafak syahdu kepada Tuhannya Murid mengikut sebutan pensyarah dalam sebutan terminologi dalam sesi kuliahnya Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan skema ukuran dalam kerja melukis perspektif Murid berborak di bawah pohon mengkudu selepas tamat sesi kuliahnya Murid mengambil daun puding untuk ditiru dalam mata pelajaran Pendidikan Seninya.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 13 SEMAK KENDIRI 1. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki Gunung Arong dalam sesi Bina Insan Guru Jenis TKP yang Digunakan 6. murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. 5.1 Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini . kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehingga murid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.

Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam semua situasi. Roger Sperry (1967) dan Herman (1991). pengamatan. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata pelajaran disekolah. adakah mata muridan yang diajar disekolah melengkapi penyuburan kecerdasan otak sesorang murid? Rajah 1. ia akan menjadi satu prinsip kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka panjang. Pokok persoalanya.14 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut bergelar artis. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan menjadi satu habit dan biasaan. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi perhatian pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis di kalangan murid. Untuk tujuan mengekspresikan idea. otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Cara yang termudah ialah membuat representasi idea yang sedia ada dalam minda murid. dilihat atau dirasai. Apabila sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran. (d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan Mengikut kajian Edward Gardner (1983). Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri. Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku? (i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan. pendengaran dan responsif deria. (iii) Peniruan elistasi. . Memori yang berkekalan. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipontesikan mengikut tumbesarannya. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.7 menunjukkan peranan otak kanan dan otak kiri. Murid juga membuat kerja taksekatlakuan. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih. memori ini membantu murid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter) (ii) (iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar.

Mengikut teori ini rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. . pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru. Gangne (1975) mengemukakan bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. fasa kefahaman. fasa penahaman. fasa prestasi dan fasa maklum balas.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 15 Rajah 1. fasa generalisasi. kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. fasa penyimpanan. Mengikut Gagne. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan.8 menunjukkan teori pemprosesan maklumat. fasa ingatan kembali. demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.7: Peranan otak kanan (hoki) dan otak kiri (hok) (e) Teori Pemprosesan Maklumat Teori ini dikemukakan olah Robert M. Rajah 1. Untuk itu Gagne telah mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa biasa yang dialamai oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi.

berfasa dan bersekuen mengikut rangsangan yang diperolehi di persekitaran kemudian diproses ke dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan.16 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Rajah 1. ia berlaku secara berperingkat-peringkat. pembelajaran kecerdasan emosi dan pengalaman langsung dari proses maklumat seperti diatas akan memudahkan untuk memberikan kepada kanak-kanak beberapa peluang antaranya: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Berinteraksi dengan bahan. . subjek dan hasil Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian Mendapat maklum balas dari orang lain Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya Mengelak perlakuan yang tidak diingini Mengekalkan perlakuan yang diingini 1.2.8: Teori pemerosesan maklumat Apabila aktiviti-aktiviti Seni dalam Pendidikan dijalankan. Tindakan mengamal dari pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran boleh diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran Apa sahaja pembelajaran.

(a) Kesediaan Belajar Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk memuridi sesuatu dengan tujuan memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru. Berdasarkan Model Proses Gagne (1974). lupaan dan pemindahan. emosi dan kematangan murid untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang berkesan. (b) Pengamatan Pengamatan boleh diertikan sebagai persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajar sesuatu sekiranya individu itu belum mempunyai kesediaan belajar. diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. pengamatan. Proses pembelajaran akan ditersukan jika terdapat motivasi yang sesuai. bayangan. pandangan atau tanggapan. Ruang seperti ini bersifat illusi (c) . Setiap fasa dalam proses pembelajaran mempunyai tindakan dalam atau pun luaran yang tersendiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya. Hal paksaan ini tidak akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajarannya. psikomotor. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Proses pembelajaran ini bermula daripada penerimaan rangsangan melalui organ deria manusia. ingatan. menginterpretasi dan membentuk makna. motivasi. lidah dan kulit.mengandungi ruang dimensi dan tiga dimensi. telinga. penaggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organorgan deria iaitu mata. Di antaranya kesediaan. gambaran atau konsep rangsangan tersebut. Aspek-aspek utama ini berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. sebagai penggerak yang mendorong untuk berusaha memikirkan erti rangsangan itu.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 17 Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek. Jenis-jenis Organisasi Pengamatan (i) Persepsi ruang . Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf yang menghubungkan deria tertentu dengan otaknya. fasa-fasa proses pembelajaran dapat dibahagikan kepada lapan fasa. Contoh: persepsi ruang dua dimensi terdapat pada satah gambar yang sifatnya rata (flat) atau mendatar. Otak mentafsir maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan. hidung.

boleh disentuh dan dilihat dengan mata kita. Contohnya: Masa berlalu terlalu laju. Menunggu itu suatu penyeksaan ketika menunggu kekasih untuk berdating. Rajah 1.18 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN iaitu hanya dapat dilihat dalam bentuk gambar. kereta api bergerak dan lain-lain lagi.9 menunjukkan proses pembelajaran yang berlaku secara berperingkatperingkat. burung terbang. Contoh: kapal terbang yang bergerak di udara. Rajah 1.9: Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat . (iii) Persepsi masa . tahu-tahu umur sudah menjangkau 50 tahun. Seronok menjawab soalan peperiksaan terasa masa berjalan begitu cepat. Ia merujuk kepada objek dan persekitaran yang sebenar. Manakala ruang tiga dimensi merujuk kepada objek yang sebenar yang bersifat konkrit.persepsi ini berkait kepada objek-objek bergerak dimana pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita. (ii) Persepsi gerakan .ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau apa yang dirasai.

Pemindahan pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat membawa pembelajaran dalam situasi B. Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif. Fenomena kesan pembelajaran yang baru berlaku dikenali sebagi pemindahan pembelajaran atau pemindahan latihan. . beliau maseh menggunakan air untuk mencuci berusnya. Contoh: Kebolehan Idris dalam melukis pemandangan menggunakan kertas dan cat air dapat dipindahkan menggunakan kanvas dan cat minyak. Contoh: Mukhtar telah melakukan bahawa selepas menghasilkan catan air. Sifat keluwesan ini ternyata bahawa penerimaan berlaku tanpa kongkongan. Proses pemindahan negatif berlaku sebaliknya. generalisasi dan gangguan proaktif adalah pembelajaran lama yang mempengaruhi pembelajaran baru.2. prinsip atau kemahiran dalam sesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran Mengaktifkan pembelajaran bermakna mewujudkan suasana yang responsif dan bersifat dua hala. Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah: (a) (b) (c) (d) Kefahaman Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelum dia boleh menggunakan dalam situasi baru. Kesamaan Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang dimuridi perlu mempunyai persamaan Kemahiran Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia memindahkannya kepada situasi baru. Manakala pemindahan pembelajaran bermaksud kebolehan dan kecekapan menggunakan pengalaman.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 19 1. Mukhtar membuat kesilapan apabila beliau membuat catan minyak. berus mesti dicuci dengan air. Proses mengkategori. pengetahuan ataupun kemahiran sedia ada ingatan untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi baru. Celik akal Murid telah celik akal dalam konsep.

Agak malang jika ia diajar di tahun enam. perkasa dan dominan sehingga akhirnya lahir satu integrasi ketiga-tiga subjek tadi? Bagi orang yang tidak berminat dengan ketiga-tiga subjek ini tentulah menjangkakan bahawa ia menjadi suatu mimpi ngeri semata-mata. Bebanan kerja adalah suatu fobia kepada guru. Pertindihan subjek seni yang sedia ada. tenensi pengajarannya tentulah kepada Seni Visual. tilikan dan renungan. Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani diajar di sekolah. penelitian matlamat dan objektif ditanggap tetapi tidaklah sepantas saranan pihak pentadbir. Kalau subjek ini sekadar pelengkap atau suatu pengisian tambahan. Mengapa kontemporari ini ketiga-tiga mata pelajaran ini digabungkan? Apakah selama ini ketiga-tiga mata pelajaran ini telah mantap. Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani secara sebagai satu subjek.20 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 1. Konsep pembelajaran di sekolah hari ini berkait rapat dengan peperiksaan rasmi di peringkat kebangsaan. apabila disebut sebagai baru. Contoh: Jika cikgu Habsah adalah guru Seni Visual. Masa interaksi guru bertambah. guru cenderung untuk mengajar kepakaran seni sahaja. Pada masa ini kita telah maklum bahawa Seni Visual. Kekaburan matlamat dan objektif. Kalau ada pun soalan keselarasan menjadi persoalannya. Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini telah wujud mata pelajaran Seni Visual. Sebagai subjek yang diintergrasikan. Seperti biasa.4 (a) Isu-isu Berkaitan Seni dalam Pendidikan Penyerapan tiga dalam satu. Bagaimana dengan Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani? Untuk mewujudkan tiga guru seni tadi dalam satu masa tentunya agak sukar. Penerimaan Seni dalam Pendidikan di sekolah. Kedatangan Seni dalam Pendidikan seolah-oleh membawa suatu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar. Secara ubah ansur. ia maseh dalam pemerhatian. subjek ini mungkin digunakan untuk memulihkan (recover) subjek peperiksaan kerana pihak sekolah inginkan pencapaian UPSR yang cemerlang. adalah sukar untuk merealisasikan penerimaannya secara total. Perlaksanaan di sekolah. Konsep 3 + 1 sebenarnya telah bertindan dengan 1 + 1 + 1. Bukan guru hendak mengelak kerja tetapi dalam waktu yang sama guru mendapat tambahan waktu mengajar sedangkan sekarang ini mereka mempunyai jumlah (b) (c) (d) (e) (f) . Terminologi dan laras bahasa Seni dalam Pendidikan maseh dalam kontek „ingat-ingat lupa‰.2.

Perasaan adalah subjektif seperti perasaan bahagia dan tidak bahagia.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 21 interaksi mengajar yang maksimum. drama.5 (a) Pendapat Tokoh-tokoh Fox and Diffily (2000) Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang. Perasaan merupakan satu cara untuk merangsang minda untuk mengenali fakta. Lain pula bagi sikap guru yang meletakkan mata pelajaran bukan peperiksaan sebagai mata pelajaran tidak penting. Prinsip rekaan dan nilai estetika telah dibawa ke barangan seharian seperti kerusi. (b) (c) (d) . pertukangan. (g) Mata pelajaran yang rileks tiada peperiksaan. Jika pernyataan ini benar. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan fikiran melalui seni. Ini bermakna perasaan boleh ada makna suatu yang mempengaruhi kita. seni komersial dan seni dalam kehidupan seharian. alat perkakas letrik. Kepada guru yang mengajar dalam jumlah interaksi maksimum mahukan subjek ini untuk waktu rehatnya. Boleh dijadikan mata pelajaran rileks. Walter Gropius Seni seharusnya berfungsi dan memberi faedah kepada kehidupan seharian bukan untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan prinsip asas reka bentuk ke barangan seharian keluaran industri dengan menyatukan seni. Lebih kritikal lagi kepada sekolah kurang murid (SKM) di mana guru selalunya mengambil satu standard untuk setiap tahap dalam pengajaran dan pembelajaran. tentulah implikasinya negatif. meja. kenderaan. Seni Pergerakan dan Seni Visual adalah penting sebagai penyemai perkembangan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. sains dan teknologi. Gibson. Rex (1996) Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian idea-idea dan perasaan masing-masing. bangunan dan lainlain lagi dengan memberi pertimbangan khas terhadap bentuk dan bahan. Seni Kreatif. 1. sosioemosi-psikomotor dan kembangan kognatif. sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal. lampu. Seni Muzik. John Dewey Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Konsep seni ini memperkembangkan seni reka. Seni membantu dalam meluahkan perasaan dan emosi secara mendalam.2.

3 (a) KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN Seni dalam Pendidikan melibatkanekspresi. Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi. idea dan manifestasi pemikiran. Peranan Ekspresi Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan. kesejahteraan dan keindahan. kesempurnaan. emosi dan imaginasi. Aristotle Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam. Rajah 1. pernyataan emosi.22 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN (e) Plato Seni dan pendidikan perlu dipandu kepada kebenaran.10: Bentuk ekspresi . Rajah 1. Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur yang universal kepada pokok. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai katarsis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi itu. kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu. (f) 1. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik. Menerusi struktur bentuk dalam puisi itu. kebaikan. Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan. Dengan struktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan. akhlak. Maka seni itu adalah baik. meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.10 menunjukkan beberapa bentuk ekspresi yang berkaitan dengan SDP. nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan.

(i) Kecerdasan Emosi • Konsep IQ dan EQ Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif seperti membaca. mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sampai waktu kini. diri dan psikologi. orang tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru. ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi juga. Rajah 1. takut dan geli.11 pula menunjukkan peranan ekspresi dalam SDP. gembira. Steq pula menyatakan bahawa jika seseorang memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi. IQ dikaitkan dengan kejayaan. menulis. Perkembangan pesat . Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu: (i) (ii) seronok dan tenang kurang seronok dan cemas. Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1991).TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 23 Rajah 1.11: Peranan ekspresi (b) Peranan Emosi Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih. emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi. namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup.

in the process becoming redically different person unable to displey any initiative or to solve new problem and yet may continue to exibit an IQ closde to genius level . Menurut Coleman (Pakar sains otak dan psikologi).. boleh diharap dan berempeti Lebih fokus.Edward Gardner (1983) (ii) Membina Emosi yang Sihat Guru yang penyayang dan ceria Tahap EQ guru yang membina EQ murid Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen..24 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN dalam bidang sains otak atau „neurology‰ mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ). Mereka lebih berkerjasama. (iii) Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru murid Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan Menguasai kemahiran mengajar EQ . Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang. benar dan sihat Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau peperiksaan Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial. tekal boleh menangani kekecewaan dan sabar.. suka menolong. This bios toward crytallized rather than fluid knowledge can be astounding consequences and individual can lose his entire frontal lobes. „intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving new problems. peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20 % kejayaan seseorang manakala 80% lagui adalah faktor-faktor lain.

imaginasi dan kreativiti Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Ada unsur kecindan Menggunakan unsur biografi kepada perkara yang berkaitan Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi. bunyi. Seterusnya. mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu „lebah‰. pantun. mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. . Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. kesedaran dan arif terhadap pergerakan. matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaraqn ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati. daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Semasa belajar bersama-sama.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 25 Menggunakan perasaan perkatan-perkataan yang berkaitan dengan Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan Menggunakan unsur puisi seperti sajak. tekstura dan irama. bentuk. kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. (i) (ii) Perasaan dalaman kanak-kanak. Menurut Russel (1968). Untuk mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan. syair dan cerita. Contohnya. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. (c) Peranan Imaginasi Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan. Semasa akanak-kanak menyanyi lagu. Melalui aktiiviti seni.

Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapan bakal guru yang mengajar mata muridan ini. persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata muridan ini. (a) (b) Apakah yang dimaksudkan dengan emosi? Bagaimanakah caranya guru dapat membina emosi murid yang sihat? • Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni dalam Pendidikan.2 Setiap guru perlu memahami emosi muridnya semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. • • Ekspresi Emosi Estetik Imaginasi Intuisi Inventif Isme Persepsi Representatif . emosi. matlamat dan objektif serta hubung kaitannya dengan pembentukan insan murid. Di samping itu anda juga didedahkan beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara global. imaginasi.26 TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN AKTIVITI 1. Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri.

(2003). Faber & Faber: London. Read. Bahagian Pendidikan Guru (2005) Seni dalam pendidikan untuk LPBS.T. Skylight Publishing Inc. H (1977) Meaning of arts. Harcourt College Publishers. New York. Kuala Lumpur. R (1991) How to intergrate the curricula. S. „Multiple intellegences as a partner in school improvement „. IRI. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pembelajaran secara konstruktivisme Kementerian Pendidikan Malaysia. J. W. Belmont. R. Ltd. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Howard Gardner (1997). Wadsworth Publishing Co. California. . USA: Thomson Learning Inc. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori kecerdasan pelbagai. & Raines. Creativity and the arts with young chidren. Illinois.C.M & Lawrence. USA Anderson.TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 27 Al-Hurwitz & Michael Day (2001). Fogarty. Intergrating music into the classroom. Children and their Art. USA: University of Illinois Press Isabel. E (1991). Putrajaya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful