You are on page 1of 50
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong, Tel 109-741-8000 Fax 09-748 2554 Toi0 Bote. Bhan, Kelana: Wobsite : jonkelantan.moe.gov.my Ruj. Tuan Ruj. Kami: JPNKN.800-5/6/4 (18) Tarikh 08 Januari 2023 Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Kelantan Tuan, SURAT SIARAN MENGENAI TATACARA PELAKSANAAN AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2023 ‘Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan surat daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. Ruj: KPM.800-4/4/2 JLD. 3 (32) bertarikh 5 Januari 2023. 2. Seperti pihak tuan sedia maklum, objektif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah untuk membantu ibu bapa/ penjaga dalam persediaan awal_persekolahan. Untuk tujuan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan BAP tahun 2023 kepada ‘semua murid pada bulan Januari sebagaimana pengumuman YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2023 pada 20 Disember 2022. Pelaksanaan penyaluran BAP Fasa 1 ke sekolah akan bermula seawal 12 Januari 2023 untuk murid Tahun 4 hingga Tingkatan 4 atau yang setaraf dengannya bagi sesi 2022/2023. 3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dimohon untuk melaksanakan agihan BAP tahun 2023 dengan kadar SEGERA sejurus selepas peruntukan kewangan dikreditkan ke akaun KWK sekolah masing-masing. Bayaran BAP tahun 2023 yang telah dibuat lebih awal kepada murid Tahun 6, Penggal 3 Sesi 2022/2023 sebelum memasuki Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan, Penggal 1, Sesi 2023/2024 tidak perlu dikutip semula sekiranya murid tersebut berdaftar dengan sekolah yang bukan di bawah seliaan KPM. Seterusnya, pihak tuan juga adalah dimohon untuk memastikan murid Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan, Penggal 1, Sesi 2023/2024 yang telah menerima BAP semasa dalam Tahun 6, Penggal 3, Sesi 2022/2023, tidak akan menerima BAP tahun 2023 sekali lagi. Semakan data murid penerima BAP oleh pihak sekolah menengah perlu lebih teliti supaya tidak berlaku pembayaran berulang. 4. Penyaluran peruntukan BAP Fasa 2 (murid Tahun 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1 Sesi 2023/2024 dan kes tercicir) dijangka akan bermula seawal 17 April 2023. Untuk maksud tersebut, dalam tempoh dua minggu selepas sekolah dibuka, pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan mengemukakan permohonan menggunakan borang B2 yang disertakan bersama-sama surat “PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA™ JPNKN.800-5/6/4 (18) 5 Bagi memastikan kelancaran pengagihan, berikut adalah perkara- perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan: (a) Membuat temujanji segera dengan bank untuk urusan pengeluaran wang tunai menerusi akaun bank Kumpulan Wang Kerajaan (KWK); (b) Memastikan pengagihan BAP kepada semua murid bertaraf warganegara sejurus peruntukan BAP diterima oleh sekolah; dan (c) Memastikan prestasi agihan BAP kepada murid penerima dikunci masuk ‘secara dalam talian dan dipantau secara mingguan oleh PPD. 6. Adalah diingatkan supaya agihan peruntukan BAP kepada pelajar yang layak hendaklah mengikut Surat Pekeliing Kewangan iaitu: SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 20 TAHUN 2020: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN bertarikh 19 Oktober 2020 dan PINDAAN KE ATAS SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 20 TAHUN 2020 — BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN, bertarikh 29 Disember 2022 yang disertakan bersama-sama surat in. 7. Bagi sekolah yang memerlukan perkhidmatan polis pengiring, pihak sekolah hendaklah membuat permohonan awal terus kepada Ketua Polis Negeri secara rasmi. 8. Bersama-sama ini disertakan (Lampiran 1) Panduan Pengurusan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dipetik dari Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan bertarikh 19 Oktober 2020 dan pindaan ke atas Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020 - Bantuan Awal Persekolahan bertarikh 29 Disember 2022 sebagai panduan supaya pihak tuan tidak dikenakan sebarang teguran audit ataupun tindakan tatatertib jika didapati melanggar prosedur kewangan. Kerjasama dan tindakan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang men HJ MASHADI BIN DATO’ Hf MUSTAFA asx. Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid b.p. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan s.k. i) Pengarah Pendidikan Kelantan il) Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Fail wSle JPNKN.800-5/6/4 (18) Lampiran 4 Panduan Pengurusan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) BIL PERKARA PERINCIAN Kriteria Kelayakan SEMUA Murid Warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya (perlu dibuktikan dengan sijil lahirIMyKID/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia). Untuk Sesi persekolahan Penggal 3 tahun 2022/2023 hanyalah melibatkan murid Tahun 1 - Tingkatan 4 (atau yang setaraf dengannya) SAHAJA ‘Agihan BAP Murid yang layak BAP akan menerima sebanyak RM150.00 sekall ‘setahun. Perkhidmatan polis pengiring hendaklah digunakan bagi urusan pengeluaran wang yang melebihi RM10,000.00 Peranan dan ‘Tanggungjawab Pihak Sekolah Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan sebagaimana kriteria yang telah ditetapkan. co Murid Warganegara Malaysia yang disahkan (MyKID / MyKad atau sijil lahir) Menubuhkan JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH (JBPS) yang bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun. Mengagihkan BAP dalam bentuk tunai atau dikreditkan ke dalam akaun. Sebarang pemotongan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumputan Wang Sekolah. Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK, Memastikan penerima wang bantuan MENANDATANGANI BORANG B3 — SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAP semasa agihan tunai dibuat dengan disaksikan oleh sekurang-kurangnya seorang guru. Borang akuan hendaklah dihantar ke PPD bagi tujuan petmohonan tambahan dan pemakluman mengenai lebihan peruntukan. Satu Salinan borang hendakiah difailkan bagi tujuan pengauditan oleh pihak PPD, JPN dan KPM. Contoh BORANG B3 disertakan aE JPNKN.800-5/6/4 (18) Pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi oleh dua (2) orang guru. Bagi pengeluaran wang tunai_ melel RM10,000.00 Pengetua/Guru Besar perlu mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan polis pengiring (ka Pnaeuniee perlu) berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP137) mengenai Wang Tunai ‘Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. 4 Bagi sekolah yang memerlukan perkhidmatan polis pengiring, pihak sekolah hendaklah membuat permohonan awal terus kepada Ketua Polis Negeri secara rasmi. Sekolah perlulah mengecop “MURID INI TELAH DIBAYAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN ” : dalam borang perpindahan sekolah dan perlu menyediakan surat 5 a cae pengesahan penerimaan BAP bagi tahun semasa sekiranya murid | Schoen tersebut telah menerima BAP sebelum berpindah sekolah. Sekiranya murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima BAP di sekolah lama, murid berkenaan boleh menuntut bantuan ini di sekolah baharu. Pihak sekolah hendaklah menghantar BORANG B2 - BORANG PERMOHONAN PERUNTUKAN TAMBAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ke UNIT HEM (BANTUAN), SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, JPN KELANTAN sebelum atau pada: Peruntuken ¢ 15 MEI 2023 Pil eranenmene 4 Contoh BORANG B2 disertakan Sebarang LEBIHAN PERUNTUKAN hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Kewangan, KPM selewat-lewatnya pada:- % 31 Julai 2023 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi Penggal 3, Sesi 2022/2023 diberikan kepada semua murid Warganegara Malaysia sebanyak RM150 seorang (Tahun 1 hingga Tingkatan 4) tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa/penjaga. Pindaan ke atas | - Bayaran BAP kepada murid tahun 6 Penggal 3, sesi 2022/2023 surat pekeliling tidak periu dikutip jika murid tersebut menyambung pelajaran di kewangan sekolah bukan di bawah seliaan KPM semasa tingkatan 1 nanti Lee ett oe Pihak sekolah hendaklah memastikan murid Tingkatan 1 dan Kelas eantuaseual Peralihan sesi 2023/2024 telah menerima BAP semasa berada di persakolehan tahun 6 dan tidak akan menerima BAP tahun 2023 sekali lagi. Laporan agihan BAP kepada murid hendaklah dilaporkan melalui pautan seperti di bawah dengan kadar SEGERA sejurus selesai agihan BAP. http://tiny.cc/BAPKEL2023 Sr a a {veweley Naf PUrW YeunBueqUied sopyes ‘(ueNIUeR) WAH HUN epedey sup dexCue| yore) Buek Buesog weryequisY EUS wHeL uejemer euIeN (ueBueyepue,) we uejemer ewen -ya|O UeyeIpasig €Z0z UNYE} dyg UeYequIE} UeyNjUNIed UeNedey Jynqun jnjeq Uep yeWesip YeIe} Szye Ip }ewn}yew! enWas emeyeq UEYYeseBUAL eXes jul LeBUEP YEIePY (wa) IdM ANONAW MVOLL ONVANYININNYAd | OCT ONWA | INVE VINYN | sy NYY ON | Hyqwar ldniNONAW Hyowas HvIONaS HV1ONAS VINVN ‘aon HOS sINar ddd 2a ONVYOS £702 NOHV (dV) NVHV1OMSSHad TWMV NVNLNVE NVHVSINVL NVYALNNYSd NYNOHOWYSd ONVYOS wey uelemer ON, eweN zsves) "yi uexyesiq upynpewow yjsew uep idnynoueus yepy Wye. uejemer oy ON, ‘ewen Gs es) “Yolo ueyyesio “puns Bueso epedey ueyy)Geip ymun wen ugemer dy ON ewen, (e1pakuag ning) 'YeIO UeyE!pESIC ‘wsey EU? “UERIOES wa xekueges: yplepe eweyp 6uek ueynjunied emeyeq UByZeYRASIBUOW UIGUI Yejoyas yeYId ‘MI UBBUEG + skejey uey!pipuag Uelieuauiay epeday, ueyBueindip ymun We Yekueqas ueymunsed ueyiqo edepioy emeyed uEYLeyNAsIBuoW UIBU! YejOYeS Yeuld My! UeBUEG + {ngesia} Ave AeIOUELL Yefe} puNW BUEIO Uuep euuouows Yolo]. leweies “yngesie) yejuin! epeduieg ‘punus yewieies epedey uexyiGep aynun Wy yewunfes— unye, (avg) ueyetoyesied Iemy uemueg [Beq Ueynjunied ewiUeUeW Yee 1U| Ye|OeS EMEYEG LEYYESIP 1U| LEBLE YEIepY NVHTUN SSE HVINNE z a PAW oy | ueyeyBuy ueBueepuer | yer | ueBuoq | uejeusbued pey ‘on | euouiog ewey | (X) BIOL | ueveABuLL Pun ewen, C ueBunane (x) ewe, | pyeteg yueg ewen ueg unexy ON ueyequiey jourg ueymunieg uenpodey, syegjuojja, 2 Ueynjunied UeyIqe7 yewely : Bei ueynunsed, yetoyes eWeN 2 euleyg uexnyunsod ueIO¥95 PO £9 Buesog HV10¥aS LVONTHad "NNW NVHV1ONSS¥ad TWMY NVNLNVE NVEVAVEWNad NVVIONAd NVLV NVVININANAd NVMY ONVHOS KETUA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia Aras 8, Blok E8, Kompleks E, Tel: 03-8884 6072 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Faks: 03-8888 5124 62604 PUTRAJAYA Laman web : www.moe.gov.ny Ruj. Kami: KPM.100-1/4/2 Jid.2(30) Tarikh 19 Oktober 2020 Semua Setiausaha Bahagian Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 20 TAHUN 2020: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1, PENDAHULUAN Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/ penjaga murid. Bantuan ini diberikan kepada murid di sekolah-sekolah berikut: 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; 1.2 Sekolah Agama dan Sekolah Swasta Persendirian; 1,3 Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; 1.4 Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney; dan 1.5 Maktab Rendah Sains Vara. 2. TAFSIRAN 24 2.2 23 24 25 Sekolah — semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekolah Agama - sekolah yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama Negeri Sekolah Swasta — sekolah yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta, KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat. Pihak Berkuasa Agama Negeri - Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)! Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/ Yayasan Islam Negeri (YIN). Pendapatan Kasar Bulanan - pendapatan ibu bapa/ penjaga yang mengambil kira gaji pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebin masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan. ‘ 3. KRITERIA KELAYAKAN Pemberian BAP kepada murid-murid berdasarkan_ kriteria-kriteria berikut: 34 3.2 3.3 3.4 Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/MyKID/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia); Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya; atau Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang berusia di antara 4 tahun hingga 19 tahun; atau Murid di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney yang berusia di antara 14 tahun hingga 21 tahun; dan 3.5 Pendapatan bulanan kasar ibu bapa/ penjaga sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa. Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dan Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney dikecuali hon i f En (eyseng vemprpuse wun)u@B0N aden ewe Eula (e1a¥ ‘Now WD ‘eisensaa'Hsae! eBY sigNaOY YAWN Nn ae vTONASEa Tw NYPLAE Res NYDIAINMS4 MVNOHOHDISS ONNIOR zeteog pee pus. roy wenn ueener vejener er0N exon aN un ueN uN terse) (e1pofvog rane) yoo urea oro venues sre ueweipesig yoo eu wones ‘punut Bue1e— pedo ‘vequisonp yun wad yekueges veyaysouousylseu uep [dnyrauow yepH Yavepe eULEy Suek ueymUrzed eaeyeR uerseynAs/SusU! UB! YorOHES Hey ny VEO eye veRppued vep=WaNey spedoy veyoueInaip ymin ru recueqes vexmuniod pisy emeYeG UeYsEUTASIUeW LIDU YeIOYES YEU My} UebLeG “napsse va yeousu fue Usp euueuau ipa puns uses yngactel Yeu edie euros pedo wey xrgan "yeas — une (ava) UaymoFesod lem veniveg eq ues EUUSH YEU LEoHeS ene UeR UEIUEND Wu UROUED TED una TYRES AVIAN] or . o T s 7 a z T squeg owen yueg uneyy on re veyequey. ueyrqunieg uenpedey, reson i ‘ueqnunsag veugey wey : a eyed | uroyes eure, eupang ueymuniag ‘WeINeS poy. Hrowas Lyvonnze NAH NVHYTOMaSa3¢ TWMY NVTINVE NeuVAvaW a NYSWTIONAd NVAY NYYIIMENAd NYMSIY ONVHOR Borang PB-1 BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAG! SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN ‘orang in per ierukatan oh bu bopeperiegs bag pemakonan sere bartuan pondstan hues) KPI, (1) Bora in petal bh bu Bapaenjagn mar (1) Siasoraan jug seannan dohunen Sif Lah, Kad Panerai Bu BopaPerjgs Bul Pendapatan (5p CaPana PendeatanBorongPangoshan Pandapaian-Lampiran kad OAV dan Sf Kematan a Bipoxog ia barhoann) Somes clan dotomen hendoih data, (M1) Laton 8 Persia ermchonn antuan Sains Kec Prshtuan OKP) dan Bena Suk (8) PML (ie) Siatandsan (1 pada range beratan Peon ei alan Soak sian batan yang betian Uk langhap aay Wak bent [BAHAGIAN A (ist oleh pak sekolh) Ved Salon Nama Sakon Alsat Sekolsh Pejbat Pendiakan Daerah BAIAGING —BUTIRDIRIMURDD (Disioleh bu BapaPenjaga] Nama Wegeregara “ath ai: No. Stati: No. Kas Pergenalan Nontborkaa O No. Telefon EE - Ect Pendapatan Kasar Pendapatan Bersih Bulanan Bulanan BAHAGIAN 3: MAKLUMAT PENJAGA (diisi sekiranya murid tinggal dengan penjaga) Namal Wo. KP No. KP Lamal= Tentera/Polis ere Pekerjaan | No. Telefon = aa z Pendapatan Kasar Pendapatan Bersin Bulanan Bulanan BAHAGIAN 4: PERAKUAN DAN PENGESAHAN | Saya dengan ini mengesahkan maklumat yang diberikan ini adalah BENAR menurut Akta Akuan Berkanun 1960. Sekiranya saya didapati memberi dan mengesahkan makiumat yang tidak benar, saya boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 193, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda. ‘Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga Di hadapan saya ; Nama No. K.P ‘Tandatangan dan Cop Rasmi Pegawai Kerajaan Tarikh Kumpuian A (Pengurusan & Professional/Pengerusi JKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung atau yang setaraf dengannya) KETUA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia Aras 8, Blok E8, Kompleks E Telefon 03-8884 6072 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks 03-8888 5124 62604 PUTRAJAYA Laman web : www.moe.gov.my Ruj. Kami : KPM.100-1/4/2 JLD. 3 (©{) Tarkh =: 24.12.2022 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk/ Dato’/ Datu/ Dr/ Tuan/ Puan, PINDAAN KE ATAS SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 20 TAHUN 2020 : BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sebagaimana YBhg. Datuk/ Dato’/ Datu/ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Bahagian Kewangan (BKew) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020 berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) (SPK Bil. 20/2020) bertarikh 19 Oktober 2020 yang diguna pakai oleh semua pihak terlibat dalam pengurusan peruntukan BAP mulai tahun 2021, Namun demikian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 pada 20 Disember 2022 bersetuju supaya BAP sebanyak RM150 diberi kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023. KPM.100-1/4/2 JLD. 3 (63) 3. Selaras dengan keputusan ini, bayaran BAP 2023 yang telah dibuat lebih awal kepada murid Tahun 6, Penggal 3, Sesi 2022/2023 sebelum memasuki Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan, Penggal 1, Sesi 2023/2024 tidak perlu dikutip semula sekiranya murid tersebut berdaftar dengan sekolah yang bukan di bawah seliaan KPM. Seterusnya, pihak YBhg. Datuk/ Dato’? Datu/ Dr./ Tuan/ Puan juga adalah dimohon untuk memastikan murid Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan, Penggal 1, Sesi 2023/2024 yang telah menerima BAP semasa dalam Tahun 6, Penggal 3, Sesi 2022/2023, tidak akan menerima BAP tahun 2023 sekali lagi Semakan data murid penerima BAP oleh Pengurus Sekolah menengah perlu lebih teliti supaya tidak berlaku pembayaran berulang. 4. Memandangkan sesi persekolahan tahun 2023 akan bermula pada bulan Mac 2023, maka tarikh akhir permohonan peruntukan tambahan dan pemulangan lebihan BAP 2023 juga dipinda seperti berikut :- Tarikh Akhir Tarikh Akhir Bil. Agensi Induk Permohonan Pemulangan Peruntukan Lebihan Tambahan Peruntukan i. |Jabatan Pendidikan Negeri _ Bahagian Pengurusan Sekolah | | Garian 31 Mei 2023 ili. |Kementerian Dalam Negeri _| 31 Julai 2023 iv. | Bahagian Pendidikan Swasta rd 30 Jun 2023 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia KPM.100-1/4/2 JLD. 3 (54) 5. Agensi Induk hendaklah memastikan semua Pengurus Sekolah di bawah seliaan masing-masing mematuhi surat arahan ini dan hendaklah dibaca bersekali dengan SPK Bil. 20/2020 dengan mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuatkuasa. Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran BAP tahun semasa hendaklah dikemaskini, direkod dan disimpan dengan teratur sebelum penutupan akaun tahun semasa bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. 6. Agensi Induk hendaklah memantau dan memastikan semua Pengurus Sekolah di bawah seliaan masing-masing supaya melaksanakan pengagihan bantuan tunai kepada semua murid bertaraf_warganegara sejurus peruntukan BAP diterima oleh sekolah. Selain itu, Agensi Induk juga bertanggungjawab untuk mengemukakan Laporan Mingguan Prestasi Pengagihan BAP 2023 KPM yang dikemaskini dari semasa ke semasa kepada BKew seperti format di Lampiran 1. 7. Sekiranya pihak YBhg. Datuk/ Dato’ Datu/ Dr/ Tuan/ Puan memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini, pegawai BKew iaitu Puan Hajah Marina binti Haji Mustafa sedia membantu dan boleh dihubungi di talian 03-88847695 atau e-mel marinamustafa@moe.gov.my. KPM.100-1/4/2 JLD. 3 (51) 8. Surat ini berkuatkuasa pada tarikh ditandatangani. Dengan ini Surat No. Ruj: KPM.100-1/4/2 Jid.3 (19) bertarikh 11 Januari 2022 adalah terbatal. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, IN MOHD YUSOF) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia s.k.: 1. KPPM 2. TKSU (Pengurusan) 3. TKPPM (Sektor Dasar & Kurikulum 4. TKPPM (Sektor Operasi Sekolah) 5. TKPPM (Sektor Pembangunan Profesionalisme) 6. SUB, Bahagian Kewangan 7. SUB (Bahagian Audit Sekolah) 8. KA (Bahagian Akaun) 9. SUB (Bahagian Pengurusan Maklumat) 10. KU (Unit Audit Dalam) KPM.100-1/4/2 JLD. 3 (51) SENARAI EDARAN : KEMENTERIAN/ AGENS! LUAR 1. Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri Malaysia Blok D1, D2 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran,Kerajaan Persekutuan, 62546 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 2. Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No.23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA BAHAGIAN 3. Setiausaha Bahagian Bahagian Genius 4, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional 5. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam 6. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas 7. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta 8. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM.100-1/4/2 JLD. 3 (51) Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian . Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian JABATAN 11. 13. 14. 15. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Jalan Tun Abdul Razak 01990 Kangar PERLIS . Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium 05604 Alor Setar KEDAH Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh PERAK Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir 11700 PULAU PINANG Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4 40604 Shah Alam SELANGOR 20. 21 22. KPM.100-1/4/2 JLD. 3 (51) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jalan Dato’ Hamzah 70990 Seremban NEGERI SEMBILAN . Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Jalan Istana 75450 Bukit Beruang MELAKA Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Jalan Tun Abdul Razak 80604 Johor Bahru JOHOR . Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota 25604 Kuantan PAHANG Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong 16101 Kota Bharu KELANTAN Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jalan Bukit Kecil 20604 Kuala Terengganu TERENGGANU Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tingkat 4,5 dan 7 Rumah Persekutuan 88300 Kota Kinabalu SABAH 23. 24, 25. 26. KPM.100-1/4/2 JLD. 3 (51) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Jalan Diplomatik Off Jalan Bako Petra Jaya 93050 Kuching SARAWAK Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Persiaran Tuanku Syed Sirajudin 50604 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Aras 10, Blok 4 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 81097 87020 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Aras 7, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. i q ‘20 Nn ove Lav) NMMTONESuad TWN NYTLNVE NvHHOWONIA NVC NVA TANad SWISS NYNOONIN HOS

You might also like