You are on page 1of 1

Ciri-ciri kebudayaan berbilang kaum.

Memetik kata-kata tokoh tersohor, Mahatma Gandhi “Budaya sesuatu bangsa bersemayam di hati dan
jiwa masyarakatnya.” Bait-bait kata tersebut menggambarkan peri pentingnya budaya kepada setiap
individu. Sesungguhnya, kebuadayaan merupakan sesuatu yang perlu kita hayati dan semai di dalam diri
setiap individu. Namun, masyarakat pada era moden kini memandang ringan terhadap budaya-budaya
kaum tersendiri. Amsalnya, generasi muda lebih tertarik untuk menggayakan pakaian berkonsepkan
barat daripada memakai pakaian tradisional kaum sendiri. Sebelum fesyen barat berjaya menguasai
pasaran kita, kita hendaklah mula menyokong pakaian tradisional kaum tersendiri. Persoalan yang
bermain-main di gawang minda kita ialah apakah ciri-ciri kebudayaan berbilang kaum di Malaysia?

Ciri perdana kebudayaan berbilang kaum di Malaysia ialah perayaan-perayaan keagamaan. Hal ini
dikatakan demikian kerana perayaan-perayaan ini selalunya di sambut pada tarikh-tarikh penting kaum
tersebut bagi mengingati atau merayakan sesuatu peristiwa. Sebagai uswah, kaum Melayu menyambut
Hari Raya Aidilfitri setahun sekali. Hari tersebut diraikan sebagai hari kemenangan dan kegembiraan
semua umat Islam yang berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan mengikut kalendar Islam.

You might also like