You are on page 1of 12

2.

4
Guru dan AKP yang tidak hadir atau terpaksa hadir lewat hendaklah memberikan kenyataan dan
sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memaklumkan kepada pihak sekolah secepat mungkin untuk
tujuan penyediaan Jadual Guru Ganti.
2.5
Semua urusan peribadi guru hendalah diselesaikan di luar waktu persekolahan kecuali dalam
keadaan kecemasan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah.

3.0 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN


3.1 Guru dan AKP tidak dibenarkan keluar dari Kawasan sekolah semasa waktu rasmi
persekolahan kecuali :
3.1.1 Arahan rasmi dari PPD/JPN/KPM yang telah diminitkan
3.1.2 Perkara kecemasan yag telah dimaklumkan kepada Guru Besar
3.2 Guru dan AKP yang keluar dari Kawasan sekolah dengan kebenaran Guru Besar hendaklah
mencatat maklumat dalam Rekod Pergerakan Guru dan AKP
3.3 Guru juga mesti menggunakan Modul Guru Ganti (MGG) sebagai tugasan kepada pelajar
melalui PK Pentadbiran.

4.0 CUTI (mengikut Perintah Am Bab C – Bahagian ua Kelas B ( I ) pegawai – pegawai dalam
perkhidmatan pelajaran yang menjalankan tugasan di sekolah )

4.1
Cuti yang diberi kerana perkhidmatan
4.1.1 Cuti Rehat Khas (CRK) tidak melebihi 10 hari diberikan kepada pegawai
Perkhidmatan Pendidikan dalam satu tahun kalendar.
A
Pegawai mesti memhon cuti dari Guru Besar dengan mengisi Borang
Permohonan Cuti Rehat Khas di Hrmis dan diluluskan oleh Guru Besar
dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah.
B
Cuti Rehat Khas yang tidak dapat digunakan dalam tahun semasa tidak
boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi
tujuan pemberian wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi pegawai
yang layak.
4.1.2 Cuti Rehat Tahunan (CRT) diberi kepada perkhidmatan bukan guru
dengan kelayakan jumlah hari mengikut gred jawatan. AKP hendaklah
memohon dengan mengisi Borang Permohonan Cuti Rehat / melalui
Sistem HRMIS/mycuti
4.1.3 Cuti Penggal Persekolahan (CPP)
A
Semua guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah yang telah
ditetapkan oleh KPM.
B
Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan
diambilkira sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran
Perintah Am 1 (ix).
4.1.4 Cuti Separuh Gaji (CSG). Cuti hanya boleh diberi atas sebab-sebab
berikut sahaja :
A Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan Lembaga
Perubatan (Bab F).
B Sebab-sebab kesihatan sanak-saudara yang rapat dengan guru itu;
dan.
C Kerana membuat lawatan -sambil-belajar di seberang laut yang
telah diluluskan oleh KPM
D Kadar cuti hanya 30 hari setahun dan tidak melebihi 180 hari
sepanjang perkhidmatan . Cuti bagi klausa 4.1.5.2, tidak boleh
diberi melebihi had satu-satu penggal sekolah yang jatuh sejurus
sebelum atau selepas CSG sedemikian boleh digunakan untuk
menyambung CSG itu tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
E CSG yang diberi bagi klausa 4.1.5.1 dan 4.1.5.3, yang meliputi
kedua-dua tempoh penggal sekolah dan cuti penggal sekolah
hendaklah dikira sebagai CSG yang bersambungan.
F Walau apa pun perbekalan di 4.1.5.2, Guru Besar boleh
meluluskan CSG tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun.
4.1.5 Cuti Tanpa Gaji (CTG). Guru Besar boleh meluluskan CTG
mengikut perbekalan dalam Perintah Am 1 dengan syarat bahawa
sebarang CTG yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus
dianggap CTG.

CTG hanya boleh dipohon apabila CRK 7 hari telah dgunakan.


CTG untuk keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam
tempoh 4 tahun perkhidmatan.
4.1.6 Cuti Keluar Negeri hendaklah dipohon ke PPD., selewat-
lewatnya 4 minggu dari tarkh ke luar negara

4.2 Cuti-cuti Atas Sebab Kesihatan

4.2.1 Mendapat faedah yang sama dengan Kelas A.


4.2.2 Cuti Sakit (MC) :
A Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doctor swasta yang
melebihi 15 hari bertutut-turut hendaklah disahkan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan. Jumlah cuti sakit yang
dikeluarkan oleh doctor swasta tidak boleh melebihi 15
hari setahun
B Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada
berterusan atau terputus akan dilaporkan ke JPN dan KPM
untu meneruskan pembayaran gaji
4.2.3 Cuti Bersalin
4.2.4 Cuti Haji hanya sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan selama 40 hari
4.2.5 Cuti kerana berkursus
4.3 Cuti Tidak Berekod (CTR)
i. Cuti Latihan suka rela
ii. Cuti menghadiri latihan/ khemah tahunan pertubuhan/persatuan
iii. Cuti lain-lain kursus
iv. Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
v. Cuti masuk peperiksaan
vi. Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
vii. Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan dan JK Pertandingan peringkat negeri dan
antarabangsa
5.0 ETIKA PAKAIAN (Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam- Kelakuan dan
tatatertib 1993) dan SPI Bil 7 Tahun 2001
I. Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya
mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan dari
masa ke semasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau pihak-pihak berkuasa lain.
II. Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian
sebagaimana yang ditentukan bagi upacara itu dan jika etika pakaian bagi upacara yang tidak
ditentukan, dia hendaklah berpakaian yang sesuai bagi upacara itu.
III. Jadual pakaian guru:

ISNIN dan KHAMIS Baju kurung / baju bersopan, berkasut (perempuan)


Kemeja bertali leher, seluar slack, berkasut (lelaki)
RABU Pakaian beruniform masing-masing
SELASA T shirt KRMJ seluar track atau seluar sukan dan berkasut
AHAD Baju korporat KPM dan berseluar slack (lelaki) dan skirt biru gelap dan
bertudung biru gelap (perempuan)
PdP Pendidikan Jasmani & Kemeja T/ jersi sukan, seluar track panjang, berkasut sukan (lelaki)
Pendidikan Kesihatan Kemeja T lengan panjang , seluar trek panjang , berkasut sukan
(perempuan)
IV. Pakaian berbentuk seluar , baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan kecuali
pakaian yang dibenarka oleh pekeliling sedia ada.

V. Pakaian AKP gred N11 adalah tertakluk kepada pekeliling sedia ada.
VI. Berambut panjang dan berfesyen bagi guru dan AKP lelaki adalah tidak dibenarkan kerana
tidak mencerminkan etika kerja sebagai penjawat awam

6.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU


i. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama
guru dan AKS, sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan suasana kekitaan.
ii. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan fahaman/ pendapat/
kepercayaan kepada guru/AKS/ murid lain
II. Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, status
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini.

7.0 PREMIS GURU


i. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab guru sendiri termasuk harta
benda di dalam bilik guru.
ii. Waktu tidak mangajar (non- teaching period) bukan lah free period, tetapi hendaklah diisi
dengan pengurusan mata pelajaran atau pengurusan tugas khas.
iii. Guru tidak digalakkan membenarkan murid menggunakan bilik guru tanpa pengawasan demi
menjaga keselesaan guru lain.

8.0 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

8.1 Guru dan AKS yang menghadapi masalah berkaitan dengan perjawatan dan
perkhidmatan, boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir dan Guru Besar.

8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan
Ketua Panitia , PK Pentadbiran dan Guru Besar.

9.0 TUGAS-TUGAS DALAM TAHUN SEMASA


9.1 Mengikut Arahan Perbendaharaan Bab Satu Perkara 5, semua guru akan diberikan
tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum , HEM dan pentadbiran. Tugas-tugas adalah
satu kerja yang memerlukan penelitian dan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk melaksanakannya dengan dedikasi dan
cekap.

9.2 Semua tindakan dalam melaksanakan tanggungjawab ini perlu dimaklumkan kepada
Guru Besar. Sebarang aktiviti luar sekolah yang dihadiri secara rasmi, guru terbabit
perlu mengemukakan Minit Curai kepada Guru Besar melalui Ketua Setiausaha Sekolah

10.0 REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (RPP)

10.1 Setiap guru perlu mempunyai Rekod Pengajaran dan Pengajaran secara dokumentasi
dan bertanggungjawab terhadap keselamatannya. Semua butiran kandungan rekod
hendaklah disempurnakan dengan teliti dan lengkap.

10.2 Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3 Tahun 1999, rekod ini boleh disediakan dalam
apa jua bentuk yang munasabah dan sesuatu dengan teknologi semasa dan
diuruskan dengan sempurna. Mulai tahun 2018, penyediaan RPP berbentuk folder
yang seragam

10.3 Kandungan RPP terdiri daripada Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan
Pelajaran Harian(RPH) serta bahan-bahan lain yang berkaitan dengan PdPc

10.4 Peraturan-peraturan Pendidikan (kurikulum kebangsaan) 1997 telah menetapkan


bahawa RPP mesti diserahkan ke pejabat sekolah pada setiap minggu berkenaan dan
hari pertama minggu berikutnya hendaklah disediakan dan dikemaskini.

10.5 Guru yang bercuti atau melakukan tugasan luar sekolah dalam tempoh masa
panjang hendaklah menyerahkannya kepada PK Pentadbiran. RPH hari pertama
bercuti / tugasan luar mesti disediakan tanpa catatan refleksi.

10.6 Guru yang bercuti atau melakukan tugasan luar sekolah dalam tempoh masa pendek
hendaklah menyediakan RPH mengikut hari-hari persekolahan biasa dan dibuat
catatan refleksi mengenai aktiviti yang menyebabkan PdP tidak dijalankan

10.7 RPP mestilah diserahkan ke pejabat sekolah pada akhir tahun persekolahan untuk
simpanan dan rujukan prestasi guru.

11.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR

11.1 Setiap guru dibekalkan satu Jadual Waktu Mengajar (Pensendirian) tahun semasa dan
jadual ini akan sentiasa dikemaskini oleh pengurusan sekolah mengikut keperluan
perkhidmatan. Oleh itu mesti dipamerkan dalam RPP. Guru kelas mesti mempamerkan
Jadual Waktu Kelas dalam kelas dan Rekod Prestasi Kelas masing-masing.

11.2 Jadual Waktu Guru Ganti disediakan mengikut keperluan dan guru yang terlibat mesti
menjalankan tugas menggunakan Modul Guru Ganti

11.3 Jadual Waktu Intervensi disediakan semasa program intervensi dilaksanakan.

11.4 Guru tidak dibenarkan mengubah mana-mana jadual waktu yang disediakan tanpa
Kebenaran.

12.0 JADUAL KEDATANGAN MURID (JKM) DALAM APDM

12.1 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan dan mengemaskini maklumat dalam


APDM.
12.2 Kehadiran harian murid mesti dikemaskini pada masa pertama hari-hari persekolahan
mengikut ketetapan.

13.0 KESELAMATAN ASET KERAJAAN

13.0 Semua guru hendaklah memberikan Kerjasama dalam menjaga asset kerajaan yang
diamanahkan kepada sekolah. Sebarang kerosakan dan kehilangan aset mestilah
dilaporkan kepada pejabat sekolah untuk tindakan selanjutnya.

13.1 Ketua Panitia perlu memastikan Peraturan-peraturan penggunaan bilik-bilik khas dan
aset alih disediakan dan dipamerkan untuk makluman pengguna dan mengelakkan
kerosakan.

14.0 MEMBUAT PEROLEHAN / PEMBELIAN BARANG

14.1 Guru yang hendak membuat perolehan aset mesti membuat permohonan nota minta
kepada pengetua setelah dipersetujui oleh GPK yang berkenaan dan KP

14.2 Aset yang dikehendaki mestilah telah disenaraikan dalam Anggaran Belanjawan
Tahunan Panitia Mata Pelajaran.

14.3 Semua maklumat dalam Borang Pesanan Tempatan mesti dilengkapkan terutama
rekod stok aset atau rekod inventori.

15.0 STOK/INVENTORI

15.1 KP bertanggungjawab mengurus stok dan inventori bidang di bawah kawalan masing-
masing. Maklumat yang direkodkan mesti tepat , lengkap dan sentiasa dikemaskini.
Rekod ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar/ Penolong Kanan.

16.0 PENGENDALIAN ALAT-ALAT ASET AHLI KERAJAAN

16.1 Semua peralatan yang hendak digunakan mestilah mengikut peraturan yang
ditetapkan dan mendapat kebenaran ketua-ketua bahagian atau pengawal stok.

16.2 Urusan pinjaman mesti direkodkan secara sistematik dan sentiasa dikemaskini.

17.0 KEBERSIHAN

17.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan kerja masing-masing

iaitu meja kerja di bilik guru, di bilik khas, dan meja guru dalam kelas. Ia
mencerminkan kecekapan dan imej diri guru.
17.2 Bilik khas yang mempunyai AKS seperti makmal sains dan makmal komputer, GKMP
dan KP mesti memastikan jadual bertugas disediakan dan dipamerkan.

18.0 SURAT MENYURAT (Arahan Perkhidmatan Bab Tiga)

18.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru besar untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan. Surat ini mesti menggunakan kepala surat rasmi sekolah
dan dicatatkan no rujukan fail.

18.2 Surat yang diterima oleh pihak sekolah diminitkan dan diedarkan kepada guru untuk
diambil tindakan atau makluman. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan
segera terhadap surat tersebut.

18.3 Jika surat itu ditujukan kepada seseorang guru dengan dinyatakan melalui dan
Salinan Guru Besar, surat asal boleh disimpan oleh penerimanya setelah mengambil
tindakan.
19.0 SURAT ARAHAN DAN PEKELILING PERKHIDMATAN

19.1 Semua surat arahan dan pekeliling yang diminitkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi.

19.2 Guru hendaklah sentiasa merujuk kepada dokumen piawaian Perkhidmatan Awam
Malaysia iaitu Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (PA), Surat pekeliling dan Surat
Pekeliling Perkhidmatan (SPP).

20.0 TELEFON dan POS

20.1 Penggunaan telefon pejabat dan urusan pos hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.

20.2 Penggunaan telefon bimbit semasa PdP dan perhimpunan rasmi adalah dilarang.

20.3 Pastikan mod senyap digunakan semasa acara-acara rasmi sekolah sedang
berlangsung.

21.0 KEGIATAN KOKURIKULUM

21.1 Setiap guru ditugaskan menjadi guru penasihat kegiatan kokurikulum , persatuan
akademik, kelab sukan permainan dan unit uniform. Tugas ini hendaklah dijalankan
secara sistematik dan cekap.
22.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH (SPI Bil 4 tahun 1984)

22.1 Semua guru menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
22.2 Guru bertugas mingguan berperanan sebagai pengacara majlis dalam apa-apa acara
dalam minggu tersebut dan menyelaras acara -acara perhimpunan sepanjang minggu
bertugas.

22.3 Guru akan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu
sekolah

23.0 MESYUARAT GURU

23.1 Guru Besar akan mengadakan mesyuarat guru dari masa ke semasa berdasarkan
keperluan. Kedatangan adalah wajib termasuk mesyuarat di peringkat bidang panitia
dan mesyuarat khas.

23.2 Panggilan mesyuarat dibuat secara memo oleh setiausaha dan ditandatangani oleh
Guru Besar atau mengikut kelayakan jawatan. Setiausaha mesyuarat guru adalah
Ketua setiausaha sekolah manakala mesyuarat lain mengikut lantikan.

24.0 KEAHLIAN KELAB DAN PERSATUAN GURU

24.1 Keahlian Kelab Guru dan PIBG sekolah adalah automatik selagi guru masih
berkhidmatan di sekolah.Oleh itu guru mesti menjelaskan yuran tahunan sebagai
mana yang telah diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan. Keahlian dalam
badan-badan luar sekolah adalah pilihan tetapi sukacita diingatkan demi menjaga
kebajikan perkhidmatan, guru digalakkan menjadi ahli sekurang-kurangnya satu
badan seperti NUTP atau lain-lain sepertinya.
25.0 KUNCI

Semua kunci bilik khas mesti disimpan di pejabat sepanjang masa.


Pengambilan kunci mesti direkodkan dalam Rekod Pinjaman dan ditandatangani
semasa pemulangan dibuat.

Guru yang mengawal bilik-bilik khas adalah bertanggungjawab terhadap


keselamatan bilik tersebut.

26.0 ACARA RASMI DAN MAJLIS SEKOLAH

26.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah

26.2 Atur cara dalam majlis mesti akur dengan SPI Bil 10 Tahun 1989.

27.0 PELAWAT

27.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar / PK terlebih dahulu. Guru
tidak dibenarkan berurusan terus dengan pelawat tanpa makluman Guru Besar.
Hanya pelawat dalam urusan yang melibatkan murid dan PdP sahaja dibenarkan.

27.2 Semua pelawat mesti mempamerkan kad pelawat apabila berada dalam Kawasan
sekolah.

27.3 SPI Bil 12 Tahun 1988 menyatakan Larangan Menjalankan Jualan Terus di Sekolah-
sekolah . Oleh itu, kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau
mana-mana individu yang berkepentingan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

27.3.1.1 Membuat jualan terus dagangan atau barangan kepada pelajar-pelajar dan
guru-guru dalam waktu persekolahan
27.3.1.2 Mengadakan pameran, demontrasi dan seumpamanya di sekolah sebagai
promosi dagangan atau barangan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru

27.3.1.3 Melantik sekolah sebagai wakil pengedar atau wakil penjual tanpa
permintaan dari pengurusan koperasi sekolah atau Jawatan Kuasa PIBG

You might also like