You are on page 1of 3

BERGANDING BAHU MEMBUAHKAN HASIL

ALVIAN EVANS EDEVALDO YAPP

Di sebuah taman perumahan terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak.


Pada waktu petang, ibu bapa membawa anak-anak beriadah di taman permainan
tersebut. Kebetulan terdapat sebuah kawasan lapang berdekatan dengan taman
permainan tersebut.
Halim suka bermain di taman permainan kerana boleh berkawan dengan jiran
di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.
“Mengapa Lim tidak datang ke taman permainan hari ini?” tanya Halim kepada Siva.
“ Keluarga Lim balik ke kampung datuk mereka selama dua hari, entah-entah dia
akan membawa buah tangan untuk kita.”
Ketika mereka bermain dengan gembira, seorang warga tua rajin mengutip
barang terpakai. Kesukaran hidup dihadapi sebuah keluarga yang tinggal di sini
memaksa Pak Cik Musa kini masih mengerah kudrat untuk mencari rezeki demi
meraih sedikit pendapatan untuk urusan harian keluarga mereka.

Ayah Halim menegur sapa Pak Musa, “Apa khabar, Pak Musa?”.

“Khabar baik, barang terpakai ini boleh dijual untuk mendapatkan duit.” kata Pak
Musa dengan perasaan syukur walaupun penat.

Ayah Siva memuji kerajinan Pak Musa lalu memberi satu cadangan bahawa mereka
boleh bekerjasama membersihkan kawasan lapang di sebelah taman permainan
kanak-kanak. Langkah tersebut boleh berbudi kepada tanah di samping penduduk
berdekatan boleh menuai hasil daripada bercucuk tanam.

Ayah Halim menambah,”Ramai yang seronok melihat kebun bunga-bungaan


atau sayur-sayuran orang lain dan ingin mencipta kebun sendiri di halaman
rumah. Namun satu yang menjadi kekangan, mereka tidak sanggup mengeluarkan
belanja besar untuk membina prasarana kebun, terutama membeli pasu atau bekas
menanam yang lain”.

“Sebenarnya, jika kreatif dan rajin, kita tidak perlu berbelanja besar untuk
menyediakan bekas tanaman kerana ada banyak bahan terbuang yang boleh dikitar
semula bagi tujuan berkenaan”,kata ayah Halim.
“Dengan sedikit kerajinan dan kreativiti, akan terhasillah produk baharu yang
bukan sahaja mesra alam, selamat dan diyakini, malah tidak kalah cantiknya dengan
pasu atau bekas tanaman yang ada di pasaran”, sambung ayah Halim.

Apabila keluarga Lim balik dari kampung, mereka membawa buah-buahan


dan sayur-sayuran untuk jiran tetangga menikmati bersama.

Beberapa keluarga berbincang membersihkan kawasan lapang yang terbiar


itu.

Seorang jiran mencadangkan,”Bahan buangan dapur pula memang boleh


didapati dengan mudah, sama ada dari dapur sendiri atau dari tong sampah orang
lain”.

“Bukankah sekarang ini kita digalakkan mengitar semula apa sahaja buangan bagi
menyelamatkan alam sekitar? Maka memang tepat sekali jika barangan buangan
dapur ini digunakan semula untuk projek pertanian kecil-kecilan di taman kita” kata
seorang jiran.

Ayah Halim berkata,”Jika tidak kreatif, tidak mengapa kerana apa yang
penting ialah bekas ini dapat menampung tanaman sehingga ia mengeluarkan hasil
atau dapat dituai”.

Ayah Lim juga berkata,”Ada banyak sayur-sayuran yang boleh ditanam


dengan menggunakan bekas-bekas kitar semula ini seperti sayuran berdaun
contohnya sawi, bayam,herba,pucuk ubi dan sayuran berbuah seperti cili, terung,
dan sebagainya. Sayur-sayuran ini boleh di makan secara mentah sebagai ulam-
ulaman atau dimasak untuk dijadikan lauk”.

“Dengan cara ini kita bukan sahaja boleh menjimatkan perbelanjaan dapur
tetapi dalam masa yang sama mendapat manfaat lain seperti terapi minda dengan
berkebun”, kata seorang jiran.

“Jadi apa tunggu lagi, ciptalah kebun sayur-sayuran taman kita dari bahan-
bahan terbuang ini dan lihatlah sendiri kesannya”.

Setelah beberapa buah keluarga sebulat suara mengerjakan sebuah kebun


sayur di kawasan terbiar tersebut. Ahli keluarga bekerjasama melakukan kerja di
kebun. Para ibu menyediakan makanan dan minuman untuk jiran tetangga yang
datang membantu. Beberapa penduduk menyumbang wang untuk membeli benih,
baja dan peralatan bercucuk tanam. Mereka saling bantu-membantu dan bertukar-
tukar fikiran atau idea jika menghadapi masalah tentang tanaman. Mereka semua
betul-betul berpegang kepada pepatah Melayu “Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”.

Saban hari, penduduk taman tersebut menyiram pokok ,menabur baja dan
mencabut rumput serta menghindarkan haiwan perosak. Mereka mempunyai
persefahaman bahawa berganding bahu tentu akan membuahkan hasil. Walaupun
penduduk di taman ini terdiri daripada berbilang kaum, mereka tetap bersatu hati
demi mengusahakan hasrat yang diimpikan.

Setelah tiga bulan berlalu, kebun yang diusahakan boleh dituai hasilnya.
Ayah Halim selaku ketua kepada projek kebun tersebut begitu terharu semasa
memberi ucapan.”Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah memberi sumbangan
sama ada dari segi wang ringgit , tenaga atau masa, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada anda sehingga menjayakan projek ini.”

Semenjak hari itu, penduduk taman ini hidup bermuafakat dan harmoni.
Mereka saling hormat-menghormati dan bersatu-padu demi menuju ke arah
kemakmuran. Sekian, terima kasih.

You might also like