You are on page 1of 2
KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN. ‘SECRETARY GENERAL OF TREASURY ag) Kementerian Kewangan Malaysia Ministry of Finance Malaysia Kompleks Kementerian Kewangan No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2 Tel; 603-8882 3333, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks : 603-8882 4224 62592 PUTRAJAYA Telex : FEDTRY MA 30242 MALAYSIA. Web : www.mof.gov.my MOF .600-40/3/3 JLD2(14)(S) ‘J Februari 2024 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, BAYARAN INSENTIF AWAL KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024 KEPADA INDIVIDU CONTRACT FOR SERVICE Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan sedia maklum, Kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah bersetuju supaya Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM2,000.00 dan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred Jawatan Utama/Khas sebanyak RM1,000.00. BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan dan veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM1,000.00. 3. Selaras dengan keputusan tersebut, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan BIA Kajian SSPA Tahun 2024 kepada individu Contract For Service (CFS) seperti berikut: i. setara gred 56 dan ke bawah sebanyak RM2,000.00 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat pada 23 Februari 2024; dan ii. setara gred Jawatan Utama sebanyak RM1,000.00 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat pada 23 Februari 2024. 4. Selain itu, bagi pesara Kerajaan dan veteran yang dilantik semula secara CFS dan masih berkhidmat pada 23 Februari 2024 layak dibayar BIA Kajian SSPA Tahun 2024 seperti berikut: i, setara gred 56 dan ke bawah sebanyak RM2,000.00. Pembayaran sebanyak RM1,000.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/ Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) manakala baki sebanyak RM1,000.00 akan dibayar oleh jabatan di mana individu CFS sedang berkhidmat; dan ii, setara gred Jawatan Utama sebanyak RM1,000.00. Pembayaran sebanyak RMS00.00 akan dibuat oleh JPAMJHEV manakala baki sebanyak RM500.00 akan dibayar oleh jabatan di mana individu CFS sedang berkhidmat. 5. Pemberian BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini turut dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. 6. _ BIA Kajian SSPA Tahun 2024 akan dibayar pada 23 Februari 2024 di bawah tanggungan Kementerian/ Jabatan di mana individu CFS berkhidmat pada tarikh pembayaran. Sekian, terima kasih, “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (DATUK JOHAN MAHMOOD MERICAN)

You might also like