You are on page 1of 275

MPW1133/2133

PENGAJIAN MALAYSIA
Hasnah Hussiin
Dr Seri Lanang Jaya Hj Rohani
Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil
Prof Dr Zakaria Ismail
Open University Malaysia

Penulis Modul: Hasnah Hussiin


Dr Seri Lanang Jaya Hj Rohani

Disemak oleh: Rozeman Hj Abu Hassan


Open University Malaysia

Diedit oleh: Halimatolhanin Mohd Khalid


Farah Hanim Mohd Yassin
Nazrai Ahmad Zabidi

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Cetakan Pertama, November 2008


Cetakan Kedua, Mac 2009
Cetakan Ketiga, Julai 2009
Cetakan Keempat, Februari 2010
Cetakan Kelima, Julai 2010
Cetakan Keenam, November 2010

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), November 2010, MPW1133/2133

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam
mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University
Malaysia (OUM).

Versi November 2010


Isi Kandungan
Panduan Kursus xv - xx

Topik 1 Kerajaan Melayu Tradisional 1


1.1 Siapakah yang Dikatakan Melayu Tradisional 2
1.2 Kerajaan Melayu Melaka 2
1.2.1 Pengenalan 2
1.2.2 Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung 2
1.2.3 Sistem Politik dan Pentadbiran Kerajaan Melayu
Melaka 3
1.2.4 Kejatuhan Melaka 4
1.2.5 Faktor Luaran 5
1.3 Kerajaan Johor 6
1.4 Kerajaan Perak 9
1.5 Kerajaan Pahang 10
1.6 Kerajaan Negeri Sembilan 10
1.7 Kerajaan Selangor 11
1.8 Kerajaan Terengganu 12
1.9 Kerajaan Kedah 12
1.10 Kerajaan Kelantan 13
1.11 Struktur Pemerintahan dan Sosio - ekonomi Melayu
Tradisional 13
1.11.1 Sistem Sosio - Politik Masyarakat Melayu Tradisi 13
1.11.2 Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional 16
1.11.3 Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional 17
1.11.4 Pencapaian dalam Bidang Teknologi 17
Rumusan 18
Kata Kunci 18
Rujukan 18

Topik 2 Zaman Penjajahan Dan Perjuangan Kemerdekaan 20


2.1 Faktor Pendorong Penjajahan 21
2.1.1 Kedudukan Strategik 22
2.1.2 Faktor Perkembangan Kerajaan Melayu Melaka 22
2.2 Zaman Penjajahan 26
2.2.1 Penjajahan Portugis 26
2.2.2 Penjajahan Belanda 26
2.2.3 Penjajahan British 26
iv  ISI KANDUNGAN

2.3 Reaksi Awal Rakyat Tempatan 28


2.3.1 Reaksi Terhadap Penjajahan Barat 28
2.3.2 Reaksi Terhadap Penjajahan Jepun 30
2.4 Kesan-kesan Penjajahan 31
2.4.1 Kesan Penjajahan Portugis 31
2.4.2 Kesan Penjajahan British 31
2.4.3 Kesan Penjajahan Jepun 31
2.5 Kebangkitan Semangat Nasionalisme 33
2.6 Gerakan Berorganisasi Yang Menentang Penjajahan 34
2.6.1 Kesatuan Melayu Singapura 34
2.6.2 Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) 34
2.6.3 Persatuan Melayu Perak 34
2.6.4 Kesatuan Melayu Selangor 34
2.6.5 Persatuan Melayu Semenanjung 35
2.6.6 Kesatuan Melayu Muda (KMM) 35
2.7 Kemunculan Politik Berparti 35
2.7.1 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 35
2.7.2 Kongres India Malaya (MIC) 36
2.7.3 Persatuan Cina Malaya (MCA) 36
2.7.4 Parti Perikatan 36
2.8 Rundingan Kemerdekaan 37
2.9 Pembentukan Malaysia 38
2.10 Reaksi Negara Jiran Terhadap Pembentukan Malaysia 39
2.10.1 Reaksi Indonesia dan Filipina 39
2.10.2 Reaksi Sabah dan Sarawak 41
2.10.3 Reaksi Brunei 41
2.10.4 Reaksi Singapura 42
2.10.5 Pemisahan Singapura daripada Malaysia 43
Rumusan 45
Kata Kunci 45
Rujukan 46

Topik 3 Komponen Utama Sistem Kerajaan Dan Jentera Pentadbiran 47


3.1 Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong 48
3.2 Badan Eksekutif 53
3.2.1 Jemaah Menteri 54
3.2.2 Perdana Menteri 54
3.2.3 Badan Perundangan 55
3.2.4 Dewan Negara 55
3.2.5 Dewan Rakyat 56
3.2.6 Fungsi dan Kuasa Parlimen 56
3.2.7 Proses Menggubal Undang-undang di Parlimen 58
ISI KANDUNGAN  v

3.3 Badan Kehakiman 59


3.3.1 Kuasa Kehakiman di Malaysia 60
3.3.2 Kebebasan dan Kehakiman 60
3.3.3 Perlantikan Hakim 60
3.4 Sistem Kabinet dan Kementerian 62
3.4.1 Agensi Kerajaan 63
3.4.2 Jabatan Perdana Menteri (JPM) 64
3.4.3 Majlis Perancangan Negara 64
3.4.4 Majlis Pembangunan Negara 65
3.4.5 Majlis Keselamatan Negara 65
3.4.6 Jabatan Peguam Negara 65
3.4.7 Fungsi Agensi Pusat 66
3.5 Kementerian 68
3.6 Badan Berkanun 67
3.7 Suruhanjaya 72
Rumusan 73
Kata Kunci 74
Rujukan 74

Topik 4 Perlembagaan Malaysia 75


4.1 Apa itu Perlembagaan? 76
4.1.1 Sumber Undang-Undang Tertinggi di Malaysia? 76
4.1.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan: Dari
Malayan Union ke Persekutuan Malaysia 76
4.1.3 Bentuk-bentuk Perlembagaan 79
4.2 Tujuan Perlembagaan 79
4.2.1 Mewujudkan Satu Bentuk Pemerintahan yang Adil 79
4.2.2 Mengelakkan Penyalahgunaan Kuasa oleh
Pemerintah 80
4.2.3 Mengawal Pergerakan Kerajaan dan Rakyat 80
4.2.4 Alat untuk Menyelesaikan Masalah 80
4.2.5 Menjamin Riwayat Negara Bangsa 80
4.2.6 Menjamin Keamanan dan Kestabilan Negara 81
4.3 Kandungan Perlembagaan 81
4.4 Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri 84
4.4.1 Perlembagaan Negeri 85
4.4.2 Mengapa Perlembagaan Dikatakan Tertinggi
di Malaysia? 86
4.5 Pindaan Perlembagaan 88
4.5.1 Bagaimana sesuatu Perlembagaan itu Dipinda? 88
4.5.2 Pindaan Perlembagaan Negeri 89
vi  ISI KANDUNGAN

Rumusan 90
Kata Kunci 91
Rujukan 91

Topik 5 Peruntukan Utama Perlembagaan 92


5.1 Apakah Federalisme 93
5.1.1 Definisi Federalisme 93
5.1.2 Federalisme dalam Konteks Malaysia 93
5.2 Raja Berperlembagaan 95
5.2.1 Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam
Perlembagaan 95
5.2.2 Lain-lain Tugas Yang di-Pertuan Agong 97
5.2.3 Ketua Negeri juga Tertakluk di bawah
Perlembagaan Persekutuan 97
5.3 Demokrasi Berparlimen 98
5.3.1 Sejarah Pengenalan Demokrasi Berparlimen 98
5.3.2 Asal Usul Demokrasi 98
5.3.3 Perjalanan Demokrasi Berparlimen di Malaysia 99
5.4 Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen 99
5.4.1 Sistem Parlimen 100
5.4.2 Pemerintahan Secara Perwakilan 102
5.4.3 Pengiktirafan Kebebasan Minoriti 102
5.4.4 Persamaan 102
5.4.5 Pilihan Raya 103
5.4.6 Parti Politik 103
5.4.7 Perlembagaan 104
5.4.8 Corak Pemerintahan 104
5.4.9 Kebebasan Asasi 105
Rumusan 106
Kata Kunci 106
Rujukan 106

Topik 6 Peruntukan Istimewa Perlembagaan 107


6.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 108
6.2 Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu 109
6.3 Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu dan Kaum
Bumiputera serta Hak Kaum Lain 110
6.4 Hak Asasi 111
6.5 Islam Sebagai Agama Persekutuan/Kedudukan
Agama Lain 113
6.6 Kewarganegaraan 114
ISI KANDUNGAN  vii

6.6.1 Kuat Kuasa Undang-undang 114


6.6.2 Pendaftaran 114
6.6.3 Kemasukan atau Permohonan 115
6.6.4 Percantuman Wilayah 115
6.7 Perlindungan Khas Sabah dan Sarawak 116
6.7.1 Kuasa Parlimen 116
6.7.2 Imigresen 117
6.7.3 Hal Ehwal Tanah 117
6.7.4 Kewangan 118
Rumusan 119
Kata Kunci 120
Rujukan 120

Topik 7 Demokrasi Berparlimen Dan Proses Pilihan Raya 121


7.1 Pilihan Raya dan Proses Demokrasi di Malaysia 122
7.1.1 Definisi Pilihan Raya 122
7.1.2 Sejarah Pilihan Raya di Malaysia 122
7.2 Suruhanjaya Pilihan Raya dan Perjalanan Pilihan
Raya di Malaysia 124
7.2.1 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya 124
7.2.2 Perlantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya 125
7.2.3 Kelayakan Menjadi Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya 125
7.2.4 Siapakah Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya? 125
7.2.5 Sistem yang Digunapakai dalam Pilihan Raya
yang Diamalkan di Malaysia? 126
7.2.6 Undang-undang dan Peraturan Pilihan Raya
yang Perlu Dipatuhi 126
7.2.7 Elemen-elemen Penting Pilihan Raya 126
7.2.8 Bilangan Bahagian Pilihan Raya 127
7.2.9 Persempadanan Pilihan Raya 127
7.2.10 Pendaftaran Pemilih 127
7.2.11 Bagaimanakah Seseorang itu Hilang Kelayakan
Menjadi Pemilih 127
7.2.12 Semakan Daftar Pemilih 128
7.2.13 Kelayakan Menjadi Calon 128
7.2.14 Tempoh Pilihan Raya 129
7.3 Proses Perjalanan Pilihan Raya di Malaysia 129
7.3.1 Hari Penamaan Calon 129
7.3.2 Kempen 130
7.3.3 Hari Pembuangan Undi 131
7.3.4 Pengiraan Undi 131
7.3.5 Penjumlahan Rasmi Undi 132
viii  ISI KANDUNGAN

7.3.6 Penyimpanan dan Pelupusan Kertas Undi 132


7.3.7 Wang Deposit 132
7.3.8 Penggunaan Simbol 133
7.3.9 Barung SPR 133
7.3.10 Kebenaran Memasuki Tempat Pembuangan Undi 133
7.3.11 Orang yang Patut Berada di Tempat
Pembuangan Undi 133
7.3.12 Cara untuk Membuang Undi 133
7.3.13 Orang yang Layak Mengundi Secara Pos 134
7.3.14 Ejen Mengundi 134
7.3.15 Petisyen Pilihan Raya 134
7.3.16 Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya 135
Rumusan 136
Kata Kunci 137
Rujukan 137

Topik 8 Masyarakat Majmuk 138


8.1 Maksud Masyarakat Majmuk 138
8.2 Proses Pembentukan Masyarakat Majmuk 139
8.2.1 Rakyat Tanah Melayu Sebelum Terbentuknya
Masyarakat Majmuk 139
8.2.2 Kaum Melayu 140
8.2.3 Kaum Cina 140
8.2.4 Kaum India 141
8.2.5 Penduduk Peribumi Sarawak 142
8.2.6 Penduduk Peribumi Sabah 143
8.3 Ciri-ciri Masyarakat Majmuk 143
8.3.1 Agama dan Kepercayaan 143
8.3.2 Kebudayaan dan Adat Resam 146
8.4 Impak ke Atas Hubungan Etnik 148
8.4.1 Perbezaan Agama dan Kebudayaan 148
8.4.2 Dasar Pecah dan Perintah British 149
8.4.3 Sistem Pendidikan yang Berasingan 149
8.4.4 Pegangan Ekonomi yang Berbeza 150
8.4.5 Tempat Tinggal yang Berbeza 150
8.4.6 Aktiviti Ekonomi yang Berlainan 150
8.4.7 Persatuan-persatuan Etnik 151
8.4.8 Akhbar Mengikut Kaum 151
8.4.9 Faktor Geografi 151
Rumusan 152
Kata Kunci 152
Rujukan 152
ISI KANDUNGAN  ix

Topik 9 Integrasi Dan Perpaduan Nasional 153


9.1 Pendekatan Integrasi di Malaysia 154
9.1.1 Pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia? 155
9.1.2 Rukun Negara 156
9.1.3 Dasar Ekonomi Baru 158
9.1.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan 161
9.1.5 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 163
9.1.6 Bahasa Kebangsaan 165
9.1.7 Jabatan Perpaduan Negara 166
9.1.8 Penggabungan Parti-parti Politik 166
9.1.9 Integrasi antara Wilayah 166
9.1.10 Penubuhan Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat 166
9.1.11 Bahagian Perpaduan Negara 167
9.1.12 Bahagian Hubungan Kaum 168
9.1.13 Bahagian Integrasi Nasional 168
9.2 Cabaran Pembinaan Bangsa Negara 168
9.2.1 Pemisahan Tempat Tinggal atau Petempatan 169
9.2.2 Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi 169
9.2.3 Pengasingan Sistem Pendidikan 170
9.2.4 Perbezaan Kepercayaan atau Agama 171
9.2.5 Penggunaan Akhbar yang Berbeza-beza 171
9.2.6 Cabaran-cabaran lain 172
9.3 Pendekatan Menangani Cabaran Pembinaan Negara Bangsa 173
9.3.1 Memberi Galakan kepada Penduduk Berhijrah
dari Satu Kawasan ke Kawasan yang Lain 173
9.3.2 Penyeragaman Sistem Pendidikan 174
9.3.3 Peranan Media Massa 174
9.3.4 Integrasi Ekonomi yang Lebih Menyeluruh 174
Rumusan 176
Kata Kunci 176
Rujukan 176

Topik 10 Dasar Pembangunan Ekonomi 177


10.1 Asas dan Falsafah Pembangunan Negara 178
10.2 Pembangunan Ekonomi di Malaysia 178
10.3 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 179
10.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 180
10.4.1 Objektif 180
10.4.2 Strategi Perlaksanaan 180
10.4.3 Dimensi Baru yang Diperkenalkan oleh DPN 181
10.4.4 Pendekatan Baru yang Diambil dalam Usaha
x  ISI KANDUNGAN

Melaksanakan DPN 182


10.5 Dasar Wawasan Negara (DWN) 183
10.5.1 Dimensi Baru Dasar yang Diperkenalkan
Dalam Dasar Wawasan Negara (DWN) 183
10.5.2 Teras Utama Dasar Wawasan Negara 184
10.6 Dasar Perindustrian Negara 184
10.6.1 Pelan Induk Perindustrtian (PIP) 185
10.6.2 Dasar Perindustrian Berat 186
10.6.3 Dasar Pertanian Negara 187
10.6.4 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998 ă 2010 188
Rumusan 189
Kata Kunci 189
Rujukan 190

Topik 11 Dasar Pembangunan Sosial 191


11.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) 192
11.1.1 Objektif DPK 192
11.1.2 Strategi Pelaksanaan DPK 193
11.2 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 194
11.2.1 Mengapa Malaysia perlu ada Dasar
Kebudayaan Kebangsaan 195
11.2.2 Objektif 196
11.3 Dasar Keluarga Negara 198
11.3.1 Pengenalan 198
11.3.2 Objektif 198
11.3.3 Rasional Penggubalan Dasar Keluarga Negara 198
11.3.4 Objektif Umum 199
11.3.5 Objektif Khusus 199
11.3.8 Strategi Pelaksanaan dasar 200
11.4 Dasar Wanita Negara 202
11.4.1 Pengenalan 202
11.4.2 Matlamat Dasar Wanita 204
11.5 Dasar Belia Negara 205
11.5.1 Pengenalan 205
11.6 Pelan Integriti Nasional (PIN) 207
11.6.1 Objektif PIN 207
11.6.2 Strategi Pelaksanaan PIN 208
Rumusan 212
Kata Kunci 212
Rujukan 213
ISI KANDUNGAN  xi

Topik 12 Dasar Luar Negara 214


12.1 Perkembangan Dasar Luar Negara Selepas Merdeka 215
12.1.1 Pendekatan Dasar Luar Malaysia 215
12.1.2 Penggubalan Dasar Luar Negara 215
12.1.3 Objektif Dasar Luar Negara 217
12.1.4 Kementerian yang Bertanggungjawab Terhadap
Dasar Luar Negara 217
12.2 Kerjasama Serantau 218
12.3 Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Antarabangsa 219
12.3.1 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) 219
12.3.2 Malaysia dan Pertubuhan Persidangan
Negara - Negara Islam (OIC) 221
12.3.3 KOMANWEL 223
12.3.4 Kumpulan Lima Belas (K-15) 224
12.3.5 Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) 224
12.3.6 Pergerakan Negara - Negara Berkecuali (NAM) 225
12.3.7 Kerjasama Selatan - Selatan (KSS) 227
12.3.8 Kerjasama Ekonomi Asia - Pasifik (APEC) 228
Rumusan 228
Kata Kunci 229
Rujukan 229

Ujian 230
Jawapan Ujian 238
PANDUAN KURSUS
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS
Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia adalah salah satu kursus yang ditawarkan
oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus
ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga
15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini adalah kursus wajib yang ditawarkan kepada semua pelajar. Modul
ini bertujuan untuk memaklumkan tentang latar belakang sejarah perkembangan
negara dari aspek masyarakat, politik, ekonomi dan sosial. Modul ini diharapkan
dapat melahirkan warganegara yang taat setia kepada negara, cinta tanah air,
berwawasan, mampu menghadapi cabaran, bangga dan mampu menaikkan
nama negara di arena antarabangsa.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang
sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan
bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.
xvi  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

JAM
AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian
3
dalam perbincangan awal

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tentang latar belakang sejarah perkembangan negara dari
aspek masyarakat, politik, ekonomi dan sosial;
2. Membincangkan sumbangan tokoh-tokoh pejuang bangsa dalam usaha
mendaulatkan negara;
3. Melahirkan rasa bangga diri sebagai warganegara Malaysia dan
menghargai nilai-nilai kemerdekaan serta pembangunan yang dikecapi
sekarang ini;
4. Membincangkan peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa;
dan
5. Menghormati kedaulatan negara dengan menumpukan sepenuh taat setia
kepada agama, bangsa dan undang-undang negara.
PANDUAN KURSUS  xvii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memperkenalkan tentang sejarah awal kemunculan kerajaan-kerajaan


Melayu tradisional di alam Melayu. Perbincangan tertumpu kepada faktor-faktor
yang menyumbang kepada keagungan dan kejayaan kerajaan Melayu pada
waktu itu dari segi politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional.

Topik 2 menerangkan tentang zaman penjajahan di Tanah Melayu dan kesan-kesan


penjajahan terhadap pembentukan masyarakat, politik, ekonomi dan sosial. Topik
ini juga membincangkan tentang perjuangan rakyat yang bangkit menentang
penjajah dan Malayan Union serta kemunculan parti-parti politik di Tanah Melayu.
Penekanan diberikan kepada proses-proses mencapai kemerdekaan Tanah Melayu
sehinggalah ke era pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Topik 3 menerangkan tentang peranan dan fungsi tiga komponen utama


pentadbiran negara iaitu kuasa eksekutif, legislatif dan judisiari dalam sistem
pemerintahan negara. Selain itu, topik ini membincangkan fungsi dan peranan
kabinet, kementerian, badan berkanun serta penubuhan suruhanjaya di Malaysia.

Topik 4 membincangkan tentang sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia


meliputi aspek tujuan, kandungan, peruntukan dan pindaan Perlembagaan.

Topik 5 menjelaskan tentang peruntukan-peruntukan utama yang terkandung


dalam Perlembagaan Malaysia seperti Federalisme, Raja Berpelembagaan dan
prinsip-prinsip demokrasi berparlimen.

Topik 6 membincangkan tentang kepentingan peruntukan-peruntukan istimewa


yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara utama yang
diperkatakan ialah mengenai bahasa Melayu, kedudukan istimewa Raja-raja
Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain,
Islam sebagai agama rasmi serta kedudukan agama lain, kewarganegaraan dan
perlindungan khas bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

Topik 7 menerangkan tentang peranan Suruhanjaya Pilihan Raya yang


menggerakkan pembangunan demokrasi berparlimen di Malaysia. Beberapa
proses yang terlibat dalam pilihan raya turut dibincangkan sebagai lambang
kepada perjalanan demokrasi di Malaysia.

Topik 8 menerangkan tentang sejarah pembentukan masyarakat majmuk yang


bermula sejak zaman penjajahan. Ia telah memberi kesan kepada komposisi
xviii  PANDUAN KURSUS

penduduk di Tanah Melayu. Selain itu, topik ini juga membincangkan tentang
kesan-kesan kepelbagaian tersebut ke atas hubungan etnik di Malaysia.

Topik 9 membincangkan tentang strategi yang telah dijalankan oleh kerajaan


untuk menggalakkan perpaduan kaum dan mengelakkan daripada berlakunya
tragedi rusuhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969. Terdapat juga perbincangan
tentang bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi dalam memupuk perpaduan kaum.

Topik 10 menerangkan tentang dasar-dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan


dalam membangunkan sektor ekonomi di Malaysia. Selepas era penjajahan,
struktur ekonomi negara sangat tidak memuaskan, terutamanya apabila berlaku
pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Sebagai langkah, kerajaan telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru diikuti oleh Dasar Pembangunan
Nasional serta Dasar Wawasan Negara.

Topik 11 menghuraikan tentang pembangunan sosial rakyat Malaysia yang sangat


dititikberatkan dalam agenda pembangunan di Malaysia. Kerajaan telah
memperkenalkan beberapa dasar untuk memperbaiki taraf sosial rakyat kerana
pembangunan ekonomi perlu seiring dengan pembangunan sosial. Pembangunan
ekonomi tidak akan bermakna jika masalah sosial negara berada di paras yang
membimbangkan.

Topik 12 menyentuh dasar-dasar yang diamalkan oleh Malaysia dalam aspek


hubungan antarabangsa. Malaysia telah muncul sebagai sebuah negara yang
disegani kerana pendiriannya dalam hubungan antarabangsa yang mementingkan
kerjasama serantau demi kebaikan semua pihak. Penglibatan Malaysia di arena
antarabangsa telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di
kalangan negara-negara Asean dan negara-negara di seluruh dunia.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan
dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.
PANDUAN KURSUS  xix

Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda
telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-
perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak
kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami
kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan
peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya
terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa


penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat
menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca
topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Pelajar tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum mengambil
kursus ini. Tidak ada pra syarat kursus kerana ia adalah kursus yang telah
ditetapkan oleh MQA.
xx  PANDUAN KURSUS

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Ahmad Atory Hussain. (1996). Politik dan Dasar Awam Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn.bhd.

Ahmad Sarji. (2003). Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep implikasi dan
cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publicatins & Distributors Sdn.Bhd.

Andaya, B.W., & Andaya, L.Y. (2001). A history of Malaysia (Edisi kedua)
London: Palgrove.

Mahathir Mohamad (2002). Globalisation and the new realities. Subang Jaya:
Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Abas. (1997). Prinsip perlembangaan dan pemerintahan di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan perkembangan.
(Edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Topik 1  Kerajaan
Melayu
Tradisional
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti kerajaan-kerajaan Melayu tradisional yang
teragung;
2. Membincangkan ciri-ciri kerajaan Melayu tradisional; dan
3. Membincangkan peranan/sumbangan kerajaan Melayu tradisional
kepada pembentukan masyarakat masa kini.

PENGENALAN
Tahukah anda bahawa kemajuan dan pembangunan negara bangsa pada hari ini
adalah atas sumbangan dan peranan orang-orang terdahulu? Tidakkah kita
terfikir jika tidak ada orang lama yang menjadi perintis, kita tidak akan
mengecapi apa yang ada pada hari ini? Begitu juga dari segi sejarah
pembangunan negara, peranan masyarakat zaman dahulu perlu dinilai semula
oleh generasi pelapis pada hari ini. Mereka perlu mengetahui bahawa tradisi
sosio-politik yang kita amalkan pada hari ini adalah warisan daripada
masyarakat tradisional pada zaman dahulu. Justeru itu, melalui topik ini, tradisi
sosio-politik dan ekonomi masyarakat Melayu tradisional akan dikupas semula
untuk tatapan generasi pelapis supaya mereka tidak lupa asal-usul dan jati diri
mereka. Bak kata pepatah Melayu, „Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung‰ dan juga „Takkan Melayu hilang di dunia‰.
2  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

1.1 SIAPAKAH YANG DIKATAKAN MELAYU


TRADISIONAL?
Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya dengan adat
dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga merujuk kepada
masyarakat Melayu yang hidup sebelum zaman penjajahan. Jadi, segala bentuk
kegiatan sosio-ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpa adanya
pengaruh daripada negara Barat. Masyarakat Melayu tradisional ini sangat
terkenal, khususnya pada abad ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran
kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu
Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan
dan sebagainya.

1.2 KERAJAAN MELAYU MELAKA


Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari sedikit-sebanyak tentang Kerajaan
Melayu Melaka.

1.2.1 Pengenalan
Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun
ke-15. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah
empayar yang terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini dikatakan mencapai
kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah
(1456-1477). Antara faktor-faktor yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan
yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah:
(a) Faktor Geografi
(b) Faktor Ekonomi
(c) Faktor Politik dan Pentadbiran

1.2.2 Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung


Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun
ke-15 Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai:

1. Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan,


ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang
Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung
Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  3

2. Pusat perdagangan dunia


Melaka menjadi pusat pertembungan semua saudagar Timur dan Barat,
misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan
Kepulauan Melayu.

3. Pusat penyebaran agama Islam


Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan
sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.

4. Pusat penyebaran ilmu pengetahuan


Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan
dan kesusasteraan.

1.2.3 Sistem Politik dan Pentadbiran Kerajaan Melayu


Melaka
1. Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi.
2. Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran
seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan
Laksamana.
3. Tamadun Islam - Konsep ÂdevarajaÊ yang mempunyai pegangan politik
dan lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan
konsep Âkhalifatullahfil -ardhiÊ. Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan
dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang
bertanggungjawab memakmurkan bumi.
4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar ă Contohnya,
Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya.
5. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat dua
jenis undang-undang iaitu:
(a) Hukum Kanun Melaka
(b) Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam
bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima
banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama
lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan
Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini
mengandungi 19 fasal, kemudian bertambah kepada 22 fasal dan
seterusnya bertambah kepada 44 fasal. Undang-undang Laut Melaka
juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang
Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-
undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat Melaka
pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.
4  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

1.2.4 Kejatuhan Melaka


Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah
(1456ă1477). Namun, pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada
akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara
faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah:

1. Ketiadaan Pemimpin yang Cekap


Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat
berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah,
berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang
berani dan tegas, namun bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan.
Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini
menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan
membentuk autonomi masing-masing.
Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang
menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau.
Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau
merupakan seorang yang pemboros. Demikian juga Tun Mutahir yang lebih
memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding
mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi
pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan
yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi
aspek pertahanan kerajaan.

2. Pemerintahan yang Zalim


Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan
secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar
dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak
berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh
dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan
pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.

3. Rakyat Berpecah-belah dan Tidak Bersatu-padu


Kurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang
kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak,
misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda
(kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud
pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  5

4. Pedagang Mula Mengalihkan Pusat Perdagangannya ke Tempat Lain


Sikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang berlebihan
kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi marah dan
mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan Brunei
untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.

5. Tidak Ada Kekuatan Tentera dan Pertahanan


Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi
perang dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah
lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis
menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang
dan peluru.

1.2.5 Faktor Luaran


Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang penemuan jalanan laut
melalui Tanjung Harapan di selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun
1488.
Akibat bermulanya aktiviti penjelajahan di Eropah ke Timur dengan penemuan
Tanjung Harapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula
berminat dengan tapak-tapak perdagangan di kawasan timur. Pihak Portugis
telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511. Pada masa itu, Melaka
tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat
senjata angkatan Portugis yang lebih canggih dan moden.
* Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, iaitu kepada angkatan
Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Alburqueque.

AKTIVITI 1.1

Dengan menggunakan peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu


Melaka, apakah pengajaran yang dapat dikutip oleh generasi
Malaysia pada hari ini bagi memastikan kemerdekaan negara kekal
hingga ke akhirnya?
6  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

1.3 KERAJAAN JOHOR


Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya
Sultan Mahmud Syah serta pengikut-pengikut mereka telah berundur dari
Melaka ke selatan. Sultan Mahmud Syah bersemayam di Batu Hampar
sementara Sultan Ahmad pula membuat kubu di Pagoh. Mereka bersiap sedia
bagi melancarkan serangan untuk merampas semula Melaka dari tangan
Portugis. Rancangan Sultan Ahmad bagaimanapun berjaya dikesan oleh
Portugis, menyebabkan Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud kemudian berundur
hingga ke Pahang. Setelah beberapa tahun di sana, kedua-dua keluarga diraja ini
pergi pula ke Bentan. Di Bentan, mereka bersemayam di Kopak. Sultan Ahmad
mangkat di Kopak dan dimakamkan di Bukit Batu. Justeru itu, baginda digelar
ÂMarhum di Bukit BatuÊ.
Dengan kemangkatan Sultan Ahmad, ini bermakna Sultan Mahmud mengambil
alih semula teraju Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini telah
dilepaskan. Sehubungan dengan kemangkatan Sultan Ahmad juga, Sultan
Mahmud melantik puteranya hasil perkahwinan baginda dengan puteri dari
Kelantan, iaitu Puteri Onang Kening. Putera tersebut yang bernama Raja
Muzaffar telah dilantik sebagai pengganti baginda dan bergelar ÂRaja MudaÊ.
Namun begitu, apabila isteri Sultan Mahmud yang lain (Raja Fatimah) selamat
melahirkan seorang putera bernama Raja Ali, kedudukan Raja Muzaffar telah
dirampas. Atas permintaan Raja Fatimah, Sultan Mahmud telah menabalkan
Raja Ali sebagai ÂSultan MudaÊ. Sultan Mahmud bersemayam di Bentan hampir
13 tahun, iaitu dari tahun 1513 hingga 1526. Dalam tempoh ini juga, Portugis
telah beberapa kali menyerang Bentan, iaitu pada tahun 1521,1523 dan 1524.
Walaupun Sultan Mahmud bersemayam lama di Bentan, ini tidak bermakna
baginda berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang tetap dan kukuh. Baginda
kemudian berundur ke Kampar, Sumatera apabila diserang Portugis pada
Oktober 1526. Di Kampar, baginda bersemayam di istana Kampar, milik saudara
baginda, almarhum Sultan Munawar Syah, sekali gus menerajui pemerintahan
Kampar. Sultan Mahmud mangkat di Kampar pada tahun 1528 yang bergelar
Marhum Kampar. Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti Sultan Mahmud dan
bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Sementara Raja Muzaffar yang
disingkirkan tadi membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan
Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah (memerintah hingga 1549).
Sultan Alauddin kemudian berpindah ke Pahang dan mengahwini puteri
Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi dan berpindah pula ke Johor lalu membuka
penempatan yang tetap pada tahun 1528 di Hujung Tanah. Justeru itulah, beliau
disebut sebagai Sultan Johor yang pertama. Pada tahun 1718, kerajaan Johor
diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari Siak. Baginda menabalkan diri
sebagai Sultan Johor yang baru bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari Panchur ke Pulau Bentan. Sultan
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  7

Abdul Jalil Rahmat Shah berjaya dikalahkan pula oleh putera Sultan Abdul Jalil
IV, iaitu Raja Sulaiman. Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor yang
seterusnya bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722.
Baginda terus bersemayam di Pulau Bentan. (Mardiana Nordin, 2000).
Kerajaan Johor banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbiran dari Kerajaan
Melaka. Bagi pentadbiran di peringkat pusat, kedudukan tertinggi dalam
kerajaan ialah Sultan, dibantu oleh pembesar-pembesar utama seperti
Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Syahbandar.
Selain daripada pembesar-pembesar tadi, wujud juga jawatan lain seperti Seri
Bija Diraja, Seri Perdana Menteri, Seri Nara Diraja dan Seri Amar Diraja di
samping pembesar agama seperti Kadi dan Imam. Selain daripada kumpulan
pembesar, Sultan juga dibantu oleh kerabat diraja terdekat seperti bakal sultan
atau juga Raja Muda/Sultan Muda.
Dari segi bentuk pemerintahan, ia dapat diklasifikasikan seperti berikut:
(a) Sultan;
(b) Kumpulan menteri yang berperanan meneguhkan lagi institusi Kesultanan
Johor; dan
(c) Unit Orang Kaya. Dalam kelompok ini wujudnya gelaran-gelaran seperti
DatoÊ Bendahara, Paduka Raja, Tuan Pikrama, Laksamana, Temenggung,
Seri Bija Diraja, Seri Nara Menteri, Seri Nara Diraja, Seri Bija Wangsa,
Paduka Seri Maharaja, Seri Pikrama Raja, Seri Mahawangsa dan Maharaja
Indera Denda.
Johor telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting sekitar pertengahan
abad ke-17 dan secara tidak langsung sebagai sebuah pusat perdagangan
yang utama di Nusantara.
Kemampuan tapak pelabuhan Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa
memang dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti berikut:
1. Tapak-tapak ibu kota Johor di sepanjang Sungai Johor merupakan kawasan
yang strategik bagi persinggahan pedagang-pedagang dari Timur dan
Barat. Sungainya yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal besar
mampu mudik sehingga jauh ke pedalaman terutamanya ketika air pasang.
2. Kemampuan menyediakan gudang dan pasaran yang baik untuk
melancarkan aktiviti perdagangan. Catatan penulis Barat bertarikh 1703M
menyebut, Pelabuhan Johor yang berpusat di Panchor waktu itu
menyediakan kemudahan membaiki kapal-kapal dagang. Pada tahun
1706M, dilaporkan Johor telah membuka tiga buah kilang membaiki kapal.
Antara kemudahan lain yang disediakan di pelabuhan ini adalah seperti
gudang-gudang, pegawai-pegawai terlatih dalam urusan perjalanan
perdagangan, cukai kastam yang berpatutan dan sistem sukat yang tetap.
8  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

3. Johor juga banyak bergantung kepada barang-barang dagangan yang


diperolehi dari luar. Pelabuhan Johor berjaya membekalkan kain-kain
dengan corak terbaru dengan harga yang murah. Di samping itu, di sini
juga diperdagangkan emas, kayu gaharu, sarang burung, gading, kapur
barus, bijih timah, rotan, lilin, tembaga, sutera, tembikar, candu dan
pelbagai barang lain yang datang dari merata dunia.
4. Orang Laut turut berperanan dalam mempengaruhi kepesatan
perdagangan di Johor. Orang Laut inilah yang paling banyak
menggalakkan para pedagang berkunjung ke Johor dalam usaha untuk
menghalang pesaing-pesaing ekonomi mereka yang lain.
5. Pelabuhan Johor mendapat faedah yang besar melalui persahabatan
mereka dengan Belanda (terutama apabila membantu Belanda mengusir
Portugis dari Melaka). Sebagaimana Melaka yang mendapat naungan dari
China, Johor pula mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda.
Dalam urusan perdagangan Kerajaan Johor, sebagaimana juga negeri-negeri
Melayu yang lain, wujud jawatan Syahbandar. Syahbandar ini adalah antara
empat orang menteri utama di Johor yang mempunyai tugas-tugas seperti;
1. Mengawal pedagang-pedagang yang keluar masuk dari dan ke Johor;
2. Menjadi hakim bagi sebarang perselisihan antara pedagang dan merujuk
kepada mahkamah jika berat kesnya;
3. Memeriksa dan menentukan segala cukai;
4. Memeriksa muatan kapal-kapal dagang dan saiz kapal-kapal tersebut; dan
5. Menjaga keselamatan pelabuhan.
Selain itu, perdagangan di Johor dijalankan di bawah satu sistem naungan.
(Sistem ini lebih menonjol pada zaman penguasaan Laksamana Tun Abdul
Jamil di Johor). Mengikut sistem ini, seseorang pedagang, sama ada dari luar
atau dalam Johor sendiri mendapat naungan daripada seorang individu yang
berkuasa di dalam kerajaan seperti Bendahara, Raja Indra Bongsu, Temenggung
dan Laksamana.
Secara keseluruhan, kerajaan Johor menjadi pusat perdagangan yang masyhur,
pada abad ke-17, di samping menjadi pusat penyebaran Islam apabila peranan
yang dipegang oleh Aceh sebelum ini semakin merosot. (Mardiana Nordin, 2000)
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  9

1.4 KERAJAAN PERAK


Bukti awal wujudnya penempatan di Perak adalah berdasarkan penemuan-
penemuan arkeologi. Beberapa artifak purba telah pernah ditemui di kawasan-
kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong, Gua Kerbau di
Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh. Selain itu, terdapat juga catatan
di dalam naskhah Sejarah Melayu tentang kewujudan kerajaan tua di Perak
seperti Beruas dan Dinding. Pernah juga disebut sebuah negeri bernama
ÂGangga NegaraÊ yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di kawasan
Beruas atau Manjung, Perak.
Pengasasan Kesultanan Perak juga berkaitan dengan Kesultanan Melaka. Apabila
Melaka diserang Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud dan anakanda
baginda, Sultan Ahmad telah berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa
buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka di samping
mengelakkan diri daripada serangan balas oleh Portugis sendiri. Ketika di Bentan
dan bersemayam di Kopak, Sultan Ahmad telah mangkat. Kemangkatan baginda
menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya dengan puteri Kelantan iaitu
Puteri Onang Kening iaitu Raja Muzaffar sebagai ÂRaja MudaÊ.
Biarpun begitu, apabila isteri baginda yang lain, iaitu Raja Fatimah melahirkan
putera, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula
putera barunya, Raja Ali sebagai Sultan Muda. Justeru itulah apabila Sultan
Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar, Raja Ali telah ditabalkan sebagai
Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Muzaffar yang berkecil
hati dengan peristiwa ini kemudian telah membawa diri ke Perak dan ditabalkan
sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Shah.
Ini bermakna mulai kurun ke-16, keluarga pemerintah Perak adalah daripada
keturunan Sultan Mahmud Syah, Melaka. Keluarga diraja ini bertahan dalam
kerajaan Perak sehinggalah abad ke-17 apabila keluarga baru muncul dari
Pahang untuk memerintah Perak.
Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana melibatkan campur tangan
pemerintah Aceh iaitu Sultan Iskandar Muda Thani. Pada zaman pemerintahan
baginda di Aceh, Perak menjadi salah sebuah negeri yang tunduk di bawah
kekuasaannya. Oleh itu baginda telah melantik saudara sepupunya dari
keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan
Perak yang baru dan digelar Sultan Muzaffar Syah II.
10  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

1.5 KERAJAAN PAHANG


Sejarah awal Pahang juga dibuktikan melalui penemuan arkeologi di
kawasan-kawasan Sungai Lembing, Tembeling dan Tresang. Nama Pahang
juga turut terdapat dalam catatan pengembara-pengembara terdahulu,
dengan pelbagai nama. Daripada catatan pengembara Arab, Eropah dan
Cina; Pahang ditulis sebagai ÂPamÊ, ÂPanÊ, ÂPaamÊ, ÂPaonÊ, ÂPhaanÊ, ÂPhangÊ,
ÂPahanÊ, ÂPan-PanÊ dan ÂPan-HangÊ. Selain itu, teks klasik seperti Hikayat
Hang Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura.
Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga berkait rapat dengan
Kesultanan Melayu Melaka. Naskhah Sejarah Melayu menyebut, pada zaman
pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah, putera baginda iaitu Raja
Muhammad telah membunuh anak Bendahara Tun Besar kerana bermain sepak
raga. Bola anak Bendahara Tun Besar telah terkena destar baginda. Oleh itu,
untuk membalas perbuatan Raja Muhammad yang zalim itu, Sultan Mansur
telah menitahkan baginda dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Oleh
itu, Raja Muhammad menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan
Muhammad Syah. Baginda kemudian mengahwini puteri Raja Kelantan
bernama Mengindera Puteri dan memperolehi tiga orang putera iaitu Raja Jamil,
Raja Ahmad dan Raja Mahmud. Justeru itu, sehingga awal kurun ke-17,
keturunan baginda (Raja Muhammad) menjadi pemerintah Pahang.
Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila
Raja Muda Abdullah, iaitu putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada
tahun tersebut. Implikasinya, takhta Pahang diambil alih oleh keluarga
Kesultanan Melaka Johor iaitu Raja Bujang. Walaupun muncul keluarga baru
yang memerintah Pahang, tetapi kedua keluarga ini sebenarnya dari jurai
keturunan yang sama iaitu Kesultanan Melayu Melaka.

1.6 KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


Nama Negeri Sembilan itu terhasil apabila terbentuknya sebuah negeri yang
berasaskan gabungan sembilan buah negeri atau kawasan. Negeri-negeri
tersebut asalnya adalah Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelebu, Johol, Klang,
Jelai, Ulu Pahang dan Segamat. Namun begitu, kawasan seperti Klang kemudian
telah diserahkan kepada Selangor, Jelai dan Ulu Pahang diberikan kepada
Pahang sementara Segamat diberikan kepada Johor. Kemudiannya, sembilan
kawasan lain terkumpul di dalam Negeri Sembilan iaitu Sungai Ujong, Rembau,
Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol. Kawasan-
kawasan tersebut telah digabungkan menjadi Negeri Sembilan (Hari ini, hanya
terdapat tujuh daerah sahaja dalam Negeri Sembilan, iaitu Jelebu, Jempol,
Kuala Pilah, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.)
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  11

Sehingga abad ke-16, Negeri Sembilan adalah sebuah wilayah taklukan kerajaan
Johor. Pada hujung abad ke-17, wilayah ini mula melonggarkan diri mereka
daripada pengaruh Johor memandangkan Kerajaan Johor sendiri mulai lemah
dan banyak berlaku konflik dalaman. Oleh itu, muncullah pembesar-pembesar,
yang mula menonjol di daerah tadbiran masing-masing.

1.7 KERAJAAN SELANGOR


Asal-usul Selangor juga boleh dilihat berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi
yang membuktikan negeri ini telah didiami manusia sekurang-kurangnya 2000
tahun dahulu. Antara alatan yang pernah dijumpai adalah gendang dan loceng
gangsa di Klang dan Sungai Lang, Kuala Langat. Tulang mawas turut ditemukan
di Klang. Tapak-tapak pra- sejarah lain adalah seperti di Jenderam Hilir, Gombak,
Batu Caves, Ampang, Bukit Kuda, Bukit Jati dan Bukit Badak.
Selangor berada di bawah taklukan Melaka pada abad ke-15. Catatan dalam
naskhah Sejarah Melayu membuktikan dakwaan ini dengan menyebut nama-
nama tempat seperti (Kuala) Selangor, Klang, Jeram, Jugra dan Morib. Apabila
Melaka ditewaskan Portugis dan kesultanannya berpindah ke Johor, Selangor
turut menjadi wilayah taklukan Johor. Sehingga abad ke-18, Selangor kekal di
bawah kuasa dan pengaruh Kerajaan Johor.
Pada bulan Mei 1745, Daeng Chelak, iaitu salah seorang daripada opu (gelaran
bangsawan Bugis) Bugis lima bersaudara yang bertapak dan berpengaruh dalam
pentadbiran Johor pada abad ke-18 telah mangkat. Beliau meninggalkan dua
orang putera yang kemudian menjadi tokoh yang masyhur dalam politik Negeri-
Negeri Melayu, iaitu Raja Haji dan Raja Lumu.
Semasa Selangor di bawah taklukan Johor, pentadbiran Selangor diuruskan oleh
seorang pemangku raja iaitu Daeng Lakani (Suliwatang), Raja Said (anak Daeng
Marewah) dan satu badan yang terdiri daripada orang tua-tua. Pengasasan
Kesultanan Selangor berlaku apabila pada tahun 1766, Raja Lumu telah
ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertama bergelar Sultan Salahuddin
Riayat Syah. Tindakan Raja Lumu ini dikatakan kerana beliau ingin
mendapatkan kedudukan yang baik memandangkan abangnya Raja Haji telah
menjadi Yamtuan Muda Johor. Oleh itu, untuk mengelakkan Selangor daripada
terus-menerus dikawal oleh Johor dan menjadi pemerintah yang berdaulat,
beliau telah merancang untuk menjadi Sultan Selangor. Dengan perlantikan Raja
Lumu yang bergelar Sultan Salahuddin Shah, maka bermulalah keluarga
kesultanan baru di Selangor yang kekal hingga hari ini.
12  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

1.8 KERAJAAN TERENGGANU


Sejak abad ke-13, peranan Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan telah
terbukti melalui catatan pengembara-pengembara asing. Pengembara Cina yang
menulis pada tahun 1525M menyebut nama pelabuhan di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu sebagai ÂTong-Ya-NongÊ. Dalam peta lakaran
Ptolemy pada abad ke-12 pula menyebut pelabuhan di Kuala Terengganu iaitu
ÂPerimoulaÊ dan ÂKoleÊ di Kemaman. Penemuan Batu Bersurat Terengganu di
Kuala Berang yang bertarikh 702H (1303M) membuktikan pula penerimaan
Islam di Terengganu telah bermula selewat-lewatnya pada abad ke-14. Apa yang
jelas ialah Tun Zainal Abidin Ibn Tun Habib Abdul Majid adalah pengasas
Kesultanan Terengganu iaitu pada abad ke-18. Baginda adalah keturunan
keluarga bendahara dari Johor. Perlantikan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan
Terengganu ini telah membawa kepada kemunculan keluarga pemerintah
berdaulat di Terengganu pada abad ke-18.

1.9 KERAJAAN KEDAH


Dari segi penemuan arkeologi, negeri Kedah merupakan negeri yang tertua
didiami di Tanah Melayu. Antara tapak-tapak penempatan awal itu adalah di
kawasan sekeliling Gunung Jerai seperti dataran Lembah Sungai Merbok dan
Sungai Muda. Kedah juga wujud dalam catatan-catatan asing dengan beberapa
nama. Penulis Arab dan Parsi menyebutnya sebagai ÂKilahÊ atau ÂKalahÊ atau
ÂQalhaÊ. Sementara catatan Sanskrit menyebutnya sebagai ÂKatahaÊ atau
ÂKadaraÊ dan catatan Tamil yang menyebut Kedah sebagai ÂKadaramÊ atau
ÂKalagamÊ.
Sebuah sumber Melayu tempatan yang boleh dimanfaatkan dalam melihat
sejarah Kedah adalah
(a) Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menyatakan pemerintah-pemerintah
awal Kedah adalah dari Gumrun Parsi yang memakai gelaran Maharaja
bermula dengan Maharaja Durbar Raja; dan
(b) Hikayat Merong Mahawangsa mendakwa pemerintahan Kedah diasaskan
oleh raja yang datang dari Rom bernama Raja Merong Mahawangsa.
Menurut hikayat ini lagi, raja yang ketujuh daripada dinasti ini yang
bernama Raja Phra Ong Mahawangsa sebagai raja Kedah pertama
memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Sejarah negeri Kedah telah melalui beberapa episod pemerintahan misalnya
pernah ditewaskan oleh Aceh, diduduki kuasa Siam juga dipindahkan ke
tangan British melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Namun begitu,
peristiwa-peristiwa tersebut tidak memutuskan warisan kesultanan tersebut
sehinggalah hari ini.
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  13

1.10 KERAJAAN KELANTAN


Bukti awal kewujudan penempatan dan pelabuhan di Kelantan, boleh dikenal
pasti melalui catatan-catatan pengembara asing. Antaranya ialah:
(a) Catatan sejarah daripada Dinasti Tang (618-907M) ada menyebut tempatan
yang bernama ÂKo-loÊ atau ÂKo-lo Fu-sha-loÊ yang berkemungkinan besar
merujuk kepada Kelantan.
(b) Tulisan Cina yang lain pula ada menyebut Kelantan itu dengan ÂHo-lan-tanÊ
atau ÂKou-lo-tanÊ.
Sejarah awal pemerintahan di Kelantan menunjukkan negeri ini pernah ditadbir
oleh dinasti Jembal sebelum beralih kepada dinasti kesultanan yang bertakhta
hingga ke hari ini. Selain itu, kewujudan negeri Kelantan boleh didapati melalui
teks klasik Melayu seperti:
(a) Hikayat Seri Kelantan
(b) Riwayat Kelantan
Kedua-dua teks ini menyatakan bahawa negeri Kelantan pernah diperintah oleh
raja perempuan iaitu Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang. Biarpun
begitu, dinasti Jembal yang bertakhta di Kelantan berakhir pada tahun 1721
dengan kemangkatan Sultan Omar. Hal ini demikian kerana, walaupun Sultan
Omar mempunyai putera, namun selepas kemangkatan baginda, takhta
diberikan kepada menantunya, Long Bahar yang juga merupakan warisan
keluarga diraja Patani. Keturunan dinasti Jembal hilang terus penguasaan
terhadap Kelantan apabila Long Bahar mangkat kerana puteranya dengan puteri
Kelantan (Raja Pah) tidak dilantik sebagai pengganti baginda sebaliknya
puteranya bernama Long Sulaiman iaitu anak hasil perkahwinan dengan Puteri
Patani ditabalkan sebagai pemerintah Kelantan.

1.11 STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN SOSIO-


EKONOMI MELAYU TRADISIONAL
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang struktur pemerintahan dan
sosio-ekonomi Melayu Tradisional.

1.11.1 Sistem Sosio-Politik Masyarakat Melayu


Tradisional
Sistem politik Tradisionalonal merupakan sistem pemerintahan yang dominan
sebelum berlakunya proses pemodenan politik yang bermula dengan
14  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

kedatangan penjajah pada abad ke-18. Sistem politik tradisional ini banyak
dipengaruhi oleh kepercayaan, adat resam dan agama. Ciri utama sistem
politik tradisional ialah wujudnya jurang perbezaan antara golongan
pemerintah, aristokrat/bangsawan dan rakyat jelata/bawahan. Keadaan ini
boleh digambarkan melalui Rajah 1.1 yang berikut.

Rajah 1.1: Stratifikasi sosial masyarakat Melayu Tradisionalonal


Sumber: Diadaptasi dari Sivachandralingam, Tamadun Dunia, 1999

Dalam masyarakat Melayu tradisional, kuasa politik, ekonomi dan sosial


dipegang oleh golongan aristokrat. Rakyat jelata tidak diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Secara kesimpulannya,
masyarakat pada masa ini dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan
pemerintah dan golongan diperintah.

 Sistem Pemerintahan Beraja


Raja sebagai tonggak kedaulatan. Di rantau alam Melayu, Raja-Raja Melayu
yang bertakhta di singgahsana kerajaan, memberikan identiti sejarah
Kerajaan Melayu dan kewujudan alam Melayu. Kerajaan Melayu dan alam
Melayu sudah bertapak sejak zaman Kerajaan Funan pada kurun pertama
Masihi dan Kerajaan Seri Vijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera
pada kurun ke-7M. Alam Melayu di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu
merangkumi kawasan dan wilayah yang luas meliputi selatan Thailand,
Langkasuka, Majapahit, Mentaram, Brunei, Campa hingga kepada era
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Dalam konteks sistem pemerintahan beraja Melayu, Kesultanan Melayu
Melaka telah berjaya menjana tamadun bangsa dalam sistem politik,
perundangan, keilmuan, kecendekiawanan dan kesusasteraan di alam
Melayu melalui tamadun yang dibina. Walaupun kerajaan silih berganti
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  15

tetapi setiap kerajaan sentiasa meneruskan tradisi mengekalkan identiti


bangsa. Kesultanan Melayu adalah satu realiti, satu manifestasi dan satu
lambang keagungan tamadun bangsa.
Pada hari ini hanya tiga negara di dunia yang masih dikuasai oleh
pemerintahan Melayu. Pertama, Kesultanan di Brunei, kedua, Republik
Indonesia dan ketiga, Kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia. Pengekalan institusi raja di negara ini adalah satu
penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu di tanah air
warisan bangsa. Atas fahaman itu, Tunku Abdul Rahman (Almarhum)
ketika merangka formula membentuk kerajaan, telah mengasaskan sistem
berkerajaan dan bernegara atas landasan yang menggabungkan institusi
Raja dan institusi rakyat. Raja dimaktubkan sebagai ketua agama Islam.
Peranan ini diwarisi sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan tidak pernah
dipindahkan bidang kuasanya. Islam adalah petunjuk moral kepada
pemerintahan yang harus diterjemahkan melalui sifat adil lagi saksama,
tidak melakukan kezaliman dan tidak melakukan penindasan. Islam juga
mempunyai nilai yang sejagat sifatnya, iaitu nilai yang terkandung dalam
semua agama.
Ajaran Islam begitu sebati dengan institusi Kesultanan Melayu kerana
selari dengan nilai dan amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam sistem
pemerintahan pada era Kesultanan Melayu. Undang-undang Melaka
umpamanya menjelaskan bahawa martabat tinggi seseorang sultan itu
dinilai daripada sudut amal makruf baginda menyempurnakan tanggung
jawab (Raja Nazrin Shah, 2004).

 Konsep Daulat dan Derhaka


Konsep ini membawa maksud rakyat tidak boleh menderhaka kepada
pemerintah atau Raja. Jika seseorang rakyat itu mengengkari perintah raja,
dia akan ditimpa tulah atau kecelakaan.

 Sistem Pembesar
Jika dilihat pada Rajah 1.1 tadi, golongan pembesar berada di tempat ketiga
tetapi masih lagi tergolong dalam golongan atasan. Sesetengah daripada
mereka bertugas di istana sebagai penasihat raja dan ada antara mereka yang
menjadi pembesar di daerah-daerah tertentu. Pembesar-pembesar ini dilantik
oleh sultan dan diberi kuasa untuk memungut cukai dan memiliki tentera dan
orang suruhan mereka sendiri. Antara pembesar-pembesar yang terkenal
adalah Seri Nara Diraja, Tun Perak, Laksamana Hang Tuah, Tun Bija Sura dan
banyak lagi (sila rujuk Teks Sejarah Melayu). Pembesar yang terakhir adalah
penghulu atau ketua kampung yang merupakan orang paling berkuasa di
peringkat kampung. Beliau juga merupakan perantara antara Raja dan rakyat.
16  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya semasa


pemerintahan kerajaan Melayu Melaka: Jepun, China, Asia Barat.
Orang-orang Melayu telah hidup bertamadun sejak beribu tahun yang
lalu. Selain daripada dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri
sesuai dengan keadaan waktu itu, nenek moyang kita juga telah biasa
mengharungi samudera luas seperti Lautan Hindi, Laut China dan sekitar
Lautan Pasifik Selatan selain daripada laut alam Melayu dengan
menggunakan kapal-kapal layar yang besar yang mereka bina sendiri.
Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, di
sebelah timur, malah dengan negara yang lebih bertamadun dan kuat di
Barat yang kita kenal dengan nama Benua Rom.
Laksamana Hang Tuah pernah diutus oleh Sultan Melaka sebagai duta
pelawat di kedua-dua buah negara tersebut, selain daripada menjalin
hubungan dan mengikat tali persahabatan di antara kerajaan Melayu
Melaka dengan negeri China dan Benua Rom, hubungan dagang juga telah
turut dijalinkan.

SEMAK-KENDIRI 1.1

Apakah perbezaan antara sistem politik tradisional dengan sistem


politik moden pada hari ini?

1.11.2 Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional


Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi
yang masih kuat terikat dengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri.
Penumpuan adalah untuk keperluan ahli keluarga, manakala barang keperluan
yang tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi melalui pertukaran barangan
dengan orang luar. Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan
perdagangan dengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat.
Ciri kedua sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan
antara golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan
aristokrat memegang sistem ekonomi dan menguasai kedudukan dalam
ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang yang
singgah di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata. Rakyat hanyalah
menjadi petani yang menyewa tanah-tanah milik golongan aristokrat.
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  17

1.11.3 Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional


Ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun
yang tinggi. Hal ini sedemikian kerana corak hidup mereka berubah mengikut
kesesuaian masa berdasarkan beberapa siri pertembungan budaya luar seperti
Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, corak hidup masyarakat Melayu
semakin matang dan lebih teratur dengan kedatangan agama Islam kerana
sebelum itu, mereka sangat mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat
Melayu mengamalkan budaya dari pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya
budaya Melayu-Indo dan Melayu-Islam.
Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan
masyarakat yang paling kuat mempertahankan sistem kekeluargaan kerana
daripada keluargalah bermulanya sistem sosialisasi seseorang individu Melayu.
Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti menghormati
orang tua dan belajar untuk menjadi insan yang baik.
Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal tingkah
laku masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah. Kepentingan undang-
undang dan adat dalam masyarakat Melayu boleh dilihat melalui perumpamaan
berikut ‰Biar mati anak, jangan mati adat‰. Perumpamaan ini sengaja direka
untuk menggambarkan betapa pentingnya undang-undang dan adat bagi
menjaga tatasusila dan kelakuan individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini,
setiap negeri mempunyai undang-undangnya sendiri, contohnya Undang-
undang Pahang, Undang-undang Johor dan sebagainya.

1.11.4 Pencapaian dalam Bidang Teknologi


(a) Seni bina Melayu ă rumah Melayu (Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah,
Johor);
(b) Pembuatan senjata ă keris;
(c) Pembuatan alat pengangkutan ă perahu, perahu layar;
(d) Perubatan ă perubatan Tradisionalonal (perubatan herba).

AKTIVITI 1.2

Pada pendapat anda, apakah sumbangan masyarakat Melayu


tradisional kepada pembangunan masyarakat Melayu masa kini?
Apakah sumbangan kerajaan Melayu tradisional kepada
pembentukan bangsa pada hari ini?
18  TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

 Masyarakat Melayu tradisional memainkan peranan penting dalam


mencorakkan sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu moden
masa kini.
 Walaupun kini sudah ada asimilasi dengan budaya baru, elemen tradisional
masih lagi dikekalkan.
 Elemen tradisional ini akan hilang dan lenyap jika generasi baru tidak
menghargai dan membuang nilai-nilai murni atas dasar pemodenan.

Bidang Teknologi Kerajaan Johor


Kerajaan Kelantan Kerajaan Negeri Sembilan
Kerajaan Selangor Kerajaan Pahang
Kesultanan Melayu Melaka Kerajaan Perak
Melayu Tradisional Kerajaan Terengganu
Sosio-ekonomi Kerajaan Kedah
Struktur Pemerintahan

Andaya, Barbara, W.E. Andaya, & Leonard Y. (1982). Sejarah Malaysia. London:
Macmillan Press.
Hasnah Binti Hussiin & Mardiana Nordin. (2000). Pengajian Malaysia. (Edisi
Pertama dan Kedua) Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ismail Hamid. (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein. (1996). Tamadun Melayu. Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. (1988). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur.
TOPIK 1 KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL  19

Paimah Atoma, Hamidah Ab. Rahman & Shahri Ab. Majid. Kenegaraan
Malaysia. Johor: UTM, Skudai.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. (1999). Tamadun
Dunia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Topik 2  Zaman
Penjajahan
dan
Perjuangan
Kemerdekaan
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan faktor-faktor utama yang menyebabkan pihak luar
berminat menjajah negara kita;
2. Mengenal pasti kuasa-kuasa asing yang pernah menjajahi negara
kita;
3. Menghubungkaitkan kesan-kesan penjajahan dengan sistem sosio-
ekonomi dan politik hari ini;
4. Menilai sebab-sebab utama mengapa rakyat menentang penguasaan
asing terhadap pentadbiran politik dan ekonomi negara.
5. Mengenal pasti gerakan-gerakan nasionalisme yang berperanan
menentang penjajahan Inggeris;
6. Menganalisis proses-proses mendapatkan kemerdekaan Tanah
Melayu; dan
7. Mentafsir faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia;
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  21

 PENGENALAN
Topik ini pada umumnya membincangkan tentang senario negara kita
sejak zaman penjajahan sehinggalah lahirnya bibit-bibit perjuangan menuntut
kemerdekaan. Antara perkara yang dibincangkan dalam topik ini adalah
faktor-faktor yang mendorong kuasa luar menjajah negara kita; reaksi rakyat
terhadap penjajahan itu; dan kesan penjajahan kepada negara kita. Fokus
penjajahan bermula dengan penjajahan oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan
akhirnya Jepun dan ditumpukan pada awalnya terhadap negeri Melaka, dan
kemudiannya dikaitkan secara umum dengan negeri-negeri lain, seperti Pulau
Pinang, Singapura, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan
Sarawak. Antara faktor utama penjajahan kuasa luar ini adalah faktor
kedudukan dan kekayaan negara.
Dari segi reaksi rakyat, anda akan dibawa untuk memahami reaksi rakyat Tanah
Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Reaksi ini mencapai kemuncak,
misalnya dengan pembunuhan J. W. W. Birch di Perak, penentangan Tok
Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, penentangan Mat Salleh di Sabah dan
kebangkitan semangat kebangsaan selepas penjajahan Jepun.
Dari segi kesan penjajahan, anda dibawa menganalisis kesan penjajahan
terhadap sistem politik dan pentadbiran negara, sistem ekonomi negara,
sistem pendidikan negara dan cara hidup rakyat secara keseluruhannya.
Setelah Malaysia dikuasai dan dijajahi oleh beberapa kuasa asing, pelbagai usaha
bagi membebaskan negara ini telah dilakukan. Dalam topik ini, anda juga akan
dibawa meninjau usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi
membebaskan negara daripada belenggu penjajah dan seterusnya mencapai
kemerdekaan. Antara perkara yang akan anda ikuti adalah kebangkitan
semangat nasionalisme; perjuangan menentang penjajahan; kemunculan parti-
parti politik; rundingan kemerdekaan; dan pembentukan Malaysia.

2.1 FAKTOR PENDORONG PENJAJAHAN

AKTIVITI 2.1
Penjajahan kuasa asing di negara kita telah memberi pelbagai kesan
yang mencorakkan struktur politik, ekonomi, sosial dan budaya
masyarakat. Penjajahan telah memberi kesan kepada proses
asimilasi dan penyesuaian di kalangan masyarakat. Berdasarkan
perkara ini, sejauh manakah kesan ini memberi kebaikan yang telah
mengubah struktur pemikiran masyarakat Melayu. Berikan contoh-
contoh yang sesuai untuk menyokong hujah-hujah anda.
22  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Ada dua faktor utama yang mendorong kuasa luar berminat untuk menjajah
Tanah Melayu. Faktor-faktor itu dapat kita bahagikan kepada dua, iaitu:
(a) Kedudukan strategik
(b) Kekayaan negara

2.1.1 Kedudukan Strategik


Kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu pada mulanya hanyalah
sebagai pedagang-pedagang yang hanya berniaga di negeri-negeri Tanah
Melayu. Walau bagaimanapun, oleh kerana terdapat beberapa kelemahan dan
masalah dalam negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang
untuk menjajah negara kita.
Tambahan pula kuasa-kuasa asing memang mempunyai sebab-sebab utama
untuk menjajah negara-negara Asia Tenggara. Antara sebab-sebab itu adalah,
pertama, cubaan mereka bagi meluaskan jajahan yang boleh memberikan
sumber bahan mentah, dan kedua, bagi mengembangkan agama Kristian.
Dari segi lokasi, Tanah Melayu terletak di kedudukan yang strategik. Melaka
pada zaman kegemilangannya menjadi pusat entrepot yang menghubungkan
perdagangan dunia sebelah barat dengan dunia sebelah timur. Melaka berada di
pertengahan perjalanan perdagangan antara pedagang-pedagang Barat, Arab
dan India di sebelah Barat dengan pedagang-pedagang Cina di sebelah timur.

2.1.2 Faktor Perkembangan Kerajaan Melayu Melaka


Kedudukan Kerajaan Melayu Melaka yang strategik, turut dibantu oleh beberapa
faktor lain. Faktor-faktor yang turut menyumbang kepada perkembangan dan
keagungan Kerajaan Melayu adalah:

(a) Faktor Politik dan Pentadbiran


(i) Mempunyai pemimpin yang cekap mentadbir serta memelihara
keamanan, seperti Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Alauddin Riayat Syah, Sultan Mahmud Syah, Bendahara Tun Perak,
Laksamana Hang Tuah dan sebagainya.

(ii) Hubungan diplomatik dan dasar luar Melaka dengan Kerajaan


Siam, Majapahit dan Negeri China memberi kesan yang positif
kepada perkembangan Melaka dari segi ekonomi dan politik. Dari
segi politik, hubungan diplomatik yang baik dengan China
menyebabkan Melaka bebas daripada ancaman kerajaan-kerajaan
asing di Nusantara.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  23

(iii) Sistem undang-undang yang adil, seperti Hukum Kanun Melaka dan
Undang-Undang Laut yang disusun dan dikemaskinikan oleh Sultan
Muzaffar Syah telah membuktikan bahawa pihak pemerintah berusaha
menjamin ketenteraman Melaka yang menjadi pusat perdagangan
terbesar dan terkenal. Justeru, keselamatan pedagang-pedagang asing
lebih terjamin.

(iv) Hal ehwal pengurusan perdagangan dan pelabuhan Melaka


dikawal selia oleh seorang Syahbandar. Kekuasaan dan kewibawaan
Syahbandar dalam mengendalikan urusan perkapalan merupakan
faktor yang membantu kepada pertumbuhan ekonomi Melaka. Hal
ini ditambah pula dengan sistem ketenteraan yang kuat.

(v) Kegiatan lanun dapat dihapuskan dengan sistem ketenteraan yang


kuat dan peluasan kuasa terhadap negeri-negeri lain di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Keadaan ini sekali gus dapat
memperluaskan perdagangan di rantau ini.

(b) Faktor Geografi


(i) Melaka muncul sebagai pusat perdagangan entrepot yang terpenting
di Nusantara kerana kedudukannya yang terletak antara Lautan
Hindi dengan Laut China Selatan dan terlindung daripada tiupan
Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut. Ini
menjadi faktor penggalak kepada pelayaran antarabangsa.
(ii) Negeri Melaka mempunyai pelabuhan yang dalam yang sangat
sesuai untuk kapal-kapal berlabuh dan berdagang.

(c) Faktor Ekonomi


(i) Faktor politik dan geografi telah membantu Melaka menjadi pusat
tumpuan aktiviti-aktiviti ekonomi. Melaka dapat menyediakan
kemudahan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, seperti
perdagangan rempah ratus dan pusat perdagangan barangan dari
China, India, negara-negara Arab dan Eropah.
(ii) Sistem mata wang sendiri diperkenalkan dalam urusan perdagangan.
Ini memudahkan aktiviti jual beli dilaksanakan.
(iii) Kerajaan Melaka turut mewujudkan sistem pungutan cukai yang baik
dan diterima oleh pedagang-pedagang asing.

(d) Faktor Sosial


(i) Aspek pendidikan telah diberi penekanan oleh pemerintah Melaka.
Kedudukan Melaka sebagai pusat keilmuan berkait rapat dengan
pemerintah-pemerintah Melaka yang amat menghormati dan memberi
24  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

kedudukan yang tinggi kepada golongan ulama. Sultan Mansur Syah,


misalnya berguru dengan Kadi Yusuf dan menggalakkan kitab-kitab
Islam ditulis dalam bahasa Melayu.
(ii) Kedatangan Islam telah banyak mengubah sistem sosial masyarakat
Melayu. Nilai-nilai persamaan taraf, persaudaraan sesama agama dan
perpaduan Islam sejagat adalah pembaharuan yang telah diterapkan
dalam cara hidup masyarakat Melayu di Melaka dan seluruh alam
Melayu. Konsep hormat-menghormati, bergotong-royong, bantu-
membantu dan bekerjasama antara satu sama lain adalah ciri-ciri
yang diterapkan dalam agama Islam.
(iii) Perkahwinan bermotifkan politik juga telah memberi keuntungan kepada
Melaka. Keadaan ini ditambah dengan perhubungan orang-orang China
dan perlindungan daripada Empayar China telah memakmurkan lagi
Empayar Melaka. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah telah berkahwin
dengan puteri Majapahit, iaitu Raden Galoh Cendera Kirana dan juga
dengan Puteri Hang Li Po dari negeri China.

(e) Faktor Budaya


(i) Negeri Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat menggalakkan
lagi perkembangan perdagangan dengan pedagang-pedagang Islam
daripada India dan negeri Arab.
(ii) Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan atau „Lingua
Franca„ yang digunakan secara menyeluruh. Penggunaan bahasa
Melayu dalam pengajian yang bersifat ilmiah, penghasilan
penulisan-penulisan kesusasteraan, penggunaannya dalam bidang
pentadbiran dan hubungannya dengan kuasa-kuasa asing telah
meningkatkan pengaruhnya.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  25

Rajah 2.1 menggambarkan Melaka sebagai Pusat Perdagangan Timur.

Rajah 2.1: Melaka sebagai Pusat Perdagangan Timur


Sumber: Mohd. Jamil Mukmin, 1994, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara,
Nurin Enterprise, Kuala Lumpur
26  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

2.2 ZAMAN PENJAJAHAN


Negara kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British.

2.2.1 Penjajahan Portugis


Portugis telah menjajah negeri Melaka selama hampir 130 tahun. Penjajahan ini
bermula dari tahun 1511 hingga tahun 1641. Walau pun begitu lama menjajah
Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya, terutama bagi
menguasai perdagangan rempah di Pelabuhan Melaka. Usaha-usaha untuk
menawan Naning dan Rembau, telah gagal. Pengaruh Portugis hanya di sekitar
bandar Melaka sahaja. Matlamat asal untuk mengembangkan agama Kristian
juga tidak berhasil.

2.2.2 Penjajahan Belanda


Pada peringkat awal, kehadiran kuasa penjajah Belanda di Tanah Melayu adalah
untuk berdagang di Kepulauan Melayu. Pada abad ke-17, Betawi (Jakarta) yang
berpusat di Pulau Jawa adalah pusat perdagangan utama. Syarikat Hindia
Timur Belanda telah ditubuhkan pada tahun 1602 dengan tujuan untuk:
(a) Menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu; dan
(b) Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu.
Untuk memenuhi hasrat ini, pihak Belanda telah menghancurkan kekuasaan
Portugis di Melaka dengan matlamat untuk menarik pedagang-pedagang ke
Betawi. Pada tahun 1641, Portugis telah dikalahkan dengan bantuan kerajaan
Johor. Walau bagaimanapun sepertimana Portugis, Belanda tidak banyak
meninggalkan kesan sejarah kepada penduduk negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-
negeri Melayu menjadi idaman kuasa-kuasa Barat. Faktor yang paling penting
adalah untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di Kepulauan Melayu.

2.2.3 Penjajahan British


Pada tahun 1600, pedagang-pedagang British telah menubuhkan Syarikat Hindia
Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Kemudian
Syarikat tersebut mula berminat dengan Gugusan Kepulauan Melayu.
Kehadiran Francis Light pada 11 Ogos 1786 di Pulau Pinang dan kedatangan
Stamford Raffles di Singapura pada 6 Februari 1819 telah memberi kesan yang
mendalam dalam mencorakkan sejarah Tanah Melayu. Bermula dari sinilah
penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  27

Setelah berada di Negeri-negeri Selat, British memperluaskan kuasanya ke


negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuan Inggeris
meluaskan kuasa di rantau ini jelas mempunyai motif ekonomi. Perkara ini
menjadi lebih mudah untuk dilakukan kerana terdapatnya masalah dalaman
yang berlaku di negeri-negeri berkenaan. Inggeris telah campur tangan dalam
beberapa hal masalah dalaman yang menyebabkan Inggeris memperluaskan lagi
kuasa mereka ke Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Jadual 2.1 menunjukkan kronologi penjajahan British di Tanah Melayu.

Jadual 2.1: Kronologi Penjajahan British di Tanah Melayu

Tahun Peristiwa
1786 Menduduki Pulau Pinang
1819 Menduduki Singapura
1824 Mengambil Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda
1842 James Brooke mengambil Sarawak
1874 Campur tangan Inggeris di Perak. Selangor menerima penasihat
Inggeris. Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong.
1875 Sultan Brunei menyerahkan haknya di Sabah kepada Inggeris.
1878 Sultan Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggeris.
1888 Bermula campur tangan Inggeris di Pahang.
1895 Menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak,
Pahang, dan Negeri Sembilan) melalui Perjanjian Persekutuan.
1909 Mengikut Perjanjian Bangkok, Siam menyerahkan Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris (Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu)
1909 Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan
1914 Johor menerima penasihat Inggeris
1945 Menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA)
1946 Menubuhkan Malayan Union (Kesatuan Malaya)
1948 Membentuk Persekutuan Tanah Melayu
28  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

2.3 REAKSI AWAL RAKYAT TEMPATAN


Mari kita lihat reaksi awal rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat dan Jepun.

2.3.1 Reaksi Terhadap Penjajahan Barat


Penjajahan Barat sebenarnya tidak menyenangkan hati orang-orang Melayu.
Tahukah anda bahawa penentangan terhadap Barat telah berlaku sejak mula
Portugis menakluki Melaka lagi? Pembesar-pembesar Johor, misalnya telah
beberapa kali cuba membebaskan Melaka daripada cengkaman Portugis.
Penentangan yang sama turut diperlihatkan terhadap Belanda. Namun begitu,
reaksi yang kuat diberikan terhadap penaklukan Inggeris yang bermula sejak
tahun 1974. Campur tangan Inggeris terhadap pentadbiran Raja-raja Melayu di
Tanah Melayu dan penaklukan Borneo Utara, telah mendorong kepada
penentangan secara terbuka. Di Naning, misalnya, Dol Said mengepalai
penentangan terhadap pentadbiran Inggeris, DatoÊ Maharajalela mengetuai
pembunuhan J. W. W. Birch di Perak, Sharif Masahor, Rentap dan Banting di
Sarawak, Mat Salleh di Sabah, DatoÊ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di
Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Kemuncak penentangan berlaku selepas Perang Dunia ke-2, iaitu selepas
kekalahan Jepun. Tentera British telah kembali ke Tanah Melayu untuk
memulihkan keadaan. Satu bentuk pentadbiran tentera yang dinamakan British
Military Administration (BMA) diwujudkan. Walau bagaimanapun, BMA tidak
dapat memulihkan keamanan. Akhirnya pihak British berusaha mengembalikan
semula pentadbiran awam. Tujuan mereka adalah untuk mendirikan satu pusat
pentadbiran yang kuat.
Pada bulan Mac 1946, BMA telah dibubarkan. Kerajaan baru yang dikenali
dengan nama Malayan Union atau Kesatuan Malaya pula ditubuhkan. Mari kita
tinjau mengapa Parlimen Britain mengumumkan penubuhan Malayan Union.
Antara tujuannya adalah untuk:
(a) Mendirikan satu sistem pemerintahan yang kuat dan cekap melalui
penyatuan semua pentadbiran yang ada;
(b) Menyelaras sistem pertahanan secara teratur dan berkesan; dan
(c) Mengembangkan perusahaan getah dan bijih timah untuk faedah ekonomi
Empayar British.
Antara ciri-ciri Malayan Union adalah:
1. Singapura dipisahkan daripada Malayan Union dan diletakkan sebagai
„Crown Colony„.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  29

2. Semua negeri di Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British dan diketuai
oleh seorang Gabenor.
3. Gabenor Kesatuan Malaya diletakkan di bawah kuasa Gabenor Jeneral di
Singapura.
4. Gabenor diberi kuasa penuh, termasuk kuasa veto, kecuali kepada Majlis
Perundangan yang diwujudkan di peringkat pusat.
5. Ahli Majlis Perundangan yang dilantik oleh Gabenor, terdiri daripada
wakil-wakil rasmi dan tidak rasmi yang sama jumlahnya.
6. Raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa, kecuali dalam hal ehwal agama
Islam dan adat resam orang Melayu.
7. Kerakyatan adalah berdasarkan kepada prinsip jus soli. Prinsip ini
membolehkan sesiapa sahaja menjadi warganegara setelah menetap di
negara ini selama 10 tahun.
Tahukah anda bahawa peristiwa Sultan-Sultan dipaksa menandatangani
perjanjian Rancangan Malayan Union telah menimbulkan kemarahan orang-
orang Melayu? Mereka menganggap penjajah Inggeris telah menghina Raja-Raja
Melayu. Mereka juga bimbang kedudukan Raja-raja dan orang-orang Melayu
akan terancam. Antara manifestasi bantahan rakyat terhadap pembentukan
Malayan Union adalah:

1. Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn bin


Jaafar telah mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur.
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu.
2. Semua raja-raja Melayu digesa supaya jangan menghadiri majlis perasmian
dan perlantikan Gabenor Malayan Union.
3. Masyarakat Melayu diseru berkabung selama tujuh hari.
4. Rapat-rapat umum orang Melayu diadakan di beberapa buah bandar
utama seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Setar.
5. Pembesar-pembesar Melayu memulaukan majlis-majlis rasmi Inggeris.
6. Pemimpin-pemimpin Melayu menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu.
UMNO terus mendesak supaya Malayan Union ditarik balik. Kerajaan
Inggeris mula bimbang huru-hara akan berlaku sekiranya tindakan segera
tidak diambil. Kerajaan Inggeris telah mendapati bahawa Sultan-Sultan dan
pembesar-pembesar Tanah Melayu akan terus tidak menyokong mereka. Di
samping itu ramai pemimpin-pemimpin Cina dan India turut memulaukan
Majlis Perisytiharan Malayan Union. Akhirnya, pihak Inggeris terpaksa
mengalah dan Malayan Union yang ketika itu baru berusia empat bulan telah
dibubarkan.
30  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

2.3.2 Reaksi Terhadap Penjajahan Jepun

SEMAK-KENDIRI 2.1
Sejauh manakah anda bersetuju bahawa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu dari 1941 hingga 1945 telah memberikan kesan yang
cukup bermakna terhadap perkembangan semangat kebangsaan dan
seterusnya menyumbang kepada kemerdekaan negara?

Tentangan terhadap pentadbiran Jepun di negara ini telah ditunjukkan melalui


beberapa tindakan. Parti Komunis Malaya yang dianggotai oleh sebilangan besar
kaum Cina telah menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).
Di Pahang pula, orang Melayu telah menubuhkan Tentera Wataniah Pahang.
Bekas pegawai-pegawai British yang bersembunyi di hutan telah menubuhkan
Sekolah Latihan Khas 101 untuk melatih rakyat tempatan menggunakan senjata
api. Sementara itu, rakyat tempatan telah menyertai „Force 136‰ di bawah
pimpinan Kapten Spencer Chapman.
Pasukan Askar Melayu Setia telah ditubuhkan di Perak pada tahun 1945 yang
diketuai oleh Kapten Mohd. Salleh bin Haji Sulaiman. Pasukan-pasukan tentera
tersebut telah melancarkan beberapa serangan terhadap tentera Jepun.
Penduduk di Sabah dan Sarawak juga menghadapi tekanan daripada penjajahan
Jepun. Di Sabah dan di Sarawak, orang-orang Cina bekerjasama dengan kaum
Bumiputra menentang Jepun.
Dengan ini dapat kita lihat bahawa setiap penjajah yang datang menduduki
negara ini menghadapi tentangan daripada penduduk tempatan.

2.4 KESAN-KESAN PENJAJAHAN

2.4.1 Kesan Penjajahan Portugis


Antara kesan peninggalan penjajahan Portugis hingga ke hari ini adalah:
1. Kewujudan masyarakat Serani hasil perkahwinan orang Portugis dengan
penduduk tempatan;
2. Pengenalan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu. Wujud perkataan
yang berasal daripada bahasa Portugis seperti palsu, almari, jendela, garpu
dan tuala.
3. Kesan yang penting ialah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan
membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  31

2.4.2 Kesan Penjajahan British


Mari kita pelajari kesan penjajahan British dari segi komposisi penduduk dan
sistem politik.

(a) Komposisi Penduduk


Dari segi komposisi, penduduk negara kita terdiri daripada penduduk
berbilang kaum. Dengan pembukaan ladang-ladang getah dan lombong-
lombong bijih timah, penjajah Inggeris telah menggalakkan kemasukan
orang-orang dari negeri China dan India secara besar-besaran. Keadaan ini
menyebabkan pertambahan penduduk menjadi begitu pesat. Budaya dan
kegiatan ekonomi penduduk yang baru datang ini sangat berbeza dari segi
budaya dan kegiatan ekonomi orang-orang tempatan. Orang-orang Cina
menguasai sektor moden di bandar-bandar dan di kawasan perlombongan,
orang India menguasai sektor perladangan dan tinggal di estet-estet,
manakala orang-orang Melayu menguasai sektor pertanian tradisi dan
tinggal di kawasan desa. Perbezaan antara kumpulan ini mewujudkan
jurang sosial yang dibayangi oleh perasaan perkauman dan prasangka.
Keadaan ini memang telah dijangkakan oleh penjajah kerana dengan
wujudnya perpecahan di kalangan rakyat akan lebih memudahkan penjajah
untuk memerintah dan seterusnya mengeksploit ekonomi negara ini.

(b) Sistem Politik


Dari segi politik, sistem masyarakat yang dahulunya taat setia dan hidup di
bawah pemerintahan raja dan sultan berubah dengan adanya campur
tangan penjajah Inggeris. Kuasa raja dan sultan dikurangkan ke peringkat
hanya menjadi lambang negeri atau negara. Permulaannya ialah dengan
memperkenalkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
kemudian diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Kedua-dua sistem ini telah mula mengurangkan
kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya. Fungsi Residen dan
Penasihat British ialah menasihati raja-raja Melayu, tugas yang dahulunya
dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu.

2.4.3 Kesan Penjajahan Jepun


Perang Dunia Kedua telah mengubah senario penjajahan Barat di Tanah
Melayu. Sebuah negara Asia dari negeri matahari terbit, iaitu Jepun mempunyai
matlamat untuk menguasai dan membebaskan negara-negara Asia daripada
pengaruh penjajahan kuasa Barat. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan
Singapura bermula dari 15 Februari 1945 hingga 12 September 1945.
Pengeboman ke atas bandar raya Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera Amerika
telah menyebabkan pihak Jepun mengaku kalah. Peristiwa ini menyebabkan
32  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September


1945. Beberapa peristiwa bersejarah telah berlaku, antaranya:
(a) Pihak Inggeris telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA);
(b) Kesatuan Malaya (Malayan Union) telah ditubuhkan; dan
(c) Parti Komunis Malaya (PKM) bertambah aktif sehingga pihak Inggeris
terpaksa mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 17 Jun 1948.

Selama lebih kurang tiga setengah tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu
telah meninggalkan banyak kesan negatif dan positif, antaranya ialah:
1. Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang
berpusat di Singapura.
2. Singapura pula diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.
3. Orang-orang Cina di Tanah Melayu ditindas oleh Jepun, manakala orang
Melayu telah mendapat layanan yang agak baik. Keadaan ini telah
menimbulkan kemarahan orang-orang Cina terhadap orang Melayu dan
permusuhan berlaku.
4. Telah wujud kesedaran politik yang mendalam di kalangan orang Melayu.
5. Orang-orang Melayu mula mempunyai keyakinan untuk memerintah
sendiri hasil pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran semasa zaman
pemerintahan Jepun.
6. Orang-orang Cina dan India di Tanah Melayu bertambah giat
mengukuhkan ciri-ciri kecinaan dan keindiaan mereka.
7. Permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada
tindakan Jepun meniupkan lagi semangat Kongres Melayu.
8. Parti Komunis Malaya (PKM) menjadi parti terkuat pada tahun-tahun 1945
sehingga 1948.

SEMAK-KENDIRI 2.2

1. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan


Melaka mencapai kegemilangannya pada abad ke-16 Masihi
hingga dicemburui oleh kuasa asing?
2. Penaklukan Tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945
telah meninggalkan rahmat yang tersembunyi kepada
penduduk Tanah Melayu. Huraikan kenyataan ini berdasarkan
contoh-contoh yang sesuai.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  33

2.5 KEBANGKITAN SEMANGAT


NASIONALISME
Tahukah anda bahawa semangat kebangsaan atau nasionalisme itu merujuk
kepada satu keyakinan dan usaha menegakkan autonomi, kesepaduan dan
keperibadian bagi satu kelompok sosial yang membentuk sebuah negara-bangsa
atau nation? Sebarang asas kesepaduan kumpulan, persamaan keturunan,
persamaan pengalaman sejarah, persamaan bahasa, malah persamaan agama
boleh menjadi asas kepada gerakan semangat kebangsaan.
Kita harus sedar bahawa gerakan kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua di
Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh kejayaan Jepun yang mengalahkan Rusia
dalam peperangan Rusia-Jepun. Dalam masa yang sama, perjuangan nasionalis
Indonesia menentang Belanda turut menjadi penggalak kepada nasionalis di
Tanah Melayu. Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal juga
menjadi inspirasi untuk perjuangan mencapai kemerdekaan tanah air.
Semangat kebangsaan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 banyak
dibangkitkan oleh media seperti akhbar dan majalah. Media-media ini memberi
ruang kepada orang ramai untuk memberi dan mendapatkan maklumat penting
daripada tokoh-tokoh pemimpin rakyat.
Antara akhbar-akhbar yang berpengaruh adalah seperti dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Akhbar-akhbar sebelum Merdeka

Akhbar Pengasas Tahun dan Tempat


Penerbitan
Al-Imam Syed Syeikh al-Hadi 1906, Singapura
Utusan Melayu Abdul Rahim Kajai 1907, Singapura
Neracha Haji Abas Taha 1911, Singapura
Saudara Syed Syeikh al-Hadi 1928, Pulau Pinang
Warta Malaya DatoÊ Onn Jaafar 1930, Singapura
Majlis Abdul Rahim Kajai 1931, Singapura
34  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

2.6 GERAKAN BERORGANISASI YANG


MENENTANG PENJAJAHAN
Cuba lihat senario pergerakan organisasi di Tanah Melayu dalam usaha
meniupkan semangat nasionalisme. Beberapa kelab, persatuan dan kesatuan
diwujudkan pada peringkat nasional dan negeri. Antara kelab dan persatuan
yang berpengaruh adalah:

2.6.1 Kesatuan Melayu Singapura


Kesatuan ini ditubuhkan pada tahun 1926 oleh golongan muda Singapura yang
berpendidikan Inggeris yang diketuai oleh Mohammad Eunos Abdullah.
Perjuangan kesatuan ini adalah untuk:
(a) Membaiki taraf sosio-ekonomi dan politik orang Melayu; dan
(b) Menjadi penghubung dengan pihak British.

2.6.2 Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)


Persatuan yang ditubuhkan oleh golongan berpendidikan Melayu pada tahun
1934 ini, bertujuan memperbaik taraf sosio-ekonomi orang Melayu. Ahli-ahlinya
terdiri daripada sebahagian besar ahli-ahli kesusasteraan yang pro kaum muda.

2.6.3 Persatuan Melayu Perak


Ditubuhkan pada 1937 di Ipoh, Perak, persatuan yang diketuai oleh Wan Mohd.
Nur Wan Nasir ini berjuang untuk:
(a) Meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat di Perak; dan
(b) Mempertahankan kepentingan Melayu dalam pentadbiran negara.

2.6.4 Kesatuan Melayu Selangor


Kesatuan ini ditubuhkan pada bulan Jun 1938 di Kuala Lumpur dan diketuai
oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin. Kesatuan ini bergerak sebagai
sebuah pertubuhan politik bagi mencapai hasrat yang berikut:
(a) Mendesak British menambah bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan
awam;
(b) Mengesyorkan pemberhentian penghijrahan orang asing ke Tanah Melayu; dan
(c) Mendesak kerajaan menambah peluang pendidikan bagi orang Melayu.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  35

2.6.5 Persatuan Melayu Semenanjung


Penubuhan persatuan ini pada tahun 1939 diusahakan oleh Kesatuan Melayu
Selangor. Usaha murni persatuan ini ialah untuk menyatupadukan semua persatuan
di Tanah Melayu yang menemui kegagalan. Ini dikatakan berpunca daripada
semangat kenegerian yang kuat antara persatuan-persatuan Melayu negeri.

2.6.6 Kesatuan Melayu Muda (KMM)


Kesatuan ini ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1938. Sebahagian besar
ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Sultan Idris Training College (SITC).
KMM merupakan pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu. Antara
matlamat KMM adalah bagi :
(a) Menggabungkan semua negeri Melayu;
(b) Memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu;
(c) Menggulingkan Inggeris;
(d) Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu; dan
(e) Memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah
konsep „Melayu Raya‰.
Di Sabah pula, terdapat beberapa persatuan yang bersifat sosio-ekonomi dengan
memperjuangkan kepentingan sosial dan ekonomi penduduk tempatan.
Sementara itu di Sarawak pula, Persatuan Melayu Sarawak telah ditubuhkan
pada tahun 1939. Persatuan ini bermatlamat untuk memajukan orang-orang
Melayu Sarawak dalam segala lapangan, serta memupuk semangat kerjasama di
kalangan mereka.

2.7 KEMUNCULAN POLITIK BERPARTI


Semangat bagi menentang Malayan Union, memerdekakan tanah air dan
memelihara kebajikan kaum, merupakan asas penubuhan parti politik di Tanah
Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, mari kita tinjau
penubuhan parti-parti utama di Tanah Melayu ketika itu.

2.7.1 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu


(UMNO)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah parti yang
ditubuhkan bagi menyatupadukan orang-orang Melayu. Parti ini ditubuhkan
36  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

pada 11 Mei 1946 dengan diketuai oleh Datuk Onn Jaafar. Beliau merupakan
Presiden pertama UMNO dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1951.
Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap
Malayan Union. Tujuan utama penubuhan parti ini adalah bagi memerdekakan
Tanah Melayu dan mewujudkan kerajaan sendiri. UMNO juga ditubuhkan bagi
menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa
orang Melayu, terutama dalam penentangan terhadap Malayan Union.
Pada tahun 1948, UMNO secara rasmi menjadi sebuah parti politik. Sehingga tahun
1951, sebanyak 39 buah bahagian UMNO telah ditubuhkan dan keahlian UMNO
menjangkau 100, 375 orang. Ketika itu, UMNO mempunyai dua buah badan di
bawahnya, iaitu Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO.

2.7.2 Kongres India Malaya (MIC)


Bagi masyarakat India pula, Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada 8
Ogos 1946 dengan John Thivy sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat
penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan
sosial kaum India di Tanah Melayu serta mewakili kaum India dalam
menyampaikan pendapat kepada kerajaan. Sehingga tahun 1949, ahli MIC telah
mencapai 7,000 orang dan meningkat kepada 20,000 orang ahli pada tahun 1955.

2.7.3 Persatuan Cina Malaya (MCA)


Persatuan Cina Malaya (MCA) pula secara rasmi telah ditubuhkan pada 27
Februari 1949 dengan Tan Cheng Lock sebagai Presiden pertamanya. Matlamat
penubuhan parti ini adalah bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi,
politik dan sosial kaum Cina. Pada samping itu MCA berhasrat untuk berjuang
bagi memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu.
MCA ditubuhkan pada mulanya hanya sebagai sebuah persatuan kebajikan. Pada
tahun 1952, persatuan ini diisytiharkan sebagai sebuah parti politik. Sehingga
tahun 1949, keahlian MCA adalah seramai 100,000 orang dan meningkat menjadi
188,000 orang pada tahun 1951.

2.7.4 Parti Perikatan


Kerjasama antara UMNO dan MCA bermula ketika pilihan raya Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur pada tahun 1952. Kepimpinan UMNO Selangor dan MCA Kuala
Lumpur telah bersetuju membentuk kerjasama. Dalam pilihan raya itu, pakatan
UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pakatan ini
kemudian diperluaskan dalam pilihan raya kerajaan tempatan di beberapa bandar
utama, seperti pilihan raya Majlis Perbandaran Johor Bahru, Muar dan Melaka.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  37

Pakatan kedua-dua parti itu di peringkat negeri telah mendorong Presiden


UMNO, Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Presiden MCA, Tan Cheng
Lock bagi membentuk Parti Perikatan pada tahun 1955. MIC kemudiannya
menyertai pakatan ini pada bulan April 1955.
Pembentukan Parti Perikatan memperlihatkan kerjasama antara tiga kaum
majoriti di Tanah Melayu. Hasilnya, pada pilihan ra y a umum Persekutuan
Tanah Melayu, 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah
kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini juga menjadi penggerak kepada
kerjasama yang lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.

2.8 RUNDINGAN KEMERDEKAAN


Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum 1955 telah membuka
jalan kepada pemerintahan sendiri. Pada bulan Januari 1956, Y. M. Tunku Abdul
Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan
kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan ini
dianggotai oleh empat orang wakil Parti Perikatan, empat orang wakil Raja-
Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.
Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada
8 Februari 1956. Tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah ditetapkan pada
31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan
tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya
kembali dari London.
Ekoran daripada rundingan ini, sebuah suruhanjaya perlembagaan baru Tanah
Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid telah dibentuk. Antara kandungan
Perlembagaan Tanah Melayu itu adalah:
1. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan dipilih daripada
kalangan sembilan orang Raja-Raja Melayu;
2. Ketua kerajaan adalah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan
ahli Dewan Rakyat;
3. Sebuah Parlimen yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat
dibentuk;
4. Syarat kewarganegaraan diperketat;
5. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan; dan
6. Agama Islam menjadi agama Persekutuan dan agama lain dibenarkan.
38  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

2.9 PEMBENTUKAN MALAYSIA


Untuk makluman anda, cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia telah
disuarakan oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Perkara ini telah dinyatakan dalam
satu ucapan penting di Singapura pada 27 Mei 1961. Tunku Abdul Rahman
berpendapat bahawa gagasan penubuhan Malaysia dapat menguatkan lagi
kerjasama dalam bidang ekonomi dan politik antara Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei selaras dengan perkembangan yang
berlaku di rantau Asia Tenggara ketika itu.

Rajah 2.2: Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul
Hamid Shah (1903 - 1990), Perdana Menteri Malaysia Pertama, Bapa Kemerdekaan
Malaysia, dari 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970
Sumber: http://agrolink.moa.my/iadp/johor/khas/pm1.html

Selepas Tunku Abdul Rahman (Rajah 2.2) berucap di Singapura, beliau berusaha
mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah pada Jun 1961 dan Brunei pada
Julai 1961 bagi tujuan menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan
Malaysia. Cadangan ini, walau bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi.
Perundingan juga diadakan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu
dengan Pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura. Hasilnya,
sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan di
Singapura pada Jun 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. Antara
peranan JPPK adalah bagi:
1. Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia;
2. Mengumpulkan pandangan penduduk; dan
3. Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  39

Mesyuarat JPPK telah berlangsung sebanyak empat kali; di Jesselton, Sabah


(sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu); di Kuching, Sarawak; di Kuala
Lumpur dan akhirnya di Singapura. Brunei hanya menghantar pemerhatinya
menghadiri tiga mesyuarat terakhir.
Dalam mesyuarat terakhir di Singapura pada Februari 1962 anggota mesyuarat
bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold (SC)
yang dibentuk oleh kerajaan British. Memorandum ini mengandungi perkara
penting yang berkaitan dengan pandangan dan rasa hati penduduk Sarawak dan
Sabah bagi menganggotai persekutuan Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan
Sarawak berkaitan penubuhan gagasan Malaysia serta membuat penilaian telah
mengemukakan laporan bahawa penduduk disana menyokong penubuhan gagasan
Malaysia dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi. Berdasarkan laporan
itu, SC mencadangkan beberapa perkara, iaitu:
1. Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Tanah
Melayu 1957.
2. Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya..
3. Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.
4. Jaminan diberi terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak.
5. Menyokong pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.

AKTIVITI 2.2

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang Penubuhan Persekutuan


Malaysia? Silalah berkunjung ke laman web berikut:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

2.10 REAKSI NEGARA JIRAN TERHADAP


PEMBENTUKKAN MALAYSIA
Sekarang mari kita lihat reaksi Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Sabah dan
Sarawak terhadap pembentukan Malaysia.
40  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

2.10.1 Reaksi Indonesia dan Filipina


Menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak bersetuju MALAYSIA ditubuhkan pada 31 Ogas 1963. Walau
bagaimanapun tentangan daripada Indonesia dan Filipina menyulitkan
pembentukan itu. Bagi mengurangkan ketegangan tersebut, perjumpaan ketiga-
tiga pihak yang melibatkan Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina telah
diadakan. Sidang kemuncak antara ketua-ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul
Rahman (mewakili Tanah Melayu), Presiden Sukarno (Indonesia) dan Presiden
Macapagal (Filipina) telah diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 6 Ogos
1963. Sidang kemuncak itu walau bagaimanapun gagal merungkaikan
penentangan kedua-dua negara tersebut.
Kerajaan Indonesia dan kerajaan Filipina merasakan bahawa mereka
menpunyai alasan yang kukuh untuk menentang penubuhan gagasan Malaysia.
Pada tanggapan mereka, kerajaan Tanah Melayu seharusnya mendapatkan
pandangan mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang
boleh menimbulkan ketegangan.
Para penganalisis sejarah mentafsirkan tindakan Presiden Sukarno menentang
penubuhan Malaysia ini adalah atas sebab-sebab berikut:
1. Presiden Sukarno berhasrat untuk menubuhkan sebuah empayar yang
dikenali sebagai Indonesia Raya. Cita-cita penyatuan ini akan hancur
kerana Malaysia akan menjadi sebuah negara yang besar dan kuat.
2. Penentangan ini juga dianggap sebagai percubaan untuk mengalihkan
pandangan rakyatnya daripada masalah dalaman, iaitu kemerosotan
ekonomi, krisis kepimpinan yang dialaminya dan ancaman keselamatan.
Lantaran itu Indonesia melancarkan penentangan yang dikenali sebagai
„Konfrontasi„. Pada 20 Januari 1963, Presiden Sukarno mengumumkan dasar
konfrontasinya dengan slogan „Ganyang Malaysia„. Cadangan pembentukan
Malaysia ini tidak dipersetujui oleh Presiden Sukarno kerana beliau berkecil
hati Tanah Melayu tidak terlebih dahulu berunding dengan Indonesia, sebuah
negara yang lebih besar yang juga berhampiran dengannya. Sukarno juga
mendakwa Malaysia akan menjadi satu bentuk penguasaan politik baru yang
akan menggugat kepentingan Indonesia dan sekali gus akan melemahkan
semangat kenusantaraan Melayu yang cuba dipupuk selama ini.
Penentangan Filipina pula berpunca daripada hasrat presidennya, iaitu Presiden
Macapagal untuk menarik Sabah ke dalam wilayah Filipina. Beliau mendakwa
Sabah asalnya adalah sebahagian daripada milik Filipina. Sebelum Sabah
dijajah oleh British, Sabah (pada waktu itu Borneo Utara) diperintah oleh Sultan
Sulu yang memperoleh Sabah daripada Sultan Brunei. Untuk makluman anda,
Sulu adalah sebahagian daripada wilayah Filipina. Oleh yang demikian jika
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  41

Sabah menerima cadangan untuk memasuki pembentukan Malaysia, sudah


tentu akan menyulitkan tuntutannya.

2.10.2 Reaksi Sabah dan Sarawak


Pada peringkat awal, masyarakat Melayu berasa bimbang dengan cadangan
kemasukan Singapura ke dalam persekutuan ini, di mana keadaan ini akan
membawa kepada kebanjiran orang-orang Cina melebihi masyarakat Melayu.
Walau bagaimanapun, perkara ini dapat diredakan dengan cadangan bahawa
Borneo Utara atau Sabah dan Sarawak juga akan menyertai Persekutuan itu.
Dengan itu, diharap akan dapat memulihkan imbangan etnik bumiputera
dengan bukan bumiputera di dalam Persekutuan Malaysia nanti. Mereka
menyedari penyertaan ke dalam Malaysia bererti mereka akan membebaskan
diri daripada kuasa British. Secara tidak langsung, penggabungan Sabah dan
Sarawak ini akan membawa perubahan kepada struktur penduduk.
Bagaimanapun, wujud juga kebimbangan tertentu, misalnya, rakyat negeri-
negeri Borneo bimbang mereka akan hilang kekuatan kerana akan didominasi
oleh orang-orang Persekutuan. Orang-orang bukan Melayu khususnya khuatir
mereka akan mengalami diskriminasi, iaitu tidak mendapat layanan yang sama.
Perasaan curiga timbul kerana mereka mengandaikan kuasa politik akan
tertumpu di Kuala Lumpur. Seperkara lagi yang membimbangkan orang Cina
di Sabah dan Sarawak ialah mereka akan ketinggalan dalam persaingan ekonomi
dengan kaumnya di Singapura.
Penentangan awal kepada idea persekutuan umumnya, berjaya didamaikan, dan ia
bertukar menjadi „plus-factor„ kepada proses politik nasional yang sedang
berlangsung. Penyiasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sikap dan aspirasi penduduk Sabah dan
Sarawak, yang cenderung kepada konsep Malaysia, membantu pemupukan
persekutuan yang sedia wujud.

2.10.3 Reaksi Brunei


Pada mulanya, rakyat Brunei menyambut baik cadangan menyertai Malaysia.
Namun ada sebahagian rakyat Brunei yang ingin bersatu dengan Malaysia hanya
setelah Brunei mencapai kemerdekaan sendiri terlebih dahulu. Sultan Omar Ali
Sarifuddin sendiri sangat berminat dan menganggap penubuhan Malaysia
adalah satu idea yang baik. Hasrat bagi bergabung dengan Malaysia, walau
bagaimanapun mendapat tentangan daripada pihak Parti Rakyat Brunei yang
dipimpin oleh A.M. Azahari. Parti ini inginkan Brunei digabungkan dengan
Borneo Utara British (Sabah) dan Sarawak di bawah nama Kalimantan Utara.
Penentangan ini membawa kepada pemberontakan bersenjata yang dikenali
42  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

sebagai Pemberontakan Brunei pada 7 Disember 1962. Walau bagaimanapun,


pemberontakan itu dapat dipatahkan oleh Sultan dengan sokongan British.
Dalam pada itu, Sultan Brunei menetapkan beberapa tuntutan bagi
merealisasikan penyertaan negaranya dalam Persekutuan Malaysia. Mari kita
tinjau tuntutan-tuntutan tersebut.
1. Brunei diberi sekurang-kurangnyanya sepuluh kerusi parlimen;
2. Brunei dibenarkan terus menguasai hasil minyak;
3. Brunei memegang autonomi kewangan di peringkat awal;
4. Brunei mengekalkan semua pelaburannya;
5. Brunei mengekalkan percukaian yang rendah;
6. Meneruskan program pendidikan dan kebajikannya; dan
7. Mengiktiraf kekananan baginda dalam Majlis Raja-raja diambil kira dari
tarikh baginda menjadi Sultan Negeri Brunei (1950), dan bukan dari
tarikh Brunei masuk ke dalam Malaysia.
Beberapa rundingan telah diadakan untuk menyelesaikan tuntutan tersebut
dan pada akhirnya semua tuntutan itu dapat diselesaikan kecuali, isu minyak
dan isu senioriti atau kekananan baginda. Tunku Abdul Rahman, pada
dasarnya bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan-tuntutan Sultan Brunei secara
kompromi. Walau bagaimanapun, dua tuntutan yang dianggap penting bagi
baginda, iaitu soal kekananan dan soal minyak tidak dapat dipersetujui.
Sultan Omar Ali Sarifuddin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada
menyertai Malaysia sehari sebelum Perjanjian Malaysia dijadual untuk
ditandatangani di London. Baginda dikatakan tersinggung kerana soal senioriti
baginda tidak dipertimbangkan dengan secukupnya.

2.10.4 Reaksi Singapura


Pada amnya, idea penubuhan Malaysia disambut baik oleh penduduk Singapura.
Lee Kuan Yew sendiri sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) dikatakan
paling berminat dengan idea tersebut. Walau bagaimanapun, sokongan kuat yang
diberikan pada peringkat awal telah berubah pada awal tahun 1961. Perubahan
pendirian ini adalah berpunca daripada perubahan politik yang berlaku di
Singapura. Parti serpihan PAP, iaitu sebuah parti sosialis United PeopleÊs Party
(UPP) telah menyatakan tentangan hebat terhadap penyertaan Singapura dalam
Malaysia. Hal ini demikian kerana UPP mempunyai hasrat untuk membawa
Singapura merdeka melalui cara dan ideologi yang lain.
Sungguhpun begitu, Lee Kuan Yew masih berhasrat untuk bercantum dan berada
dalam Malaysia. Di sini dapat kita lihat bahawa perkara ini tidak melemahkan
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  43

keputusan Singapura untuk bersama dalam Malaysia. Bagi Tunku Abdul


Rahman dan Lee Kuan Yew, masalah yang dihadapi menguatkan lagi cita-cita
mereka ke arah pembentukan Malaysia.

2.10.5 Pemisahan Singapura daripada Malaysia


Tarikh pembentukan Malaysia yang pada awalnya dirancangkan pada 31 Ogos
1963 terpaksa ditunda pada 16 September 1963. Hal ini berlaku disebabkan
kelewatan laporan PBB disiapkan, serta tentangan daripada Indonesia dan
Filipina yang berterusan. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir.
Secara amnya, konsep persekutuan ini boleh dianggap sebagai satu prinsip
organisasi, iaitu suatu kompromi yang dicapai antara tuntutan-tuntutan secara
bersama bagi membentuk kesatuan dan juga keseragaman (diversity) wilayah
dalam sesebuah masyarakat. Ini dapat dicapai dengan cara penubuhan sebuah
sistem politik yang tunggal.
Pada waktu tersebut, Sabah dan Sarawak adalah tanah jajahan British.
Singapura pula adalah koloni British. Kemasukan negeri-negeri itu ke dalam
Malaysia, dianggap sebagai satu cara untuk membebaskan diri daripada kuasa
asing. Malah, bagi pemimpin dan rakyat negeri-negeri tersebut, pembebasan
daripada pengaruh kuasa asing menjadi pendorong utama untuk mereka
menyertai pembentukan Malaysia.
Faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia boleh kita simpulkan
seperti yang berikut:
1. Menyegerakan kemerdekaan negeri-negeri Singapura, Brunei, Sabah dan
Sarawak;
2. Mewujudkan keseimbangan kaum dan mengukuhkan perpaduan;
3. Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat
negeri- negeri anggota; dan
4. Memupuk bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian
warisan budaya yang kaya.
Lebih kurang dua tahun selepas pembentukan Malaysia, orang-orang Melayu
dan Cina di Semenanjung dan Singapura mengalami pembahagian pengkelasan
kaum yang berbahaya. Perbalahan mula berlaku melalui saluran PeopleÊs Action
Party (PAP) di Singapura dan Parti Perikatan di Semenanjung, yang akhirnya
bertukar menjadi konflik.
Menjelang bulan Julai 1964, ketegangan hubungan kaum memuncak hingga
mencetuskan rusuhan sebanyak dua kali, iaitu pada 21 Julai 1964 dan 2
September 1964. Kesan-kesan rusuhan tersebut adalah:
44  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

1. Memburukkan persefahaman antara Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan


Yew;
2. Hubungan Lee Kuan Yew dengan pemimpin-pemimpin MCA terjejas; dan
3. Mendorong Tunku Abdul Rahman memikirkan pemisahan Singapura dari
Malaysia sebagai jalan penyelesaian.
Konsep „Malaysian Malaysia„ yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew pada
bulan April 1965 merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keresahan
orang-orang Melayu di Semenanjung. Slogan tersebut mengajak rakyat
Malaysia, khususnya orang-orang bukan Melayu memperjuangkan bahawa
tiada sebarang kaum di Malaysia yang boleh mengaku lebih asli daripada kaum-
kaum lain. Dengan kata lain, semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain
bangsa adalah sama rata. Tiada konsep keistimewaan kepada orang-orang
Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Slogan tersebut juga semakin
menyatukan orang Cina untuk memusuhi orang Melayu. Dalam waktu yang
sama, masyarakat Melayu pula menganggap slogan itu secara langsung
mencabar status ketuanan mereka.
Beberapa usaha dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian. Walau bagaimanapun
semuanya gagal kerana Singapura terus memburukkan keadaan. Akhirnya pada 9
Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan daripada Malaysia. Singapura kemudiannya
menubuhkan sebuah Republik, iaitu setelah menganggotai Malaysia selama dua
puluh tiga bulan sahaja.

SEMAK-KENDIRI 2.3

1. Idea gagasan Malaysia ini telah cuba meletakkan Malaysia ke


satu tahap yang lebih tinggi daripada kemunculannya pada
tahun 1957 selepas kemerdekaan. Huraikan kesan-kesan yang
timbul daripada idea ini dan apakah bentuk-bentuk ancaman
yang mungkin berlaku selepas penubuhan gagasan ini.
2. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan
Persekutuan Malaysia. Sejauh manakah faktor-faktor ini menjadi
asas utama ke arah pembentukan tersebut?
TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN  45

AKTIVITI 2.3
Singapura telah dipisahkan daripada Malaysia setelah berlaku beberapa
konflik yang boleh menimbulkan masalah yang besar kepada Malaysia.
Bincangkan sejauh manakah isu keselamatan nasional, khususnya
keselamatan dalaman dan luaran telah memainkan peranan besar
terhadap keputusan yang telah diambil.

 Kuasa-kuasa asing yang pernah menjajahi negara kita terdiri daripada


Portugis, Belanda dan British.
 Faktor-faktor utama yang menyebabkan pihak luar berminat menjajahi
negara kita ialah faktor politik dan pentadbiran, faktor geografi, faktor
ekonomi, faktor sosial dan faktor budaya.
 Kewujudan Malayan Union, Kesatuan Melayu dan penentangan kaum
Melayu telah meninggalkan kesan-kesan penjajahan kepada sistem sosio-
ekonomi dan politik pada hari ini.
 Dalam topik ini, telah dinyatakan bahawa usaha-usaha mencapai kemerdekaan
tidak melalui jalan yang mudah.
 Cadangan serius penubuhan Malaysia telah dibuat oleh Y.M. Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj di Singapura pada 27 Mei 1961.
 Cadangan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak pihak,
walaupun sebahagian besar daripada rakyat negeri-negeri asal (Singapura,
Brunei, Sabah, Sarawak) berminat.
 Brunei, misalnya menarik diri pada saat akhir sebelum Persekutuan Malaysia
diisytiharkan. Singapura pula menimbulkan masalah selepas menganggotai
Malaysia. Indonesia dan Filipina pula menentang usaha penubuhan gagasan ini.
46  TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Autonomi Kongres
Entrepot Nasionalisme
Gerila Persekutuan
Kemerdekaan Residen
Kesatuan/Persatuan

Abdullah Ahmad. (1987). Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia
1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Andaya, B.W., & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan.
Buyung Adil. (1973). Sejarah Melaka dalam Zaman Kerajaan Melaka. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buyung Adil. (1985). Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan: Abad 15-
19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mackie, J.A.C. (1974). Konfrontasi: The Indonesia Malaysia Dispute 1963-1966.
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. (2004). Pengajian Malaysia. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.
Mohd Idris Saleh, Che Su Mustafa & Fuziah Shafie. (1994). Sejarah Pembangunan
Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. (1992). Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi
Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. (1992). The Malay Sultanate of Malacca. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shellabear, W.G. (1978). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Press.
Syed Muhammad Naquib Al-Atas. (1972). Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Topik 3  Komponen
Utama
Sistem
Kerajaan dan
Jentera
Pentadbiran
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan fungsi dan peranan Ketua Pemerintah Negara, iaitu
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;
2. Mengenal pasti tugas Majlis Raja-raja dalam hal-hal dasar
pentadbiran Negara;
3. Menghubungkaitkan fungsi-fungsi Badan Pemerintah, Badan
Perundangan dan Badan Kehakiman dan sistem kerajaan Malaysia;
4. Menyenaraikan fungsi dan tanggungjawab sistem kabinet negara
serta kementerian-kementerian di dalamnya;
5. Menghubungkaitkan peranan badan-badan berkanun dalam
menjayakan pentadbiran dan pembangunan negara; dan
6. Menjelaskan perlunya sesuatu suruhanjaya berfungsi bagi
melancarkan lagi jentera pentadbiran negara.
48  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

 PENGENALAN
Dalam topik ini, anda akan mengikuti bagaimana kerajaan Malaysia ditadbir
melalui badan-badan tertentu. Anda akan diperkenalkan dengan fungsi dan
peranan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja sebagai payung kedaulatan
undang-undang dan pentadbiran negara secara umumnya.
Dalam topik ini juga, diterangkan fungsi Badan Pemerintah (Eksekutif), Badan
Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Anda akan dibawa
menyelusuri bidang tugas ketiga-tiga badan tersebut dan hubung kait antara
ketiga-tiganya.
Tahukah anda bahawa sistem dan struktur pentadbiran negara kita dilaksanakan
oleh tiga badan: Badan Eksekutif, Badan Legislatif dan Badan Judisiari? Badan
Eksekutif menjalankan fungsi yang penting bagi menggerakkan jentera
pentadbiran negara. Jentera pentadbiran negara pada umumnya diketuai oleh
Jabatan Perdana Menteri dan disokong oleh kementerian-kementerian, agensi-
agensi kerajaan, badan-badan berkanun, dan suruhanjaya-suruhanjaya.
Dalam topik ini, anda dapat meneliti fungsi dan tanggungjawab kesemua jentera-
jentera berkenaan dan melihat perkaitan keseluruhan jentera pentadbiran negara.
Tentunya nanti anda dapat memahami betapa perlunya jentera-jentera berkenaan
berjalan dengan lancar bagi menjamin pembangunan negara yang pesat.

3.1 MAJLIS RAJA-RAJA DAN YANG


DI-PERTUAN AGONG
Untuk pengetahuan semua, Majlis Raja-raja merupakan badan rasmi yang paling
tinggi martabatnya di negara ini. Badan ini dianggotai oleh kesemua sembilan
Sultan atau Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis ini
tidak mempunyai kuasa perundangan atau pemerintahan tetapi mempunyai
pengaruh yang kuat dan memainkan fungsi yang mustahak di negara ini.
Anggota rasmi Majlis adalah sebelas Ketua-ketua negeri. Kehadiran seseorang
Sultan atau Raja dalam persidangan boleh diwakili oleh Raja Muda sesebuah
negeri sekiranya perlembagaan negeri mengizinkan.
Antara bidang tugas Majlis Raja-raja adalah:
1. Memilih Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya;
2. Bersetuju atau tidak bersetuju hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat
agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan
Sarawak;
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  49
JENTERA PENTADBIRAN

3. Memberi persetujuan atau tidak memberi persetujuan kepada mana-mana


undang-undang yang diluluskan atau memberi nasihat tentang pelantikan
mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja; dan
4. Memikirkan dasar negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut
untuk pembangunan negara.
Majlis Raja-raja mempunyai satu badan khas yang bertindak untuk memelihara hak
istimewa orang-orang Melayu. Sekiranya berlaku apa-apa perubahan tentang
kedudukan orang-orang Melayu, perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih
dahulu dengan majlis ini. Selain itu, Majlis Raja-raja perlu dirundingi dalam perkara
pelantikan yang berikut sebelum pelantikan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong
atas nasihat Perdana Menteri, iaitu:
1. Pelantikan Ketua Hakim Negara; dua orang Hakim Besar dan Hakim
Mahkamah Agong serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi;
2. Pelantikan Ketua Audit Negara; dan
3. Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya bebas, seperti Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Dalam melaksanakan tugasnya, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara
yang meliputi perkara berikut:
1. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya;
2. Memberi nasihat tentang apa-apa pelantikan;
3. Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang yang
mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan,
kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja; dan
4. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
Anda juga tentu telah mengetahui bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan,
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Walaupun Yang di-Pertuan Agong
menjadi komponen utama dalambParlimen Malaysia, baginda tidak perlu
menghadiri persidangan Parlimen, kecuali sewaktu pembukaan rasmi penggal
Parlimen dengan peranan Baginda hanyalah merasmikan sesi parlimen tersebut.
Sebagai ketua utama negara, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai
kedudukan teristimewa. Baginda tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua
perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong adalah
seorang raja yang dipilih mengikut giliran oleh Majlis Raja-raja, dan ini telah
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Gelaran Yang di-Pertuan Agong
merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh
adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
50  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada cadangan Suruhanjaya


Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan tersebut timbul
berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin
menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu. Sistem penggiliran jawatan Yang di-
Pertuan Agong pada setiap lima tahun dianggap unik. Hal ini demikian kerana ia
menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden
berasaskan perlembagaan. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang
mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberi kepada Raja-raja Melayu dari negeri-negeri
yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri
Tidak Bersekutu. Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan,
Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah Perlis,
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Negeri-negeri selain itu, ketuanya tidak
boleh dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong disebabkan negeri tersebut tidak
mempunyai raja.
Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak
gelaran Yang Dipertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-raja
telah bersidang untuk mengundi Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Selepas
pusingan pertama Sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut
pemerintah negeri adalah menurut giliran yang telah digunakan sebelum ini, iaitu:
1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak
Mari kita tinjau pula kelayakan bagi menjadi Yang di-Pertuan Agong. Setiap
Raja-raja Melayu adalah layak dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong
melainkan:
1. Jika baginda tidak cukup umur;
2. Menolak untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong; dan
3. Baginda ingin dikecualikan disebabkan masalah kesihatan.
Dalam konteks sistem penggiliran ini, raja yang teratas dalam senarai pemilihan akan
ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong. Baginda akan memegang jawatan itu
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  51
JENTERA PENTADBIRAN

selama lima tahun. Walau bagaimanapun, perkara ini mempunyai kekecualian


sekiranya baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan sebelum tempoh yang
ditetapkan oleh Raja-raja.

Kaedah-kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:


1. Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih. Walau bagaimanapun,
pemilihan dibuat mengikut kekananan (senioriti);
2. Raja-raja sahaja yang boleh mengundi. Anggota Majlis Raja-raja yang
bukan anak raja, iaitu TYT Gabenor-gabenor, tidak hadir dalam
perjumpaan memilih Yang di-Pertuan Agong;
3. Pemilihan dibuat berdasarkan giliran. Raja sesebuah negeri tidak boleh
dipilih dua kali dalam pusingan yang sama; dan
4. Seseorang Sultan atau Raja boleh melantik seorang lain dari negeri baginda
sebagai proksi untuk mewakili baginda.
Sistem beraja serta adat dan tradisi memang sudah lama sedia ada di Tanah
Melayu. Institusi Yang di-Pertuan Agong hanya diamalkan semenjak merdeka
sahaja.

Raja-raja Berikut Pernah Menjadi Yang di-Pertuan Agong:


1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri
Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah antara 1957 dan 1960,
mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2. Sultan Hisamuddin Alam Shah aI-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin
Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada
1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis,
diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960 sehingga 1965, mangkat
pada 2000.
4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari
Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965 sehingga 1970,
mangkat pada 1979.
5. Tuanku al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim al-Muadzam
Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924,
memerintah pada 1970 sehingga 1975.
6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan,
diputerakan 1917, memerintah pada 1975 sehingga 1979, mangkat ketika
memerintah pada 29 Mac 1979.
52  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

7. Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu
Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930,
memerintah pada 1979 sehingga 1984.
8. Baginda al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar al-Haj ibni Almarhum
Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984
sehingga 1989.
9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin
Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah
pada 1989 sehingga 1994.
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri
Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994 sehingga 1999.
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin
Alam Shah aI-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999
sehingga 2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
dari Perlis, diputerakan memerintah pada 2001 sehingga 2006.
Untuk makluman tambahan, Yang di-Pertuan Agong masa kini adalah Seri
Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud
al-Muktafi Billah Shah al-Haj. Baginda telah ditabalkan pada 26 April 2007.
Daripada segi pentadbiran negara, terdapat tiga badan yang setiap satunya
mempunyai pemisahan kuasa. Tahukah anda apakah badan-badan itu? Badan-
badan itu adalah:
1. Badan Pemerintah (Eksekutif)
2. Badan Perundangan (Legislatif)
3. Badan Kehakiman (Judisiari)
Pemisahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya
penumpuan kuasa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang
dimaksudkan sebagai „Doktrin Pemisahan Kuasa‰. Idea ini telah dicetuskan
oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis
dalam abad ke-18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini bertujuan supaya kuasa negara
tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.
Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Utama Negara mengetuai ketiga-tiga
badan kerajaan ini. Rajah 3.1 memberi carta pemisahan kuasa di Malaysia.
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  53
JENTERA PENTADBIRAN

Rajah 3.1: Carta Pemisahan Kuasa di Malaysia

SEMAK-KENDIRI 3.1

Apakah kaedah-kaedah yang digunakan di dalam pemilihan Yang


di-Pertuan Agong? Bincangkan tindakan yang diambil sekiranya
seseorang raja menolak menjadi Yang di-Pertuan Agong.

3.2 BADAN EKSEKUTIF


Badan pemerintah atau eksekutif diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri pula mengetuai kerajaan
(kabinet) dan juga parti yang memegang majoriti di Parlimen.
Dari sudut Perlembagaan, kuasa eksekutif adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong.
Ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perlembagaan
memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugas eksekutifnya, baginda
dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang
menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri. Seterusnya, Perlembagaan
memperuntukkan bahawa baginda mesti bertindak atas nasihat yang diberikan itu.
Untuk ingatan anda semua, „bertindak atas budi bicara‰ digunakan oleh Yang
di-Pertuan Agong pada suatu ketika untuk bertindak di luar nasihat Jemaah
Menteri. Hal ini berlaku pada tahun 1986 dan dikenali sebagai krisis
Perlembagaan.
54  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

3.2.1 Jemaah Menteri


Jemaah Menteri atau Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa
eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi Kabinet
adalah tugas yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat
Persekutuan atau Kerajaan Pusat. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dan
dianggotai oleh Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu. Mereka
bertanggungjawab secara kolektif tentang semua keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Oleh sebab Kabinet merupakan badan tertinggi di negara ini yang bertanggungjawab
bagi membentuk dasar-dasar kerajaan maka beberapa buah Jawatankuasa Tetap
Kabinet telah diwujudkan. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dipengerusikan dan
dianggotai Menteri-menteri berkenaan.
Di samping Jawatankuasa ini, terdapat beberapa buah Majlis dibentuk
untuk menyelaraskan pentadbiran negara, iaitu:
1. Majlis Tanah Negara
2. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
3. Majlis Kewangan Negara
4. Majlis Angkatan Tentera
Semua Majlis-Majlis ini dipengerusikan oleh Menteri-menteri yang
bertanggungjawab dalam portfolio-portfolio berkenaan. Kesemua Majlis-majlis
di atas adalah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ada lagi Majlis-
majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melicinkan perjalanan jentera
pentadbiran seperti:
1. Majlis Tindakan Negara
2. Majlis Ekonomi Negara
3. Majlis Keselamatan Negara
Majlis Tindakan Negara merupakan majlis pentadbiran yang tertinggi. Ia
diwujudkan bagi menyelaras pelaksanaan semua rancangan dan projek
pembangunan Kerajaan. Semua Menteri Kabinet perlu hadir dalam Majlis ini.
Majlis Ekonomi Negara diberi tanggungjawab khusus tentang aspek ekonomi
negara, manakala Majlis Keselamatan Negara bertindak menyelaraskan tugas-tugas
yang berkaitan dengan keselamatan negara.

3.2.2 Perdana Menteri


Perdana Menteri adalah ketua Jemaah Menteri atau Kabinet. Beliau berkuasa
mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke
dalam Kabinetnya. Lazimnya, sesiapa yang dilantik menganggotai kabinet atau
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  55
JENTERA PENTADBIRAN

Jemaah Menteri adalah orang-orang yang pada pendapat Perdana Menteri


boleh bekerjasama dengannya dan menyokongnya. Kesimpulannya, kuasa
sebenar pemerintahan terletak pada Perdana Menteri, yang mana nasihatnya
mesti diterima oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3.2.3 Badan Perundangan


Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan
adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang sebagai
memberi kesan kepada kehendak badan perundangan. Kuasa perundangan di
Malaysia telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh
Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri
bagi peringkat negeri. Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah
tidak tertinggi (supreme). Kedua-dua badan ini menggubal undang-undang
dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia
dan Perlembagaan Negeri-negeri. Perkara-perkara perundangan dibahagi dua
antara kedua-dua badan ini. Parlimen Malaysia berfungsi untuk menggubal
undang-undang.
Undang-undang yang digubal sebelum merdeka terus berkuat kuasa di negara ini
sehingga pindaan atau pembatalan terhadapnya dibuat oleh badan-badan berkuasa
tertentu. Sehingga kini, sudah banyak pindaan dan pembatalan yang dibuat.
Perkara 44 Bab 4, Bahagian 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan
kuasa perundangan persekutuan terletak pada Parlimen yang merangkumi Yang di-
Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

3.2.4 Dewan Negara


Keanggotaan Dewan Negara diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. Peruntukan ini menjelaskan
bahawa Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang dikenali sebagai Senator.
Daripada jumlah itu, 44 orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala 26
orang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri mewakili 13 negeri (dua orang
wakil setiap negeri).
Tempoh seseorang Senator adalah selama tiga tahun dan seseorang itu tidak
boleh memegang jawatan tersebut untuk tempoh lebih daripada dua penggal.
Untuk layak menjadi seorang Senator, calon perlulah memiliki syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia 30 tahun ke atas
56  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

3. Waras fikiran
4. Tiada rekod jenayah

3.2.5 Dewan Rakyat


Keanggotaan Dewan Rakyat ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan
Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4 Perkara 46. Peruntukan ini menjelaskan
Dewan Rakyat mempunyai 222 orang ahli yang dikenali sebagai ahli Parlimen.
209 daripada ahli Parlimen dipilih dari negeri-negeri dalam Malaysia, 11 dari
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu dari Wilayah Persekutuan Labuan
manakala satu dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Umur seorang ahli Dewan
Rakyat ialah 21 tahun ke atas.
Antara kelayakan seorang ahli dalam Dewan Rakyat adalah:
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia tidak kurang 21 tahun
3. Berfikiran waras
4. Tidak muflis
5. Tiada rekod jenayah
6. Menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Parlimen dalam
tempoh yang ditetapkan, iaitu 33 hari selepas keputusan pilihan raya
disiarkan

3.2.6 Fungsi dan Kuasa Parlimen


Dalam bidang perundangan, Parlimen (Rajah 3.2) berkuasa untuk membuat
undang-undang yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia
menerusi Perkara 66-68, Bahagian 4, Bab 5. Antara fungsi Parlimen adalah:
1. Kuasa perundangan, iaitu kuasa menggubal, meminda atau memansuhkan
undang- undang;
2. Mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana
cukai; dan
3. Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  57
JENTERA PENTADBIRAN

Rajah 3.2: Bangunan Parlimen Malaysia

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan dan ia


menggubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada
undang-undang persekutuan sedia ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam
tentang perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan
tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan,
Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang
dipanggil „Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen‰ di dalam Dewan.
Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya,
dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.
Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing,
mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini
tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah dan Dewan boleh
mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau „contempt„
di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali daripada tindakan
mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau
dilakukannya di dalam Dewan dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa
yang bertindak bagi Dewan itu.
58  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

AKTIVITI 3.1

Cuba anda lengkapkan jadual berikut dengan maklumat yang berkaitan


dengan kelayakan ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara.

Ahli Dewan Negara Ahli Dewan Rakyat


Persamaan
Perbezaan

3.2.7 Proses Menggubal Undang-undang di Parlimen


Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang dengan cara Dewan
Negara dan Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang-undang serta telah
dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong. Segala rang undang-undang yang
hendak dibuat perlu dimulakan dalam salah satu Majlis Parlimen, kecuali rang
undang-undang yang berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan dalam
Dewan Rakyat. Setiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah
Majlis Parlimen perlu melalui empat peringkat sebelum diluluskan, iaitu:
1. Bacaan Pertama
2. Bacaan Kedua
3. Perbincangan peringkat jawatankuasa
4. Bacaan Ketiga
Setelah undang-undang ini melalui empat peringkat, iaitu di Dewan Rakyat,
sesuatu rang undang-undang akan dikemukakan kepada Dewan Negara. Jika
rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara, ia akan
dipersembahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong. Undang-undang
tersebut akan menjadi undang-undang atau akta setelah mendapat perkenan
daripada Yang di-Pertuan Agong dan baginda akan menurunkan Cop Mohor
Besar. Selepas itu, rang undang-undang tersebut akan disiarkan sebagai
undang- undang dalam Warta Kerajaan. Sekiranya sesuatu undang-undang itu
tidak diperkenan oleh baginda, rang undang-undang tersebut akan dibahas
semula dalam Dewan Rakyat dan dikemukakan kepada baginda buat kali yang
kedua. Jika Yang di-Pertuan Agong tidak juga memperkenankannya Perkara 66
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan dalam masa 30 hari,
rang undang-undang tersebut akan dianggap sudah diperkenan oleh baginda.
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  59
JENTERA PENTADBIRAN

AKTIVITI 3.2

Anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Parlimen


negara kita? Anda bolehlah layari laman web
http://www.parlimen.gov.my/dR-statistik.htm.

3.3 BADAN KEHAKIMAN


Badan kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim (body of judges) dalam
satu sistem perlembagaan. Para hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan
undang-undang dengan kuasa atau autoriti yang diberikan kepada mereka. Kuasa
ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, badan kehakiman
merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam
proses pengimbangan kuasa. Untuk melaksanakan semua fungsi kehakiman ini,
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menyediakan peruntukan untuk
mewujudkan sistem mahkamah supaya tugas-tugas kehakiman dapat dilaksanakan.
Mahkamah mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan kuasa
eksekutif kerana:
1. Mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara;
2. Mentafsir sesuatu undang-undang;
3. Mengisytihar sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri;
dan
4. Mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi
undang-undang.
Undang-undang yang dibuat oleh hakim dan badan perundangan adalah berkaitan
antara satu dengan lain dalam lingkungan falsafah undang-undang. Di sini, badan
perundangan bertugas menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula
melaksanakan undang-undang itu, jika ia digubal dengan betul. Pihak mahkamah
boleh mentafsirkan bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen
atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Walau
bagaimanapun, mahkamah tidak boleh meminda undang-undang ini disebabkan
bidang kuasa pemindaan adalah hak badan perundangan atau Parlimen sahaja.
60  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

3.3.1 Kuasa Kehakiman di Malaysia


Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan
dalam Perkara 121 (l) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi
kehakiman ini pula dimuatkan dalam Perkara 121-131 (A). Untuk melaksanakan
tugas-tugas kehakiman di negara ini, sistem mahkamah telah diwujudkan.
Mahkamah juga mempunyai kuasa yang besar da1am bidang perundangan
(legislatif) dan bidang pentadbiran (eksekutif).

3.3.2 Kebebasan dan Kehakiman


Kebebasan badan kehakiman ini dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:
1. Seseorang hakim (Hakim Mahkamah Agong dan Hakim Mahkamah
Tinggi) setelah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh
dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur bersara, iaitu 65 tahun.
Ini terkecuali jika didapati kelakuan seorang hakim itu tidak baik atau
kerana beliau sudah tidak berupaya disebabkan uzur atau sebab-sebab
lain yang boleh memberi kesan terhadap tugasnya. Pemecatan ini pula
perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat Perdana Menteri)
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal ini mengandungi lima
atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari
Malaysia atau mana-mana negara Komanwel.
2. Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh Parlimen dan saraan tersebut
hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
3. Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah.
4. Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis
Parlimen, kecuali ia telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada
satu perempat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut.

3.3.3 Pelantikan Hakim


Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan
Majlis Raja-raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri. Sebelum
pelantikan hakim dibuat, Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua
Hakim Negara. Dalam hal pelantikan Hakim Besar Tanah Melayu, beliau harus
berunding dengan dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Manakala dalam
soal pelantikan Hakim Besar Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua
Menteri Sabah dan Sarawak. Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Agong, beliau
harus berunding dengan dua orang Hakim Besar dan untuk pelantikan Hakim
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  61
JENTERA PENTADBIRAN

Mahkamah Tinggi, beliau perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah


yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan
Hakim Besar. Majistret Kelas Pertama bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong. Manakala, pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh raja atau
gabenor atas cadangan Hakim Besar. Majistret Kelas Kedua bagi Wilayah
Persekutuan juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda dan bagi negeri- negeri dilantik
oleh raja atau gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar. Struktur kehakiman di
Malaysia dapat kita lihat dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Struktur Kehakiman di Malaysia

SEMAK-KENDIRI 3.2

Mahkamah juga mempunyai kuasa yang besar dalam bidang


perundangan (legislatif) dan bidang pentadbiran (eksekutif).
Jelaskan contoh-contoh bagaimana mahkamah boleh melaksanakan
kuasa-kuasa tersebut.
62  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

3.4 SISTEM KABINET DAN KEMENTERIAN


Sistem kerajaan Persekutuan di Malaysia pada umumnya dilaksanakan oleh
badan eksekutif yang dinamakan sebagai kabinet. Tahukah anda bahawa badan
ini terletak di bawah kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong? Hal ini ditegaskan
oleh Perkara 39 Perlembagaan Malaysia yang menjelaskan bahawa kuasa
eksekutif bagi Persekutuan Tanah Melayu terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 43 pula menjelaskan bahawa Seri Paduka Baginda perlu melantik sebuah
kabinet bagi menasihati baginda melaksanakan tugas tersebut.
Dalam konteks Malaysia, kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan
disertai oleh menteri-menteri lain. Kabinet dibentuk oleh parti yang memenangi
secara majoriti dalam pilihan raya Parlimen. Pelantikan Perdana Menteri,
Menteri-menteri dan Timbalan Menteri perlu diperkenankan oleh Seri Paduka
Baginda. Perlu diketahui, timbalan menteri bukan anggota kabinet. Oleh itu,
timbalan menteri tidak perlu hadir dalam mesyuarat mingguan kabinet yang
diadakan pada setiap hari Rabu, lazimnya di Jabatan Perdana Menteri.
Setiap menteri atau anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab secara
kolektif terhadap semua keputusan mesyuarat. Oleh itu, anggota yang tidak
bersetuju atau ingkar dengan keputusan tersebut perlu melepaskan jawatan.
Secara umumnya, fungsi Kabinet Malaysia dapat disenaraikan seperti berikut:
(a) Menentukan dasar-dasar negara;
(b) Mentadbir dan melaksanakan pentadbiran selari dengan bidang kuasa
yang diperuntukkan;
(c) Menyelaraskan sistem pentadbiran negara agar cekap dan mantap; dan
(d) Menyelesaikan permasalahan negara yang berkaitan dengan kepentingan
rakyat.
Jentera pentadbiran negara menerima dan melaksanakan segala arahan yang
diputuskan oleh kabinet. Susunan jentera pentadbiran ini, antaranya melibatkan
Jabatan Perdana Menteri, Kementerian, Perbadanan Awam, Badan Berkanun
dan Suruhanjaya. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri bagi
menjadikan pentadbiran negara berjalan lancar.

AKTIVITI 3.3
Anda ingin mengenali barisan kabinet negara kita? Anda bolehlah
cuba layari laman web berikut bagi mengenali mereka:
http://www.kabinet.jpm.my/index.html
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  63
JENTERA PENTADBIRAN

3.4.1 Agensi Kerajaan


Agensi kerajaan pada umumnya dibahagi kepada dua kategori, iaitu:
(a) Agensi pusat; dan
(b) Agensi pelaksana.
Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Agensi pusat misalnya
berfungsi bagi:
(a) Menggubal dasar dan perancangan ekonomi;
(b) Menentukan peruntukan perbelanjaan; dan
(c) Menyelaras, mengawal dan membantu agensi pelaksana.

Manakala, agensi pelaksana pula berfungsi bagi:


(a) Melaksanakan segala arahan kerajaan;
(b) Melaksanakan projek-projek pembangunan; dan
(c) Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai.

Terdapat enam agensi pusat dalam pentadbiran kerajaan. Lima daripada agensi
pusat itu terletak di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan sebuah lagi
di bawah Kementerian Kewangan. Agensi pusat yang terdapat di Jabatan
Perdana Menteri, adalah:
(a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
(b) Unit Perancang Ekonomi (EPU);
(c) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU);
(d) Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi (SERU); dan
(e) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU).

Manakala, satu lagi agensi yang terletak di bawah Kementerian Kewangan


adalah Perbendaharaan.
Agensi pelaksana dimainkan oleh kementerian-kementerian, seperti Kementerian
Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.
Selain itu, peranan ini turut dilakukan oleh jabatan, suruhanjaya dan unit dalam
kementerian.
64  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

3.4.2 Jabatan Perdana Menteri (JPM)


Antara 27 kementerian yang diwujudkan dalam pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri adalah kementerian atau jabatan yang
paling penting.
Fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah bagi:
(a) Merancang dan menyelaras semua dasar-dasar negara; dan
(b) Menentukan dasar kerajaan dilaksanakan dengan lancar dan berkesan
menerusi kementerian-kementerian.

Ada banyak organisasi atau agensi kerajaan pusat yang penting di bawah
Jabatan Perdana Menteri. Selain agensi-agensi pusat yang dinyatakan tadi,
organisasi dan agensi lain adalah:
1. Majlis Perancangan Negara
2. Majlis Keselamatan Negara
3. Majlis Pembangunan Negara
4. Jabatan Peguam Negara
5. Jabatan Audit Negara
6. Badan Pencegah Rasuah (BPR)
7. Jabatan Perpaduan Negara
8. Amanah Raya Berhad
9. Majlis Hal-ehwal Islam Kebangsaan
10. Biro Bantuan Guaman

3.4.3 Majlis Perancangan Negara


Majlis yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Ekonomi Negara, dipengerusikan
oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri kanan. Fungsi utama
majlis ini adalah bagi:
1. Menyiapkan program pembangunan ekonomi negara;
2. Menyelaras, meneliti dan melaksanakan projek ekonomi seperti Rancangan
Malaysia Lima Tahun; dan
3. Majlis ini dibantu oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan
Negara yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Unit
Perancang Ekonomi (EPU).
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  65
JENTERA PENTADBIRAN

3.4.4 Majlis Pembangunan Negara


Majlis ini diketuai oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh sernua menteri
kabinet. Fungsi utama Majlis Pembangunan Negara adalah bagi:
1. Meneliti laporan dan kemajuan agensi-agensi kerajaan seperti kementerian,
jabatan dan sebagainya; dan
2. Menyelaras projek pembangunan antara kerajaan pusat dan negeri.
Penyelarasan ini dilakukan dengan bantuan:
(a) Majlis Tindakan Negeri
(b) Jawatankuasa Tindakan Daerah
(c) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

3.4.5 Majlis Keselamatan Negara


Majlis ini juga dipengerusikan oleh Perdana Menteri serta dianggotai oleh
menteri- menteri kanan. Fungsi utama Majlis Keselamatan Negara adalah bagi:
1. Menyelaras, meneliti dan menyelesaikan isu-isu keselamatan negara; dan
2. Bekerjasama dengan agensi kerajaan peringkat negeri, iaitu Jawatakuasa
Keselamatan Negeri dalam hal keselamatan.

3.4.6 Jabatan Peguam Negara


Jabatan ini diketuai oleh Peguam Negara yang bertindak sebagai Penasihat
Undang-undang pada peringkat negara.
Bidang kuasa Jabatan Peguam Negara adalah seperti berikut:
1. Mengkaji laporan siasatan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR),
seterusnya membuat pendakwaan jika bukti yang diberikan mempunyai
asas yang kukuh;
2. Mempunyai hak mendengar di mahkamah;
3. Mempunyai budi bicara menjalankan, menangguh atau membatalkan
sesuatu pendakwaan;
4. Boleh bertindak sebagai Pendakwa Raya;
5. Mewakili kerajaan dalam tuntutan sivil di mahkamah; dan
6. Membantu pihak menteri atau kerajaan membuat draf rang undang-undang
atau membuat pindaan perlembagaan.
66  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

3.4.7 Fungsi Agensi Pusat


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Fungsi JPA adalah bagi:
(a) Merancang dan melaksana dasar pengambilan, kenaikan pangkat dan
disiplin kakitangan kerajaan;
(b) Menggubal skim gaji, elaun dan pencen kakitangan awam, serta
menyediakan forum bagi membincangkannya dengan wakil-wakil
kakitangan awam;
(c) Berbincang dengan Bahagian Perbendaharaan bagi menyelesaikan isu
kenaikan gaji, pemberian bonus dan insentif; dan
(d) Mentadbir Institut Tadbiran Negara (INTAN) dan menyediakan latihan
untuk kakitangan awam.

Unit Perancang Ekonomi (EPU)


Unit ini adalah agensi pusat yang penting bagi merancang ekonomi negara.
Fungsi utama EPU adalah bagi:
(a) Menyediakan rancangan pembangunan lima tahun;
(b) Menyelaras badan-badan kerajaan dan memastikan pelaksanaan projek-
projek yang telah diluluskan;
(c) Mengkaji semula rancangan-rancangan lima tahun; dan
(d) Menasihati kerajaan dalam hal-ehwal ekonomi semasa dan antarabangsa.

EPU juga berperanan sebagai urus setia kepada:


(a) Majlis Perancang Negara;
(b) Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan Negara;
(c) Jawatankuasa Pelaburan Antarabangsa;
(d) Unit Khas Penswastaan;
(e) Panel Ekonomi; dan
(f) Rancangan Bantuan Teknikal Malaysia untuk negara-negara sedang
membangun.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)


Unit Penyelarasan Pelaksanaan ditubuhkan bagi memastikan penyelarasan dan
pelaksanaan segala rancangan pembangunan serta dasar-dasar kerajaan dapat
dilakukan.
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  67
JENTERA PENTADBIRAN

Fungsi utama ICU adalah bagi:


(a) Memastikan segala dasar ekonomi kerajaan, seperti Dasar Pembangunan
Nasional;
(b) Mencapai sasaran;
(c) Mengawasi perjalanan agensi dan perbadanan awam, seperti PETRONAS,
PERNAS, HICOM dan MISC;
(d) Melaksana rancangan penyusunan semula masyarakat bagi menggalakkan
penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian;
dan
(e) Menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara.

Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)


Unit Penyelidikan Sosioekonomi ditubuhkan bagi membuat penyelidikan terhadap
program pembangunan kerajaan dan kesannya terhadap sosioekonomi masyarakat.
Fungsi utama SERU adalah bagi:
(a) Mengkaji implikasi rancangan pembangunan dan dasar-dasar yang
dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat;
(b) Mendapatkan maklumat serta membuat penyelidikan bagi membantu
kerajaan;
(c) Merancang program akan datang; dan
(d) Membuat kajian khusus tentang kesan pembangunan luar bandar,
perindustrian, pertanian dan urbanisasi.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)


MAMPU adalah agensi pusat yang ditubuhkan secara khusus bagi memajukan
sistem pengurusan dan pentadbiran badan-badan kerajaan.
Fungsi utama MAMPU adalah bagi:
(a) Meningkatkan kecekapan pengurusan pejabat kerajaan dan kakitangan
kerajaan;
(b) Memajukan pentadbiran awam, misalnya melalui penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi; dan
(c) Menyediakan khidmat nasihat dan konsultan bagi meningkatkan keupayaan
mentadbir agensi-agensi kerajaan.
68  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

3.5 KEMENTERIAN
Kementerian adalah badan pentadbiran tertinggi dalam sistem pentadbiran
kerajaan persekutuan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan
dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
Kini terdapat 27 kementerian dan setiap satu kementerian dibantu oleh jabatan,
bahagian, agensi dan badan berkanun tersendiri. Jumlah kementerian ini boleh
ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan negara. Ketua pentadbir utama
bagi sesebuah kementerian adalah Ketua Setiausaha (KSU), manakala ketua
pentadbir bagi Jabatan Perdana Menteri adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN).
KSN juga adalah ketua perkhidmatan awam peringkat persekutuan. Kesemua
ketua pentadbir JPM dan kementerian-kementerian adalah penjawat jawatan awam.
Fungsi sesebuah kementerian adalah bagi:
(a) Merancang dasar, mengawal dan menyelaras rancangan di bawah arahan
menteri; dan
(b) Mengawal pelaksanaan rancangan oleh agensi-agensi pelaksana.
Di bawah setiap kementerian terdapat beberapa jabatan yang membantu
pelaksanaan fungsi-fungsi yang telah disebutkan. Antara contoh jabatan
penting dalam kementerian kerajaan persekutuan adalah seperti dalam
Jadual 3.1 yang berikut.
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  69
JENTERA PENTADBIRAN

Jadual 3.1: Jabatan dan Badan di bawah Kementerian

Kementerian Jabatan/Badan
Kementerian Kerja Raya (a) Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pertanian (a) Jabatan Pertanian
(b) Jabatan Perikanan
(c) Jabatan Perkhidmatan Haiwan
(d) Jabatan Parit dan Tali Air
Kementerian Penerangan (a) Jabatan Penerangan
(b) Jabatan Filem Negara Malaysia
Jabatan Perdana Menteri (a) Jabatan Peguam Negara
(b) Biro Aduan Awam
(c) Biro Bantuan Guaman
Kementerian Kewangan (a) Lembaga Hasil Dalam Negeri
(b) Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi (a) Jabatan Kimia Malaysia
dan Alam Sekitar (b) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (PERHILITAN)
Kementerian Dalam Negeri (a) Jabatan Imigresen
(b) Jabatan Pendaftaran Negara
(c) Jabatan Penjara

3.6 BADAN BERKANUN


Pada umumnya, pelaksanaan jentera kerajaan digerakkan oleh perbadanan-
perbadanan awam. Perbadanan awam adalah badan atau agensi milik kerajaan yang
ditubuhkan untuk matlamat khusus; seperti membantu para petani, penternak,
nelayan dan usahawan. Matlamat akhirnya adalah bagi meningkatkan ekonomi dan
kemajuan negara. Semua perbadanan awam dikendalikan di bawah kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Kementerian yang khusus.
Perbadanan awam secara umumnya terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
(a) Badan berkanun; dan
(b) Badan tidak berkanun.
Jadual 3.2 menyatakan contoh-contoh badan berkanun dan peranannya
mengikut kementerian.
70  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

Jadual 3.2: Contoh-contoh Badan Berkanun dan Peranannya Mengikut Kementerian

Kementerian Badan Berkanun Peranan

1 Kewangan (a) Bank Negara Malaysia − Menasihati kerajaan dari hal


(BNM) kewangan
(b) Kumpulan Wang − Menggalakkan tabungan hari
Simpanan Pekerja (KWSP) tua pekerja

2 Pembangunan (a) Majlis Amanah Rakyat − Menggalakkan bumiputera


Usahawan (MARA) dalam sektor perniagaan
(b) Perbadanan Pembangunan − Menggalakkan penyertaan
Bandar (UDA) bumiputera dalam
pembangunan bandar

3 Perusahaan (a) Institut Penyelidikan − Menyelidik dan


Utama Minyak Sawit Malaysia membangunkan industri sawit.
(PORIM)
− Menyelidik dan
(b) Lembaga Getah Malaysia membangunkan industri getah.
(LGM)

4 Tanah dan Lembaga Kemajuan Tanah − Membuka dan menguruskan


Pembangunan Persekutuan (FELDA) rancangan tanah untuk tujuan
Koperasi perladangan getah, sawit dan
selainnya.

5 Pertanian (a) Lembaga Pemulihan dan − Memulihkan dan


Penyatuan Tanah menguruskan pengusahaan
Persekutuan (FELCRA) tanah terbiar.
(b) Lembaga Pertubuhan − Membantu petani/peladang
Peladang (LPP) menguruskan aktiviti
(c) Institut Penyelidikan dan perladangan.
Pembangunan Pertanian − Mengkaji dan memajukan
(MARDI) sektor pertanian.
(d) Lembaga Pemasaran − Membantu memasarkan hasil
Pertanian Persekutuan pertanian.
(FAMA)
− Membantu dan memajukan
(e) Lembaga Kemajuan Ikan
sektor perikanan.
Malaysia (LKIM)

Badan berkanun mempunyai ciri-ciri berikut:


(a) Penubuhannya dibuat di bawah Akta Parlimen atau enakmen Negeri;
(b) Badan berkanun lazimnya ditubuhkan untuk membantu sektor ekonomi
tertentu tanpa perlu terikat kepada birokrasi;
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  71
JENTERA PENTADBIRAN

(c) Segala program dan pendapatan atau belanjawan terletak di bawah seliaan
agensi pusat;
(d) Badan ini dikendalikan oleh Lembaga Pengarah dan diketuai oleh seorang
Pengarah yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam; dan
(e) Badan ini dibenarkan mencari dana sendiri dan menubuhkan anak syarikat.
Contoh-contoh badan berkanun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi,
misalnya boleh anda lihat pada Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Badan-badan Berkanun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi

No Badan Berkanun
1 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
2 Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
3 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
4 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
5 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
6 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
7 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
8 Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)
9 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
10 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
11 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
12 Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
13 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
14 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
15 Universiti Malaya (UM)
16 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
17 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
18 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
19 Universiti Putra Malaysia (UPM)
20 Universiti Sains Malaysia (USM)
21 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
22 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
23 Universiti Utara Malaysia (UUM)
72  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

Manakala, badan tidak berkanun mempunyai ciri-ciri yang berikut:


1. Badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat bagi tujuan
kerajaan terlibat secara aktif dalam projek-projek tertentu;
2. Objektif utamanya adalah bagi mencari keuntungan daripada perniagaan;
3. Fungsi badan ini adalah sama seperti swasta kerana ia bebas merancang
aktiviti, mendapatkan sumber kewangan serta membelanjakannya. Badan
ini dikendalikan oleh satu Lembaga Pengarah yang dilantik oleh menteri
dan diketuai oleh seorang Pengurus Besar;
4. Skim perkhidmatan anggota-anggotanya lebih bebas seperti swasta; dan
5. Badan ini juga bebas menubuhkan anak syarikat sendiri.
Sebagai contoh, berikut disenaraikan badan-badan tidak berkanun di bawah
Kementerian Kewangan Malaysia.
1. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Industri Malaysia Berhad dan Bank
Islam Malaysia Berhad; berfungsi bagi menggalakkan tabungan dan
memajukan sektor ekonomi; dan
2. Khazanah Nasional Holdings Berhad (Danaharta Berhad, Dana Modal
Berhad); berfungsi membantu syarikat bermasalah ekoran kegawatan
ekonomi.

AKTIVITI 3.4

Cuba anda lengkapkan jadual yang berikut dengan maklumat yang


berkaitan dengan Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun.

Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun


Persamaan
Perbezaan

3.7 SURUHANJAYA
Bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan
sistematik, kerajaan membentuk pelbagai suruhanjaya, sama ada Suruhanjaya
Tetap atau Suruhanjaya Sementara. Suruhanjaya Tetap seperti Suruhanjaya
Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan. Manakala, Suruhanjaya Sementara
TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN  73
JENTERA PENTADBIRAN

pula adalah untuk menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara semasa.
Sesuatu suruhanjaya adalah badan yang bebas, adil dan berkecuali.
Pembentukan suruhanjaya, sama ada tetap atau sementara adalah bagi
memastikan sesuatu suruhanjaya dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan
bijak, adil dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan
harmoni. Bagi menjamin suruhanjaya ini bebas dan tidak ada campur tangan
daripada pihak-pihak tertentu, ahli-ahli suruhanjaya dilantik secara khas. Ahli-
ahli suruhanjaya akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding
dengan Majlis Raja-raja. Ahli-ahli politik (Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN)) tidak boleh dilantik untuk menganggotai mana-
mana suruhanjaya. Ahli-ahli suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal.
Saraan ahli-ahli suruhanjaya ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan
Wang Yang Disatukan.
Antara suruhanjaya tetap di peringkat Persekutuan adalah:
1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ă khusus untuk kakitangan awam;
2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ă khusus untuk pendidik dan guru;
3. Suruhanjaya Pasukan Polis ă khusus untuk anggota polis;
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang ă khusus
untuk ahli-ahli kehakiman dan undang-undang; dan
5. Majlis Angkatan Tentera ă khusus untuk anggota tentera.
Suruhanjaya sementara pula adalah suruhanjaya khas dan bebas yang
ditubuhkan bagi mengkaji atau menganalisis sesuatu isu semasa dan
memberikan cadangan kepada kerajaan. Contoh Suruhanjaya Sementara adalah:
1. Suruhanjaya Gaji Aziz
2. Suruhanjaya Gaji Harun

 Dalam topik ini, anda telah diperjelaskan tentang sistem dan struktur
pentadbiran negara kita.
 Sebagai negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, sistem
pentadbiran negara diletakkan di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.
 Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-raja.
74  TOPIK 3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN
JENTERA PENTADBIRAN

 Turut dibincangkan adalah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong serta


kaedah-kaedah bagaimana pemilihan seorang calon Yang di-Pertuan Agong
dilakukan oleh Majlis Raja-raja.
 Anda juga dimaklumkan tentang bagaimana badan-badan pemerintah
(eksekutif), perundangan (legislatif) dan kehakiman (judisiari) saling
bekerjasama bagi menggerakkan jentera pentabiran negara.
 Dalam topik ini, anda telah diperjelaskan tentang peranan jentera
pentadbiran negara bagi memastikan apa yang dihasratkan oleh rakyat
melalui wakil-wakil mereka di Parlimen dapat dilaksanakan.
 Badan-badan berkenaan mempunyai tanggung jawab yang khusus dan
saling melengkapi.
 Pada umumnya, sekiranya jentera ini gagal berfungsi, maka banyak
perancangan dan dasar kerajaan tidak terlaksana.

Agensi Kabinet
Akta Kementerian
Badan Berkanun Ordinan
Doktrin Penswastaan
Enakmen Suruhanjaya
Feudal

Abdullah Sanusi Ahmad. (1980). Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asnarulkhadi Abu Samad & Jayum A. Jawan (ed.). (1997). Kenegaraan Malaysia.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur:
Institut Tadbiran Awam Negara.
Mohamad Idris Saleh et al. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
T o pik 4  Perlembagaan
Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan asal-usul kewujudan Perlembagaan Persekutuan yang
menjadi teras kepada kedudukan Perlembagaan Malaysia sekarang
ini;
2. Menggalurkan beberapa prinsip ketertinggian perlembagaan; dan
3. Menjelaskan bagaimana perlembagaan itu dipinda.

 PENGENALAN
Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini perlu kepada panduan dan
arah tuju dalam menjalankan kehidupan seharian. Begitu juga jika manusia itu
hidup dalam satu kelompok yang besar. Maka, perlu ada undang-undang
tertentu untuk diikuti oleh masyarakat itu bagi memastikan keadaan dalam
sesebuah negara itu terkawal dan menjamin kedudukan setiap warganya.
Justeru itu, kewujudan satu perlembagaan adalah sangat mustahak bagi
memastikan kelangsungan sesebuah negara untuk terus aman dan makmur.
Sebagai seorang warganegara Malaysia, adakah anda tahu apakah maksud
perlembagaan dan apakah peranannya kepada negara anda?
76  TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.1 APA ITU PERLEMBAGAAN?


Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimana
sesuatu negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam
undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai. Perlembagaan tersebut
bersangkut paut dengan hal bagaimana keputusan-keputusan awam dicapai dan
bagaimana kuasa diagih-agihkan di antara institusi-institusi kerajaan, sama ada
di peringkat pusat ataupun di peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan
menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta
perlantikan pemerintah.

4.1.1 Sumber Undang-Undang Tertinggi di Malaysia


Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.
Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.
Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan
undang-undang, sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan
kepada rakyat. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyentuh pelbagai aspek
pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan
Agong, keistimewaan Raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa
Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi segala undang-
undang dan peraturan asas negara. Setiap negara perlu mempunyai perlembagaan
kerana perlembagaan menentukan hala tuju politik sesebuah negara.

4.1.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan: Dari


Malayan Union ke Persekutuan Malaysia

AKTIVITI 4.1

Sebelum kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu, apakah


bentuk undang-undang yang diamalkan oleh penduduk Tanah
Melayu pada waktu itu?
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  77

Pengenalan perlembagaan moden bagi Malaysia telah pun bermula pada akhir
abad ke-19, semasa kerajaan British menguasai Tanah Melayu. Kronologi
ringkasnya adalah seperti berikut:
 1905 ă Sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis
Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang
dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan
dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguhpun begitu, MMP
tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-
raja Melayu.
 1927 ă Melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP,
MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-
negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian
dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi
kuat. Sementara itu, kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa
kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British),
diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada
Setiausaha Persekutuan.
Sebagaimana yang telah anda pelajari sebelum ini, British tidak pernah
serik untuk menjajah negara ini walaupun mendapat tentangan dan
rintangan. Keadaan ini dapat dilihat selepas Perang Dunia Kedua, apabila
Jepun berundur dari Tanah Melayu, British kembali semula ke Tanah
Melayu. Mereka telah memperkenalkan Malayan Union pada bulan April
1946. Di bawah Malayan Union, segala kuasa terletak di tangan gabenor
termasuk kuasa memberi pengampunan pada orang salah. Gabenor boleh
membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan.
Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat
undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan
oleh Majlis Perundangan Malayan Union.
 1948 ă Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu
ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat
akan terdiri daripada:
(a) Seorang Pesuruhjaya Tinggi British
(b) Sebuah Majlis Mesyuarat
(c) Sebuah Majlis Perundangan
Majlis Perundangan akan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan
anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Majlis Perundangan Persekutuan telah ditubuhkan, di mana ia mempunyai
kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai
kuasa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu, Majlis
78  TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebut


dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-
masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih
awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya
sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutuan 1948.
 Jun , 1955 ă Pilihan raya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota
Majlis Perundangan Persekutuan mengandungi 52 anggota yang dipilih,
34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan dan seorang Pengerusi
yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.
 Mac, 1956 ă Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh
Lord Reid (England) dengan dibantu oleh Sir Ivor Jennings (UK), Sir
William Makell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan). Pelantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini
dikatakan adalah untuk mengelakkan daripada masalah berat sebelah.
Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi
mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa ini mula menjalankan
tugasnya pada Jun 1956, dan telah mengadakan referendum di kalangan
semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan
awam dan sebagainya. Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah
berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Secara
keseluruhan, Suruhanjaya Reid menggunakan cadangan Parti Perikatan
sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka
telah mengemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji,
diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.
Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan
dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
 Julai, 1963 ă Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan
British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut
perjanjian ini, Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk
memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak, yang masing-
masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah
Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang
dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta
Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963. Akta Malaysia yang
diluluskan pada tahun 1963 ini telah meminda Perkara 1(1) dan (2) untuk
kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura, termasuklah menukarkan nama
Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  79

4.1.3 Bentuk-bentuk Perlembagaan


Terdapat dua bentuk Perlembagaan iaitu Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan
Tidak Bertulis.

Perlembagaan Bertulis
Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.
Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat yang utama, iaitu:
1. Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam
perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda;
2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara
yang terkandung dalam perlembagaan tetapi Parlimen dilarang membuat
undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi; dan
3. Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan
melindungi perlembagaan.
Contoh perlembagaan bertulis ialah Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Tidak Bertulis


Merangkumi semua prinsip Perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
surat/dokumen. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
(Contoh: Perlembagaan United Kingdom). Malaysia mengamalkan perlembagaan
bertulis di mana Parlimen mendapat kuasa daripada Perlembagaan.

4.2 TUJUAN PERLEMBAGAAN

4.2.1 Mewujudkan Satu Bentuk Pemerintahan yang


Adil
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarahnya berdasarkan tolak ansur antara kaum
dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama
Islam dan lain-lain lagi. Walaupun perlembagaan memperuntukkan agama Islam
sebagai agama rasmi negara (Bahagian 1, Perkara 3 (1)), tetapi agama lain juga bebas
diamalkan di Malaysia. Peruntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
(Perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh
digunakan. Manakala dalam perkara hak keistimewaan orang Melayu, Yang di-
Pertuan Agong bukan sahaja menjaga kepentingan orang Melayu, tetapi kaum bukan
Melayu juga mendapat perlindungan yang sewajarnya. Peruntukan ini adalah untuk
melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesebuah
kaum sahaja. Semua kaum mendapat tempat dalam Perlembagaan Malaysia.
80  TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.2.2 Mengelakkan Penyalahgunaan Kuasa oleh


Pemerintah
Jika dahulu Raja berkuasa mutlak dan boleh melakukan apa sahaja, kini tidak lagi.
Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan
tertentu yang khas untuk Yang di-Pertuan Agong, Raja dan Yang Dipertua Negeri.
Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala
tindakan mereka tertakluk kepada (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40) Perlembagaan
Malaysia. Maka, ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

4.2.3 Mengawal Pergerakan Kerajaan dan Rakyat


Setiap warganegara Malaysia, tidak kira pemerintah atau rakyat perlu mempunyai
kawalan terhadap setiap pergerakannya. Perlembagaan Persekutuan Malaysia
bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada
rakyat melalui kebebasan asasi (Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang
Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa
dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Pemerintah
mempunyai had terhadap perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh
dilakukan. Rakyat juga ada peraturan yang perlu mereka ikuti.

4.2.4 Alat untuk Menyelesaikan Masalah


Perlembagaan menggariskan beberapa peraturan untuk diikuti oleh semua rakyat
jelata. Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara
dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan
Negeri. Malahan, sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan
apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berdasarkan perlembagaan.

4.2.5 Menjamin Riwayat Negara Bangsa


Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Dalam hal ini, riwayat
sebuah negara bangsa yang merdeka ditentukan oleh undang-undang dan peraturan
agar keamanan negara sentiasa terbela. Perlembagaan sememangnya berperanan
penting dalam menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran negara. Malahan,
perlembagaan sendiri adalah asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia.
Justeru, pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa
Malaysia kerana ia telah mencorakkan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-
undang negara.
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  81

4.2.6 Menjamin Keamanan dan Kestabilan Negara


Perlembagaan juga berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah, mengawal
kedudukan rakyat dan pemerintah. Alat penyelesaian masalah ini sesungguhnya
telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Ini memandangkan
terdapat sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap
warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan
tertentu. Walau bagaimanapun, kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya
terutama apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat
kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10).

4.3 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN


Perlembagaan Persekutuan pada masa kini mengandungi 183 Perkara yang
terdapat di dalamnya 13 Jadual. Setiap perkara dalam perlembagaan, terdapat
beberapa Fasal yang menjelaskan dengan terperinci garis panduan dan
perundangan untuk kepentingan rakyat.
Di sini diturunkan susunan perkara-perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan
sebagai panduan anda:

Perkara 1 hingga 4
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan

Perkara 5 hingga 13
Kebebasan Asasi

Perkara 14 hingga 22
Kewarganegaraan (Bab 1 ă Perolehan Kewarganegaraan)

Perkara 23 hingga 28A


Kewarganegaraan (Bab 2 ă Penamatan Kewarganegraan)

Perkara 29 hingga 31
Kewarganegaraan (Bab 3 ă Tambahan)

Perkara 32 hingga 37
Persekutuan (Bab 1 ă Ketua utama negara)

Perkara 38
Persekutuan (Bab 2 ă Majlis Raja-Raja)

Perkara 39 hingga 43C


Persekutuan (Bab 3 ă Pemerintah)
82  TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perkara 44 hingga 65
Persekutuan (Bab 4 ă Badan-badan Perundangan Persekutuan)

Perkara 66 hingga 68
Persekutuan (Bab 5 ă Acara perundangan)

Perkara 69
Persekutuan (Bab 6 ă Keupayaan terhadap harta, kontrak dan guaman)

Perkara 70 hingga 72
Negeri-negeri

Perkara 73 hingga 79
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 1 ă Bahagian kuasa-kuasa perundangan)

Perkara 80 hingga 81
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 2 ă Pembahagian antara kuasa-kuasa pemerintah)

Perkara 82
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
(Bab 3 ă Pembahagian beban kewangan)

Perkara 83 hingga 91
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 4 ă Tanah)

Perkara 92
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 5 ă Pembangunan negara)

Perkara 93 hingga 95
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 6 ă Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan
mengenai kegiatan Negeri)

Perkara 95A hingga 95E


Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 7 ă Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)

Perkara 96 hingga 112


Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 ă Am)
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  83

Perkara 112A ă 112D


Peruntukan-peruntukan Kewangan
(Bab 2 ă Pemakaian bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)

Perkara 113 hingga 120


Pilihan Raya

Perkara 121 hingga 131A


Perhakiman

Perkara 132 hingga 148


Perkhidmatan Awam

Perkara 149 hingga 151


Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat

Perkara 152 hingga 160B


Am dan Pelbagai

Perkara 161 hingga 161H


Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak

Perkara 162 hingga 180


Peruntukan Sementara dan Peralihan

Perkara 181
Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja

Perkara 183 hingga 183


Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja

Secara umumnya, di antara perkara-perkara utama yang terkandung dalam


Perlembagaan Malaysia ialah:
1. Malaysia sebagai sebuah Persekutuan;
2. Malaysia sebagai negara raja berpelembagaan;
3. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen;
4. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kebebasan beragama dengan
agama Islam sebagai agama rasmi negara;
5. Ketertinggian perlembagaan dan undang-undang;
6. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa;
84  TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

7. Badan kehakiman yang bebas dari kawalan Badan Eksekutif dan Badan
Legislatif; dan
8. Bahasa kebangsaan, kewarganegaraan serta hak-hak istimewa kaum
bumiputera dan pribumi Sabah dan Sarawak.

4.4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN


PERLEMBAGAAN NEGERI
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah
menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin
keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. Oleh itu, perkara penting yang
mencirikan perlembagaan ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara
Persekutuan, mempunyai raja berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dan menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Tetapi, agama
lain bebas diamalkan. Ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum dan
bangsa. Manakala, perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang tertinggi
negara dan pada masa yang sama menjamin kebebasan undang-undang di negara
ini. Selain itu, perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam
pentadbiran kerajaan. Ini juga melambangkan sikap toleransi pemerintah dan
menjamin amalan demokrasi tetap wujud.
Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan:
1. Senarai Persekutuan
Meliputi perkara mengenai hal-ehwal luar negara, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil,
kewarganegaraan dan lain-lain.

2. Senarai Bersama
Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat
undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang
Persekutuan.
Contohnya, perlindungan bagi binatang liar, pemberian biasiswa,
perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung, kesihatan
awam dan lain-lain.

3. Senarai Negeri
Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum
syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri,
jentera kerajaan Negeri dan lain-lain.
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  85

4.4.1 Perlembagaan Negeri


Perlembagaan Malaysia yang terbentuk sebenarnya ialah hasil daripada
perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Negara-
negara yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia sememangnya diberikan
hak, kuasa dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri. Perkara 71 (1) Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan kerajaan Persekutuan yang menjamin hak raja
sesuatu negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan
hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut Perlembagaan
Negeri tersebut. Walau bagaimanapun, apa-apa pertikaian tentang hak untuk
mewarisi takhta raja mana-mana negeri hendaklah diputuskan hanya oleh mana-
mana pihak berkuasa dan berdasarkan peruntukan oleh perlembagaan.
Perkara 71 (3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa, jika
Parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri
tidak dipatuhi, walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini,
Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu.
Peruntukan ini terkandung dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia yang memperuntukkan bahawa tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti
mempunyai peruntukan tetap tersebut. Dalam Jadual 8, terdapat dua
peruntukan utama, iaitu:
1. Bahagian l ă peruntukan tetap dan peruntukan kewangan; dan
2. Bahagian ll ă peruntukan sementara.
Kebanyakan negeri Melayu mengikut peruntukan tetap. Peruntukan tetap ini
menggariskan sesuatu negeri itu harus mengandungi:
1. Raja/Yang Dipertua Negeri
2. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
3. Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
4. Dewan Undangan Negeri
Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan perhubungan antara
kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Terdapat tujuh bab, iaitu:
1. Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
2. Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
3. Pembahagian beban kewangan
4. Tanah
5. Pembangunan negara
86  TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

6. Agihan persekutuan kepada negeri


7. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

AKTIVITI 4.2

Perdana Menteri penah mengarahkan empat negeri supaya mengambil


langkah segera menggunakan kuasa di bawah Artikel 11(4) Perlembagaan
Persekutuan untuk menggubal undang-undang mengawal dan menyekat
pengembangan agama-agama bukan Islam di kalangan umat Islam. Ini
mendapat reaksi yang cukup positif daripada pelbagai pihak. Empat
negeri berkenaan ă Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak ă dilaporkan sedang berusaha mempercepatkan proses
penggubalan undang-undang berkenaan melalui dewan perundangan
masing-masing.
Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan tindakan tersebut?
Cuba anda kaitkan perkara ini dengan bidang kuasa kerajaan
persekutuan di bawah perlembagaan negeri.

AKTIVITI 4.3

Sebelum ini anda telah mempelajari mengenai sistem pembahagian


kuasa antara kerajaan Persekutuan dan Negeri. Sejauh manakah,
pada pendapat anda pembahagian kuasa ini dijalankan di Malaysia

4.4.2 Mengapa Perlembagaan dikatakan Tertinggi di


Malaysia?
Terdapat beberapa sebab mengapa Perlembagaan Persekutuan dikatakan
tertinggi di Malaysia. Berikut adalah beberapa institusi penting yang tertakluk
kepada perlembagaan.

(a) Parlimen
Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa
perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah
negeri di pihak yang lain.
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  87

Dalam hal ini, perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang


kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan
Negeri boleh lakukan.
Perlembagaan menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya.
Contoh undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan,
pelajaran, hal-ehwal luar negara dan sebagainya.
Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara persekutuan dan jika ia
campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara
persekutuan, undang-undang tersebut adalah tidak sah. Undang-undang
Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 4 (1)
Perlembagaan Persekutuan.

(b) Kedudukan Yang di-Pertuan Agong


Walaupun berperanan sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat,
lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya,
baginda juga tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh
perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan, iaitu bertindak
mengikut nasihat Jemaah Menteri.

(c) Kuasa Perundangan


Kuasa perundangan dipegang oleh mahkamah-mahkamah. Dalam hal ini
badan perundangan juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan
oleh perlembagaan. Contohnya: Kuasa kehakiman tertakluk kepada
sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Begitu juga dengan
kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua ketiga-tiga cabang kerajaan
(perundangan, pentadbiran, kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan
yang dikenakan oleh perlembagaan.

(d) Kebebasan Asasi


Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuang negara
seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara
daripada pulang ke tanah airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu
menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang
melainkan menurut undang-undang. Maka, terdapat banyak perkara
dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.
88  TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.5 PINDAAN PERLEMBAGAAN

AKTIVITI 4.4

Tahukah anda mengapa sesetengah perkara dalam perlembagaan


perlu dipinda?

Harus diketahui bahawa ada beberapa perkara dalam Perlembagaan


Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
(a) Agama Islam sebagai agama rasmi;
(b) Kedudukan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak;
(c) Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan
(d) Soal kerakyatan.

4.5.1 Bagaimana Sesuatu Perlembagaan itu dipinda?


Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen, seperti
yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E), yang menjelaskan
beberapa perkara yang boleh dipinda, iaitu:
1. Perkara 159 (4)ăsesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti
2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar
Majlis Parlimen;
2. Perkara 161 (E)ăsesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi
Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap
Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri;
3. Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam
tiap-tiap dewan, dengan syarat ia telah mendapat persetujuan Majlis Raja-
raja. Perkenan dan persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat
apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja
Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang
dianggap sensitif dalam perlembagaan; dan
4. Perkara-perkara yang memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  89

4.5.2 Pindaan Perlembagaan Negeri


Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-
undang negeri, tetapi ia tidak boleh dipinda dengan cara lain. Antara
peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda ialah:
1. Warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak
boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.
2. Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada
Perlembagaan Negeri selain:
(a) Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang
yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan
perundangan negeri; dan
(b) Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri
dengan mana-mana peruntukan perlu yang dinyatakan dalam Jadual
8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia jika ia dibuat selepas Dewan
Undangan Negeri dipilih mengikut Sesyen 4, jadual tersebut.
Kesemua perkara berikut tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
kecuali rang undang-undang itu telah disokong pada bacaan kali kedua dan ketiga
dan memperoleh undi sebanyak 2/3 daripada jumlah ahlinya. Walau
bagaimanapun, pada perenggan (a) dan (b) tidak memerlukan kelebihan undi 2/3.
Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan
orang tertentu terhadap pindaan mengenai:
1. Pelantikan dan sifat-sifat waris takhta, permaisuri raja atau pemangku
raja atau ahli-ahli Jemaah Pemangku Raja Negeri;
2. Pemecatan, penarikan diri, penurunan takhta raja atau waris-warisnya;
3. Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar
adat Melayu dan ahli-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau adat
dan badan seumpamanya; dan
4. Hal bagi mengadakan, mengatur, mengesah dan melucutkan pangkat,
gelaran, kehormatan, kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan
peraturan mengenai balai diraja dan istana.
* Tahukah anda bahawa Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri
untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seperti keadaan darurat?
Jawapannya ialah Ya.
90  TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

AKTIVITI 4.5
Tahukah anda semenjak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah
dipinda lebih kurang 22 kali sehingga ke akhir tahun 1982. Sila
berikan contoh beberapa perkara yang telah dipinda setakat ini.

AKTIVITI 4.6

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak di negara


ini menghentikan semua perbincangan berkaitan Artikel 121 dan
Artikel 11 dalam perlembagaan Malaysia. Ini kerana setiap
peruntukan yang termaktub di bawah perlembagaan Malaysia
adalah hasil daripada rundingan pemimpin-pemimpin terdahulu.
Pada pandangan anda, mengapakah perkara tersebut tidak boleh
dibangkitkan dan adakah perkara-perkara dalam artikel tersebut
sudah tidak boleh dipinda lagi?

Pada era globalisasi ini, setiap negara perlu mengadakan perubahan bagi
memenuhi kehendak semasa, sama ada di dalam bidang politik, ekonomi
mahupun sosial. Pada pandangan anda, adakah perlembagaan negara juga
perlu diubah bagi memenuhi tuntutan semasa?

 Daripada topik ini, dapat dilihat bahawa perlembagaan sebagai asas undang-
undang negara, mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk
perjalanan pemerintahan negara ini.
 Walaupun ada pihak tertentu yang merasa tidak puas hati mengenai
beberapa perkara, setakat ini ia telah berjaya melicinkan pentadbiran negara,
mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.
 Melalui perlembagaan, setiap warganegara, sama ada pemerintah dan rakyat
mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.
TOPIK 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  91

Bentuk-bentuk Perlembagaan Perlembagaan Malaysia


Kandungan Perlembagaan Perlembagaan Negeri
Penggubalan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Pindaan Perlembagaan

Kamaruddin M. Said. (1992). Perlembagaan Dan Pembinaan Bangsa Malaysia:


Satu Pandangan Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Budaya.
K. Ramanathan. (1992). Konsep Asas Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Koleksi ucapan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed di Dewan Rakyat semasa sesi
perbahasan rang undang-Undang Akta Perlembagaan Pindaan (1993).
Diakses Februari 18, 2009 daripada http://www.pmo.gov.my
Laman Web Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar. Diakses Februari 18, 2009
daripada http://www.kementerian_sumber_asli_dan_alam_sekitar.com.my
Memahami Artikel 11(4). (2006, Ogos 27). Utusan Malaysia.
Pindaan perlembagaan perjelas persamaan hak. (2001, Julai 24). Utusan Malaysia.
Topik 5  Peruntukan
Utama
Perlembagaan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan apakah perkara-perkara utama dalam Perlembagaan
Malaysia;
2. Membincangkan konsep raja berperlembagaan;
3. Mengenal pasti apakah ciri-ciri sebuah negara demokrasi berparlimen;
dan
4. Menggalurkan beberapa isu yang berkait dengan perkara-perkara
dalam Perlembagaan.

 PENGENALAN
Sebagaimana yang telah anda pelajari sebelum ini, Perlembagaan adalah asas
kepada pembentukan sebuah negara yang merdeka. Pastinya, anda sudah pun
memahami apa itu Perlembagaan. Adakah anda pasti anda memahami dan dapat
mencungkil apakah perkara-perkara utama yang terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia? Perkara inilah yang akan diterangkan dalam topik ini, iaitu mengenai
perkara-perkara utama yang terkandung dalam Perlembagaan iaitu konsep
Federalisme, Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN  93

5.1 APAKAH FEDERALISME


Konsep federalisme atau persekutuan merupakan pembahagian kuasa berdasarkan
wilayah. Ia juga dapat diertikan sebagai suatu bentuk pemerintahan di mana
terdapat sebuah kerajaan pusat yang mewakili wilayah-wilayah lain. Ia bertindak
mewakili wilayah-wilayah tersebut dalam hal ehwal luar negeri. Dalam hal ini,
kedua-dua kuasa Persekutuan dan Negeri boleh bekerjasama dalam membuat
sesuatu keputusan.

5.1.1 Definisi Federalisme


Berikut ialah tiga definisi federalisme atau persekutuan.

1. K.C. Wheare
‰Suatu sistem kerajaan yang mengandungi kerajaan Federal dan wilayah
dalam kawasan-kawasan tersendiri. Ia mempunyai darjah yang sama dan
bebas. Pembahagian kuasa adalah asas pengelasan sistem federal.‰

2. W. S. Livingston
„Berasaskan kepada kuasa ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan dan tak
sepatutnya berasaskan istilah perlembagaan dan perundangan. Ia
ditubuhkan untuk mengatasi masalah yang timbul oleh tarikan kuasa
tertentu (ekonomi, sosial, budaya dan politik)‰.

3. A.H. Birch
‰Suatu sistem yang mengandungi pembahagian kuasa dan fungsi antara
satu kewibawaan am dan beberapa wilayah. Tiap-tiap kewibawaan ini
bergerak secara langsung di kalangan penduduk melalui agensi-agensi
pentadbiran mereka sendiri‰.

5.1.2 Federalisme dalam Konteks Malaysia


Untuk pengetahuan anda, pemerintahan negara Malaysia boleh dibahagikan
kepada dua konsep pemerintahan iaitu:
1. Sistem Federalisme iaitu pengagihan kuasa antara kerajaan negeri dan
Persekutuan; dan
2. Doktrin pengasingan kuasa iaitu pengagihan kuasa antara badan
eksekutif, legislatif dan judisiari.
Negara Persekutuan bermaksud negara yang mengandungi sebuah kerajaan
Persekutuan atau pusat serta beberapa buah kerajaan negeri. Contoh negara yang
mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat, India, Nigeria dan Australia.
94  TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

 Ciri-ciri Sebuah Negara Persekutuan:


1. Terdapat Perlembagaan bertulis yang diterima pakai oleh semua
pihak ă Setiap negara Persekutuan mempunyai perlembagaan bertulis.
Oleh sebab adanya perkongsian kuasa antara Persekutuan dan Negeri,
maka perlulah ada perjanjian bertulis dalam bentuk perlembagaan.
2. Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan -
Dalam kerajaan Persekutuan, kuasa pentadbiran perlu dibahagikan
antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Dalam hal ini, Perlembagaan
memainkan peranan penting dalam memperuntukkan kuasa kepada
kerajaan Persekutuan dan negeri.
3. Rakyat dalam negara berkenaan tertakluk kepada dua kerajaan iaitu
kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan - Dalam hal ini, setiap
warganegara sesebuah negara Persekutuan perlu patuh pada undang-
undang kerajaan negeri tempat beliau bermastautin dan juga peruntukan-
peruntukan kerajaan Persekutuan.
4. Pemisahan kerajaan ă Dalam sebuah kerajaan Persekutuan, perlu ada
pembahagian kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan judisiari.
5. Perlembagaan Tegas ă Perlu ada satu perlembagaan yang tegas yang
tidak terjejas oleh apa-apa kuasa yang boleh menjejaskan sistem
pemerintahan negara tersebut.
6. Badan kehakiman yang bebas ă Dalam sebuah negara yang mengamalkan
pembahagian kuasa, rakyat dan pemerintah, parti kerajaan dan parti
pembangkang, sudah tentunya akan menimbulkan konflik. Justeru itu,
perlu ada satu badan kehakiman yang bebas yang tidak memihak kepada
mana-mana pihak demi menjamin kedaulatan negara.

 Isu Federalisme dalam Perlembagaan


1. Perkara 73 berkaitan dengan had sempadan kuasa perundangan
kerajaan Persekutuan dan negeri.
2. Perkara 74 bidang kuasa perundangan dengan merujuk kepada Jadual
Kesembilan.
3. Perkara 75 ketinggian undang-undang Persekutuan mengatasi undang-
undang negeri.
4. Perkara 76 tentang kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang
untuk negeri dalam hal tertentu seperti untuk melaksanakan perjanjian
antarabangsa, untuk tujuan penyelarasan dan jika diminta oleh negeri.
5. Perkara 76A berkenaan kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa
perundangan negeri.
TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN  95

6. Perkara 80 pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa


perundangan.

 Apakah Kebaikan Pemerintahan Persekutuan?


1. Sebagai tapak untuk perpaduan dan integrasi politik.
2. Federalisme dapat melindungi kepentingan kaum.
3. Federalisme dapat mengelakkan berlakunya pemerintahan yang zalim.
4. Dapat mewujudkan persefahaman dan kelicinan sistem pentadbiran.
5. Memberi ruang kepada kerajaan negeri menjalankan pentadbiran sendiri.

SEMAK-KENDIRI 5.1
Apakah yang anda faham mengenai raja berperlembagaan? Apakah
ciri-ciri raja berperlembagaan dan apakah bezanya antara raja
berperlembagaan dengan Raja Berkuasa Mutlak.

5.2 RAJA BERPELEMBAGAAN


Raja berperlembagaan membawa maksud pemerintahan Raja yang tidak mempunyai
kuasa mutlak tetapi hanya boleh bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

5.2.1 Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam


Perlembagaan
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:

 Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya


(a) Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan
Agong, manakala Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar
Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi
segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
(b) Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja selama tempoh jawatan
lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan
mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-raja, atau
dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-raja.
96  TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

(c) Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan


Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang akan menjalankan tugas-tugas
serta mempunyai keistimewaan-keistimewaan Yang di-PertuanAgong
dalam masa berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong
dan dalam, Seri Paduka Baginda tidak berupaya menjalankan tugas-tugas
jawatannya oleh kerana sakit. Ini tidak ada dalam Persekutuan ataupun
atas apa-apa sebab lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah
dipilih oleh Majlis Raja-raja selama tempoh jawatan lima tahun.
(d) Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong memegang kuasa
tertinggi dalam pentadbiran Negara seperti perundangan,
pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya menurut
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.
(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-
Pertuan Agong dalam bidang perundangan, iaitu baginda berkuasa untuk
memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen. Selain itu, baginda
juga berkuasa untuk memperkenan rang undang-undang yang dibuat oleh
Majlis Parlimen.
(f) Baginda juga bertindak mengikut budi bicaranya dalam hal pelantikan
Perdana Menteri, membubarkan Parlimen dan memanggil agar mesyuarat
Majlis Raja-raja Melayu diadakan untuk membincangkan hak dan
kedudukan istimewa Raja-raja Melayu.
(g) Dalam bidang kehakiman, baginda mempunyai kuasa untuk melantik
hakim, menangguh, memberi keampunan dan meringankan hukuman
kepada pesalah.
(h) Yang di-Pertuan Agong juga merupakan pemerintah tertinggi angkatan
tentera. Perkara lain yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan
terhadap peranan baginda sebagai Ketua Negara ialah baginda boleh
mengisytiharkan darurat dan kuasa untuk memelihara hak keistimewaan
kaum Bumiputera sama ada di Malaysia atau Sabah dan Sarawak.
(i) Walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas, tetapi
baginda tidak boleh bertindak sesuka hati. Tindak-tanduk baginda
dikawal oleh perlembagaan. Dalam melaksanakan pentadbiran negara,
baginda harus bertindak atas nasihat Perdana Menteri.
(j) Yang di-Pertuan Agong merupakan simbol raja berperlembagaan di mana
baginda tidak memerintah secara mutlak yang berbeza dengan
pemerintahan bercorak autokrasi di mana pemerintahnya mempunyai
kuasa mutlak sepenuhnya.
(k) Selaku Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan penting
sebagai Ketua Agama Islam, sebagai lambang negara, tumpuan kesetiaan
dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN  97

5.2.2 Lain-lain Tugas Yang di-Pertuan Agong


Lain-lain tugas Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:
(a) Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
(b) Kuasa Pengampunan Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber
pengampunan dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan
dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan
oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
(c) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri
Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.
(d) Sumber Penghormatan dan Kebesaran. Yang di-Pertuan Agong merupakan
sumber penghormatan dan kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah
dan penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta
mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam
istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari Keputeraan
baginda.
(e) Fungsi diplomatik. Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong
melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima
mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum
diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.
(f) Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh
Yang di-Pertuan Agong, baginda juga mencemar duli menghadiri pelbagai
majlis dan acara.

5.2.3 Ketua Negeri Juga Tertakluk di bawah


Perlembagaan Persekutuan
Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ketua
Negeri, manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka digelar Yang
Dipertua Negeri. Sebagaimana Yang di-Pertuan Agong, sultan juga memerintah
mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Baginda menjalankan
pemerintahan dengan mendapat nasihat Ketua Menteri atau Menteri Besar serta
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung. Di Sabah, ia dikenali
sebagai Kabinet Menteri manakala di Sarawak, ia dikenali sebagai Majlis
Tertinggi. Fungsi majlis-majlis ini sama dengan Kabinet/Jemaah Menteri di
peringkat Persekutuan.
98  TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

Tugas sultan sebagai Ketua Negeri menurut Perlembagaan Persekutuan ialah


memanggil, menangguh dan membubarkan Dewan Undangan Negeri, tetapi
tiada kuasa untuk mengisytiharkan darurat. Ketua Negeri ini juga berkuasa
untuk menangguh, meringan dan memberi keampunan kepada pesalah di
negerinya setelah mendapat nasihat daripada Jemaah Pengampunan. Selain itu,
seorang Ketua Negeri dilantik menjadi Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu di negerinya.

5.3 DEMOKRASI BERPARLIMEN


Seterusnya, kita akan mempelajari tentang demokrasi berparlimen.

5.3.1 Sejarah Pengenalan Demokrasi Berparlimen


Sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu diperintah secara berasingan oleh British,
iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NNMTB) dan Negeri-negeri Selat (NNS). Ketiga-tiga bentuk pentadbiran
ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Seterusnya, timbul desakan daripada
penduduk tempatan agar British memberi peluang kepada orang tempatan
menyertai Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Oleh itu, Sistem Ahli
diperkenalkan dan diikuti dengan pengenalan Pilihan Raya Bandaran Pulau Pinang
pada tahun 1951 dan Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam hal ini, parti yang
menang akan meletakkan wakil menyertai Majlis Perundangan Persekutuan yang
menyerupai Kabinet. Ini menandakan permulaan sistem pemerintahan demokrasi
berbentuk Barat dalam pentadbiran Tanah Melayu sehingga negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.

5.3.2 Asal Usul Demokrasi


Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu demos dan kratos. Demos
bermaksud ÂrakyatÊ dan kratos bermaksud ÂpemerintahanÊ. Konsep demokrasi
dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba (abad ke-4 M). Konsep
demokrasi ini dikembangkan pula oleh beberapa orang cendekiawan Greek seperti
Socrates, Plato, Aristotle dan Pericles. Pada hakikatnya, sebelum wujudnya konsep
pemerintahan demokrasi, beberapa negara telah mengamalkan sistem pemerintahan
monarki atau beraja, tetapi pada Zaman Renaissance (1400-1600 T.M.), konsep
demokrasi telah diamalkan semula memandangkan sistem monarki bersifat
menindas. Pada abad ke-19 dan 20, terbentuk pula demokrasi corak moden. Keadaan
ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang akhirnya telah mengubah
corak ekonomi, politik dan sosial. Apa yang lebih penting ialah masalah
penyalahgunaan kuasa oleh golongan pemerintah tradisional. Justeru, terbentuk pula
TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN  99

demokrasi bercorak moden di mana Robert A. Dahl mendefinisikan demokrasi corak


moden yang terbentuk pada hari ini sebagai suatu sistem politik yang memberikan
ruang dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan.

5.3.3 Perjalanan Demokrasi Berparlimen di Malaysia


Bilakah konsep demokrasi diperkenalkan di Malaysia? Malaysia telah
mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaan sehingga
hari ini. Walaupun konsep demokrasi itu diambil dari Barat, namun konsep
demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah berdasarkan budaya dan masyarakat
di Malaysia. Sebagaimana yang diterima umum, konsep demokrasi yang diamalkan
di Malaysia adalah sama dengan apa yang diamalkan oleh negara lain yang
mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi, iaitu suatu pemerintahan yang
menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk
pemerintahan. Pemilihan pemimpin dibuat melalui sistem pilihan raya yang
dijalankan lima tahun sekali. Pilihan raya ini pula dijalankan oleh sebuah
suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang
ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Demokrasi yang diamalkan di
Malaysia bercorak demokrasi berparlimen di mana wakil-wakil yang dipilih oleh
rakyat akan menduduki Parlimen yang menjalankan pemerintahan melalui
peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat
perlu menjaga dan menghargai mandat yang diberikan oleh rakyat dengan baik
agar mereka mendapat sokongan penuh daripada rakyat pada waktu ini dan pada
pilihan raya yang akan datang.

5.4 PRINSIP UTAMA SISTEM DEMOKRASI


BERPARLIMEN
Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia adalah berasaskan kepada tujuh
prinsip utama:
1. Sistem Parlimen
2. Pemerintahan Secara Perwakilan
3. Pengiktirafan Kebebasan Minoriti
4. Persamaan hak
5. Bentuk sistem pemerintahan
6. Kebebasan asasi
7. Pilihan raya
100  TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

5.4.1 Sistem Parlimen


Dari segi sejarah, Parlimen yang wujud pada hari ini berasal daripada Majlis
Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1909 bagi Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada dua kumpulan, iaitu ahli-ahli yang
dilantik daripada kalangan penduduk tempatan dan pegawai-pegawai British.
Bagi Negeri-negeri Selat pula, berbentuk demokrasi Barat, iaitu sebuah kerajaan
yang berbentuk Crown Colony yang diketuai oleh seorang gabenor, Majlis
Perundangan dan Majlis Eksekutif yang kesemuanya dilantik. Selepas Perang
Dunia Kedua, kedua-dua majlis tersebut telah dibubar dan digantikan dengan
Malayan Union pada tahun 1946.
Pada tahun 1948, diwujudkan pula Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis
Raja-raja Melayu. Walau bagaimanapun, pada 1 Februari 1951, Sistem Ahli
(Member System) telah diperkenalkan. Sistem Ahli merupakan satu kabinet kecil
yang terletak di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British memandangkan Tanah
Melayu pada waktu itu belum merdeka. Pada tahun 1955, berlaku beberapa
pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Keadaan ini
berlaku untuk membolehkan pilihan raya umum dijalankan untuk memilih dan
mengambil alih kuasa Dewan Undangan Persekutuan. Oleh itu, pada bulan Julai
1955, pilihan raya pertama diadakan di Tanah Melayu. Ekoran daripada ini,
ahli-ahli yang menang majoriti akan menduduki kerusi Parlimen.
 Parlimen sebagai Simbol Demokrasi
Mengapakah Parlimen melambangkan demokrasi?
1. Parlimen melambangkan demokrasi kerana ahli-ahlinya dipilih oleh
rakyat melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.
2. Parlimen merupakan pemegang kuasa perundangan Persekutuan
Malaysia yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.
3. Dewan Rakyat merupakan dewan yang penting dalam menggubal
rang undang-undang, manakala Dewan Negara pula bertindak untuk
membahas dan meluluskan rang undang-undang.
4. Yang di-Pertuan Agong pula bertindak memperkenankan rang undang-
undang tersebut.

 Dewan Negara
Anggota Dewan Negara adalah seramai 70 ahli. Ahli Dewan Negara
terbahagi kepada dua kategori iaitu 26 ahli yang dipilih oleh Dewan
Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh
dua ahli).
TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN  101

Manakala 44 ahli dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana


Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan
satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Kelayakan untuk menjadi seorang ahli Dewan Negara ialah: warganegara
Malaysia, tidak kurang dari 30 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis
dan tidak mempunyai rekod jenayah. Tempoh perkhidmatan seorang ahli
Dewan Negara adalah selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh
disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat
Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan
dalam profesion masing-masing seperti bidang perdagangan, industri,
pertanian, aktiviti kebudayaan, perkhidmatan sosial atau merupakan wakil
kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan
orang-orang asli.

 Dewan Rakyat
Dewan Rakyat mempunyai keahlian seramai 222 ahli dan setiap ahli
mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih atas
dasar sokongan rakyat melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat
memegang jawatan selama lima tahun. Kelayakan untuk menjadi ahli Dewan
Rakyat mestilah warganegara Malaysia, tidak kurang dari 21 tahun, waras
fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Dewan Rakyat bertindak sebagai penggubal undang-undang, manakala Dewan
Negara pula bertindak sebagai tempat untuk membahas dan meluluskan rang
undang-undang. Yang di-Pertuan Agong pula berperanan memperkenan rang
undang-undang tersebut. Parlimen bertindak mewakili kerajaan Persekutuan
untuk menggubal undang-undang Persekutuan seperti dasar luar negara,
pertahanan, imigresen, kewangan, pendidikan dan sebagainya.
102  TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

AKTIVITI 5.1

Perlembagaan kita di bawah tajuk kecil ÂKeistimewaan ParlimenÊ.


Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan
bahawa: „Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di
dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang
dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa
mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu
Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.‰
Berdasarkan kenyataan di atas, bolehkah seseoarang ahli Parlimen
menggunakan perkataan yang kasar semasa perbahasan parlimen?
Apa pendapat anda?

5.4.2 Pemerintahan Secara Perwakilan


Pemerintahan bentuk ini bermaksud adanya sebuah badan perwakilan sebagai
tempat untuk mencapai keputusan muktamad tentang soal kepentingan masyarakat.
Dalam hal ini wakil-wakil yang dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya akan
menjadi ‰wakil‰ kepada rakyat dalam dewan perwakilan. Golongan inilah yang akan
membela nasib rakyat dan secara tidak langsung mereka memegang amanah atau
tanggungjawab yang berat bagi memastikan nasib rakyat terbela. Jika mereka gagal
melakukannya, jawatan yang dipegang tidak akan kekal.

5.4.3 Pengiktirafan Kebebasan Minoriti


Kebebasan semula jadi adalah asas dalam menegakkan sistem demokrasi. Oleh
itu aspek utama dalam menegakkan sistem demokrasi ialah jaminan hak-hak
golongan minoriti. Dalam hal ini mana-mana kerajaan yang mengamalkan
sistem ini tidak boleh mengabaikan hak kaum minoriti seperti penglibatan
dalam pertubuhan, hak bersuara, agama dan sebagainya. Mereka juga perlu
diberi hak-hak yang sama dengan golongan majoriti. Sepertimana di Malaysia
hak-hak golongan minoriti telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

5.4.4 Persamaan
Persamaan yang dimaksudkan di sini ialah semua warganegara mempunyai
persamaan dalam semua aspek seperti persamaan dalam undang-undang, peluang,
pendidikan, mengumpul harta dan sebagainya.
TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN  103

5.4.5 Pilihan Raya


Pilihan raya merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi secara perwakilan. Dalam sistem demokrasi
ini, salah satu aspek penting yang perlu dijaga ialah pentingnya sistem pilihan
raya yang telus dan adil.
Pilihan raya adalah satu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri melalui undi. Di negara kita, pilihan raya adalah dijamin
oleh Perlembagaan Persekutuan seperti yang dimaktubkan dalam Perkara 113
hingga Perkara 120 berserta dengan jadual ketiga belas.
Perkara paling penting yang ditekankan dalam sesuatu pilihan raya ialah
penglibatan rakyat sebagai pengundi. Dalam hal ini, peranan mereka amat penting
dalam menentukan siapakah kerajaan yang akan memerintah, dan seterusnya
memastikan berlakunya keadilan sosial di negara kita. Rakyat menyuarakan
kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihan raya.
Perlu disedari bahawa undang-undang pilihan raya adalah ketat dan hanya
orang-orang yang tertentu sahaja yang boleh mengundi dan bertanding dalam
pilihan raya. Pilihan raya dibuat oleh rakyat bagi memilih siapakah yang akan
menjadi pemimpin mereka, pengurus belanjawan negara, pengurus undang-
undang negara dan sebagainya. Dalam hal ini, mana-mana individu atau
parti yang menang akan dilantik menjadi pemerintah.

5.4.6 Parti Politik


Parti politik juga memainkan peranan penting dalam sebuah negara
demokrasi. Parti politik boleh definisikan sebagai kumpulan dalam negeri
yang ahli-ahlinya bergabung untuk menerajui pemerintahan negara. Parti
politik mempunyai sifat kepartian. Antaranya ialah asas organisasi yang
membentangkan pertalian yang mengikat ahli-ahli dalam sesebuah parti.
Dalam sebuah negara demokrasi, parti politik adalah satu elemen yang
penting di mana kepelbagaian parti politik boleh memberikan masyarakat
peluang untuk memilih yang terbaik bagi mereka. Dalam sebuah negara
demokrasi seperti Malaysia terdapat parti pemerintah, parti pembangkang
dan parti bebas. Kewujudan parti pembangkang merupakan aspek penting
bagi sebuah negara demokrasi kerana mereka berperanan sebagai ‰mata dan
telinga‰ pihak pemerintah supaya pihak pemerintah sentiasa berada di
landasan yang betul. Sebenarnya, tanpa parti pembangkang demokrasi tidak
akan wujud kerana rakyat tidak diberi pilihan untuk memilih siapa yang
mereka suka.
104  TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

5.4.7 Perlembagaan
Perlembagaan adalah penting bagi sebuah negara yang berdaulat seperti
Malaysia. Tahukah anda apakah itu Perlembagaan? Apakah perkara yang
terkandung dalam Perlembagaan Malaysia?
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang
tertinggi negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah negara.
Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang
memberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan,
kedudukan, hak dan sebagainya. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini
dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan ini menyentuh
pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan, kedudukan istimewa orang Melayu,
agama, bahasa, kebebasan asasi dan sebagainya. Perlembagaan juga telah
menggariskan kuasa persekutuan, negeri dan kuasa bersama. Oleh sebab
perlembagaan merupakan sumber undang-undang negara, semua pihak perlu akur
kepada perlembagaan memandangkan kandungan perlembagaan dibuat secara
demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak.

5.4.8 Corak Pemerintahan


Mengikut amalan demokrasi, corak pemerintahan di Malaysia adalah berbentuk
pengasingan kuasa, iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan
kehakiman. Dalam hal ini, setiap badan telah dibahagikan tugas masing-masing
mengikut kuasa yang diberikan oleh perlembagaan. Badan perundangan berkuasa
untuk membentuk rang undang-undang, badan pentadbiran berkuasa untuk
menjalankan perkara pentadbiran negara dan badan kehakiman berkuasa
menjalankan kuasa keadilan. Kuasa tertinggi bagi ketiga-tiga badan tersebut ialah
Yang di-Pertuan Agong. Manakala, kuasa tertinggi bagi badan perundangan ialah
Parlimen yang diketuai oleh Perdana Menteri, kuasa tertinggi bagi badan pentadbiran
ialah Perdana Menteri dan untuk badan kehakiman ialah Ketua Hakim Negara.

SEMAK-KENDIRI 5.2
Adakah anda mengetahui sebagai seorang warganegara Malaysia,
apakah kebebasan asasi yang diperolehi oleh anda dalam sebuah
negara demokrasi?
TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN  105

5.4.9 Kebebasan Asasi


Prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia juga mengutamakan soal
kebebasan asasi setiap individu. Perlembagaan Persekutuan Malaysia
menyatakan setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan tertentu seperti
kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, kebebasan bergerak dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, kebebasan ini juga ada hadnya. Perkara 149
Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan seorang warganegara boleh
ditahan atas sebab keselamatan, iaitu penahanan tanpa perbicaraan apabila
seseorang itu melakukan beberapa perkara seperti membangkitkan kebencian
kepada pemerintah atau kerajaan dan mencetuskan permusuhan antara kaum di
kalangan penduduk.
Walau bagaimanapun, seorang yang ditahan mesti diberitahu atas sebab-sebab
dia ditahan dan membenarkannya membela diri di hadapan Lembaga Penasihat
yang terdiri daripada tiga orang anggota. Sekatan terhadap kebebasan individu
telah dimaktubkan dalam beberapa akta dan ordinan seperti:
1. Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960)
2. Ordinan Hasutan (1948 dipinda pada tahun 1970)
3. Ordinan Perintah Awam (1958)
4. Ordinan Pencegahan Jenayah (1959)
5. Peraturan Penting (Kes Keselamatan 1957)
Sekatan kebebasan individu juga diadakan semasa pengisytiharan darurat.
Darurat telah dimulakan semasa pemberontakan gerila komunis yang berakhir
pada tahun 1960, semasa menghadapi konfrontasi Indonesia pada tahun 1964
dan semasa proses pertukaran Perlembagaan Sarawak pada September 1966.
Walau bagaimanapun, hal ini hanya terhad di negeri Sarawak sahaja.

AKTIVITI 5.2

Kemukakan beberapa isu mengenai kebebasan asasi yang pernah


ditimbulkan di Malaysia sebelum ini.
106  TOPIK 5 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

 Federalisme merupakan pembahagian kuasa berdasarkan wilayah.


 Pemerintahan negara Malaysia boleh dibahagikan kepada dua konsep
pemerintahan iaitu sistem Federalisme dan doktrin pengasingan kuasa.
 Raja Berperlembagaan membawa maksud pemerintahan Raja yang tidak
mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya boleh bertindak berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan.
 Robert A. Dahl mendefinisikan demokrasi corak moden yang terbentuk pada
hari ini sebagai suatu sistem politik yang memberikan ruang dan hak kepada
rakyat untuk membuat keputusan.
 Pilihan raya merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi secara perwakilan.
 Dalam sistem demokrasi, salah satu aspek penting yang perlu dijaga ialah
pentingnya sistem pilihan raya yang telus adil.

Corak Pemerintahan Kebebasan Minoriti


Demokrasi Parti Politik
Demokrasi Berparlimen Perlembagaan Persekutuan
Dewan Negara Persamaan
Dewan Rakyat Persekutuan
Federalisme Sistem Demokrasi
Kebebasan Asasi Sistem Parlimen

Abdul Aziz Bari. Mengangkat manifestasi suara dan kedaulatan rakyat. (2006,
Ogos 30). Utusan Malaysia.
T o pik 6  Peruntukan
Istimewa
Perlembagaan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti tujuh bentuk keistimewaan yang terdapat dalam
Perlembagaan Malaysia;
2. Menghubungkait keperluan hak-hak keistimewaan ini dengan
rasional tertentu, termasuk faktor sejarah, politik dan kebudayaan;
dan
3. Membuat perbandingan peruntukan khas negeri-negeri Sabah dan
Sarawak dengan peruntukan negeri-negeri lain di Malaysia.

 PENGENALAN
Perlembagaan Malaysia mengandungi dua unsur, iaitu unsur lama dan unsur
baru. Unsur-unsur lama yang pernah diamalkan oleh sistem pemerintahan
Kerajaan Melayu lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa orang
Melayu dan agama Islam dikekalkan dalam perlembagaan.
Tahukah anda bahawa di negeri-negeri Melayu, pemerintahan beraja telah lama
wujud dan menjadi amalan turun temurun? Raja atau Sultan adalah simbol bagi
orang Melayu. Segala urusan pemerintahan berpusat kepada raja dan istana. Malah,
perkataan „Kerajaan‰ itu asalnya daripada perkataan raja, iaitu pusat segala sumber
rujukan dan kuasa yang membolehkan simbol raja itu memerintah secara mutlak.
Dalam topik ini, anda akan dibawa meninjau beberapa peruntukan istimewa
Perlembagaan Malaysia. Antaranya adalah berkaitan dengan bahasa kebangsaan,
kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan orang-orang Melayu, hak asasi rakyat,
kedudukan agama Islam, kewarganegaraan dan akhirnya perlindungan khas Sabah
dan Sarawak. Mari kita sama-sama ikuti perbincangan seterusnya berkaitan topik ini.
108  TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

6.1 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA


KEBANGSAAN
Penggunaan bahasa Melayu pada zaman sebelum penjajahan adalah penting kerana
penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu terdiri daripada orang-
orang Melayu pada keseluruhannya. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan
penduduknya, bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan kepada pedagang-
pedagang yang datang berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka. Malah, semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Minit-
minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan Jawi.
Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menetapkan bahawa „Bahasa
Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan dan rakyat bebas mempelajari
bahasa-bahasa lain‰. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
ditubuhkan bagi mengembangkan dan memajukan bahasa Melayu. Matlamat
utama Dewan Bahasa dan Pustaka adalah:
1. Memajukan bidang kesusasteraan melalui Bahasa Kebangsaan;
2. Mencetak dan menerbit buku dan risalah dalam Bahasa Kebangsaan dan
juga bahasa-bahasa lain;
3. Menyelaras ejaan dan bunyi sebutan Bahasa Kebangsaan;
4. Menggubal istilah yang sesuai dalam Bahasa Kebangsaan; dan
5. Menterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Melayu.
Bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan semua kaum di
Persekutuan Tanah Melayu, Minggu Bahasa Melayu dan Bulan Bahasa Melayu
telah diwujudkan. Pada tahun 1960, kerajaan telah melancarkan cogan kata
„Bahasa Jiwa Bangsa‰ sebagai perangsang supaya rakyat cintakan Bahasa
Kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah menetapkan bahawa:
1. Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi;
2. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan
bahasa Inggeris sekiranya dibenarkan oleh Yang di-Pertua Dewan; dan
3. Ahli Dewan Undangan Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan
bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas merdeka.
Akta ini mendapat bantahan daripada orang-orang Melayu kerana bahasa
Inggeris masih diberi kepentingan dan kedudukan istimewa. Pada tahun 1982,
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi semua sekolah di negara
Malaysia. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Mei 1970
merupakan mercu kejayaan dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara ini.
TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN  109

AKTIVITI 6.1

„Cintailah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai,


bahasalah menyatukan kita semua, yakinlah bahasa jiwa bangsa‰.
Ingatkah anda dengan lirik dan lagu bahasa kebangsaan tersebut?
Cuba berikan pendapat anda tentang langkah kerajaan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar kedua.

6.2 KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA


MELAYU
Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak akan lengkap tanpa kita
menyentuh kedaulatan dan kekebalan (immunity) raja. Berikut dibicarakan
beberapa keistimewaan yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-raja Melayu.

1. Tidak Boleh Didakwa


Perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
didakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah.

2. Hak Prerogatif dan Bidang Kuasa Tidak Boleh Disentuh


Bagi raja-raja lain, kedaulatan prerogatif kuasa dan bidang kuasa mereka tidak
tersentuh dan tiada tindakan pun dalam mana-mana mahkamah boleh
dikenakan ke atas raja mana-mana negeri atas sifat dirinya sendiri. Pembesar-
pembesar memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah masing-masing juga
kebal daripada tindakan mahkamah atas sifat diri masing-masing.

3. Jaminan Susunan Keutamaan


Perlembagaan membuat peruntukan tentang susunan keutamaan bagi Yang di-
Pertuan Agong dan raja-raja lain. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
diutamakan daripada kesemua orang di Persekutuan dan kedudukan
keutamaan raja-raja lain dalam kalangan mereka adalah menurut tarikh mereka
diangkat menjadi raja. Dalam negerinya sendiri, seorang raja itu mengambil
keutamaan mengatasi raja-raja lain.

4. Hak Pewarisan
Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin
hak seseorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan
110  TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja


dalam negeri itu. Hak-hak itu mesti ditentukan menurut perlembagaan negeri
itu. Sebarang pertikaian berhubung dengan warisan sebagai raja mana-mana
negeri hendaklah diputuskan hanya oleh mana-mana pihak berkuasa dan
mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan
negeri itu.

5. Pindaan Hanya oleh Majlis Raja-raja


Menurut seksyen 19 (2) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, tiada
pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-
raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja
negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Dengan itu, tiada
undang-undang yang secara langsung boleh menyentuh keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa
persetujuan Majlis Raja-raja.
Daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau negeri, jelas dapat kita
lihat bahawa institusi pemerintah beraja terlindung rapi sebagai satu daripada
sifat asasi undang-undang perlembagaan kita. Institusi ini telah diterima oleh
bekas tanah jajahan British; iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang
masing-masing tidak mengamalkan pemerintahan beraja. Ketua bagi negeri-
negeri ini adalah seorang Gabenor yang digelar Yang di-Pertua Negeri yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

6.3 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG


MELAYU DAN KAUM BUMIPUTERA
SERTA HAK KAUM LAIN

AKTIVITI 6.2

Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah wujudnya kedudukan


istimewa orang Melayu? Apakah sejarah di sebaliknya?

Hak istimewa orang Melayu termaktub dalam perlembagaan supaya pembelaan


dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi.
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.
Rasional bagi memelihara hak istimewa orang Melayu menerusi perlembagaan
mempunyai kaitan dengan sejarah. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja-
TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN  111

pekerja asing ke dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai,
orang Melayu berasa terancam. Tambahan pula pekerja-pekerja asing ini telah
berjaya mengukuhkan taraf ekonomi mereka. Lama-kelamaan, kejayaan mereka
menguasai ekonomi negara memaksa kerajaan memikirkan supaya orang
Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh daripada kaum pendatang. Dengan itu,
tiada timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum.
Perlembagaan Malayan Union (April 1946) tidak menyatakan hak dan keistimewaan
orang Melayu. Hal ini merunsingkan pemimpin-pemimpin Melayu kerana hak dan
keistimewaan Melayu telah dicabar. Oleh itu, apabila Malayan Union ditentang dan
digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, orang
Melayu mendapat semula kedudukan dan hak mereka di negara ini.
Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu adalah kuota
kemasukan dalam sektor awam dan institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan
mendapat lesen dan permit perniagaan. Sungguhpun begitu, Yang di-Pertuan
Agong tidak boleh mengganggu atau menarik balik sebarang keistimewaan kaum
lain untuk diberi kepada peribumi.

6.4 HAK ASASI


Hak asasi setiap individu, khususnya di negara-negara Barat adalah dijamin dan
dilindungi sepenuhnya oleh akta-akta hak asasi manusia. Begitu juga
kedudukannya di Malaysia, setiap individu di Malaysia dijamin hak-hak
asasinya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Pada pendapat anda, sejauh manakah hak-hak individu dilindungi di Malaysia?
Dalam perlembagaan Malaysia, ada peruntukan hak asasi atau kebebasan asasi
individu. Bahagian 2 dalam Perlembagaan Malaysia mengenai hak asasi individu
adalah bertujuan bagi menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari
segi undang-undang. Perkara 5 hingga 13 dalam Bahagian 2 Perlembagaan
Malaysia memberi gambaran kepada kita tentang maksud hak asasi dalam
negara Malaysia. Ini bererti setiap warganegara Malaysia yang sah mendapat
jaminan perlindungan daripada kerajaan. Mari kita tinjau peruntukan yang ada
pada perkara-perkara tersebut, seperti yang diterangkan dalam Jadual 6.1.
112  TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

Jadual 6.1: Peruntukan Istimewa Perlembagaan

Perkara Peruntukan Huraian


5 Kebebasan diri dan (a) Seseorang itu harus diberitahu sebab
nyawa (kecuali menurut penangkapannya.
undang- undang) (b) Seseorang yang ditangkap harus dibenarkan
dibela oleh peguamnya.
(c) Seseorang harus dihadapkan ke mahkamah
dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap.
6 Pengabdian dan kerja Seseorang dilarang bekerja secara paksa
paksa kecuali hukuman penjara atau kerahan tenaga.
7 Perlindungan daripada (a) Seseorang hanya dihukum atas perbuatan
undang-undang jenayah yang dianggap salah di sisi undang-undang.
yang berkuat kuasa (b) Seseorang yang dibebaskan daripada
kebelakangan dan sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa
perbicaraan berulang- semula atas kesalahan yang sama, kecuali
ulang mendapat perintah Mahkamah Tinggi.
8 Kesamarataan di sisi (a) Hak perlindungan sama rata dari segi
undang-undang (Kecuali undang-undang.
kelainan yang ditetapkan (b) Tidak boleh membeza-bezakan kerana
oleh Perlembagaan) berlainan agama, kaum, keturunan,
kedudukan politik dan selainnya.
9 Larangan dibuang negeri Kecuali dikenakan sekatan undang-undang
dan kebebasan bergerak seperti dibuang daerah atas sebab keselamatan
dalam Persekutuan atau hukuman kesalahan.
10 Kebebasan bercakap, Kecuali dikenakan sekatan undang-undang
berhimpun dan seperti larangan mengkritik isu-isu sensitif,
menubuhkan persatuan seperti hak istimewa orang-orang Melayu dan
kedudukan agama Islam. Ketidakpatuhan
boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
11 Kebebasan menganut Walau bagaimanapun, undang-undang negeri
agama boleh menyekat perkembangan iktikad atau
kepercayaan antara penganut agama Islam.
12 Kebebasan dalam Hak yang sama dalam mendapat pendidikan
pendidikan tanpa diskriminasi.
13 Hak terhadap harta (a) Tidak ada sesiapa boleh mengambil harta
melainkan diberikan pampasan.
(b) Tidak ada sesiapa boleh lucut harta kecuali
menurut undang-undang.
TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN  113

Berdasarkan Perkara 5 hingga 13 tersebut, jelas negara kita menjamin hak-hak


rakyatnya dalam hal-hal yang berkenaan. Dengan itu, kita harus memastikan di
samping hak kita, hak orang lain turut terpelihara mengikut Perlembagaan Malaysia.

6.5 ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN/


KEDUDUKAN AGAMA LAIN
Dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai
orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta
bertutur dalam bahasa Melayu. Sesungguhnya, orang Melayu telah menganuti
dan mengamalkan agama Islam sejak 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting
mengapa agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu adalah kerana Sultan
pada masa itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan
pantang derhaka kepada sultan amat mudah menerima Islam sebagai agama
baru mereka. Lebih-lebih lagi, kedudukan sultan sebagai ketua agama
mempercepatkan lagi proses penukaran agama kepada agama Islam.
Selepas merdeka, agama Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan.
Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa memperuntukkan
sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan
dengan agama Islam; seperti perbelanjaan mengurus, pembinaan masjid dan
sekolah agama. Sungguhpun agama Islam diberi keutamaan dalam perlembagaan,
agama-agama lain bebas diamalkan oleh pengikut-pengikut mereka, sesuai dengan
negara demokrasi.

AKTIVITI 6.3

Malaysia terkenal di kaca mata dunia dengan penduduknya yang


berbilang kaum, serta mengamalkan kepercayaan dan kebudayaan yang
berbeza. Dengan latar belakang yang berbeza-beza ini, mereka berjaya
bersatu dan hidup dalam suasana aman damai.
Cuba anda fikirkan sejenak, apakah kemungkinan yang berlaku jika
penduduk yang berbilang kaum ini tidak dapat bersatu hati dan gagal
hidup dalam suasana yang aman damai?
114  TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

6.6 KEWARGANEGARAAN
Dalam Perlembagaan Malaysia, aspek kewarganegaraan turut disentuh. Hal ini
dihuraikan dalam Perkara 14 hingga 22, Bahagian 3. Ada empat syarat bagi
menentukan taraf kewarganegaraan seseorang individu. Syarat-syarat itu adalah
melalui:
1. Kuat kuasa undang-undang
2. Pendaftaran
3. Masukan atau permohonan
4. Percantuman wilayah

6.6.1 Kuat Kuasa Undang-undang


Sesiapa sahaja boleh secara automatik mendapat kelayakan sebagai
warganegara, jika:
(a) Lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963), termasuklah anak-anak
mereka walaupun dilahirkan di luar Malaysia;
(b) Lahir di dalam dan di luar Malaysia pada atau selepas Hari Malaysia
dengan syarat ibu bapanya warganegara atau pemastautin tetap; dan
(c) Individu yang lahir di Malaysia termasuk di ruang udara atau perairan
negara, boleh menjadi warganegara sekiranya kelahirannya didaftarkan di
Malaysia.

6.6.2 Pendaftaran
Individu berikut boleh memohon menjadi warganegara dengan syarat-syarat
tertentu:

1. Isteri dan anak warganegara:


(a) Bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan
dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan; dan
(b) Berkelakuan baik.

2. Seseorang yang berumur kurang dari 21 tahun:


(a) Jika seorang daripada ibu bapa adalah warganegara; dan
(b) Dilahirkan sebelum Oktober 1962.
TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN  115

3. Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih, lahir di Persekutuan sebelum


Hari Merdeka:
(a) Membuktikan permastautinan di Persekutuan selama 5 daripada 7
tahun sebelum permohonan;
(b) Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan;
(c) Pengetahuan tentang Bahasa Melayu yang mudah; dan
(d) Berkelakuan baik.

4. Seseorang yang berumur 18 tahun, bermastautin di Sabah dan Sarawak


pada Hari Malaysia:
(a) Bermastautin di Persekutuan sebelum Hari Malaysia; dan
(b) Jika selepas Hari Malaysia, bermastautin di Persekutuan selama 7
tahun sebelum permohonan dibuat.

6.6.3 Kemasukan atau Permohonan


Warganegara asing berumur 21 tahun ke atas boleh memohon menjadi
warganegara dengan syarat:
1. Seseorang telah bermastautin 10 hingga 12 tahun sebelum tarikh
permohonan;
2. Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan;
3. Berkelakuan baik; dan
4. Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu.

6.6.4 Percantuman Wilayah


Kewarganegaraan seperti ini pernah diberikan atas sebab faktor-faktor sejarah
kepada:
1. Warganegara Singapura;
2. Warganegara United Kingdom dan tanah-tanah jajahan; dan
3. Pemastautin tetap Sabah dan Sarawak.
Perkara 22 membenarkan, jika sesuatu wilayah baru menyertai Persekutuan
Malaysia, Parlimen mempunyai bidang kuasa menentukan rakyat wilayah
tersebut menjadi warganegara.
116  TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

6.7 PERLINDUNGAN KHAS SABAH DAN


SARAWAK
Perlembagaan Malaysia berasal daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu (1957) yang dipinda melalui Akta Malaysia (1963). Perkara ini dilakukan
atas cadangan Inter Governmental Committee (IGC) bagi memudahkan
kemasukan negeri-negeri Borneo ke dalam Persekutuan Malaysia.
Pertimbangan politik menyebabkan terdapat beberapa perlindungan khas diberi
kepada Sabah dan Sarawak. Oleh sebab wujudnya syarat-syarat khas ini,
kedudukan kedua-dua negeri ini berlainan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu.
Perbezaan syarat secara amnya berkaitan dengan kuasa yang dimiliki oleh Sabah dan
Sarawak. Kedua-dua negeri ini mempunyai kuasa yang lebih luas daripada negeri-
negeri Tanah Melayu lain. Sebagai contoh, ada kuasa yang dipunyai oleh kerajaan
Persekutuan tidak boleh dijalankan di negeri-negeri itu, kecuali dipersetujui oleh
undang-undang negeri atau oleh Yang Dipertua Negeri yang berkenaan.

6.7.1 Kuasa Parlimen


Anggota-anggota Dewan Rakyat disusun mengikut cantuman (component)
dalam Malaysia dan terdapat tiga cantuman utama:
 Cantuman pertama ă 153 orang kesemuanya bagi negeri-negeri di Tanah
Melayu atau Semenanjung dan ini tidak termasuk 11 bagi Wilayah
Persekutuan, satu bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan satu bagi
Wilayah Persekutuan Labuan;
 Cantuman kedua ă 25 orang bagi Sabah; dan
 Cantuman ketiga ă 25 orang bagi Sarawak.
Perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasa negeri-negeri Borneo
sebenarnya lebih banyak daripada perkara yang tertakluk di bawah bidang
kuasa negeri-negeri di Tanah Melayu. Negeri-negeri Borneo mempunyai senarai
tambahan kepada senarai negeri dan senarai bersama untuknya. Antara perkara
yang termasuk di bawah bidang kuasa negeri Borneo adalah mengikut Perkara
968(3) Dewan Undangan Negeri-negeri Borneo boleh membuat undang-undang
mengenakan cukai jualan. Kuasa ini tidak dipunyai oleh negeri-negeri di Tanah
Melayu, kerana kuasa ini ada pada Parlimen.
Dalam Perkara 76(1) (b) pula, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai
perkara-perkara dalam bidang kuasa negeri bagi maksud menyeragamkan undang-
undang beberapa buah negeri atau bagi menyeragamkan undang-undang dan dasar
tentang tanah, kadar dan nilaian tanah dan kerajaan tempatan antara negeri. Namun
bagi negeri-negeri Borneo, Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat undang-
TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN  117

undang ini. Mengikut Perkara 76A, Parlimen berkuasa mewakilkan mana-mana


negeri supaya membuat undang-undang bagi perkara dalam bidang kuasanya.
Perwakilan kuasa ini boleh dibuat dengan perintah Yang di-Pertuan Agong sahaja.
Perwakilan kuasa bagi membuat undang-undang telah diberi kepada negeri-
negeri Borneo yang berkuat kuasa pada Hari Malaysia. Antara kuasa yang diberi
adalah yang berkaitan dengan pengangkutan jalan raya, lalu lintas, kuasa
elektrik, pembahagian gas, getah dan Badan Persuratan Borneo. Kuasa membuat
undang-undang tentang pengangkutan jalan raya dan lalu lintas diberi hingga
akhir tahun 1973.

6.7.2 Imigresen
Sungguhpun hal ehwal imigresen termasuk dalam bidang kuasa Persekutuan,
negeri-negeri Borneo mempunyai hak dan kuasa tertentu dalam perkara ini. Hal
ini dijelaskan melalui Perkara 9 (3) Perlembagaan Malaysia.
Bagi melaksanakan Perkara 9(3) ini, Parlimen telah meluluskan undang-undang
yang disebut Akta Imigresen 1963 pada 16 September 1963. Akta ini telah
memperluas kuat kuasa Ordinan Imigresen 1969 ke negeri-negeri Borneo dan
juga telah memberi beberapa kuasa yang penting kepada kerajaan kedua-dua
negeri itu. Kuasa ini tidak boleh dipinda oleh Parlimen, melainkan dengan
persetujuan Yang di-Pertua Negeri-negeri yang berkenaan. Pindaan ini dibuat
dengan sokongan suara dua pertiga.
Sepatutnya, seseorang warganegara berhak pergi dari sebuah negeri ke sebuah
negeri dalam Malaysia ini, dan juga berhak tinggal di mana-mana negeri. Walau
bagaimanapun disebabkan negeri-negeri Borneo itu dianggap berada dalam
keadaan yang khas oleh pembentuk-pembentuk Malaysia, maka Perlembagaan
telah memberi kuasa kepada Parlimen supaya dapat mengenakan sekatan-sekatan
ke atas kebebasan warganegara dalam hal itu. Oleh itu, kerajaan negeri-negeri ini
berhak menyekat kemasukan rakyat Malaysia dari negeri-negeri Tanah Melayu.

6.7.3 Hal Ehwal Tanah


Di bawah peruntukan Perkara 83, kerajaan Persekutuan berhak mendapatkan
tanah dalam sebuah negeri untuk maksud Persekutuan. Ini tertakluk kepada
syarat, jika tanah itu tanah kerajaan, maka rundingan hendaklah diadakan antara
kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan. Jika tanah itu tanah yang telah
diberi milik, maka tidak perlu hal ini dibincangkan dengan kerajaan negeri.
Namun dalam hal kerajaan negeri-negeri Borneo, kerajaan Pusat hendaklah
berunding terlebih dahulu dengan kerajaan-kerajaan negeri ini, sama ada tanah
yang dikehendaki oleh kerajaan Persekutuan itu tanah yang telah diberi milik
atau tanah kerajaan.
118  TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

Mengenai tanah simpanan Bumiputera, mengikut Perkara 89, Parlimen berhak


membuat undang-undang untuk menyeragamkan undang-undang dan dasar
dalam hal ehwal tanah. Namun bagi negeri-negeri Borneo, kuasa Parlimen
dalam hal ini dikecualikan. Seperkara lagi, negeri-negeri di Tanah Melayu tidak
mempunyai kuasa penuh dalam hal mewujudkan tanah simpanan untuk orang
Melayu. Walaupun begitu, negeri-negeri Borneo berkuasa penuh dalam hal
mewujudkan tanah simpanan untuk bumiputeranya.
Di bawah perkara 91, segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tanah Negara
hendaklah dipatuhi oleh kerajaan negeri. Sebaliknya, bagi negeri-negeri Borneo,
keputusan itu tidak semestinya dipatuhi oleh kerajaan negeri. Perbezaan hanya
akan terhapus jika Parlimen, dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri itu,
membuat undang-undang supaya keputusan Majlis Tanah Negara mesti
dipatuhi oleh kerajaan-kerajaan negeri itu.

6.7.4 Kewangan
Anda perlu tahu bahawa seperti bahagian-bahagian yang lain, kerajaan Sabah
dan Sarawak turut mempunyai kuasa yang lebih luas dalam bahagian
kewangan. Antara kuasa-kuasa yang diberi adalah:

(a) Kuasa Meminjam Wang


Pada umumnya, kerajaan-kerajaan negeri di Tanah Melayu diberi kuasa yang
terbatas bagi peminjaman kewangan, iaitu hanya boleh meminjam daripada
kerajaan Pusat dan mana-mana badan yang dibenarkan sahaja. Sebaliknya,
bagi Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri ini boleh meminjam daripada
mana-mana pihak dalam negara, dengan syarat mendapat kelulusan Bank
Negara Malaysia.

(b) Penerimaan Geran Kewangan


Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada negeri-negeri Borneo bagi
mendapat jumlah pemberian wang yang lebih besar daripada Kerajaan Pusat.
Selain daripada tiga punca utama iaitu pemberian wang per kapita; peruntukan
jalan-jalan raya dan punca-punca hasil yang diberi kepada semua kerajaan
negeri, Sabah dan Sarawak berhak mendapat pemberian wang tambahan.

(c) Sumber-sumber Tambahan Hasil


Selain daripada sumber hasil yang diserahkan kepada negeri-negeri seperti
Bahagian 3, Jadual 10 Perlembagaan Malaysia, negeri-negeri Sabah dan
Sarawak turut menerima sumber tambahan hasil seperti yang tercatat
dalam Bahagian 5, Jadual 10, iaitu:
1. Cukai import dan eksais serta hasil petroleum;
2. Cukai eksport atau kayu kayan dan keluaran hutan;
TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN  119

3. Cukai eksport bahan galian selain bijih timah dengan royalti tidak
lebih 10%;
4. Bayaran lesen pengangkutan jalan raya, lalu lintas dan pendaftaran
kereta, iaitu selagi kedua-dua negeri bertanggungjawab membuat
undang-undang berkenaan;
5. Cukai-cukai jualan negeri; dan
6. Bayaran-bayaran daripada pelabuhan negeri.

AKTIVITI 6.4
Anda telah memahami peruntukan-peruntukan khas yang diberikan
kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Sekarang, cuba anda
lengkapkan jadual yang berikut dengan butiran yang sesuai.

Butiran Peruntukan Khas Sabah dan Sarawak


Kuasa Parlimen
Imigresen
Hal Ehwal Tanah
Kewangan

 Dalam topik ini, anda telah dimaklumkan tentang peruntukan-peruntukan


istimewa yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia kepada aspek-aspek
tertentu.
 Terdapat tujuh bentuk keistimewaan peruntukan-peruntukan tersebut; yang
terdiri daripada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan
istimewa Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum
bumiputera serta hak kaum lain, hak asasi, Islam sebagai agama persekutuan
atau kedudukan agama lain, kewarganegaraan dan perlindungan khas Sabah
dan Sarawak.
 Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menetapkan bahawa „Bahasa
Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan dan rakyat bebas
mempelajari bahasa-bahasa lain‰.
 Beberapa keistimewaan yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-raja Melayu ialah tidak boleh didakwa, hak prerogatif dan bidang kuasa
tidak boleh disentuh, jaminan susunan keutamaan, hak pewarisan dan
pindaan hanya oleh Majlis Raja-raja.
120  TOPIK 6 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

 Hak istimewa orang Melayu termaktub dalam perlembagaan supaya


pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai
penduduk peribumi.
 Syarat-syarat kewargenegaraan adalah melalui kuat kuasa undang-undang,
pendaftaran, masukan atau permohonan dan pencantuman wilayah.
 Pertimbangan politik menyebabkan terdapat beberapa perlindungan khas diberi
kepada Sabah dan Sarawak, menyebabkan kedua-dua negeri ini mempunyai
kuasa yang lebih luas daripada negeri-negeri Tanah Melayu lain.
 Sungguhpun hal ehwal imigresen termasuk dalam bidang kuasa
Persekutuan, negeri-negeri Borneo mempunyai hak dan kuasa tertentu
dalam perkara ini.
 Di bawah peruntukan Perkara 83, kerajaan Persekutuan berhak mendapatkan
tanah dalam sebuah negeri untuk maksud Persekutuan.
 Anda perlu tahu bahawa seperti bahagian-bahagian yang lain, kerajaan
Sabah dan Sarawak turut mempunyai kuasa yang lebih luas dalam bahagian
kewangan.

Iktikad Prerogatif
Imigresen Royalti
Kekebalan Warganegara
Kuota

Abd. Ghani Hj. Awing. (1983). Apakah Undang-Undang? Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Sufian. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Abas. (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaik Mohd Noor Alam bin S.M. Hussain. (1988). Federalisme di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
T o pik 7  Demokrasi
Berparlimen
dan Proses
Pilihan Raya
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan perkaitan antara konsep demokrasi dan pilihan raya
di Malaysia;
2. Mengenal pasti apakah proses yang terlibat dalam proses pilihan
raya di Malaysia; dan
3. Menjelaskan kepentingan diadakan pilihan raya.

 PENGENALAN
Setiap individu mempunyai keinginan dan minat mereka yang tersendiri. Dalam
hal ini, tiada siapa boleh melarang atau memaksa seseorang individu untuk
meminati antara satu sama lain. Begitu juga dalam proses pilihan raya, di mana
seseorang individu itu diberi hak untuk memilih siapakah yang layak untuk
dijadikan pemimpin mereka. Walau bagaimanapun, sebelum seseorang itu
memilih calon pemimpin, mereka perlu membuat sedikit penyelidikan agar
calon yang dipilih itu boleh menjalankan kerjanya sebagai seorang pemimpin.
122  TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA

7.1 PILIHAN RAYA DAN PROSES DEMOKRASI


DI MALAYSIA

AKTIVITI 7.1

(a) Apakah yang anda faham mengenai pilihan raya?


(b) Adakah anda mengetahui asal-usul bagaimana wujudnya
pilihan raya di Malaysia serta apakah pentingnya diadakan
pilihan raya 5 tahun sekali?
(c) Dilaporkan bahawa ada seramai empat juta rakyat negara ini
yang telah mencapai umur layak mengundi tetapi masih
belum mendaftar sebagai pengundi. Daripada kajian, didapati
dua pertiga daripada angka besar itu adalah kelompok yang
berumur antara 22 hingga 30 tahun?
(d) Apakah cara yang berkesan untuk meyakinkan golongan
muda ini untuk mendaftar sebagai pengundi?

7.1.1 Definisi Pilihan Raya


Pilihan raya adalah satu cara mantap bagi memilih wakil untuk membuat
keputusan mengenai sesuatu dasar kerajaan. Pilihan raya boleh dijalankan dalam
mana-mana organisasi; sama ada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja untuk
memilih wakil mereka atau untuk menyelesaikan satu-satu masalah dasar badan
atau institusi kerajaan.
Pilihan raya adalah suatu cara membuat pilihan politik melalui undian. Ia
digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan sesuatu isu. Melalui
pilihan raya, pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan kepada mereka
untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat.

7.1.2 Sejarah Pilihan Raya di Malaysia


Pada 27 Julai 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama di Tanah Melayu
telah diadakan. Antara parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya
ini ialah:
1. Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC
yang baru menyertainya. Parti Perikatan mempertandingkan seramai 52
calon, seorang bagi tiap-tiap kawasan pilihan raya;
TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA  123

2. Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 calon; dan


3. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11 calon.
Lain-lain parti yang mengambil bahagian adalah Parti Buruh, Parti Kemajuan
Perak (kemudian menjadi Parti Kemajuan Rakyat), Pertubuhan Kebangsaan
Perak dan Pertubuhan Melayu.
Dalam pilihan raya tersebut, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52
buah kerusi yang dipertandingkan. PAS telah memenangi satu kerusi. Pilihan
raya Persekutuan ini telah memulakan satu era baru dalam perkembangan
politik di Malaya, di mana selepas ini pilihan raya telah menjadi pemangkin
kepada perjalanan demokrasi di Malaysia. Melalui sistem ini, rakyat adalah
penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang
diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih
wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pemerintahan negara dan memilih wakil-
wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan Negeri.
Sesuatu pilihan raya itu sebenarnya boleh diawalkan dari tarikh asalnya kerana
dalam keadaan tertentu, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk mengarahkan
agar pilihan raya diadakan lebih awal daripada tarikh sebenarnya. Sekiranya
baginda membubarkan Parlimen, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60
hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Bagi Sabah
dan Sarawak, tempohnya lebih panjang, iaitu 90 hari untuk menjalankan
pengundian memandangkan ramai antara penduduknya yang tinggal di
kawasan pedalaman.
Kaitan antara Demokrasi Berparlimen dan Pilihan Raya telah dibincangkan
dalam Topik 9. Fungsi pilihan raya dan jenis-jenis pilihan raya dinyatakan
seperti berikut:
 Fungsi Pilihan Raya
1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi;
2. Mengekalkan pucuk pimpinan;
3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan; dan
4. Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam satu organisasi dan
komuniti politik
 Jenis-jenis Pilihan Raya
1. Pilihan raya umum
2. Pilihan raya primer (Primary Elections);
3. Pilihan raya ‰Run Off‰ (Run Off Election); dan
4. Pilihan raya tempatan.
124  TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA

7.2 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DAN


PERJALANAN PILIHAN RAYA DI
MALAYSIA
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957
mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya, SPR
dianggotai oleh seorang Pengerusi dan dua orang Ahli.
Pengerusi pertama SPR ialah Yang Berbahagia, DatoÊ Dr. Mustafa Albakri bin
Haji Hassan, manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan
Encik Ditt Singh.
Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli
Suruhanjaya ditambah kepada tiga orang. Ahli tambahan itu berasal sama ada
dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Yang Berbahagia Datuk
Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi Ahli pertama mewakili
dua negeri berkenaan.
Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat
bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman
bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.
Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi
menambah keanggotaan SPR menjadi tujuh orang iaitu seorang Pengerusi,
seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang ahli termasuk seorang Ahli dari
Sabah dan seorang Ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan
fungsinya, SPR bentuk sebuah Urusetia yang diketuai oleh seorang Setiausaha.
Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi Urusetia berkenaan.
Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari
tahun 1957 hingga 1958.

7.2.1 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya


Urusan dan perjalanan pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh sebuah
suruhanjaya yang dilantik khas, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kedudukan SPR termaktub dalam Perkara 113-120 Perlembagaan Persekutuan
yang menggariskan peranan SPR sebagai sebuah badan yang berperanan untuk
menyelia dan menjalankan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang
adil dan saksama.
Harus diketahui bahawa SPR merupakan sebuah badan yang bebas daripada
pengaruh politik. Antara fungsi SPR ialah:
1. Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya;
2. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih;
TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA  125

3. Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil; dan


4. Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon
memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.

7.2.2 Pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya


Pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Ahli-ahlinya terdiri daripada:
1. Seorang Pengerusi;
2. Seorang Timbalan Pengerusi; dan
3. Tiga orang Ahli lain yang akan membantu SPR.

7.2.3 Kelayakan Menjadi Ahli Suruhanjaya Pilihan


Raya
1. Berumur tidak lebih daripada 65 tahun;
2. Seorang yang tidak muflis;
3. Tidak memegang jawatan bergaji yang lain; dan
4. Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.

7.2.4 Siapakah Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya?


SPR juga telah menubuhkan sebuah Urusetia yang diketuai oleh:
1. Seorang setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Eksekutif; dan
2. Ketua Pentadbir Urusetia dengan dibantu oleh sekumpulan kakitangan
awam.
Urusetia SPR menjalankan tanggungjawab berdasarkan garis panduan dan
dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh SPR. Bagi memastikan kelicinan
perjalanan pilihan raya, Urusetia SPR juga menubuhkan cawangannya yang
dikenali sebagai Pejabat Pilihan Raya Negeri di setiap negeri, kecuali Perlis dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
126  TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA

7.2.5 Sistem yang digunapakai dalam Pilihan Raya


yang diamalkan di Malaysia
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana
parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau
Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri.
Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan ÂFirst-Past-The-Post-SystemÂ. Ini
bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di
bahagian pilihan raya yang berkenaan.

7.2.6 Undang-undang dan Peraturan Pilihan Raya


yang perlu dipatuhi
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan
peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi
sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan yang digubal adalah
seperti yang berikut:
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Perlembagaan Negeri
3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981
6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002
7. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung
dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa undang-
undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses
pilihan raya, tetapi memainkan peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya.
Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan
Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

7.2.7 Elemen-elemen penting Pilihan Raya


Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:
(a) Bahagian Pilihan Raya
(b) Pemilih
(c) Calon
(d) Proses Pilihan Raya
TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA  127

7.2.8 Bilangan Bahagian Pilihan Raya


Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih
untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen
(Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri).
Sehingga kini, terdapat 219 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi
Dewan Undangan Negeri.

7.2.9 Persempadanan Pilihan Raya


SPR bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan
Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan,
SPR perlu menjalankan kajian ini tidak kurang daripada 8 tahun sekali.

7.2.10 Pendaftaran Pemilih


Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu
mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya
bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu
layak untuk mendaftar jika dia:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
3. Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
4. Tidak hilang kelayakan.

7.2.11 Bagaimanakah Seseorang itu Hilang Kelayakan


Menjadi Pemilih?
Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:
1. Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani
hukuman penjara; atau
2. Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau
penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada
tarikh kelayakan; atau
3. Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
4. Telah memperoleh kerakyatan asing.
128  TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA

7.2.12 Semakan Daftar Pemilih


Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan
di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat SPR, pejabat-pejabat
Pilihan Raya Negeri, pejabat-pejabat pos atau melalui unit-unit bergerak
Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap tiga bulan sekali dan ia
dipamerkan selama tujuh hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas
mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih
untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan.
Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia
dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan
daripada daftar berkenaan.
Sehingga 30 September 2005, SPR telah berjaya mendaftarkan seramai 10,238,366
warganegara Malaysia secara sah sebagai pemilih. Bagaimanapun, kebelakangan ini
SPR telah menerima kecaman-kecaman daripada pihak-pihak tertentu yang
mengatakan bahawa Daftar Pemilihnya adalah tidak bersih. Punca utama ialah
kerana Daftar Pemilih mengandungi nama-nama pemilih yang didapati tidak lagi
bermastautin di dalam kawasan di mana mereka didaftarkan. Fakta ini telah
dimanipulasikan dan dipolitikkan sebagai `pengundi hantuÊ. Pada pendapat anda,
apakah yang dimaksudkan dengan „pengundi hantu‰ ini dan bagaimanakah cara
untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku?

7.2.13 Kelayakan Menjadi Calon


Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu
parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam
mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
2. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
3. Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
1. Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
2. Didapati seorang bankrap; atau
3. Memegang jawatan berkepentingan Âoffice of profitÊ; atau
4. Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
5. Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman
penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang
daripada RM2000; dan
TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA  129

6. Belum mendapat pengampunan; atau


7. Telah memperoleh kewarganegaraan asing.

7.2.14 Tempoh Pilihan Raya


Bagi pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri,
seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali dalam tempoh
lima tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum
diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan raya kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh
kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang
Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam
hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

7.3 PROSES PERJALANAN PILIHAN RAYA DI


MALAYSIA
Topik-topik yang akan dibincangkan dalam proses perjalanan pilihan raya di
Malaysia adalah hari penamaan calon, kempen, hari pembuangan undi, pengiraan
undi, penjumlahan rasmi undi, penyimpanan dan perupusan kertas undi, wang
deposit, penggunaan simbol, borang SPR dan lain-lain seperti berikut.

7.3.1 Hari Penamaan Calon


Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh SPR bagi calon-
calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya
kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon,
pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas
penamaan mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari
penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang
dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa
bertanding.
130  TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA

7.3.2 Kempen
SPR telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang
tertera dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh
dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00
tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan
lancar, Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan
Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik
Pegawai Penguatkuasa dan membentuk satu atau lebih pasukan-pasukan
Penguatkuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu.
Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguatkuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil
daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil daripada tiap-tiap
parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguatkuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus. Tugas
pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah
pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan
di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar.
SPR juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat
pusat/negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan
kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti
tentang undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti
dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan dan perlu diambil ingatan
oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.
Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:
1. Pengedaran risalah dan surat;
2. Poster;
3. Ceramah tertutup dan ceramah umum; dan
4. Kempen dari rumah ke rumah.
Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelaskan manifesto
masing-masing melalui media cetak dan media elektronik. Walau bagaimanapun,
calon-calon perlu membayar deposit sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen
dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri. Deposit ini akan dipulangkan selepas calon-
calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya dalam tempoh 14 hari
selepas hari mengundi.
Sepanjang tempoh berkempen, pihak polis akan dari semasa ke semasa
mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk
memastikan pilihan raya berjalan secara aman. Semua bentuk kempen mesti
ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA  131

7.3.3 Hari Pembuangan Undi


Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi.
Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di
seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak
digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain daripada itu,
waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. SPR biasanya
akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-
perkara pilihan raya seperti:
1. Tarikh mengundi;
2. Lokasi tempat mengundi;
3. Waktu mengundi di semua tempat mengundi; dan
4. Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan.
Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang
mengawal selia proses pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi
dan kerani mengira undi.

7.3.4 Pengiraan Undi


Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi
atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu
bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi
yang ditetapkan.
Semasa undi dikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh memasuki
tempat mengira undi. Mereka ialah:
1. Ahli-ahli dan pegawai SPR;
2. Pegawai yang dilantik oleh SPR;
3. Kerani mengira undi; dan
4. Calon, wakil dan ejen mengira undi.
Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan
mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan
peraturan serta bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.
132  TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA

7.3.5 Penjumlahan Rasmi Undi


Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi,
keputusan-keputusan pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat
penjumlahan undi.
Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk
menentukan pemenang.
Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan
calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian
pilihan raya berkenaan.

7.3.6 Penyimpanan dan Pelupusan Kertas Undi


Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas
undi dan dokumen berkaitan lain. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di
dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.
Peti-peti khas ini disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai
Pengurus. Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang
telah ditandakan dan juga Âcounter foilsÊ kertas undi. Ini adalah bagi menjamin
kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah
Tinggi, jika ada kes-kes petisyen.
Selepas tempoh enam bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaran
SPR akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan.
Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan kepada
Pengarah Pilihan Raya Negeri.

7.3.7 Wang Deposit


Seseorang yang ingin menjadi calon perlu menyerahkan wang deposit
berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri.
Wang tersebut perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau
pada hari penamaan calon.
Seseorang yang ingin menjadi calon juga perlu bersedia untuk kehilangan wang
deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh
oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya
berkenaan.
TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA  133

7.3.8 Penggunaan Simbol


Penggunaan simbol adalah bebas. Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti
politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis
daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana
simbol yang telah disediakan oleh SPR, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

AKTIVITI 7.2

Pada pandangan anda, apakah Malaysia memerlukan bantuan


dari negara luar sebagai pemerhati bagi memantau perjalanan
pilihan raya di Malaysia?

7.3.9 Barung SPR


Seseorang calon tidak dibenarkan mendirikan pondok di mana-mana pusat
mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-
parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak di
luar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian,
SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi. Barung-barung ini
adalah untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka dalam daftar
pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur.

7.3.10 Kebenaran Memasuki Tempat Pembuangan


Undi
Harus diketahui bahawa hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat
dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan
masuk untuk membuang undi. Pengundi mestilah membawa kad pengenalan
pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalan
diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi.

7.3.11 Orang yang patut berada di Tempat


Pembuangan Undi
Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya
pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:
134  TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA

1. Ahli dan pegawai SPR;


2. Ketua tempat Mengundi dan kakitangannya;
3. Calon-calon dan wakil calon;
4. Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi; dan
5. Orang-orang yang dibenarkan oleh SPR.

7.3.12 Cara untuk Membuang Undi


Undi anda adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang
calon sahaja, iaitu dengan menandakan ÂXÊ bersebelahan nama calon yang
dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut
garisan di kertas undi, dan seterusnya memasukkan kertas undi tersebut ke
dalam peti undi yang disediakan.
Jika pilihan raya diadakan secara serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri), kertas-kertas undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam
peti undi yang berasingan yang ditanda „PARLIMEN‰ dan „NEGERI‰.

7.3.13 Orang yang Layak Mengundi Secara Pos


Pengundi pos terdiri daripada:
1. Anggota tentera;
2. Pasukan Polis Hutan;
3. Petugas-petugas pilihan raya;
4. Pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara;
5. Pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing;
dan
6. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya
jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap
telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.

7.3.14 Ejen Mengundi


Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan
menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa.
Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikut
undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA  135

SEMAK-KENDIRI 7.1

Cuba anda jelaskan apakah proses-proses yang terlibat dalam


perjalanan pilihan raya di Malaysia?

7.3.15 Petisyen Pilihan Raya


Sesuatu keputusan pilihan raya sebenarnya boleh dicabar di mahkamah. Ia
dipanggil petisyen. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:
1. Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah
menjejaskan pilihan raya;
2. Ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya;
3. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang
dilakukan oleh calon dan ejen-ejen; dan
4. Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya.
Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21
hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta. Jika Hakim
Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan
memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, SPR akan mengeluarkan notis
yang mana pilihan raya baru akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut.

7.3.16 Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya


Seseorang calon layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh
melebihi:
1. RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan
2. RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di
dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam
Warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau
kegagalan untuk mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan
satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
136  TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA

SEMAK-KENDIRI 7.2

1. Apakah peranan parti pembangkang dalam sebuah negara


demokrasi?
2. Pada pandangan anda, perlukah Malaysia mengamalkan sistem
pilihan raya secara atas talian?
3. Apakah cara yang lebih berkesan bagi menarik lebih ramai rakyat
Malaysia untuk keluar mengundi?

 Pilihan raya adalah satu cara mantap bagi memilih wakil untuk membuat
keputusan mengenai sesuatu dasar kerajaan.
 Pada 27 Julai 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama di Tanah
Melayu telah diadakan. Antara parti-parti yang mengambil bahagian ialah
Parti Perikatan, Parti Negara, Parti Islam SeMalaysia Melayu (PAS), Parti
Buruh, Parti Kemajuan Perak, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan
Pertubuhan Melayu.
 Urusan dan perjalanan pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh sebuah
suruhanjaya yang dilantik khas, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 Pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong selepas berunding dengan majlis Raja-raja.
 Elemen-elemen penting pilihan raya adalah bahagian pilihan raya, pemilih,
calon dan proses pilihan raya.
 Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu
mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam
pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undagan Negeri.
 Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh
mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas.
 Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh SPR
bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding
dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.
 Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang
undi.
 Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat
mengundi atau pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan.
TOPIK 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN PROSES PILIHAN RAYA  137

 Seseorang calon tidak dibenarkan mendirikan pondok dimana-mana pusat


mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding.
 Sesuatu keputusan pilihan raya sebenarnya boleh dicabar di mahkamah. Ia
dipanggil petisyen.
 Petisyen pilihan raya mestilah dikemukan ke Mahkamah Tinggi dalam
masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam warta.

Ahli Suruhanjaya Pendaftaran Pemilih


Borang SPR Penggunaan Simbol
Calon Persempadanan Pilihan Raya
Demokrasi Berparlimen Petisyen
Ejen Mengundi Proses Pilihan Raya
Hari Pembuangan Undi Semakan Daftar Pemilih
Hari Penamaan Calon Undang-undang Pilihan Raya
Kelayakan Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya
Kempen Wang Deposit

Laman Web SPR. (2009). Retrieved February 19, 2009, daripada


http://www.spr.gov.my/
SPR jawab kekeliruan. (2006, Januari 21). Utusan Malaysia.
Salah siapa empat juta pengundi tidak berdaftar?. (2006, Januari 1). Utusan
Malaysia.
Topik 8  Masyarakat
Majmuk

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan struktur dan senario masyarakat sebelum merdeka;
2 Menjelaskan lebih lanjut tentang sejarah pembentukan masyarakat
majmuk di negara ini; dan
3. Mengenal pasti faktor-faktor wujudnya perbezaan di kalangan setiap
kaum yang terpisah mengikut bangsa tertentu.

 PENGENALAN
Tahukah anda terdapat kira-kira 60 kumpulan etnik, besar dan kecil di Malaysia.
Kaum Melayu adalah 54% daripada jumlah penduduk di negara ini, diikuti oleh
kaum Cina pula yang membentuk suku daripadanya, sementara 8% terdiri
daripada kaum India dan 12% lagi kumpulan peribumi yang lain termasuk di
Sabah dan Sarawak.

8.1 MAKSUD MASYARAKAT MAJMUK


Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kelompok ras atau etnik yang berbeza, tetapi berada di bawah satu tampuk
pemerintahan. Menurut J.S. Furnival, masyarakat majmuk merujuk kepada
masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam erti kata
yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama
dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat
majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi
ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik.
TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK  139

8.2 PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT


MAJMUK
Proses pembentukan masyarakat majmuk dijelaskan dengan terperinci seperti
berikut.

8.2.1 Rakyat Tanah Melayu Sebelum Terbentuknya


Masyarakat Majmuk
Tahukah anda sebelum adanya tiga komuniti terbesar iaitu Melayu, Cina dan
India hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang-orang
Melayu? Pada awal abad ke-19, lebih daripada 90% penduduk di Semenanjung
Tanah Melayu dan Singapura ialah Melayu. Hanya sebilangan kecil sahaja orang
Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuat
penempatan di Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan
Kelantan. Sementara itu, sebilangan kecil orang India yang bekerja sebagai buruh
di ladang kopi dan tebu pula terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah
Melayu berlaku pada pertengahan abad ke-19. Fenomena ini berlaku ekoran
dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama
untuk bekerja di sektor ekonomi. Abad ke-19 sebenarnya memperlihatkan
penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara
meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan
Tanah Melayu dieksploitasi sepenuhnya oleh Inggeris. Justeru untuk menyokong
kegiatan ekonomi kapitalis ini, Inggeris telah membawa masuk buruh-buruh
Cina dan India bukan sahaja untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan, tetapi
juga di sektor ekonomi yang lain. Fenomena ini didapati berterusan hinggalah
sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Kesan yang jelas melalui dasar liberal Inggeris ialah pembentukan masyarakat
negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan.
Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan
asal Tanah Melayu.
Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan Inggeris mentadbir
penduduk dengan cara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai dasar Âpecah dan
perintahÊ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan
Bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum
imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum ini. Justeru, kaum pendatang
dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing serta
perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera
tidak digalakkan.
140  TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK

8.2.2 Kaum Melayu


Orang Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu. Penduduk Melayu kini
sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan lagi beberapa kelompok masyarakat
Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi, telah berlaku
penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu.
Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang
semuanya boleh menjamin keselesaan mereka. Masyarakat Indonesia ini juga
datang dari berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu pesisir
ialah perdagangan. Perdagangan utama pula adalah melalui sungai-sungai utama di
negeri- negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih
tertumpu di tepi dan muara sungai. Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung
Malaysia pula, penduduk Tanah Melayu lebih ramai yang tertumpu kepada
kegiatan menangkap ikan (nelayan) dan bertani. Kaum wanita di negeri Kelantan
dan Terengganu ramai yang bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan.
Daripada senario ini, jelas bahawa kegiatan ekonomi kaum Melayu di negeri-negeri
Melayu ialah perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti pertanian,
penternakan, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.
Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor
ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur
tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing
juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di
zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
Banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh mereka. Selain penguasaan ekonomi
oleh buruh-buruh asing, dasar Inggeris sendiri banyak menyumbang kepada
kemerosotan orang Melayu. Dalam bidang pertanian, misalnya British
memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan
mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu juga
tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British
adalah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan
pemodenan. Orang Melayu juga dikatakan malas bekerja di bawah pengawasan
orang lain. Oleh itu, mereka lebih suka bekerja sendiri.

8.2.3 Kaum Cina


Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas
Pulau Pinang diambil oleh Inggeris daripada Sultan Kedah pada tahun 1786.
Singapura diambil alih daripada Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas
penubuhan Negeri- negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina
ini berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari
TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK  141

daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain. Pada peringkat awal,
buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut
dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan
aktiviti perlombongan. Sememangnya pada abad ke-19 dan ke-20 ini, tumpuan
masyarakat Cina ialah kawasan-kawasan perlombongan di negeri Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan. Selain melalui aktiviti perlombongan, kemasukan
orang Cina ke Tanah Melayu adalah untuk aktiviti perladangan lada dan gambir.
Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan
menggunakan kebenaran yang dipanggil Surat Sungai.
Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan
beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalnya pada tahun 1877, The
Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan
Perlindungan Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan untuk melindungi
buruh-buruh Cina. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya
terdiri daripada berbagai-bagai kelompok. Kelompok-kelompok utama ini ialah
Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.

8.2.4 Kaum India


Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-
besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India ini datang dari selatan
India. Buruh-buruh India ini bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan
kopi di Seberang Perai. Bilangan buruh India semakin meningkat apabila
penanaman getah berkembang pesat di Tanah Melayu. Justeru, tumpuan
masyarakat India ini adalah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900
hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke
Tanah Melayu. Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya,
iaitu antara tahun 1911 dan 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh
India berhijrah ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ini ialah orang Tamil
yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telegu dan Malayalam.
Selain orang Tamil, terdapat orang Punjabi dan orang Ceylon. Kumpulan etnik
penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada
keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali
meliputi 7%. Orang Telegu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang Tamil bekerja
di estet-estet getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan mereka yang
berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20. Sebagaimana
orang Tamil dan Malayali, orang Telegu juga bekerja di estet-estet. Selain
kelompok etnik yang disebutkan tadi, orang Punjabi turut datang dan pada
peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api
serta menjadi pengawal keselamatan.
142  TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK

Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara
paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau
tawanan yang bekerja membina jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan
bangunan-bangunan kerajaan. Mereka yang datang secara sukarela biasanya
bekerja di ladang-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular
dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.
Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang
ke India mencari buruh-buruh baru untuk bekerja dengannya sendiri di Tanah
Melayu. Orang ini digelar Kangani. Namun, sistem ini telah dihapuskan pada
tahun 1938. Selain itu, wujud juga sistem yang dipanggil Sistem Kontrak di mana
seseorang pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang
disebut di dalam kontrak.

8.2.5 Penduduk Peribumi Sarawak


Negeri ini mempunyai taburan penduduk yang tertentu lantaran kewujudan
pelbagai suku kaum dengan identiti yang tersendiri. Sarawak mempunyai
keluasan 48,250 batu persegi. Daripada keseluruhan penduduk Sarawak, 70%
daripadanya merupakan kaum Bumiputera. Suku Iban merupakan kaum yang
terbesar di Sarawak diikuti suku Bidayuh. Suku Iban mendiami semua bahagian
di Sarawak, terutama di tebing-tebing sungai. Suku Bidayuh pula lebih tertumpu
di Bahagian Pertama di daerah Serian, Kuching, Bau dan Lundu.
Di Sarawak, kebanyakan suku Melayu mendiami kawasan hilir lembah-lembah
sungai, terutama di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua serta sedikit di
Bahagian Ketiga, Keempat dan Kelima. Selain suku Melayu, ramai suku Melanau
juga menduduki kawasan pesisiran, tetapi mereka lebih bertumpu di Bahagian
Ketiga, Keempat dan Kelima. Di samping itu, terdapat suku Kadayan dan
Bisayan yang mendiami pesisir Bahagian Keempat dan Kelima.
Kawasan dataran rendah lebih banyak didiami oleh suku Iban (Dayak Laut) dan
suku Bidayuh (Dayak Darat). Mereka menetap di kawasan hulu sungai
berbanding kaum Melayu dan Melanau, tetapi ke hilir sedikit berbanding suku
Kenyah, Kayan dan Bekan.
Kawasan pergunungan diduduki oleh suku-suku lain yang juga dikenali sebagai
Orang Ulu. Mereka terdiri daripada kaum bukan majoriti seperti Kelabit, Murut
dan Penan. Jumlah suku ini tidak melebihi 5% daripada jumlah penduduk
Sarawak secara keseluruhannya. Kebanyakan suku di kawasan pergunungan ini
tinggal tetap, kecuali orang Penan yang masih mengamalkan corak hidup nomad
dan meramu. Mereka tinggal di dalam hutan di Bahagian Keempat dan Ketujuh.
TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK  143

8.2.6 Penduduk Pribumi Sabah


Bagi negeri Sabah pula, kumpulan utama ialah kaum Kadazan-Dusun, Murut
dan Bajau di mana kaum Kadazan-Dusun merupakan kumpulan etnik yang
terbesar di Sabah. Mengikut banci tahun 2000, Kadazan-Dusun meliputi 18.4%
daripada jumlah warganegara Malaysia diikuti Bajau 17.3% dan Melayu 15.3%.
Perkara utama yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia adalah:
1. Agama dan kepercayaan yang berbeza; dan
2. Budaya yang berbeza.

8.3 CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK


Seterusnya, kita akan melihat kepada masyarakat Melayu, masyarakat Cina,
masyarakat India, masyarakat Sabah dan Sarawak.

8.3.1 Agama Dan Kepercayaan


(a) Masyarakat Melayu
Dari segi agama dan kepercayaan, setiap kaum mempunyai agama dan
kepercayaan mereka sendiri. Sebagaimana yang telah anda sedia maklum,
orang Melayu kebanyakannya beragama Islam. Agama Islam dibawa
masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15 dan Kesultanan
Melayu Melaka terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan
penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam ini.
Justeru dari setahun ke setahun, agama Islam kekal sebagai pegangan
utama masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Secara keseluruhan, ajaran
Islam ini bermatlamat untuk:
1. Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang
betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata;
2. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan
bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka; dan
3. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah
di muka bumi ini sekali gus melahirkan manusia yang mengenali
diri dan mempunyai hala tuju hidup.
144  TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK

(b) Masyarakat Cina


Orang Cina menganut agama Buddha, Kristian dan sebagainya. Antara
agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ini ialah
fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan
Cina. Pengaruh Taoisme amat meluas. Kepercayaan ini telah memperkaya
ajaran Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha
serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang-
orang Cina. Kepercayaan ini lebih cenderung kepada semangat cintakan
alam semula jadi dan kedamaian. Taoisme berasal daripada perkataan Tao
yang bermaksud ÂJalanÊ (The Way).
Sebuah lagi anutan yang popular di kalangan masyarakat Cina ini ialah
fahaman Confucianisme. Pengasas ajaran ini ialah Kung Fu Tze (Confucious)
yang dilahirkan pada tahun 551 S.M. dan meninggal dunia pada umur 72 tahun.
Beliau merupakan seorang tokoh yang mendapat pendidikan dan pernah
berkhidmat sebagai majistret dan menteri. Beliau banyak menghabiskan masa
hayatnya dengan menyemak manuskrip-manuskrip lama dan menyampaikan
ajaran-ajaran yang mulia dalam kehidupan. Confucious banyak mengajar
falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkah laku yang
berdasarkan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian,
kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan. Confucious juga
memperkenalkan satu sistem moral yang sangat penting dikenali sebagai Lima
Jenis Perhubungan (Wu Lun), iaitu:
1. Hubungan pemerintah dengan rakyat;
2. Hubungan suami dengan isteri;
3. Hubungan bapa dengan anak;
4. Hubungan abang dengan adik; dan
5. Hubungan sahabat dengan sahabat.

(c) Masyarakat India


Sebagaimana masyarakat Cina, masyarakat India turut tiba ke Tanah
Melayu bersama-sama dengan agama dan budaya yang diamalkan dari
negara asal mereka. Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat
India ialah agama Hindu. Agama Hindu berasal dari negara India. Asasnya
adalah daripada tamadun Vedic dan ia tidak mempunyai pengasas,
dirinya adalah satu gabungan kepercayaan dan tradisi yang berlainan.
Agama Hindu mempunyai banyak buku ayat suci. Ayat suci ini
menghuraikan secara meluas mengenai teologi, falsafah dan mitologi
yang memberikan pengetahuan mendalam dan panduan mengenai cara
hidup ÂdharmaÊ.
TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK  145

Terdapat beberapa ciri yang terkandung di dalam agama Hindu ini. Ciri-
ciri tersebut ialah:
1. Kepercayaan kepada Satu Maha Esa
Setiap penganut agama Hindu mengikut kaedah penyedaran diri
yang berlainan dan menyembah aspek yang berlainan Satu Maha Esa.
Walaupun terdapat ramai Dewa dan Dewi, mereka melambangkan
dan menjelaskan Satu Maha Esa.
2. Konsep Karma dan Kelahiran Semula (Rebirth)
Masyarakat Hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam
salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam
kehidupan yang terdahulu. Ini kerana mereka mempercayai konsep
kelahiran semula. Oleh itu, untuk memastikan kelahiran semulanya
kelak berada dalam kasta yang mulia, keperibadian dalam hayat yang
sedang dilalui perlulah baik dan berbudi. Unsur yang menentukan kasta
mana yang bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah Karma.
Justeru, hukum-hukum karma ini perlu dipatuhi untuk memastikan
kebahagiaan, kemakmuran dan usia yang panjang.
3. Kitab-kitab Veda
Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat
pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup,
amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan
sebagainya. Kitab-kitab ini juga mengandungi ramalan-ramalan tentang
kedatangan seorang nabi. Pada asalnya hanya terdapat tiga jenis Veda,
iaitu Rig Veda, Sama Veda dan Yajur Veda. Kemudian, ditambah lagi
dengan kitab-kitab lain seperti Atharva, Brahmanas, Aranyakas dan
Upanisads.
(d) Masyarakat Sarawak
Secara keseluruhan, orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu.
Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dari dahulu
dan pegangan ini kini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa
oleh fahaman Hindu-Buddha. Selepas kedatangan kuasa-kuasa Barat,
agama Kristian dibawa masuk. Fenomena ini menyebabkan sehingga kini
sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian. Bagi masyarakat
Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam. Agama ini yang
akan membentuk ciri-ciri perkampungan mereka seperti bersatu padu,
penuh tatasusila, bertanggungjawab terhadap kebajikan seluruh komuniti
dan sebagainya. Di setiap kampung mereka, terdapat masjid yang menjadi
pusat segala kegiatan selain bersembahyang. Selain masjid, madrasah juga
dibina yang turut berperanan sebagai pusat kegiatan Islam.
146  TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK

(e) Masyarakat Sabah


Masyarakat Kadazan-Dusun, iaitu masyarakat terbesar di Sabah memegang
kepada kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah
memeluk agama Islam dan Kristian. Namun di kawasan pedalaman, ramai
yang masih Pagan (tidak mempunyai pegangan agama). Masyarakat
Kadazan-Dusun percaya tentang kewujudan syurga dan neraka. Bagi orang
Pagan, mereka percaya bahawa sesiapa yang mati, rohnya akan dibawa
pergi ke Gunung Kinabalu.

8.3.2 Kebudayaan dan Adat Resam


Sekarang mari kita lihat pula kebudayaan dan adat resam masyarakat majmuk di
Malaysia.

(a) Masyarakat Melayu


Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum
kedatangan Barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan
Jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dari segi hukum adat, dua jenis
adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu, iaitu Adat
Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat
Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan
muafakat.

(b) Masyarakat Cina


Masyarakat Cina turut mempunyai pengamalan kebudayaan dan adat
resam. Antara amalan yang boleh dilihat sebagai kebudayaan dan adat
resam mereka ialah:
1. Kalendar Orang Cina
Perhitungan hari orang Cina ini bermula dari hari pertama anak bulan
dan berakhir selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12
bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama binatang-binatang
tertentu. Apabila cukup 12 tahun, nama yang pertama akan diulang.
Nama-nama tersebut ialah tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga,
ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

2. Keinginan Mendapat Anak Pertama Lelaki


Keinginan mendapat anak lelaki sememangnya kuat di kalangan
masyarakat Cina kerana anak lelaki akan mengekalkan nama
keluarga dan orang yang mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa
yang meninggal dunia.
TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK  147

3. Pelajaran
Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat
mementingkan pelajaran. Di Tanah Melayu dalam abad ke-19 dan ke-
20, anak-anak Cina merupakan yang paling ramai bersekolah
berbanding dengan anak-anak Melayu dan India. Masyarakat Cina
beranggapan, walau bagaimana miskin pun seseorang itu mereka
patut diberi peluang yang sama untuk diberi pelajaran. Pelajaran
diharap dapat memajukan seluruh keluarga dan membantu sanak-
saudaranya kelak.

4. Upacara Pengebumian
Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku
sebarang kematian. Perarakan ini akan diiringi bunyian muzik dan
biasanya menelan kos yang besar. Oleh itu, seseorang yang menyambut
hari lahir yang ke-60 menandakan orang itu sudah layak untuk
memasuki Âpersatuan kerandaÊ dan ia perlu membayar yuran bulanan
supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai keranda yang baik.

(c) Masyarakat India


Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi
mereka yang tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal
mereka dan kini kebudayaan mereka turut mengalami asimilasi dengan
budaya tempatan. Masyarakat Hindu terbahagi kepada hierarki sosial yang
tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.
Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu dibahagi kepada empat hierarki
sosial. Empat hierarki tersebut ialah:
1. Brahmin ă terdiri daripada golongan bangsawan dan alim ulama.
Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta.
2. Ksyatria ă terdiri daripada golongan pahlawan dan dianggap
menyamai taraf tangan pencipta.
3. Vaisya ă terdiri daripada rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja
sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya disamakan dengan
paha pencipta.
4. Sudra ă terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukan
disamakan dengan kaki pencipta.
Masyarakat India juga mempunyai berbagai-bagai perayaan. Tiga jenis
perayaan utama mereka adalah Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal.
Selain itu, terdapat beberapa perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil tertentu
di seluruh negara.
148  TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK

(d) Masyarakat Sarawak


Masyarakat Iban terkenal dengan budaya yang sangat popular dipanggil
perburuan kepala (head hunting). Seorang lelaki akan memburu kepala
untuk ditunjukkan kepada keluarga bakal mertuanya ataupun sebagai
lambang kepahlawanan mereka. Kini, amalan ini sudah tidak diamalkan.
Masyarakat Iban mengamalkan konsep muafakat yang dipanggil Âutai basai
gagamitÊ (tidak ada masalah besar yang tidak boleh diatasi).
Masyarakat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh
beberapa keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa bilik dan
setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga yang biasanya terdiri daripada
keluarga asas. Rumah panjang suku Kelabit pula tidak ada bilik untuk
keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan
ruang sebelah dalam.

(e) Masyarakat Sabah


Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah juga mempunyai berbagai-bagai
kebudayaan dan adat resam. Misalnya apabila berlaku kematian, proses
pengebumian melibatkan seluruh masyarakat. Unggun api dihidupkan
untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat. Selain itu, wujud konsep-konsep
seperti mihadÊ, iaitu menangisi mayat; ÂmemojukÊ, iaitu memandikan
mayat, ÂmengumanÊ, iaitu menghias dan mendandan mayat, ÂlobongÊ, iaitu
kubur serta ÂpanukupÊ, iaitu kenduri.
Bagi kelahiran, proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan
dengan ahli keluarga dan jiran. Adat ÂmintuhunÊ pula ialah adat menjejakkan
kaki bayi ke tanah.

8.4 IMPAK KE ATAS HUBUNGAN ETNIK


Seterusnya, kita akan mendalami tentang hubungan etnik di Malaysia.

8.4.1 Perbezaan Agama dan Kebudayaan


Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang tersendiri.
Orang Melayu menganut agama Islam manakala sebilangan besar orang India
beragama Hindu. Kebanyakan orang Cina pula menganut agama yang
merupakan campuran ajaran Buddha, Lao-tze dan Confucious. Terdapat ramai
orang Cina dan India yang beragama Kristian. Tiap-tiap kaum utama tersebut
mempunyai adat resam, bahasa, kesenian dan sistem nilai yang berlainan. Setiap
kumpulan etnik tidak memahami agama dan budaya masyarakat lain. Masing-
masing menganggap kebudayaan mereka sebagai yang terbaik.
TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK  149

8.4.2 Dasar Pecah dan Perintah British


Sebagaimana yang diketahui umum, Dasar Pecah dan Perintah British telah
memberi kesan ke atas hubungan etnik di negara ini. Pernahkah kita bertanya
mengapa ini berlaku? Adakah ia sengaja diadakan atau ada agenda di sebaliknya?
Pemisahan etnik seolah-olah sengaja diwujudkan dan dikekalkan oleh British demi
kepentingan dan keselamatan mereka sendiri agar setiap etnik hidup dalam
kelompok mereka. Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan status dan
peranan yang berlainan bagi kaum-kaum Melayu, Cina dan India.
Sebagai contoh, di kalangan orang Melayu, golongan bangsawan Melayu
diberikan jawatan yang lumayan dalam perkhidmatan awam, sementara
golongan biasa digalakkan terus menetap di kawasan luar bandar. Orang Cina
pula digalakkan tinggal di lombong-lombong dan di bandar-bandar manakala
orang India di estet-estet. Interaksi antara kaum adalah terhad kepada pergaulan
di pejabat dan pasar semasa jual-beli. Jadi setiap kaum hidup dalam kelompok
mereka dan tidak memikirkan untuk menentang British.

8.4.3 Sistem Pendidikan yang Berasingan


Sehingga menjelangnya kemerdekaan, masih belum ada satu sistem pendidikan
nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang
berbeza iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Setiap golongan etnik akan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah yang menggunakan bahasa
ibunda masing-masing. Justeru itu, murid-murid tidak berpeluang bercampur
gaul dengan murid dari kumpulan etnik lain. Kurikulum bagi setiap jenis
sekolah tersebut juga berbeza.
Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira
manakala kurikulum sekolah Cina dan India adalah berasaskan apa yang
terdapat di negara masing-masing. Keadaan ini telah menghasilkan pandangan
dunia (world view) yang berlainan serta memperkukuhkan lagi keperibadian etnik
di kalangan pelajar Cina, India dan Melayu. Sekolah-sekolah ini pula menggunakan
bahasa ibunda masing-masing. Tidak terdapat satu bahasa penghantar tunggal
dalam sistem sekolah beraneka bahasa. Ketiadaan satu bahasa pengantar yang
tunggal sehingga tahun 1970 telah menjejaskan persefahaman dan perhubungan yang
erat antara kaum. Dalam konteks zaman sekarang pula, penubuhan sekolah jenis
kebangsaan masih diteruskan. Walau bagaimanapun, satu isu yang masih hangat
diperkatakan ialah mengenai masalah penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa
pengantar.
150  TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK

8.4.4 Pegangan Ekonomi yang Berbeza


Kesan daripada penjajahan British, setiap kaum dapat dikenali melalui sistem
ekonomi. Dalam hal ini, kaum Melayu biasanya tinggal di kawasan pedalaman dan
mereka mengamalkan sistem ekonomi pertanian secara sara diri di kampung-
kampung. Kaum India bekerja di ladang-ladang getah dan meneruskan kehidupan
turun-temurun sebagai penoreh getah. Kaum Cina pula bekerja di lombong-lombong
serta kawasan bandar sebagai peniaga. Fenomena ini berlangsung sehingga ke hari
ini, di mana pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi masih lagi kuat, walaupun
ada di antara kaum Melayu dan India yang terlibat dalam pekerjaan profesional tetapi
masih tidak dapat mengatasi kaum Cina yang maju dalam sektor ekonomi
perdagangan dan perniagaan. Mengapa ini berlaku? Perlukah kita mempersalahkan
pihak penjajah? Apa yang perlu kita fikirkan bersama ialah mengapakah agak susah
untuk pihak kerajaan mengubah keadaan ini?

8.4.5 Tempat Tinggal yang Berbeza


Pengkelasan masyarakat mengikut tempat tinggal juga masih lagi ketara.
Walaupun sejarah ini telah lama berlalu, namun pada masa kini pengenalan
kaum mengikut tempat tinggal masih lagi belum boleh diubah sepenuhnya. Di
kawasan bandar dan di kota metropolitan, kebanyakan penghuninya adalah
kaum Cina. Kaum Melayu masih lagi tinggal di pinggir kota dan di kampung-
kampung. Begitu juga di kalangan kaum India. Fenomena ini juga dapat
disaksikan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

8.4.6 Aktiviti Ekonomi yang Berlainan


Pada awal kemerdekaan dahulu, kaum Melayu, Cina dan India menjalankan
aktiviti ekonomi yang berlainan. Kebanyakan kaum Melayu di luar bandar
merupakan petani, nelayan atau penoreh getah. Kebanyakan kaum Cina terlibat
dalam sektor perniagaan dan perlombogan manakala sebilangan besar orang
India merupakan buruh di estet-estet.
Walaupun kini Malaysia telah maju, pembahagian kaum mengikut fungsi
ekonomi masih lagi ketara di mana kaum Cina kebanyakannya melibatkan diri
dalam sektor perdagangan dan perniagaan, namun jumlah orang Melayu yang
menceburi bidang ini masih lagi sedikit. Kaum Melayu masih lagi bergiat dalam
pekerjaan separa profesional.
Akibat daripada kegiatan ekonomi yang berlainan ini, wujud jurang pendapatan
yang tidak seimbang di antara kaum, dengan majoriti golongan miskin terdiri
daripada kaum Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan persaingan ekonomi
dan ketidakpuasan di kalangan kumpulan etnik tertentu yang boleh mengancam
perpaduan negara.
TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK  151

8.4.7 Persatuan-persatuan Etnik


Kewujudan berbagai-bagai persatuan politik, sosial dan ekonomi yang
berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identiti etnik dan
syak wasangka antara kaum. Hal ini adalah kerana persatuan-persatuan tersebut
hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang mereka wakili. Parti-
parti politik perkauman sering kali mengekploitasi perbezaan-perbezaan yang
wujud di kalangan kumpulan-kumpulan etnik atau isu-isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan dan ekonomi bagi memajukan kepentingan politik masing-
masing. Ini akan merenggangkan lagi hubungan antara etnik di Malaysia.
Kewujudan pelbagai parti politik yang membela satu-satu kaum sahaja juga
memberi kesan kepada hubungan etnik di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia
ada parti mereka sendiri. Lebih malang lagi jika sesuatu etnik itu terlalu taksub
dengan parti politik mereka sehingga membelakangkan perpaduan negara.

8.4.8 Akhbar mengikut Kaum


Penerbitan akhbar berbagai bahasa yang diterbitkan untuk kaum tertentu sahaja
telah menimbulkan salah faham di kalangan etnik yang berbeza. Keadaan ini
boleh menimbulkan syak wasangka kerana mereka tidak memahami bahasa
kaum-kaum yang lain.

8.4.9 Faktor Geografi


Faktor geografi juga turut memberi kesan kepada hubungan etnik di Malaysia
khususnya antara etnik Semenanjung dengan etnik di Sabah dan Sarawak. Dalam
hal ini, masalah interaksi merupakan faktor utama yang menghalang penduduk
di Semenanjung untuk mengenali dengan lebih rapat dengan kumpulan etnik di
Sabah dan Sarawak.

AKTIVITI 8.1

Adakah pengenalan subjek Pengajian Etnik sebagai langkah mudah


ke arah hubungan etnik yang lebih berkesan di Malaysia? Apa
pandangan anda ?
Pada pandangan anda, apakah faktor yang paling utama yang telah
meretakkan hubungan etnik di Malaysia? Adakah disebabkan oleh
faktor ekonomi, politik atau sosial?
152  TOPIK 8 MASYARAKAT MAJMUK

Dengan merujuk kepada insiden 13 Mei 1969, warga Malaysia perlu mengambil
iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah negara dengan mengelak dari
melakukan sesuatu yang boleh menggugat perpaduan dan kerjasama antara
kaum. Pada pandangan anda, apakah pengajaran yang dapat diambil daripada
peristiwa tersebut?

 Kemunculan masyarakat majmuk di Malaysia adalah satu kurniaan yang


tidak ternilai.
 Ini kerana ia menambahkan lagi kepelbagaian budaya dan bahasa
rakyatnya.
 Malahan, kepelbagaian inilah yang menjadi identiti negara Malaysia
sehingga Malaysia kini dikenali di mata dunia.

Agama dan Kepercayaan Kebudayaan dan Adat Resam


Hubungan Etnik Masyarakat Majmuk
Kaum Cina Penduduk Peribumi Sabah
Kaum India Penduduk Peribumi Sawarak
Kaum Melayu

Hasnah Hussiin & Mardiana Nordin. (2002). Pengajian Malaysia (edisi kedua).
Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
T o pik 9  Integrasi
dan
Perpaduan
Nasional
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
untuk mengatasi masalah perpaduan kaum di Malaysia;
2. Mengenal pasti dasar-dasar yang berkaitan dengan perpaduan
kaum; dan
3. Menerangkan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi ke arah
pembentukan sebuah negara bangsa.

PENGENALAN
Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial,
ekonomi dan politik, tetapi tidak termasuk biologikal. Perpaduan juga boleh
didefinisikan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kepercayaan, kebudayaan, politik,
sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Malaysia mempunyai
kepelbagaian dalam banyak segi. Setiap kelompok etnik di Malaysia mempunyai
budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.
Integrasi melibatkan semua penyatuan dari segi fizikal dan juga aspek
biologikal. Konsep perpaduan dan integrasi saling berkaitan. Kedua-duanya
adalah untuk merapatkan hubungan antara kaum yang berbeza. Malaysia yang
154  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

terdiri daripada pelbagai kaum agama dan bangsa harus mementingkan kedua-
dua konsep ini. Apatah lagi taburan penduduk Malaysia adalah sangat berbeza
iaitu:
1. Semenanjung Malaysia ă Cina, Melayu dan India;
2. Sabah ă Kadazan-Dusun, Cina dan Melayu; dan
3. Sarawak ă Dayak (Dayak Iban, Dayak Bidayuh, Dayak Ulu), Melayu-
Melanau dan Cina.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan terdapat lebih kurang 40
suku etnik di Malaysia, iaitu lebih kurang 20 suku di Sabah dan 20 suku di
Sarawak. Pemisahan etnik ini sangat ketara khususnya semasa zaman
penjajahan. Dasar Âpecah dan perintahÊ yang diamalkan oleh British semasa
penjajahan telah membawa kesan yang berpanjangan sehingga ke hari ini,
walaupun ada sedikit perubahan. Begitu juga dari segi pembangunan wilayah
yang masih lagi tidak sama.
Proses-proses yang selalu dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi
adalah seperti:
1. Asimilasi ă proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan kelompok
dengan satu budaya, satu bahasa dan satu agama;
2. Amalgamasi ă proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi
(perkahwinan campur). Proses ini akan mewujudkan kelompok baru
dengan budaya yang baru; dan
3. Pluralisme ă proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang
terlibat mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk
perpaduan.

9.1 PENDEKATAN INTEGRASI DI MALAYSIA


Isu perpaduan dan integrasi kaum adalah dua perkara yang tidak boleh
dipisahkan dalam usaha menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini.
Konsep Perpaduan ă adalah satu proses mewujudkan „satu‰ identiti nasional di
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.
Integrasi ă satu usaha untuk merapatkan masyarakat Malaysia untuk
membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri.
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  155

9.1.1 Apakah Pendekatan yang Digunakan oleh


Kerajaan Malaysia?
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mengintegrasikan
kaum di negara ini. Antara pendekatan yang telah digunakan oleh pihak
kerajaan ialah dari segi integrasi wilayah, integrasi ekonomi, integrasi
pendidikan, integrasi kebudayaan dan sebagainya.
 Integrasi Wilayah ă mengandungi pembangunan sosio ekonomi antara
negeri/wilayah yang maju dan kurang maju.
 Integrasi Ekonomi ă Perkongsian ekonomi yang sama rata di antara kaum.
Penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Perpaduan Negara
(DPN) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
 Integrasi Pendidikan ă semua rakyat dapat menikmati kemudahan
pendidikan yang sama dan mewujudkan perpaduan melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan.
 Integrasi Kebudayaan ă mencapai perpaduan melalui program-program
kebudayaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) digubal untuk tujuan
perpaduan.
Secara umum, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah
bersifat integrasi, iaitu melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan
dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam
Negara kita. Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga
menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya di antara Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional
ialah:
(a) Rukun Negara
(b) Dasar Ekonomi Baru
(c) Dasar Kebudayaan Kebangsaan
(d) Bahasa Kebangsaan
(e) Jabatan Perpaduan Negara
(f) Penggabungan parti politik
(g) Integrasi wilayah
(h) Penubuhan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
156  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

9.1.2 Rukun Negara


Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang dicipta selepas berlakunya
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Rukun Negara digubal semasa
negara berada di bawah pimpinan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan
badan yang bertanggungjawab atas penggubalan Rukun Negara ialah Majlis
Perundingan Negara (MPN). Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos
1970 dan merupakan ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan
adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama. Ia dapat
mengeratkan perpaduan negara memandangkan rakyat akan mempunyai fikiran,
perasaan dan nilai-nilai yang sama. Rukun Negara Malaysia adalah seperti berikut:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

 Objektif-objektif Rukun Negara


Rukun Negara telah diciptakan dengan beberapa objektif, iaitu:
1. Mencapai perpaduan yang erat di kalangan masyarakat;
2. Memelihara cara hidup demokratik;
3. Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
4. Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan
masing-masing; dan
5. Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

 Prinsip-prinsip Rukun Negara

1. Kepercayaan kepada Tuhan


Setiap kaum di Malaysia mempunyai kepercayaan dan anutan masing-
masing. Kaum-kaum di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Islam,
Buddhisme, Taoisme, Confucious, Hinduisme, Kristian dan lain-lain.
Pegangan agama ini sangat penting sebagai panduan kepada sesekaum
individu supaya hidup mereka lebih terarah. Pegangan agama juga dapat
memandu tindakan sesekaum untuk berbuat baik dan menghindari
perbuatan jahat dan mengenalidosa dan pahala. Di Malaysia, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia telah menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi.
Walau bagaimanapun, agama lain bebas diamalkan oleh rakyat bukan
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  157

Islam. Keadaan ini membolehkan sesekaum warganegara itu bebas


mengamalkan pegangannya asalkan tidak menyalahi undang-undang
negara.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak raja berperlembagaan.
Justeru, negara ini mempunyai Ketua Negara, iaitu Yang di-Pertuan
Agong dan Ketua Negeri, iaitu raja/sultan atau Yang di-Pertua Negeri
masing-masing. Prinsip ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua
negara dan negeri masing-masing.
Di samping itu, prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk negara demi
keamanan dan kemajuan. Pegangan yang teguh kepada prinsip ini
dipercayai dapat melahirkan rakyat yang:
(a) Menghormati dan menghargai harta awam;
(b) Mengetahui dan menghormati simbol-simbol kedaulatan negara;
(c) Patuh kepada undang-undang negara;
(d) Berkualiti dan produktif;
(e) Berusaha menaikkan nama negara melalui aktiviti-aktiviti sosial,
ekonomi dan politik yang diceburinya di mata dunia;
(f) Rela mengorbankan masa dan tenaga untuk membangunkan
agama, masyarakat dan negara; dan
(g) Taat setia serta berani mempertahankan negara daripada sebarang
ancaman oleh kuasa luar.

3. Keluhuran Perlembagaan
Negara ini mempunyai Perlembagaan yang merupakan undang-undang
tertinggi negara. Prinsip ini menekankan supaya setiap warganegara
Malaysia dapat mematuhi dan mempertahankan kemuliaan dan
ketertinggian Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hal ini demikian
kerana Perlembagaan berfungsi memberi perlindungan dan hak kepada
setiap anggota masyarakat di dalam Negara di samping mempertahankan
kedaulatan negara. Aspek-aspek utama dalam Negara perlu dipatuhi
sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia, iaitu:
(a) Konsep raja berperlembagaan;
(b) Kedudukan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam
pembangunan sosioekonomi terjamin;
158  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

(c) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping


perkembangan bahasa-bahasa lain tidak dihalang;
(d) Agama Islam sebagai agama rasmi di samping kebebasan
beragama diamalkan;
(e) Hak asasi rakyat terjamin; dan
(f) Hak kerakyatan dan sistem pemerintahan.
Sekiranya semua pihak mematuhi Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
perpaduan yang diinginkan oleh negara akan tercapai.

4. Kedaulatan Undang-undang
Setiap negara memerlukan satu undang-undang untuk mengatur
kehidupan masyarakatnya. Tanpa undang-undang, keamanan negara
akan tergugat, berlaku huru-hara dan sebagainya. Justeru itu dalam
konteks Malaysia, rakyat negara ini perlu sedar bahawa negara ini ada
undang-undang dan mereka adalah tertakluk kepada undang-undang
tersebut. Sesiapa yang bersalah akan diadili dan jika bersalah akan
dijatuhkan hukuman.

5. Kesopanan dan Kesusilaan


Melalui prinsip ini rakyat Malaysia dikehendaki mengamalkan sifat atau
nilai-nilai murni. Prinsip ini penting bagi membentuk sebuah negara
yang berdaulat, aman, makmur, masyarakat penyayang, berbudi bahasa
dan menghormati antara satu sama lain. Hubungan baik ini juga boleh
terjamin sekiranya rakyat mengelakkan diri daripada menyentuh hal-hal
yang sensitif dan perkara-perkara yang telah dipersetujui majoriti bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan kaum. Pembentukan
masyarakat berbilang kaum yang harmoni dapat dilahirkan sekiranya
setiap individu dalam masyarakat boleh berperang teguh kepada prinsip
kelima ini

9.1.3 Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970, sebagai reaksi kepada
peristiwa 13 Mei 1969. Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 hingga 1990
sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana banyak pihak
mengatakan bahawa, peristiwa 13 Mei 1969 berlaku akibat jurang ekonomi antara
kaum, politik perkauman dan prasangka. DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia
melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) antara tahun 1971ă1990.
Program-program pembangunan yang dilancarkan selepas merdeka dan
sebelum DEB didapati belum dapat mengatasi masalah-masalah yang berikut:
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  159

1. Jurang sosio-ekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera;


2. Jurang sosio-ekonomi antara desa dengan bandar;
3. Jurang sosio-ekonomi antara negeri pantai barat dengan pantai timur; dan
4. Jurang sosio-ekonomi antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan
Sabah dan Sarawak.
Secara keseluruhan, DEB bermatlamat Âserampang dua mataÊ, iaitu:
1. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah
pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat
tanpa mengira kaum; dan
2. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapus
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

 Aspek Kemiskinan
Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat sukar dipupuk
lebih-lebih lagi apabila wujud jurang kemiskinan dan kekayaan yang
terlalu besar antara masyarakat dalam sebuah negara. Aspek kemiskinan
menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang
melanda negara sebenarnya bukan sahaja berlaku di kawasan luar bandar,
malahan di kawasan bandar. Kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu
merupakan kaum majoriti yang menguasai sektor pertanian tradisional dan
merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan.
Antara faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah:
1. Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan
tanaman;
2. Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia;
3. Saiz isi rumah yang terlalu besar;
4. Penggantungan kepada kaum tengah yang selalu mengeksploit;
5. Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran; dan
6. Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.
Secara keseluruhan, berbagai-bagai usaha telah dipraktikkan untuk
membasmi kemiskinan di bawah DEB, antaranya:
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama
yang menganggur;
2. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan;
3. Memberi peluang kepada kaum yang bekerja di sektor yang rendah
daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan;
160  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

4. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan


antara kawasan (bandar dan luar bandar);
5. Memodenkan kehidupan di luar bandar;
6. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera;
7. Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagai-bagai
kaum; dan
8. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

 Strategi Pembasmian Kemiskinan


Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan
bandar adalah seperti yang berikut:

(a) Kemiskinan di Luar Bandar


Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebun kecil,
penanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Selepas
pengenalan DEB, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan
daripada 64.7% (1970) kepada 40% (1987). Kadar kemiskinan
penanam padi turut berkurangan, iaitu daripada 88.1% (1970) kepada
50.2% (1987). Bidang-bidang lain juga turut menunjukkan
kekurangan.

(b) Kemiskinan di Bandar


Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat
dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan,
perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB, kadar
kemiskinan ini berjaya dikurangkan.

 Strategi Penyusunan Semula Masyarakat


Dasar Âpecah dan perintahÊ yang diamalkan oleh British menyebabkan
berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini
menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekali gus
menyukarkan perpaduan kaum. Justeru, masyarakat negara ini perlu disusun
kembali supaya ketidakseimbangan yang berlaku sebelum ini dapat diatasi.
Bagi merealisasikan usaha tersebut, kerajaan telah melaksanakan beberapa
program yang melibatkan berbagai-bagai sektor ekonomi seperti perindustrian,
perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, pelajaran
dan perumahan.
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  161

9.1.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dari segi sejarah, perkembangan pendidikan kebangsaan, bermula daripada
Laporan Razak 1956. Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri
penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:
1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua
kaum.
2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah
air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua
pelajar di negara ini.

 Laporan Razak
Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambil
kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.
Antara perkara yang diperkatakan ialah:
1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama;
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa
pengantar utama;
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah
rendah dan menengah;
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi
bahasa pengantar;
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama;
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum;
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan;
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah
Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti; dan
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan
Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

 Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961


Antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat daripada Laporan
Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:
1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma;
162  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan;


3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15
tahun;
4. Murid naik darjah secara automatik;
5. Pelajaran Agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya
15 kaum; dan
6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

 Laporan Hussein Onn (1971)


Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Menteri
Pelajaran ketika itu. Tujuan utama laporan ini selain daripada untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan
pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur
bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu,
Inggeris, Cina dan Tamil.
Ketika itu, di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih
dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Menurut laporan ini:
„Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk untuk memenuhi
keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya,
sosial, ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah
mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat
sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
(Laporan Hussein Onn, 1971)

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar


utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran
bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat
penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempertingkatkan
pembangunan negara.
Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana
kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga
hal-ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang
tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa
Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang
baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.
(Laporan Hussein Onn, 1971)
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  163

 Laporan Mahathir (1985)


Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa
Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana
Menteri, Dr. Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:
Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem
pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan
keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan
jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini
memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang
bersatu, berdisiplin dan terlatih.
(Laporan Mahathir, 1976)

AKTIVITI 9.1

Apakah pandangan anda tentang penggunaan bahasa Inggeris bagi


mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah di Malaysia?
Patutkah sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar?
Patutkah kaum bumiputera lain khususnya orang Melayu menghantar
anak- anak mereka belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina?

9.1.5 Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Dasar ini digubal agar dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud
dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Kementerian
yang bertanggungjawab merancang, mengawal, menyelia dan melaksanakan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan ialah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan. Selain melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, kementerian ini
juga berfungsi untuk:
1. Memberi khidmat nasihat, menggubal dan menyelia dasar-dasar yang
berkaitan dengan perkembangan kebudayaan dan industri pelancongan;
2. Mengawal dan menyelia perjalanan jabatan-jabatan dan agensi-agensi di
bawahnya;
3. Merancang program pembangunan, penggalakan, penyelidikan dan
perhubungan di bidang kebudayaan dan pelancongan selaras dengan
dasar-dasar yang telah ditetapkan;
164  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

4. Melaksana, menyelaras dan mengawas program kebudayaan dan


pelancongan; dan
5. Menilai keberkesanan dasar program kebudayaan dan pelancongan.
Penekanan aspek kebudayaan berperanan penting di dalam negara yang
berbilang kaum seperti Malaysia supaya dapat melahirkan satu Bangsa
Malaysia yang bersatu-padu, mempunyai perasaan cinta akan negara,
mengamalkan nilai-nilai dan etika mulia ke arah membina sebuah negara
yang dominan. Justeru, imej dan keperibadian negara dapat ditonjolkan
sekali gus memupuk semangat perpaduan melalui aspek kerohanian yang
berpunca daripada kebudayaan itu sendiri.
Kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip utama
berikut:

1. Kebudayaan Rakyat Asal Rantau Melayu


Rantau Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei,
Negara Thailand, Kemboja serta Kepulauan Selatan Pasifik merupakan
bahagian utama kawasan tamadun dan budaya Melayu. Kebudayaan
serantau digambarkan oleh persamaan bahasa yang berasaskan keluarga
bahasa Melayu (Austronesia), kedudukan geografi, pengalaman sejarah,
kekayaan sumber alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya
Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, identiti dan asas ukuran
keperibadian masyarakat Melayu. Kebudayaan asal rakyat rantau ini, iaitu
kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kebudayaan kebangsaan.
2. Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang Wajar dan Sesuai Diterima
Kebudayaan kebangsaan turut mengambil kira unsur-unsur budaya Cina,
India, Arab, Barat dan lain-lain yang dianggap sesuai dan wajar berdasarkan
agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan
Malaysia, prinsip-prinsip Rukun Negara, kepentingan nasional dan asas
moral serta kerohanian sejagat.
3. Islam sebagai Unsur yang Paling Penting
Agama Islam diterima sebagai unsur utama dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan berdasarkan kedudukannya sebagai agama rasmi
negara ini. Di samping itu, fakta sejarah telah membuktikan nilai-nilai Islam
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

 Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Dasar Kebudayaan Kebangsaan mempunyai beberapa objektif, iaitu:
1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan;
2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada kebudayaan kebangsaan; dan
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  165

3. Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan


kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

 Strategi dan Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Antara strategi dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:
1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan
perhubungan budaya;
2. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha
membimbing dan melatih peminat, pendokong dan penggerak
kebudayaan dengan lebih meluas sebagai jentera pembangunan yang
berkesan;
3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
4. Memenuhi keperluan sosio-budaya; dan
5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

9.1.6 Bahasa Kebangsaan


Bahasa Kebangsaan di negara ini adalah bahasa Melayu. Pepatah yang berbunyi
„Bahasa jiwa bangsa‰ dan „Bahasa perpaduan bangsa‰ dengan jelas
menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses memupuk perpaduan antara
kaum. Justeru itu, Kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negara kita.
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi. Bahasa Melayu sekarang dikenali sebagai Bahasa Malaysia sebab
ia telah ditambah dengan banyak istilah yang baru dan diubah suai untuk
menegaskan lagi identiti negara kita. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
pernah menyatakan, „Bahasa Melayu hanya bagi kaum Melayu tetapi Bahasa
Malaysia untuk semua kaum di Malaysia...‰. Malah, dalam Perlembagaan
Malaysia pun telah termaktub kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Penggunaan bahasa Kebangsaan Malaysia sejak kebelakangan ini semakin
diabaikan khususnya oleh sektor swasta. Keadaan ini menyebabkan jati diri
bangsa semakin terhakis. Dalam hal ini, Kerajaan perlu memantapkan
penggunaan bahasa kebangsaan sejajar dengan Fasal 152 Perlembagaan
Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996.
Kementerian Pelajaran perlu memupuk penggunaan bahasa Malaysia dengan
menjadikan ia sebahagian daripada kokurikulum sekolah seperti menyanyikan
lagu-lagu patriotik dan menyusun kegiatan yang akan memupuk perasaan
cinta akan bahasa kebangsaan di kalangan anak-anak.
166  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

9.1.7 Jabatan Perpaduan Negara (JPN)


Ditubuhkan pada tahun 1969, JPN memainkan peranan yang penting dalam
menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan,
Skim Rukun Tetangga dan khemah kerja kejiranan.

9.1.8 Penggabungan Parti-parti Politik


Pada peringkat awal penggabungan parti-parti politik terdiri daripada UMNO,
MIC dan MCA dan dinamakan Parti Perikatan dan akhirnya ditukar kepada
parti Barisan Nasional (BN).

9.1.9 Integrasi antara Wilayah


Keadaan ini dapat dilihat kepada kegiatan pelancongan, pertukaran
kakitangan kerajaan, pelajar dan guru-guru dan program-program yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan seperti dasar-dasar pembangunan.

9.1.10 Penubuhan Kementerian Perpaduan Negara


dan Pembangunan Masyarakat
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan
pada 27 Oktober 1990 dengan objektif:
1. Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi
nasional;
2. Memberi bantuan khidmat kebajikan masyarakat;
3. Membangun dan mengintegrasikan masyarakat Kaum Asli;
4. Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan
negara; dan
5. Menyelaras program kependudukan dan pembangunan keluarga.
Bagi melaksanakan usaha kementerian ini, beberapa jabatan telah ditubuhkan
seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara,
Jabatan Hal-Ehwal Kaum Asli, Jabatan Hal-Ehwal Wanita dan Yayasan
Kebajikan Negara.
Jabatan Perpaduan Negara merupakan sebuah agensi pelaksana yang
dipertanggungjawabkan untuk membantu kerajaan memelihara, meningkatkan dan
mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Antara tugas Kementerian Perpaduan adalah:
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  167

1. Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai perpaduan dan


integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti penggalakan dan pengukuhan;
2. Mewujud dan menyelaraskan dengan jayanya aktiviti perhubungan kaum
melalui skim Rukun Tetangga berasaskan konsep kejiranan;
3. Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk peribadi
dan perwatakan yang sempurna bagi kepentingan perpaduan dan integrasi
nasional melalui Tabika Perpaduan;
4. Membantu dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui
penyelidikan etnososial; dan
5. Menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek pengurusan
kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am supaya matlamat
jabatan dapat dicapai dengan jayanya.
Jabatan ini sendiri mengandungi beberapa bahagian yang berperanan penting untuk
melaksanakan program perpaduan seperti Bahagian Pengurusan, Bahagian Rukun
Tetangga, Bahagian Hubungan Kaum, Bahagian Penyelidikan Etnososial, Bahagian
Integrasi Nasional dan Bahagian Perpaduan Negara.

9.1.11 Bahagian Perpaduan Negara


Bahagian ini berperanan untuk memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan
dan cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sejajar
dengan matlamat Wawasan 2020 untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang
bersatu padu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
1. Penerbitan ă mengeluarkan beberapa penerbitan seperti majalah Muhibah,
akhbar Jiran, Permata Hatiku (Antologi Cerpen Remaja Perpaduan),
Warisan (Antologi Cerpen Perpaduan) dan lain-lain;
2. Hari Perpaduan ă yang disambut pada 16 September setiap tahun
bertujuan untuk mengingatkan rakyat tentang betapa pentingnya semangat
perpaduan dan patriotisme demi kestabilan dan kesejahteraan negara;
3. Kempen Menggalak Mengibarkan Bendera Malaysia;
4. Pertandingan Koir Lagu Patriotik;
5. Pertandingan Menulis Cerpen dan Fotografi Perpaduan; dan
6. Pertandingan Mewarna Lukisan Perpaduan.
168  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

9.1.12 Bahagian Hubungan Kaum


Bahagian ini mempunyai matlamat untuk membantu pengurusan jabatan dalam
menasihati kerajaan mengenai isu-isu perhubungan kaum yang ditemui melalui
aktiviti-aktiviti penggalakan dan pencegahannya. Kesemua aktiviti bertujuan
untuk memantapkan lagi tahap perpaduan dan integrasi nasional di negara ini.

9.1.13 Bahagian Integrasi Nasional


Bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang bagi
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya mengamalkan
nilai-nilai murni kemanusiaan bagi memperkukuh dan mempertingkat perpaduan
kaum di negara ini. Jabatan ini turut membuat aktiviti-aktiviti lain seperti memantau
isu-isu atau konflik semasa yang dikira boleh menggugat perpaduan negara, giat
mengumpul data dan membuat penyelidikan bersama antara pegawai jabatan
dengan Institut Pengajian Tinggi berkaitan aspek-aspek perpaduan dan juga
mendokumentasikan adapt resam pelbagai kaum di negara ini hasil daripada
penyelidikan-penyelidikan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan budaya tentang budaya kaum-kaum lain.

9.2 CABARAN PEMBINAAN BANGSA NEGARA

Perpaduan menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara bangsa. Perpaduan


menjadi matlamat utama sesebuah negara memandangkan jika perpaduan
negara tidak dijaga, negara akan musnah dan pembinaan negara bangsa tidak
dapat dijalankan. Pandangan ini terbukti apabila tercetusnya satu peristiwa
berdarah di negara ini pada 13 Mei 1969.
Dari segi sejarah, Pemerintahan British telah meninggalkan satu kesan iaitu
melalui dasar Âpecah dan perintahÊ di mana di bawah sistem ini, kumpulan-
kumpulan etnik terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut
tempat tinggal dan pekerjaan masing-masing. Kesannya masih dapat dilihat
sehingga kini. Kebanyakan kaum Melayu tinggal di kawasan kampung
mengerjakan sektor pertanian, menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang
lain. Wujud sebahagian kecil sahaja yang tinggal di kawasan bandar, iaitu bagi
yang terlibat dalam sektor pentadbiran, terutama dalam bidang perkeranian.
Bagi kaum Cina pula, kebanyakan mereka tinggal di kawasan bandar menjadi
peniaga ataupun tinggal di kawasan perlombongan mengerjakan lombong-
lombong. Kaum India pula ditempatkan di estet-estet untuk mengerjakan
ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Pengasingan tempat tinggal
menyebabkan sistem pendidikan setiap kaum juga dipisahkan. Pengasingan
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  169

sebegini telah menimbulkan sikap perkauman dan perasaan curiga antara kaum.
Pengasingan ini dapat dilihat sehingga kini di mana kaum Melayu ketinggalan
dari segi ekonomi berbanding dengan kaum Cina. Dalam hal ini, pegangan
ekonomi antara kaum khususnya masih lagi tidak seimbang.
Tahukah anda apakah cabaran yang dihadapi dalam pembentukan negara
bangsa pada hari ini?
1. Pemisahan tempat tinggal atau penempatan;
2. Perbezaan tumpuan sektor ekonomi;
3. Pengasingan sistem pendidikan;
4. Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza;
5. Perbezaan kepercayaan dan agama;
6. Penggunaan akhbar yang berbeza-beza; dan
7. Faktor-faktor lain.

9.2.1 Pemisahan Tempat Tinggal atau Petempatan


Pemisahan tempat tinggal yang berlaku dalam masyarakat negara ini pada
zaman awal-awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat kesan Dasar
ÂPecah dan PerintahÊ yang dilaksanakan semasa penjajahan British. Penjajahan
British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan
India secara beramai-ramai. Kerajaan British sememangnya telah menetapkan
setiap kaum ini membuat petempatan di kawasan-kawasan yang menjadi
tumpuan ekonomi masing-masing.

9.2.2 Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi


Akibat Dasar ÂPecah dan PerintahÊ yang dilaksanakan oleh pihak British, kaum
Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, kaum Cina digalakkan untuk
bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan (tujuan asal buruh-buruh Cina
dibawa masuk kerana pembukaan lombong-lombong) sementara kaum India
dikekalkan di estet-estet. Justeru, aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak
memungkinkan setiap kaum ini untuk bertemu dan bergaul. Jika ada pertemuan
pun hanya apabila mereka ini berurusan perniagaan dan perkhidmatan kerajaan.
Pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami budaya
dan adat resam kaum-kaum lain. Pada masa kini jelas kaum Melayu dan
penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan
banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya
yang rendah. Kaum Melayu lebih menguasai sektor primer sementara kaum Cina
menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden. Justeru,
170  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

ketidakseimbangan pendapatan berlaku yang telah menyebabkan setiap kaum saling


mencemburui satu sama lain. Kaum Melayu cemburukan kemewahan dan kejayaan
kaum Cina sementara kaum Cina dan India pula cemburukan kelebihan kaum
Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran.

9.2.3 Pengasingan Sistem Pendidikan


Pengasingan sistem pendidikan dibahagikan kepada masa dulu dan masa kini.

 Masa Dulu
Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah
perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum
mengikut tempat tinggal masing-masing.
Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu
sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah
beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan. Pelajaran di sekolah-
sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka
tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai.
Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Walaupun
guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu
pengajaran mereka sangat rendah. Tidak ada pelajaran di peringkat
menengah dalam bahasa Tamil. Justeru, pelajar lepasan sekolah Tamil ini
tidak mungkin berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang baik dan
akhirnya terpaksa bekerja di estet.
Kaum Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Kaum
Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-
anak mereka. Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini
dibawa dari Negara China. Justeru, pelajar Cina lebih mementingkan
pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Negara China
berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.

 Masa Kini
Fahaman dan Pengaruh Politik yang Berbeza
Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. Bagi kaum Cina dan
India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka lebih penting daripada
fahaman politik di Tanah Melayu. Selain itu, setiap kaum sentiasa berusaha
untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-
masing dengan menggunakan media-media dan saluran-saluran seperti
pendidikan, program keagamaan, akhbar dan persatuan-persatuan sosial.
Misalnya pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara kaum Cina
dengan Jepun di Negara China. Ramai kaum Cina di Tanah Melayu yang
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  171

terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak-


saudara mereka. Apabila fahaman komunis berkembang di China, fahaman
tersebut juga mudah menular di kalangan kaum Cina di Tanah Melayu.
Kaum India juga beranggapan India sebagai tanah air mereka dan
berharap untuk kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih
penting daripada apa yang terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan
India juga muncul lebih cepat seperti Persatuan India Pusat pada tahun
1937 yang memperjuangkan keadaan pekerja-pekerja India.
Bagi kaum Melayu, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan
kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara. Kurangnya penyatuan
menyebabkan perjuangan kaum Melayu hanya tertumpu kepada kaum
mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain.
Fenomena ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh kaum
Melayu dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan
Melayu,Warta Malaya dan Majlis. Selain itu, perasaan curiga sesama kaum
menyukarkan mereka untuk bekerjasama.
Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran Parti
Perikatan untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan raya 1969 walaupun
pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai Perikatan. Parti
Perikatan hanya berjaya memenangi 67 daripada 104 buah kerusi Parlimen
yang dipertandingkan.

9.2.4 Perbezaan Kepercayaan atau Agama


Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti
Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha.
(Namun, masih ada kaum-kaum ini yang menganut agama yang tidak majoriti
dalam kelompok mereka seperti India-Muslim dan Cina beragama Kristian).
Selain masyarakat di Semenanjung, kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak
pula menganut agama Kristian. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam topik
terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. Oleh itu, sukar
untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukar untuk bertolak ansur
dengan fahaman agama kaum lain.

9.2.5 Penggunaan Akhbar yang Berbeza-beza


Akhbar sebenarnya berperanan penting dalam menyemarakkan semangat
perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Hal ini
demikian kerana setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan
perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Akhbar bahasa
Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di
172  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

Negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India.


Fenomena ini memperkuat semangat kecintaan kepada tanah air dan kaum
masing-masing sahaja serta menyulitkan mereka untuk memahami bahasa,
budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain.

9.2.6 Cabaran-cabaran Lain


1. Tindakan kerajaan membantu kaum Bumiputra di dalam bidang sosio-
ekonomi telah dilihat sebagai satu diskriminasi terhadap kaum-kaum lain.
2. Terdapat sebahagian daripada kalangan penganut pelbagai agama di
negara ini yang kurang sensitif (peka) dan bertoleransi telah menjejaskan
keharmonian kaum di negara ini.
3. Kurangnya semangat patriotisme dan kesukarelaan di kalangan
masyarakat.
4. Peningkatan kes-kes gejala sosial di kalangan remaja dan peningkatan
kes-kes jenayah yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat.
5. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di antara wilayah khususnya
Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di semenanjung Malaysia turut
membantutkan kelancaran proses integrasi.
6. Fahaman politik yang melampau dan taksub telah membawa kepada
perpecahan di kalangan masyarakat.
7. Media massa lebih gemar memberi liputan luas dan sensasi terhadap
isu-isu perpaduan yang berbentuk negatif daripada mempromosi aspek-
aspek positif.
8. Negara sentiasa diancam oleh kaum luar yang sentiasa tidak puas hati
dengan keamanan yang diperolehi oleh negara Malaysia. Contohnya Bekas
Perdana Menteri Singapura yang membangkitkan isu masyarakat Cina di
Malaysia dipinggirkan boleh mencetuskan rasa tegang antara kaum di
Malaysia.
9. Masih terdapat di kalangan warganegara Malaysia yang kurang faham
tentang konsep integrasi nasional walaupun di kalangan ahli politik,
pentadbir hinggalah kepada kaum biasa sama ada di semenanjung, Sabah
dan Sarawak.
10. Di kalangan warganegara Malaysia, rasa kekitaan, rasa kepunyaan, rasa
cintakan negara dan tanah air masih kurang kukuh. Mereka masih lagi kuat
berpegang kepada semangat kenegerian masing-masing seperti Sabah
untuk kaum Sabah, semenanjung untuk kaum semenanjung.
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  173

11. Keadaan fizikal yang memisahkan wilayah-wilayah di Malaysia.


12. Corak politik Malaysia masih lagi berlandaskan kepada politik perkauman.
Oleh itu, pendekatan baru seiring dengan paradigma baru perlu dicari
untuk mencari identiti politik yang sihat di kalangan etnik di Malaysia.
13. Dari segi pembangunan wilayah, ketidakseimbangan kemudahan
infrastruktur dan keperluan asas masih lagi kurang. Ini menyukarkan
integrasi kaum di negara ini.
14. Isu-isu antarabangsa juga boleh mempengaruhi hubungan etnik di
Malaysia. Contohnya, konflik etnik di Indonesia dan Thailand juga boleh
mempengaruhi pemikiran etnik di negara ini.

9.3 PENDEKATAN MENANGANI CABARAN


PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Usaha-usaha bagi mengurangkan tindak tanduk yang boleh memecahbelahkan
rakyat, tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha
pembentukan negara bangsa Malaysia, beberapa pendekatan lain telah dibentuk.
Antaranya ialah:

9.3.1 Memberi Galakan kepada Penduduk Berhijrah


dari Satu Kawasan ke Kawasan Lain
Menempatkan penduduk di satu-satu kawasan boleh menggalakkan pergaulan dan
pertembungan yang lebih kerap. Beberapa fenomena dikenal pasti sebagai langkah
untuk membolehkan rakyat negara ini supaya berpindah dari penempatan tradisi
masing-masing seperti:
1. Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia. Pegawai
kerajaan dan keluarga mereka boleh diarahkan berpindah dan berkhidmat
di wilayah-wilayah yang memerlukan khidmat mereka. Selain itu,
pegawai-pegawai ini juga boleh digalakkan untuk menyertai seminar,
persidangan dan program latihan di Kuala Lumpur dan pusat-pusat lain.
2. Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat
lain. Fenomena ini terutama bagi peniaga-peniaga di kawasan mundur
untuk berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam mengembangkan
aktiviti ekonomi mereka.
3. Dalam bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan pembesaran
angkatan tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa
masuk pasukan-pasukan keselamatan dari wilayah-wilayah lain.
174  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

9.3.2 Penyeragaman Sistem Pendidikan


Walaupun sistem pendidikan di Malaysia telah menunjukkan kematangannya,
namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Ini kerana sistem
pendidikan merupakan satu elemen penting yang boleh menentukan arah
hubungan etnik di Malaysia. Pendidikan sekolah jenis kebangsaan misalnya perlu
diteliti semula agar ianya memberi manfaat untuk semua etnik khususnya dari
segi perpaduan kaum. Begitu juga dengan bahasa pengantar dari peringkat
sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi, perlu dinilai semula terhadap
bahasa pengantar. Dalam hal ini polisi terhadap bahasa pengantar perlu
diselaraskan dan ditetapkan. Begitu juga Institut Pengajian Tinggi Swasta perlu
menetapkan kuota agar sesebuah pusat pengajian tinggi itu tidak dipenuhi oleh
sesuatu kaum sahaja. Ini penting kerana pada masa akan datang jika perkara ini
tidak diambil kira, kemungkinan sejarah lama akan berulang kembali di mana
setiap etnik ada pusat pengajian atau sekolah masing-masing.

9.3.3 Peranan Media Massa


Media massa seperti seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan beberapa
stesen swasta yang lain serta akhbar-akhbar memainkan peranan yang sangat penting
dalam menonjolkan isu-isu perpaduan kaum. Pendedahan kepada berbagai-bagai
berita, laporan dan dasar kerajaan akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang
wujud. Pada masa kini, media massa mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam
membentuk pemikiran dan pandangan rakyat. Ini sekali gus mengurangkan masalah
prasangka akibat berbagai-bagai maklumat yang tidak tepat.
Media massa penting dalam memastikan penguasaan media massa asing,
yang lebih menyebarkan fahaman, ideologi dan senario politik di negara itu
daripada kaca mata mereka sendiri dan ada kalanya berbau fitnah.

9.3.4 Integrasi Ekonomi yang Lebih Menyeluruh


Melalui aspek ini, pihak kerajaan perlu memastikan agar pembangunan ekonomi
dilakukan secara menyeluruh dan tidak ada perbezaan pembangunan ekonomi
antara negeri pantai timur atau pantai barat serta Malaysia Timur dan Malaysia
Barat. Kalau diperhatikan di Malaysia, khususnya pembangunan ekonomi tidak
sekata dan perbezaannya sangat ketara contohnya antara negeri di pantai timur
dan negeri di pantai barat. Fenomena seperti ini sepatutnya tidak terjadi kerana
setiap rakyat patut mendapat nikmat pembangunan yang sama.
TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL  175

AKTIVITI 9.2

Tahukah anda apakah program-program lain yang telah dijalankan


oleh kerajaan dalam mengintegrasikan kaum bagi membentuk
sebuah negara bangsa? Cuba anda bincangkan kesan pengenalan
program di bawah ini ke atas hubungan etnik di Malaysia:
1. Sekolah wawasan
2. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
3. Kongsi Raya
4. Pelan Integriti Nasional
5. Subjek Pengajian Etnik di Institut Pengajian Tinggi

AKTIVITI 9.3

„Di peringkat antarabangsa teori pertembungan tamadun


sudah lapuk dan digantikan dengan semangat berdialog bagi
merungkai permasalahan antara kaum, bangsa dan agama
terutama pertembungan antara Barat dan Islam. Di dalam negara
pula, terdapat isu-isu yang sensitif antaranya isu keagamaan dan
perkauman yang sekiranya tersilap langkah akan meninggalkan
kesan yang besar terhadap keharmonian negara.‰
(Petikan dari Utusan Malaysia, „Dialog Antara Agama Mesti
Jauhi Isu Sensitif‰, 15/09/2006).
Pada pandangan anda, apakah perlu diadakan dialog antara
agama di Malaysia bagi menyelesaikan sesuatu isu yang timbul
khususnya yang berkaitan dengan agama? Apakah kesannya
kepada perpaduan kaum di Malaysia?
176  TOPIK 9 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

 Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatu padu,
mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang
kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang,
adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang
berdaya saing.
 Oleh itu setiap warganegara Malaysia perlu ada kesedaran untuk
menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang 2020 dengan
mengabaikan segala bentuk perbezaan di kalangan mereka.

Bahasa Kebangsaan Jabatan Perpaduan Negara


Dasar Ekonomi Baru Media Massa
Dasar Kebudayaan Kebangsaan Perpaduan Nasional
Dasar Pendidikan Kebangsaan Rukun Negara
Integrasi Sistem Pendidikan
Integrasi Nasional

Bahasa Melayu perlu dimantapkan martabatnya. (2006, September 21). Utusan


Malaysia.
Hasnah Hussiin & Mardiana Nordin. (2002). Pengajian Malaysia, (edisi kedua).
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Perpaduan dan
Khidmat Negara. (2005, April 12). Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional Malaysia.
Mohd Yazid Yusoff, Mohd Noor Mohd Zain & Idris Omar. Persamaan dan
Perbezaan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996, Program
Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan). Selangor: UPM.
Topik 10  Dasar
Pembangunan
Ekonomi
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti rancangan-rancangan pembangunan ekonomi
negara;
2. Menjelaskan strategi-strategi yang telah dijalankan oleh pihak
kerajaan dalam memajukan ekonomi negara; dan
3. Membincangkan isu-isu yang diketengahkan dalam setiap rancangan
pembangunan ekonomi.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara ini
telah bermula sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi? Secara umumnya,
sejarah perancangan pembangunan ekonomi negara boleh dibahagikan kepada tiga
fasa utama, iaitu:
1. Perancangan zaman sebelum merdeka;
2. Perancangan zaman selepas merdeka ;
3. Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Apakah Pembangunan dan Maksud Pembangunan Ekonomi?


Pembangunan biasanya merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau
negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan ini meliputi pelbagai
aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan, psikologi
dan sebagainya. Selain daripada itu, ia juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal,
aspek kebendaan dan bukan kebendaan. Manakala pembangunan ekonomi
dalam konteks negara Malaysia ialah pembangunan ekonomi dari bentuk tradisi
kepada ekonomi moden.
178  TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

10.1 ASAS DAN FALSAFAH PEMBANGUNAN


NEGARA
Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar dan strategi
pembangunan ialah:
1. Kedudukan ekonomi yang terbuka;
2. Sistem ekonomi campuran;
3. Masyarakat berbilang kaum; dan
4. Kerajaan Persekutuan.

10.2 PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA


Pembangunan ekonomi di Malaysia boleh diteliti melalui pengenalan dan
pelaksanaan rancangan-rancangan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan seperti berikut:
1. 1956 ă 1960 Rancangan Malaya Pertama;
2. 1961 ă 1965 Rancangan Malaya Kedua;
3. 1966 ă 1970 Rancangan Malaysia Pertama;
4. 1971 ă 1975 Rancangan Malaysia Kedua;
5. 1976 -1980 Rancangan Malaysia Ketiga;
6. 1981 ă 1985 Rancangan Malaysia Keempat;
7. 1986 ă 1990 Rancangan Malaysia Kelima; dan
8. 1991 ă 1995 Rancangan Malaysia Keenam.
Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan mula melaksanakan beberapa rancangan
pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosio-ekonomi dan politik
yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan daripada peninggalan dasar-
dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini. Pembangunan negara
dirancang melalui dua rancangan utama iaitu; Rancangan Malaysia Lima Tahun
[RMLT] dan Rangka Rancangan Jangka Panjang [RRJP]. Sejak merdeka, sembilan
rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah
dilaksanakan dengan jayanya.
Rancangan-rancangan ini dibuat sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan
politik semasa dan dasar-dasar pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka
Panjang Pertama (RRJP1), 1971-1990, misalnya telah menjadi asas kepada
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sementara Rangka Rancangan Jangka Panjang
TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI  179

Kedua (RRJP2), 1991-2000 telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar


Pembangunan Nasional yang bertujuan untuk mencapai pembangunan
seimbang. Tahun 2001 pula menyaksikan pembentangan Rangka Rancangan
Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) yang telah digubal berdasarkan Dasar
Wawasan Negara.

10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rancangan


Malaysia Kedua (1971ă1975). Pembentukan DEB bermatlamat membetulkan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud antara kaum. Rancangan
untuk mencapai matlamat DEB ini terkandung dalam Rangka Rancangan
Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971ă1990. Rancangan pembangunan di
bawah DEB, dijalankan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:
1. Mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada semua kaum; dan
2. Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Asas yang menjadi dasar penggubalan DEB disebabkan oleh:
1. Strategi pembasmian kemiskinan ă tumpuan di kalangan orang Melayu di
kawasan luar bandar. Untuk itu, pihak kerajaan telah melaksanakan
pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan,
kesihatan, bekalan air dan elektrik. Selain itu, pihak kerajaan juga telah
menyediakan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks
percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah
murah. Usaha pihak kerajaan untuk meninggikan taraf hidup penduduk
ini telah menampakkan hasil dalam masa lebih kurang 20 tahun di mana
tahap kemiskinan penduduk telah dapat dikurangkan, iaitu daripada
49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990.
2. Untuk mencapai matlamat kedua DEB, iaitu menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, kerajaan telah melancarkan beberapa
program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan,
pengangkutan dan pertanian. Strategi yang dijalankan ialah:
(a) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin di luar bandar;
(b) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tanah supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan
mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum;
180  TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

(c) Menambah peluang kaum Bumiputera dalam sektor produktif di


mana kaum Bumiputera agak ketinggalan jika dibandingkan dengan
kaum lain; dan
(d) Memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu serta kaum Bumiputera agar
mereka dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua
jenis kegiatan ekonomi menjelang tahun 1990.
Kesan Selepas Pelaksanaan - DEB berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum
Bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan
semula guna tenaga perlu diperhebat lagi memandangkan orang Melayu masih
kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.

10.4 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)


DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. DatoÊ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia ke-4 pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) 1991 ă 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

10.4.1 Objektif
Objektif utama masih lagi untuk memantapkan perpaduan negara. DPN
menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara yang maju dalam semua segi, iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika
dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan,
dan kecemerlangan ekonomi.

10.4.2 Strategi Pelaksanaan


DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi antara kaum. Dengan ini ia akan menyumbang ke arah
mengukuhkan perpaduan negara.
DPN akan menekankan kepada:
1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI  181

2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama


ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan;
3. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan
ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan
saksama. Faedah yang diperoleh dari pertumbuhan secara lebih adil dan
saksama boleh dikongsi oleh semua rakyat Malaysia;
4. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara
negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;
5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-
nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga
dan cintakan negara;
6. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja
yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang
perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu
budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan
semula masyarakat;
7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha
membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan
berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam
proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan
8. Memastikan perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam
sekitar dan ekologi untuk mencapai pembangunan ekonomi. Sehubungan
dengan itu, DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini
di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa
pelaksanaannya. Beberapa pendekatan bertujuan mewujudkan ke arah
pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat.

10.4.3 Dimensi Baru yang Diperkenalkan oleh DPN


1. Strategi pembasmian kemiskinan bertujuan menghapuskan kemiskinan
tegar di kalangan golongan termiskin.
2. Pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah meningkatkan
dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan
ekonomi;
182  TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

3. Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula


masyarakat; dan
4. Pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi
mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

10.4.4 Pendekatan Baru yang Diambil dalam Usaha


Melaksanakan DPN
1. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan

2. Persaingan dalam Pasaran Antarabangsa


Dalam hal ini Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur
dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini.
Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan
sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan.

3. Penyertaan Semua Kaum untuk Memajukan Malaysia


Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN
akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan
menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk
membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara
bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

4. Pembasmian Kemiskinan
Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan, DPN akan
mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam.
Ia dilaksanakan melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi
besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan
membantu meningkatkan pendapatan mereka.

5. Penyusunan Semula Masyarakat


Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan
penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah
strategi ini. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi
meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan
sektor-sektor moden dan membentuk masyarakat perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera. Beberapa langkah akan diambil untuk
melengkapkan Bumiputera dengan pelbagai kemahiran yang sesuai bukan
sahaja bagi mengurus dan menjalankan perniagaan dengan berkesan tetapi
juga bagi mengekalkan kekayaan mereka.
TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI  183

AKTIVITI 10.1

Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke


paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam
tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan
ketahap 4% dalam tahun 2000. Apa pandangan anda mengenai
golongan siswazah menganggur di Malaysia yang semakin
bertambah dari tahun ke tahun? Bincangkan.

10.5 DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)


RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara
(DWN), dengan tema utama ``Meningkatkan keutuhan dan daya saing negaraÊÂ.

10.5.1 Dimensi Baru Dasar yang Diperkenalkan dalam


Dasar Wawasan Negara (DWN)
1. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan
pengetahuan;
2. Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan
melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan
keupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan langsung asing
(FDI) yang berterusan ke dalam bidang strategik;
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi;
4. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan
terpencil. Orang Asli dan kumpulan majoriti Bumiputera di Sabah dan
Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan
berpendapatan 30 peratus terendah;
5. Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti
sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010;
6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi; dan
7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong
pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.
184  TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

10.5.2 Teras Utama Dasar Wawasan Negara


Berikut merupakan beberapa teras utama dasar wawasan negara:
1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,
menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina
masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan
nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
2. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam
kumpulan etnik serta wilayah;
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan
sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan
ekonomi makro;
4. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan
liberalisasi;
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah
strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi
dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa;
6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga
kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan; dan
7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan
pertumbuhan jangka panjang.

10.6 DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA


Sektor perindustrian dan sektor pembuatan berperanan sebagai sumber utama
ekonomi negara. Selain menyediakan peluang pekerjaan, sektor ini juga dijangka
akan dapat menjadi pengeksport utama negara dan menyediakan latihan teknikal
serta kemahiran kepada rakyat tempatan. Memandangkan dasar kerajaan untuk
menjadikan sektor perindustrian sebagai industri utama negara dalam jangka
masa panjang, pihak kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kajian Dasar
Perindustrian Negara dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang ditubuhkan
untuk menyemak dan menggubal dasar-dasar perindustrian negara dan mengkaji
galakan pelaburan serta peningkatan eksport.
TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI  185

10.6.1 Pelan Induk Perindustrian (PIP)


Dimulakan pada 3 Februari 1986 meliputi tempoh 10 tahun (1986ă
1995) PIP telah menggariskan tiga matlamat penting, iaitu:
1. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian
negara;
2. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
3. Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan
sebagai asas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian.
PIP telah berjaya mengenal pasti 12 sektor yang perlu diberi penekanan dalam
masa 10 tahun akan datang, iaitu:
1. Sektor yang berasaskan sumber tempatanăgetah, kelapa sawit, kayu-kayan,
makanan, kimia, logam bukan ferus dan galian bukan ferus.
2. Sektor industri yang bukan berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik,
peralatan pengangkutan, mesin, kejuruteraan, logam-logam ferus, tekstil dan
pakaian.

 Strategi Pelaksanaan
Untuk melaksanakan matlamat PIP ini, beberapa strategi adalah sedang
disusun dan meliputi perkara-perkara berikut:
1. Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada.
2. Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import.
3. Memajukan semula industri gantian import peringkat pertama
misalnya barang pengguna tahan lama dan industri gantian-import
peringkat kedua misalnya alat perhubungan.
4. Menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih
banyak barangan buatan Malaysia.
5. Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru di
negara-negara sosialis dan negara-negara yang sedang membangun.
6. Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan kurang maju.
7. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan
pihak swasta.
8. Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan
industri baru.
9. Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.
186  TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

AKTIVITI 10.2
PIP3 telah diperkenalkan menggantikan PIP1 (1986-1995) dan
PIP2(1996-2005). PIP3 berperanan penting untuk mengekalkan
keupayaan negara supaya kekal berdaya saing dalam persekitaran
ekonomi yang jauh lebih mencabar terutamanya dengan kemunculan
negara-negara ekonomi yang baru berkembang seperti China, India
dan juga Amerika Latin. Selain persaingan, Malaysia juga perlu
membangunkan modal insan yang inovatif, kreatif dan berkemahiran
tinggi dan mampu membangunkan sumber pertumbuhan baru.
(Utusan Malaysia, 18/08/2006)
Berdasarkan kenyataan tersebut, apakah langkah-langkah yang
perlu dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan modal insan
bagi pembangunan sektor perindustrian di Malaysia?

 Objektif
Malaysia telah menjadi sasaran utama negara Jepun dan negara-negara NIC
(Newly Industrialised Countries) yang mana telah memindahkan operasi
kilang mereka ke negara ini. Keadaan ini secara tidak langsung membawa
pemindahan teknologi ke negara kita. Kemasukan modal asing ini telah
berjaya mewujudkan industri perkilangan sebagai industri utama Malaysia
apabila ia telah menyumbangkan sebanyak 24.3% daripada jumlah Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 16.6% guna tenaga pada tahun 1988.

10.6.2 Dasar Perindustrian Berat


Dasar ini bertujuan untuk memajukan dan mengembangkan kegiatan-kegiatan
industri berat negara. Ini memandangkan sektor perindustrian telah memberi
sumbangan yang sangat besar kepada ekonomi negara.

 Objektif
1. Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih sofistikated untuk
memajukan teknologinya sendiri. Dengan itu, Malaysia akan
mengeluarkan bahan-bahan mentah serta jentera-jentera perindustrian dan
barang-barang gantian import untuk keperluan negara secara kompetitif.
2. Mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi
asing. Dengan ini, negara boleh menyelamatkan tukaran wang asing dan
seterusnya mengasaskan langkah berjaga-jaga ke atas ketidak-tentuan
harga dan bekalan bahan-bahan keperluan strategik.
TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI  187

3. Mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia


untuk mengatasi dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju
terhadap barangan yang dihasilkan oleh perindustrian intensif buruh
negara-negara membangun.
4. Industri berat dijangka dapat meningkatkan keupayaan industri-
industri kecil dan industri sokongan di samping mewujudkan industri-
industri pertengahan yang baru.
5. Mewujudkan peluang untuk para pekerja dilatih dalam bidang-bidang
kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran berkaitan.

 Strategi Pelaksanaan
Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
pada tahun 1980. Peranan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan,
melaksanakan dan menguruskan projek-projek dalam bidang industri berat.
Berikutan daripada ini beberapa projek tajaan kerajaan dengan usaha sama
pelabur asing telah dilancarkan. Ini termasuk loji simen, besi panas dan
pancang keluli, projek kereta nasional, loji enjin kecil, palpa dan kertas dan
kompleks kejuruteraan.

Antara pencapaian dasar ini ialah:


1. Projek kereta nasional yang dilaksanakan oleh Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn.Bhd. (Proton) yang berjaya mengeluarkan kereta
tempatan model Proton Saga dan Iswara. Perusahaan ini
dikembangkan lagi dengan pengeluaran kereta oleh Perodua dan
motosikal tempatan oleh Modenas.
2. Kilang pengeluaran simen Kedah Cement Sdn.Bhd. dan kilang
memproses besi keluli Perwaja, Perak Manjung Cement.

10.6.3 Dasar Pertanian Negara


Sektor pertanian telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial
dan ekonomi Malaysia. Pada peringkat awal, penanaman tanaman makanan
seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta kegiatan menangkap ikan dan
menternak telah menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang
pekerjaan dan pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan.
Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan pada 12 Januari 1984. Ia digubal untuk
menjadi garis panduan kepada pihak kerajaan dan sektor swasta untuk
membangunkan sektor pertanian.
 Matlamat Penubuhan
1. Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian supaya dapat memberi
sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
188  TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

2. Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui


peningkatan pengeluaran dan kadar kemiskinan akan dapat
dikurangkan.
3. Memajukan komoditi-komoditi utama yang berpotensi besar untuk
dieksport.

 Strategi
1. Pembukaan tanah-tanah baharu yang akan dikendalikan oleh FELDA
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), pihak berkuasa pembangunan
wilayah dan kerajaan-kerajaan negeri.
2. Pembangunan insitu di mana kawasan-kawasan yang telah sedia
diusahakan dengan pelbagai aktiviti pertanian, tetapi berdaya
pengeluaran yang rendah. Usaha dijalankan untuk memulihkan
kawasan berkenaan melalui projek Pembangunan Pertanian Bersepadu
Perbadanan Kemajuan Wilayah (MADA) dan Lembaga Kemajuan
Pertanian Kerubu (KADA).
3. Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian seperti Institut
Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Institut
Penyelidikan Getah Malaysia (RRI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

10.6.4 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-


2010
 Objektif
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui
penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha
memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan
nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk:
1. Meningkatkan sekuriti makanan (food security);
2. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian;
3. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain;
4. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian;
dan
5. Melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri.
TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI  189

AKTIVITI 10.3

„Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) menempah era gemilang


untuk sektor pertanian. Kerajaan dengan bijak menyediakan
pendekatan baru untuk mengembalikan semula era kecemerlangan
pertanian sebagai penjana ekonomi. Sejumlah RM11.4 bilion telah
diperuntukkan untuk sektor ini, iaitu peningkatan 70 peratus
berbanding dengan peruntukan dalam RMK-8.‰ (Fatimah Arshad,
„RMK-9 Era Pertanian‰)
Berdasarkan kenyataan di atas, pada pandangan anda, apakah
pendekatan-pendekatan yang perlu dilakukan bagi mengembalikan
semula era kecemerlangan pertanian dan pada masa yang sama
menjadikan sektor pertanian setanding dengan sektor-sektor
perindustrian yang lain. ?

 Pembangunan ekonomi negara Malaysia telah menampakkan hasil yang


sangat membanggakan sejak kemerdekaan sehingga kini.
 Malaysia kini telah menjadi negara utama yang menjadi tumpuan para
pelabur.
 Ini membuktikan Malaysia telah maju dalam sektor ekonomi hasil daripada
perancangan yang teliti oleh pihak pemerintah sebelum ini serta sokongan
rakyat Malaysia.

Dasar Pembangunan Ekonomi (DEB) Dasar Pertanian Negara


Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Dasar Wawasan Negara (DWN)
Dasar Perindustrian Berat Ekonomi
Dasar Perindustrian Negara
190  TOPIK 10 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

Fatimah Arshad. (2006, April 3). RMK-9 Era Pertanian. Utusan Malaysia.
Hasnah Hussiin & Mardiana Nordin. (2002). Pengajian Malaysia. (edisi Ke-2).
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 ă 2000
Kecemerlangan Sektor Pertanian dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).
1998 ă 2010. Diakses pada Februari 20, 2009 daripada http://agrolink.moa.my
Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia Pejabat Perdana Menteri
Malaysia. Diakses pada Februari 20, 2009.
Laman Web Rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Diakses pada Februari 20, 2009 daripada http://www.icu.gov.my
Laporan Ekonomi 2000/2001, Kementerian Kewangan Malaysia.
Lim Hin Fui. (2001, April 6). Dasar Wawasan Negara Asas Perpaduan. Utusan
Malaysia.
PIP3 Tingkatkan Daya Saing Malaysia. (2006, Ogos 18). Utusan Malaysia.
Rancangan Malaysia Keenam 1991 ă 1995.
Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 ă 2000.
Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah. (2001, Ogos). Peranan Kerajaan dalam
Dasar Pembangunan Negara. Seminar Indeks-indeks Pembangunan dari
Perspektif Islam.
T o pik 11  Dasar
Pembangunan
Sosial
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menggariskan dasar-dasar sosial yang telah dijalankan oleh kerajaan
Malaysia;
2. Mengenal pasti apakah kepentingan dan peranan setiap dasar sosial
yang dijalankan; dan
3. Mengaplikasikan strategi dan dasar yang telah dipelajari ke dalam
kehidupan seharian bagi mendokong aspirasi kerajaan.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa pembangunan negara, terutamanya dari segi sosial banyak
dipengaruhi oleh tindakan dan dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan sejak
berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu sejak negara mencapai kemerdekaan.
Dengan adanya usaha tersebut, dapat dilihat pembangunan sosial di Malaysia
sentiasa berubah mengikut kehendak semasa. Apakah dasar-dasar pembangunan
sosial tersebut? Sebagai seorang warganegara Malaysia yang sememangnya
terlibat dalam pembangunan sosial, anda perlu tahu apakah objektif dan peranan
setiap dasar agar kita tahu ke manakah arah yang hendak dituju oleh kerajaan
dalam pembangunan negara supaya kita juga menjadi penyumbang ke arah
pembangunan sosial negara.
192  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

11.1 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK)


Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal bagi menggantikan sistem pendidikan
penjajah. Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan lahir melalui Penyata Razak
1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah
disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Selepas itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan
dalam tahun 1979.

AKTIVITI 11.1

1. Mengapa Tanah Melayu perlu ada dasar pendidikan


kebangsaan sendiri?
2. Apakah bentuk sistem pendidikan pada zaman penjajahan?

Perkembangan sistem pendidikan di zaman penjajahan berkembang tanpa


mengambil kira keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan
perpaduan negara. Sistem pendidikan pada waktu itu lebih menumpukan ke
arah mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka
kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan
rakyat tempatan.
Sistem ini akhirnya ditukar apabila Tanah Melayu sudah merdeka. Oleh itu,
langkah-langkah telah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan
yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat
sendiri yang menggambarkan identiti sebuah negara merdeka.

11.1.1 Objektif DPK


1. Menurut Akta Pelajaran, 1961 dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang
akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya. Objektif ini dinyatakan secara am
tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan
kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah
mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang
kaum dan menyediakan tenaga kerja („tenaga rakyat,‰ istilah yang digunakan
oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  193

2. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini


mencerminkan hasrat kerajaan agar Dasar Pendidikan dapat memenuhi
keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek
dalam melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan berlandaskan hasrat serta
aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini, memberi
penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak,
seimbang dan harmonis. Ini adalah untuk mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.

11.1.2 Strategi Pelaksanaan DPK


Strategi Pelaksanaan DPK terdiri daripada:
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah;
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dari kawasan luar bandar atau
pedalaman;
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M; iaitu membaca, menulis dan mengira pada
tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini
adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang
kukuh; memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
9. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat
universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
10. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
194  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

11. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata


pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
saksama bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil; dan
12. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan
lain-lain.

AKTIVITI 11.2

Di Malaysia, terdapat sekolah jenis kebangsaan untuk kaum


Cina dan India. Apakah pendapat anda mengenai penubuhan
sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar?
Bagaimanakah ia memberi kesan jangka panjang kepada sistem
pendidikan di Malaysia?
``Perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum di Malaysia
sudah cukup baik tetapi adalah lebih baik lagi jika anak-anak
Melayu, Cina dan Tamil boleh bergaul dan belajar di bawah satu
bumbung sejak kecil lagi‰. Kenyataan ini merujuk kepada
penubuhan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Apa
pandangan anda? Bincangkan.
Apakah pandangan anda mengenai pengajaran Matematik dan
bahasa Inggeris diajar dalam bahasa Melayu?

11.2 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

AKTIVITI 11.3

Cuba anda lihat di sekeliling anda. Antara kaum Melayu,


Cina, India dan kaum peribumi yang lain, adakah sama dari segi
mereka berpakaian, makan, bercakap, mengadakan upacara atau
perayaan? Jika berbeza, mengapa dan apakah perbezaan tersebut?
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  195

Setiap hari kita akan makan, berpakaian, bermasyarakat, bercakap dan


sebagainya. Persoalannya, apakah ada perbezaan antara cara kita melakukan
perkara-perkara tersebut dengan orang lain atau dengan kata lain dengan
masyarakat yang berbeza? Sudah tentu ada. Dari sini, adakah anda faham apa
itu budaya?
Budaya merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting
dalam proses pembangunan negara di Malaysia, di mana keperibadian Malaysia
harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosio-ekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses
yang berterusan.
Bagi sebuah negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia, proses
pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan
rapi supaya dapat melahirkan satu masyarakat yang bersifat kemalaysiaan.

11.2.1 Mengapa Malaysia Perlu Ada Dasar


Kebudayaan Kebangsaan?
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah
negara membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum seperti
Malaysia. Dasar ini juga akan menjadi garis panduan bagi membentuk satu
identiti Malaysia sebagai sebuah negara di mata dunia.
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip
yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Rantau ini yang
merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand, Kemboja serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia
dan Oceania sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama
daripada kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan
pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak
zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan
tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca);
Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di
bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu ă Austronesian,
kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam kesenian dan
nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara
hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200
juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.
Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam
196  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu, telah dijadikan teras


kepada Kebudayaan Kebangsaan;
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui
proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi
pelbagai budaya. Dengan itu, unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat
dan lain-lain sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam
penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan
dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan
nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan
pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya;
3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur
penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat
yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan
kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi
mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu, ia patut
menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi
negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam
yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
Ketiga-tiga prinsip asas tersebut adalah melambangkan penerimaan
gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

11.2.2 Objektif
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk
mencapai tiga objektif penting, iaitu:
1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan;
2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
3. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.
Strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi
berikut:
1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan
asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan,
pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  197

2. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha


membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak
kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan,
kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
4. Memenuhi keperluan sosio-budaya; dan
5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Di samping Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam
pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan
Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan
berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan
Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam
pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain,
Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan,
pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan
kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti
pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai
pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis
Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-
pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan
berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar
ini dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan
pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di
mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha
pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-
masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek
kebudayaan.

AKTIVITI 11.4

Pada zaman ini, apatah lagi di era globalisasi, begitu banyak


budaya luar dibawa masuk ke Malaysia, khususnya melalui media
massa. Pada pandangan anda, apakah kesan budaya luar ini
terhadap budaya tempatan.?
Pada pandangan anda, adakah amalan kongsi raya masih relevan
dalam era globalisasi ini?
198  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

11.3 DASAR KELUARGA NEGARA

11.3.1 Pengenalan
Tahukah anda, institusi kekeluargaan yang utuh dan kukuh mempengaruhi
kestabilan masyarakat dan negara? Pengukuhan institusi itu hanya boleh
dicapai melalui pemupukan nilai kasih sayang dalam setiap anggota keluarga.
Melalui kasih sayang sebagai pengikat keluarga, ia mampu mencetuskan
perasaan hormat menghormati, prihatin dan tanggungjawab antara satu
dengan lain. Ia turut menjelaskan bahawa setiap ahli keluarga; daripada datuk,
nenek, ibu bapa dan anak perlu menikmati keadaan hidup yang sihat, selamat
dan bahagia. Bagi mencapai hasrat seumpama ini, Dasar Keluarga Negara
(DKN) diperkenalkan yang memfokuskan aspek kesejahteraan keluarga. Ia
sebagai bukti kesungguhan kerajaan memperkasakan institusi berkenaan
selaras dengan arus pembangunan negara.
Dasar Keluarga Negara (DKN) mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam
segala usaha pembangunan keluarga berlandaskan nilai murni bagi
memperkukuh dan memantapkan institusi keluarga, melalui peningkatan
potensi dan keupayaan ahli keluarga dan masyarakat.

11.3.2 Objektif
DKN bertujuan untuk membangunkan keluarga yang sejahtera dan berdaya
upaya untuk melahirkan generasi berkualiti dan berperibadi mulia melalui
penggemblengan sokongan dan iltizam semua pihak, dengan mengutamakan
kesejahteraan keluarga.

11.3.3 Rasional Penggubalan Dasar Keluarga Negara


Rasional disebalik Penggubalan Dasar Keluarga Negara adalah seperti berikut:
1. Arah tuju pembangunan keluarga yang ÂtotalÊ dan menyeluruh,
merangkumi pembangunan fizikal, mental, sosial, emosi dan kerohanian
bagi setiap peringkat dalam kitaran hidup keluarga;
2. Usaha mengiktiraf dan menyokong peranan, hak dan tanggungjawab dan
fungsi setiap ahli keluarga dalam usaha membangun keluarga yang kukuh,
stabil dan harmoni. Keluargalah unit paling asas yang menyediakan
landasan untuk pembangunan insan dan pembangunan sumber manusia
bagi menggerak pembangunan sesebuah negara. Justeru itu, kerajaan dan
semua pihak yang bertanggungjawab perlu memberi perlindungan,
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  199

perkhidmatan dan sokongan untuk mendaya upayakan keluarga,


mengguna kekuatan yang sedia ada (inherent strengths) untuk melahirkan
sumber manusia berkualiti tinggi dan berperibadi mulia;
3. Dapat mengenal pasti, memberi keutamaan serta bimbingan dan galakan
untuk keluarga menyemai, menghayati, memupuk dan mengamal nilai murni
dan kekeluargaan yang boleh dijadikan pemangkin untuk mencapai
kejayaan dan benteng pertahanan diri ahli keluarga. Amalan nilai murni bagi
setiap insan dalam keluarganya perlu disebar luas dan diperkukuh (reinforce)
dalam institusi pendidikan, komuniti dan di tempat kerja.
4. Keluarga merupakan institusi yang akan memperturunkan nilai dan akhlak
mulia kepada generasi akan datang. Maka, budaya keluarga yang penuh
kasih sayang, adil dan saksama, di mana setiap ahli keluarga akan
memikul tanggungjawab bersama dan saksama tanpa mengira jantina
dalam keluarga, boleh diwujud, diperkukuh dan disebarluaskan. Budaya
ini akan membangunkan semula dan mengekalkan sifat tolong-menolong,
bantu-membantu dan berkongsi sumber secara saksama dalam keluarga.
5. Tekanan juga boleh diberi ke atas hak dan perlindungan undang-undang
yang memelihara kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga, termasuk
undang-undang untuk mendapat dan menikmati hak sebagai seorang
individu dalam keluarga supaya dihormati sebagai individu yang memiliki
darjat dan maruah diri (dignity); dan
6. Dasar ini dapat memberi panduan dan peringatan, meningkatkan
komitmen dan bertanggungjawab sosial kepada semua pihak supaya
mengutamakan kesejahteraan keluarga.

11.3.4 Objektif Umum


Mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam pembangunan negara, berlandaskan
nilai murni dengan mengukuh dan memantapkan institusi keluarga melalui
pengembelingan iltizam dan sokongan semua pihak untuk menyediakan dasar,
perundangan, program, perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran mesra keluarga.

11.3.5 Objektif Khusus


Objektif khusus adalah seperti berikut:
1. Memastikan semua pihak mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam
dasar dan program pembangunan organisasi dan negara;
2. Menyedia dan memperluaskan program dan perkhidmatan pembangunan
keluarga, kemudahan serta sokongan mesra keluarga untuk memperkukuh
dan memantapkan institusi keluarga;
200  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

3. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai murni dijadikan paksi


hidup keluarga Malaysia untuk melahirkan generasi berkualiti dan
berperibadi mulia; dan
4. Meningkatkan penggemblengan iltizam, sokongan dan sumber antara
semua pihak bagi mengutamakan kesejahteraan keluarga.

11.3.6 Strategi Pelaksanaan Dasar


Perlaksanaan Dasar dapat kita rujuk seperti:
 Advokasi Utamakan Keluarga
Melalui advokasi keprihatinan dan iltizam untuk mengutamakan keluarga
dalam dasar dan program pembangunan bagi para pemimpin, penggubal
dasar, pembuat keputusan dalam sektor awam, swasta, pemimpin
masyarakat dan keluarga sendiri dapat dipertingkatkan.

 Mengkaji semua Perundangan, Dasar, Prosedur dan Program supaya „Mesra


Keluarga„
Strategi ini akan menggerakkan inisiatif serta memberi sokongan padu
kepada segala usaha untuk menyemak, mengkaji semula dan meminda
dasar, undang-undang, program dan peraturan supaya lebih mesra keluarga.

 Latihan dan Penyelidikan untuk Pembangunan Keluarga Cemerlang


(a) Menyediakan peluang dan prasarana untuk keluarga menyertai
„Program Latihan dan Pendidikan Pembangunan Keluarga Cemerlang‰
yang komprehensif dan peka gender;
(b) Menggalakkan keluarga memiliki ilmu dan meningkat pelbagai
kemahiran yang relevan untuk membangun insan yang berfikiran
saintifik, progresif dan berakhlak mulia demi untuk mencapai
kehidupan sejahtera; dan
(c) Menyediakan pelbagai kaedah pendidikan dan latihan formal dan tidak
formal yang kreatif dan berkesan, termasuk penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi terkini untuk memudahkan ahli keluarga
mendapat ilmu dan kemahiran.

 Perundingan dan perkongsian Bestari di kalangan pelbagai Agensi Kerajaan,


Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Komuniti
Strategi ini dapat mewujudkan mekanisme di peingkat kebangsaan untuk
meningkatkan:
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  201

(a) Pemahaman dan komitmen menggerak program utamakan keluarga


bagi sektor awam, swasta dan masyarakat;
(b) Kerjasama yang kukuh dan bersepadu antara pihak yang terlibat
(c) Untuk mempercepatkan pelaksanaan program utamakan keluarga
melalui perkongsian maklumat, pakar rujuk, sumber teknikal, jurulatih
dan sumber teknikal, jurulatih dan sumber kewangan antara pihak
kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan, Institusi Penyelidikan dan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT); dan
(d) Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga boleh melaksanakan program ke
peringkat akar umbi di seluruh negara dengan adanya penyaluran
sumber teknikal dan kewangan.

 Penyelidikan dan Pembangunan


Strategi ini akan menggalakkan:
(a) Penyelidikan asas, bersepadu dan gunaan dalam bidang pembangunan
keluarga, di mana hasilnya dapat diguna sebagai input dasar dan
pembentukan program; dan
(b) Pelaksanaan dan peningkatan penyelidikan dan pembangunan dalam
bidang pembangunan keluarga oleh agensi kerajaan, swasta, institusi
pengajian tinggi (IPT) dan badan kerajaan.

 Penyediaan Kemudahan Sumber dan Persekitaran yang Mendaya Upayakan


Keluarga
Melalui strategi ini, usaha untuk mewujud perkongsian, pertukaran,
pengumpulan dan peningkatan berbagai sumber untuk mengendalikan
program perkhidmatan dan aktiviti serta kemudahan mesra keluarga, dapat
dilaksanakan. Strategi ini boleh mempercepatkan lagi pelaksanaan program
kerana kemudahan mendapat sumber sudah sedia ada.

AKTIVITI 11.5
Berikan peranan media dalam pembangunan keluarga di Malaysia.
Bagaimanakah hendak mewujudkan masyarakat penyayang di
kalangan warga Malaysia?
202  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

AKTIVITI 11.6

Pembangunan berterusan yang berlaku dewasa ini seolah-olah


meminggirkan pembentukan nilai budaya ke atas personaliti individu
menjadikan mereka tidak matang. Penekanan berterusan ke atas
ekonomi yang memperlihatkan kepentingan nilai materialistik dan
pembangunan yang menampilkan kecanggihan infrastruktur serta
sektor pendidikan yang menekankan mengenai pencapaian akademik
menyebabkan pembangunan sosial serta pemupukan nilai-nilai
seolah-olah dipinggirkan. Pandangan anda mengenai isu ini.

11.4 DASAR WANITA NEGARA


Penyertaan wanita dalam sektor guna tenaga meningkat sejak 1957, bila wanita
terbabit dalam hampir semua bidang pekerjaan sehingga membolehkan
golongan tersebut menguasai 34.7 peratus daripada keseluruhan peluang
pekerjaan pada tahun 2000 berbanding hanya 24.5 peratus ketika di awal
kemerdekaan.

11.4.1 Pengenalan
Sumbangan wanita dalam pembangunan negara tidak dapat dinafikan, malah
peranan mereka semakin menyerlah, terutamanya selepas merdeka. Kejayaan ini
semakin membanggakan selaras dengan cabaran globalisasi. Golongan yang suatu
masa dahulu dianggap sebagai kaum yang lemah, kini bangun untuk memainkan
peranan dalam menjayakan negara ini bersama-sama dengan kaum lelaki. Sesuai
dengan ungkapan `tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia,
wanita juga mempunyai `kuasaÊ untuk menentukan hala tuju negara.
Di Malaysia, sebanyak 7.4 juta wanita bekerja dan ini menunjukkan mereka
merupakan sebahagian daripada penyumbang pembangunan negara ini. Sebagai
aset penting negara, kerajaan tidak mahu mempersiakan peranan kaum hawa
ini. Justeru itu diperkenalkan Dasar Wanita Negara bagi menjamin kedudukan
dan hak-hak mereka dalam pembangunan negara.
Memandangkan kaum wanita berupa potensi sumber pembangunan yang baru
mendapat pengiktirafan, maka Dasar Wanita ini bermaksud untuk memberi panduan
dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program
pembangunan negara. Dasar ini juga memastikan kepentingan dan penyertaan
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  203

wanita tidak terabai, baik sebagai kumpulan sasaran mahupun sebagai agen-agen
pembangunan masyarakat moden.
Wanita telah sekian lama memainkan peranan aktif sebagai penyokong dalam
bidang politik negara. Pembangunan ialah satu proses yang memerlukan
penglibatan sepenuhnya daripada lelaki dan wanita. Oleh itu, dasar ini
mengulangi pendirian yang menekankan penglibatan wanita yang aktif dan
bererti dalam bidang politik.
Dasar ini mengambil kira minat, usaha dan penglibatan kerajaan, kehendak
kehendak pertubuhan bagi menyokong beberapa resolusi di peringkat
antarabangsa, kehendak-kehendak pertubuhan wanita Malaysia serta penubuhan
jentera penggerak di peringkat kerajaan pusat, iaitu Urusetia Hal Ehwal Wanita
(HAWA).
Beberapa dokumen penting telah dirujuk dalam pembentukan dasar ini. Di
antara yang penting termasuklah:
1. Resolusi Persidangan Akhir Dekad Wanita Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu
(1975-1985) yang berlangsung di Nairobi, Kenya, pada tahun 1985 yang
bertemakan „Forward Looking Strategies‰ bagi menghadapi tahun
2000. Resolusi-resolusi yang terkandung di dalam risalah antarabangsa ini
telah pun diterima sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia;
2. Penyataan Dasar „Commonwealth Secretariat‰ mengenai wanita dan
pembangunan yang ditandatangani oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel
di Nassau, Bahamas pada tahun 1985;
3. „Commonwealth Plan of Action‰ bagi menyokong keberkesanan penyataan
dasar di atas yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia di Mesyuarat Ketua-
ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1987 di Vancouver, Kanada;
4. Syor-syor yang dibuat oleh Persidangan Menteri-menteri yang
bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Wanita di Harare, Zimbabwe, pada
1987, yang menyeru setiap kerajaan supaya membentuk satu dasar
mengenai wanita dan pembangunan untuk diintegrasikan ke dalam
rancangan pembangunan negara; dan
5. Kertas kerja dasar yang disediakan oleh Majlis Penasihat Kebangsaan
mengenai Integrasi Wanita dalam Pembangunan (NACIWID) dan
diluluskan oleh Majlis di mesyuaratnya pada 31 Januari 1986. Di peringkat
dalam negeri pula, beberapa perundingan dan bengkel telah diadakan
oleh HAWA dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita
Malaysia (NCWO) bagi mendapatkan kata sepakat dan sokongan bagi
syor-syor antarabangsa itu. Penglibatan kerajaan telah diperolehi dalam
semua peringkat usaha ini.
204  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

11.4.2 Matlamat Dasar Wanita


Matlamat Dasar Wanita adalah seperti yang dinyatakan seterusnya.
1. Bagi menjamin perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan
sumber, maklumat, peluang penyertaan dan manfaat pembangunan
kepada lelaki dan wanita. Matlamat persamaan dan kesaksamaan
hendaklah dijadikan teras dasar pembangunan yang berorientasikan
rakyat, supaya wanita yang mewakili separuh jumlah penduduk negara,
dapat menyumbangkan dan mencapai sepenuhnya potensi mereka.
2. Bagi mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara
selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi mempertingkatkan
mutu hidup, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta
huruf, dan menegakkan negara aman, makmur dan sentosa.

AKTIVITI 11.7

Pada pandangan anda, adakah Malaysia mampu mencapai


sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita di semua
peringkat membuat keputusan di negara ini?

 Prinsip dan Panduan Utama Dasar Wanita ialah:


1. Dasar Wanita ini hendaklah diselaraskan dengan dasar pembangunan
negara, yang berlandaskan keluhuran Perlembagaan berkaitan dengan hak
asasi rakyat, perlindungan undang-undang, perpaduan dan kebebasan.
Selain daripada itu, dasar ini juga mengutamakan penyertaan dan
penglibatan aktif bersama kaum wanita dan lelaki dalam proses
pembangunan, baik di peringkat perancangan, mahupun di peringkat
pelaksanaan dan penilaian impaknya;
2. Dasar ini juga perlu mengambil kira potensi tenaga manusia yang
separuhnya terdiri daripada kaum wanita. Pengembangan dan
pengintegrasian tenaga wanita hendaklah tidak terbatas kepada sektor-
sektor tradisional sahaja, malah hendaklah menembusi semua sektor
dan lapisan ekonomi, sosial, politik dan budaya;
3. Usaha pengintegrasian wanita dalam pembangunan hendaklah berupa
tanggungjawab bersama sektor-sektor kerajaan dan bukan kerajaan.
Pelaksanaan dasar ini adalah fungsi umum, bukan terbatas kepada satu
jantina, ataupun sektor dan agensi tertentu;
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  205

4. Keperluan istimewa dan sifat kewanitaan tidak terjejas; tanggungjawab


keibuan dan keluarga tidak dikorbankan dan maruah, moral dan nilai
kehormatan wanita tidak diabaikan;
5. Taraf pendidikan dan keilmuan yang luas dan mendalam
dipertingkatkan bagi kaum wanita sejajar dengan peranan dan
penglibatan mereka dalam dunia dan masyarakat yang moden dan
dinamis;
6. Sebarang diskriminasi yang berasaskan jantina yang merugikan kaum
wanita dihapuskan dalam semua pertimbangan sewaktu membuat
keputusan dan tindakan-tindakan selanjutnya; dan
7. Segala maklumat mengenai sasaran dan kesan rancangan pembangunan
hendaklah mengandungi data keberkesanannya terhadap kaum wanita.

SEMAK-KENDIRI 11.1

Pada pandangan anda, adakah wanita juga perlu diberi


peluang dan ruang yang lebih luas dalam pembangunan negara?

11.5 DASAR BELIA NEGARA

11.5.1 Pengenalan
Tahukah anda, Dasar Belia Negara menjelaskan bahawa golongan belia
dikategorikan berumur antara 15 hingga 40 tahun? Mereka merupakan 42.1
peratus daripada jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 23.27 juta
orang pada tahun 2000. Ketika ini, golongan belia merupakan tenaga penggerak
dalam pelbagai bidang termasuklah politik, ekonomi, sosial, sukan dan
pendidikan. Peratusan belia yang bekerja dalam kategori pekerjaan profesional
dan teknikal telah meningkat daripada 6.7 peratus pada tahun 1995 kepada 7.9
peratus pada tahun 2000. Malahan, di peringkat kementerian telah ditubuhkan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Belia.
Dasar Belia Kebangsaan yang digubal pada tahun 1985 telah dikaji semula pada
tahun 1997 dan kemudian digantikan dengan Dasar Pembangunan Belia sebagai
usaha untuk menggembleng potensi belia secara menyeluruh. Dasar
pembangunan belia ini mensasarkan kepada belia yang berumur antara 18-25
tahun yang berteraskan kepada enam strategi iaitu:
206  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

1. Meningkatkan usaha untuk meluaskan pengetahuan;


2. Menanamkan nilai-nilai murni dan sikap positif;
3. Melengkapkan belia dengan kemahiran vokasional dan kemahiran;
4. Meningkatkan kemudahan yang sesuai untuk menggalakkan interaksi
sosial yang sihat;
5. Menggalakkan amalan gaya hidup yang sihat; dan
6. Membina semangat bekerjasama dan perkongsian antara agensi kerajaan,
sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara latihan yang disediakan untuk pembangunan belia:


1. Latihan kepimpinan bagi membentuk kepimpinan yang berkualiti di
kalangan belia. Pelbagai aspek ditekankan seperti kemahiran berunding,
teknik berkomunikasi dan interaksi sosial, pengurusan penganjuran acara
serta pemupukan ciri keperibadian yang positif;
2. Selain daripada itu, kerajaan juga telah melaksanakan program khidmat
sosial negara yang bermatlamat untuk menanam semangat cintakan
negara dan sukarelawan di kalangan belia;
3. Di peringkat antarabangsa pula, inisiatif diambil untuk mewujudkan
jaringan dengan negara-negara Komanwel dan ASEAN serta Jepun dan
Korea Selatan, di mana para belia diberi peluang dan pendedahan untuk
meningkatkan kualiti dan kemahiran kepimpinan;
4. Para belia Malaysia juga telah diberi latihan kemahiran secara formal bagi
memastikan mereka berupaya menyumbang secara produktif kepada
ekonomi. Latihan secara formal ini telah dijalankan di Institut Latihan
Kemahiran Belia Negara dan Institut Latihan Perindustrian. Selain
daripada itu, golongan belia juga telah dilatih dalam pelbagai bidang
teknikal seperti kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan awam serta dalam
bidang motor mekanik;
5. Pihak kerajaan juga telah berusaha untuk memupuk potensi keusahawanan
di kalangan belia dengan menggalakkan mereka menyertai program
keusahawanan, menjalankan penyelidikan dan latihan serta menyediakan
khidmat nasihat kepada usahawan muda;
6. Projek seterusnya yang dirangka untuk pembangunan belia ialah program
gaya hidup sihat. Ini bertujuan untuk melengkapkan belia dengan nilai dan
sikap positif seiring dengan perubahan semasa. Untuk itu, diperkenalkan
program Rakan Muda yang memberi tumpuan kepada pembangunan
fizikal, kerohanian, sosial dan pembangunan daya intelek belia melalui
amalan gaya hidup sihat dan produktif; dan
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  207

7. Program Belia dan Sukan juga direncana bagi melahirkan rakyat yang
aktif dan sihat seperti sukan bermotor dan sukan kembara. Lain-lain
program adalah seperti program kebudayaan.

AKTIVITI 11.8
Bagaimanakah hendak memperkasakan kedudukan belia dalam
pembangunan Negara? Perlukah Malaysia mewujudkan satu akta
yang berkaitan dengan belia?
„Kadar jenayah meningkat, penyalahgunaan dadah, rasuah, rempit,
pembunuhan kejam, black metal terus melingkari kehidupan remaja
masa kini‰. Pada pendapat anda, mengapakah gejala sosial ini
semakin berleluasa serta cadangkan apakah langkah yang sesuai
untuk menanganinya?

11.6 PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)


PIN dilancarkan pada 23 April 2004, oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi selaras dengan matlamat cabaran ke-4
Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-
ciri moral dan etikanya. Ini termasuk untuk membentuk para warganya yang
mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta ditunjangi
oleh budi pekerti yang luhur.

11.6.1 Objektif PIN


Objektif PIN adalah seperti berikut:
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat
bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam
usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat
yang diamalkan dalam semua bidang;
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat
serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip
integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
208  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan


negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21, khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
Bagi mencapai objektif tersebut, PIN telah menyusun dan memantapkan
sasarannya yang dikenali sebagai TEKAD 2008, yang akan dicapai dalam
tempoh 5 tahun (2004-2008) iaitu:

Sasaran 1 ă mengurangkan gejala rasuah penyelewengan dan salah


guna kuasa
Sasaran 2 ă Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi masalah kerenah
birokrasi
Sasaran 3 ă meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan
Sasaran 4 ă memantapkan institusi keluarga
Sasaran 5 ă meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

11.6.2 Strategi Pelaksanaan PIN


Keseluruhan pendekatan, strategi dan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan
sasaran PIN merupakan salah satu agenda utama negara, dan kini dirujuk sebagai
Agenda Integriti. Untuk itu, Institut Integriti Malaysia akan mempergiatkan aktiviti
pendidikan dan kesedaran mengenai integriti di sektor awam, swasta dan kalangan
anggota masyarakat supaya prinsip integriti dipraktikkan dalam pekerjaan dan
kehidupan harian.

 Strategi 1: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Keluarga


1. Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan
pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan
integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang.
2. Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai
murni dalam diri anggotanya. Keluarga membimbing tingkah laku dan
membentuk serta memantapkan integriti anggotanya. Tumpuan
pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak.
Manakala, ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi
teladan yang baik. Dengan demikian, dalam gerakan pemantapan
integriti, institusi keluarga memainkan peranan utama.
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  209

3. Agenda Integriti untuk keluarga ialah bagi mencapai objektif berikut:


(a) Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan
keluarga bahagia;
(b) Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan
rohani; dan
(c) Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.

 Strategi 2: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Komuniti


1. Institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat
setempat. Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok
kejiranan yang menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang
lebih luas.
2. Agenda integriti untuk komuniti ialah bagi mencapai objektif berikut:
(a) Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;
(b) Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan
(c) Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum,
serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

 Strategi 3: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Masyarakat Sivil


1. Ruang di antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar,
khususnya negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi, ialah
ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi; perkembangan
kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa,
serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang.
Dalam ruang ini, terdapat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam
sekitar dan hak asasi manusia.
2. Agenda integriti untuk masyarakat sivil ialah bagi mencapai objektif
berikut:
(a) Peningkatan integriti masyarakat sivil melalui badan bukan
kerajaan (NGO);
(b) Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan
integriti; dan
(c) Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk
pemantapan integriti.
210  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

 Strategi 4: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Sosio-budaya


1. Institusi sosio-budaya yang merangkumi pendidikan (sekolah, kolej
dan universiti), kesihatan, rekreasi dan sukan, media massa serta seni,
sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan
mengukuhkan integriti masyarakat dan negara.
2. Agenda integriti untuk institusi sosio-budaya ialah bagi mencapai
objektif berikut:
(a) Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosio-
budaya yang berintegriti.
(b) Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan
rohani.
(c) Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan
identiti warga negara.

 Strategi 5: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Agama


1. Masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum dan agama. Institusi agama
sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan
negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan
etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama
masing-masing. Kepelbagaian agama seperti yang terdapat di Malaysia
tidak harus menjadi masalah sekiranya ia ditangani dengan baik. Justeru,
sikap saling menghormati, saling memahami dan bekerjasama antara
penganut pelbagai agama perlu ditingkatkan. Nilai-nilai murni yang
sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta
dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman
antara penganut mereka.
2. Agenda Integriti untuk institusi agama ialah bagi mencapai objektif
berikut:
(a) Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati
antara penganut pelbagai agama;
(b) Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama; dan
(c) Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam
sebagai agama kemajuan.

 Strategi 6: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Ekonomi


1. Institusi ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat
dan negara melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang
pekerjaan. Bergerak dalam ruang ini ialah banyak syarikat korporat
dan syarikat besar lain, di samping perusahaan sederhana dan kecil.
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  211

Mereka telah membuat sumbangan penting kepada kemajuan negara


dan kemakmuran rakyat Malaysia pada hari ini.
2. Agenda integriti untuk institusi ekonomi ialah bagi mencapai objektif
berikut:
(a) Pemantapan integriti sektor korporat.
(b) Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban
sosial;
(c) Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; dan
(d) Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah
melalui aktiviti ekonomi.

 Strategi 7: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik


1. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem
demokrasi dengan pemerintah dipilih melalui pilihan raya. Sistem
ini menggabungkan institusi raja berperlembagaan dengan sistem
pemerintahan berparti di peringkat pusat dan negeri, dengan pilihan
raya dijalankan secara berkala. Sistem ini, yang sudah dilaksanakan
semenjak kemerdekaan, terbukti berkesan dan berjaya membawa
kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang
kaum.
2. Agenda integriti untuk institusi politik ialah bagi mencapai objektif
berikut:
(a) Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara;
(b) Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi
parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur;
(c) Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya
politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut
acuan sendiri; dan
(d) Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggung-jawaban dan tadbir
urus terbaik.

 Strategi 8: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Pentadbiran


1. Institusi pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik di negara
membangun. Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik
merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara.
2. Agenda integriti untuk institusi pentadbiran ialah bagi mencapai
objektif berikut:
212  TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

(a) Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir


urus terbaik; dan
(b) Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.
AKTIVITI 11.9

„Antara objektif Pelan Integriti Nasional dalam menangani masalah


yang timbul adalah untuk memupuk pengamalan politik yang
berintegriti serta mengembangkan satu budaya politik yang sihat,
beretika, matang dan demokratik mengikut acuan kita sendiri‰.
Cadangkan bagaimanakah untuk memupuk sistem politik mengikut
acuan sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka yang berdaulat.

 Kewujudan Dasar Pembangunan Sosial merupakan suatu pendekatan


bercorak proaktif bagi melindung, memulih dan menjaga masyarakat yang
memerlukan serta sebagai merawat isu-isu sosial yang sedia ada.
 Kewujudan dasar ini merangkumi falsafah dan semua dasar pembangunan
sosial yang berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020.
 Dasar ini sebenarnya setara dengan dasar-dasar utama negara seperti Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan 2020.
 Pelaksanaan dasar ini perlu diberikan penekanan khusus sebagai
mekanisma penggerak bagi mencapai sebuah negara maju menjelang 2020.

Dasar Belia Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK)


Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Wanita Negara
Dasar Keluarga Negara Pelan Integriti Nasional (PIN)
Dasar Pembangunan Sosial
TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL  213

Anis Yusoff. (2006, Mac 30). Mengembalikan integriti politik bersih. Utusan
Malaysia.
Habibah Omar (2004, September 1). Dasar Ekonomi Baru: Lahirkan wanita
cemerlang. Utusan Malaysia.
Hasan Malek (2006, Januari 19). Kedudukan belia dalam RMK9. Utusan Malaysia.
Kajian tungkat mutu pembelajaran di SK. (2006, April 5). Utusan Malaysia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Laman web
rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Diakses pada Februari 23, 2009 daripada www.kpwkm.gov.my
Laman web Parlimen Malaysia. (2009). Ringkasan mengenai pelan integriti nasional.
Diakses pada Februari 23, 2009 daripada http://www.parlimen.gov.my/
Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2009). Belia dalam pembangunan. Diakses
pada Februari 23, 2009 daripada http://www.pmo.gov.my/
Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2009). Laman web rasmi Pejabat Perdana
Menteri Malaysia. Diakses pada Februari 22, 2009 daripada
http://www.pmo.gov.my/
Pencapaian wanita ă Kemajuan untuk negara. (2003, November 18). Utusan
Malaysia.
Sivamurugan Pandian (2005, Januari 19). Bina rakyat kelas satu. Utusan
Malaysia.
Topik 12  Dasar
Luar
Negara
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dasar luar negara Malaysia dari semenjak
kemerdekaan hingga kini;
2. Membincangkan isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan
antarabangsa Malaysia; dan
3. Membincangkan kepentingan diadakan hubungan dengan luar negara.

 PENGENALAN
Adakah anda tahu bahawa hubungan luar negara Malaysia telah bermula sejak
era Kesultanan Melayu Melaka? Pada masa itu, Melaka telah mengadakan
hubungan perdagangan dengan negara-negara seperti India, Siam, China, Parsi,
Arab, Jepun dan negara-negara di sekitar Kepulauan Melayu. Tradisi ini
diteruskan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Pada zaman ini, sesebuah negara itu tidak boleh hidup bersendirian. Mereka tidak
boleh hidup terpencil. Tuntutan semasa memerlukan sesebuah negara saling
memerlukan di antara satu sama lain untuk kebaikan bersama, khususnya dari
segi politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu, setiap negara pada hari ini perlu
mengadakan hubungan dengan negara-negara lain bagi mencapai objektif
tersebut. Walau bagaimanapun, setiap negara bebas menentukan dasar luar
negara masing-masing atas faktor budaya dan demi menjaga kredibiliti negara itu.
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA  215

12.1 PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA


SELEPAS MERDEKA
Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat
tahap oleh pemimpin-pemimpin yang berbeza.
1. Tunku Abdul Rahman (1957ă1970), dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-
Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja merdeka dan
pada waktu ini ancaman komunis masih kuat;
2. Tun Abdul Razak Hussein (1970ă1976), dasar luar Malaysia menitikberatkan
pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak
hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik;
3. Tun Hussein Onn (1976ă1981), penekanan dasar luar adalah berdasarkan
kerjasama pertahanan dan keselamatan negara; dan
4. Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1981ă2003) dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya.
Selain itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut
menjadi agenda penting.

12.1.1 Pendekatan Dasar Luar Malaysia


1. Bilateral ă melibatkan hubungan dengan sebuah negara sahaja.
2. Multilateral ă melibatkan hubungan dengan beberapa buah negara
secara berkumpulan seperti Malaysia dengan PBB, ASEAN, OIC dan
sebagainya.

12.1.2 Penggubalan Dasar Luar Negara


(a) Persekitaran Geostrategik
Kedudukan Malaysia sesungguhnya amat strategik, iaitu terletak di
persimpangan laut di antara Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi menjadi
laluan utama bagi rantau Asia Tenggara. Kebanyakan perdagangan antara
Timur Jauh dengan Timur Tengah melalui perairan Selat Melaka. Keadaan
ini menyebabkan perlunya Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan negara luar bagi memastikan wilayah ini bebas, aman dan terhindar
daripada tekanan pengaruh luar.

(b) Sistem Politik


Sistem politik Malaysia yang demokratik sentiasa memberi laluan kepada
hubungan dengan negara luar. Malaysia mengamalkan konsep demokrasi
yang menyokong penuh kebebasan manusia dan kemakmuran rakyat.
216  TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA

Sistem politik Malaysia juga memberi kebebasan untuk negara


mengadakan hubungan dengan mana-mana negara khususnya yang
memberi faedah kepada pembangunan negara.

(c) Demografi
Dari segi demokrasi, Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum.
Setiap kaum mendapat hak yang sewajarnya sepertimana kaum
Bumiputera. Penduduk pelbagai kaum ini pula mempunyai pertalian
dengan negara asal mereka seperti India dan China. Ini menguatkan lagi
hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

(d) Keselamatan Negara


Keselamatan merupakan elemen penting bagi sesebuah negara. Setiap
negara sudah pasti tidak mahu diancam musuh. Justeru itu keselamatan
negara menjadi agenda penting yang mempengaruhi dasar luar Malaysia.
Kedudukan Malaysia yang strategik perlu diawasi daripada dicerobohi
oleh anasir-anasir tertentu seperti lanun dan pengganas. Oleh itu, Malaysia
perlu mengadakan hubungan dengan negara luar supaya dapat bersama-
sama menentang pengganas.

(e) Faktor Sejarah


Hubungan dengan negara luar juga sangat berkaitan dengan latarbelakang
sejarah sebelum ini. Contohnya, hubungan Malaysia dengan Indonesia,
Brunei dan Singapura penting kerana pada asalnya, negara-negara ini
menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu. Demikian juga hubungan
Malaysia dengan negara-negara Komanwel adalah kerana negara-negara
yang menganggotai Komanwel merupakan negara bekas tanah jajahan
British. Hubungan Malaysia dengan negara Asia Barat dan Asia Timur juga
ada kaitan dengan sejarah lampau.

(f) Faktor Ekonomi


Pada zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur melalui kemajuan ekonomi.
Melalui faktor ini, Malaysia perlu mengadakan dasar luar kerana Malaysia
memerlukan negarab luar untuk memperkembangkan ekonominya. Selain itu,
pemindahan teknologi daripada negara luar dapat dibawa masuk ke negara
ini. Oleh sebab rakan dagangan hanya boleh dibentuk melalui hubungan
diplomatik, jadi dasar luar adalah amat perlu.

(g) Undang-undang Antarabangsa


Sebagai salah sebuah komponen antarabangsa, Malaysia menghormati
prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan
antarabangsa lain. Jadi hubungan antarabangsa adalah perlu bagi
memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA  217

(h) Faktor Globalisasi


Di era globalisasi, mahu tidak mahu sesebuah negara itu terpaksa
mengadakan hubungan dengan negara luar sama ada untuk kepentingan
politik, ekonomi mahupun sosial. Kita sendiri sedar kemusnahan yang berlaku
di negara lain boleh memberi kesan secara langsung kepada Malaysia. Di
dalam hal ini, dasar luar negara yang proaktif dan bervisi adalah mustahak
untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Selain daripada itu,
Malaysia juga perlu meletakkan dirinya sebaris dengan negara lain agar
pandangan dan pendapat Malaysia sentiasa diambil kira.

12.1.3 Objektif Dasar Luar Negara


Secara ringkas, objektif-objektif dasar luar negara antara lain, adalah:
1. Untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di
arena antarabangsa;
2. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan
Malaysia;
3. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan
wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
negara lain.
4. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan
sosial di peringkat antarabangsa
5. Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia
dalam semua bidang; dan
6. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-
negara lain.

12.1.4 Kementerian yang Bertanggungjawab terhadap


Dasar Luar Negara
Hubungan luar negara dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri. Kementerian ini
menguruskan perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik, hal ehwal
ekonomi, keselamatan dan promosi sosial dan kebudayaan. Antara objektif
kementerian adalah:
1. Menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala
dengan negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangs.
Hubungan ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.
2. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing;
218  TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA

3. Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di


luar negeri; dan
4. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,
pentadbiran am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi.

Kementerian Luar Negeri mempunyai misi berikut:


‰Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah
suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi
proaktif‰.

12.2 KERJASAMA SERANTAU


Dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit disebabkan impak
globalisasi, jalinan kerjasama dengan negara lain adalah diperlukan bagi
memanfaatkan idea, amalan terbaik dan pengalaman selain menggubal dasar
bersesuaian demi faedah bersama. Dalam bidang kewangan dan perdagangan,
Malaysia terus menjalinkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala.
Kerjasama serantau banyak ditumpukan ke arah memajukan Asean. Keutamaan
dikenal pasti ke arah meningkatkan daya saing dan pembangunan sektor kewangan
serantau termasuk membangunkan Asean, memperkasakan liberalisasi perkhidmatan
kewangan, mengukuhkan bina upaya dan mempertingkatkan pembiayaan prasarana.
Asean terus mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelaburan utama dengan
mengambil kira integrasi ekonomi serantau lebih erat.
Bagi mengukuhkan Asean sebagai organisasi yang relevan, beberapa usaha
perlu dilakukan seperti:
1. Memupuk semangat „kekitaan‰;
2. Mengurangkan jurang pembangunan antara anggota Asean;
3. Menerapkan kesamarataan nilai mengenai isu-isu seperti demokrasi, hak
asasi manusia dan pemerintahan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat
(good governance);
4. Memperkukuhkan insititusi Asean; dan
5. Meningkatkan kesedaran dan juga pengetahuan mengenai Asean yang
lebih mendalam di kalangan warga negara Asean.
Untuk itu Asean juga telah mengambil langkah dengan mewujudkan Komuniti
Asean menjelang tahun 2020. Bagi mewujudkan komuniti keselamatan Asean,
setiap negara anggota mempunyai tanggungjawab bersama supaya mengekalkan
keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Bagi mencapai tujuan itu
langkah-langkah berikut perlu diikuti:
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA  219

1. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara aman melalui rundingan;


2. Menangani cabaran-cabaran yang merentasi sempadan yang boleh
memberi kesan negatif kepada pembangunan negara dan kesejahteraan
rakyat; dan
3. Memastikan supaya tidak wujud di rantau ini sebarang senjata pemusnah
besar-besaran dan supaya rantau ini bebas daripada ancaman senjata.
Adalah diharapkan dengan penubuhan Komuniti Asean akan dapat mewujudkan
satu pasaran tunggal dan pusat pengeluaran setempat di mana barangan,
perkhidmatan, pelaburan, buruh dan modal untuk pelaburan boleh beraliran secara
bebas di antara negara Asean.
Untuk memperkembangkan lagi ekonomi antara negara Asean, usaha juga
sedang dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan perdagangan bebas (FTA)
antara Asean dengan negara-negara jiran seperti Repulik rakyat China, Jepun,
Republik Korea, India, Australia dan New Zealand. Penubuhan kawasan
perdagangan bebas akan menguntungkan negara-negara anggota Asean. Selain
daripada itu, penawaran dan permintaan dari luar Asean juga akan meningkat.

SEMAK-KENDIRI 12.1

Pada pandangan anda, apakah nilai-nilai murni yang perlu dipraktikkan


oleh sesebuah negara apabila mengadakan hubungan dengan sesebuah
negara lain bagi membentuk satu dasar luar yang berkesan?

12.3 MALAYSIA DAN PERTUBUHAN


ANTARABANGSA

12.3.1 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara


(ASEAN)
Apa itu Asean dan bilakah ia ditubuhkan? Apakah peranan yang dimainkan oleh
Asean ini. Apakah kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN
setakat ini?
Asean ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk
Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Kini, Asean
dianggotai 10 buah negara termasuk, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar.
220  TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA

Menerusi Asean, Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan perdagangan


dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan
kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan
sebagainya dengan negara anggota lain.

 Kejayaan-kejayaan yang Dicapai oleh Asean

1. Konsep Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN)


ZOPFAN atau konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali diamalkan di
semua negara anggota ASEAN.

2. Konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ)


Konsep ini membawa maksud seluruh rantau Asean adalah bebas
senjata dan dari ujian senjata nuklear.

3. Projek Ekonomi
Kerjasama dalam bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea,
projek vaksin Hepatitis B dan sebagainya. Bagi aspek integrasi
ekonomi, Asean pasti boleh berbangga apabila berjaya menghapuskan
tarif ke atas 11 sektor utama yang akan dilaksanakan oleh enam negara
menjelang 2007 iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina
dan Brunei; manakala empat lagi negara anggota iaitu Laos, Kemboja,
Myanmar dan Vietnam akan melaksanakannya pada 2012.

4. Kerjasama dalam Bidang Sosial dan Kebudayaan


Merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan dan
telekomunikasi. Contohnya penganjuran Sukan SEA, Pesta Filem Asean,
Pesta Kebudayaan Asean, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio
antara RTM dengan TVRI dan RTB. Dalam bidang pelancongan pula,
terdapat program Tahun Melawat Asean pada tahun 1996.

5. Kerjasama Pendidikan
Bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-
penuntut dari negara anggota. Oleh itu, Asean telah menubuhkan
Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asean (SEAMEO). Pelaksanaannya
telah diagihkan kepada beberapa buah negara Asean seperti RESCAM
untuk melatih guru sains dan matematik di Pulau Pinang, RELC melatih
pegawai untuk meningkatkan prestasi penguasaan bahasa Inggeris di
Singapura, INOTEC di Filipina untuk melahirkan penyelidik pertanian
dan TROMPED di Negara Thailand bagi menjalankan penyelidikan
kesihatan awam. Selain itu, negara anggota juga turut bekerjasama dalam
bidang penyelidikan penyakit-penyakit seperti denggi, hepatitis dan
coxsakie B.

6. Penubuhan Wawasan ASEAN 2020 bagi mewujudkan rantau


ekonomi Asean yang mempunyai daya saing yang tinggi, maju dan
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA  221

stabil dengan memastikan kebebasan kemasukan barang-barang,


perkhidmatan, pelaburan, modal dan pembangunan ekonomi serta
mengurangkan kemiskinan.

7. ASEAN+3.
Merupakan Kerjasama antara Asean, Korea, Jepun dan China. Melalui
ASEAN+3 ia bercita-cita untuk membentuk sebuah Komuniti Asia Timur
(East Asia Community). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
menggariskan tiga pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan
kerjasama ekonomi dengan Asean secara lebih berkesan supaya dapat
menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang
Kemuncak Aseandi Laos tidak lama dulu. Tiga pendekatan itu ialah :
(a) Meneruskan integrasi ekonomi secara lebih meluas,
(b) Mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang
dan
(c) Mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.

12.3.2 Malaysia dan Pertubuhan Persidangan


Negara-negara Islam (OIC)
Tahukah anda OIC ditubuhkan atas cadangan Malaysia? Malahan Malaysia telah
diberi penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha
Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Ekoran
daripada itu, ia ditubuhkan pada tahun 1971. Organisation of Islamic Conference
(OIC) atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam dianggotai oleh 57
buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan
Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada
penduduk dunia. OIC merupakan forum khusus untuk menyatupadukan
kesemua negara-negara Islam di dunia demi untuk kebaikan semua pihak.

 Matlamat Penubuhan
Pertubuhan ini bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antara semua
negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan
teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk
meninggikan syiar Islam.
Selain itu, OIC juga berperanan untuk membendung segala unsur jahat
yang menindas umat Islam di seluruh dunia. OIC juga akan menjadi
rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang
dihadapi oleh umat Islam sejagat.

 Peranan Malaysia dalam OIC adalah seperti berikut.


222  TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA

1. Penubuhan Bank Pembangunan Islam;


2. Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan;
3. Mmenyokong perjuangan rakyat Palestin;
4. Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia-Herzegovina;
5. Membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina
infrastruktur ekonomi dan pembangunan;
6. Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara
OIC seperti Petronas di Iran;
7. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia
telah menganjurkan Musabaqah al-QurÊan pada tiap-tiap tahun;
8. Dalam bidang pendidikan pula, negara-negara OIC turut
memajukan pendidikan di kalangan umat Islam di seluruh dunia
dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al-
Azhar, Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya;
9. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan
dan mesyuarat yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa Menteri-
Menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan [1-3 April 2002],
Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone [13-14 Jun 2002], Mesyuarat
susulan peringkat pegawai kanan mengenai Pelancongan [5-7
September 2003], Sidang Ke-27 Menteri-Menteri Luar OIC [27 Jun
2000], Sidang Kemuncak Ke-10 OIC [16-18 Oktober 2003], dan
berbagai mesyuarat lain di peringkat Menteri dan juga pegawai-
pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC; dan
10. Selain daripada itu, Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat Khas
Peringkat Menteri Luar OIC Mengenai Timur Tengah pada bulan
April 2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq. Usaha
Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut membuktikan kesungguhan
Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda
Timur Tengah. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai Delegasi
OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk
bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha
Agung PBB) bagi menggesa Kuartet tersebut mengambil langkah
segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

12.3.3 Komanwel
Komanwel dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British, termasuk
Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957.
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA  223

Matlamat Penubuhan ă Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan


perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan
perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.

Peranan Malaysia dalam Komanwel adalah seperti berikut:


1. Pembentangan isu mengenai masalah perdagangan antarabangsa,
penjajahan dan penentangan terhadap isu aparteid di Afrika Selatan.
Dalam Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas
(1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah menyarankan badan dunia
ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu
ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta
masalah apartaeid;
2. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun
1989. Isu yang dibincangkan ialah isu aparteid, kemerdekaan Namibia,
masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa,
konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kemboja dan isu alam sekitar.
Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, Ketua-ketua Negara
Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang
merangkumi:
(a) Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar.
(b) Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan
sedang membangun.
(c) Pengurangan pencemaran laut.
(d) Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon;
3. Faedah kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan
teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Dalam bidang
pertahanan, misalnya Malaysia mendapat bantuan ketenteraan khususnya
untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan;
4. Mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah negara
Komanwel. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju
dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP)
bagi barangan Malaysia. Melalui skim ini, cukai bagi barangan Malaysia
direndahkan dan secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan
barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar; dan
5. Pengenalan Rancangan Colombo telah menaikkan lagi nama Malaysia di
mana Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan,
pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan,
misalnya negara Komanwel telah memberi nasihat dalam penubuhan
maktab-maktab perguruan, A-level, HSC dan dalam bidang sosial pula,
perpaduan negara-negara Komanwel telah disalurkan melalui aktiviti
224  TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA

sukan, iaitu Sukan Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan
rumah pada tahun 1998.

AKTIVITI 12.1

Sejak kemerdekaan sehingga kini, cuba anda fikir sudah berapa


pertubuhan antarabangsa yang telah dianggotai oleh Malaysia?
Berikan juga contoh-contoh pengendalian program peringkat
antarabangsa yang telah diadakan di Malaysia.

12.3.4 Kumpulan Lima Belas (K-15)


 Apa itu K-15 dan Apakah Tujuan ia Ditubuhkan?
Ahli-ahli kumpulan K-15 terdiri daripada Algeria, Argentina, Brazil, Chile,
Egypt, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru,
Senegal, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe.

 Objektif Penubuhan
K-15 diwujudkan untuk memupuk lebih kesefahaman dan faedah kerjasama
di antara negara membangun terutama sekali dalam bidang pelaburan,
perdagangan dan teknologi.

12.3.5 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


Semua telah sedia maklum mengenai penubuhan PBB dan peranan yang
sepatutnya di mainkan oleh pertubuhan antarabangsa ini. Malaysia menyertai
PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.

 Objektif Penubuhan
Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara
anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal
negara lain. Selain itu, PBB juga bermatlamat untuk mewujudkan sebuah
masyarakat dunia yang aman. Untuk itu, kerjasama dalam pelbagai bidang
adalah diperlukan. PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang
berkaitan dengan politik dunia, iaitu:
1. Perhimpunan Agung PBB
2. Majlis Keselamatan
Untuk melaksanakan agenda PBB beberapa sekretariat ditubuhkan seperti:
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA  225

(a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO);


(b) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO);
(c) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO); dan
(d) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF);

 Penglibatan Malaysia dalam PBB


1. Malaysia juga pernah dipilih untuk memimpin negara-negara
Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu
pembangunan dunia;
2. Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi
antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan
dadah; dan
3. Malaysia terlibat dalam memberikan pandangan, cadangan atau teguran
kepada badan dunia ini, serta turut terlibat dalam melaksanakan dasar
PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia
(1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).

12.3.6 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)


NAM, atau singkatan bahasa Inggerisnya „Non-Aligned Movement‰, yang juga
dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, telah diasaskan pada
tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,
Yugoslavia. Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada
perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet
Union yang mendominasi dunia pada ketika itu.
Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada
Blok Barat atau Blok Timur. Dalam hal ini, NAM berpegang kepada prinsip
menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta
mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.

 Penglibatan Malaysia
Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969. Malaysia melibatkan diri
secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Ini kerana dasar
NAM secocok dengan pendirian Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia mahu
berinteraksi dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik mereka
dan mendapat faedah daripadanya:
1. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dilantik menjadi
Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun
1989. Dalam persidangan ini, Malaysia telah dilantik menganggotai
Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang
226  TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA

ditugaskan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan


kerjasama politik dan ekonomi negara anggota NAM. Pada bulan
Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah
persidangan NAM; dan
2. Malaysia kini adalah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga
tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah
keangotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB).

 Peranan Malaysia dalam NAM


Menjadi pengerusi NAM. Melalui pertubuhan ini ia berperanan untuk
memberikan kepimpinan yang jitu bagi mewakili negara-negara anggotanya
yang majoritinya adalah negara - negara membangun untuk terus bersuara.
NAM juga mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah
mengekalkan keamanan dunia, dengan mempromosikan keamanan melalui
platform-platform politikal, melalui pendekatan diplomasi pelbagai hala
(multilateralism), terutamanya; melalui badan-badan dunia seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB.
Malaysia juga berperanan memberikan tumpuan kepada isu-isu seperti
ekonomi dan perdagangan, Kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan dan
pembasmian kemiskinan serta pembangunan sosial dan kemanusiaan
yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM.

 Mengapa Malaysia sebagai Pengerusi NAM?


1. Keupayaan Malaysia di dalam memberikan kepimpinan kepada
NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan NAM setelah
berakhirnya Perang Dingin;
2. Kebolehan Malaysia untuk merangsang perpaduan serta
penyatuan sesama negara-negara anggota dalam keadaan di mana
mereka menghadapi tekanan daripada negara-negara maju yang
lebih berkuasa dan berpengaruh;
3. Keberkesanan Malaysia di dalam mempromosi serta menguatkan lagi
mekanisma diplomasi pelbagai hala bagi menghadapi kecenderungan
ke arah penyelesaian secara unilateral oleh kuasa-kuasa besar, seperti
Amerika Syarikat;
4. Keupayaan untuk menyuarakan dan mempromosikan kepentingan
negara-negara sedang membangun dalam aspek-aspek hubungan
antarabangsa khususnya dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan
dan sosial;
5. Keupayaan Malaysia memperkenalkan Pelancaran „Portal e-Sekretariat
NAM‰ pada Mac 2004 yang bertindak sebagai pangkalan data kepada
ke semua isu berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA  227

koordinasi mempercepatkan proses membuat keputusan dan merapatkan


jurang perbezaan digital serta perpaduan di antara negara anggota NAM.
Inisiatif ini diambil kerana kita sedar bahawa ICT memainkan peranan
penting dalam pembangunan ekonomi terutama sekali di dalam konteks
globalisasi, di mana kebanyakan negara anggota NAM agak
terkebelakang dalam bidang tersebut; dan
6. Penganjuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM Mengenai
Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004, sebagai reaksi segera kepada
pergolakan yang meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan
Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Durban,
Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004. Pada mesyuarat tersebut, persetujuan
telah dicapai ke atas draf Pernyataan mengenai Palestin yang
kemudiannya digabungkan ke dalam Dokumen Muktamad.

12.3.7 Kerjasama Selatan-Selatan (KSS)


 Tujuan Ditubuhkan
KSS ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi
negara-negara membangun dan mengelakkan tekanan daripada negara-
negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Britain. Tekanan negara
maju biasanya dalam penguasaan pasaran terhadap bahan-bahan mentah
dari negara membangun. Oleh itu, bahan mentah negara membangun
sukar menembusi pasaran luar. Dalam hal ini, negara maju akan
membelinya dengan harga yang murah dan fenomena ini jika dibiarkan
akan menyebabkan negara membangun semakin miskin. Keadaan ini juga
menyebabkan negara membangun terpaksa berhutang dengan negara maju
yang mengenakan syarat yang membebankan negara membangun. Oleh
itu, Malaysia mencadangkan agar ditubuhkan Kerjasama Selatan-Selatan.
Penubuhan KSS ini diutarakan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
pada tahun 1981 di Zimbabwe. Antara resolusi yang dikemukakan bagi
penubuhan KSS ialah:
1. Memperbaiki keadaan ekonomi negara membangun;
2. Mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah yang
disebabkan tekanan negara maju;
3. Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun; dan
4. Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukakan
syor untuk mengelakkan tekanan negara maju.
228  TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA

12.3.8 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)


Kerjasama Ekonomi Asia-Pacific (APEC) ditubuhkan pada 1989 adalah
disebabkan peningkatan ketidak bergantungan di antara ekonomi negara-negara
Asia-Pasifik dan menggambarkan anggaran separuh daripada perdagangan
dunia. Malaysia berperanan menjadi pengerusi kepada mesyuarat dan aktiviti
APEC pada tahun 1998.

 Objektif Penubuhan
1. Bertujuan untuk mengekal dan mengawal peningkatan ekonomi di
rantau ini dan dunia;
2. Meningkatkan matlamat positif dengan menggalakkan pengaliran
barang, perkhidmatan, modal dan teknologi;
3. Membangunkan dan menguatkan sistem perdagangan terbuka pelbagai
hala;
4. Mengurangkan sekatan; dan
5. Menyelaraskan perdagangan barang dan perkhidmatan dengan prinsip
ÂGeneral Agreement on Tariffs and Trade (GATT)Â.
Tiga kekuatan APEC adalah liberalisasi perdagangan dan pelaburan; kemudahan
perdagangan dan pelaburan; dan kerjasama ekonomi dan teknikal.

 Penglibatan Malaysia di arena antarabangsa setakat ini sangat


membanggakan.
 Peranan kerajaan Malaysia, serta kestabilan politik negara.
 Faktor ini banyak membantu negara membangunkan ekonomi dan politik
serta menarik ramai pelabur ke negara ini.
 Malaysia telah berjaya menaikkan nama sebaris dengan negara-negara maju
yang lain khususnya melalui hubungan antarabangsa.
 Kejayaan Malaysia mempertahankan identiti dan pendirian Malaysia
terhadap sesuatu isu menjadi pemangkin ke arah ini.
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA  229

Dasar Luar Negara Kumpulan Lima Belas (K-15)


Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik Persatuan Negara-negara Asia
(APEC) Tenggara (ASEAN)
Kerjasama Selatan-selatan (KSS) Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu
(PBB)
Kerjasama Serantau Pertubuhan Negara-negara
Berkecuali (NAM)
Komanwel Pertubuhan Persidangan
Negara-negara Islam (OIC)

Bajet 2006. (2006). Berita Harian.


Hasnah Hussiin & Mardiana Nordin. (2009). Pengajian Malaysia (Edisi kedua).
Kuala Lumpur: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.
Laman web Utusan Malaysia. Diakses pada Ogos 22, 2009 daripada
www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/ Bab27.pdf-
230  UJIAN

Topik 1: Kerajaan Melayu Tradisional


UJIAN 1
1. Nyatakan DUA (2) faktor politik yang menyumbang kepada kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

2. Pihak Portugis telah menjajah Melaka selama 130 tahun.


Beri DUA (2) kesan penjajahan Portugis di Melaka.

3. Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu telah diperkenalkan oleh


pihak British untuk menggantikan British Military Administration (BMA)
pada tahun 1946.
Terangkan DUA (2) ciri Malayan Union.

Topik 2: Zaman Penjajahan dan Perjuangan


Kemerdekaan
UJIAN 1
Pendudukan tentera Jepun antara tahun 1942 dan 1945 telah meninggalkan kesan
yang berpanjangan bagi rakyat Malaya.

1. Nyatakan DUA (2) faktor yang menyebabkan pihak Jepun menduduki


Malaya.

2. Beri DUA(2) kesan positif pendudukan tentera Jepun di Malaya.

3. Bincangkan kesan-kesan negatif pendudukan Jepun di Malaya yang


memberi impak terhadap perhubungan kaum di negara ini.

UJIAN 2
1. Senaraikan DUA(2) pertubuhan di Semenanjung Tanah Melayu yang
berdasarkan polisi berbentuk nasionalisme.

2. Nyatakan DUA(2) bentuk kerjasama yang menjadi asas Parti Perikatan.

3. Beri DUA(2) manfaat yang diperolehi rakyat Sabah dan Sarawak dalam
menyertai Malaysia.
UJIAN  231

UJIAN 3
Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura antara 1963-1965 telah
mengakibatkan beberapa kesan.

1. Nyatakan DUA (2) kesan yang mendorong Singapura untuk menyertai


Malaysia.

2. Nyatakan konsep `Malaysia untuk rakyat MalaysiaÊ yang disokong oleh Lee
Kuan Yew.

3. Bincangkan peranan PeopleÊs Action Party, di bawah kepimpinan Lee Kuan


Yew, yang menyebabkan Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965.

Topik 3: Komponen Utama Sistem Kerajaan dan


Jentera Pentadbiran
UJIAN 1
1. Beri DUA (2) sebab yang boleh menghalang seorang Raja Melayu daripada
dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

2. Badan legislatif diwujudkan hasil daripada doktrin Pemisahan Kuasa.


Nyatakan DUA (2) fungsi badan legislatif.

3. Parlimen merupakan satu institusi penting bagi rakyat sesebuah negara.


Nyatakan DUA (2) peranan Parlimen.

UJIAN 2
Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan, di mana Yang di-Pertuan
Agong adalah Ketua Negara.

1. Nyatakan DUA (2) faktor yang boleh menyebabkan seorang Raja tidak
layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

2. Terangkan DUA (2) kaedah yang digunakan oleh Majlis Raja-raja untuk
memilih Yang di-Pertuan Agong.

3. Bincangkan maksud kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.


232  UJIAN

UJIAN 3
1. Nyatakan DUA (2) peranan yang dimainkan oleh sesuatu Kementerian.

2. Beri DUA (2) ciri badan berkanun di Malaysia.

3. Namakan DUA (2) suruhanjaya tetap yang telah ditubuhkan oleh kerajaan
Malaysia.

UJIAN 4
Secara amnya, system kerajaan persekutuan di Malaysia adalah dilaksanakan
oleh sebuah badan eksekutif yang dipanggil Kabinet, yang diketuai oleh Perdana
Menteri.

1. Nyatakan DUA (2) syarat dalam membentuk barisan kabinet di Malaysia.

2. Senaraikan DUA(2) agensi pusat yang berada di bawah bidang kuasa


Jabatan Perdana Menteri.

3. Bincangkan semua fungsi dan tanggungjawab agensi-agensi tersebut dalam


(b).

Topik 4: Perlembagaan Malaysia


UJIAN 1
1. Terangkan secara ringkas erti perlembagaan.

2. Nyatakan DUA(2) jenis perlembagaan yang terdapat sekarang ini.

3. Huraikan objektif perlembagaan yang wujud di Malaysia.

UJIAN 2
1. Nyatakan TIGA (3) senarai kandungan dalam perlembagaan Persekutuan.

2. Apakah perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan


Persekutuan?

3. Terangkan bagaimana Perlembagaan boleh dipinda.


UJIAN  233

Topik 5: Peruntukan Utama Perlembagaan


UJIAN 1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Persekutuan?

2. Nyatakan DUA (2) konsep kerajaan seperti yang dinyatakan dalam


Perlembagaan Malaysia.
3. Berikan kelebihan-kelebihan kerajaan Persekutuan.

UJIAN 2
1. Terangkan secara ringkas makna raja berpelembagaan.

2. Nyatakan DUA (2) status Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan.

3. Bincangkan tugas-tugas lain bagi Yang di-Pertuan Agong.

Topik 6: Peruntukan Istimewa Perlembagaan


UJIAN 1
1. Hak istimewa orang Melayu adalah dilindungi dalam Perlembagaan
Malaysia untuk membantu serta menjaga orang Melayu yang merupakan
golongan peribumi di Malaysia. Berikan dua (2) hak istimewa yang diberi
kepada orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

2. Dalam Perlembagaan Malaysia, Artikel 152 telah menyatakan beberapa


kriteria yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Senaraikan dua
(2) kriteria penting dalam Akta tersebut.

3. Raja-raja Melayu mempunyai beberapa kekebalan tertentu. Nyatakan DUA


(2) jenis kekebalan yang telah diberi mengikut Perlembagaan Malaysia.
234  UJIAN

UJIAN 2
Negeri-negeri Borneo telah diberi beberapa perlindungan istimewa sebagai
syarat awal menyertai Malaysia.

1. Nyatakan DUA (2) peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang


member perlindungan sedemikian.

2. Sebutkan DUA (2) syarat yang membenarkan kerajaan Persekutuan


meminda undang-undang imigrasi di Sabah dan Sarawak.

3. Sejauh mana perlindungan istimewa ini diberi kepada Sabah dan Sarawak?
Jelaskan.

Topik 7: Demokrasi Berparlimen dan Proses Pilihan


Raya
UJIAN 1
1. Pilihan raya adalah salah satu cara perwakilan masyarakat melalui proses
mengundi. Nyatakan DUA (2) fungsi pilihan raya.

2. Proses pilihan raya adalah dikendalikan oleh sebuah suruhanjaya yang


dilantik iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya. Nyatakan DUA (2) fungsi
Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia.

3. Nyatakan syarat-syarat untuk menjadi ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

UJIAN 2
1. Berikan sebab-sebab mengapa seorang pengundi boleh hilang kelayakan
mengundi.

2. Siapakan golongan individu yang dibenarkan masuk dalam tempat


pengiraan undi?

3. Nyatakan DUA (2) sebab mengapa petisyen pilihan raya boleh dilakukan
selepas keputusan pilihan raya diumumkan.
UJIAN  235

Topik 8: Masyarakat Majmuk

UJIAN 1
1. Islam telah berkembang di nusantara sejak abad ke-7 lagi.
Nyatakan DUA (2) objektif pengajian Islam secara keseluruhannya.

2. LIMA (5) jenis perhubungan (Wu Lan) adalah satu sistem moral yang
mustahak dalam kepercayaan Confucious.
Senaraikan LIMA (5) jenis perhubungan tersebut.
3. Nyatakan dengan ringkas maksud konsep Karma dan kehidupan semula yang
terdapat dalam kepercayaan Hindu.

UJIAN 2
1. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk menurut
Furnival?

2. Mengapakah dasar pecah dan perintah yang diamal oleh pihak British
membawa kesan negatif kepada sistem sosial di Malaya?

3. Berikan sebab-sebab mengapa dasar ekonomi British dikatakan menindas


kaum Melayu.

Topik 9: Integrasi dan Perpaduan Nasional


UJIAN 1
1. Terangkan secara ringkas maksud asimilisasi dalam konteks kemakmuran
di Malaysia.

2. Nyatakan DUA (2) objektif Rukun Negara dicipta untuk rakyat Malaysia.

3. Mengapakah prinsip `kesopanan dan kesusilaanÊ penting dalam Rukun


Negara?
236  UJIAN

UJIAN 2
1. Mengapakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai serampang dua
mata?

2. Beri DUA (2) faktor utama yang mempengaruhi kemiskinan di Malaysia.

3. Nyatakan langkah-langkah yang dikenal pasti oleh DEB untuk membasmi


kemiskinan.

Topik 10: Dasar Pembangunan Ekonomi

UJIAN 1
1. Terangkan secara ringkas objektif utama Dasar Pembangunan Nasional.

2. Apakah dimensi-dimensi baru yang diperkenalkan di bawah Dasar


Pembangunan Nasional?
3. Bincangkan strategi-strategi pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional.

UJIAN 2
1. Apakah sasaran-sasaran Dasar Pertanian Nasional?

2. Bincangkan strategi-strategi pelaksanaan Dasar Pertanian Nasional.

3. Nyatakan secara spesifik objektif pelaksanaan Dasar Pertanian Nasional.

Topik 11: Dasar Pembangunan Sosial

UJIAN 1
1. Apakah TIGA (3) prinsip yang ditetapkan kerajaan sebagai Dasar
Kebudayaan Nasional?

2. Nyatakan TIGA(3) objektif Dasar Kebudayaan Nasional.

3. Bincangkan strategi-strategi pelaksanaan Dasar Kebudayaan Nasional.


UJIAN  237

UJIAN 2
1. Mengapakah Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan oleh YAB Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi?

2. Nyatakan LIMA (5) objektif di bawah Pelan Integriti Nasional melalui


program TEKAD 2008.

3. Bincangkan strategi-strategi pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN).

Topik 12: Dasar Luar Negara

UJIAN 1
1. Terangkan secara ringkas maksud Dasar Luar Negeri Nasional.

2. Nyatakan objektif-objektif Dasar Luar Negara Nasional.

3. Bincangkan peranan-peranan yang dimainkan oleh Kementerian Luar


Negeri dalam memastikan Dasar Luar Negeri Nasional.

UJIAN 2
1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ZOPFAN?

2. Nyatakan sasaran Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

3. Bincangkan peranan-peranan Malaysia dalam Komanwel.


238  JAWAPAN UJIAN

Topik 1: Kerajaan Melayu Tradisional


UJIAN 1
1. Dua faktor politik yang menyumbang kepada kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka:
(i) Pengiktirafan daripada empayer China mengelakkan Melaka
daripada diganggu dan diancam oleh negara lain seperti Siam.
(ii) Sistem undang-undang dan pentadbiran yang kukuh dapat mengawal
keselamatan perairan Selat Melaka sebagai laluan perdagangan timur
dan barat.

2. Dua kesan peninggalan penjajahan Portugis di Melaka:


(i) Wujud masyarakat Serani yang berketurunan Portugis di Melaka.
(ii) Kota A Famosa.

3. Dua ciri Malayan Union:


(i) Semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di
bawah satu pemerintahan pusat tetapi Singapura tidak dimasukkan.
(ii) Malayan Union diperintah oleh seorang Gabenor British yang
berkuasa penuh.
(iii) Sultan-sultan Melayu akan terus memegang jawatan tetapi kehilangan
sebahagian besar kuasa sebaliknya menjadi penasihat kepada gabenor
dalam hal ehwal agama.
(iv) Taraf kerakyatan akan diberikan kepada semua bangsa menerusi
prinsip Jus Soli.

Topik 2: Zaman Penjajahan dan Perjuangan


Kemerdekaan
UJIAN 1
1. Dua faktor Jepun menjajah Tanah Melayu:
(i) Keperluan mendapatkan bahan-bahan mentah untuk kilang
perusahaan Jepun menjadi negara maju pada abad ke-20.
JAWAPAN UJIAN  239

(ii) Jepun merancang untuk membentuk sebuah „Lingkungan


Persekemakmuran Besar Asia Timur supaya Jepun dapat mewujudkan
sebuah pasaran yang luas di Asia Timur.

2. Dua kesan positif penjajahan Jepun di Tanah Melayu:


(i) Penduduk Tanah Melayu lebih menggunakan daya cipta seperti tayar
mati, kasut getah dan lori arang.
(ii) Perusahaan ekonomi tradisional diusahakan semula seperti membuat
minyak kelapa, gula kelapa, rokok daun, dan kain benang nenas.
(iii) Lahir kesedaran semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah
Melayu terutamanya orang Melayu.

3. Kesan-kesan negatif penjajahan Jepun terhadap Tanah Melayu:


(i) Wujud pasaran gelap akibat daripada kekurangan bekalan makanan
menyebabkan harga naik kerana tentera Jepun menyimpan beras,
minyak dan barang keperluan lain.
(ii) Rakyat menderita sebab sukar mendapatkan bekalan beras kerana
harganya mahal. Penduduk Tanah Melayu terpaksa makan ubi kayu
atau keledek.
(iii) Wabak penyakit akibat kekurangan makanan, ubat dan terdedah
kepada penyakit.

UJIAN 2
1. DUA (2) pertubuhan di Semenanjung Tanah Melayu yang berdasarkan
polisi berbentuk nasionalisme ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) and
Kesatuan Melayu Selangor.

2. Dua bentuk kerjasama yang menjadi asas penubuhan Parti Perikatan:


(i) Perikatan berjanji akan mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat
tahun.
(ii) Perikatan merancang hendak menubuhkan satu jenis sekolah
kebangsaan yang boleh diterima oleh penduduk Tanah Melayu.
(iii) Perikatan berjanji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dalam tempoh sepuluh tahun.
(iv) Perikatan berjanji mempertahankan dan melindungi kedudukan raja-
raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.
240  JAWAPAN UJIAN

3. Dua faedah diperolehi penduduk Sabah dan Sarawak apabila menyertai


Malaysia:
(i) Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan dengan lebih
cepat berbanding di bawah pentadbiran British.
(ii) Ekonomi penduduk Sabah dan Sarawak dapat dipertingkatkan
dengan bantuan daripada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

UJIAN 3
1. Dua (2) faktor yang mendorong Singapura menyertai Malaysia:
(i) Lee Kuan Yew ingin mengukuhkan kedudukannya sebagai Perdana
Menteri Singapura.
(ii) Singapura ingin mendapat kemerdekaan sepenuhnya daripada pihak
British dengan bergabung dalam Malaysia.

2. Konsep Malaysian Malaysia menuntut supaya kedudukan istimewa orang


Melayu dan kaum Bumiputera dihapuskan. Semua warganegara Malaysia
hendaklah mempunyai hak yang sama tanpa mengira mereka Bumiputera
atau bukan Bumiputera.

3. Peranan PeopleÊs Action Party pimpinan Lee Kuan Yew menyebabkan


Singapura dikeluarkan daripada Malaysia:
(i) PAP terlibat dalam pilihan raya umum 1964 di Semenanjung Malaysia
walaupun telah berjanji tidak akan terlibat.
(ii) PAP telah menentang parti Perikatan dengan menubuhkan
Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM).
(iii) PAP telah melancarkan konsep Malaysian Malaysia bagi menentang
keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera.
(iv) PAP telah menjalankan kempen membangkitkan perasaan perkauman
yang hebat.

Topik 3: Komponen Utama Sistem Kerajaan dan


Jentera Pentadbiran
UJIAN 1
1. Sebab - sebab yang boleh menghalang Raja-raja Melayu dilantik sebagai
Yang di-Pertuan Agong.
JAWAPAN UJIAN  241

(i) Baginda tidak cukup umur


(ii) Baginda menolak untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong
(iii) Baginda ingin dikecualikan disebabkan masalah kesihatan.

2. Dua fungsi Badan Perundangan/Legislatif:


(i) Menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang.
(ii) Membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh
Negara.

3. Peranan Parlimen:
(i) Meluluskan undang-undang Persekutuan.
(ii) Membuat pindaan kepada undang-undang Persekutuan yang ada.
(iii) Memeriksa dasar-dasar kerajaan.
(iv) Meluluskan perbelanjaan kerajaan.
(v) Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

UJIAN 2
1. Dua faktor seseorang raja tidak layak dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong.
(i) Baginda tidak cukup umur kelayakan.
(ii) Baginda menghadapi masalah kesihatan.

2. Terangkan kaedah Majlis Raja-raja memilih Yang di-Pertuan Agong:


(i) Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih dan pemilihan dibuat
berdasarkan kekananan (senioriti).
(ii) Raja-raja sahaja yang boleh mengundi tidak melibatkan anggota
Majlis Raja-raja yang bukan raja iaitu TYT Gabenor.
(iii) Pemilihan berdasarkan giliran.

3. Bincangkan kuasa budi bicara yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong:
(i) Melantik Perdana Menteri.
(ii) Menolak permintaan membubarkan Parlimen jika belum cukup tempoh
5 tahun.
(iii) Meminta mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja.
242  JAWAPAN UJIAN

UJIAN 3
1. Dua peranan yang dimainkan oleh sesebuah kementerian:
(i) Merancang dasar, mengawal dan menyelaras rancangan di bawah
arahan menteri.
(ii) Mengawal pelaksanaan rancangan oleh agensi-agensi pelaksana.

2. Dua ciri Badan Berkanun di Malaysia:


(i) Penubuhan dibuat di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
(ii) Badan Berkanun lazimnya ditubuhkan untuk membantu sektor
ekonomi tertentu tanpa perlu terikat kepada birokrasi.

3. Dua suruhanjaya tetap yang ditubuhkan di Malaysia.


(i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
(ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

UJIAN 4
1. Dua syarat pembentukan sesebuah barisan kabinet di Malaysia:
(i) Kabinet dibentuk oleh parti yang memenangi secara majoriti dalam
sesuatu pilihan raya umum di Malaysia.
(ii) Pelantikan ahli kabinet seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan
Timbalan Menteri perlu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

2. Dua agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri:


(i) Majlis Keselamatan Negara.
(ii) Jabatan Peguam Negara.

3. Fungsi dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara:


(i) Menyelaras, meneliti dan menyelesaikan isu-isu keselamatan Negara.
(ii) Bekerjasama dengan agensi kerajaan peringkat negeri iaitu Jawatankuasa
Keselamatan Negeri dalam hal keselamatan.
JAWAPAN UJIAN  243

Topik 4: Perlembagaan Malaysia


UJIAN 1
1. Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan sesebuah
Negara diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-
undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai.

2. Dua bentuk perlembagaan yang wujud di dunia:


(i) Perlembagaan bertulis.
(ii) Perlembagaan tidak bertulis.

3. Tujuan perlembagaan diwujudkan di Malaysia:


(i) Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
(ii) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
(iii) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
(iv) Alat untuk menyelesaikan masalah.
(v) Menjamin riwayat Negara bangsa.
(vi) Menjamin keamanan dan kestabilan Negara.

UJIAN 2
1. Tiga senarai yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan:
(i) Senarai Persekutuan.
(ii) Senarai Bersama.
(iii) Senarai Negeri.

2. Perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan di dalam Perlembagaan


Persekutuan:
(i) Agama Islam sebagai agama rasmi.
(ii) Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak.
(iii) Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
(iv) Soal kerakyatan.
244  JAWAPAN UJIAN

3. Sesuatu perlembagaan boleh dipinda berdasarkan:


(i) Perkara 159 (4) ă sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara
majority 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan
sesiapa di luar Majlis Parlimen.
(ii) Perkara 161 (E) ă sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan
bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam
tiap-tiap Majlis Parlimen jika dipersetujui oleh Yang di-pertua mana-
mana negeri.
(iii) Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3
dalam tiap-tiap dewan, dengan syarat mendapat persetujuan Majlis
Raja-raja.
(iv) Perkara-perkara yang memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.

Topik 5: Peruntukan Utama Perlembagaan


UJIAN 1
1. Konsep Persekutuan merupakan pembahagian kuasa berdasarkan wilayah.
Ia juga merupakan satu bentuk pemerintahan sebuah kerajaan pusat yang
mewakili wilayah-wilayah yang lain dalam hal ehwal luar negeri. Kuasa
kerajaan Persekutuan dan negari boleh bekerjasama dalam membuat
sesuatu keputusan.

2. Dua konsep pemerintahan di Malaysia:


(i) Sistem Federalisme iaitu pengagihan kuasa antara kerajaan Negeri
dan Persekutuan.
(ii) Doktrin pengasingan kuasa iaitu pengagihan kuasa antara badan
eksekutif, legislatif dan judisiari.

3. Kebaikan-kebaikan pemerintahan Persekutuan:


(i) Sebagai tapak untuk perpaduan dan integrasi politik.
(ii) Federalisme dapat melindungi kepentingan kaum.
(iii) Federalisme dapat mengelakkan berlakunya pemerintahan yang
zalim.
(iv) Dapat mewujudkan persefahaman dan kelicinan sistem pentadbiran.
(v) Memberi ruang kepada kerajaan tempatan menjalankan pentadbiran
sendiri.
JAWAPAN UJIAN  245

UJIAN 2
1. Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan Raja yang tidak
mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya boleh bertindak berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan.

2. Dua kedudukan Yang di-Pertuan Agong di dalam Perlembagaan:


(i) Kepala utama Negara bagi kerajaan Persekutuan digelar Yang di-
Pertuan Agong manakala Raja Permaisuri Agong adalah mengambil
keutamaan mengatasi segala orang lain di dalam Persekutuan.
(ii) Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja selama tempoh
jawatan lima tahun tetapi bila-bila masa boleh meletakkan jawatan
dengan mengutus surat yang ditandatangani oleh Majlis Raja-raja
atau dipecat oleh Majlis Raja-raja.

3. Lain-lain tugas Yang di-Pertuan Agong:


(i) Pemerintah tertinggi Angkatan Bersenjata.
(ii) Kuasa Pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
(iii) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak serta kaum lain.
(iv) Sumber penghormatan dan kebesaran.
(v) Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat-diplomat Malaysia dan
menerima diplomat-diplomat asing.
(vi) Mencemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.

Topik 6: Peruntukan Istimewa Perlembagaan


UJIAN 1
1. Dua hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia:
(i) Kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke
institusi pengajian tinggi.
(ii) Kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan.

2. Dua kriteria penting mengenai bahasa Melayu menurut Perlembagaan


Malaysia Perkara 152 ialah:
246  JAWAPAN UJIAN

(i) Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan.


(ii) Rakyat bebas mempelajari bahasa-bahasa yang lain.

3. Dua bentuk kekebalan Raja-raja Melayu berdasarkan peruntukan


Perlembagaan Malaysia:
(i) Tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-
mana mahkamah.
(ii) Hak prerogatif dan bidang kuasa tidak boleh disentuh.

UJIAN 2
1. Dua peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang memberi
perlindungan kepada negeri-negeri Borneo sekiranya bergabung dalam
Persekutuan Malaysia:
(i) Pengangkutan jalan raya.
(ii) Kuasa elektrik.

2. Dua syarat kerajaan Pusat untuk meminda undang-undang imigresen


Sabah dan Sarawak:
(i) Mendapat persetujuan Yang di-pertua Negeri-negeri yang berkenaan.
(ii) Pindaan dibuat dengan sokongan suara dua pertiga.

3. Perlindungan khas perlu diberikan kepada Sabah dan Sarawak kerana:


(i) Kedudukan kedua-dua negeri berlainan dengan negeri-negeri di
Tanah Melayu.
(ii) Kuasa yang dimiliki oleh Sabah dan Sarawak adalah lebih luas
berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Topik 7: Demokrasi Berparlimen dan Proses Pilihan


Raya
UJIAN 1
1. Dua fungsi pilihan raya ialah:
(i) Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.
(ii) Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
JAWAPAN UJIAN  247

2. Dua fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia:


(i) Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan
raya.
(ii) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemak daftar
pemilih.

3. Syarat-syarat untuk menjadi ahli Suruhanjaya Pilihan Raya:


(i) Berumur tidak lebih daripada 65 tahun.
(ii) Seorang yang tidak muflis.
(iii) Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
(iv) Bukan terdiri daripada ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri.

UJIAN 2
1. Sebab-sebab seseorang boleh hilang kelayakan menjadi pemilih:
(i) Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang
menjalani hukuman penjara.
(ii) Sebelum tarikh kelayakan telah didapati bersalah dan dihukum mati
atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani
hukuman pada tarikh kelayakan.
(iii) Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
(iv) Telah memperoleh kerakyatan asing.

2. Individu-individu yang dibenarkan memasuki tempat mengira undi:


(i) Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
(ii) Pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
(iii) Kerani mengira undi.
(iv) Calon, wakil dan ejen mengira undi.

3. Dua sebab sesuatu petisyen pilihan raya boleh dibuat selepas sesuatu
keputusan pilihan raya:
(i) Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah
menjejaskan pilihan raya.
(ii) Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.
248  JAWAPAN UJIAN

Topik 8: Masyarakat Majmuk

UJIAN 1
1. Matlamat/Objektif ajaran Islam secara keseluruhannya:
(i) Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang
betul iaitu mempercayai kekuasaan Allah swt semata-mata.
(ii) Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah
swt di muka bumi yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju.

2. Lima Jenis Perhubungan:


(i) Hubungan pemerintah dengan rakyat.
(ii) Hubungan suami dengan isteri.
(iii) Hubungan bapa dengan anak.
(iv) Hubungan abang dengan adik.
(v) Hubungan sahabat dengan sahabat.

3. Konsep karma dan kelahiran semula bermaksud penganut agama Hindu


mempercayai bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat
dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu.
Bagi memastikan kelahiran semula, mereka perlu berada dalam kasta yang
mulia, keperibadian yang baik dan berbudi. Unsur yang menentukan kasta
yang diduduki selepas kelahiran semula disebut sebagai karma.

UJIAN 2
1. Menurut Furnival masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat
campuran yang berbilang bangsa yakni campuran bermaksud bergaul
tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat,
kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup mereka sendiri.

2. Dasar pecah dan perintah British dikatakan membawa keburukan di dalam


sistem masyarakat di Malaysia kerana dasar ini memberi penekanan
kepada kelemahan penglibatan orang Melayu, tetapi pada masa yang sama
memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan
pengasingan setiap kaum.
JAWAPAN UJIAN  249

3. Dasar ekonomi kolonial British dikatakan menindas orang Melayu kerana


prestasi ekonomi orang Melayu tidak mencapai sebarang kemajuan malah
semakin merosot. British hanya mahu orang Melayu kekal sebagai petani sara
diri dan mengusahakan hasil pertanian sara diri bukan pertanian moden.

Topik 9: Integrasi dan Perpaduan Nasional


UJIAN 1
1. Asimilasi bermaksud proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan
kelompok dengan satu budaya, satu bahasa dan satu agama.

2. Dua objektif Rukun Negara dicipta:


(i) Mencapai perpaduan yang erat di kalangan masyarakat.
(ii) Memelihara cara hidup demokratik.

3. Prinsip kesopanan dan kesusilaan dianggap penting kerana melalui prinsip


ini rakyat Malaysia dikehendaki mengamalkan sifat atau nilai-nilai murni
bagi membentuk Negara yang berdaulat, aman, makmur, masyarakat
penyayang, berbudi bahasa dan menghormati antara satu sama lain.

UJIAN 2
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermatlamat `serampang dua mataÊ:
(i) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
(ii) Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapus
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

2. Dua faktor utama mempengaruhi kemiskinan di Malaysia:


(i) Saiz isi yang terlalu besar.
(ii) Penggantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit.

3. Langkah-langkah membasmi kemiskinan di bawah DEB:


(i) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama
yang menganggur.
(ii) Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
250  JAWAPAN UJIAN

Topik 10: Dasar Pembangunan Ekonomi

UJIAN 1
1. Objektif utama Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk memantapkan
perpaduan Negara di samping menetapkan satu langkah Malaysia ke arah
mencapai taraf Negara yang maju dalam semua segi seperti keadilan sosial,
nilai, etika, dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan
pentadbiran kerajaan, serta kecemerlangan ekonomi.

2. Dimensi-dimensi baru di bawah Dasar Pembangunan Nasional:


(i) Strategi membasmi kemiskinan bertujuan menghapuskan kemiskinan
tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif.
(ii) Pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera ke arah meningkatkan dan mengekalkan bumiputera dalam
kegiatan ekonomi.
(iii) Meningkatkan penglibatan sektor swasta.
(iv) Pembangunan sumber manusia.

3. Strategi-strategi pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara:


(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.
(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama
ekonomi supaya berdaya saing.
(iii) Mengurang dan menghapuskan ketidakadilan sosial dan ekonomi.
(iv) Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang ketidakseimbangan antara negeri, kawasan bandar dan luar
bandar.
(v) Membangunkan sebuah masyarakat progresif.
(vi) Memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang
berdisiplin serta produktif.
(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi.
(viii) Memastikan usaha mencapai pembangunan ekonomi turut diberi
perhatian kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi.
JAWAPAN UJIAN  251

UJIAN 2
1. Matlamat Dasar Pertanian Negara:
(i) Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian supaya dapat
memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
(ii) Memaksimakan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui
peningkatan pengeluaran dan mengurangkan kadar kemiskinan.
(iii) Memajukan komoditi-komoditi utama untuk dieksport.

2. Strategi-strategi di dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara:


(i) Pembukaan tanah-tanah baru oleh FELDA, pihak berkuasa wilayah
dan kerajaan negeri.
(ii) Pembangunan in-situ ă kawasan-kawasan yang telah disediakan
diusahakan dengan pelbagai aktiviti pertanian.
(iii) Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian seperti PORIM, RRI,
MARDI, RISDA, FAMA dan LPP.

3. Objektif Dasar Pertanian Nasional:


(i) Meningkatkan sekuriti makanan.
(ii) Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian.
(iii) Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain.
(iv) Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian.
(v) Melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri.

Topik 11: Dasar Pembangunan Sosial

UJIAN 1
1. Tiga prinsip yang ditetapkan di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
(i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.
(iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan.
252  JAWAPAN UJIAN

2. Tiga objektif dasar Kebudayaan Kebangsaan:


(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan.
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia
dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

3. Strategi-strategi pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan:


(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan.
(ii) Meningkat dan mengukuh kepimpinan budaya.
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan.

UJIAN 2
1. Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah untuk membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya
mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta
ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

2. Lima sasaran utama yang disusun PIN menerusi program TEKAD 2008:
(i) Mengurangkan gejala rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa.
(ii) Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian.
(iii) Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
(iv) Memantapkan institusi keluarga.
(v) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

3. Strategi-strategi pelaksanaan Pelan Integriti Nasional:


(i) Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi keluarga.
(ii) Pelaksanaan agenda integriti komuniti.
(iii) Pelaksanaan agenda integriti untuk masyarakat sivil.
(iv) Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi sosio - budaya.
(v) Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi agama.
(vi) Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi ekonomi.
(vii) Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi politik.
(viii) Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi pentadbiran.
JAWAPAN UJIAN  253

Topik 12: Dasar Luar Negara

UJIAN 1
1. Dasar luar negara merupakan satu set prinsip-prinsip yang memandu
sesebuah negara di dalam perundingan-perundingan luar negaranya dan
bertujuan untuk keselamatan serta perkembangan negara tersebut. Dasar
luar adalah asas dan panduan garis kasar hubungan luar sesebuah negara
dengan negara lain. Di mana asas hubungan luar ini adalah satu kumpulan
prinsip yang menjadi petunjuk kepada sesuatu negara itu dalam
melaksanakan tindakan luar negara bagi tujuan keselamatan dan
pembangunan negara.

2. Objektif Dasar Luar Malaysia:


(i) Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di
arena antarabangsa.
(ii) Menjaga, mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan
Malaysia.
(iii) Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan
wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam
Negara lain.
(iv) Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan
dan sosial di peringkat antarabangsa.
(v) Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi
Malaysia dalam semua bidang.
(vi) Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan
Negara-negara lain.

3. Peranan Kementerian Luar Negeri dalam menentukan Dasar Luar


Malaysia:
(i) Mengurus hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala
dengan Negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa
merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.
(ii) Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing.
(iii) Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej Negara
di luar negeri.
(iv) Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,
pentadbiran am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi.
254  JAWAPAN UJIAN

UJIAN 2
1. ZOPFAN bermaksud Zone of Peace Freedom and Neutrality iaitu zon aman,
bebas dan berkecuali yang diamalkan di semua Negara anggota ASEAN.

2. Matlamat Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) adalah


untuk mewujudkan kerjasama antara semua Negara Islam dalam pelbagai
bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat
kewangan dan sebagainya dalam meninggikan syiar Islam.

3. Peranan Malaysia dalam Komanwel:


(i) Membentangkan isu permasalahan perdagangan antarabangsa,
penjajahan dan Aparteid di Afrika Selatan.
(ii) Tuan rumah bagi Persidangan CHOGM 1989.
(iii) Kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan
teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya.
(iv) Mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan negara-negara
Komanwel.
(v) Pengenalan Rancangan Colombo.
MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

Should you have any comment or feedback, you are welcomed to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Download and fill up the feedback questionnaire from


URL: http://lms.oum.edu.my/ via myVLE
and
e-mail to modulefeedback@oum.edu.my

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732273
Fax No.: 03-26978702

You might also like