You are on page 1of 3

REKA BENTUK TEKNOLOGI 1.

docx

1/2

REKA BENTUK TEKNOLOGI

2.6.4

Melakar serta menjustifikasikan reka bentuk dan pembungkusan makanan

B Prinsip Reka Bentuk

Prinsip reka bentuk ialah konsep yang digunakan untuk menyusun elemen-elemen bagi menjadikan satu
struktur objek yang berkesan ,bermutu dan menarik

Keseimbangan

Keseimbangan ialah suatu konsep fizik yang menekankan kesamaan berat,tarikan dan tumpuan pada
suatu objekberbentuk simetri.Contohmya,susunan hiasan perlu seimbang sewaktu membuat reka
bentuk makanan dan pembungkusannya.

Kontras

Kontras merujuk pelbagai elemen yang berlawanan bagi memberikan impak yang lebih jelas kepada
objek.Kontras berfungsi untuk menarik perhatian,memberi fokus , dan mengelak kebosanan.Kontras
boleh dicapai melalui penggunaan teks,warna, dan kedudukan elemen.

Pengulangan

Pengulangan merujuk kepada tumpan pergerakan yang dihasilkan melalui perletakkan sesuatu eleman
yang berulang-ulang.Pengulangan bermaksud menggunakan eleman yang sama dan serupa secara
berulang-ulang dalam reka bentuk makanan sama ada dalam saiz serupa atau berbeza.
Keringkasan

Keringkasan adalah menapis mana-mana elemen yang tidak diperlukan dan hanya mengekalkan eleman
yang penting sahaja .Prinsip keringkasan akan menonjolkan lagi reka bentuk makanan dan
pembungkusannya.

Pergerakan

2/2

Pergerakan merujukan merujuk kepada tindakan aliran yang akan memimpin pandangan mata dan
perasan terhadap sesuatu.Tindakan atau arah adalah berdasarkan sudut pandangan mata pada hasil
reka bentuk.Mengaplikasikan prinsip pergerakan dapat mewujudkan suasana tertentu delain
menimbulkan daya tarikan dan kesan visual yang lebih realistik.

Penekanan

Penekanan merujuk kepada penumpuan kepada sesuatu melalui gabungan elemen-elemen yang
dicadangkan .Penekanan menonjolkan sesuatu unsur dalam karya grafik yang boleh menarik
perhatian.Contohnya dalam reka bentuk makanan penekanan wujud apabila makanan tersebut
dihasilkan untuk sesuatu majlis tertentu atau atas sebab-sebab tertentu.

Pembahagian

Pembahagian merujuk kepada hubung kait antara dua elemen berdasarkan kadar banding yang betul
dalam ukuran seperti saiz,nombor,jumlah, dan tahap.Prinsippembahagian adalah penting terutamanya
dalam menentukan saiz reka bentuk makanan dan pembungkusan itu sendiri.

Kepelbagaian

Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai elemen ,gaya,kualiti dan idea yang berbeza dalam sesuatu
reka bentuk.

Kesatuan
Pengabungan elemen dapat membentuk imej,konsep atau idea yang sempurna.Prinsip kesatuan yang
diterapkan menjadi sesuatu reka bentuk makanan dan pembungkusan itu blebih menarik.

Harmoni

Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan gambaran emosi yang positif .Prinsip harmoni dalam reka
bentuk makanan memberi ketenangan dan kegeniraan kepada individu.

You might also like

  • PSV F1 Penegasan
    PSV F1 Penegasan
    Document7 pages
    PSV F1 Penegasan
    AIZATUL NURULAIN BINTI MOHD HALIL KPM-Guru
    No ratings yet
  • PSV Harmoni Ting 1
    PSV Harmoni Ting 1
    Document8 pages
    PSV Harmoni Ting 1
    AIZATUL NURULAIN BINTI MOHD HALIL KPM-Guru
    No ratings yet
  • PSV Fi Kesatuan
    PSV Fi Kesatuan
    Document12 pages
    PSV Fi Kesatuan
    AIZATUL NURULAIN BINTI MOHD HALIL KPM-Guru
    No ratings yet
  • PSV F1 Kontra
    PSV F1 Kontra
    Document7 pages
    PSV F1 Kontra
    AIZATUL NURULAIN BINTI MOHD HALIL KPM-Guru
    No ratings yet
  • Taklimat Kwapm
    Taklimat Kwapm
    Document8 pages
    Taklimat Kwapm
    AIZATUL NURULAIN BINTI MOHD HALIL KPM-Guru
    No ratings yet
  • Ikrar Rukun Negara
    Ikrar Rukun Negara
    Document1 page
    Ikrar Rukun Negara
    AIZATUL NURULAIN BINTI MOHD HALIL KPM-Guru
    No ratings yet