You are on page 1of 1

NAMA

DAN
ALAMAT SEKOLAH PEMOHON

Setiausaha
Bahagian Perkhidmatan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya, Malaysia. 22 Mei 2023

Melalui dan Salinan:

Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan
Jalan
Setapak
53200 Kuala Lumpur

Tuan,

PERMOHONAN PENENTUAN GAJI PERMULAAN


NAMA PEGAWAI :
NO. K/P :
JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa saya telah dilantik sebagai Pegawai


Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 melalui surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan Malaysia dalam surat suruhanjaya bil SPP yang bertarikh 27 Jan 2023 dan
ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM

3. Berdasarkan Peraturan 25 (2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,


Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] adalah proses
yang dilaksanakan bagi pegawai yang dilantik untuk kali pertama yang memohon untuk
mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan
kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya.
Pengalaman yang boleh diambil kira berdasarkan Peraturan 25(2), P.U. (A) 1/2012:
i. Pengalaman di sektor swasta

4. Untuk pengetahuan tuan, saya pernah berkhidmat sebagai Guru Bahasa Melayu di
Sekolah Menengah bermula pada _______ sehingga ______ dengan bayaran gaji pokok
akhir berjumlah RM ______. Dengan itu, saya memohon pertimbangan dan kelulusan tuan
supaya penetapan gaji saya diubah mengikut kelayakan. Bersama-sama ini saya sertakan
salinan surat pengesahan lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG 41 saya
untuk perhatian dan tindakan tuan.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan dalam perkara ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

( )

You might also like