Minit Mesyuarat Bil.2 2023

You might also like

You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUDA

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BILANGAN 2 2023/2024

Tarikh : 7 November 2023 (Selasa)

Masa : 12.15 tengahari

Tempat : Bilik RBT

Kehadiran :

Bil Nama JAWATAN

1. Pn Marisanam binti Jantan GURU BESAR


2. En Muhammad Fahmi Bin Yusri GURU
3. En Muhammad Ilham bin Amri GURU
4. Pn. Annaletchumy A/p Ravi GURU
5. En Hateem Bin Basrah GURU
6. Pn. Nur Faten Nadirah bt Ismail GURU
7. En. Yusuf Luqman Bin Abu Bakar GURU

Turut Hadir
-tiada-

Tidak Hadir (bersebab)


-tiada-

Urus Setia Mesyuarat :

1. En. Yusuf Luqman Bin Abu Bakar Ketua Panitia Matematik


1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memberikan penghargaan dan terima kasih kepada ahli Panitia Matematik yang
meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Kali Kedua Panitia Matematik bagi sesi 2023/2024.

Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil. 2 sesi 2023/2024 disokong dan disahkan oleh Puan
Annaletchumy A/P Ravi.
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


-Tiada-

4.0 LAPORAN UNIT/PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Minggu Bulan Panitia Matematik bergabung bersama dengan Panitia Sains berjalan dengan
lancar hasil kerjasama daripada semua guru.

4.2 Semakan buku tulis bagi semua guru telah selesai. Encik Yusuf Luqman mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama.

4.3 Program 5 minit sebelum memulakan sesi PdP perlu diteruskan kerana murid ada peningkatan
dalam penghafalan sifir.

4.4 Port Mortem Pentaksiran Bilik Darjah (Pertengahan Tahun)

4.4.1 Seorang murid Tahun 1 mendapat TP 1 kerana mempunyai masalah kehadiran.

4.4.2 Terdapat kepelbagaian TP dalam graf, graf bukan sekata.

4.4.3 Encik Yusuf berharap Pentaksiran Bilik Darjah akhir tahun akan ada peningkatan
4.5 Post Mortem Modul Peningkatan Akademik

4.5.1 Ramai murid kelas 4 Karisma, 5 Karisma dan 6 Karisma tidak lulus kerana murid
tidak menguasai Kemahiran 3M

Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Ujian Akhir Tahun dijangka pada bulan Januari (2-27 Januari 2024)
5.2 Puan Marisanam meminta guru untuk mengenalpasti murid yang masih tidak menguasai sifir.
5.3 Kesimpulan daripada Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah dan Modul Peningkatan Akademik, kita
perlu mahirkan asas darab dan bahagi.

5.4 Encik Fahmi mencadangkan untuk meneruskan program Kotak Sifir bagi memantapkan
penguasaan sifir murid.

5.5 Masalah diatasi dengan mengadakan jadual sifir pada dinding kelas dan baca sifir sebelum mula
belajar

Tindakan : Makluman

Urus Setia
Su Panitia Matematik
SK Taman Muda
Tarikh : 7 November 2023

You might also like