You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
CAWANGAN BUNDU TUHAN 2018

TEMA

“Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasakan kematian”

TARIKH
20 OKTOBER 2018

TEMPAT
KAMPUNG MELINSAU DARAT , RANAU

DISEDIAKAN OLEH :

MOHAMAD AZWAN BIN ABDULLAH


PEGAWAI EKSEKUTIF DAKWAH HCBT
1
Muqaddimah

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan merupakan badan NGO
yang memfokuskan tarbiah dan kebajikan khusus kepada saudara baru dan komuniti
mereka. Justeru itu, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan mengambil berat
kepada muallaf-muallaf yang tinggal di kawasan Kampung Melinsau Darat, Ranau untuk
menyertai kursus memperkasa solat adalah untuk membantu dari segi pemahaman dan
perlaksanaan solat yang betul, kerana mengikut statistik muallaf di negeri Sabah didapati
banyak muallaf yang terbiar dari segi bimbingan ilmu-ilmu agama serta kebajikan mereka
tidak terjaga. Selain itu, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan juga
mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan fungsi sebenar Hidayah Centre
Foundation Cawangan Bundu Tuhan kepada agensi-agensi kerajaan, masyarakat dan
muallaf bahawa mereka (muallaf) bukan golongan masyarakat Islam yang tersisih.

1.0 Objektif Program


1. Membentuk masyarakat yang berilmu dalam perkara berkaitan pengurusan
jenazah berdasarkan Islam.
2. Melahirkan masyarakat yang boleh berbakti kepada masyarakat berdasarkan
ilmu yang dipelajari melalui kursus ini.
3. Ilmu berkaitan pengurusan jenazah dalam Islam dapat diperkembang dengan
lebih menyeluruh.

2.0 Kerjasama

Anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau (JHEAINS) dan
Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan.

3.0 Tempat, Masa, Dan Tarikh

Tempat : Kg. Melinsau Darat, Ranau


Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang
Tarikh : 20 Oktober 2018 (Sabtu)
2
4.0 Sasaran

 Muallaf – Sekitar Ranau

5.0 Anggaran Peserta


 40 Orang

Tentatif

7.40-8.00 am : Pendaftaran & Sarapan pagi

8.00-9.00 am : Taklimat

9.00-10.00 am : Slot 1 : “Teori Kematian – HCBT

10.00-10.30 am : Minum Pagi

10.30-12.00 pm : Slot 2 : ”Praktikal Jenazah”

12.30-1.15 pm : Makan Tengahari/Solat Zohor Berjemaah

1.15-2.00 pm : Majlis Penutupan /Minum Petang/Bersurai

6.0 Penceramah

1. Wakil – JHEAINS
2. Wakil – Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan

3
7.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KOS (RM)

1. Barang Pengurusan Jenazah : RM200 x 3 set = RM600 600.00

Makanan dan Minuman

2. a) Sarapan pagi : RM 10 x 40 orang = RM400.00 920.00


b) Makan Tengahari : RM 10 x 40 orang = RM400.00
c) Minum Petang: RM 3 x 40 orang = RM120.00

Penceramah & Sukarelawan

a) Penceramah 1 = RM100.00
3. b) Penceramah 2 = RM100.00 320.00
c) Sukarelawan 3 orang = RM120

Operasi
4. a) Pengurusan = RM 200.00 400.00
b) Minyak Kereta =RM 200.00

5. Rencam 100.00

JUMLAH RM 2340.00

Yuran Peserta

 Percuma

Kesimpulan

Adalah diharapkan program ini mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga Allah memberkati
usaha kecil ini dalam meningkatkan kefahaman dan kerja dakwah dalam masyarakat dan
seterusnya melahirkan generasi baru yang berkualiti.

You might also like