You are on page 1of 4

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan tunjang utama kepada kemajuan sesebuah negara dan pendidikan
merupakan hak asasi setiap manusia yang tidak boleh dipandang sebelah mata hanya
kerana seseorang individu tersebut mempunyai kelainan dari segi fizikal mahupun mental.
Tidak kurang kita lihat bahawa industri pekerjaan pada masa kini turut melibatkan orang
dengan kelainan Upaya baik dari segi sektor awam mahupun swasta. Bertepatan dengan
kenyataan dari Harlida Wahab (2008) yang menyatakan bahawa terdapat Akta OKU 2008
yangmenyatakan bahawa kanak-kanak bekeperluan khas ini berhak memperoleh peluang
pendidikan yang sama rata tanpa diskriminasi atau dikecualikan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa sebanyak 58% pelajar yang mempunyai masalah
pendengaran di Malaysia telah berdaftar untuk berada dalam program Pendidikan inklusif
yang sekaligus menunjukkan semangat mereka dalam menimba ilmu (Zarina Abd Aziz,
2019). Program Pendidikan inklusif atau PPI merupakan salah satu pendekatan yang
diambil oleh kerjaaan Malaysia dalam usaha memberi kesamarataan pendidikan dan
membantu murid bekeperluan khas (MBK) mendapat pendidikan yang sewajarnya. Program
Pendidikan Inklusif turut hadir dengan kemudahan infrastruktur dan peralatan bagi
memudahkan proses PdP pelajar-pelajar bekeperluan khas ini.

2.0 INFRASTRUKTUR & PERALATAN

Terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh agensi kerajaan
seperti pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai salah satu inisiatif dalam membina
sistem persekitaran, pembelajaran dan aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan MBK
bagi memudahkan mereka menuntut ilmu dengan selesa dan efektif. Menurut Timbalan
Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Mohamad Alamin, sepanjang tahun 2021, sebanyak
730 daripada 6,394 sekolah yang mempunyai MBK di seluruh negara telah dilengkapi
dengan empat kemudahan asas untuk orang kurang upaya (OKU) manakala 2,774 sekolah
mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada empat kemudahan ini. Antara
kemudahannya ialah susur tangan,susur landai, tandas OKU dan tempat letak kenderaan
OKU.

Infrastruktur merupakan kemudahan-kemudahan asas yang menggalakkan penglibatan aktif


murid bekeperluan khas dalam persekitaran sekolah bagi memudahkan pergerakan dan
penglibatan MBK dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, penggunaan Ramp atau
laluan landai adalah sebagai pengganti kepada tangga untuk memudahkan pergerakan
MBK yang menggunakan kerusi roda dan bermasalah berjalan. Pembinaan ramp turut
memberi manfaat kepada MBK dengan masalah penglihatan bagi memudahkan mereka
bergerak dengan tambahan guiding blocks sebagai panduan kepada mereka.

Selain itu, infrastruktur yang turut perlu dititikberatkan di sekolah adalah penggunaan
handrail berfungsi sebagai pagar, penghadang keselamatan dan sokongan kepada MBK
yang khususnya mempunyai masalah penglihatan dalam bergerak. Handrail perlu
disediakan atau ditempatkan di laluan pejalan kaki, koridor bangunan, ramp, dan tangga-
tangga bangunan bagi memaksimumkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan individu.
Seterusnya, pihak sekolah juga boleh membina tangga yang selamat, tidak licin, lebih
rendah, selesa serta mempunyai ciri guiding blocks berfungsi sebagai panduan dan amaran
kepada orang kurang upaya penglihatan. Tangga yang dibina tersebut juga perlu
mempunyai kotak tanda yang mempunyai permukaan timbul yang boleh disentuh (tactile
marking) dengan menggunakan tongkat oleh MBK masalah penglihatan.

Infrastruktur lain yang menekankan kepada keselamatan MBK adalah kelas berpagar atau
grill yang mana dengan adanya penyediaan grill tersebut adalah sangat membantu dalam
mengawal pergerakan MBK. Hal ini kerana, MBK turut mempunyai kategori masalah tingkah
laku atau autisme yang seperti diketahui, memerlukan penjagaan rapi serta pemerhatian
yang cukup bagi mengelakkan timbulnya isu yang tidak diingini di kemudian hari. Dengan
adanya pagar keselamatan di kelas-kelas MBK, guru juga akan dapat melaksanakan aktiviti
PPI dengan lancar tanpa perlu merisaukan keselamatan mereka. Tidak hanya dilengkapi
dengan pagar, kelas MBK turut cenderung mempunyai kemudahan-kemudahan mereka
tersendiri di dalam ruangan yang sama seperti pantri dan tandas di dalam bangunan kelas
mereka.

Peralatan juga merupakan salah satu kemudahan atau perkhidmatan sokongan baik dari
pihak KPM mahupun dari kumpulan individu dalam menyediakan peralatan yang
bersesuaian dengan MBK dalam memastikan kelancaran PPI yang berkesan. Antara alatan
yang sering dilihat adalah mesin braille yang disediakan untuk murid dengan masalah
penglihatan atau buta. Mesin braille tersebut merupakan antara sumbangan besar yang
perlu ada di setiap sekolah dengan MBK bagi memudahkan mereka mempelajari subjek-
subjek yang ditetapkan. MBK juga dibenarkan utnuk membawa pulang mesin Braille
tersebut untuk tujuan menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru. Peralatan lain adalah
kanta pembesar berpemegang dan kanta elektronik jenis video magnifier yang membantu
mereka untuk membaca saiz aksara N8 (Silver et al. 1995)
3.0 PENUTUP

Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan tiada diskriminasi dan
ketidakadilan berlaku dalam proses pendidikan MBK kerana mereka juga berhak menimba
ilmu dan pengetahuan bagi memajukan diri dan menyumbang kepada negara. Guru perlulah
sentiasa memberikan usaha terbaik dalam memastikan MBK mendapat kefahaman yang
maksimun semasa sesi PPI berjalan dengan bantuan infrastruktur, alatan dan bahan bantu
mengajar khas yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan.
Ibu bapa juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan sebagai guru kedua MBK dengan
membantu dalam menyelesaikan kerja rumah, memberi sokongan moral, dan membekalkan
pendidikan yang sepatutnya kepada anak-anak mereka mengikut keperluan anak-anak.
4.0 RUJUKAN

Azam, Saiful. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di
Malaysia.

H. A. Wahab, Keselamatan Sosial Pekerja polisi dan perundangan chapter, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia,2008.

Husin, Mohd & Rahmat, Aeidah & Rosle, Afina & Hassan, Fairuz & Nawi, Farah & Abiraham,
Melisa & Rahman, Noorshaqilah & Razman, Nurul & Khairulanuar, Nur & Basari, Nur
& Suhaili, Umi & Malik, Siti. (2023). Strategi dan Teknik PdPc bagi Mengendalikan
Murid Berkeperluan Khas Ketidakupayaan Pendengaran dalam Pendidikan Inklusif.
Journal of Humanities and Social Sciences (JHASS). 5. 75-87.
10.36079/lamintang.jhass-0502.550.

Silver, J., Gilbert, C.E., Spoerer, P. & Foster. A. 1995. Low vision in East African blind school
students: need for optical low vision services. British Journal of Ophthalmology 79:
814-820.

Z. A. Aziz, Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam Pendidikan inklusif di kalangan murid
implant koklea. International Conference on Special Education in southeast Asia
Region (ICSAR) 9th 2019, 562-675,Universitas Pendidikan Indonesia, 2019.

You might also like