You are on page 1of 6
Nama o..cccssssecsesssssecssseccensssseeceesseeessnes Nama Guru: . No. Kad Pengenalan .... Kelas 900/2 STPM 2021 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGAJIAN AM KERTAS 2 1 Jam 30 Minit Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHNGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh Untuk kegunaan ‘menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama Pemeriksa yang akan diperiksa. Bahagian A Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh 1 ‘menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang 2 akan diperiksa. 3 4 Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan Bahagian B setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu. Bahagian C kat helaian jawapan anda bagi Bahagian A, Bahagian B, termasuk kertas graf pada halaman 7 atau pada halaman 8, dan Jumlah Bahagian C. Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak Scanned with CamScanner Bahagian A [15 Markah] 1. Pendekatan dan falsafah perancangan pembangunan negara mengambil kira beberapa perkara, Nyatakan tiga daripada perkara yang diambil kira tersebut. [3 markah] @ Gi) ii) 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar merupakan tindakan kerajaan untuk menghadapi cabaran yang berlaku di kawasan luar bandar bagi mencapai visi luar bandar yang sejahtera. Berdasarkan penyataan di atas, senaraikan empat teras yang difokuskan dalam dasar ini. [4 markah] Defisit atau kurang kepercayaan antara kaum di Malaysia menjadi isu yang semakin giat diperkatakan dan hal ini bercanggah dengan prinsip Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. Berdasarkan penyataan di atas, berikan empat punca keadaan ini wujud di negara kita. [4 markah] @, (i, (iii), (iv). Scanned with CamScanner 4. Huraikan dua objektif yang difokuskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. [4 markah] @. Wi), Scanned with CamScanner Bahagian B (20 markah) Jawab satu satan sahaja, Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf pada halaman 7 atau pada halaman 8. 5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes Covid-19 yang disahkan mengikut negeri tertentu pada 30 Januari 2021 di Malaysia. Pandemik Covid-19 di Malaysia merupakan sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang melanda seluruh dunia, Virus tersebut menular di Malaysia pada akhir bulan Januari 2020 apabila pelancong dari China yang tiba di Johor melalui Singapura yang dikesan pada 25 Januari 2020. Pada 30 Januari 2021, bilangan kes Covid-19 untuk negeri-negeri tertentu yang tertinggi Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, dan diikuti dengan Negeri Sembilan, Berdasarkan laporan kelima-lima buah negeri tersebut, jumlah kes Covid-19 ialah sebanyak 175,986 kes. Bagi status kes kumulatif berjumlah 171,008 kes dan selebihnya adalah bagi kes harian baharu yang dicatatkan pada 30 Januari 2021. Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertin; iaitu sebanyak 3,285 kes atau 57.3 peratus dan kes kumulatif berjumlah 65,474 kes yang menjadikan keseluruhan kes bagi kes kumulatif dan kes bahar sebanyak 68,759 kes. Bagi negeri Sabah pula, dengan kluster baru yang dikesan, kerja. s kumulatif’ berjumlah 48,570 kes dan kes baharu sebanyak 263 kes tu Kluster Jalan Labok yang melibatkan kategori kluster tempat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan mempunyai dua kluster baharu, iaitu Kluster Lingkaran Maluri dan Kluster Desa Tun yang kedua-duanya melibatkan kategori kluster tempat kerja. Kes harian baharu ialah 480 kes atau 8.4 peratus dan kes kumulatif pula berjumlah 24,818 kes. Johor pula dilaporkan mempunyai sebanyak 792 kes baharu atau 13.8 peratus dengan enam Kluster baru yang melibatkan kategori tempat kerja, iaitu Kluster Jalan Suasa, Kluster Jalan Riang, Kluster Jalan Lombong, Kluster Bintang Utama, Kluster Bayu Tampoi, dan Kluster Bukit Batu Grisek, manakala kes kumulatif bagi negeri Johor ialah sebanyak 20.538 kes. Bagi Negeri Sembilan, kes kumulatif alah sebanyak 11,608 kes dan kes harian baharu sebanyak 158 kes, Kluster yang masih aktif dan tinggi, iaitu Kluster Cergas, Kluster Penjara Jalan Harapan, dan Kluster Ceram. Seremban dan Port Dickson adalah antara kawasan_ yang dilaporkan mempunyai kes Covid-19 yang tinggi di Negeri Sembilan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM sering menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat kesihatan, iaitu elakkan 3S (elakkan kawasan sesak,sempit, dan sembang dengan jarak dekat), amalkan 3W (Amalkan Wash, Wear, dan Warn) dan patuhi 8.0.P. (Prosedur Operasi Standard) sebagai norma baharu_untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini. (Disesuaikan daripada Laporan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 30 Januari 2021) Scanned with CamScanner 6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan perangkaan utama getah antara bulan Julai 2019 dengan bulan Julai 2020 dan antara bulan Jun 2020 dengan bulan Julai 2020 di Malaysia, Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat sebanyak 8,270 tan metrik pada Julai 2020 kepada 41,801 tan metrik pada bulan sebelumnya. Perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan penurunan sebanyak 18,287 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun sebelumnya. Eksport getah asli Malaysia pada bulan Julai 2019 berjumlah 67,273 tan metrik. Eksport telah menurun kepada 45,386 tan metrik pada bulan Julai 2020, manakala jumlah ini meningkat sebanyak 6,799 tan metrik berbanding dengan bulan Jun 2020. China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli, iaitu 58.90 peratus daripada jumlah eksport pada bulan Julai, 2020. Sarung tangan getah merupakan item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.00 peratus daripada RM2.78 bilion pada bulan Jun, 2020 kepada RM3.17 bilion pada bulan Julai, 2020. Peningkatan didorong oleh permintaan yang tinggi oleh sektor perubatan dan kesihatan dari seluruh dunia, dalam usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19, Sarung tangan getah Malaysia menguasai 60.00 peratus pasaran dunia dan menyumbang hampir 90.00 peratus kepada pendapatan eksport barangan getah negara. Import getah asli Malaysia pada bulan Julai, 2019 ialah sebanyak 84,560 tan metrik. Jumlah ini menurun kepada 57,598 tan metrik pada bulan Jun, 2020 dan telah meningkat sedikit sebanyak 14,516 tan mettik pada bulan Julai, 2020 berbanding dengan bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, jumlah import bagi bulan Julai, 2019 dengan bulan Julai, 2020 teryata menurun, Malaysia mengimport getah asli dari negara lain antaranya, Thailand, Vietnam, dan Filipina. Stok akhir getah asli terus mencatatkan penurunan pada Julai, 2020 sebanyak 18,875 tan metrik berbanding dengan 253,994 tan metrik pada Jun. 2020. manakala pada bulan Julai tahun 2019 stok akhir getah berada pada jumlah yang paling rendah, iaitu hanya 181,906 tan metrik berbanding dengan bulan Jun dan Julai. 2020, Bagi penggunaan getah asli pada peringkat domestik pada bulan Julai, 2019 ialah sebanyak 41,796 tan metric, manakala pada bulan Julai, 2020 ia telah meningkat kepada 46,844 tan metrik dan juga jumlah ini telah meningkat sebanyak 2,569 tan metrik berbanding dengan bulan sebelumnya. Pembuatan sarung tangan getah mendominasi industri pembuatan getah asli 76.90 peratus daripada jumlah penggunaan domestik. Bilangan pekerja bergaji di estet pada bulan Julai, 2019 ialah berjumlah 11,160 orang dan jumlah ini telah menurun sedikit, iaitu sebanyak 829 orang pada bulan Julai, 2020, manakala pada bulan Jun, 2020 bilangan pekerja bergaji di estet ini ialah sebanyak 10,057 orang. Bagi gaji dan upah di estet pada bulan Julai, 2020 telah menurun sebanyak RM2,441,000 berbanding dengan bulan Julai, 2019 yang berjumlah RM18,539,000. Bagi bulan Jun, 2020 pula gaji dan upah di estet berjumlah RM15,537,000. (Disesuaikan dari Jabaran Perangkaan Malaysia, 2020) Scanned with CamScanner Bahagian C [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang dihasilkan. 7 Sasaran Wawasan 2020 dilanjutkan kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Jelaskan faktor yang menyebabkan sasaran Wawasan 2020 dikatakan tidak tercapai, dan nyatakan cabaran yang akan dihadapi pula oleh Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. 8. Budaya membaca sebagai suatu amalan merupakan asas kepada pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan. Jelaskan kepentingan dan cabaran dalam mengamalkan budaya membaca ini dalam situasi kini. Scanned with CamScanner

You might also like