You are on page 1of 7

Senarai Tugas Terperinci Lembaga Pengawas Pusat Sumber

Jawatan Tugasan
PENGERUSI  Mempengerusikan mesyuarat Pengawas Pusat Sumber
 Menjalankan tugas-tugas yang diberi oleh Guru Pusat Sumber
 Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi Pengawas Pusat
Sumber
 Membantu Guru Pusat Sumber
 Bertanggungjawab di atas perancangan dan perjalanan aktiviti yang
dikendalikan oleh Pengawas Pusat Sumber
 Berkomunikasi dua hala dengan Pengawas Pusat Sumber bagi
menyampai maklumat mengenai Pusat Sumber

NAIB PENGERUSI  Membantu Pengerusi mengendalikan mesyuarat Pengawas Pusat


Sumber
 Membantu menjalankan tugas yang diberi bersama Pengerusi
 Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi Pengawas Pusat
Sumber
 Membantu Guru Pusat Sumber dan Pengerusi Pusat Sumber
 Bertanggungjawab di atas perancangan dan perjalanan aktiviti yang
dikendalikan oleh Pengawas Pusat Sumber
 Mengedar dan mengutip surat kebenaran Ibu Bapa untuk aktiviti dan
program dijalankan

SETIAUSAHA  Menyediakan agenda dan minit mesyuarat


 Menyediakan notis mesyuarat dan surat menyurat kepada Guru Pusat
Sumber dan Pengawas Pusat Sumber
 Menyediakan laporan aktiviti/ program untuk direkodkan
 Menyediakan photogrid untuk aktiviti/ program
BENDAHARI  Mengutip yuran Pengawas PSS serta wang bayaran aktiviti Pusat
Sumber dan sebagainya
 Menyediakan laporan kewangan Lembaga Pengawas Pusat Sumber
 Menyerahkan wang kepada Guru Pusat Sumber
EXCO DISIPLIN  Memastikan Pengawas Pusat Sumber sentiasa berdisiplin
1,2  Menyediakan laporan disiplin iaitu Markah Merit/ Demerit
 Merujuk kepada Panduan Pemarkahan Merit/ Demerit Pengawas PSS
untuk tindakan pengiraan Markah Merit/ Demerit. Setiap Markah Merit/
Demerit wajib ada penerangan pada bahagian catatan.
 Menyediakan Fail Disiplin Bulanan dan hantar kepada Guru Pusat
Sumber untuk disahkan.
 Markah Merit/ Demerit akan dibawa ke bulan hadapan yang seterusnya.
 Menyedia dan memberi Surat Amaran 1, 2 dan 3 kepada Pengawas
Pusat Sumber yang bermasalah
 Menyedia dan memberi Surat Lucut Jawatan kepada Pengawas Pusat
Sumber yang telah disahkan salahlaku dan menerima sebanyak ketiga-
tiga Surat Amaran.

EXCO NILAM 1,2  Memastikan Pengawas Pusat Sumber melaksanakan nilam pada waktu
rehat
 Menyusun fail-fail nilam mengikut tingakatan dan kelas
 Memastikan fail-fail nilam berada di dalam folder yang telah ditetapkan
 Menyemak bahan bacaan nilam berada dalam kotak yang sepatutnya
dan bilangan yang mencukupi pada setiap 2 minggu sekali
 Menyusun semula bahan bacaan nilam sekiranya bersepah

EXCO BILIK  Menyusun perabot di dalam Bilik Akses 2 apabila duty rehat dan duty
AKSES 2 & TVPSS waktu balik
1,2,3,4,5,6  Membersihkan Bilik Akses 2 untuk kegunaan kelas seterusnya
 Melaporkan kerosakan perabot dalam Bilik Akses
 Memastikan kipas, lampu dan pendingin hawa ditutup ketika ketiadaan
kelas
 Menghiaskan Bilik Akses 2
 Mengambil gambar dan video aktiviti yang dijalankan pusat sumber
 Memuat naik gambar / video aktiviti pada akaun YouTube pusat sumber
 Menyunting video aktiviti yang dijalankan pusat sumber
 Murid menjadi juru acara dalam wacana
 Murid harus melaksanakan tugas videografi dan photografi
 Murid harus menjalankan aktiviti mempromosikan

EXCO PROMOSI  Mempromosi buku-buku baharu sewaktu perhimpunan


1,2  Mempamerkan buku-buku baharu di Pusat Sumber
 Mempromosikan aktiviti/program yang diadakan oleh Pusat Sumber

EXCO SIGN IN 1,2  Mengambil duty kehadiran Pengawas Pusat Sumber


WAKTU SIGN IN MENENGAH RENDAH SEBELUM 10.05 PAGI
WAKTU SIGN IN MENENGAH ATAS SEBELUM 10.35 PAGI
 Menanda kehadiran Pengawas Pusat Sumber
L - LEWAT (Catat menggunakan Pen Merah)
P - PONTENG (Catat menggunakan Pen Merah)
TH - TIDAK HADIR
W - WAKIL
S - SAKIT
 Sesiapa yang tidak hadir ke sekolah WAJIB hantar satu Salinan Surat
Sakit/ Surat Ketidakhadiran kepada Exco Sign In I dan II untuk catatan.
 Sekiranya terkumpul 3 kali (termasuk mesyuarat / lawatan / kem /
aktiviti program PSS) tanpa surat atau maklum keberadaan maka
Exco Sign In I akan maklum kepada Exco Disiplin bagi
menyediakan Surat Amaran.
 Setiap Pengawas Pusat Sumber WAJIB memaklumkan ketidakhadiran
masing-masing sehari sebelum atau pagi sebelum 7 pagi dalam Group
Official PSS SMKBB. (Dilarang hantar Personal Message)
 Memastikan kehadiran duty waktu balik hari semalam ditanda keesokan
harinya di dalam rekod kehadiran.
EXCO KATALOG 1  Membimbing Pengawas Pusat Sumber untuk key in buku-buku baharu
 Membimbing Ahli Exco katalog 2, 3, 4 untuk key in buku dgn cara yang
betul dan membantu ahli yang lain
 Memastikan buku yang di key in pada sistem yang betul
Cth : Buku Fiction Melayu berada dalam sistem (FM)
 Membetulkan semula buku yang bermasalah di dalam sistem

EXCO KATALONG  Menolong Exco Katalog yang lain untuk key in buku sekiranya ada
2, 3, 4 masalah
 Memastikan buku yang di key in berada dalam sistem yang betul
Cth : Buku Fiction Melayu berada dalam sistem (FM)
 Mempamerkan buku-buku baharu di Pusat Sumber
 Memastikan buku berada pada rak yang betul
 Cth : Buku Fiction Melayu berada dalam rak (FM)
 Memastikan buku disusun mengikut Kod Dewey
 Memastikan rak di label mengikut Kod Dewey
 Memastikan rak sentiasa bersih
 Mencetak dan menampal label pada buku

EXCO SURAT  Mengambil surat khabar di pejabat/ pondok keselamatan


KHABAR/  Meletakkan cop sekolah dan cop terima pada surat khabar
MAJALAH 1, 2  Menyusun surat khabar lama di rak yang disediakan

EXCO  Menyediakan Jadual Waktu Bertugas Men Rendah dan Men Atas
KEBERSIHAN 1, 2  Memastikan setiap Pengawas melaksanakan duty pembersihan
 Menyediakan Laporan Petugas Kebersihan.
 Memastikan pusat sumber sentiasa dalam keadaan bersih
 Sebanyak 3 kali tanpa melaksanakan duty pembersihan, EXCO
Kebersihan akan maklum dengan Exco Disiplin bagi penyediaan
Surat Amaran.

EXCO Board  Menyediakan Label pada Board Games / CD / Perabot / Aset /


Games/ CD / Peralatan
Kelengkapan  Memastikan Board Games / CD / Perabot / Aset / Peralatan berada di
asalnya
 Memastikan kerusi dan meja masih selamat digunakan

Tugas wajib semua Pengawas Pusat Sumber


1. Memastikan suasana Pusat Sumber sentiasa ceria
2. Menghiaskan Papan Kenyataan Pusat Sumber
3. Menghias Pusat Sumber mengikut tema yang ditetapkan
4. Menjalankan tugas Adhoc/ arahan daripada Guru PSS
Peraturan Pengawas Pusat Sumber

1) Tindakan Demerit
a) Tidak memakai tali leher/ Nametag (-10%)
b) Tidak butang baju dan berpakaian kemas (-10%)
c) Tidak hadir mesyuarat / lawatan / kem / aktiviti program PSS dan tanpa surat (-10%)
d) Ponteng kelas / PdPc (-10%)
e) Enggan mengikut arahan Guru PSS bagi melaksanakan tugasan / Ponteng Duty (-10%)
f) Tidak memaklumkan ketidakhadiran dalam group (-10%)
g) Tidak memberi salam antara Pengawas PSS (-10%)
h) Tidak memakai pakaian lengkap Pengawas PSS pada hari Isnin (-10%)
i) Tidak membawa buku catatan PSS semasa duty (-10%)

2) Merit
a) Kerja Adhoc dimana sekiranya Guru PSS mengumumkan pada group maka Pengawas Pusat Sumber
berkenakan akan dapat merit tambahan setiap satu kerja 10% merit ditambah.
3) Catatan
a) Pada akhir Mesyuarat Pegawas Pusat Sumber, Exco Disiplin akan mengumumkan Ketiga-tiga
Pemenang Markah Merit Tertinggi untuk penyampaian hadiah.
b) Pada akhir Mesyuarat Pegawas Pusat Sumber, Exco Disiplin juga akan mengumumkan Ketiga-tiga
Pemenang Markah Merit yang kurang daripada 40% untuk dendaan.
c) Pada akhir tahun, Pengawas Pusat Sumber yang mempunyai 70% Markah Merit ke atas akan
mendapat amalan baik dalam rekod SSDM.

You might also like