You are on page 1of 1

KELAB MUZIK SK MALAWA KOTA KINABALU

LIRIK LAGU PATRIOTIK


Lagu Bumi Malaysia
Bersinar di seluruh alamku
Gemilang cemerlang cahaya
Lahirnya di zaman dunia baru
Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysiaku


Berkibar di angkasa tinggi
Menunjukkan semangat bersatu
Bumi Malaysia tetap aman bersatu

chorus:
Terus berjaya dan subur bahagia
Malaysia negara ku yang kaya
Tetap terpuji serata dunia
Kerana hidup damai sentiasa

Gembira di bumi ku Malaysia


Bermegah segala makhluknya
Mempertahankan semangat maju
Berjaya Malaysia negara baru

Lagu Untukmu Malaysia


Padamu Malaysia ku berjanji
Padamu ku akan berbakti
Seluruh jiwa dan raga kuserahkan
Demi kejayaan bangsa

Aman, makmur, damai sejahtera


Akan kujunjung dan kujaga
Bersatu rela jujur setia
Membela bangsa tercinta

chorus:
Syukur ku selalu kepada Ilahi
Atas segala rahmatNya
Malaysiaku negara maju jaya
Baktiku hanya untukmu

You might also like