You are on page 1of 1

Bismillahi Rrahmaani Rrahiim.

Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin. Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin, wa ‘alaaalihi
wasohbihi ajma’in.

Ya Allah,Dengan nama-Mu, yang menyembuhkan segala penyakit,


Dengan nama-Mu, yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama-Mu, yang memaafkan segala dosa,
Dengan nama-Mu yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar
dan maha mengetahui.

Ya Ghaffar,

maka ampunilah segala dosa-dosa kedua-dua ibu bapa, para guru, saudara kami serta sekian makhluk di sarwa alam ini.
Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu
mudah, apabila Engkau kehendaki. Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi
ini dengan matahari-Mu selama-lamanya.

Ya Allah, Ya Karim,
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada
dalam Majlis Perhimpunan Pagi Pejabat Kesihatan Daerah Kinta pada hari ini
Ya Rabanna, Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami rafa’kan rasa syukur. Hanya kepada-Mu kami menyembah,dan
hanya kepada-Mu, kami memohon pertolongan. Maka Engkau berkati dan lancarkanlah majlis kami ini.

Ya Allah, Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar,


Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami.
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami dapat menjadikan kami insan
yang sentiasa berada di jalan Mu.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya 'al Jalaliwalikram ,
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami, Padukanlah tenaga dan usaha kami, Ya
Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan
muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan. Semoga
dengannya dapat kami berbakti kepada agama bangsa dan Negara

Ya Munzilalkitab Ya Hazimal ahzab ,


Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Rabbana aatinaa fid dunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaba Nnaar. Wasallallu‘ala aalihi wa sohbihi
wassalim tasliimann kashiira, walhamdulillahi robbil ‘alamiin.

You might also like