You are on page 1of 27
KETUA HAKIM NEGARA MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA CHIEF susTICE FEDERAL COURT MALAYSIA Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia Timbalan Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Pegawai Penyelidik/Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Pegawai Penyelidik/Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia YBhg Dato’/Tuan/Puan, ARAHAN AMALAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN BIL. 1 TAHUN 2018" Menurut Aturan 110 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 [P.U (A) 376/195} saya mengeluarkan Arahan ini sebagai panduan pengendalian semua rayuan dan permohonan di Mahkamah Persekutuan Malaysia seperti yang berikut- BAHAGIAN | TATACARA PEMFAILAN 1. NOTIS RAYUAN 4.1 Notis Rayuan bagi kes jenayah dan kes sivil hendaklah difailkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. 4.2 Bagi keputusan yang boleh dirayukan terus daripada Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Persekutuan (contohnya Habeas Corpus, Pengambiian Tanah, dan Petisyen Pilhanraya), Notis Rayuan hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di mana keputusan tersebut dibuat Istana Kehakimon, Prevint 3, 62506 Putrajaya Tet 03-8880 3502 Fax: 03-894 NOTIS USUL 24 22 23 24 Notis Usul bagi kes jenayah adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 4, Bahagian II, Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan Notis Usul bagi kes-kes sivil adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 3, Bahagian Ill, Kaedah-Kaedah yang sama, Bagi semua Notis Usul dan afidavit, termasuk ekshibit yang difailkan di Mahkamah Persekutuan, setiap muka surat hendaklah dinomborkan secara berturut-turut. Sekiranya afidavit yang difailkan mengandungi lebih daripada 200 muka surat, ia hendaklah dibahagikan kepada beberapa jjlid dan setiap jilid dihadkan kepada 200 muka surat sahaja. Walaupun pemfailan Notis Usul dan afidavit dilaksanakan secara e-Filing, pihak-pihak dikehendaki menyerahkan sebanyak 4 atau 6 salinan atau apa- apa jumlah lain salinan bercetak ke Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan sebagaimana yang diarahkan mengikut kesesuaian bilangan anggota panel PEMFAILAN DOKUMEN SECARA E-FILING 34 3.2 Pemfailan secara e-Filing boleh dilaksanakan dengan salah satu daripada dua cara yang berikut: 3.1.1 Pemfailan secara dalam talian (online). 3.1.2 Pemfailan melalui Biro Perkhidmatan (Service Bureau) di kaunter Biro Perkhidmatan Mahkamah Persekutuan (hanya terpakai untuk orang awam sahaja). Pemfailan Notis Usul Dari Sabah Dan Sarawak 3.2.1. Pemohon hendaklah memfailkan sebanyak 4 atau 6 salinan Notis Usul dan afidavit di Pejabat Sub-Registri Mahkamah Persekutuan di Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan surat iringan hendaklah disalinkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya 3.2.2. Sub-Registri Mahkamah Persekutuan akan mengimbas Notis Usul dan afidavit dan memuat naik ke dalam sistem e-Filing untuk dimeterai oleh Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan di Putrajaya 3.2.3 Setelah Notis Usul dimeterai, e-mel akan dihantar kepada pemohon atau peguam cara pemohon untuk memaklumkan bahawa Notis Usul yang termeterai boleh dimuat turun melalui sistem e-Filing. 3.2.4 Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan di Putrajaya akan memaklumkan nombor pendaftaran Notis Usul kepada semua pihak yang terlibat. PEMFAILAN DOKUMEN DARI SABAH DAN SARAWAK 4.1 Bagi kes yang berasal dari Sabah, apa-apa dokumen yang perlu difailkan hendaklah difailkan di Pejabat Sub-Registri Mahkamah Persekutuan yang ditempatkan di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, Sabah. 4.2. Bagi kes yang berasal dari Sarawak, apa-apa dokumen yang perlu difailkan hendaklah difailkan di Pejabat Sub-Registri Mahkamah Persekutuan yang ditempatkan di Mahkamah Tinggi di Kuching, Sarawak. PENGELASAN KOD. 5.1 Semua Notis Rayuan, Notis Usul dan Petisyen yang difailkan di Mahkamah Persekutuan hendaklah diklasifikasikan mengikut abjad Kod Negeri dan nombor Kod Perkara seperti dalam jadual yang berikut: Kod Negeri BIL. NEGERI KOD 1._| Perak A 2._| Selangor B 3. | Pahang c 4. | Kelantan D 5. | Johor J 6. | Kedah K 7. | Melaka M 8. | Negeri Sembilan N 9. | Pulau Pinang P 10. | Sarawak Q 11. | Perlis R 12. | Sabah (Termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) s 13. | Terengganu T 4a, | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah 7 | Persekutuan Putrajaya Kod Perkara BIL. PERKARA kop 1, | Kes yang difaikkan di bawah bidang kuasa asal| aia Mahkamah Persekutuan. 3 BIL. PERKARA KOD Rayuan Sivil oleh atau terhadap Kerajaan di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956, kes-kes berkaitan dengan Rujukan Tanah, Rayuan Cukai Pendapatan dan Rayuan yang melibatkan Badan- Badan Berkanun terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang melibatkan perbicaraan penuh. orf) Rayuan Sivil oleh atau terhadap Kerajaan di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956, kes-kes berkaitan dengan Rujukan Tanah, Rayuan Cukai Pendapatan dan Rayuan yang melibatkan Badan- Badan Berkanun terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang melibatkan | permohonan interlokutori._ 01(i) Rayuan Sivil Umum (tidak termasuk rayuan di bawah kod 01 dan 03) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang melibatkan perbicaraan penuh. 02(f) Rayuan Sivil Umum (tidak termasuk rayuan di bawah kod 01 dan 03) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang melibatkan permohonan interlokutori. 02(i) Rayuan Sivil daripada keputusan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, atau Penolong Kanan, Pendaftar Mahkamah Tinggi. 03 Rayuan Jenayah Terhadap Keputusan Yang Melibatkan Hukuman Mati 05(M) Rayuan Jenayah Terhadap Keputusan yang tidak melibatkan Hukuman Mati, 05(L) Rayuan Jenayah Oleh Pendakwaraya Terhadap| Perintah Pelepasan dan Pembebasan. 05(LB) Rayuan Jenayah Yang Melibatkan Kes Habeas Corpus. 05(HC)| Perujukan Jenayah. 06(RJ) Perujukan Sivil. 06(RS) Permohonan Jenayah. 07 BIL. PERKARA KOD Permohonan Sivil untuk Kebenaran Merayu 14, |terhadap keputusan yang berkaitan dengan| —08(f) Rayuan terhadap keputusan perbicaraan penuh Permohonan Sivil untuk Kebenaran Merayu 15. | terhadap keputusan yang berkaitan dengan} — 08(i) Rayuan terhadap keputusan interlokutori Permohonan Sivil selain daripada Permohonan 16. | Kebenaran Merayu. 08(L) 47, |Permohonan Semakan Terhadap Keputusan| gai) * | Permohonan Kebenaran Merayu. Permohonan Semakan Terhadap Kepulusan | 18. | Rayuan Sivil. 98(RS) 49, | Permohonan Semakan Terhadap Keputusan| — g5/e.) Rayuan Jenayah. 5.2 Pengelasan Kod sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Arahan Amalan No. 6 Tahun 1988 Mahkamah Agung bertarikh 16 Disember 1988 adalah masih terpakai bagi kes yang didaftarkan sebelum 1 Mac 2018. BAHAGIAN II PENYEDIAAN REKOD RAYUAN PENYEDIAAN DAN PEMFAILAN SALINAN BERCETAK REKOD RAYUAN 6.1 Rekod Rayuan bagi kes rayuan yang difailkan sebelum 12 Julai 2017 hendaklah difailkan secara manual. 6.2 _ Bagikes yang didaftarkan selepas 12 Julai 2017, Rekod Rayuan hendaklah difailkan secara e-Filing. 6.3 Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang terlibat masih lagi dikehendaki untuk menyediakan 6 salinan bercetak atau apa-apa jumlah lain sebagaimana yang diarahkan oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan semasa pengurusan kes. REKOD RAYUAN JENAYAH Mahkamah Rayuan dalam menyediakan Rekod Rayuan Jenayah hendaklah memastikan kandungan dan penomboran rekod adalah seperti yang berikut: 8. JILID KANDUNGAN 0) Indeks kepada Jilid 1; (i) Borang 9; HUD 4 (iii) Notis Rayuan ke Mahkamah Persekutuan; (iv) Perintah termeterai Mahkamah Rayuan; (v)__ Petisyen Rayuan ke Mahkamah Rayuan; dan (vi) Alasan Penghakiman Mahkamah Rayuan. @ __ Indeks kepada Jilid 2; (i) Borang 7; (iii) Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan; JILID 2 (iv) Perintah termeterai Mahkamah Tinggi; (v) Kertas Pertuduhan; dan (vi) Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi (@) __ Indeks kepada Jilid 3, dan (i) Nota Keterangan Mahkamah Tinggi dan ae Penyata Saksi, “()__ Indeks kepada Jilid 4; dan JID 4 (i) Ekshibit dalam bentuk dokumen atau fotograf (berwarna). @ Indeks kepada Jilid 5; | (i) Hujahan-Bertulis di hadapan Mahkamah Rayuan oleh Pihak Pendakwaan dan Pihak UD 5 Pembelaan (tanpa autoriti); dan | Gil) Hujahan Bertulis di hadapan Mahkamah Tinggi oleh Pihak Pendakwaan dan Pihak Pembelaan (tanpa autoriti). REKOD RAYUAN KES HABEAS CORPUS. BA 8.2 Mahkamah Tinggi hendaklah menyediakan Rekod Rayuan kes Habeas Corpus dan menghantar ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Notis Rayuan difailkan, Mahkamah Tinggi dalam menyediakan Rekod Rayuan bagi kes Habeas Corpus hendakiah memastikan kandungan dan penomboran rekod adalah seperti yang berikut: JILID KANDUNGAN (@ __ Indeks kepada Jilid 1; (ii) Butir-butir perbicaraan di Mahkamah Tinggi JILID 4 (Borang 7); (iii) Notis Rayan ke Mahkamah Persekutuan; (iv) Perintah termeterai Mahkamah Tinggi; 6 (v) _ Notis Usul permohonan Habeas Corpus; dan (vi) Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi. Indeks kepada Jilid 2; Nota Keterangan Mahkamah Tinggi; dan UD ee Afidavit-afidavit | @ Indeks kepada Jiid 3; dan (i) Hujahan Bertulis oleh Pihak Pendakwaan dan JILID 3 Pihak Pembelaan di Mahkamah Tinggi (tanpa autorit). REKOD RAYUAN SIVIL 9.4 Perayu hendaklah menyediakan 6 salinan Rekod Rayuan Sivil dan hendaklah dijlidkan mengikut susunan yang berikut JILID KANDUNGAN @___ Indeks kepada Jilid 7; (ii) Kronologi Peristiwa (bermula dari tarikh kes difailkan di mahkamah asal sehingga tarikh Rekod Rayuan difailkan); (ii) Notis Rayuan ke Mahkamah Persekutuan; JILID 4 (iv) Perintah termeterai Mahkamah Persekutuan (Kebenaran Merayu); Perintah termeterai Mahkamah Rayuan; ‘Alasan Penghakiman Mahkamah Rayuan; dan (vii) Memorandum Rayuan () __Indeks kepada Jilid 2; (i) Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan; JILID2 | (ji) Perintah termeterai Mahkamah Tinggi; dan (iv) Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi () _ Indeks kepada Jilid 3; | (i) Nota Keterangan Mahkamah Tinggi dan | Penyata Saksi; dan/atau JILID 3 (ii) Afidavit-afidavit yang difailkan dan dibaca di Mahkamah Tinggi (tanpa ekshibit dan disusun mengikut tarikh pemfailan). @ __ indeks kepada Jilid 4; dan JILID 4 (ii) Ekshibit dalam bentuk dokumen. () __Indeks kepada Jilid 5; JILID 5 (ii) Hujahan Bertulis di Mahkamah Rayuan oleh a perayu dan responden (tanpa autoriti); dan | 10. 1. JILID KANDUNGAN (i) Hujahan Bertulis di Mahkamah Tinggi oleh plaintif dan defendan (tanpa autoriti. 9.2 Sekiranya perintah termeterai Mahkamah Rayuan dan/atau_perintah termeterai untuk Kebenaran Merayu belum diperoleh semasa Rekod Rayuan difailkan, perintah termeterai tersebut boleh difaikan sebagai Rekod Rayuan Tambahan tanpa apa-apa permohonan sebaik sahaja ia diterima PENJILIDAN REKOD RAYUAN 10.1. Perkataan “JILID” hendaklah ditandakan pada sudut bahagian kanan atas pada muka surat hadapan setiap jilid Rekod Rayuan. 10.2. Setiap salinan dokumen yang dimasukkan dalam Rekod Rayuan hendaklah jelas, boleh dibaca, dinomborkan dan dijilidkan dengan kemas menggunakan comb binding. 10.3 Setiap jilid tidak boleh melebihi 200 muka surat. 10.4. Jika mana-mana jilid melebihi 200 muka surat, setiap jjlid hendaklah ditandakan seperti contoh yang berikut: *Jilid 1(1), 1(2),... dan seterusnya” dan hendaklah dinomborkan berturutan dari muka surat pertama di Jilid 1(1) hingga muka surat terakhirjilid terakhir. 10.8 Jika Rekod Rayuan mengandungi kurang daripada 200 muka surat, kesemua muka surat boleh digabungkan menjadi satu jllid sahaja yang mengandungi kesemua bahagian. KOD WARNA Wama muka hadapan bagi Rekod Rayuan hendaklah seperti yang berikut: JENIS REKOD WARNA Rekod Rayuan Jenayah Merah Jambu Rekod Rayuan Sivil Merah BAHAGIAN Ill PENGURUSAN KES 12. 14, PENETAPAN TARIKH PENGURUSAN KES 12.1 Semua kes yang didaftarkan di Mahkamah Persekutuan, kecuali kes fayuan jenayah, akan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum tarikh pendengaran ditetapkan. 42.2 Bagi kes rayuan jenayah, pengurusan kes hanya ditetapkan sekiranya Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan berpendapat pengurusan kes perlu. 12.3. Bagi permohonan sivil, tarikh pengurusan kes akan ditetapkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pemfailan 12.4 Bagi rayuan sivil, tarikh pengurusan kes akan ditetapkan dalam tempoh 4 minggu dar tarikh pemfailan. KEHADIRAN PEGUAM 13.4 Peguam yang mengendalikan kes hendaklah hadir sendiri pada tarikh pengurusan kes. 13.2 Jika peguam tersebut tidak dapat hadir, beliau hendaklah memastikan mana-mana peguam lain yang hadir bagi pihak beliau semasa pengurusan kes- () dapat memberikan apa-apa maklumat yang diminta dengan tepat mengenai kes itu; dan (i) dapat memaklumkan tarikh-tarikh lapang beliau bagi tujuan penetapan tarikh pendengaran PENGURUSAN KES SECARA PERSIDANGAN AUDIO (AUDIO CONFERENCING) 14.1. Bagi rayuan sivil dan permohonan sivil, pihak-pihak boleh memilih untuk menjalankan pengurusan kes secara persidangan audio (audio conferencing). 14.2, Pengurusan kes secara persidangan audio hanya boleh dijalankan dengan persetujuan semua pihak yang terlibat di dalam kes itu 14.3 Sekiranya pihak-pihak memilih untuk menjalankan pengurusan kes secara persidangan audio, pihak-pihak perlu memastikan Borang di Lampiran A yang telah siap diisi dihantar ke Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pengurusan kes yang ditetapkan. Pengurusan kes secara persidangan audio akan dijalankan oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan. 15. 16. 14.4 14.5 14.6 ‘Waktu yang ditetapkan untuk persidangan audio akan dimaklumkan kepada peguam-peguam melalui sistern pesanan ringkas ke nombor telefon yang dibekalkan di dalam Lampiran A atau melalui e-mel. Pihak-pihak yang mengendalikan kes yang ditetapkan untuk pengurusan kes secara persidangan audio hendaklah memastikan bahawa talian telefon yang akan digunakan untuk menjalankan persidangan audio dapat dihubungi pada waktu dan tarikh yang ditetapkan. Pihak-pihak hendaklah memastikan segala maklumat yang diperlukan ada bersama beliau pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan PENETAPAN TARIKH PENDENGARAN RAYUAN HABEAS CORPUS 15.1 15.2 Penetapan tarikh pendengaran akan dibuat dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan Notis Rayuan walaupun Rekod Rayuan belum diterima Tarikh pendengaran akan ditetapkan tidak melebihi 3 bulan dari tarikh Notis Rayuan difailkan. BAHAGIAN IV DOKUMEN UNTUK PENDENGARAN RAYUAN IKATAN TERAS BERSAMA 16.1 16.2 16.3 16.4 16.5 katan teras bersama bermaksud ikatan dokumen yang mengandungi Alasan Penghakiman dan dokumen lain yang akan dirujuk oleh peguam atau pihak-pihak semasa pendengaran kes. Ikatan teras bersama bertujuan untuk memudahkan penjalanan prosiding di Mahkamah Persekutuan apabila Rekod Rayuan melebihi 5 jd. Walau bagaimanapun, peguam atau pihak-pihak tidak dihalang daripada merujuk kepada Rekod Rayuan atau afidavit, sekiranya dokumen yang hendak dirujuk semasa penghujahan tidak dimasukkan di dalam ikatan teras bersama. Ikatan teras bersama hendaklah dibahagikan kepada 2 bahagian~ () _ Ikatan Penghakiman; dan (i) Ikatan Dokumen. Setiap dokumen yang dimasukkan di dalam ikatan teras bersama hendaklah dinomborkan semula secara berturutan pada sudut kanan bawah setiap muka surat Ikatan teras bersama hendaklah difailkan tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh pendengaran. 10 17. 18. 16.6 16.7 Ikatan teras bersama hendaklah difailkan dalam bentuk bercetak sebanyak 4 atau 6 salinan atau apa-apa jumlah lain sebagaimana yang diarahkan semasa pengurusan kes mengikut kesesuaian bilangan anggota panel. Muka hadapan ikatan teras bersama hendaklah berwama kuning HUJAHAN BERTULIS DAN IKATAN AUTORITI 17.1 17.2 17.3 17.4 17.5 17.6 DOKUMEN YANG DIRUJUK SEMASA PENDENGARAN Hujahan bertulis dan ikatan autoriti hendaklah difailkan tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh pendengaran. Ikatan autoriti hendaklah dijilidkan berasingan daripada hujahan bertulis. Hujahan bertulis hendaklah difailkan secara- () — eFiling; dan (i) bercetak sebanyak 4 atau 6 salinan atau apa-apa jumiah lain sebagaimana diarahkan mengikut kesesuaian bilangan anggota panel. Sekiranya hujahan bertulis mengandungi lebih daripada 30 muka surat, ‘satu ringkasan eksekutif hendaklah disertakan. Hujahan bertulis hendaklah menggunakan tulisan jenis Arial bersaiz 14 dengan jarak 1.5 di antara barisan. Muka hadapan hujahan bertulis dan ikatan autoriti hendaklah mengikut wama seperti yang berikut: PIHAK-PIHAK KOD WARNA Perayu/Pemohon Biru Responden Hijau Pencelah/Pencelah Yang : Dicadangkan Jingga Amicus Curiae /Pihak Ketiga Putih ‘Semasa pendengaran rayuan, pihak-pihak hendaklah merujuk kepada dokumen seperti yang berikut: DOKUMEN PERIHALAN Rekod Rayuan RIR a 19. 20. 24. 22. 23. Ikatan Autoriti Perayu/Pemohon TN) Ikatan Autoriti Responden IA(R) Ikatan Autoriti Pencelah 1A(C) Ikatan Autoriti pihak-pihak lain (contoh: Pihal Ketiga dan Amicus Curiae) 1A(L) EEE HEE Eerie Here reece eee] } BAHAGIAN V PEMFAILAN DRAF PERINTAH DAN PERINTAH BERSIH PEMFAILAN DRAF PERINTAH Peguam hendaklah memfailkan 1 salinan draf perintah berserta dengan surat iringan dalam masa 30 hari dari tarikh perintah diberikan, FORMAT DRAF PERINTAH 20.1 Draf perintah hendaklah mengikut format draf perintah yang ditetapkan dalam Lampiran yang berikut: Lampiran B (i) Permohonan sivil (Kebenaran Merayu) Lampiran B (ii): Pemohonan sivil (selain Kebenaran Merayu) Lampiran B (iii) : Notis Usul dalam Rayuan Sivil Lampiran B (iv): Rayuan Sivil 20.2 Mana-mana draf perintah yang tidak mematuhi format seperti yang dinyatakan dalam perenggan 20.1, draf perintah akan dikembalikan tanpa pembetulan dan tanpa diluluskan. NAMA HAKIM DAN NAMA PEGUAM PADA DRAF PERINTAH Pihak yang memfailkan draf perintah hendaklah memastikan nama Hakim yang bersidang dan nama peguam yang hadir serta rujukan kepada afidavit yang berkenaan adalah betul dan teratur. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan tidak akan membuat pembetulan bagi pihak peguam PEMFAILAN SEMULA DRAF PERINTAH YANG TIDAK DILULUSKAN Draf perintah yang tidak diluluskan hendaklah dibetulkan dan difailkan semula dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaannya TEMPOH MASA KELULUSAN DRAF PERINTAH Draf perintah yang mengikut format akan diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaannya. 2 24, 25. 26. 27. 28. PEMFAILAN PERINTAH BERSIH 241° Perintah bersin hendaklah difailkan dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan draf perintah yang diluluskan 24.2. Perintah bersih akan dimeterai dan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan dalam masa 7 hari setelah bayaran fi yang sewajamya diterima PERINTAH PEMBAYARAN KOS 25.1. Sekiranya perintah yang diberikan mengandungi perintah berkenaan dengan pembayaran kos, kos tersebut adalah tertakluk kepada pembayaran fi alokatur sebagaimana Arahan Amaian Ketua Hakim Negara Bil. 1 Tahun 2016. 25.2. Perintah bersih akan hanya dimeterai setelah fi perfailan dan fi alokatur dibayar sepenuhnya. SALINAN DIAKUI SAH Salinan yang diakui sah akan hanya dikeluarkan apabila salinan asal perintah termeterai dikemukakan dan setelah bayaran fi dijelaskan. KEGAGALAN MEMATUHI TEMPOH MASA Kegagalan pihak-pihak dalam mematuhi tempoh masa yang ditetapkan di atas akan menyebabkan kelewatan memproses draf perintah. BAHAGIAN Vi PERUNTUKAN PELBAGAI PERAKUAN SEGERA 28.1 Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah 61 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, mana-mana pihak yang memfailkan Notis Rayuan boleh, dalam keadaan yang mendesak, membuat permohonan secara bertulis kepada YAA Ketua Hakim Negara untuk pertimbangan supaya rayuan tersebut didengar dengan kadar segera 28.2 Permohonan secara bertulis hendaklah menyatakan dengan jelas~ () — Nombor rayuan dan nama pihak-pihak; (i) Fakta tingkas rayuan; (ji) Alasan-alasan yang disandarkan bagi menunjukkan bahawa rayuan tersebut perlu disegerakan; dan 1B 29. 30. (jv) Sama ada pihak yang satu lagi mempunyai apa-apa bantahan; dan jika ada, nyatakan bantahan tersebut dengan terperinci PENGGUNAAN E-MEL SEBAGAI MEDIUM PERHUBUNGAN BAG! URUSAN RASMI 29.1 Mulai dati tarikh permulaan kuat kuasa Arahan ini, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan menggunakan e-mel sebagai medium perhubungan bagi urusan rasmi surat menyurat daripada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan termasuk Notis Makluman Nombor Kes, Notis Pengurusan Kes, Notis Bicara dan lain-lain dengan pihak-pihak. 29.2 Semua makluman yang telah dihantar melalui e-mel tidak akan lagi disusuli menerusi faksimili atau pos melainkan kepada litigan dan perayu/ responden yang bertindak sendiri 29.3 Bagi tujuan tersebut, pihak-pihak hendaklah membekalkan alamat e-mel yang lengkap dan’ terkini kepada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan. 29.4 Pihak-pihak diminta untuk menyelenggara akaun e-mel rasmi masing- masing dan sentiasa menyemak e-mel untuk memastikan setiap arahan dan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan sentiasa diterima, diambil maklum dan dipatuhi 29.5 Pihak-pihak boleh memilih untuk menghantar surat ke Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan secara e-mel, pos atau serahan tangan. 29.6 Surat yang dihantar secara faksmil tidak akan dilayan sebaik sahaja tarikh berkuatkuasanya Arahan ini 29.7 Pihak-pihak boleh menyemak alamat e-mel rasmi Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan yang dikemaskinikan dari serasa ke semasa di laman sesawang Badan Kehakiman Malaysia di capaian www. kehakiman.gov.my. BAHAGIAN VII PEMBATALAN DAN TARIKH KUAT KUASA PEMBATALAN ARAHAN AMALAN MAHKAMAH AGUNG DAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN Kecuali sebagaimana yang dinyatakan pada perenggan 6.2, dengan berkuatkuasanya Arahan ini, Arahan Amalan dan Nota Amalan Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan yang berikut adalah dibatalkan: (i) Arahan Amalan No. 6/1988; (i) Nota Amalan Bil. 5/1990; 14 (iii) (iv) ™) (vi) (vii) iil (ix) ) (xi) «xi (xii) Nota Amalan Bil. 2/1991; Nota Amalan Bil 3/1991; Arahan Amalan Bil. 1/1992; Arahan Amatan Bil 3/1992; Arahan Amalan No.1/1994; Arahan Amalan Bil. 1/2006; Arahan Amalan Bil. 2/2006; Arahan Amalan Bil. 5/2008; Arahan Amalan Bil. 6/2008; Arahan Amalan Bil 1/2014; dan Arahan Amalan Bil. 2/2016. 31. Tarikh permulaan kuat kuasa rahan ini mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2018. {TUN RAUS SHARIF) Ketua Hakim Negara Senarai Edaran: Peguam Negara Malaysia Peguam Besar Negeri, Sarawak, Kuching Peguam Besar Negeri, Sabah, Kota Kinabalu Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi) Timbalan Ketua Pendaftar (Operasi) Semua Penasihat Undang-Undang Negeri Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Pengarah Pejabat Ketua Hakim Negara Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak Presiden, Majlis Peguam Malaysia Presiden, Advocates Association of Sarawak, Kuching, Sarawak Presiden, Sabah Law Association, Kota Kinabalu, Sabah Setiausaha, Majlis Peguam Malaysia Setiausaha, Advocates Association of Sarawak, Kuching, Sarawak Setiausaha, Sabah Law Association, Kota Kinabalu, Sabah Semua Setiausaha, Jawatankuasa-Jawatankuasa Peguam Malaysia Pustakawan, Mahkamah Persekutuan Malaysia Pustakawan, Jabatan Peguam Negara Current Law Journal Sweet & Maxwell 16 Ss jan Kepada: Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Besar Malaya Hakim Besar Sabah dan Sarawak Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi/Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak 7 LAMPIRAN A. BORANG PERSETUJUAN MENGGUNAKAN PERSIDANGAN AUDIO (Bahagian Ill, Perenggan 14.3) Pihak kami bersetuju menggunakan perkhidmatan persidangan audio. 2. Berikut ialah maklumat yang diperlukan: No. Kes XN Nama Firma Guaman 2 Nama peguam yang akan mengendalikan kes x Nombor telefon —_ bimbit Peguam yang mengendalikan kes a Peguam cara bagi pihak pemohon / responden 2 Nombor telefon pejabat ~ Alamat e-mel peguam yang mengendalikan kes Disahkan benar, (Tandatangan & Nama Peguam) 18 LAMPIRAN B (i) PERINTAH BAGI PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN MERAYU (Bahagian V, Perenggan 20.1) DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA i (BIDANG KUASA RAYUAN) PERMOHONAN SIVIL NO. ANTARA ...PEMOHON (No. KIPTSyarikat:_———_—*) DAN 1. (No. KIP 7 Syarikat : ) (No. KIP 7 Syarikat: ) --RESPONDEN (Dalam Perkara Rayuan Sivil No. ) Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia ANTARA .PERAYU DAN 1. (No. KIP / Syarikat: ) 2 (No. KIP 7 Syarikat: ) ...RESPONDEN yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada (Dalam Perkara Perbicaraan Sivil dalam Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak di ) Writ Saman No.: Antara (No. K/P / Syarikat: Plaintif Dan 1. (No. K/P / Syarikat: oy) 2. (No. KP 7 Syarikat: ) ...Defendan Dan ... Pencelah/Pihak Ketiga [Yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada ] 6 S iS DALAM MAHKAMAH TERBUKA PADA HARIBULAN 201 PERINTAH, ATAS USUL yang ditetapkan untuk pendengaran pada hari ini dalam kehadiran Encik bersama Cik dan Cik peguam cara bagi pihak Perayu dan Encik peguam cara bagi pihak Responden [dan Encik peguam cara bagi pihak Pencelah / pihak ketiga] DAN SETELAH MEMBACA Notis Usul yang difailkan pada dan Afidavit Sokongan oleh yang diikrarkan pada yang kesemuanya difailkan di sini DAN SETELAH MENDENGAR hujah peguam-peguam yang tersebut MAKA ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa- 1. Permohonan Pemohon untuk Kebenaran Merayu ke Mahkamah Persekutuan adalah dibenarkan atas soalan: 20 EES eee (i) ; dan (GN) Eee eee Pee HP 2. Notis Rayuan hendaklah difailkan dan diserahkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Perintah ini; 3. Rekod Rayuan hendaklah difailkan dan diserahkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh perintah ini; 4. Kos dalam kausa; dan 5. Deposit dikembalikan kepada Pemohon. TIMBALAN PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PUTRAJAYA Perintah ini telah difailkan oleh Tetuan , Peguam cara bagi pihak Responden yang beralamat di . No, Tel: No, Faks (No. Ruj : ) 2 LAMPIRAN B(ii) PERINTAH UNTUK NOTIS USUL SELAIN KEBENARAN MERAYU (Bahagian V, Perenggan 20.1) DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DI. (BIDANG KUASA RAYUAN) PERMOHONAN SIVIL NO. ANTARA ...PEMOHON (No. K/P / Syarikat: ) DAN (No. KP /Syarikat: ) (No. K/P/ Syarikat:_____ ..RESPONDEN (Dalam Perkara Rayuan Sivil No. ) Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia ANTARA ..PERAYU. (No. KIP 7 Syarikat ) DAN (No. KIP 7 Syarikat: ) (No. KIP 7 Syarikat: ) ..-RESPONDEN yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada (Dalam Perkara Perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak di Writ Saman No.: Antara (No. K/P / Syarikat: ) .Plaintif 22 Dan (No. KP Syarikat ) i (No. KP 7 Syarkat____ ) ...Defendan Dan ...Pencelah/Pihak Ketiga [Yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada ] KORAM: DALAM MAHKAMAH TERBUKA PADA __HARIBULAN PERINTAH ATAS USUL yang ditetapkan untuk pendengaran pada hari ini dalam kehadiran Encik bersama Cik dan Cik peguam cara bagi pihak Perayu dan Encik peguam cara bagi pihak Respoden [dan Encik peguam cara bagi pihak Pencelah / pihak ketiga] DAN SETELAH MEMBACA Notis Usul yang difailkan pada dan Afidavit Sokongan oleh yang diikrarkan pada yang kesemuanya difailkan di sini DAN. SETELAH MENDENGAR hujah peguam-peguam yang tersebut MAKA ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa permohonan Pemohon untuk adalah dengan kos sebanyak tertakluk kepada fi alokatur. TIMBALAN PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PUTRAJAYA Perintah ini telah difailkan oleh Tetuan , Peguam cara bagi pihak Responden yang beralamat di No. Tel No. Faks (No. Ruj eee, 23 LAMPIRAN B(iii) PERINTAH UNTUK NOTIS USUL DALAM RAYUAN (Bahagian V, Perenggan 20.1) DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DI (BIDANG KUASA RAYUAN) PERMOHONAN SIVIL NO. ANTARA ...PEMOHON (No. K/P / Syarikat DAN (No. K/P / Syarikat: ) 2. (No. K/P / Syarikat: ) --RESPONDEN (Dalam Perkara Rayuan Sivil No. ) Dalam Mahkamah Rayuan lays ANTARA .-PERAYU (No. KiP 7 Syarikal ) DAN 1. (No. KIP 7 Syarikat: ) 2. (No. KIP 7 Syarikat: ) .- RESPONDEN yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada (Dalam Perkara Perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak di (No. K/P | Syarikat: ) Plaintif 24 (No. KIP /Syarikat: 2. (No. K/P / Syarikat: ) ...Defendan Dan ..Pencelah/Pihak Ketiga [Yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada ] DALAM MAHKAMAH TERBUKA PADA __HARIBULAN PERINTAH ATAS USUL yang ditetapkan untuk pendengaran pada hari ini dalam kehadiran Encik bersama Cik dan Cik peguam cara bagi pihak Perayu dan Encik peguam cara bagi pihak Respoden [dan Encik peguam cara bagi pihak Pencelah / pinak ketiga] DAN SETELAH MEMBACA Notis Usul yang difailkan pada dan Afidavit Sokongan oleh yang diikrarkan pada yang Kesemuanya difailkan di sini DAN SETELAH MENDENGAR hujah peguam-peguam yang tersebut MAKA ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa permohonan Responden untuk perintah adalah dibenarkan dengan kos sebanyak tertakiuk kepada fi alokatur. i MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PUTRAJAYA Perintah ini telah difailkan oleh Tetuan , Peguam cara bagi pihak Responden yang beralamat di No. Tel No, Faks : (No. Ruj : EE 25 LAMPIRAN B(iv) PERINTAH UNTUK RAYUAN SIVIL {Bahagian V, Perenggan 20.1) DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DI (BIDANG KUASA RAYUAN) PERMOHONAN SIVIL NO. ANTARA .-.PEMOHON (No. KIP / Syarikat: ) DAN (No. K/P / Syarikat: (No. K/P / Syarikat: +.RESPONDEN (Dalam Perkara Rayuan Sivil Ne ) Dalam Mahkamah Rayuan Malay: ANTARA -PERAYU (No. K/P 7 Syarikat: ) DAN 1. (No. KIP/Syarik ) (No. KIP 7 Syarikat ) .- RESPONDEN yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada (Dalam Perkara Perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak di (No. K/P 7 Syarikat ) ...Plaintif 26 (No. KIP 7 Syarikat: ) (No. K/P 7 Syarikat: ) ...Defendan ..Pencelah/ Pihak Ketiga [Yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada KORAM: DALAM MAHKAMAH TERBUKA PADA __HARIBULAN PERINTAH RAYUAN INI setelah dipanggil untuk pendengaran pada hari ini dalam kehadiran Encik bersama Cik dan Cik peguam cara bagi pihak Perayu dan Encik peguam cara bagi pihak Respoden [dan Encik bagi pihak Pencelah / Pihak ketiga] DAN SETELAH MEMBACA Rekod Rayuan yang difailkan di sini DAN SETELAH MENDENGAR hujah peguam-peguam yang tersebut MAKA ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Rayuan Perayu __ dengan kos f sebanyak tertakluk kepada fi alokatur DAN ADALAH JUGA DIPERINTAHKAN bahawa deposit dikembalikan kepada Perayu. TIMBALAN PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PUTRAJAYA Perintah ini telah difailkan oleh Tetuan , Peguam cara bagi pihak Responden yang beralamat di No. Tel = No. Faks : (No. Ruj : Ea

You might also like