You are on page 1of 4

TOOL KIT 3.5.

Aktiviti 3

Setiap peserta dikehendaki memikirkan satu bentuk yang boleh mencerminkan diri
mereka. Seterusnya gunting bentuk itu sebanyak lima set.

Secara berpasangan, terangkan siapakah diri anda dengan menggunakan bentuk


tersebut. Kenali rakan anda dengan menggunakan pendekatan yang sama.

Strategi Alternatif
▪ Pembelajaran koperatif
▪ Konstruktivisme
▪ KBKK

Rajah 1 : Bentuk bentuk yang boleh digunakan

Arahan kerja 1

Secara berkumpulan, bentuk satu objek dengan menggabungkan semua bentuk-bentuk


tersebut di atas kertas yang disediakan.

Strategi
▪ Kolaborasi
▪ Konstruktivisme
▪ KBKK
▪ Kreativiti
Atau:

Arahan kerja

Setiap peserta bergerak dalam kumpulan bentuk yang sama. Secara berkumpulan, bentuk
satu objek dengan menggabungkan bentuk tersebut di atas kertas yang disediakan.

Strategi
▪ Kolaborasi
▪ Konstruktivisme
▪ KBKK
▪ Kreativiti

Contoh hasil:

(Rujuk tema yang diberikan oleh fasil dalam arahan kerja)

Apa yang boleh difikirkan?

❑ Kongsikan kefahaman anda bersama rakan tentang Pengajaran Pembezaan.


❑ Nyatakan kefahaman anda itu dalam satu ayat mudah.
❑ Kongsikan contoh-contoh pembezaan yang wujud dalam persekitaran sekolah anda.
Nyatakan falsafah di sebalik aktiviti ini.

Aktiviti dijalankan bagi mengenalpasti gaya pembelajaran murid yang berbeza-beza agar guru
dapat merancang PdPc yang bersesuaian dengan setiap murid. Melalui aktiviti yang
dijalankan murid dapat menghasilkan gambaran melalui bentuk-bentuk yang disediakan
mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan menghasilkan gambaran yang berbeza disebabkan oleh gaya
pembelajaran mereka yang berlainan. Gambaran yang dihasilkan mempunyai makna yang
tersendiri mengikut idea dan pandangan masing-masing. Selain itu, aktiviti yang dijalankan
secara berkumpulan dapat meningkatkan komunikasi dan kolaboratif antara murid.
Menurut gambaran yang dihasilkan murid ini mempunyai pemikiran yang kritis kerana
satu bentuk kapal dihasilkan. Bentuk kapal yang dihasilkan merujuk kepada impian murid
tersebut untuk menjadi kapten kapal yang mampu mengemudi anak-anak kapal. Matahari
yang dibentuk menggunakan bentuk bulat digunakan sebagai penunjuk arah bagi
menggantikan menggunakan kompas. Kesimpulannya, gambaran tersebut melambangkan
murid mempunyai daya tahan yang tinggi dalam kehidupan.

You might also like