You are on page 1of 18
‘anboas Ppean SUJIL PELAJARAN MALAYSIA ES eT [LLY MULAN TAHUN 2021 PENDIDIKAN MORAL (Kop: 1225) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) bt (©2020 Hak Cipta Keralaan Malaysia. Diterbitkan oleh: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1,2,5— 13, Blok El, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 WP Putrajaya Tel: 03-8884 3785 Faks: 03-88895131 www lp.moe.gov.my © Lembaga Peperiksaan 2020 Cetakan Pertama 2020 Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku Sijil Pelajaran Malay Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021 ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada: Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN 978-967-0889-12-2 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL KATA PENGANTAR Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksazn dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020, Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa ‘utama jaitu pengkonsepsian, penenfuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemumian sera penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memasikan agar —kualiti pentaksiran dan peperiksaan —kebangsaan mempunyai sunt standard atau piawai, Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata _pelajaran, termasuklah ‘mata pelajaran Pendidikan Moral yang merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM. Dalam —perekaan bentuk format —pentaksiran, aspek —penjajaran dengan —_kurikulum kebangsaan sangat diberikan Keutamaan. Oleh scbab itu, format pentaksiran direka — benfuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. = (DSKP).—Prinsip-prinsip asus peniaksiran terutama —aspek —_—kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat dititikberatkan, Pentaksiran turut_memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif ‘mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, jaita bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping memastikan —Keseluruhan ——pentaksiran mempunyai—kerelevanan dan ecukupeakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran, Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajarantersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021. Buku format —pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat«— untuk —-mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terulama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP ‘agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha mumi ini sangat penting untuk memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan instiwusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini, Semoga ppelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan, DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL 1.0 Pengenalan 4 20 ‘Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 4 3.0 Punca Kuasa 6 40 Matlamat Mata Pelajaran 7 5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 7 60 Objektif Pentaksiran (OP) 8 70 Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir 8 8.0 Aras Kesukaran Item 9 9.0 Format Pentaksiran 9 10.0 Contoh Item u 11.0 Lampiran 1 12 (© 2020 Hak Cipla Kerjoan Malaysia 3 10 2.0 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran. ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah: 2.1 KESAHAN Kesahan merujuk citi ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan Kecukupcakupan. Perekaan bentuk —instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi, Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard, 2.2 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan merujuk citi skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan, Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun, Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran, (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL 23 KEOBJEKTIFAN Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian tertentu, Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran yang dibina, Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada skor yang akan diperoleh. Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin kebolehpereayaan skor. 2.4 KEBOLEHTADBIRAN Kebolebtadbiran merujuk kebolehlaksanzan sesuatu program pentaksiran dari segi kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan sekolah. 2.5 | KEMUDAHTAFSIRAN Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir. Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai kepelbagaian keupayaan, Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan, (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL 2.6 | KEKOMPREHENSIFAN Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu ‘ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam kurikulum, Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan Jandasan penting dalam menjalankan pentaksiran, Justeru, mereka yang terlibat dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajamya akur prinsip-prinsip pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat dicapai dengan jayanya. 3.0 PUNCAKUASA Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelgjaran Pendidikan Moral SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui_ dalam ~— Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020. (©2020 Hak Cia Kerajaan Malaysia. 6 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL 4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN KSSM Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global. 5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Moral bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut: OMI: OMe: M3: ms: OMS: OMe: Mengetahui dan memahami konsep moral serta isu-isu moral dalam kehidupan harian; Mengembangkan penaakulan moral dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah moral berasaskan kepada prinsip moral; Menyuburkan emosi moral ke arah tingkah laku berempati dan adil; Mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab dan berintegriti; Memperkukuh elemen perpaduan dalam diri untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni; dan ‘Menghayati dan mengamalkan nilai universal untuk berakhlak mulia. Sumber: DSKP KSSM Pendidikan Moral 2018 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (©2020 Hak ipa Keajgan Malaysia 7 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL 6.0 | OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) Objektif Pentaksiran (OP) Pendidikan Moral adalah seperti berikut: oP: op2: OP3: op4: OPS: OP6: Pengetahuan dan kefahaman tentang konsep moral; Menggunakan pemikiran yang matang terhadap isu-isu moral; Berkomunikasi berasaskan prinsip moral; Membuat keputusan berasaskan prinsip moral; Menyelesaikan masalah berasaskan prinsip moral; dan Memperkukuh elemen perpaduan untuk keharmonian masyarakat, 7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR TA 12 73 14 15 ‘Mengingat dan memahami Kebolehan mmurid —mengingat_semula atau mengenal_pasti dan menerangkan konsep moral serta isu-isu moral dalam kehidupan harian. Mengaplika: Kebolehan murid menggunakan pengetahuan, maklumat, prinsip dan generalisasi berasaskan prinsip moral untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Menganalisis Kebolehan murid mengenal pasti perkara pokok yang terdapat dalam emosi moral ke arah tingkah laku berempati dan adil serta membuat keputusan berasaskan prinsip moral. Menilai Kebolehan murid membuat pertimbangan dengan mengamalkan_pelbagai nilai- universal untuk berakhlak mulia. Mencipta Kebolehan murid menghasilkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah berasaskan prinsip moral bagi memperkukuh elemen perpaduan untuk keharmonian hidup masyarakat. (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia. 8 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL 8,0 ARAS KESUKARAN ITEM ‘tem yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kkesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).. 81 ArasR Item yang mempunysi aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih 60% calon (sebahagian besar calon). 82 ArasS Tem yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40% - 60% calon. 83° ArasT Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang 40% calon (sebahagian kecil calon). 9.0 | FORMAT PENTAKSIRAN Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral menggunakan satu instrumen sahaja iaitu 1225 ~ Pendidikan Moral Kertas | (Subjektif) Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 10. (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL (1225) Bil. Perkara 1225 1 | Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 | Jenis Item © Subjektif respons terhad * Subjektif respons terbuka 3. | Bilangan Soalan Bahagian A Bahagian C 50 markah 40 markah 5 Soalan 2 Soalan (Jawab semua soalan) (Jawab semua soalan) Bahagian B 10 markah 2 Soalan (awab satu soalan sahaja) 4 | Jumlah Markah 100 markah 5 | Konstruk © Mengingat © Menganalisis © Memahami © Menilai © Mengaplikasi Mencipta 6 | Tempoh Ujian 2 jam 30 minit 7 | Cakupan Konteks Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan 5) x en Rendah : Seleana 7 Tinggi © Analitik 9 | Kaedah Penskoran 5 polistik 10 | Alatan Tambaban Tiada (©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL 10.0 CONTOH ITEM 10.1 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberiken idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruban kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi _ujian. Rujuk Lampiran 1. 10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang piawai, Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza. (©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia uu FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL LAMPIRAN 1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021 PENDIDIKAN MORAL (1225) CONTOH ITEM (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL Bahagian A 1 Maklumat berikut berkaitan dengan kisah yang berlaku kepada Seng Boon. Seng Boon sudah lama ingin memiliki telefon bimbit tetapi dia tidak mampu membelinya, Suatu hari dia telah menjumpai dompet yang mengandungi sejumlah wang yang mencukupi untuk membeli telefon bimbit. Ketika di kedai telefon bimbit, Seng Boon tiba-tiba berubah fikiran dan menyerahkan dompet tersebut ke balai polis. a) Pada pendapat anda, mengapakah Seng Boon berubah fikiran ? Berikan justifikasi anda. [3 markah] b) Perbuatan Seng Boon menunjukkan dia ialah individu yang mempunyai_nilai kerohanian dalam membuat keputusan, Jelaskan ciri nilai kerohanian yang terdapat di dalam diri_ Seng Boon. @ ) ii) [3 markah ] (©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL ©) Sekiranya Seng Boon meneruskan perbuatannya membeli telefon bimbit menggunakan wang tersebut, terangkan implikasi terhadap Seng Boon. @ Gi) [4 markah] (© 2020 Hak Cipta Kerajean Malaysia 14 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL Bahagian B 2 Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu tema sambutan Hari Kebangsaan. ‘Negara Kita Tanggungjawab Kita Huraikan peranan anda untuk merealisasikan tema di atas berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10 markah] (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15 FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL Bahagian C 3. Situasi berikut berkaitan dengan kes perselisihan faham. Seorang pemuda telah menumbuk dan menendang scorang pengawal keselamatan yang telah menegumya kerana meletakkan kenderaan di petak parkir orang kurang upaya, Akibat serangan tersebut pengawal keselamatan mengalami kecederaan yang serius dan trauma, Walaupun pemuda tersebut memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana hilang pertimbangan, pengawal keselamatan itu. mahu ‘meneruskan niatnya menyaman pemuda tersebut, (a) Berdasarkan situasi di atas, patutkah pengawal keselamatan itu meneruskan tindakan untuk menyaman pemuda tersebut berdasarkan nilai universal yang dipelajari? [10 markah] (b) Bincangkan norma masyarakat Malaysia yang patut diamalkan dalam situasi ini. [10 markah] Tamat (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16 ISBN 978-967-0880-12-2 ‘Lembaga Peperksean Kementerian Pendidikan Malaysia (© 2020 Hk Cipta Kerajaan Malaysia A

You might also like