You are on page 1of 6

HARI: AHAD TARIKH:23.1.

2022

(a). Tulis satu ayat bagi setiap perkataan berimbuhan di bawah ini untuk
menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan .

(i) keluaran

_________________________________________________________
(ii) mengeluarkan

_________________________________________________________

(iii) pengeluaran

_________________________________________________________

(iv) berguna

_________________________________________________________

_________________________________________________________

(v) menggunakan

_________________________________________________________

(vi) penggunaan

_________________________________________________________
HARI : ISNIN TARIKH:24.01.2022

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah


maksud asalnya.

1. Sekolah Kebangsaan Seri Angsana telah mengutip RM 20 000


melalui program Hari Keusahawanan.

___________________________________________________

2. Pasukan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan semua mangsa


yang terperangkap dalam keretapi itu.

_________________________________________________________

3. Ibu sudah melipat kain itu petang semalam walaupun keletihan


selepas balik dari Kuala Terengganu.

_________________________________________________________

4. Kami telah menunaikan permintaan jurulatih untuk menang dalam


pertandingan bola tampar itu.

_________________________________________________________

5. Tuan Pengetua telah menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada


beberapa orang guru pagi semalam.

_________________________________________________________

6. Transformasi pendidikan berjaya melahirkan murid-murid yang


berfikiran kreatif dan inovatif.

_________________________________________________________
HARI : SELASA TARIKH:25.01.2022

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.
(i). Generasi muda yang mempunyai ide bernas untuk pembangunan
negara perlu membimbing kerana mereka akan menjadi tonggak
kemajuan negara pada masa depan.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

(ii). Syarikat otomotif yang mula beroperasi pada tahun 2012 telah
berjaya mencapai sasar jualan kereta sebanyak 2000 unit pada
tahun ini.

_________________________________________________________

_________________________________________________________
(iii). Individu yang hendak mengambil makanan penambahan
berasaskan cendawan perlu merujuk kepada doktor atau ahli
fermasi.

_________________________________________________________

_________________________________________________________
[6 markah]
(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi
setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i). Kebanyakan filem-filem yang dihasilkan oleh karyawan tempatan di negara
ini selalu
mendedahkan tema cinta muda mudi.
(ii). Pak Samad sedang mentafsir kerugian yang dialaminya setelah
tanamannya musnah di
dalam kejadian banjir semalam.
(iii). Para hakim terpesona mendengar hujah-hujah yang cukup panas
dilontarkan oleh
pembahas kedua daripada pasukan Kolej Tunku Abdul Rahman dalam
pertandingan Bahas
Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan.
[6 Markah]
(e). Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud
dengan
peribahasa di bawah.
(i). seperti abu di atas tunggul.
(ii). bagai cincin dengan permata.
(iii). di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
[6 Markah]
Jawapan 3 (a)
(i). keluaran - yang dikeluarkan (dihasilkan), yang diterbitkan (benda
bukan buku,majalah), yang telah lulus dari maktab /
universiti, yang terdidik atau terlatih, lepasan.

(ii). mengeluarkan - membawa atau menyebabkan keluar dari sebelah


dalam sesuatu.
Contoh, bangunan, bilik, bekas, tubuh ke sebelah luarnya.

(iii). pengeluaran - perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan


sesuatu.
(iv). berguna - berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau
manfaat.
(v). menggunakan - mengambil faedah, memakai, mengerjakan
(melakukan)sesuatu
(vi). penggunaan - perihal (perbuatan, kegiatan dll), menggunakan
sesuatu,pemakaian
(barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan dll).

Jawapan 3 (b)
(i). Sebanyak RM 20 000 telah dikutip oleh Sekolah Kebangsaan Seri
Angsana melalui program Hari Keusahawanan.
(ii). Semua mangsa yang terperangkap dalam keretapi itu telah
dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat.
(iii). Kain itu sudah dilipat oleh ibu petang semalam walaupun keletihan
selepas balik dari Kuala Terengganu.
(iv). Permintaan jurulatih untuk menang dalam pertandingan bola tampar
telah kami tunaikan.
(v). Surat kenaikan pangkat telah disampaikan oleh tuan pengetua
kepada beberapa orang guru.
(vi). Murid-murid yang berfikiran kreatif dan inovatif berjaya dilahirkan
oleh transformasi pendidikan.
Jawapan 3 (c)
(i). ide - idea
membimbing - dibimbing
(ii). otomotif - automotif
sasar - sasaran
(iii). penambahan - tambahan
fermasi – farmasi
HARI : KHAMIS TARIKH:27.01.2022

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa
Nama (FN +FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

(i) Bangunan yang tinggi itu memang cantik reka bentuknya.

_________________________________________________________

(ii) Program motivasi itu untuk pelajar lemah.

_________________________________________________________

(iii) Para pekerja itu sedang memperbesar jalan itu.

_________________________________________________________

(iv) Hadiah perkahwinan itu daripada Kak Aini.

_________________________________________________________

(v) Cik Sara pereka tari terkenal di negeri ini.

_________________________________________________________

(vi) Hulubalang itu bersenjatakan sebilah keris.

_________________________________________________________
(i) FN + FA
(ii) FN + FSN
(iii) FN + FK
(iv) FN + FSN
(v) FN + FN
(vi) FN + FK

You might also like