You are on page 1of 3

HARAM BAGI LELAKI MEMAKAI GELANG

Pengharaman menyerupai jantina berlawanan

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa:

ُ َ ‫ َو الْ َم ْر أ َة َ ت َلْ ب‬، ِ ‫س ل ُ بْ سَ ة َ الْ َم ْر أ َة‬


َ ‫س ل ُ بْ س َ ة‬ ُ َ ‫الر ُج َل ي َ لْ ب‬
َّ ‫ص ل َّ ى هللا ُ عَ ل َ يْ ِه َو سَ ل َّ َم ل َ ع َ َن‬
َ ِ ‫أ َ َّن َر سُ و َل هللا‬
‫الر ُج ِل‬
َّ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang
memakai pakaian wanita, dan seorang wanita yang memakai pakaian lelaki.

Sahih al-Bukhari (5435) dan Musnad Imam Ahmad (8309)

Syeikh Badr al-Din al-‘Aini pula mengulas hadith ini dengan kata beliau :

‫الر َج ال ب ِ الن سَ اء ف ِ ي الل ب َ اس والزينة ال َّ ت ِ ي ت ْخ ت َص ب ِ الن سَ اء مثل لبس المقانع والقالئد‬


ِ ‫وتشبه‬
‫والمخ انق واألسورة والخالخل والقرط‬
Maksudnya : (Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki menyerupai orang
perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang
perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang, gelang kaki, dan juga
anting-anting. (Rujuk ‘Umdah Al-Qari, Al-‘Aini 22/41)

Jelas daripada hadith ini bahawa adalah haram hukumnya bagi seseorang untuk
memakai pakaian mahupun perhiasan yang khas bagi jantina yang berlawanan
dengannya.

Dinyatakan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah bahawa tiada khilaf dalam kalangan


fuqaha’ akan pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita dari sudut pergerakan
badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi
wanita dari sudut adat dan tabiat. (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-
Kuwaitiyyah 11/267)

Hukum lelaki memakai gelang

Terdapat riwayat daripada ‘Imran Bin Husain R.A bahawa Nabi SAW pada suatu hari
melihat seorang lelaki yang memakai gelang di tangannya. Lalu Nabi SAW
bersabda:

‫ك إ ِ ال َّ َو هْ ن ً ا‬ ْ ‫ ق َ ا َل " ا نْ ِز‬. ‫ ق َ ا َل هَ ِذ هِ ِم َن الْ َو ا ِه ن َ ِة‬. " ُ ‫َم ا هَ ِذ هِ الْ َح لْ ق َ ة‬


َ ُ‫ع َه ا ف َ إ ِن َّ َه ا ال َ ت َِز ي د‬
Maksudnya: Gelang apakah ini ? Maka lelaki itu pun menjawab: Ini disebabkan
penyakit. Lalu baginda bersabda: Tanggalkanlah ia kerana sesungguhnya ia tidak
menambahkan kepadamu melainkan kelemahan.
Sunan Ibn Majah (3531)

Maka jelas daripada hadith di atas bahawa Nabi SAW memerintahkan supaya
pemakaian gelang dengan tujuan dan keyakinan bahawa ia dapat menyembuhkan
ditanggal dan dijauhkan kerana ia sama sekali tidak dapat memberi manfaat
mahupun mengelakkan kemudaratan.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan lelaki memakai


gelang. Terdapat juga pandangan sebahagian ulama seperti Imam al -Ghazali yang
memfatwakan keharusan gelang perak, kerana nas hanya m enyebut pengharaman
bekas makanan daripada perak dan pengharaman menyerupai wanita bagi lelaki.
Namun pendapat yang lebih sahih ialah pandangan jumhur, bahawa memakai
gelang ialah haram bagi lelaki.

Syeikh Zakariyya Al-Ansari pula menyebut bahawa diharuskan bagi seorang lelaki
memakai cincin perak kerana mengikut (ittiba’) Rasulullah SAW, bahkan hukumnya
adalah sunat, namun lelaki tidak boleh memakai gelang ( al-siwar) dan tidak halal
baginya, meskipun gelang tersebut diperbuat daripada perak. Hal ini kerana
memakai gelang itu mempunyai unsur kewanitaan, dan ia tidak layak dan sesuai
dengan sifat seorang lelaki. (Rujuk Fatawa Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali,
hlm. 30; Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/444 dan Asna Al-Matolib 1/379).

Ibnu Hajar Al-Haitami pula menyatakan bahawa antara bentuk menyerupai wanita
ialah memakai perhiasan yang dikhususkan kepada wanita dan yang dilazimi oleh
mereka, seperti gelang tangan dan gelang kaki; adapun cincin maka diharuskan bagi
lelaki memakainya. (Rujuk Al-Fatawa Al-Fiqhiyyah Al-Kubra, 1/261)

Ini juga dipersetujui oleh fuqaha’ mazhab Hanafi, dimana Imam Kamaluddin Ibn al -
Hammam jelas menyebut bahawa tidak diharuskan bagi lelaki memakai perhiasan
perak melainkan dengan cincin al-mantiqah (tali pinggang) dan hiasan pedang.
Pandangan yang sama juga disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah al-Hanbali
(Rujuk Syarh Fath al-Qadir 22/180 dan al-‘Umdah fi al-Fiqh 1/37)

Kesimpulan

Tuntasnya, majoriti besar ulama mengharamkan pemakaian gelang untuk orang


lelaki yang mewakili empat mazhab besar dalam fiqh Islami, dan pandangan yang
mengharuskannya ialah pandangan yang ganjil.

Namun dalam isu ini terdapat beberapa pengecualian, antaran ya ialah fatwa
daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan
pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau
rawatan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

1. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
2. Tidak terdapat unsur najis padanya.
3. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut
boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh
menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan
aqidah.
4. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
5. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah
terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan ya ng
berkesan dalam merawat penyakit.

Begitu juga dengan pemakaian jam tangan yang tidak boleh diqiyaskan hukumnya
dengan gelang, kerana sifat kedua-duanya yang berbeza dan telah menjadi ‘uruf
serta kebiasaan yang diterima oleh masyarakat Islam sebagai satu perkara yang
dilazimi oleh lelaki dan wanita.

Wallahu a’lam.

You might also like