You are on page 1of 2

SIMPTOM KETEGANGAN OTOT

1.Bengkak, lebam, atau kemerahan akibat kecederaan


2.Sakit semasa rehat
3.Sakit jika menggunakan otot tertentu atau sendi yang berkaitan dengan otot itu
4.Otot atau tendon lemah
5.Penggunaan otot yang terhad

PUNCA KETEGANGAN OTOT


1.Tidak memanaskan dengan teliti sebelum memulakan aktiviti fizikal
2.Kelenturan yang tidak mencukupi
3.Penggunaan otot berlebihan

BANTUAN AWAL KETEGANGAN OTOT


Bengkak atau pendarahan setempat ke dalam otot (dari saluran darah yang koyak)
sebaiknya dirawat lebih awal dengan menggunakan pek ais dan mengekalkan otot yang
tegang dalam kedudukan yang selesa. Hanya gunakan haba apabila kecederaan menjadi
lebih baik atau kurang teruk. Penggunaan haba awal boleh menyebabkan bengkak dan sakit
lebih serius.

Formula PRICE iaitu Protection (Perlindungan), Rest (Rehat), Ice (Ais), Compression
(Mampatan), dan Elevation (Ketinggian) berfungsi dengan baik untuk otot yang tegang.
Pertama, alihkan semua pakaian dan perhiasan di kawasan yang cedera. Seterusnya:

 Melindungi otot yang tegang daripada kecederaan selanjutnya.


 Biarkan kawasan kecederaan itu pulih. Elakkan menggunakan otot tersebut selama
beberapa hari.
 Aiskannya sebaik sahaja selepas kecederaan otot untuk mengurangkan bengkak.
Amalkan selama 20 minit sehari.
 Mampatan boleh digunakan. Balut kawasan cedera dengan pembalut elastik
sehingga bengkak surut. Jangan balut dengan ketat, kerana ini boleh menjejaskan
peredaran darah anda.
 pastikan otot yang cedera diangkat tinggi di atas paras jantung anda.

You might also like