You are on page 1of 94

Asas Komunikasi

Asas Komunikasi
untuk Pemimpin Pendidikan

Institut Aminuddin Baki


Cawangan Genting Highlands
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang
69000 Genting Highlands
ii Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Diterbitkan oleh:

Institut Aminuddin Baki


Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Tel: 06-7979200
http://iab.moe.edu.my
emel: iab@iab.edu.my
© Hak Cipta IAB 2020

Urusan Penerbitan oleh:

Institut Aminuddin Baki


Cawangan Genting Highlands
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang
69000 Genting Highlands

© HAK CIPTA TERPELIHARA. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh


diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juapun, sama ada dengan secara
elektronik, mahupun rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

Pengurus Penerbitan:
Norhayati binti Aziz @ Esa

Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman:


Nurasyikin binti Mat

Dicetak oleh:
Perniagaan Normahs
No. 3, 5 & 7 Jalan 12/10
Taman Koperasi Polis Fasa 1
68100 Mukim Batu
Kuala Lumpur
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan iii

JAWATANKUASA PENERBITAN

PENAUNG

Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus


Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENASIHAT

Dr. Haji Abd. Razak bin Manaf


Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional)

Datuk Dr. Haji Mohd Kassim bin Haji Mohd Ibrahim


Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Latihan)

Zainuren bin Haji Mohd Nor


Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands

EDITOR

Aziah binti Samichan


Norhayati binti Aziz @ Esa
Dr. Ramli bin Yaacob
Mat Zizi bin Ismail

PENULIS

Mat Zizi bin Ismail


Dr. Ramli bin Yaacob
Dr. Hamidon bin Abd Rahman
Nur Fatimah binti Awang Da
Sapinah binti Zakaria
iv Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

KANDUNGAN

Kata Alu-aluan
Pengarah IAB
(v) 01
Kata Alu-aluan
Pengarah IABCGH
02 ( vi )
Prakata
( vii ) 03
Pengenalan
04 (1)

Apa itu Komunikasi?


(3) 05 Model-model
Komunikasi
06 ( 12 )
Kepentingan Komunikasi
Halangan Komunikasi
Berkesan
(4) 07 dan Kaedah
Menanganinya
08 ( 24 )

Jenis-jenis Komunikasi
( 30 ) 09
Komunikasi Bahasa
10 ( 36 )
Komunikasi dalam
Organisasi
( 48 ) 11 Komunikasi Antara
12 Generasi X, Y dan Z
( 58 )
Rumusan dan Penutup
( 65 ) 13
Rujukan
14 ( 68 )

Lampiran
( 71 ) 15
16
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan v

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Salam Sejahtera

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kepimpinan Bahasa dan


Komunikasi, Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands atas usaha
dan kesungguhan dalam menghasilkan buku Asas Komunikasi untuk Pemimpin
Pendidikan. Saya menaruh keyakinan bahawa buku ini dapat memberi input yang
berguna kepada pemimpin pendidikan dalam mewujudkan suasana komunikasi
yang lancar dan berkesan di organisasi masing-masing.

Sebagai pemimpin, kita tidak dapat lari daripada berkomunikasi dengan


pelbagai pihak di sekeliling kita sama ada dengan subordinat ataupun
dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Komunikasi amat penting dalam
kehidupan harian bagi menjalinkan perhubungan, menyampaikan maklumat
dan memperoleh maklumat yang tepat dan terkini. Komunikasi yang berkesan
mampu membuatkan penerima maklumat yakin terhadap apa yang disampaikan
serta dapat memberikan maklum balas yang tepat sepertimana yang dihajati oleh
penyampainya.

Saya berharap semoga buku ini dapat dijadikan panduan yang membantu
para pemimpin pendidikan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
berkomunikasi. Komunikasi boleh dianggap sebagai nafas kepada kelangsungan
sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi tidak dapat bergerak lancar tanpa
adanya komunikasi yang baik dan berkesan.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua pihak yang terlibat dalam usaha menerbitkan buku ini. Semoga usaha
seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi menambahkan lagi
koleksi bahan terbitan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS


Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
vi Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan Jabatan Kepimpinan Bahasa dan


Komunikasi, Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (IABCGH)
menerbitkan buku yang bertajuk Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan.
Ucapan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli Jabatan Kepimpinan Bahasa dan
Komunikasi, IABCGH atas usaha dan kesungguhan dalam menyiapkan penulisan
dan seterusnya penerbitan buku ini.

Dengan terbitnya buku ini dapat menjadi panduan kepada pemimpin


pendidikan dalam mewujudkan suasana komunikasi yang lancar dan berkesan
di organisasi masing-masing. Komunikasi yang berkesan penting kerana
menerusinya segala mesej dapat disampaikan selaras dengan maksud dan
tujuan sesuatu mesej tersebut dihantar. Penerbitan buku ini merupakan satu
langkah terpuji untuk membantu pemimpin pendidikan memperlengkapkan diri
dengan ilmu komunikasi yang boleh digunakan dalam mengurus organisasi
masing-masing. Penerbitan buku ini juga akan menambahkan lagi koleksi bahan
bacaan terbitan Institut Aminuddin Baki yang boleh dijadikan sumber rujukan
kepada pemimpin pendidikan. Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua
warga IABCGH agar dapat meningkatkan usaha dalam penghasilan bahan-
bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan semasa.

Akhir kata, sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
syabas dan tahniah kepada semua ahli Jabatan Kepimpinan Bahasa dan
Komunikasi, IABCGH atas kejayaan menghasilkan buku ini serta kepada semua
yang telah bertungkus-lumus berusaha menjayakan penerbitan buku ini. Semoga
segala usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Amin.

ZAINUREN BIN HAJI MOHD NOR


Pengarah
IAB Cawangan Genting Highlands
Kementerian Pendidikan Malaysia
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan vii

PRAKATA

Kita mungkin pernah bertanya, mengapa orang tidak memahami maksud


percakapan kita? Orang lain juga mungkin ada yang bertanya soalan yang sama.
Dalam hal ini, kita perlu menganalisis apakah komunikasi yang kita lakukan
sudah berkesan atau belum? Untuk menjadikan komunikasi kita berkesan, kita
perlu mendalami ilmu komunikasi sama ada melalui pembacaan kendiri ataupun
dengan menghadiri kursus-kursus formal. Sehubungan dengan itu, penghasilan
buku “Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan” ini diyakini dapat membantu
pemimpin pendidikan dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka
sama ada dengan subordinat ataupun dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
Buku ini menyentuh tentang definisi, model-model komunikasi, komunikasi
berkesan, halangan komunikasi serta kaedah menanganinya, jenis-jenis
komunikasi, komunikasi di organisasi dan komunikasi merentas generasi.

Dengan terbitnya buku ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada


pemimpin pendidikan tentang kepentingan menguasai ilmu komunikasi.
Kepercayaan bahawa komunikasi itu tidak penting untuk dipelajari kerana
kita telah melakukannya setiap hari dan di mana jua kita berada dapat diganti
dengan kepercayaan bahawa komunikasi itu satu perkara yang penting dan
perlu dipelajarinya kerana komunikasi adalah aktiviti asas manusia. Sebagai
pemimpin organisasi, pengetahuan tentang komunikasi khususnya komunikasi
organisasi banyak membantu melancarkan pengurusan sesebuah organisasi.
Lantaran itu, para pemimpin pendidikan dan subordinatnya perlu memahami dan
meningkatkan kemampuan komunikasi masing-masing.

Warga IAB diharapkan agar menjadikan penghasilan bahan bacaan


seumpama ini sebagai suatu usaha yang berterusan demi memperkayakan
pelbagai disiplin ilmu khususnya yang berkaitan pengurusan dan kepimpinan
pendidikan selaras dengan fungsi utama IAB. Selain itu, penghasilan bahan-
bahan bacaan seperti ini akan menambahkan lagi koleksi bahan-bahan rujukan
untuk kegunaan peserta-peserta kursus IAB dan pemimpin-pemimpin pendidikan
yang berminat dengan bidang ini.

Akhir kata, semoga usaha murni ini dapat diteruskan oleh warga IAB
kerana diyakini bahawa usaha seumpama ini akan dapat memberikan manfaat
kepada semua dalam usaha memartabatkan IAB sebagai sebuah pusat latihan
pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbilang di negara ini.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 1

BAB 1

PENGENALAN

“Jika kamu ingin membantu seseorang menjadi kuat maka berikan kepadanya
ilmu komunikasi kerana memiliki ilmu komunikasi bermakna memiliki kuasa”.

(Abraham Lincoln)

Demikian besarnya peranan komunikasi dalam kehidupan manusia. Komunikasi


berlaku pada setiap saat di sekeliling kita. Komunikasi bukan hanya berlegar
sekitar aktiviti manusia tetapi juga meliputi aktiviti flora, fauna dan seisi alam
semesta. Manusia dan komunikasi ibarat isi dan kuku, ibarat bulan dan matahari,
ibarat lagu dan irama, kedua-duanya tidak mungkin terpisah. Komunikasi dan
manusia saling berkait kerana manusia tetap berkomunikasi hatta tanpa suara
dan bicara, bahkan komunikasi tanpa suara dikatakan memberi penegasan
dan pengaruh yang lebih bermakna daripada komunikasi melalui suara. Hal
ini demikian kerana manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan antara
satu sama lain serta saling berhubungan dengan orang lain dalam komunitinya.
Komunikasi merupakan satu-satunya landasan yang membolehkan manusia
berhubung dengan orang lain dalam lingkungannya sama ada secara verbal
ataupun bukan verbal. Komunikasi membolehkan manusia berbicara dengan diri
sendiri, melakukan muhasabah diri, berkenalan serta berinteraksi dengan orang
lain, mengungkapkan perasaan kepada orang lain; dan melalui komunikasi juga
kita mampu merungkai segala persoalan dalam kehidupan serta mengembangkan
gagasan baharu.

Memiliki kemahiran berkomunikasi bermakna seseorang itu memiliki senjata


ampuh terutamanya pada zaman milenial ini, iaitu zaman manusia mengejar
kuasa dan pengaruh. Siapa yang pandai bercakap, dialah yang berpengaruh dan
yang berpengaruh selalunya memiliki kuasa.

Ramai orang menyebut, si pulan ini pandai bercakap sebab itu ramai yang
suka, si pulan itu pula berjaya menjadi pemimpin kerana boleh mempengaruhi
orang dengan percakapannya, manakala si pulan yang itu pula menjadi kegilaan
gadis-gadis dek manisnya tutur kata yang dimilikinya. Begitulah besarnya peranan
komunikasi dalam melahirkan insan yang menarik, berpengaruh dan dihormati.

Memiliki kemahiran berkomunikasi bukanlah suatu perkara enteng yang


boleh dikesampingkan. Kemahiran komunikasi perlu dipelajari dan diterokai.
Pandai bercakap bukan bermakna pandai berkomunikasi, banyak cakap juga
2 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

bukan bermakna bijak berkata-kata, bahkan ramai orang yang hilang kredibilitinya
sebaik sahaja mula membuka mulut untuk berkomunikasi. Untuk menjadi
manusia yang hebat, digeruni dan menakluki dunia, bukan petah dalam berkata-
kata sahaja yang diutamakan tetapi memiliki kemahiran berkomunikasi atau
seni percakapan menjadi perkara asas yang perlu dimiliki oleh setiap makhluk
bernama manusia. Justeru, mempelajari ilmu komunikasi dan penerapannya
perlu dijadikan keutamaan dalam menyediakan anak bangsa yang tinggi
peradabannya. Hal ini demikian kerana komunikasi yang efektif dapat membantu
kita memecahkan permasalahan yang ada dalam kehidupan sosial, profesional,
dan pribadi. Saodah, Narimah dan Mohd Yusof (2003) menerangkan kemahiran
berkomunikasi merupakan satu perkara asas sepertimana keperluan kita terhadap
makanan, tempat tinggal dan pakaian yang menjadi pelengkap kehidupan yang
sejahtera. Setiap manusia akan berkomunikasi atau berinteraksi sama ada
dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, masyarakat, rakan sepejabat dan
sebagainya.

Menyentuh tentang kehidupan bermasyarakat, kebanyakan cerdik pandai


dalam bidang komunikasi berpendapat bahawa komunikasi sangat diperlukan
dalam kehidupan bermasyarakat. Ini diterangkan oleh Profesor Wilbur Schramm
yang mengatakan bahawa komunikasi dan masyarakat adalah dua data kembar
yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Individu dalam masyarakat
akan bersosialisasi melalui komunikasi sama ada antara kaum, bangsa, agama
dan sebagainya. Komunikasi adalah medium yang digunakan dalam proses
pertukaran dan koordinasi maklumat antara satu sama lain. Oleh sebab itu,
tanpa komunikasi masyarakat tidak mungkin akan terbentuk, sebaliknya tanpa
masyarakat maka manusia tidak mungkin dapat mengembangkan komunikasi
(Schramm, 1988). Para cendikiawan juga sependapat mengatakan bahawa
kebanyakan permasalahan yang timbul dalam kehidupan bermasyarakat
adalah kerana buruknya komunikasi. Manakala komunikasi yang efektif pula
adalah sebagai solusi kepada pelbagai masalah yang muncul dalam kehidupan
bermasyarakat.

Tuntasnya, kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang perlu


dimiliki oleh setiap individu dan perlu diperturunkan kepada generasi demi generasi
secara komprehensif untuk sebuah kehidupan yang aman dan harmoni di jagat
ini. Hal ini demikian kerana, dunia kian dihimpit oleh situasi yang tidak menentu
disebabkan kurangnya permuafakatan dan persefahaman yang berpunca
daripada salah faham sebagaimana pendapat kebanyakan ahli psikologi yang
mengatakan ketidaktentuan dunia dimulai daripada ketidaksefahaman yang
berpunca daripada ketirisan maklumat. Ketirisan maklumat pula berlaku dek
kerana ceteknya kemahiran komunikasi yang dimiliki. Justeru, untuk mewujudkan
sebuah negara bangsa yang maju, maka bekalkan pewarisnya dengan ilmu
komunikasi.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 3

BAB 2

APA ITU KOMUNIKASI?

Apakah maksud komunikasi itu sebenarnya? Sebelum kita menelusuri kandungan


buku ini dengan lebih mendalam lagi adalah baik sekiranya kita memahami
akan definisi komunikasi itu sendiri. Oleh hal yang demikian, beberapa definisi
komunikasi akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan kajian-kajian yang
telah dijalankan oleh pengkaji yang terdahulu.

Perkataan komunikasi atau communication dalam bahasa Inggeris berasal


daripada bahasa Latin iaitu communis yang membawa maksud kebersamaan
atau membangun kebersamaan antara dua orang atau lebih (Stuart,1983).
Berdasarkan takrifan ini, dapat difahamkan bahawa komunikasi merupakan
segala aktiviti yang bersifat menyampaikan maklumat kepada satu pihak atau
lebih dan pihak tersebut pula memberi maklum balas yang selari dengan
penyampai maklumat. Sekiranya tidak ada keselarian makna bermakna tidak
berlakunya komunikasi kerana maksud komunikasi itu sendiri mesti mencakupi
kesefahaman dalam tafsiran sesuatu maklumat antara penyampai dan penerima
maklumat. Pendapat Stuart ini diperkukuhkan lagi oleh Frey, Botan, Friedman
dan Kreps (1991) yang menyatakan bahawa komunikasi adalah satu pengurusan
mesej yang bertujuan untuk mencipta perkongsian makna bersama-sama. Begitu
juga dengan Yoder, Hugenberg dan Wallace (1996) yang turut mendefinisikan
komunikasi sebagai interaksi lisan dan bukan lisan antara penutur dan penerima
dengan tujuan untuk mencipta perkongsian makna.

Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan pengertian komunikasi oleh


James A. F. Stoner dan Charles Wankel (1989) yang memberi takrifan komunikasi
sebagai satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud
yang dikongsi dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan maksud istilah-
istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf,
nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang
dapat menyampaikan maksud. Ini memberi maksud, apa sahaja istilah atau simbol
yang yang disepakati daripada segi makna dan maksud yang digunakan dalam
proses berhubung antara satu sama lain boleh ditakrifkan sebagai komunikasi.

Pendapat Stuart dan James A. F. Stoner dan Charles Wankel itu


diperkukuhkan lagi oleh Sillars (1988) yang turut mengatakan bahawa
komunikasi ialah satu proses penghantaran, penerimaan atau pertukaran
maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual
atau mana-mana kombinasi daripada ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan
4 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

yang dikomunikasikan dapat difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat.
Ini memberi kefahaman bahawa komunikasi ialah proses pemindahan maklumat
iaitu menghantar dan menerima maklumat daripada satu sumber kepada sumber
yang lain dalam bentuk simbol dan isyarat sama ada secara lisan atau bukan
lisan dengan syarat maklumat tersebut dapat difahami dan dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak. Tanpa keselarian makna bermakna tidak berlakunya
komunikasi.

Takrifan lain pula, komunikasi didefinisikan sebagai proses manusia


berkongsi pendapat, informasi mahupun perasaan. Byrnes (1975) menyatakan
bahawa komunikasi adalah satu proses interaksi antara manusia yang melibatkan
pertuturan dan pertukaran pendapat, gerak isyarat atau simbol. Proses
interaksi ini berlaku untuk mencapai matlamat seperti bertukar-tukar maklumat,
mempengaruhi tingkah laku, memujuk mahupun menukar keadaan fizikal dan
mental manusia. Takrifan ini diperkukuhkan lagi oleh Hybels dan Weaver (1992)
yang mentakrifkan komunikasi sebagai proses perkongsian maklumat, pendapat
dan perasaan daripada individu kepada individu yang lain. Begitu juga dengan
Abrams (1986) yang turut mendefinisikan komunikasi sebagai satu proses yang
berterusan dalam pemindahan maklumat dan maklum balas daripada penutur
kepada penerima. Dapat disimpulkan di sini bahawa selain daripada proses
penghantaran dan penerimaan maklumat, komunikasi turut membawa maksud
sebagai satu proses perkongsian apa yang ada dalam benak fikiran dan perasaan
seseorang. Manakala medium perkongsian tersebut boleh jadi melalui pertuturan,
simbol, isyarat dan sebagainya.

Selain itu, lebih ekstrim lagi apabila semua gerak-geri hatta ekspresi muka
juga turut ditakrifkan sebagai komunikasi seperti yang telah diketengahkan
oleh Dwyer (2005). Beliau telah mentakrifkan komunikasi merangkumi setiap
gerak-geri, ekspresi, perilaku, lisan, bukan lisan atau grafik yang digunakan
oleh seseorang dalam menyampaikan maklumat. Tambah beliau, komunikasi
merupakan satu proses yang dinamik dan interaktif. Ini memberi gambaran
bahawa komunikasi bukan sahaja melalui suara atau secara lisan tetapi
komunikasi juga berlaku tanpa suara iaitu melalui gerak-geri, ekspresi, dan juga
tafsiran melalui imej atau grafik. Ringkasnya, komunikasi boleh berlaku sama
ada dalam bentuk komunikasi lisan atau pun komunikasi bukan lisan iaitu sama
ada melalui perbualan ataupun dengan gerak badan mahupun ekspresi muka
atau mimik muka sahaja. Menurut Dwyer lagi, terdapat empat jenis komunikasi
manusia iaitu interpersonal, intrapersonal, awam dan komunikasi massa.

Sama seperti pendapat yang diberikan oleh Stuart, Sillars, Frey, Botan,
Friedman, Kreps, Yoder, Hugenberg, Wallace, James A.F. Stoner dan Charles
Wankel sebelum ini, Wilbur Schram (1971) turut menyatakan bahawa takrifan
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 5

komunikasi boleh dianggap sebagai satu perkongsian orientasi terhadap satu set
isyarat maklumat. Beliau menekankan komunikasi sebagai perkongsian makna
yang difahami antara pemberi dan penerima maklumat. Pendapat Schram
ini sehaluan dengan pendapat tokoh-tokoh sebelumnya yang mengatakan
komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada
seorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain
dengan menggunakan simbol. Bukan setakat itu, Schram juga telah membuat
kesimpulan bahawa komunikasi mempunyai beberapa fungsi yang melibatkan
penghantaran mesej yang dilakukan melalui proses berikut:

i) Memberitahu
ii) Mendidik
iii) Memujuk
iv) Menghibur

Komunikasi

Fungsi komunikasi oleh Schram (1971)

Seterusnya dijelaskan setiap proses tersebut bagi meningkatkan lagi pemahaman


pembaca terhadap proses-proses tersebut.

i) Memberitahu

Fungsi ini merupakan fungsi yang terawal digunakan oleh manusia. Komunikasi
sebagai fungsi ‘memberitahu’ membawa maksud komunikasi sebagai alat
6 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

penyampai. Proses komunikasi berlaku bertujuan untuk memberitahu orang lain


tentang sesuatu maklumat atau perkara yang ingin dipanjangkan atau dikongsi
oleh penyampai kepada seseorang. Seseorang penyampai akan memastikan
bahawa sesuatu maklumat itu dapat disalurkan kepada penerima maklumat
melalui komunikasi yang berkesan.

Lazimnya, komunikasi yang berfungsi sebagai ‘memberitahu’ berlaku paling


kerap berbanding dengan fungsi-fungsi lain. Hujah Schram yang mengatakan
komunikasi berfungsi sebagai ‘memberitahu’ ini diperkukuhkan dengan pendapat
Sulaiman Masri (l997) yang mentakrifkan komunikasi sebagai interaksi yang
melibatkan pemberitahuan atau penyampaian sesuatu mesej daripada pengirim,
penutur atau pun penulis melalui alat atau saluran tertentu kepada penerima iaitu
pembaca atau pendengar.

Pada zaman teknologi ini fungsi komunikasi sebagai ‘memberitahu’ dapat


dipermudahkan dengan adanya internet. Melalui kuasa internet yang dipadankan
dengan peranti canggih pada telefon bimbit membolehkan maklumat diperoleh
pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Berita yang disampaikan melalui
akhbar, radio dan televisyen juga bertujuan memberitahu khalayak tentang
perkembangan semasa. Selain itu, papan-papan tanda yang sering didapati
pada dinding-dinding kedai, lebuh raya, pejabat-pejabat dan sebagainya turut
merupakan contoh komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu.

ii) Mendidik

Komunikasi dan pendidikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Komunikasi


adalah penddikan dan pendidikan adalah komunikasi. Tidak mungkin berlakunya
pendidikan tanpa komunikasi. Komunikasi sebagai fungsi ‘mendidik’ yang
dimaksudkan di sini bertujuan untuk memberikan maklumat bagi menambah
pengetahuan dan kemahiran orang lain dalam sesuatu bidang atau perkara
dengan harapan seseorang itu dapat mengubah sesuatu yang kurang baik
kepada yang lebih baik dan seterusnya menjadikannya sebagai amalan dalam
kehidupan. Contoh yang jelas untuk menerangkan komunikasi sebagai fungsi
‘mendidik’ dapat digambarkan dalam senario pengajaran daripada seorang
guru kepada muridnya atau seorang pensyarah kepada pelajarnya. Di sini, guru
berperanan sebagai penyampai manakala murid dianggap sebagai penerima.
Lazimnya komunikasi dua hala sangat membantu dalam keberkesanan sesuatu
komunikasi itu. Hal ini penting supaya penerima iaitu murid dapat lebih memahami
sesuatu perkara yang telah disampaikan oleh guru melalui soal jawab atau
perbincangan.

Dalam mengoptimumkan fungsi mendidik ini, komunikasi yang jelas dan


berhemah merupakan suatu perkara penting bagi memastikan kedua-dua pihak
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 7

penyampai dan penerima maklumat mencapai tujuan mereka. Penyampaian


secara bersemuka atau face to face sangat disarankan. Menurut Schram lagi,
keberkesanan fungsi ini bergantung kepada sejauh mana seseorang penerima
maklumat itu merasa bahawa pengetahuannya bertambah dan maklumat yang
diterima memberi manfaat kepadanya.

Secara ringkasnya, komunikasi fungsi ‘mendidik’ dapat memberikan


pendidikan kepada penerima atau kelompok masyarakat dengan memberikan
informasi yang dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan juga
menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih baik dan berfikiran waras
dalam menghadapi situasi tertentu di samping mengubah tahap pengetahuan
atau pemahaman penerima daripada tidak tahu kepada tahu, daripada kabur
menjadi faham dan daripada kurang mahir kepada menjadi lebih mahir.

iii) Memujuk

Fungsi ‘memujuk’ dalam komunikasi bertujuan untuk mempengaruhi dan


mengubah sikap, persepsi dan tingkah laku seseorang penerima. Komunikasi
yang telus dan mempunyai kontak sama ada sentuhan mahupun renungan antara
penyampai dan penerima dapat mempercepat matlamat fungsi ‘memujuk’ ini.
Tujuan lain komunikasi memujuk ialah untuk mempengaruhi audiens supaya akur
atau bersetuju dengan usul atau cadangan yang dikemukakan oleh penyampai
sama ada dari sudut kepercayaan, sikap atau pun perlakuan. Antara contoh
komunikasi yang tergolong dalam fungsi ini ialah seperti kempen keselamatan
jalan raya, membeli barangan buatan tempatan, politik, menjaga kebersihan,
berhenti merokok, antidadah dan sebagainya.

Oleh sebab tujuan fungsi ini adalah untuk mengubah sikap, persepsi dan
tingkah laku seseorang, maka penggunaan fungsi memujuk ini tidak terhad
hanya kepada menyebarkan maklumat bahkan mestilah dapat menembusi dan
menyentuh perasaan dan emosi individu ataupun kumpulan yang menjadi sasaran
komunikasi tersebut. Kadang-kala dalam mencapai klimaks fungsi memujuk
adakalanya maklumat sengaja ditambah atau dimanipulasi secara melampau.

Sebenarnya, fungsi komunikasi sebagai ‘memujuk’ yang dikemukakan


oleh Schram ini selari dengan takrifan komunikasi oleh Carl Holand (1953) yang
mentakrifkan komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan dengan
tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Hujah Schram itu diperkuatkan
lagi dengan penyataan Charles Osgood (1954) yang berpendapat bahawa
komunikasi berlaku apabila satu sistem atau sumber cuba mempengaruhi
sasarannya dengan memanipulasi beberapa simbol alternatif yang boleh
disampaikan melalui saluran yang menghubungkan mereka.
8 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

iv) Menghibur

Dalam menjalani kehidupan, hiburan diperlukan untuk memudahkan penyampaian


dan penerimaan maklumat. Oleh itu, Schram telah menjadikan fungsi ‘menghibur’
sebagai salah satu daripada fungsi komunikasi. Komunikasi fungsi ‘menghibur’
bertujuan untuk melapangkan fikiran dan memberi kegembiraan hati penerima.
Antara bentuk komunikasi yang lazim digunakan untuk menghibur termasuklah
wayang gambar, fotografi, lukisan kartun, drama jenaka, persembahan serta
rancangan-rancangan hiburan melalui radio, televisyen, you tube dan sebagainya.

Oleh sebab hiburan mendapat tempat di hati ramai orang, maka fungsi
komunikasi yang lain seperti memberitahu, mendidik dan memujuk telah
disepadukan dengan fungsi menghibur. Hal ini demikian kerana mesej yang
disampaikan dalam bentuk hiburan lebih mendapat tempat di hati sesiapa
sahaja tidak mengira usia, jantina mahupun bangsa. Komunikasi jenis ini sangat
sesuai digunakan dalam pendidikan kanak-kanak khasnya kerana pendekatan
didik hibur dapat merangsang minat belajar seseorang kanak-kanak. Selain
itu, drama-drama di televisyen misalnya banyak menyelitkan unsur pendidikan
bahkan rancangan-rancangan berunsur jenaka juga turut menyelitkan elemen
moral yang berfungsi untuk mendidik masyarakat. Begitu juga melalui nyanyian
yang terdapat sesetengah bait-bait lirik yang menjadikan keindahan alam dan
semangat patriotik yang bertujuan untuk memberitahu dan mendidik orang ramai.

Berbeza dengan fungsi komunikasi yang lain, fungsi ‘menghibur’ ini terlalu
umum sifatnya kerana ia tidak mempunyai kriteria khusus untuk menentukan
kejayaannya. Hal ini demikian kerana, maksud terhibur itu sendiri agak subjektif
kerana kejayaannya bergantung kepada individu yang merasainya. Kekadang
sesetengah orang akan terhibur dengan sesuatu perkara tetapi sebaliknya bagi
individu yang lain. Umumnya, keberkesanan fungsi ini boleh diketahui daripada
reaksi orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan, tayangan wayang
gambar, nyanyian ataupun majalah yang dibacanya. Dapat disimpulkan bahawa
kejayaan fungsi menghibur sukar diukur oleh sumber maklumat kerana hanya
penerima maklumat itu sendiri yang dapat menentukannya. Pihak sumber mungkin
dapat mengetahui kejayaannya dengan bilangan naskhah majalah hiburannya
yang terjual, atau bilangan penonton yang menonton sesuatu rancangan hiburan.

Berdasarkan pandangan Schram dapatlah disimpulkan bahawa proses


komunikasi itu akan melibatkan pelbagai fungsi komunikasi untuk menimbulkan
kesan yang lebih menyeluruh dan mendalam. Ini membawa maksud setiap kali
berlakunya aktiviti komunikasi sama ada lisan, bukan lisan, simbol, isyarat dan
seumpamanya akan diiringi dengan pelbagai fungsi dan tujuan lain. Contohnya,
dalam aktiviti komunikasi yang bertujuan untuk ‘memberitahu’ akan melibatkan
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 9

juga komunikasi dengan fungsi untuk ‘mendidik’. Demikianlah sebaliknya.


Pandangan ini selari dengan pandangan yang dikemukakan oleh Effendi (1995)
yang mengatakan bahawa komunikasi itu satu proses penyampaian mesej oleh
seseorang kepada orang lain untuk memberitahu, menyampaikan pendapat atau
untuk mengubah sikap dan perilaku seseorang baik secara langsung maupun
tidak langsung.

Terdahulu, Harold D. Lasswell (1948) pula mendefinisikan komunikasi


seperti berikut iaitu ‘siapa mengatakan apa melalui saluran apa kepada siapa
dengan kesan apa’. Definisi ini menjelaskan bahawa komunikasi adalah maklumat
yang disampaikan kepada penerima daripada penyampai melalui saluran-saluran
tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan harapan dapat
memberikan kesan kepada penerima sesuai dengan apa yang diinginkan oleh
penyampai. Beliau menegaskan bahawa komunikasi terbina atas lima unsur
seperti yang berikut:

i) Sumber (who)
ii) Mesej (says what)
iii) Saluran (in which channel)
iv) Penerima (to whom)
v) Kesan (effect)

i) Sumber (Who)

Sumber merupakan orang yang menyampaikan sesuatu maklumat atau pelaku


utama yang mempunyai kepentingan untuk berkomunikasi atau dengan kata lain
pihak yang memulakan sesuatu komunkasi itu. Sumber boleh terdiri daripada
seseorang individu, kumpulan, organisasi, komuniti atau sesebuah negara.
Lazimnya, sumber dalam proses komunikasi mempunyai maklumat, idea,
pandangan mahupun hasrat untuk dikongsi dengan pihak lain. Adakalanya,
sumber boleh jadi ingin mengubah tingkah laku pihak lain selaras dengan fungsi
komunikasi yang telah diperbincangkan sebelum ini.

ii) Mesej (Says what)

Mesej merupakan perkara yang hendak disampaikan oleh sumber atau penyampai
kepada pihak lain. Mesej boleh juga bermaksud informasi iaitu apa yang hendak
disampaikan kepada penerima.
10 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

iii) Saluran (In which channel)

Saluran digunakan untuk menyampaikan mesej daripada penyampai atau


komunikator kepada penerima. Dengan kata lain, saluran merupakan alat atau
medium yang digunakan dalam proses menyampaikan sesuatu maklumat sama
ada secara langsung seperti bersemuka atau pun tidak langsung seperti melalui
media cetak, elektronik dan sebagainya.

iv) Penerima (To whom)

Penerima ialah sesorang yang menerima mesej. Sama seperti sumber, penerima
boleh terdiri daripada seseorang individu, kumpulan, organisasi, komuniti
atau sesebuah negara. Penerima merupakan destinasi sesuatu mesej. Tidak
mungkin adanya mesej tanpa penerima. Dengan kata mudah, penerima adalah
pasangan kepada penutur sama ada seseorang individu atau khalayak ramai.
Keberkesanan sesebuah komunikasi banyak bergantung kepada sejauh mana
penerimaan maklumat oleh si penerima.

v) Kesan (Effect)

Kesan adalah hasil daripada mesej yang disampaikan oleh penutur kepada
penerima. Setelah berlakunya sesebuah komunikasi hasil akhir akan dapat dirasai
atau dialami oleh penerima mesej. Kesan boleh jadi dalam bentuk pertambahan
pengetahuan, perubahan sikap, perasaan dan tingkah laku bergantung kepada
tujuan sesebuah komunikasi tersebut. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan
kesan dapat dioptimumkan maka pihak sumber, mesej, saluran dan penerima
mestilah melalui proses yang betul dan tepat.

Kembali kepada perbahasan berkaitan definisi komunikasi, Kamus Dewan


Edisi Keempat (2007) pula mentakrifkan komunikasi sebagai perhubungan
sama ada secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan
sebagainya. Manakala menurut Bovee dan Thill (2000), komunikasi merupakan
proses penghantaran dan penerimaan maklumat. Secara umumnya, komunikasi
ialah proses perpindahan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada
seseorang (Emery, Ault & Agee,1965). Ini dikukuhkan lagi oleh Guffey dan Almonte
(2010) yang mengatakan bahawa komunikasi adalah pemindahan maklumat dan
makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima).

Kesimpulannya, definisi komunikasi dapat disimpulkan sebagai satu


proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang kepada
seseorang yang lain yang memberi kefahaman yang dikongsi bersama-sama
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 11

oleh kedua-duanya iaitu penyampai mesej dan penerima mesej. Proses ini boleh
berlaku sama ada dalam bentuk komunikasi lisan atau pun komunikasi bukan
lisan iaitu sama ada melalui perbualan ataupun dengan gerak badan, ekspresi
muka atau simbol-simbol tertentu. Komunikasi mencapai klimaks apabila mesej
atau maklumat yang disampaikan bukan sahaja dapat difahami bahkan dapat
merangsang pihak lain untuk bertindak balas serta menggalakkan mereka terus
berfikir dalam merubah sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Saluran
Mesej

Penerima

Sumber
Maklum Balas

Proses komunikasi oleh Harold D. Lasswell (1948)


(Sumber: www.slideshare.net/conesti08com)
12 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

BAB 3

MODEL-MODEL KOMUNIKASI

Pengetahuan asas dalam menguasai kemahiran komunikasi bermula dengan


mempelajari teori-teori komunikasi kerana mempelajari teori komunikasi
merupakan tunjang dalam mendalami fenomena komunikasi. Teori merupakan
hasil pemikiran para pengkaji dalam pelbagai bidang ilmu. Demikianlah halnya
dengan ilmu komunikasi. Teori lazimnya dicipta berdasarkan keadaan sosiopolitik,
sejarah dan konteks dalam ruang lingkup kehidupan yang dialami dan diperhatikan
oleh pencipta atau pengkaji bidang tersebut. Teori komunikasi merupakan model
atau rajah-rajah yang menerangkan berkaitan fenomena-fenomena komunikasi
yang dicipta berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para ilmuan
bertujuan menjelaskan isu-isu yang wujud dalam dunia komunikasi melalui
penjelasan dan penghuraian terminologi konsep-konsep komunikasi.

Hakikatnya, kajian berkaitan model komunikasi banyak dilakukan sejak


berabad lamanya dan kajian ini semakin popular pada abad ke-21. Hal ini
demikian kerana menurut DePoy & Gilson (2011), komunikasi dikatakan sebagai
suatu yang sukar untuk difahami tetapi mudah untuk dijelaskan. Dek kerana
itulah, kajian berkaitan komunikasi tidak pernah ada penghujungnya. Setiap
ilmuan mempunyai pemahaman sendiri terhadap teori atau model komunikasi
dan mereka melihat komunikasi sebagai satu fenomena daripada sudut pandang
yang berbeza. Kekadang model yang dicipta bersifat fleksibel bergantung kepada
situasi semasa atau perubahan zaman. Memandangkan komunikasi adalah
suatu proses yang sangat kompleks untuk difahami maka suatu instrumen
atau model konseptual yang boleh membantu menjelaskan proses komunikasi
diperlukan. Melalui model komunikasi yang dicipta, mampu membentuk perspektif
komunikasi dengan cara menghuraikan komunikasi yang kompleks kepada
pemahaman yang lebih mudah tanpa menghilangkan komponen-komponen
yang ada di dalamnya.

Jenis-jenis Model Komunikasi

Terdapat tiga klasifikasi model komunikasi yang akan diketengahkan iaitu:

i) Model komunikasi linear


ii) Model komunikasi transaksional
iii) Model komunikasi interaksional
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 13

i) Model Komunikasi Linear

Model komunikasi linear adalah model komunikasi klasik yang menggambarkan


komunikasi berlangsung secara satu arah atau sehala. Sebenarnya, perkataan
linear itu sendiri bermaksud lurus. Oleh hal yang demikian, proses komunikasi
linear bersifat langsung daripada pengirim kepada penerima pesan tanpa adanya
feedback atau maklum balas. Dalam model komunikasi ini, penyampai bersifat
aktif manakala penerima mesej bersifat pasif. Penerima hanya mendengar tanpa
memberi maklum balas sama ada faham atau tidak faham, setuju atau tidak
setuju. Contohya, seorang hakim yang sedang membacakan pertuduhan kepada
orang yang didakwa bersalah atau seorang ibu yang sedang memberi kata-
kata nasihat kepada anaknya. Kedua-dua situasi ini tidak memerlukan maklum
balas daripada pendengar atau penerima mesej. Contoh lain ialah komunikasi
yang berlaku melalui media cetak dan media elektronik seperti radio, televisyen,
facebook, instagram dan sebagainya.

Antara model komunikasi linear ialah model komunikasi yang diketengahkan


oleh Aristoteles, model komunikasi Lasswell, model komunikasi SMCR Berlo,
dan model komunikasi Shannon dan Weaver.

Linear
Psikologikal

Fisiologikal
Semantik

Fizikal

Halangan
Pengirim / Sasaran /
Mesej
Sumber Penerima
Halangan
Psikologikal

Fisiologikal
Semantik

Fizikal

Model kamunikasi Linear


(sumber: https://www.slideshare.net/anisahmaryam5)
14 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

ii) Model Komunikasi Transaksional

Model komunikasi transaksional adalah model komunikasi yang menekankan


tentang pentingnya peranan pengirim mesej dan penerima mesej dalam proses
komunikasi. Proses komunikasi ini berlaku secara timbal balik antara kedua-
dua pihak iaitu pengirim dan penerima mesej bertanggungjawab menjayakan
matlamat komunikasi tersebut. Matlamat utama komunikasi jenis ini adalah untuk
membina hubungan antara pengucap dan penerima sama ada secara verbal
mahupun bukan verbal. Contohnya, jika rakan kita menyapa dengan ucapan
‘hi’ atau ‘helo’, maka kita hendaklah membalasnya sama ada dengan perkataan
mahupun sekadar melemparkan senyuman atau menganggukkan kepala tanda
anda membalas sapaannya.

Model komunikasi transaksional mengaitkan komunikasi dengan konteks


sosial, konteks hubungan dan konteks budaya. Model komunikasi yang merujuk
pada model komunikasi transaksional antaranya ialah model komunikasi
transaksional Barnlund (1970).

Transaksional
Halangan :
- Semantik
- Fizikal
- Psikologikal
- Fisiologikal

Mesej/Maklum Balas

Komunikator Komunikator

Bidang Bidang
pengamalan pengamalan
Kesamaan
pengamalan

Model Komunikasi Transaksional Barnlund (1970)


(sumber: https://www.slideshare.net/anisahmaryam5)

iii) Model Komunikasi Interaksional

Model komunikasi interaksional adalah model komunikasi yang menggambarkan


tentang komunikasi berlangsung secara dua hala iaitu daripada penyampai
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 15

kepada penerima dan daripada penerima kepada penyampai. Dalam proses


komunikasi ini kedua-dua mereka boleh bertukar-tukar peranan iaitu penyampai
menjadi penerima dan sebaliknya. Kenyataan ini sejajar dengan pendapat
Schramm (1997) yang menyatakan bahawa model komunikasi interaksional
menggambarkan komunikasi sebagai suatu proses yang melibatkan peserta
komunikasi saling bertukar posisi sebagai pengirim mesej dan penerima mesej
serta membentuk kesamaan makna dengan cara mengirim dan menerima
maklum balas. Proses komunikasi jenis ini lebih interaktif dan efektif berbanding
komunikasi linear dan transaksional.

Antara contoh situasi yang boleh menjelaskan model komunikasi


interaksional ialah komunikasi yang berlaku dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun bilik kuliah. Guru mengajar, murid
bertanya kemudian guru menjawab, seterusnya guru bertanya dan murid memberi
penerangan sebagai jawapan. Dalam masa yang sama guru boleh menjadi
sebagai seorang pengirim dan juga sebagai penerima mesej begitu juga dengan
peranan murid sebagai pengirim dan penerima mesej. Proses komunikasi ini
lazimnya berjalan secara terus menerus dalam jangka masa tertentu.

Elemen yang sangat penting dalam model ini adalah maklum balas
(feedback) atau tanggapan terhadap suatu mesej. Maklum balas boleh berupa
verbal ataupun bukan verbal, sengaja mahupun tidak sengaja. Pengucap dapat
menilai sejauh mana mesej yang disampaikannya diterima melalui maklum balas
yang diberikan oleh penerima. Manakala maklum balas pula mestilah berlaku
setelah mesej diterima dan bukannya semasa mesej sedang dikirim. Faktor
yang boleh menjayakan komunikasi ini banyak bergantung kepada pengalaman,
kepakaran, budaya, keturunan dan persekitaran seseorang. Model komunikasi ini
juga sangat sesuai diaplikasikan dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah.

Kesimpulannya, terdapat beberapa jenis model komunikasi yang mempunyai


takrifannya tersendiri. Model komunikasi dibina bertujuan memudahkan kita dalam
memahami proses komunikasi serta elemen-elemen yang menjadi asas kepada
sesuatu proses komunikasi tersebut. Pemahaman yang mendalam berkaitan
sesuatu proses komunikasi dapat mewujudkan komunikasi yang berjaya dan
efektif. Komunikasi yang berjaya dan berkesan memungkinkan seseorang itu
mempunyai peluang yang besar untuk menjadi individu hebat yang tersohor dan
disegani.
16 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Halangan

Mesej
Bidang pengalaman

Bidang pengalaman
Halangan Halangan

Pengirim Penerima

Maklum balas Maklum balas

Saluran

Halangan

Model Komunikasi Interaksional


(sumber: h�ps://www.slideshare.net/anisahmaryam5)
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 17

BAB 4

KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Komunikasi merupakan suatu aktiviti yang sangat penting dalam kehidupan


kita. Ini kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan
harmoni. Dengan komunikasi juga, dapat mengeratkan hubungan antara dua
pihak, dengan komunikasi juga kita dapat mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi dalam kehidupan sehari-hari. Ini bermakna manusia berkomunikasi
setiap masa bagi memenuhi pelbagai keperluan hidup. Komunikasi boleh juga
dikatakan sebagai proses manusia berkongsi pendapat, informasi dan perasaan.

Selain itu, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej


atau maklumat daripada seorang kepada orang yang lain. Komunikasi juga adalah
proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej atau maklumat
yang disampaikan. Menurut Ahmad Sultra Rustan dan Nurhakki Hakki (2017),
komunikasi merupakan aktiviti yang meresap dalam kehidupan kita sekarang
yang akhirnya akan menentukan kualiti kehidupan setiap individu, anggota
keluarga, para profesional dan anggota masyarakat. Kepentingan komunikasi
amat luas jika ingin diperkatakan. Walau bagaimanapun, buku ini membincangkan
kepentingan komunikasi yang dilihat dari sudut organisasi khususnya di sekolah,
yang boleh dijadikan panduan kepada pemimpin pendidikan. Amir Aris dan
Ahmad Rozelan Yunus (2016) menyatakan bahawa komunikasi adalah proses
interaksi untuk berhubung daripada satu pihak dengan pihak yang lain. Manusia
berkomunikasi setiap detik, ketika mereka dalam keadaan sedar. Mereka
merupakan makhluk sosial yang perlu berkomunikasi antara satu sama lain bagi
menjamin kelangsungan sistem sosial tersebut.

Dalam organisasi, penyampaian maklumat daripada satu pihak kepada


pihak yang lain merupakan satu perkara yang sangat penting. Kejayaan
menyampaikan maklumat daripada satu pihak kepada pihak yang lain akan
menjadikan matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai. Umum sedia maklum
bahawa komunikasi merupakan suatu elemen penting dalam proses pemindahan
maklumat tersebut. Di sekolah, perkara ini merupakan tanggungjawab pengetua
dan guru besar. Mereka perlu tahu bagaimana untuk menyampaikan maklumat
mengenai misi dan matlamat sekolah kepada semua warga sekolah. Ariffin Ba’ada
dan Robiah Sidin (2012) menyatakan bahawa pengetua sekolah memainkan
peranan penting dalam menjayakan misi dan matlamat sekolah. Komunikasi yang
berkesan bermakna guru-guru akan terlibat sama dalam membuat keputusan
dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru yang diajak berunding dan
melibatkan diri secara langsung biasanya merasai diri dan sumbangan mereka
18 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

dihargai; mereka juga mendapat kuasa untuk mengambil inisiatif dan bertindak
secara terbaik sesuai dengan kepakaran dan pengalaman tersendiri yang ada
dalam diri masing-masing.

Kepentingan komunikasi terhadap sesebuah organisasi dapat dipecahkan


kepada empat kategori utama iaitu hubungan dalaman organisasi, perhubungan
antara individu dalam organisasi, hubungan dengan pihak luar dan sebagai
alat penyaluran maklumat. Hal ini menjadikan komunikasi memainkan peranan
sangat penting dalam menjalinkan hubungan baik pihak atasan dengan subordinat
dalam sesebuah organisasi.

i. Hubungan dalaman organisasi

Sesebuah organisasi pastinya mempunyai misi dan dan matlamat yang telah
ditetapkan dan perlu dicapai dalam tempoh tertentu. Setiap warga organisasi
perlu sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat organisasi mereka. Dalam
hal ini, komunikasi memainkan peranan penting dalam menyampaikan
maklumat kepada warga organisasi mengenai misi dan matlamat agar mereka
lebih memahami apa yang terkandung dalam misi dan matlamat tersebut.
Bagi mencapai maksud tersebut, pihak pengurusan perlu bijak menggunakan
komunikasi yang bersesuaian agar situasi konduksif dapat diwujudkan dan
seterusnya misi dan visi yang ditetapkan dapat dicapai.

Sebagai pemimpin, keupayaan berkomunikasi perlu dititikberatkan. Bukan


sahaja kemahiran individu tetapi juga strategi komunikasi. Strategi komunikasi
merujuk kepada berbagai-bagai usaha yang diambil untuk membolehkan mesej
yang hendak disampaikan dapat difahami oleh penerima mesej. Dalam konteks
ini, pemimpin tersebut perlu bijak menggunakan medium atau saluran yang ada
untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan. Penggunaan teknologi terkini
amat membantu dalam menjayakan proses penyampaian maklumat yang hendak
disampai.

ii. Perhubungan antara individu dalam organisasi

Selain itu, kepentingan komunikasi juga ialah sebagai alat perhubungan antara
individu dalam organisasi. Menurut Mohd Fadzilah Kamsah dan Md. Yadi Said
(2005), komunikasi yang terdapat dalam organisasi bukan semata-mata untuk
menjalankan tugas dan aktiviti yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan
sahaja tetapi komunikasi juga dibentuk untuk mewujudkan jaringan perhubungan
antara rakan sekerja dan juga pihak atasan. Komunikasi yang terjalin antara
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 19

individu dalam sesebuah organisasi melibatkan hubungan secara formal


dan juga bukan formal. Kedua-dua hubungan tersebut perlu seimbang bagi
mewujudkan suasana kerja yang harmoni, kondusif, tanpa tekanan dan tanpa
sebarang konflik peribadi. Penting bagi seseorang pemimpin membina hubungan
yang baik dengan kakitangan mereka. Muhaya Mohamad (2015) berpandangan
bahawa perlu menjalinkan hubungan silaturrahim dengan pekerja serta sentiasa
rapat dan ramah dengan mereka. Seorang ketua dapat merasa dan memikirkan
apa yang ada dalam minda dan hati pekerja. Berhati-hatilah kerana hubungan
baik dan selesa antara ketua dan staf sangat penting; tidak boleh terputus
kerana mereka adalah aset yang akan membantu merealisasikan sasaran dan
pencapaian organisasi.

Sebagai contoh, setiap warga sekolah sentiasa berdepan dengan situasi


yang mencabar dalam menjalankan tugas. Kadang-kadang situasi tersebut boleh
menyebabkan guru-guru tertekan dan seterusnya mungkin boleh menyebabkan
berlakunya konflik. Pemimpin yang berkesan akan sentiasa memastikan warga
sekolah didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi dan seterusnya dapat
membantu mereka menyerap tekanan kerja dan menghalang konflik dalaman
yang boleh menjejaskan prestasi kerja guru-guru tersebut. Interaksi yang
seimbang akan memberi kepuasan dan keseronokan bekerja dalam kalangan
individu di sesebuah sekolah di samping mengukuhkan semangat kecintaan
terhadap profesion keguruan.

iii. Hubungan dengan pihak luar

Kepentingan komunikasi yang ketiga ialah mengenai hubungan dengan pihak luar.
Kepentingan komunikasi sesebuah organisasi bukan sahaja tertakluk kepada
warga kerja dalam sesebuah organisasi tertentu sahaja malah ia juga penting
dalam menjaga hubungan baik dengan pihak luar seperti agensi-agensi kerajaan,
agensi-agensi swasta, masyarakat umum, pembekal, media dan sebagainya
secara konsisten atau disebut juga sebagai pihak yang berkepentingan. Ini
kerana keberkesanan penyampaian atau perkhidmatan sesebuah organisasi
seperti sekolah akan dinilai melalui komunikasi lisan dan bukan lisan oleh pihak
luar. Secara tidak langsungnya, pembinaan imej melalui komunikasi tanpa lisan
dan lisan boleh meningkatkan mutu penyampaian sesebuah sekolah.

Semua sedia maklum bahawa warga sekolah khususnya para pemimpin


sekolah pada setiap hari akan berdepan dengan pihak yang berkepentingan atau
pemegang taruh dalam banyak urusan. Di sinilah menampakkan kepentingan
komunikasi berkesan. Kegagalan dalam komunikasi antara kedua-dua pihak akan
menyebabkan berlaku konflik yang boleh memberi kesan negatif terhadap pelbagai
20 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

urusan. Nurul Jamilah Ismail Rani dan rakan-rakan (2017) menyatakan jika proses
komunikasi dalam organisasi tidak berjalan seperti yang sepatutnya, organisasi
itu berkemungkinan akan menghadapi kegagalan. Komunikasi, organisasi dan
manusia adalah elemen yang saling bergantungan dalam memastikan matlamat
organisasi mencapai sasarannya. Keberkesanan komunikasi bergantung kepada
individu dan organisasi yang mengamalkan aktiviti komunikasi dalam kegunaan
formal dan tidak formal. Jelas mereka lagi, sesebuah organisasi tidak dapat
berjalan lancar sekiranya proses komunikasi dalaman tidak dilaksanakan dengan
baik dan sistematik. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada ketidakpuasan hati
pekerja, malah pekerja hanya datang ke tempat kerja untuk memenuhi tuntutan
kerja dan mencari rezeki tanpa merasa kepunyaan terhadap organisasi dan
bekerja untuk sama-sama mencapai matlamat organisasi

Oleh itu, peranan komunikasi dalam sesebuah organisasi seperti sekolah


sangat penting dalam menjaga hubungan dengan pihak luar kerana hubungan
yang baik dengan pihak luar akan dapat membantu mencemerlangkan sekolah
tersebut.

iv. Sebagai alat penyaluran maklumat

Komunikasi sebagai alat penyaluran maklumat. Lazimnya, sesebuah organisasi


menjadikan komunikasi sebagai satu mekanisme untuk menyalurkan maklumat
kepada warga organisasi mereka dan juga kepada masyarakat umum. Pihak
pengurusan menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk menyampaikan
maklumat khususnya kepada kakitangan mereka. Komunikasi berkesan
mampu bertindak sebagai penggerak kepada motivasi warga organisasi untuk
meningkatkan produktiviti masing-masing dan seterusnya mencemerlangkan
organisasi tersebut.

Selain faksimile, telefon, komputer, e-mel, memo dan lain-lain lagi, media
baharu seperti komputer, internet, media sosial seperti Whatsapp, Telegram,
Wechat, Facebook, Instagram dan sebagainya telah menjadi medium pilihan
utama pihak pengurusan untuk menyampaikan segala informasi kepada warga
sekolah. Ini membuktikan bahawa pada masa kini penyaluran maklumat dilihat
amat berkait rapat dengan penggunaan teknologi. Justeru, bagi memastikan
semua keputusan pengurusan dilaksanakan dengan berkesan maka teknologi
komunikasi pada hari ini perlu dimanfaatkan secara optimum yang mungkin.
Masalah jarak tidak lagi wujud pada hari ini kerana pemimpin boleh berhubung
atau berkomunikasi dengan pengikutnya tanpa mengira di mana mereka berada.
Selain itu, organisasi juga mempelbagaikan bentuk komunikasi mereka dengan
masyarakat umum seperti melalui iklan sama ada di media elektronik atau media
cetak.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 21

Komunikasi merupakan nadi utama dalam memastikan kejayaan sesebuah


organisasi mencapai matlamat mereka. Komunikasi merupakan wadah utama
yang menghubungkan sesebuah organisasi dengan pihak yang berkepentingan.
Malah, komunikasi yang berkesan membolehkan setiap kakitangan di sesebuah
organisasi melaksanakan fungsi mereka dengan lebih cekap dan berkesan.
Ahmad Jawahir Tugimin, Rosli Saadan dan Kalthom Husain (2011), menjelaskan
bahawa secara keseluruhan, komunikasi yang diamalkan dalam organisasi
banyak mempengaruhi kepuasan kerja staf sokongan.

Komunikasi Berkesan

Komunikasi berkesan bermaksud suatu komunikasi yang berjaya mencapai


objektif. Dalam komunikasi berkesan mesej yang disampaikan boleh difahami oleh
penerima dengan tepat dan jelas sama seperti yang penyampai ingin sampaikan.
Dengan perkataan lain, makna mesej difahami dan dikongsi bersama-sama oleh
penghantar dan penerima.

Menurut Helmi Akhbar dan Ilhaamie Abdul Ghani Azami (2017), seorang
yang menjadi pemimpin seharus menyedari keperluannya menguasai teknik
berkomunikasi yang berkesan. Kegagalannya menguasai komunikasi yang
berkesan akan menyebabkan sistem penyampaian maklumat kepada subordinat
kurang difahami atau mungkin menjadi khilaf antara mereka dan ini akan memberi
kesan yang besar kepada perjalanan organisasi. Oleh itu, sebagai seorang
pengurus mestilah mempunyai kewibawaan, kemampuan mengurus, dan
memimpin yang unggul, di samping daya motivasi yang tinggi untuk diteladani
oleh anggota organisasi yang lain.

Zainuddin Zakaria (2006) menjelaskan bahawa komunikasi berkesan


penting kerana pengurus perlu berkomunikasi dengan efektif bagi menentukan
semua proses pengurusan dapat dilakukan dengan berkesan. Helmi Akhbar dan
Ilhaamie Abdul Ghani Azami (2017) menyatakan bahawa komunikasi berkesan
penting kerana tugas seorang pemimpin sentiasa berkait dengan percambahan,
penciptaan hubungan dan penggunaan mekanisme tertentu yang banyak
melibatkan aktiviti komunikasi dan komponennya. Komunikasi yang baik perlu
untuk menjamin semua proses berjalan dengan baik supaya memberi kesan
kepada organisasi. Bagi Kamaruzaman Moidunny (2012), kebolehan guru
besar atau pengetua menyampaikan maklumat dengan berkesan serta tidak
mengelirukan akan membangkitkan dorongan bekerja yang tinggi, mampu
mengelakkan konflik dan salah faham serta membangkitkan perasaan saling
mempercayai antara satu sama lain.
22 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Nurul Jamilah Ismail Rani dan rakan-rakan (2017) menjelaskan bahawa


keberkesanan komunikasi dalam organsiasi adalah sangat penting, ini kerana
bermula dengan proses komunikasi yang lancar maka kerjasama dalam pasukan
antara rakan sekerja akan meningkatkan kualiti kerja dan membina kepuasan
kerja dalam setiap organisasi. Kerja berpasukan yang berkesan juga akan
mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan
daya motivasi ahli pasukan dalam organisasi.

Ciri-ciri Komunikasi Berkesan

Komunikasi berkesan sangat penting, khususnya dalam sesebuah organisasi.


Komunikasi berkesan dapat memastikan maklumat yang hendak disalurkan
dapat difahami dengan tepat oleh mereka yang menerima. Secara umumnya,
terdapat beberapa ciri komunikasi berkesan. Amir Aris dan Ahmad Rozelan
Yunus (2016) menjelaskan bahawa terdapat empat ciri komunikasi berkesan iaitu
kefahaman, keseronokan, menjaga kepercayaan sasaran dan adanya tindakan
yang menyusuli.

i. Kefahaman

Ini bermakna, apabila orang yang mendengarnya memahami kata-katanya


sebagaimana yang dimaksudkan. Sekiranya pendengar gagal memahami seperti
yang dimaksudkan, bermakna komunikasi tersebut tidak berkesan kerana tidak
dapat menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan.

ii. Keseronokan

Kadang-kadang seseorang individu itu berkomunikasi bukanlah disebabkan


mereka mempunyai maklumat atau mesej yang khusus yang hendak disampaikan
kepada sasarannya sebaliknya hanya mencari keseronokan. Sesetengah ucapan
di khalayak ramai bertujuan menimbulkan rasa seronok seperti ucapan dalam
majlis makan malam atau majlis penghargaan.

iii. Menjaga kepercayaan sasaran

Komunikasi yang berkesan merupakan komunikasi yang berkualiti serta mendapat


kepercayaan daripada sasaran kepada pengucap. Untuk menjaga kepercayaan
ini, pengucap perlu menyampaikan perkara yang benar sahaja. Dalam konteks
ini, setiap percakapan yang dituturkan mampu menarik kepercayaan orang lain.
Walau bagaimanapun, jika sasaran mengetahui apa yang disampaikan hanya
dusta, maka tiada lagi kepercayaan yang akan diberikan.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 23

iv. Wujudnya tindakan susulan

Terdapat juga seseorang yang berkomunikasi disebabkan dia mahu supaya ada
tindakan susulan. Sebagai contoh, seorang jurujual yang berkomunikasi dengan
pelanggannya disebabkan jurujual tersebut mahu orang membeli barangan yang
dijualnya. Semasa proses memperkenalkan barangan yang dijual, telah wujud
kemesraan tetapi jika orang tersebut tidak melakukan apa yang diharapkan oleh
jurujual itu, maka komunikasi tersebut belum boleh dikatakan berkesan.

Komunikasi yang berkesan dan terbuka akan mewujudkan perasaan


kepercayaan dan semangat kekitaan kepada semua ahli dalam organisasi. Ahli-
ahli akan berasa dihargai dan seterusnya menjadikan mereka bekerja dengan
lebih berdedikasi. Jika sebarang isu atau masalah yang timbul mudah untuk
diselesaikan, maka matlamat yang ditetapkan mudah untuk dicapai.
24 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

BAB 5

HALANGAN KOMUNIKASI DAN KAEDAH MENANGANINYA

Pengetua dan guru besar merupakan peneraju utama yang membentuk pasukan
bekerja di sekolah. Salah satu faktor utama yang menjadi penyumbang kepada
pembentukan budaya kerja yang dinamik adalah melalui kemahiran menyampai
dan menerima maklumat secara positif yang diistilahkan sebagai kemahiran
berkomunikasi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan dalam proses
komunikasi yang akan menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan.
Beberapa aspek perlu dipenuhi supaya proses komunikasi itu berkesan,
antaranya penutur, penerima atau pendengar, latar belakang komunikasi dan
topik perbicaraan. Jika terdapat halangan antaranya, proses komunikasi tersebut
akan terganggu dan komunikasi tersebut tidak berkesan. Perkara ini penting
diberi perhatian kerana komunikasi yang berkesan merupakan komunikasi yang
mencapai matlamatnya. Terdapat beberapa ciri yang perlu dipatuhi sebelum
sesebuah komunikasi itu dianggap sebagai berkesan, antaranya:

a. Personaliti

Penutur perlulah mempunyai kemahiran berucap dan berpenampilan diri yang


baik untuk menarik perhatian pendengar. Kelebihan ini akan membuatkan
pedengar mahu menerima apa yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut.
Dengan ini, kerja penutur untuk menarik para pendengar akan menjadi lebih
mudah. Sebagai contoh, seorang penceramah motivasi untuk murid sekolah
perlulah mempunyai perwatakan yang santai dan pandai memancing perhatian
murid-murid. Penceramah motivasi tersebut tentunya mendapat sambutan jika
dia berjaya menambat hati murid-murid.

b. Mendengar dengan aktif

Penerima maklumat hendaklah mendengar dengan teliti dan menjadi pendengar


yang aktif. Hal ini penting kerana jika seseorang individu menjadi pendengar
yang teliti, dia akan memahami apa yang disampaikan oleh penutur. Dengan
ini dia akan menjadi pendengar yang aktif dan boleh melontarkan soalan
mahupun pandangannya terhadap topik yang dikemukakan oleh penutur.
Dengan mendengar dengan aktif, penerima maklumat dapat mencerna informasi
dengan betul dan tiada salah tafsiran berlaku. Tindak balas positif akan berlaku
jika penerima mesej faham isi kandungan mesej dan memberi komen yang baik.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 25

Namun tindak balas negatif akan berlaku jika pendengar buat tidak endah dengan
penyampaian isi maklumat.

c. Bahasa badan

Bahasa badan penutur mampu mempengaruhi sesebuah komunikasi kerana


dengan menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan yang
sederhana, seorang penutur akan kelihatan lebih berkeyakinan ketika berucap.
Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan
yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi, seorang penutur yang akan
menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik.
Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang penting.

d. Bahasa yang mudah difahami

Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang penerima


maklumat yang hendak disampaikannya. Dalam erti kata lain, penutur perlu tahu
tahap penerima maklumat sama ada murid sekolah, mahasiswa mahupun orang
dewasa. Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut umur, para
penerima maklumat dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh
penutur. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, para pendengar
akan berasa seronok kerana mereka faham dengan penyampaian isi kandungan
penutur atau penceramah. Dengan ini, komunikasi yang berkesan akan berlaku
kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara pengirim dan
penerima mesej.

e. Kejelasan maklumat

Perkara ini penting bagi seorang penutur dan juga penerima. Penutur
haruslah menerangkan maklumat dengan jelas supaya penerima maklumat
dapat mencerna maklumat dengan baik. Dengan ini, matlamat penutur untuk
menyampaikan maklumat kepada penerima akan tercapai. Hal ini penting
kerana komunkasi yang berkesan mampu memberi pengaruh kepada penerima
maklumat tersebut. Salah satu fungsi komunikasi adalah mengubah tingkah laku
penerima menerusi perubahan sikap, nilai dan cara berfikir. Misalnya, apabila
seseorang itu mendengar pidato mengenai nilai integriti dan faham maklumat yang
disampaikan, pendengar itu akan mengaplikasikan nilai integriti dalam kehidupan
sehariannya. Selain itu, bimbingan yang positif dan berterusan daripada seorang
guru juga mampu meransang murid-muridnya untuk menjadi insan yang baik.
26 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Tidak dapat dinafikan, dalam proses komunikasi pasti ada halangan.


Halangan-halangan ini menyebabkan penerima maklumat tidak dapat
menganalisis maklumat dengan baik dan pemberi maklumat pula tidak dapat
menyampaikannya dengan lancar. Halangan ini menyebabkan penerima tidak
mendapat kesan hasil daripada penyampaian maklumat tersebut. Antara
halangan yang biasa wujud adalah pemahaman yang berbeza, penerimaan
maklumat yang tidak tepat disebabkan perkataan yang digunakan berlapis atau
pelbagai makna. Mungkin juga, perkataan yang berbentuk kiasan, maklumat
yang diragukan, keadaaan sekeliling yang tidak selesa, gangguan bising dan
sebagainya. Sekatan emosi seperti leka memikirkan sesuatu, tidak mampu
meluahkan apa yang difikirkan, trauma, kurang minat atau prasangka juga
menjadi halangan dalam komunikasi. Semua halangan ini boleh dikelaskan
kepada empat kategori iaitu, halangan fizikal, halangan psikologikal, halangan
sosiologikal dan halangan bahasa atau semantik.

Halangan Fizikal

Halangan fizikal disebabkan oleh gangguan yang berlaku secara langsung atau
nyata semasa proses komunikasi. Ini menyebabkan maklumat yang disampaikan
menjadi kurang jelas atau tidak diterima sepenuhnya. Persekitaran yang bising,
jarak yang jauh, keadaan yang gelap ataupun kotor mampu mengganggu
konsentrasi seorang pendengar. Keadaan yang sesak dan hingar-bingar juga
akan menjadikan penerima mesej hilang tumpuan. Selain itu, penerima mesej
mungkin akan tersalah mentafsir mesej yang disampaikan kepada mereka
kerana mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengucapan yang
diberikan gara-gara terganggu dengan keadaan persekitaran.

Halangan Psikologikal

Halangan psikologikal disebabkan wujudnya tanggapan yang berbeza antara


penghantar dan penerima mesej. Perbezaan tanggapan ini wujud disebabkan
penghantar dan penerima mempunyai latar belakang pendidikan atau
pengalaman hidup yang berbeza. Contohnya, seorang rakyat Syria yang tinggal
di Malaysia mengandaikan berlaku letupan bom jika ada orang main mercun.
Ini kerana pengalaman hidup yang dilalui oleh individu tersebut. Seseorang
yang pernah mengalami kes dera, akan terkesan jika melihat perlakuan dera di
televisyen akibat daripada kesan trauma yang pernah dilaluinya.

Selain itu, sikap dan emosi seseorang individu juga dapat mempengaruhi
proses komunikasi. Seseorang yang murung dan bersifat negatif tidak dapat
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 27

menyampaikan mesej yang baik kepada orang lain. Sebaliknya individu yang
ceria dan cergas mampu memberi pengucapan yang baik dan mempengaruhi
orang di sekelilingnya untuk menjalani kehidupan dengan ceria, aktif dan bersikap
positif.

Dalam organisasi, setiap pekerja mempunyai ciri peribadi yang berbeza.


Ada yang berfikiran positif dan ada pula yang berfikiran negatif apabila pihak
pengurusan mengambil tindakan tertentu. Sebagai contohnya, Encik Hafizi
seorang eksekutif pentadbiran telah dipindahkan dari jabatan kewangan ke jabatan
sumber manusia kerana pihak pengurusan syarikat berpendapat beliau yang
mempunyai pengalaman luas dapat membantu jabatan sumber manusia untuk
meningkatkan kualiti pentadbiran. Jika Encik Hafizi menganggap pertukarannya
bersifat dendaan, mungkin beliau tidak dapat menerima pertukaran jawatan
tersebut dan begitulah sebaliknya.

Halangan Sosiologikal

Halangan dari segi sosiologikal adalah disebabkan wujudnya perbezaan dari


segi persekitaran budaya dan sosial seperti perbezaan umur, bangsa dan jantina.
Cara percakapan yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang
lain juga boleh menjadi penghalang kepada komunikasi berkesan. Contohnya,
penduduk kampung gagal memahami maklumat tentang penyakit berbahaya
yang disampaikan oleh seorang doktor kerana perbezaan sosial dan budaya,
apatah lagi jika doktor berkenaan menggunakan istilah-istilah perubatan yang
boleh membawa kepada halangan bahasa atau semantik.

Halangan Semantik

Halangan dari sudut semantik pula adalah disebabkan oleh penggunaan


perkataan yang mempunyai banyak makna atau istilah yang berbeza-beza yang
bunyinya sama tetapi membawa maksud yang jauh berbeza. Sebagai contoh, di
Kedah, “gerek” membawa maksud basikal, tetapi di Sarawak, “gerek” membawa
maksud teman lelaki atau teman wanita. Perkara ini mampu mencetus salah
faham jika perkara yang mahu disampaikan oleh penutur membawa maksud
yang berlainan. Secara tidak langsung menyebabkan sesuatu perkataan
disalahtafsirkan oleh penerima maklumat. Kesannya, komunikasi yang berlaku
tidak berkesan akibat halangan tersebut.

Halangan juga terjadi apabila bahasa yang digunakan oleh penyampai


susah dan tidak difahami oleh penerima maklumat. Perkara ini merumitkan
28 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

proses penerimaan maklumat dan kesan yang lebih buruk lagi, penerima
tidak dapat memahami perkara yang disampaikan kepada mereka. Selain itu,
penerima maklumat akan membuat penilaian terhadap penutur. Penutur yang
tidak memberikan pengucapan yang baik akan mendapat penilaian pertama atau
‘first impression’ yang buruk daripada penerima. Dengan ini, mereka tidak mahu
mendengar lagi maklumat daripada penyampai.

Salah satu masalah yang dihadapi dalam menerapkan komunikasi


berkesan di sekolah adalah gangguan komunikasi. Gangguan dalam komunikasi
adalah perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan komunikasi
yang mengakibatkan maklumat yang diterima tidak tepat atau disalah tafsir oleh
subordinat. Menurut Ab. Aziz (2003), gangguan komunikasi ini boleh dikaitkan
dengan faktor jarak, masa, bahasa, sistem dan peraturan yang wujud di sekolah
semasa komunikasi dilaksanakan. Oleh itu, pentadbir sekolah seharusnya dapat
berhubungan dengan subordinatnya secara langsung seperti dalam mesyuarat
sekolah dalam usaha mengatasi masalah berkaitan faktor jarak semasa proses
berkomunikasi. Semakin jauh jarak semasa berkomunikasi maka semakin
banyak maklumat akan menjadi kabur atau hilang, maka adalah sangat penting
kepada pentadbir untuk berada berhampiran dengan subordinatnya semasa
berkomunikasi. Pentadbir sekolah juga perlu menentukan masa paling sesuai
untuk menyampaikan maklumat seperti mengambil masa perjumpaan selama
lima minit selepas setiap perhimpunan pagi bagi menyampaikan maklumat
kepada subordinatnya.

Penggunaan bahasa yang seragam dan mudah difahami semasa


menyampaikan maklumat akan membantu pentadbir menambahkan
keberkesanan komunikasinya. Dalam hal ini, penggunaan Bahasa Melayu
rasmi yang standard seharusnya ditekankan dalam usaha menyeragamkan
penggunaannya di seluruh sekolah di Malaysia. Sistem dan peraturan yang
digunakan di sekolah seharusnya menyokong penyampaian ketiga-tiga bentuk
komunikasi iaitu secara lisan, bertulis dan bukan lisan. Oleh itu, pentadbir
sekolah seharusnya mewujudkan ruang dan peluang untuk subordinatnya
mengemukakan maklumat secara lisan, bertulis dan bukan lisan.

Sekiranya komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan, maka


suasana yang harmoni tidak akan wujud dalam sesebuah organisasi atau
kumpulan masyarakat. Halangan-halangan tersebut mustahil dapat diselesaikan
dengan mudah kerana ia bersangkut-paut dengan sosioemosi dan sebab-sebab
yang tersemat dalam organisasi tetapi kita harus bijak menanganinya. Contohnya,
sekiranya terdapat perasaan tidak yakin atau tidak percaya dan ketakutan atau
prasangka dalam organisasi, maka perkara tersebut akan menghindar berlakunya
komunikasi. Dalam hal demikian, masalahnya bukan untuk memperbaiki
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 29

komunikasi lisan antara pihak yang terlibat, tetapi yang penting ialah untuk
menghapuskan perasaan yang tidak menyenangkan itu. Suasana organisasi
haruslah diperbaiki untuk mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan
percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan tanpa mengira tempat mereka
berada. Organisasi hendaklah dibangunkan berdasarkan nilai-nilai manusia dan
konsep kecekapan. Komunikasi merupakan satu aktiviti yang melibatkan banyak
masa dan pengurusan yang baik itu bergantung kepada komunikasi yang baik.

Kesimpulannya, halangan komunikasi yang wujud di sekolah seharusnya


diteliti oleh pentadbir sekolah dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan.
Jika segala gangguan dapat ditangani dengan baik, subordinat di sekolah tidak
akan kabur dan tidak akan keliru dengan maklumat yang disampaikan. Hal ini
akan dapat mewujudkan keseragaman dalam kefahaman terhadap maklumat
yang disampaikan. Lantaran itu, mereka akan dapat bekerjasama membentuk
pasukan kerja yang dinamik kerana semua tindakan yang dilaksanakan adalah
berasaskan kepada kefahaman yang sama.
30 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

BAB 6

JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Terdapat pelbagai klasifikasi tentang jenis-jenis komunikasi, namun pada


asasnya komunikasi dapat dibahagikan kepada jenis-jenis berikut berdasarkan
bentuk penyampaiannya iaitu, komunikasi verbal dan komunikasi bukan verbal
termasuk komunikasi bertulis.

Komunikasi Verbal

Komunikasi verbal adalah komunikasi yang menggunakan simbol-simbol verbal,


baik secara lisan ataupun bertulis. Simbol atau mesej verbal menggunakan satu
suku kata atau lebih. Hampir semua mesej verbal yang kita lafazkan termasuk
dalam kategori disengajakan, iaitu dilakukan secara sedar untuk berhubungan
dengan orang lain secara verbal. Antara ciri komunikasi verbal ialah:

i. Disampaikan secara lisan atau tulisan.


ii. Komunikasi eksplisit dan cenderung kepada komunikasi dua hala.
iii. Kualiti komunikasi sering ditentukan oleh komunikasi bukan verbal.

Komunikasi verbal dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

i. Berbicara dan menulis


Berbicara ialah komunikasi verbal-vokal, sedangkan menulis ialah
komunikasi verbal-nonvokal. Contoh komunikasi verbal vokal ialah
pidato atau ceramah dan contoh komunikasi verbal-nonvokal ialah
surat-menyurat.

ii. Mendengarkan dan membaca


Mendengar dan mendengarkan adalah berbeza, mendengar bermaksud
semata-mata memungut getaran bunyi sedangkan mendengarkan
ialah mengambil makna daripada apa yang didengar. Mendengarkan
melibatkan 4 unsur yakni mendengar, memperhatikan, memahami dan
mengingat. Membaca ialah suatu cara untuk mendapatkan maklumat
daripada sesuatu yang ditulis.

Dalam komunikasi verbal ini, sekiranya penyampai menyampaikan


maklumat dalam bentuk kata-kata. Nada, intonasi dan kata-kata yang digunakan
memainkan peranan yang sangat penting. Dalam penyampaiannya, penyampai
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 31

harus menggunakan suara yang sesuai dengan perkara yang ingin disampaikan
agar penerima dapat mendengar dan memahami apa yang ingin disampaikan
oleh penyampai dengan lebih berkesan. Contohnya, meninggikan sedikit suara
kepada perkara yang penting supaya penerima lebih memberi perhatian.

Komunikasi bukan verbal merupakan pelengkap kepada komunikasi


verbal. Ini kerana komunikasi verbal tidak efektif dan tidak akan berkesan jika
penyampai tidak menggunakan komunikasi bukan verbal dengan baik ketika
menyampaikan maklumat. Contohnya, menggunakan bahasa badan semasa
penyampai sedang bercakap atau menyampaikan sesuatu perkara, sama ada
dengan gerakan tangan, lengok badan atau kontak mata. Ini jelas menunjukkan
hubungan antara komunikasi verbal dan bukan verbal sangat berkait rapat
dan tidak dapat dipisahkan. Menurut Larry L. Barker (Mulyana, 243) daripada
keseluruhan komunikasi yang kita lakukan, komunikasi verbal hanya berlaku
sebanyak 35%, dan selebihnya adalah komunikasi bukan verbal.

Komunikasi verbal juga memainkan peranan penting kerana kata-kata,


pemikiran atau keputusan, lebih mudah disampaikan secara verbal berbanding
bukan verbal. Pendengar atau pembaca lebih mudah memahami maklumat yang
disampaikan. Penyampai juga harus memeriksa kembali sama ada pendengar
atau penerima maklumat telah memahami maklumat yang disampaikannya.
Oleh sebab itu, maklum balas daripada penerima penting untuk diperhatikan bagi
memastikan komunikasi berjalan sesuai dengan apa yang diharapkan.

Komunikasi Bukan Verbal

Komunikasi bukan verbal adalah proses komunikasi yang melibatkan


penyampaian maklumat dengan tidak menggunakan kata-kata. Komunikasi
bukan verbal disampaikan menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi
wajah atau kontak mata. Penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut,
dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara bercakap seperti intonasi, penekanan,
suara, gaya emosi, dan gaya bercakap juga termasuk dalam komunikasi bukan
verbal. Pakar dalam bidang komunikasi bukan verbal biasanya menggunakan
definisi “tidak menggunakan kata” dan tidak menyamakan komunikasi bukan
verbal dengan komunikasi bukan lisan.

Berbagai-bagai definisi telah diberikan oleh pakar komunikasi tentang


komunikasi bukan verbal, antaranya Judee Burgoon (2003) mendefinisikan
komunikasi bukan verbal sebagai perilaku selain kata-kata yang membentuk
sistem kod secara sosial dan interpretasi dapat disedari secara bersama.
Judy Pearson (2003) pula menyatakan komunikasi bukan verbal sebagai
32 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

sebuah proses penyampaian maklumat tanpa kata yang menimbulkan makna.


K. Floyd (2009) mendefinisikan komunikasi bukan verbal sebagai perlakuan
pengiriman makna tanpa menggunakan kata-kata, manakala Mark L. Knapp dan
J.T. Hall (2002) menyatakan bahawa komunikasi bukan verbal merujuk kepada
komunikasi yang dihasilkan oleh beberapa makna lain selain kata-kata.

Meskipun pelbagai definisi telah diberikan, secara khususnya komunikasi


bukan verbal memiliki ciri-ciri berikut, iaitu:

a) Komunikasi bukan verbal memiliki saluran lebih daripada satu dan dapat
dilakukan secara bersamaan pada waktu yang sama dengan komunikasi
verbal.

b) Komunikasi bukan verbal bersifat analog dan berlanjutan. Analog yang


dimaksudkan adalah dapat diukur dan lebih banyak menggunakan
bahasa tubuh. Kebanyakan orang tidak menggunakan ekspresi wajah,
tetapi lebih cenderung kepada menggabungkan gerakan wajah ketika
berkata-kata.

c) Komunikasi bukan verbal sangat ideal untuk mengekspresikan emosi


berbanding komunikasi verbal.

Bentuk komunikasi bukan verbal adalah isyarat komunikasi yang terdiri


daripada simbol yang bukan kata-kata. Berikut adalah bentuk-bentuk komunikasi
bukan verbal seperti gerakan tubuh dan ekspresi wajah. Ilmu yang memperkatakan
tentang postur tubuh, gerakan-gerakan tubuh dan ekspresi wajah disebut sebagai
kinesik. Kinesik berasal dari bahasa Yunani iaitu kinesis yang bermaksud gerak
isyarat dalam komunikasi termasuk mimik muka dan gerakan badan. Ekman dan
Friesen (1978) mengkategorikannya berdasarkan fungsi asal dan makna seperti
yang berikut:

a) Emblems adalah gerakan yang menggantikan kata dan kalimat.


Contohnya seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang
bermaksud “harap diam”. Penggunaan emblems perlu dihalusi kerana
biasanya akan memiliki maksud berbeza antara budaya atau tempat
yang berlainan.

b) Ilustrators gerakan yang dapat menguatkan maklumat verbal.


Contohnya seperti menganggukkan kepala saat mengucapkan kata “Ya”
dan menggelengkan kepala ketika mengatakan “Tidak”. Isyarat bukan
verbal ini lebih bersifat universal daripada keempat-empat kategori yang
ada.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 33

c) Affect displays iaitu gerakan daripada wajah dan tubuh yang digunakan
untuk menunjukkan emosi. Contohnya ekspresi dan gerakan seseorang
yang sedang menyaksikan filem kesukaannya atau seseorang yang
menutup pintu dengan kuat ketika sedang marah.

d) Regulators adalah gerakan bukan verbal yang menguasai gerakan ketika


berkomunikasi. Contohnya melihat jam tangan ketika bosan atau pergi
meninggalkan seseorang ketika berbual kerana ingin menghentikan
perbualan.

e) Adaptors adalah gerakan yang mungkin dilakukan pada waktu yang


bersendirian tapi hanya sebahagian dilakukan ketika berada di depan
khalayak seperti memicit jerawat pada saat sendirian dan ketika berada
di tempat awam, yang dilakukan hanya mengusap jerawat berkenaan.

Secara tuntasnya, komunikasi bukan verbal ini meliputi bahasa tubuh


(body language), gerak tubuh (gesture), ekspresi wajah (facial expression)
dan bentuk tubuh (posture). Dengan kata lain, penyampai tidak menggunakan
kata-kata dalam menyampaikan sesuatu yang diinginkannya namun dengan
menggunakan bahasa tubuh atau ekspresi wajah dan gerak tubuh tertentu sudah
dapat menyampaikan maksud yang ingin disampaikannya. Kadang-kadang,
bahasa tubuh atau ekspresi wajah atau gerak tubuh tersebut terjadi secara tidak
sengaja, contohnya seperti berpeluh kerana ketakutan atau pipi menjadi merah
ketika merasa malu. Contoh lain seperti apabila kita sakit kepala, tangan akan
diletakkan di kening untuk menandakan kepala kita sakit atau pening. Ini juga
merupakan salah satu daripada bentuk komunikasi bukan verbal.

Pakar-pakar komunikasi mengkategorikan komunikasi bukan verbal kepada


jenis-jenis berikut:

i. Komunikasi objek
Dalam hal ini yang paling umum ialah penggunaan pakaian oleh
seseorang. Seseorang itu sering dinilai daripada jenis pakaian yang
dipakainya, walaupun ini dianggap termasuk salah satu bentuk
stereotaip. Misalnya, orang lebih menyukai orang lain yang cara
berpakaiannya menarik. Selain itu, dalam temu duga pekerjaan
seseorang yang berpakaian menarik biasanya lebih mudah mendapat
pekerjaan berbanding dengan yang tidak berpakaian menarik.

ii. Sentuhan
Dalam kategori ini termasuklah bersalaman, menggenggam tangan,
berciuman, mengelus-elus, pukulan dan lain-lain. Setiap bentuk
34 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

komunikasi ini menyampaikan maklumat tentang tujuan atau perasaan


daripada penyentuh. Sentuhan juga dapat menyebabkan suatu perasaan
kepada penerima sama ada sentuhan itu positif ataupun negatif. Haptik
ialah bidang yang mempelajari sentuhan sebagai komunikasi bukan
verbal.

Komunikasi Bertulis (Written Communication)

Komunikasi bertulis atau written communication adalah proses penyampaian


maklumat dengan menggunakan berbagai-bagai tanda, simbol, gambar dan grafik.
Maklumat atau perkara yang ingin disampaikan tersebut dapat dicetak ataupun
ditulis dengan tulisan. Komunikasi bertulis ini sangat penting untuk menyampaikan
maklumat yang rumit seperti statistik dan data-data penting lainnya yang tidak
mudah untuk disampaikan melalui ucapan atau dialog. Komunikasi bertulis ini
memungkinkan maklumat dicatat sehingga dapat dijadikan referen atau rujukan
pada kemudian hari dan hasil daripada komunikasi bertulis ini juga dapat dibahas
berulang kali. Ada juga menyebutkan komunikasi bertulis ini sebagai komunikasi
visual (visual communication).

Komunikasi bertulis ini harus ringkas dan jelas agar dapat meng-
komunikasikannya secara efektif. Laporan bertulis yang bagus dan benar adalah
menggunakan tatabahasa yang tepat dan tidak menggunakan kata-kata yang
berlebihan atau kata-kata lewah sehingga dapat benar-benar menyampaikan
maklumat yang diperlukan. Antara contoh komunikasi bertulis dalam organisasi
ialah surat, minit mesyuarat, minit curai, memo dan banyak lagi yang disampaikan
dalam bentuk tulisan.

Komunikasi Sehala

Maklumat yang disampaikan tidak memerlukan reaksi daripada penerima


maklumat tersebut. Orang yang bercakap lebih banyak melibatkan diri dalam
memberi arahan, huraian, penjelasan serta penerangan kepada pendengar.
Ia juga merupakan ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai yang
membicarakan sesuatu perkara. Contohnya ceramah. Ceramah merupakan
komunikasi berbentuk penerangan di mana penyampai menyampaikan
maklumat yang agak banyak dalam tempoh tertentu. Seseorang penceramah
perlu membuat persediaan seperti pembacaan dan memilih isi-isi penting untuk
menyediakan hujah bagi sesuatu permasalahan dan kesimpulan.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 35

Komunikasi Dua Hala

Maklumat yang disampaikan oleh penyampai memerlukan reaksi atau maklum


balas daripada penerimanya. Komunikasi secara dua hala melibatkan interaksi
antara penyampai dan pendengar (penerima). Kedua-dua pihak iaitu penyampai
dan pendengar dapat berkomunikasi serentak dalam satu masa sama ada
memberikan pendapat, pandangan atau idea ketika penyampai meminta respon
atau maklum balas. Antara contoh yang jelas ialah debat. Debat merupakan
komunikasi yang berbentuk penyelidikan, pengupasan dan perbincangan. Debat
adalah satu jenis perbincangan formal yang melibatkan interaksi dua hala antara
pencadang dengan pembangkang. Komunikasi dua hala akan berlaku apabila
pembangkang, membangkang hujah-hujah pencadang. Selain itu, mesyuarat,
perbincangan, perbualan dan apa-apa sahaja komunikasi yang melibatkan dua
pihak atau lebih yang memerlukan maklum balas dikira sebagai komunikasi dua
hala.
36 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

BAB 7

KOMUNIKASI BAHASA

Kesantunan Bahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata santun membawa maksud ‘halus’
yang merujuk kepada budi bahasa dan budi pekerti; beradab dan sopan. Kata
kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti
dan kesopanan (Awang Sariyan, 2007). Oleh itu, kesantunan bahasa secara
umumnya berkaitan dengan penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi pasangan komunikasinya. Dalam kehidupan seharian sama ada di
rumah ataupun di tempat kerja, sememangnya komunikasi memainkan peranan
penting dalam melancarkan segala urusan kita. Semasa kita berada di rumah,
faktor budaya mempengaruhi kesantunan bahasa dalam keluarga. Di sini, kita
melihat apa yang disebut sebagai talian perhubungan antara penutur. Jika
seorang anak berbicara dengan ayah atau ibunya maka bahasa yang digunakan
perlu menunjukkan hormat dan mendengar nasihat.

Dalam situasi ini, maka laras bahasa yang digunakan termasuklah


“Assalamualaikum ayah”, “Ayah sihat?”, “Ayah, saya akan ke sana esok” dan
lain-lain lagi. Di sini kita boleh merasai kemesraan antara ahli keluarga dan timbul
rasa hormat antara satu sama lain. Begitu juga jika kita mendengar perbualan
antara anak dan ibu. Terdapat elemen kemesraan dan hormat seorang anak
kepada ibu dan sikap hormat ini dapat dimanifestasikan melalui perbualan. Ini
adalah antara ciri-ciri budaya dan norma yang kita kenali sebagai budaya timur
yang mementingkan kesopanan dan kesantunan bahasa. Jika kita lihat kepada
negara maju di Barat, budaya yang berbeza menyaksikan anak akan memanggil
ayah atau ibu mereka dengan nama mereka. Di situ mereka merasakan bahawa
tidak perlu ada batasan atau limitasi ibu bapa dengan anak-anak kerana mereka
taksub dengan keadilan dan hak sama rata, maka hubungan antara anak
dan ibu bapa akan dianggap sebagai hubungan biasa. Berbagai-bagai teori
mengenai hubungan ini tetapi yang pentingnya adalah bagaimana anak tersebut
akan membesar menjadi orang dewasa. Terdapat kes-kes yang menunjukkan
anak-anak yang dibesarkan dengan cara begini akan membesar sebagai
seorang dewasa yang berjaya dan menjadi pemimpin tetapi mereka akan tidak
mengganggap ibu bapa sebagai orang yang penting dalam kehidupan mereka.

i) Kesantunan bahasa dalam pengendalian majlis

Walau bagaimanapun, jika kita lihat dalam konteks komunikasi dalam organisasi,
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 37

konsep kesantunan berbahasa adalah amat penting dalam komunikasi di


organisasi. Peraturan umum ini adalah berkaitan dengan etika kerja yang
sepatutnya kita laksanakan dan perkara ini menggambarkan budaya dan norma
masyarakat. Kita biasa melihat pengamalan kesantunan bahasa terutamanya
dalam majlis rasmi dan acara-acara yang melibatkan orang kenamaan. Misalnya,
bagi seseorang yang telah dilantik sebagai juruacara majlis, maka perkara
pertama yang lazimnya perlu dibuat adalah menulis skrip pengacaraan yang
akan digunakan sebagai panduan semasa mengendalikan majlis. Perlu diingat
bahawa setiap juruacara perlu mendapatkan atur cara pentadbiran majlis atau
atur cara majlis daripada urus setia untuk digunakan semasa menulis skrip
pengacaraan majlis. Tugas pengacara majlis adalah untuk menjadikan perjalanan
majlis lancar seperti yang dirancang. Dalam aspek kesantunan berbahasa,
penggunaan panggilan hormat yang tepat perlu dititikberatkan supaya selaras
dengan surat pekeliling panggilan hormat bagi orang kenamaan yang sedang
berkuat kuasa pada masa ini. Berikut adalah beberapa contoh panggilan hormat
yang digunakan oleh pengacara majlis dalam mengacara sesuatu majlis sama
ada majlis rasmi dan formal ataupun majlis rasmi dan tidak formal:

1. Yang Berhormat (YB) adalah panggilan hormat untuk orang kenamaan


yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-
Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat (YB Senator
untuk Ahli Dewan Negara) dan panggilan hormat Yang Berbahagia (YBhg.)
untuk isteri masing-masing.

2. Yang Berbahagia adalah untuk orang kenamaan dengan gelaran Tan Sri,
Datuk, Dato’ serta isteri masing-masing dan berdasarkan jawatan seperti
Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Penglima Angkatan Tentera,
Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua
Setiausaha Kementerian serta isteri masing-masing.

3. Yang Berusaha (YBrs.) adalah untuk Ketua Jabatan Persekutuan,


Penyandang Jusa C dan ke atas (Mejar Jeneral/Timbalan Komisioner
Polis dan setaraf ke atas). YBrs. juga digunakan untuk ahli akademik yang
memiliki Ijazah Doktor Falsafah seperti YBrs. Dr. dan YBrs. Prof. Madya Dr.

4. Tuan digunakan sebagai penggilan hormat keturunan bagi Syed/Sheikh


dan panggilan hormat keagamaan untuk Haji. Puan (yang belum kahwin
Cik) pula digunakan untuk panggilan hormat keturunan untuk Sharifah/Siti
dan panggilan hormat keagamaan untuk Hajah.

(Sumber Rujukan: Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 – Panggilan


Hormat dan Kaedah Penggunaannya, Jabatan Perdana Menteri)
38 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Berikut disertakan contoh penggunaan panggilan hormat dan atur cara


majlis, atur cara pentadbiran majlis dan teks pengacaraan majlis.

ii)i)Contoh
Contoh Penggunaan
Penggunaan Panggilan
Panggilan Hormat Hormat
dam Atur dan
Cara Atur
MajlisCara Majlis

ATUR CARA MAJLIS SEMINAR NASIONAL


PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE-24
TAHUN 2017

Tarikh: 7 Ogos 2017 (Isnin)

2.00 - 7.00 Pendaftaran Peserta


malam
8.30 - 9.30 Taklimat Peserta
malam Tempat : Auditorium Dato’ Razali Ismail

Tarikh: 8 Ogos 2017 (Selasa)

8.30 - 10.00 Ucap Utama 1:


pagi
YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN Moderator:
TIMBALAN KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA En. Mazlan bin Samsudin
(SEKTOR PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME KEGURUAN)

Tajuk: Pemimpin Berprestasi Tinggi

10.00 - 10.30 Minum Pagi


pagi
10.30 - 12.30 Majlis Perasmian Pembukaan Seminar
tengah hari Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan Ke-24

i)Ketibaan dif-dif jemputan

ii)Ketibaan
YBHG. TAN SRI DR. KHAIR BIN
MOHAMAD YUSOF
KETUA PENGARAH PELAJARAN
MALAYSIA

iii) Ketibaan
YBHG. DATO’ SRI ALIAS BIN HAJI
AHMAD
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

iv) Ketibaan
YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
v) Lagu Negaraku
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 39

vi) Lagu Negeri Pahang


vii) Lagu IAB
viii) Bacaan Doa

ix) Ucapan alu-aluan oleh


YBRS. DR. ZAINAL AALAM BIN
HASSAN
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN
BAKI

x) Ucapan Perasmian Pembukaan oleh


YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

12.30 - 2.00 Makan tengah hari


petang
2.00 - 2.45 Pembentangan 1 Moderator:
petang “Keberkesanan Pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesional Di Sekolah YBrs. Dr. Kamaruzaman bin
Daerah Sibu” Moidunny /
YBrs. Dr. Ling Song Kai YBrs. Dr. Abdul Wahab bin
Muda
2.45 - 3.30 Pembentangan 2
petang “Teacher Support Plan”
Encik Mohd Azuan bin Mohd Nawawi

3.30 - 4.15 Pembentangan 3


petang “Pembinaan Model Pemikiran
Transformasi Pemimpin Sekolah”
YBrs. Dr. Mohd Yusri bin Ibrahim

4.15 - 5.00 Pembentangan 4


petang “Program Pembangunan Atlet”
Encik Zuhaidi bin Othman
40 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Tarikh: 9 Ogos 2017 (Rabu)

8.30 - 10.00 Ucap Utama 2: Moderator:


pagi
YBRS. DR. ISMAIL BIN ZIN YBrs. Dr. Wee Eng Lee/
PENASIHAT PENDIDIKAN UTUSAN YBrs. Dr. Kunalan a/l Kuriaya
MALAYSIA

Tajuk: Kepimpinan Futuristik

10.00 - 10.30 Minum Pagi


pagi
10.30 - 11.15 Pembentangan 5 Moderator:
pagi “Amalan Otonomi Profesionalisme
Guru: Kesediaan Pemimpin Sekolah Pn. Nor Hasimah bt Hashim /
Dalam Mengubah Lanskap Mindset YBrs. Dr. Noraziah bt Abdul
Guru” Aziz
YBrs. Dr. Shariffah Sebran Jamilah bt.
Syed Imam

11.15 - 12.00 Pembentangan 6


tengah hari “Transformasi SMK Padang Midin
Sebagai Sekolah Lestari”
Puan Hajah Zah bt. Mohamad

12.00 - 12.30 Pembentangan 7


tengah hari “Pengaruh Pemikiran Strategik
Terhadap Kemahiran Kepimpinan
Guru”
YBrs. Dr. Yogeswaran a/l Vedivelu

12.30 - 2.00 Makan tengah hari


petang
2.00 - 2.45 Pembentangan 8 Moderator:
petang “Rakan Strategik – Pengoperasian
SMK Bawong” YBrs. Dr. Zaiton bt Ismail /
Tuan Haji Annuar bin Mamat YBrs. Dr. Siti Ilyana bt Mohd
Yusof
2.45 - 3.30 Pembentangan 9
petang “Model Pengukuran Kepimpinan Digital
Pemimpin Sekolah”
Encik Mat Rahimi bin Yusof

3.30 - 4.15 Pembentangan 10


petang “Reka Cipta dan Inovasi”
Puan Ngann Sook Wei

4.15 - 5.00 Pembentangan 11


petang “TV Pusat Sumber Sekolah”
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 41

ii) Contoh Penggunaan Panggilan Hormat dalam Atur Cara Pentadbiran


Majlis

ATUR CARA PENTADBIRAN MAJLIS

1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON EDUCATIONAL


LEADERSHIP AND MANAGEMENT 2019 (1st ICELAM)

30 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2019

DISEMPURNAKAN OLEH:

YB DR. MASZLEE BIN MALEK


MENTERI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tempat:
AUDITORIUM DATO’ RAZALI ISMAIL
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
42

PERKARA/ PROSES
BIL MASA BAHAN/ALAT TEMPAT TINDAKAN/ PERSONEL
AKTIVITI KERJA

30 September 2019 (Isnin)

1 Pengurus Acara:
En. Azhan bin Ahmad

Floor Manager:
RAPTAI PENUH LCD Auditorium
9.00 PAGI-5.00 En. Rusli bin Wahab
RAPTAI MAJLIS PERASMIAN Laptop Dato’ Razali
PETANG
DAN PENUTUPAN Alat siar raya Ismail
Urus setia:
YBrs. Dr. Kunalan a/l Kuraiya
SEMUA AJK PELAKSANA

Urus Setia:
2 YBrs. Dr. Kunalan a/l Kuraiya
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

JK Tempat &Teknikal:
Auditorium
En. Abdul Wahib bin
Dato’ Razali
Muhammad Nasir
Ismail
PERSIAPAN :
LCD
9.00 PAGI-5.00 DEWAN DAN PENTAS JK Multimedia :
Laptop Bilik-bilik Sesi
PETANG BILIK SESI SELARI En. Wan Mohd Farid bin Wan
Alat siar raya Selari
PAMERAN Mohd Yusof
Lobi Menara
JK Pameran:
IAB
Pn. Norlelawati binti Megat
Rasidin
3 Urus Setia:
YBrs. Dr. Kunalan a/l Kuraiya

JK Pendaftaran:
Pn. Norliza binti Samad

Asrama JK Buku Program:


Pendaftaran Pendaftaran semua
2.00 ptg- Eksekutif Pn. Aziah binti Samichan
peserta dan peserta dan Laptop
5.00 ptg Asrama Induk
pembentang pembentang
JK Tempat &Teknikal: En.
Abdul Wahib bin Muhammad
Nasir

JK Jamuan:
Pn. Mariani binti Rahim

4 Urus Setia:
Taklimat Urus Setia
YBrs. Dr. Kunalan a/l Kuraiya
kepada pembentang
Auditorium
dan peserta LCD
Dato’ Razali Pengurus Acara:
Laptop
Taklimat Urus Ismail En. Azhan bin Ahmad
8.00 – 10.00 malam Taklimat Ketua JK Alat siar raya
Setia
Protokol dan Sambutan
Bilik L216 JK Pendaftaran:
kepada semua
Pn. Normah binti Ramli
LO/usherer/moderetor
JK Pengangkutan:
En. Muhammad Fazreen bin
Azmuddin

JK Sambutan dan Protokol:


Pn. Faridah binti Mohamad
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Contoh Ceraian Atur Cara Pentadbiran Majlis


43
44 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

iii) Contoh Penggunaan Panggilan Hormat dalam Teks Pengacaraan


Majlis

UPACARA PERASMIAN SEMINAR KEBANGSAAN


Pemikiran Pendidikan Islamik di Alam Melayu :
Memugar Wacana Intelektual

Khamis 25 November 2010 / 18 Zulhijjah 1431Hijrah 9:00 pagi

BISMILLAH HIRAHMAN NIRRAHIM

YANG BERBAHAGIA DATO’ PROF. DR. MD TAHIR BIN MD AZHAR


Timbalan Rektor (Akademik dan Perancangan)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

YANG BERUSAHA DR. SITI RAFIAH BINTI A. HAMID


Pengarah, Institut Pendidikan UIAM

YANG BERUSAHA PROF. DR. HJ. MOHD. AKRAM BIN SHAIR


MOHAMED
Dekan, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim

YANG BERUSAHA PROF. ROSNANI BINTI HASHIM


Pengerusi Sekretariat Seminar

PEMBENTANG – PEMBENTANG KERTAS KERJA

PESERTA – PESERTA SEMINAR

RAKAN-RAKAN MEDIA / TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH


dan SELAMAT PAGI

Selepas panggilan hormat, adalah elok jika pengacara dapat


menyelitkan serangkap pantun sebelum memulakan majlis. Berikut
adalah contoh pantun pembuka majlis.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum pemula kata,
Hamba sembah pembuka bicara.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 45

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Kalau singgah Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga Kemboja,


Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah sedia di meja,
Sudilah santap tetamu budiman.

Seseorang pengacara yang baik akan sentiasa peka terhadap perubahan


yang berlaku dalam majlis. Senarai orang kenamaan yang sedia ada akan
berubah apabila orang kenamaan berkenaan tidak dapat hadir dan pengacara
akan dimaklumkan oleh urus setia jika berlaku perubahan sedemikian. Selain
itu, mungkin juga akan berlaku penambahan pada pengumuman kepada semua
hadirin. Oleh yang demikian, seorang pengacara yang baik perlu sentiasa
bertenang serta dapat mengawal keadaan yang tidak menentu dengan baik. Bagi
seorang pengacara majlis, kesantunan bahasa diserlahkan menerusi bahasa
yang digunakan semasa mengacara majlis. Kawalan suara yang sesuai dan
menawan dapat menarik minat pendengar untuk mendengar dan mengambil
perhatian. Penggunaan pantun yang berlebihan haruslah dielakkan. Pantun
biasanya digunakan semasa pembuka dan penutup majlis sahaja.

Dalam mana-mana majlis rasmi tetamu kehormat biasanya akan memberi


ucapan. Apabila pengacara majlis mempersilakan tetamu kehormat berkenaan
untuk berucap maka biasanya tetamu kehormat berkenaan akan mengucapkan
terima kasih kepada pengacara majlis sebelum beliau memulakan ucapannya.
Sebagai contoh, beliau akan menyatakan, “Terima kasih kepada saudara/ saudari
pengacara majlis”.
46 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Sebelum mengakhiri ucapan dalam sesuatu majlis, tetamu kehormat tidak


perlu menyebut ungkapan menyerahkan balik majlis kepada pengacara majlis.
Walau bagaimanapun, bagi seorang moderator sesi perbincangan yang ingin
menamatkan sesi tersebut perlu menyebut menyerahkan semula sesi kepada
pengacara majis seperti contoh ayat berikut:

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian
dalam sesi perbincangan ini. Saya serahkan kembali sesi ini kepada pengacara
majlis.”

ii) Kesantunan berbahasa dalam urusan rasmi dan urusan tidak rasmi

Sesuatu urusan itu dikategorikan sebagai urusan rasmi apabila urusan tersebut
berkaitan dengan pentadbiran kerajaan. Antara urusan rasmi yang lazim
dilaksanakan dalam masyarakat kita ialah:

i) Surat-menyurat rasmi
ii) Mesyuarat
iii) Seminar dan persidangan
iv) Kolokium
v) Kuliah
vi) Hari Bertemu Pelanggan
vii) Dialog
viii) Forum

Menurut Awang Sariyan (2007) dalam semua suasana dan urusan rasmi
aspek kesantunan bahasa perlu berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam
bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa seperti
aspek linguistik, sosiolinguistik dan pragmatiknya. Peraturan linguistik meliputi
mematuhi aspek tatabahasa, tersusun wacananya, ditulis dengan berdasarkan
tulisan yang betul dan disebut dengan betul. Aspek sosiolinguistik pula merujuk
kepada bahasa yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang berkaitan
dengan sistem sosial masyarakat kita. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti
dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah
disahkan oleh pihak kerajaan. Daripada segi pragmatik, perlu ditentukan agar
penggunaan bahasa itu sesuai dengan tujuan sesuatu majlis atau urusan itu agar
tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa dapat
dipelihara.

Urusan yang tidak rasmi pula berkaitan dengan sesuatu yang lebih bersifat
persendirian, peribadi dan tidak berkaitan dengan kerajaan. Antara beberapa
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 47

contoh urusan tidak rasmi yang lazim berlaku dalam masyarakat kita termasuklah:

i) Kenduri-kendara
ii) Majlis perkahwinan
iii) Perbualan sama ada bersemuka atau melalui alat perhubungan
iv) Urusan jual beli
v) Hari keluarga

Dalam urusan yang tidak rasmi, komunikasi yang berlaku tidak terikat
kepada tatacara yang terlalu ketat seperti aspek bahasa yang digunakan.
Peraturan-peraturan linguistik menjadi lebih longgar kerana yang dipentingkan
di sini ialah sesuatu komunikasi itu boleh difahami dengan baik oleh kedua-dua
belah pihak yang terlibat. Penggunaan bahasa badan juga boleh digunakan dalam
menyampaikan seuatu maksud sebagai contoh dengan menunjukkan memek
muka sahaja boleh memberi kefahaman kepada rakan berkomunikasi yang kita
tidak bersetuju dengan cadangan mereka. Walau bagaimanapun, komunikasi
tidak rasmi masih mementingkan aspek sosiolinguistik dan pragmatik. Sebagai
contoh, panggilan sapaan yang betul masih penting walaupun komunikasi itu
berlaku dalam sistem kekeluargaan. Kata sapaan perlu betul berasaskan taraf
atau kedudukan dalam keluarga, faktor usia dan faktor hubungan sama ada rapat
atau tidak rapat . Anak akan membahasakan diri sebagai ‘saya’ bukannya ‘aku’
sewaktu bercakap dengan ibu atau bapa. ‘Aku’ boleh sahaja digunakan sekiranya
rakan bercakap kita sama usia atau kawan yang rapat.

Walaupun dalam situasi tidak rasmi, orang yang lebih tua atau lebih
tinggi kedudukan daripada kita perlu dihomati. Lantaran itu, laras bahasa
yang digunakan juga perlu sesuai dan boleh diterima oleh individu berkenaan.
Memanggil nama semata-mata kepada orang yang lebih tua atau lebih tinggi
kedudukannya adalah tidak sesuai dan kurang dalam aspek kesantunan
berbahasa. Sebaik-baiknya, panggillah mereka dengan kata sapaan yang sesuai
dengan usia atau kedudukan mereka seperti abang, kakak, encik, puan, tuan
haji, Dato’ dan sebagainya. Perkara ini selaras dengan pepatah Melayu yang
menyatakan, “Yang tua dihormati, yang muda disayangi’.

Sebagai kesimpulannya, kesantunan bahasa bukan sahaja dipraktikkan


dalam kehidupan seharian kita bersama-sama keluarga malah perlu diamalkan
dalam organisasi sama ada semasa perbualan antara staf atau dalam
pengendalian majlis rasmi. Ini akan menggambarkan pengamalan protokol yang
baik dan pada waktu yang sama menggambarkan kesantunan bahasa yang
berpaksikan kepada budaya masyarakat kita.
48 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

BAB 8

KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan sesebuah


organisasi. Jatuh bangunnya sesebuah organisasi banyak ditentukan oleh
kelancaran dan kualiti komunikasi dalam organisasi tersebut. Di peringkat
sekolah misalnya, banyak masalah yang timbul kerap dikaitkan dengan
kelemahan komunikasi dalam kalangan warganya (Al. Ramaiah, 1999). Hal ini
disebabkan oleh komunikasi merupakan punca ataupun proses memperoleh
maklumat dalam pembuatan keputusan dan keputusan yang dibuat itu akan
mempengaruhi sistem sekolah. Sebagai contoh, komunikasi dengan guru
dan maklumat yang diperolehi melalui pencerapan akan dijadikan asas oleh
pengetua atau guru besar untuk membuat keputusan membantu guru berkenaan
dalam meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Komunikasi organisasi merupakan jaringan perhubungan antara individu yang
saling bergantungan antara satu dengan yang lain dalam berorganisasi. Individu-
individu dalam organisasi akan diberikan tugas dan tanggungjawab masing-
masing yang semuanya akan membawa ke arah pencapaian visi dan misi
organisasi tersebut. Dalam hal ini, komunikasi memainkan peranan yang sangat
penting dalam membina hubungan antara individu-individu tersebut. Sehubungan
dengan itu, komunikasi boleh dikatakan sebagai sine qua non bagi sesebuah
organisasi tersebut. Dengan komunikasi yang baik, masing-masing anggota
organisasi yang mempunyai kepentingan sendiri akan berhubungan antara satu
sama lain dalam membina kepentingan bersama. Dalam merumus kepentingan
komunikasi dalam organisasi, Nor Azlina (2010) menyatakan bahawa pihak
organisasi perlu memberi perhatian terhadap komunikasi yang wujud kerana ia
dapat mempengaruhi tahap kepuasan kerja para pekerja serta dapat membantu
dalam peningkatan prestasi kerja dan produktiviti organisasi.

Pengertian Komunikasi Organisasi

Dalam menjelaskan konsep komunikasi organisasi, dikemukakan beberapa


definisi yang boleh dijadikan asas untuk kita lebih memahami konsep komunikasi
organisasi. Antara definisi tersebut adalah seperti yang berikut:

Omardin (1990) mentakrifkan komunikasi organisasi sebagai proses untuk


mencipta dan bertukar-tukar maklumat dalam rangkaian hubungan yang saling
bergantungan antara satu sama lain untuk menyelesaikan perkara yang berlaku
di persekitaran yang tidak menentu.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 49

Sementara itu, Pearson (2011) pula menyatakan bahawa komunikasi


organisasi sebagai cara kumpulan manusia mengekalkan struktur dan ketertiban
menerusi interaksi simbolik mereka dan memberi kebebasan kepada individu
untuk mencapai tujuan mereka.

Daripada definisi-definisi tersebut, dapat difahami bahawa komunikasi


organisasi itu merupakan alat untuk mempengaruhi sesebuah organisasi dan
mengakses organisasi tersebut. Satu organisasi dengan organisasi yang lainnya
mempunyai perbezaan dari segi ciri-ciri komunikasinya bergantung kepada
bentuk dan budaya organisasi tersebut.

Jaringan Komunikasi

Dalam organisasi, komunikasi berlaku melalui saluran yang tertentu. Justeru,


bagi memudahkan proses komunikasi berlaku maka pihak organisasi akan
menyelaras saluran komunikasi yang akan digunakan di organisasi tersebut.
Jaringan komunikasi di organisasi berlaku secara formal dan tidak formal.
Rangkaian hubungan berasaskan kedudukan dan hubungan bersifat peribadi
antara individu-individu atau anggota-anggota dalam organisasi merupakan
fungsi kepada sistem komunikasi sama ada berbentuk formal atau tidak formal
dalam organisasi tersebut.

1) Komunikasi Formal

Pihak pengurusan sesebuah organisasi akan merancang sistem komunikasi


khususnya daripada siapa kepada siapa supaya segala tugas atau kerja dapat
dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Jaringan komunikasi ini wujud di setiap
organisasi sama ada organisasi yang besar atau pun organisasi yang kecil. Bagi
organisasi berskala besar, jaringan komunikasi mereka lebih rencam berbanding
dengan organisasi berskala kecil. Cara mudah untuk menggambarkan jaringan
komunikasi formal bagi sesebuah organisasi ialah dengan melihat kepada struktur
organisasinya. Struktur organisasi merupakan gambaran mengenai siapa yang
bertanggungjawab mengenai tugas yang diberikan dan kepada siapa mereka
bertanggungjawab.

Ronald Adler dalam bukunya Communicating at work: Strategies for


success in business and the professions telah membahagikan komunikasi formal
dalam organisasi kepada tiga (3) jenis, iaitu:
50 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

i) Komunikasi dari atas ke bawah

Menurut Katz dan Kahn (1978) terjadinya komunikasi dari atas ke bawah
apabila pihak pengurusan organisasi menyampaikan mesej kepada
staf bawahan. Komunikasi dari atas ke bawah meliputi perkara-perkara
berikut:

a) Job instructions yang merupakan arahan mengenai kaedah


pelaksanaan sesuatu tugasan.
b) Job rationate yang merupakan penjelasan tentang bagaimana
sesuatu tugasan itu berkaitan dengan tugasan yang lain.
c) Procedures and practices yang merupakan set maklumat mengenai
peraturan, kecekapan dan keuntungan.
d) Feedback yang merupakan maklumat mengenai tahap
keberkesanan kerja seseorang.
e) Indoctrination yang merupakan maklumat untuk memotivasikan
para staf dalam mencapai visi dan misi organisasi.

Di peringkat sekolah, pengaliran maklumat daripada pihak atasan


kepada pihak bawahan misalnya, pengaliran maklumat daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pihak sekolah berlaku melalui
pelbagai saluran seperti surat-surat pekeliling, buletin, laporan, media masa,
taklimat dan mesyuarat. Di sekolah pula pengaliran maklumat daripada
pihak atasan kepada pihak bawahan berlaku dalam pelbagai saluran
seperti memo, surat pekeliling, notis, mesyuarat, taklimat, mesyuarat,
perhimpunan dan perbualan. Dengan perkembangan teknologi maklumat
pada masa ini menjadikan pengaliran maklumat lebih mudah kerana dapat
dikongsi secara maya menerusi sistem pesanan ringkas, WhatsApp,
Telegram, Google Meet dan sebagainya.

Daniels, Spiker & Papa (1997) menyatakan bahawa komunikasi


menjadi tidak efektif sekiranya dihalang oleh masalah-masalah seperti
perbezaan persepsi, kaedah penyebaran maklumat, penapisan maklumat
dan kepatuhan melulu. Perbezaan persepsi antara subordinat dan pihak
atasan menyebabkan mesej sering disalahtafsirkan. Mesej juga mungkin
kabur jika sekiranya organisasi terlalu bergantung kepada penyaluran
mesej dalam bentuk tulisan. Di samping itu, mesej-mesej bukan lisan yang
negatif seperti mimik muka, intonasi dan sebagainya turut merenggangkan
hubungan pihak atasan dengan subordinat. Faktor-faktor ini menyumbang
kepada rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan yang seterusnya
mempengaruhi kepuasan terhadap keseluruhan aspek komunikasi
organisasi.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 51

ii) Komunikasi dari bawah ke atas

Menurut Pace dan Faules (2002) komunikasi vertikal ke atas (komunikasi


dari bawah ke atas) merupakan pengaliran maklumat dalam sesebuah
organisasi yang melibatkan pihak bawahan menyampaikan mesej
kepada pihak atasan. Perkara-perkara yang kerap menjadi bahan
komunikasi semasa proses komunikasi dari bawah ke atas ialah:

a) Memaklumkan tentang apa yang dilakukan oleh subordinat kepada


pihak atasan.
b) Masalah-masalah pekerjaan yang tidak dapat diselesaikan di
peringkat staf.
c) Cadangan untuk penambahbaikan sesuatu perkara berkaitan
kerja kepada pihak atasan.
d) Luahan perasaan subordinat tentang pekerjaan dan rakan-rakan
sekerjanya kepada pihak pengurusan.

Dalam organisasi sekolah, komunikasi daripada pihak bawahan


seperti guru dan anggota kumpulan sokongan dengan pihak atasan
iaitu pengetua atau guru besar boleh berlaku menerusi pelbagai saluran
seperti perbualan, perbincangan, pembentangan laporan, mesyuarat,
minit curai, peti cadangan, soal selidik dan melalui aplikasi media sosial
seperti sistem pesanan ringkas, Telegram dan WhatsApp. Komunikasi ini
boleh berlaku secara formal dan juga secara tidak formal. Waber (1993)
menyatakan bahawa komunikasi menjadi lebih berkesan jika melibatkan
perbincangan tidak formal, pembentukan prosedur bagi khabar-khabar
angin, sistem cadangan, perbincangan, mesyuarat kumpulan-kumpulan
kecil dan penerbitan-penerbitan organisasi. Menurut Goldhaber (1990)
wujud masalah ketidakpuasan terhadap komunikasi subordinat apabila
kurangnya kepercayaan di pihak subordinat terhadap pihak atasan yang
menyebabkan subordinat memutarbelitkan maklumat dengan hanya
memberitahu pihak atasan perkara-perkara yang positif dan gambaran yang
baik sahaja tentang subordinat. Razali (1999) mendapati bahawa rasa tidak
puas hati terhadap komunikasi daripada subordinat kepada pihak atasan
berlaku kerana proses komunikasi yang berlaku kepada pihak atasan tidak
mendapat maklum balas. Kalau adapun maklum balas, tempoh masa yang
diambil untuk memberi maklum balas oleh pihak atasan agak lama atau
langsung tidak memberi maklum balas. Pengajaran yang boleh kita buat
di sini ialah pihak pengetua dan guru besar perlu memberi maklum balas
seberapa segera yang boleh kepada sebarang pertanyaan, kemusykilan
atau maklumat yang disampaikan oleh guru-guru atau anggota kumpulan
sokongan kepada mereka.
52 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

iii) Komunikasi mendatar (Horizontal)

Bagi Anoraga (1992), komunikasi horizontal adalah komunikasi secara


mendatar yang melibatkan proses komunikasi antara pekerja dengan
pekerja sahaja. Komunikasi mendatar terjadi apabila berlakunya
penghantaran mesej antara satu sama lain dalam kalangan anggota
organisasi yang sama kedudukannya. Proses pertukaran mesej dalam
kalangan kakitangan yang sama peringkat adalah penting khususnya
dalam mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Perkara-perkara
yang dikategorikan sebagai komunikasi mendatar ialah:

a) Penyelarasan tugas antara staf dalam organisasi.


b) Penyelesaian masalah dalam kalangan staf organisasi.
c) Perkongsian maklumat tentang sesuatu perkara.
d) Penyelesaian konflik sesama staf dalam organisasi.
e) Pembinaan hubungan dalam kalangan staf.

Pihak pengurusan sekolah perlu mewujudkan situasi yang dapat


merangsang komunikasi ini berlaku dengan baik di sekolah. Proses
penghantaran dan penerimaan mesej dalam kalangan anggota organisasi
berlaku dengan menggunakan pelbagai saluran seperti perbualan,
perbincangan, mesyuarat, taklimat, PLC, mentor-mentee, konsultasi,
jamuan (portluck) dan sebagainya. Perasaan tidak puas hati akan timbul
sekiranya proses komunikasi ini dihalang oleh sempadan-sempadan
autoriti organisasi, pengkhususan, penggunaan jargon dan istilah yang
sukar difahami. Dengan perkembangan dalam teknologi komunikasi
seperti penggunaan e-mel, WhatsApp, Telegram dan sebagainya telah
menjadikan rantaian jaringan tradisi tidak lagi diikuti. Ahmad Sarji (1994)
menegaskan bahawa aspek komunikasi horizontal diakui penting dan harus
dititikberatkan sebagai usaha untuk mempertingkatkan kesepaduan dalam
konteks pengurusan organisasi di Malaysia.

2) Komunikasi Tidak Formal

Dalam sesebuah organisasi, komunikasi tidak formal berkembang sejajar


dengan perkembangan komunikasi formal. Jaringan komunikasi ini dikenali
sebagai grapevine atau khabar angin. Komunikasi tidak formal berlaku dalam
kalangan anggota organisasi tetapi berlakunya tanpa dirancang atau tidak terikat
dengan struktur organisasi yang formal. Komunikasi tidak formal ini berlaku
antara staf di luar aktiviti rasmi organisasi dan berlaku dalam kalangan anggota
organisasi yang rapat hubungannya. Komunikasi tidak formal merupakan proses
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 53

komunikasi yang berjalan tanpa mengikut sistem atau hierarki sesuatu organisasi.
Komunikasi tidak formal juga tidak mengambil kira kedudukan seseorang dalam
organisasi. Komunikasi jenis ini berfungsi untuk memelihara hubungan sosial dan
persahabatan kelompok tidak formal, perkongsian maklumat bersifat peribadi
seperti isu, gosip atau khabar angin. Dalam jaringan komunikasi tidak formal,
boleh berlakunya orang-orang yang tidak mempunyai kedudukan dan pengaruh
dalam struktur formal organisasi tetapi sangat berpengaruh dalam jaringan
komunikasi tidak formal. Selain itu, jaringan komunikasi ini akan mewujudkan
peranan yang lebih kompleks dalam organisasi. Kepentingan komunikasi tidak
formal dalam organisasi adalah untuk memelihara hubungan sosial kelompok
tidak formal dan mengendalikan aliran maklumat dalam organisasi supaya
maklumat tidak formal ini tidak menganggu perjalanan organisasi. Kegagalan
menguruskan jalinan komunikasi tidak formal dengan baik akan menyebabkan
isu-isu yang tidak baik akan mudah tersebar yang akhirnya akan memberi kesan
negatif kepada organisasi.

Masalah Komunikasi dalam Organisasi Sekolah

Para pengetua dan guru besar seperti juga pengurus-pengurus lain sering
berhadapan dengan pelbagai masalah komunikasi di sekolah mereka. Oleh hal
yang demikian, mereka perlu berusaha sedaya-upaya untuk menangani masalah
komunikasi yang mereka hadapi. Usaha tersebut diambil bagi melancarkan
proses komunikasi antara pihak yang berkepentingan dengan sekolah, dan
komunikasi dalam kalangan warga sekolah tersebut tidak terhalang.

Sebuah sekolah terdiri daripada pelbagai panitia dan unit yang berada
dalam satu tapak yang sama dari segi geografinya. Dalam konteks ini, sekolah
sebagai sebuah organisasi boleh dikonsepsikan sebagai satu sistem komunikasi
yang kompleks (Al. Ramaiah, 1999). Dalam hal ini, pengetua atau guru besar
perlu memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi terutamanya dalam membuat
penyelarasan aktiviti-aktiviti pelaksanaan projek-projek di sekolah. Tanpa
memiliki kemampuan berkomunikasi dengan baik, segala projek tersebut sukar
untuk dilaksanakan atau mungkin tidak dapat dilaksanakan langsung. Dengan
komunikasi berkesan, mudah bagi pengetua dan guru besar untuk mencapai
persetujuan tentang strategi pencapaian objektif serta prosedur penilaian dan
pencerapan pengajaran dan pembelajaran murid dalam bilik darjah.

Komunikasi menjadi lebih lancar sekiranya tahap kepercayaan antara


ahli-ahli dalam organisasi itu berada pada tahap yang tinggi. Pihak pengurusan
misalnya, perlu menaruh kepercayaan yang tinggi kepada semua stafnya dan
stafnya juga perlu ada kepercayaan yang tinggi kepada pihak pengurusan
54 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

mereka. Kekurangan kepercayaan, umpamanya antara pengetua atau guru


besar dengan guru-guru atau kakitangan sokongannya akan menjadi halangan
kepada wujudnya suasana saling persefahaman. Keadaan ini akan menganggu
komunikasi atau aliran maklumat antara mereka (Al. Ramaiah, 1999). Sering
terjadi seseorang guru itu kerana dipercayai oleh pengetua atau guru besarnya
maka kerap diberi maklumat secara terus oleh pengetua atau guru besarnya
berbanding guru lain yang kurang dipercayai. Hal ini terjadi kerana kepercayaan
kepada guru-guru itu berbeza. Jika ini berlaku maka komunikasi pengetua atau
guru besar kelihatan baik dengan guru yang pertama tadi tetapi kurang baik
dengan guru yang kedua. Keadaan ini tidak baik untuk kelancaran komunikasi di
sekolah tersebut. Sehubungan dengan itu, para pengetua atau guru besar perlu
menyantuni dan mempercayai semua stafnya secara sama rata.

Komunikasi dalam sekolah juga akan terganggu andainya warga sekolah


tersebut tidak mempunyai objektif yang sama serta tidak bersependapat
tentang strategi untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam menangani perkara ini,
pengetua atau guru besar perlu memainkan peranan untuk memimpin semua
warga sekolahnya ke arah hala tuju yang sama. Selain itu, mereka juga perlu
menghapuskan segala salah faham yang wujud dalam kalangan warga sekolah
yang dipimpinnya. Jika perkara ini dapat direalisasikan oleh pengetua atau guru
besar sudah tentu kemunikasi dalam kalangan warga sekolahnya akan menjadi
lancar dan berkesan.

Pemberian ganjaran kepada mereka yang berjaya menyumbang kepada


pencapaian objektif organisasi juga boleh menganggu komunikasi di organisasi
sekiranya tidak diberi secara adil dan saksama. Masalah komunikasi akan timbul
sekiranya terdapat pihak yang telah menyumbang kepada pencapaian objektif
organisasi tetapi tidak diberi ganjaran yang setimpal dengan sumbangan yang
telah diberikannya ataupun tidak diberi ganjaran langsung. Sehubungan dengan
itu, pihak pengurusan sekolah khususnya pengetua atau guru besar perlu
mengenal pasti dan menilai secara telus serta adil dalam memilih seseorang
untuk diberi ganjaran supaya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari.

Kekurangan kefahaman dan kepekaan kepada struktur sosial organisasi


seperti struktur tugas, struktur kewibawaan, struktur status dan sebagainya juga
boleh menyumbang kepada pelbagai masalah dalam komunikasi di sekolah.
Menurut Al. Ramaiah (1999) wujud beberapa struktur dalam organisasi sekolah
yang mempengaruhi corak komunikasi di sekolah tersebut. Misalnya, wujud
struktur kerja yang melibatkan beberapa orang ditugaskan untuk melakukan
tugas-tugas tertentu dengan bantuan beberapa orang yang lain. Struktur
kewibawaan juga wujud dengan beberapa orang diberi kuasa untuk menyelia
dan mengarah aktiviti-aktiviti kerja orang lain di sekolah tersebut. Wujud juga
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 55

struktur status yang melibatkan individu-individu tertentu diberikan hak dan


keistimewaan dalam organisasi itu. Selain itu, wujud juga struktur persahabatan
yang berdasarkan perasaan kepercayaan antara individu dengan individu lain
dalam organisasi tersebut. Oleh itu, kualiti atau ketepatan komunikasi antara
individu-individu dalam organisasi tersebut berbeza-beza.

Keadaan perubahan yang berlaku secara berterusan di sekolah juga


mempengaruhi komunikasi di sekolah tersebut. Perubahan seperti pertukaran
guru, kenaikan pangkat, persaraan dan sebagainya akan menyebabkan
corak komunikasi di sekolah tersebut juga turut terkesan. Selain itu, banyak
juga keputusan baharu dibuat di peringkat sekolah misalnya keputusan untuk
melaksanakan sesuatu perubahan. Segala keputusan baharu ini sekiranya perlu
diketahui oleh ahli-ahli organisasi, maka perlu disebarkan kepada seluruh warga
organisasi supaya semua orang mendapat maklumat yang sama tentang perkara
tersebut. Hal ini penting kerana penyaluran maklumat secara telus dan sama
rata dapat mengatasi kekeliruan dan persepsi yang salah dalam kalangan warga
sekolah. Penerimaan maklumat yang jelas serta mudah difahami akan menjadikan
komunikasi dalam kalangan warga sekolah lebih lancar dan berkesan. Dalam hal
ini, pengetua atau guru besar perlu sentiasa peka terhadap segala perubahan
yang berlaku dalam struktur sosial organisasi sekolah supaya skop dan saluran
komunikasi di sekolah tersebut berkembang dengan baik.

Komunikasi dalam Organisasi Cemerlang

Kajian yang dijalankan oleh Peters dan Waterman (1984) mendapati bahawa
asas kepada kejayaan syarikat-syarikat korporat ialah inovasi, dan komunikasi
yang efektif memudahkan proses inovasi tersebut. Lima ciri sistem komunikasi
yang mampu mencemerlangkan organisasi menurut Peters dan Waterman
(1984) ialah:

i. Sistem komunikasi yang tidak formal

Terdapat banyak perjumpaan dilakukan sama ada yang dirancang atau


tidak dirancang. Perjumpaan dan perbincangan ini berlaku secara tidak
formal melibatkan pelbagai pihak dalam organisasi bagi membincangkan
pelbagai masalah dan mencari penyelesaiannya. Para pengetua atau
guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan mata pelajaran,
ketua-ketua panitia, ketua-ketua unit, guru-guru dan anggota kumpulan
sokongan yang ada di sekolah boleh menggunakan pendekatan ini
dalam berkomunikasi dengan rakan sekerja dalam membincangkan
tentang sesuatu perkara atau dalam menyelesai sesuatu masalah yang
56 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

timbul. Perjumpaan secara tidak formal ini lebih santai dan menjadikan
hubungan lebih mesra dan rapat. Situasi ini akan memudahkan sesuatu
persetujuan dicapai dan keputusan dibuat.

ii. Intensiti komunikasi yang luar biasa

Dalam hal ini wujud suasana tidak ada sekatan dalam proses komunikasi
seperti dapat menyampuk orang yang tengah bercakap tanpa mengira
sama ada orang itu pegawai atasan ataupun pegawai bawahan. Dengan
ini, proses komunikasi menjadi lebih bebas dan lancar tanpa halangan
status atau kedudukan seseorang dalam organisasi tersebut.

iii. Komunikasi dipermudahkan oleh kemudahan fizikal

Bagi melancarkan proses komunikasi kemudahan fizikal perlu disediakan


seperti LCD, layar, papan putih, kertas sebak, alat pembesar suara,
pointer, meja panjang, kerusi dan sebagainya. Kemudahan seperti ini
akan memudahkan seseorang untuk menjelaskan sesuatu idea serta
berkomunikasi secara spontan untuk mencari penyelesaian terhadap
sesuatu masalah atau mencetuskan sesuatu idea baharu.

iv. Alat pemaksa (Forcing devices)

Alat pemaksa menurut Peters dan Waterman (1984) merupakan salah


satu aspek sistem komunikasi yang menggalakkan pembaharuan.
Alat pemaksa ini boleh diwujudkan dengan menggalakkan ahli-ahli
organisasi mencuba teknologi moden dalam melaksanakan tugas
mereka. Di peringkat sekolah, guru-guru boleh digalakkan untuk
menggunakan kaedah baharu dalam pengajaran dan pembelajaran
misalnya penggunaan kemudahan terkini ICT seperti Google Meet,
Telegram, WhatsApp dan sebagainya.

v. Sistem komunikasi yang tidak formal dan berintensiti tinggi


merupakan satu sistem kawalan yang ketat dan efektif

Komunikasi tidak formal yang membenarkan komunikasi berlaku secara


bebas tanpa sebarang halangan serta idea-idea disampaikan dengan
jelas akan dapat menarik perhatian orang-orang dalam organisasi untuk
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 57

berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Ahli-ahli dalam organisasi


sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk berkomunikasi tentang
sesuatu perkara, tetapi hasil dan sumbangan mereka akan dinilai dan
diperhatikan.
58 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

BAB 9

KOMUNIKASI ANTARA GENERASI X, Y DAN Z

Pada masa ini, ungkapan yang sering kita dengar termasuklah generasi X, Y dan
Z. Ramai yang membezakan antara generasi tersebut dan menyatakan bahawa
terdapat banyak perbezaan dari segi perlakuan dan cara hidup. Menurut Tapscott
(2003), jenis manusia boleh dikelompokkan mengikut kategori berikut:

1. Baby Boomers – lahir antara tahun1946 – 1964


2. Generasi X – lahir antara tahun 1965 – 1976
3. Generasi Y – lahir antara tahun 1977 – 1997
4. Generasi Z – lahir antara tahun 1998 – 2009
5. Generasi A – lahir pada tahun 2010

Terdapat ramai penulis yang menyatakan bahawa wujud jurang antara


generasi-generasi ini. Jika kita teliti setiap generasi memang terdapat perbezaan
ketara antara generasi ini. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan sosial, ekonomi
dan politik semasa generasi tersebut. Perbezaan ini bukan sahaja melibatkan
fesyen, pertuturan tetapi turut melibatkan aspek minda dan masyarakat secara
keseluruhan. Apa yang jelas adalah generasi X, Y, Z dan A adalah generasi
yang lahir dalam alam yang penuh dengan teknologi. Sewaktu mereka kanak-
kanak, mereka sudah mula melayari laman sesawang dan dapat mengendalikan
peranti komputer. Ketiga-tiga generasi ini telah dibimbing dan digalakkan oleh
persekitaran untuk menggunakan teknologi untuk hidup. Dengan kata lain,
generasi X, Y dan Z membesar dalam dunia yang semuanya berkaitan dengan
teknologi sejak dari awal lagi.

Pada awalnya, wujud kerisauan dalam kalangan masyarakat apabila


mendapati anak-anak mereka terlalu khusyuk berinteraksi dalam talian sehingga
melupakan keluarga dan teman. Namun, perlu kita sedari bahawa walaupun
teknologi memberi kesan buruk terhadap interaksi sosial manusia, kita tidak
boleh menafikan bahawa teknologi mempunyai kebaikan yang banyak. Justeru,
manusia dalam generasi ini melihat faedah teknologi sebagai lebih baik daripada
paradigma lama. Salah satu kebaikannya adalah ia dapat merapatkan jarak yang
dahulunya tidak dapat berhubung dengan manusia lain kerana jarak yang jauh
tetapi sekarang dengan kecanggihan teknologi telekomunikasi membolehkan
manusia berhubung secara langsung dengan mereka yang berada di negara lain.
Malah, cara mereka berkomunikasi pula melalui pelbagai aplikasi bukan hanya
melalui teks semata-mata tetapi juga menerusi panggilan video.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 59

Jika kita bandingkan cara manusia sekarang berkomunikasi berbanding


dengan zaman semasa kita kecil dahulu pastinya banyak berbeza. Ingatkah
bagaimana kita berkomunikasi dengan menggunakan telefon, surat dan
telegram? Justeru, secara realiti, komunikasi pada hari ini adalah jauh lebih
pantas dan berkesan berbanding kamunikasi pada masa lalu yang memakan
masa yang lebih panjang. Oleh sebab itu, generasi X, Y, dan Z lebih memahami
alat-alat perhubungan seperti telefon pintar, tablet dan pemacu maya berbanding
dengan generasi yang dilahirkan selepas Perang Dunia Kedua. Sebagai seorang
pendidik, konsep seorang guru sebagai pemberi maklumat sudah menjadi lapuk
kerana pelajar lebih arif dalam mencari dan mengumpul maklumat melalui laman
sesawang dan telefon pintar. Lantaran itu, pendidik harus menggunakan teknik
yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar juga boleh
dijadikan sebagai ‘pengajar’ yang akan berkongsi ilmu pengetahuan yang mereka
ada dengan murid-murid lain.

Dari segi fizikalnya, kita dapat membezakan ciri-ciri generasi X, Y dan


Z ini. Seperti yang dikatakan, mereka telah didedahkan pada usia awal lagi
kepada teknologi dan oleh yang demikian maka fesyen dan minda mereka akan
dipengaruhi oleh apa yang ada dalam internet. Sememangnya, penerimaan
mereka terhadap kandungan internet adalah kerana pendedahan yang lama dan
teknik yang amat menarik perhatian hingga mereka menjadi ketagih terhadap isi
kandungan internet. Menurut kajian, generasi ini dikatakan menjadi pengguna
yang pasif tetapi kesan yang mendalam dalam jangka masa yang panjang.
Masa kini media massa menjadikan kuasa pasaran sebagai penentu kandungan
internet. Taraf sosioekonomi masyarakat kian meningkat kesan daripada
peningkatan taraf pendidikan. Justeru, tentu sekali mereka senang mendapatkan
akses kepada hampir semua gajet terkini seperti telefon pintar, iPads, iPod dan
lain-lain.

Walaupun generasi sebelum ini telah menjalani kehidupan yang lebih


susah, generasi ini dilihat mampu menjadi matang, bertanggungjawab dan juga
mempunyai nilai-nilai sosial yang tinggi. Ini menyebabkan generasi ini menghadapi
masalah dengan teknologi dalam kehidupan seharian mereka kerana mereka
tidak membesar dengan teknologi tersebut . Jika generasi dahulu dibentuk dengan
persekitaran digital, pastinya mereka boleh mencapai lebih banyak kejayaan
daripada generasi mereka yang terdahulu. Walau bagaimanapun, generasi masa
kini dilihat kurang dalam aspek kemahiran interpersonal dan interaksi sosial. Ini
menyebabkan nilai masyarakat berubah dan percanggahan pendapat sering
berlaku antara generasi. Seringkali, pendapat daripada generasi lama akan tidak
diterima oleh generasi masa kini kerana mereka melihat tidak ada justifikasi
dalam keperluan yang perlu dipenuhi. Maka berlaku perselisihan faham kerana
mempertahankan prinsip masing-masing. Ini dapat dielakkan dengan hanya
60 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

memahami keperluan yang berbeza dan saling memenuhi kehendak pihak yang
lain dan bagaimana jalan tengah dapat dicapai.

Generasi terdahulu merupakan generasi yang memimpin negara dan


dunia. Adakah generasi lama ini sudah cukup bersedia untuk berhadapan
dengan pelbagai cabaran mendatang? Dengan munculnya Revolusi Industri
4.0, kemungkinan besar terdapat perubahan drastik dalam masyarakat secara
keseluruhannya yang memperlihatkan peranan manusia akan dikurangkan dan
robot akan mengambil alih tugas-tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh
manusia. Generasi X, Y dan Z seringkali dilihat sebagai degil dan kurang matang
dan akan dilupakan dalam perbincangan dan isu negara. Namun, mereka akan
meniti usia dan mengambil alih tempat generasi lama. Apabila generasi ini bekerja
kelak, kebanyakan mereka berkemungkinan tidak akan kelihatan berkomunikasi
secara bersemuka bersama dengan rakan-rakan sepejabat atau majikan, tetapi
lebih senang berhubung melalui kaedah maya. Ada yang menyatakan bahawa
sesuatu nilai yang dipegang itu akan hilang dengan pupusnya generasi yang
memegangnya dan seterusnya nilai baharu akan wujud.

Jika kita lihat secara terperinci, generasi X seringkali mempunyai pendapat


dan prinsip yang jelas tetapi kurang senang menerima sesuatu cadangan atau
idea tanpa alasan atau fakta yang konkrit. Ini berbeza bagi generasi Y yang fokus
mereka adalah kepada pembelajaran secara formal yang dilihat menyumbang
kepada kemahiran dalam kerjaya, manakala generasi Z pula lebih cenderung
kepada pembelajaran secara maya, praktikal dan membina kepakaran daripada
pembelajaran kendiri dan mencuba dahulu sebelum mendapat pengalaman.

Antara ketiga-tiga generasi ini, generasi Z dilihat sebagai lebih menyerlah


daripada generasi yang lain kerana mereka dilahirkan semasa transaksi
penggunaan teknologi sudah berlaku. Generasi Z adalah orang yang lahir
selepas tahun 1990 yang ketika itu teknologi telah menguasai dunia. Oleh yang
demikian, mereka tidak perlu melalui proses perubahan yang drastik kerana
ia telah diterima oleh masyarakat. Hakikatnya, generasi Z membentuk hampir
18 peratus populasi penduduk dunia. Berikut adalah beberapa ciri klasik yang
mempamerkan generasi Z. Bagi generasi Z, teknologi komputer dan internet
adalah alat yang biasa dalam hidup mereka. Semua komunikasi mereka
mengambil tempat di internet dan mereka menunjukkan kemahiran komunikasi
lisan yang sangat sedikit. Kebanyakan kehidupan mereka dihabiskan dengan
melayari laman sesawang. Mereka terbiasa dengan tindakan segera dan
kepuasan melalui teknologi internet.

Penggunaan peralatan yang canggih dan pantas telah melatih generasi


Z untuk berfikir dengan pantas. Mereka berkomunikasi secara pantas melalui
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 61

perisian Google, Facebook, Instagram dan lain-lain. Mereka tidak suka bersemuka
bersama dengan rakan-rakan tetapi lebih gemar mewujudkan perhubungan
secara global dan mengenali budaya yang berbeza. Mereka tidak mempunyai
kemahiran dalam pengucapan awam dan seringkali meringkaskan komunikasi
untuk memudahkan ditaip dalam telefon pintar. Oleh yang demikian, wujudlah
bahasa ringkas dan emoji yang digunakan dalam telefon semasa mereka
berhubung. Bagi mereka yang biasa dengan ayat yang penuh, ringkasan ayat
ini akan menjadi masalah untuk difahami. Hal ini mungkin akan menimbulkan
masalah kepada generasi lama yang tidak boleh membaca dan memahami
singkatan itu. Contoh singkatan yang kerap digunakan oleh mereka sewaktu
berhubung adalah seperti yang berikut:

1. 2F4U – Too Fast For You


2. AKA – Also Known As
3. BTW – By the Way
4. CU – See You
5. DIY – Do It Yourself
6. FAQ – Frequently Asked Questions
7. LOL – Laughing Out Loud
8. Noob – Newbie
9. OMG – Oh My God
10. ROTFL – Rolling On The Floor Laughing
11. THX – Thanks
12. TQ – Thank You
13. ASAP – As Soon As Possible
14. IKR – I Know Right
15. XOXO – Hugs and Kisses
16. OIC – Oh I See
17. RU – Are You
18. UR – Your
19. OTP – On the Phone
20. ILU – I Love You
21. JK – Just Kidding
22. F2F – Face to Face

Generasi Z berada dalam dunia maya dan mereka boleh berhubung dan
sampai ke mana-mana tempat menerusi internet. Mereka agak lemah dari sudut
ekspresi, komunikasi lisan, keyakinan dan kemahiran interpersonal. Oleh yang
demikian, mereka mungkin tidak berapa baik dengan generasi Y, yang ciri-cirinya
bertentangan dengan mereka. Hari ini hampir 18 peratus penduduk dunia adalah
terdiri daripada generasi Z. Bagi generasi Z, mereka tidak mengambil kisah sangat
62 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

untuk berulang-alik ke tempat kerja bahkan untuk menjalankan kehidupan harian


mereka. Hal ini kerana mereka boleh mendapatkan segala-galanya dari tempat
tinggal dengan hanya melayari internet tanpa perlu keluar dari rumah. Lantaran
itu, kebanyakan generasi Z mempunyai sekurang-kurangnya dua alat elektronik
seperti telefon bimbit atau iPod dan mereka tidak boleh hidup tanpa gajet-
gejet tersebut. Mereka amat individualistik dalam perwatakan mereka, memiliki
persona tersendiri serta tidak mengikut norma sosial yang biasa. Masyarakat
mereka wujud di internet dan di situlah mereka mengemukakan pendapat dan
pandangan masing-masing.

Generasi X, Y dan Z kurang mempunyai kemahiran mendengar


dan melayan dengan baik. Ini mungkin mendatangkan masalah terhadap
mereka apabila mereka mendirikan rumah-tangga dan memulakan insititusi
kekeluargaan. Pendidikan dan kerja memainkan peranan yang minimum dalam
kehidupan mereka dan mereka tidak melihat pendidikan sebagai satu cara hidup.
Mereka lebih mementingkan pengetahuan tentang teknologi. Dilahirkan semasa
era digital, tentunya mereka lebih dapat menyesuaikan diri dengan teknologi
berbanding generasi lain. Walaupun generasi ini telah mendirikan rumah tangga,
cara mereka melayan isteri atau suami dan anak anak adalah berbeza. Cara
mendidik anak-anak mereka akan lebih kepada kepentingan masa hadapan
seperti ilmu ICT, penggunaan bahasa antarabangsa serta penampilan.

Jika kita lihat dari aspek pengurusan sumber manusia dalam organisasi
pula, salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh pemimpin organisasi hari
ini ialah untuk menguruskan pekerja-pekerja dari generasi yang berbeza. Mereka
yang tergolong dalam generasi X, Y dan Z bakal memasuki pasaran kerja dan akan
bekerjasama dengan pelbagai generasi sebelum mereka. Pihak organisasi akan
menghadapi masalah menguruskan pekerja yang berbeza generasi. Masalah
yang boleh timbul mungkin dari aspek perbezaan pemikiran dan gaya komunikasi
pekerja-pekerja yang dilahirkan pada zaman yang berbeza. Di Malaysia, generasi
Y adalah golongan yang paling cepat berkembang daripada tenaga kerja hari ini
dan berjumlah 7 juta orang. Sebagai organisasi yang bersaing untuk bakat yang
ada, majikan tidak boleh mengabaikan keperluan, kehendak dan sikap pelbagai
generasi di bawah kelolaan mereka.

Perkhidmatan awam kini terdiri daripada empat generasi yang jauh berbeza
serta mempunyai kelainan persepsi dalam melaksanakan kerja. Baby Boomers,
generasi X, Y dan Z yang jurang usianya hampir 40 tahun di antara yang tua dan
muda, maka wujudlah pelbagai perspektif, keperluan dan sikap yang berbeza.
Walaupun kepelbagaian dalam tenaga kerja ini menggalakkan rangkaian
bakat yang lebih luas, selalunya boleh membawa pada idea yang bercanggah
dan stereotaip. Setiap kumpulan pekerja itu dibentuk oleh pengalaman yang
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 63

unik berdasarkan cara mereka membesar dan melaksanakan tanggungjawab.


Seringkali terdapat pendapat yang menyatakan bahawa golongan lama lebih
berpengalaman dan sepatutnya dihormati. Manakala golongan muda pula akan
merasai bahawa mereka dibuli oleh golongan tua. Ini yang akan mewujudkan
kumpulan atau ‘clique’ yang mempunyai berlainan pendapat.

Oleh yang demikian, tumpuan terhadap pemimpin muda dalam konteks


transformasi negara sememangnya amat penting kerana masa depan
perkhidmatan awam dan Malaysia bergantung kepada kualiti pemimpin muda.
Jika golongan muda pada hari ini gagal dibentuk dan diperkasakan pemikiran,
sikap dan tingkah lakunya maka sudah tentu agenda transformasi perkhidmatan
awam sukar dicapai. Sememangnya benar, jumlah penduduk negara ini akan
terus bertambah namun, tanpa kualiti pemuda yang boleh bertanggungjawab
menjadi pemimpin, maka pertambahan penduduk tersebut tidak akan memberi
makna, laksana pantai luas berbuih lemah yang kehadirannya akan sentiasa
dibawa arus. Hakikatnya, pemimpin muda inilah yang akan memimpin apabila
golongan tua sudah tiada lagi.

Sehubungan dengan itu, pemahaman generasi Baby Boomers tentang


kehidupan, dengan apa yang difahami oleh generasi kini walaupun hakikatnya
sama tetapi tidak serupa. Perbezaan pemahaman ini yang boleh mengakibatkan
wujudnya jurang. Semakin luas jurang maka semakin generasi ini tidak lagi dapat
memahami hati budi sesama mereka. Mereka tidak lagi layak untuk memberikan
nasihat kepada generasi muda, dan generasi muda kini pula tidak perlu mendengar
pandangan generasi dahulu. Masing-masing tidak mahu mendengar pihak yang
lain. Perbezaan yang menjurangi mereka pula, menyebabkan gaung yang terus
meluas. Oleh kerana itu, perbezaan ini harus difahami kerana walau di mana
pun posisi generasi kita, proses melengkapi akan terus berterusan dengan satu
tujuan iaitu mencapai matlamat bersama. Untuk mendekatkan jurang ini, maka
pemimpin perlu membina jambatan untuk menghubungkan generasi muda dan
tua. Ini akan mengukuhkan lagi persaudaraan dalam organisasi tanpa ada rasa
iri hati atau bongkak.

Generasi X, Y dan Z adalah generasi kini yang akan memimpin dan


menerajui negara satu masa nanti. Justeru, isu perbezaan nilai, pandangan
dan perspektif antara generasi boleh diatasi sekiranya komunikasi daripada
dua generasi dapat diuruskan dengan baik. Generasi Baby Boomers yang kini
sedang menerajui kepimpinan mesti bersedia berkongsi pengalaman, pemikiran
dan kepakaran mereka dengan generasi muda. Sementara itu, generasi muda
juga harus menjadi pendengar yang baik dan proaktif menimba ilmu daripada
pengalaman orang lain dan mampu mengolah situasi zaman dengan pendekatan
dan cara yang bersesuaian. Jurang generasi ini sebenarnya boleh dirapatkan
64 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

sekiranya setiap daripada kita mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk


belajar dan reflektif terhadap ilmu, nilai dan pengalaman orang lain serta mampu
menghubung dan mengintegerasi dengan keperluan zaman kini.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 65

BAB 10

RUMUSAN DAN PENUTUP

Dapat dirumuskan bahawa komunikasi memainkan peranan yang sangat penting


kerana melaluinya manusia berhubung dan berinteraksi sesama mereka. Proses
komunikasi bermula dengan cetusan idea-idea abstrak yang lahir dalam pemikiran
seseorang untuk mendapatkan maklumat atau menghantar maklumat yang
disampaikan secara langsung mahupun tidak langsung dengan menggunakan
kod visual, kod suara dan kod tulisan.

Komunikasi begitu penting kepada manusia kerana kita dilahirkan dalam


alam komunikasi yang dipenuhi oleh fenomena yang mengandungi maklumat
yang mampu ditanggapi oleh pancaindera manusia dan diproses oleh fikiran
supaya memberikan makna yang tertentu. Manusia tidak boleh lari daripada
melibatkan diri dalam kegiatan komunikasi seperti bercakap, menelefon,
perbincangan, memberi ceramah, menasihati, memberi taklimat dan sebagainya.

Komunikasi mempunyai fungsi yang tertentu antaranya ialah berperanan


menjalinkan hubungan antara dua individu. Apabila dua orang berkomunikasi,
mereka saling bertukar maklumat dan interaksi ini akan melahirkan makna yang
menjadi penghubung antara dua individu terbabit. Semakin banyak maklumat
yang dikongsi, semakin banyak makna yang dibentuk dan semakin meningkatlah
kefahaman antara satu sama lain. Seterusnya mereka semakin mengenali hati
budi masing-masing yang akhirnya mewujudkan perasaan persahabatan antara
mereka. Komunikasi juga mampu mempengaruhi sikap, nilai dan kepercayaan
orang lain. Amir dan Ahmad Rozelan (2016) berpendapat bahawa keupayaan
seseorang mempengaruhi pemikiran individu-individu lain menjadi faktor
yang sangat penting dalam mencapai kejayaan sama ada dalam pengurusan
organisasi, kerjaya mahupun dalam kehidupan peribadi. Selain itu, komunikasi
juga berfungsi untuk menyebarkan maklumat dan amaran dalam kalangan
anggota masyarakat, menghubungkan kelompok-kelompok dalam masyarakat,
mentransmisi budaya masyarakat dan sebagai hiburan.

Sesuatu kegiatan komunikasi itu dikatakan berkesan sekiranya mencapai


empat ciri iaitu kefahaman, keseronokan, menjaga kepercayaan sasaran dan
adanya tindakan susulan. Ciri kefahaman merujuk kepada penerimaan mesej
yang jelas oleh orang yang mendengarnya dan mesej itu difahami seperti mana
yang dimaksudkan oleh penyampainya. Dalam konteks ini, komunikasi dikatakan
tidak berkesan sekiranya mesej yang disampaikan itu difahami tetapi tidak sama
seperti yang dimaksudkan oleh penyampai mesej tersebut. Perkara ini terjadi
66 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

disebabkan oleh perbezaan usia, pengalaman, pendidikan, kepercayaan,


budaya dan sebagainya. Hal ini juga terjadi kerana pendengar khususnya tidak
mengamalkan mendengar dengan aktif iaitu bersedia untuk mendengar, bertanya
jika tidak difahami, memberi perhatian kepada idea utama dan jika perlu membuat
catatan apa yang dikomunikasikan.

Ciri keseronokan pula merujuk kepada keadaan komunikasi yang


menunjukkan seseorang individu itu berkomunikasi bukan disebabkan dia ingin
menyampaikan mesej yang khusus tetapi bagi mencari keseronokan daripada
kehadiran orang lain mendengar apa yang dikomunikasikan. Amir dan Ahmad
Rozelan (2016) menyatakan sesetengah ucapan di khalayak ramai bertujuan
untuk menimbulkan seronok seperti ucapan selepas jamuan makan ataupun
ucapan penghargaan. Boleh dikatakan banyak perbualan harian sama ada
di kantin, di pejabat, di pasar dan sebagainya bertujuan untuk menimbulkan
keseronokan.

Kepercayaan orang yang mendengar percakapan kita juga penting dalam


komunikasi berkesan. Lantaran itu, bagi memastikan orang mempercayai kita
maka bercakaplah apa yang benar sahaja. Jangan sekali-kali bercakap bohong
kerana jika pembohongan ini diketahui oleh orang lain maka mereka akan hilang
kepercayaan kepada apa yang kita cakapkan. Hal ini menyebabkan timbulnya
ungkapan seperti, “Cakap dia tu, dengar boleh tetapi percaya, jangan”.

Sesuatu komunikasi itu berkesan sekiranya disusuli dengan tindakan


susulan oleh penerima mesej tersebut selaras dengan tujuan sesuatu mesej itu
disampaikan. Tindakan susulan boleh dalam pelbagai bentuk seperti perbuatan,
tindakan, jawapan lisan, pergerakan anggota badan dan sebagainya. Sebagai
contoh, seorang pengetua atau guru besar yang mengarahkan guru-gurunya
untuk menghantar buku rekod mengajar ke pejabatnya untuk disemak pada setiap
minggu sebelum tamat waktu persekolahan pada hari Jumaat. Jika semua guru
menghantar buku rekod pada masa dan di tempat seperti yang telah diarahkan
oleh pengetua atau guru besarnya maka komunikasi pengetua atau guru besar
tadi berkesan.

Komunikasi berkesan membantu mengenal pasti halangan komunikasi


secara tepat dan sistematik. Komunikasi berkesan adalah penting untuk
menyalurkan arahan, membentuk kerjasama dan semangat berpasukan.
Komunikasi berkesan juga dapat mengoptimumkan prestasi dan kepuasan
kerja serta menyelesaikan kebanyakan masalah dalam organisasi. Sehubungan
dengan itu, amat perlu diwujudkan komunikasi berkesan di organisasi kerana
dapat:
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 67

i. membantu ahli-ahli organisasi bergerak ke arah hala tuju yang sama;


ii. mempermudahkan berlakunya proses perubahan di organisasi;
iii. menjimatkan masa bagi menyelesaikan sesuatu urusan;
iv. menyampaikan maklumat dengan segera dan tepat;
v. berperanan sebagai sistem kawalan yang efektif;
vi. meningkatkan keberkesanan organisasi dan mengurangkan kesilapan;
dan
vii. meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Komunikasi yang berkesan bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah


yang timbul tetapi juga dapat membantu memperbaiki perhubungan antara satu
sama lain. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang
lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang
efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000). Di
peringkat sekolah, pemahaman tentang prinsip dan teori komunikasi yang baik
dan digabungkan dalam amalan boleh mewujudkan suasana harmoni antara
pentadbir, guru, murid dan ibu bapa. Dalam konteks bilik darjah, berkomunikasi
ialah proses bagaimana guru-guru berkongsi pengalaman dengan murid-
muridnya dan begitu juga dengan murid-murid berkongsi pengalamannya
dengan guru-guru. Dalam proses guru-guru dan murid-murid bertukar-tukar
pengalaman dan pengetahuan, mereka sebenarnya mencipta makna antara satu
sama lain. Justeru, guru yang disukai, popular dan berkesan dalam kalangan
muridnya adalah guru yang memiliki kemahiran komunikasi berkesan. Beberapa
kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang bagi menjadikan komunikasi
berkesan antaranya kemahiran mempengaruhi, kemahiran memujuk, kemahiran
perundingan dan kemahiran pengucapan awam.

Manusia perlu serius dan mengambil berat tentang perlakuan komunikasi


mereka. Tindakan ini dapat mengelakkan daripada mengalami kekeliruan
komunikasi yang menyebabkan mesej tidak dapat difahami atau disalah tafsir.
Komunikasi berkesan membina jalinan hubungan kemanusiaan yang harmoni.
Hubungan yang hormoni ini membantu dalam penyelesaian masalah secara
kolaboratif, menggerakkan penyaluran arahan yang tepat dan membina semangat
kesepunyaan melalui kerja sepasukan dalam organisasi.
68 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Kemahiran interpersonal untuk guru.
KualaLumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Ahmad Jawahir Tugimin, Rosli Saadan & Kalthom Husain. (2011). Kesan
Komunikasi Dalam Organisasi Ke Atas Kepuasan Kerja Staf Sokongan
Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) Pusat Bahasa dan
Pembangunan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. https://journal.
utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2296/1386

Ahmad Sultra Rustan & Nurhakki Hakki. (2017). Pengantar Ilmu Komunikasi.
Deepublish (Group Penerbitan CV Budi Utama). Yogyakatra, Indonesia.

Al. Ramaiah. (1999). Kepimpinan pendidikan: Cabaran masa kini. Petaling Jaya:
IBS Buku Sdn. Bhd.

Amir Aris & Ahmad Rozelan Yunus. (2016). Siri Latihan Pembangunan Staf:
Komunikasi Berkesan. ttps://www.researchgate.net/publication/308414649_
Komunikasi_Berkesan

Ariffin Ba’ada & Robiah Sidin. (2012), Komunikasi Pengetua-Guru: Satu analisis.
Universiti Teknologi Malaysia file://C:/Users/Admin/Desktop/Buku%20
Komunikasi/Komunikasi%20pengetua%20guru.pdf

Awang Sariyan (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Clegg, S. R., Kornberger, M. & Pitsis, T. (2012). Managing and organizations:


an introduction to theory and practice 3rd ed. London: Sage

Cragan, J. F., & Shields, D. C. (1998). Understanding communication theory:


The communicative forces for human action. MA: Allyn & Bacon.

Daniels, T.D., Spiker, B.K. & Papa, M.J. (1997). Perspectives on organizational
communication. Madison, WI: Brown & Benchmark Publishers.

DBP (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Goldhaber, G.M. (1990). Communication in organization (3rd ed.). Iowa: WMC


Brown Publishers.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 69

Helmi Akhbar & Ilhaamie Abdul Ghani Azami. (2017). Komunikasi kepimpinan
berkesan (Journal Shariah, Vol.25, No.3 (2017) 531-562 file:///C:/Users/
Admin/Downloads/11775-889-23059-1-10-20180514.pdf

Institut Aminuddin Baki (2016). Modul 5 NPQEL: Hubungan sesama manusia.


Nilai: Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamaruzaman Moidunny. (2012). Penggunaan elemen komunikasi berkesan


oleh pengetua dan guru besar dalam membentuk pasukan kerja yang
dinamik http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/penggunaan-
elemen-erkomunikasi.html

Katz, D. & Kahn, R.L. (1978). The social psychology of organizations (2nd. Ed.).
New York: John Wiley and Sons.

Langley, M. (2006). How to pass the DQT. Blogspot. Dipetik daripada: http://
michael.langley.id.au/blog/posts/37

Laswell, H. (1948). The structure and function of communication in society. The


communication of ideas. New York: Harper

Littlejohn, S. W. (2009). Evaluating communication theory. In S. W. Littlejohn & K.


A. Foss (Eds.), Encyclopedia of Communication Theory, Vol. 1. Thousand
Oaks, CA: Sage.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad. (2009). Pengantar komunikasi.
Sintok,Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Muhaya Mohamad. (2015). Hubungan ketua dan pekerja: Bagaimana


membahagiakannya?. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku Negara.

Nor Azrina Harun. (2010). Hubungan antara komunikasi dalam organisasi


terhadap kepuasan kerja. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sains dengan
Kepujian Pembangunan Sumber Manusia (tidak diterbitkan), Universiti
Malaysia Sarawak.

Nurul Jamilah Ismail Rani, Nur ‘aina Nabila Dundai Abdullah & Nursyamimi
Harun. (2017). Keberkesanan komunikasi dan kepuasan kerja dalam
kalangan pensyarah. Proceeding of the 4th International Conference
on Management and Muamalah 2017. http://conference.kuis.edu.my/
icomm/4th/eproceedings/IC%20054.pdf
70 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

Pearson, J.C. & Nelson, P.E. (2000). An introduction to human communication


understanding and sharing. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher
Education. Eight Edition.

Peters, T.J. & Waterman, R.H. (1984). In search of excellence: Lessons from
America’s best-run companies. New York: Warner Books.

Razali Mat Zin. (1999). Organizational climate and communication climate as


predictors of commitment to the organization: A case study. Malaysia
Management Review, 31, (4), 24 – 35.

Rosli Mohammed. (2007). Iklim komunikasi dan pencapaian organisasi: kajian


kes antara dua buah organisasi awam Malaysia.

Saodah, Narimah & Mohd Yusof. (2006). Teori-teori komunikasi. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Schramm, W. (1949). The effects of mass commmunications: A review.


Journalism Quaterly 26 (4), 397–410

Weber, C. (1993). Refinement of the marketing culture scale and the relationship
between marketing culture and profitability of service firm. Journal Business
Research, 26, 111 – 131.

Zainuddin Zakaria & Zaidatul Hidayah Zakaria. (2006). Komunikasi efektif. Batu
Caves, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 71

LAMPIRAN
72 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 73
74 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 75
76 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 77
78 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 79
80 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 81
82 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan
Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan 83
84 Asas Komunikasi untuk Pemimpin Pendidikan

You might also like