You are on page 1of 5

 MENU  0

SOAL JAWAB AGAMA

#1116: Taubat Setelah Tersalah


POSTED ON MARCH 16, 2023 BY DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Soalan:

Dalam perjalanan hidup, sudah tentu kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Justeru, apa

yang sepatutnya kita lakukan?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga
Hari Kiamat.

Pertamanya, hendaklah kita bertaubat kepada Allah SWT. iaitu dengan menyesali atas
tindakan dan perbuatan kita, beristighfar dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh
atau dikenali sebagai taubat nasuha. Saat yang sama, hendaklah meninggalkan larangan
Allah SWT seterusnya melaksanakan titah perintah-Nya.

‫َيا َأُّيَه ا اَّلِذيَن آَم ُنوا ُتوُبوا ِإَلى ِهَّللا َتْو َبًة َّنُص وًح ا َعَسٰى َر ُّبُكْم َأن ُيَكِّفَر َعنُكْم َسِّيَئاِتُكْم َو ُيْد ِخ َلُكْم َج َّناٍت َتْج ِر ي ِم ن َتْح ِتَه ا اَأْلْنَه اُر‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-
kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai,”

Surah al-Tahrim (8)

AL-Tabari berkata, “Kembalilah dari dosa-dosamu kepada mentaati Allah dan mencari
keredhaan-Nya dengan taubat nasuha dengan kembali ke arah ketaatan dan tidak
sekali-kali kembali ke arah maksiat.”

Imam al-Ghazali mendefinisikan taubat pada istilah sebagaimana dengan kitab Minhaj
al-Abidin iaitu dengan kerja hati yang apabila tahsil daripada pendapat ulama:
Pembersihan dan penyucian hati daripada dosa.

Imam al-Ghazali menaqalkan definisi taubat daripada gurunya Abu Bakar al-Turtusi
dengan: Meninggalkan pilihan dosa seumpamanya dahulu daripadanya kedudukan
(manzilah) bukan gambaran (surah) kerana membesarkan Allah SWT dan waspada
daripada kemurkaan-Nya.

Dinyatakan di sini ungkapan ulama sufi tentang taubat daripada kitab al-Risalah al-
Qusyairiyah:

Sahl bin Abdillah berkata: Taubat adalah jangan lupa dosa kamu.

Junaid al-Baghdadi berkata: Taubat ialah lupa dosa kamu.

Al-Nuri berkata: Taubat ialah engkau bertaubat daripada semuanya kecuali Allah SWT.

Zu al-Nun al-Misri berkata: Taubat orang awam adalah taubat dari dosa sedangkan
taubat orang alim adalah taubat dari lalai.

Sahl bin Abdullah juga berkata: Taubat ialah meninggalkan angan-angan yang
mendatang.

Syarat-syarat taubat

Meninggalkan dosa dengan sukarela.

Bertaubat dari dosa yang telah dilakukan.

Pilihan untuk meninggalkan dosa terbit daripada membesarkan Allah SWT.

Kami menutup perbincangan ini dengan mengemukakan kenyataan Ibn Abbas


R.Anhuma:

‫ واِإل ْض َم اُر َعَلى أال يعوَد‬، ‫ واالقالُع بالَبْد ِن‬، ‫ واالْسِتْغَفاُر ِباِلَساِن‬،‫الَتْو َبُة النصوُح الندُم بالَقْلِب‬

Maksudnya: “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang
perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.”

Jika sekiranya kefarduan yang ditinggalkan maka hendaklah diqada’nya seperti solat,
puasa, zakat. Di samping itu, hendaklah ia sentiasa memperbaiki diri dengan
mempelajari ilmu untuk menambahkan keimanan dan keyakinan. Begitu juga berakhlak
dengan akhlak yang baik.

Saya tertarik kepada pendapat Imam al-Barbahari yang berkata, “Bahawa sebagai mana
seorang hamba itu hidup di dunia, dia hendaklah mempunyai rasa takut kerana dia tidak
tahu bagaimana kesudahan amalannya. Dengan apa hidupnya diakhiri seterusnya
dengan cara bagaimana dia akan berjumpa Allah SWT walaupun dia telah melakukan
segala amal soleh. Sewajarnya bagi seorang hamba yang telah menzalimi dirinya sendiri
tidak putus harapan kepada Allah SWT ketika berada di ambang kematian. Dan
hendaklah dia berbaik sangka atau husnul dzan dengan Allah SWT serta takut akan
akibat dosanya.” [1]

Semoga Allah SWT menajdikan kita dari kalangan hamba-Nya yang sentiasa
mengabdikan diri kepada-Nya dan kembali kepada-Nya. Amin

[1] Lihat Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah Syarh al-Sunnah li al-Barbahari, hlm. 229

     

This entry was posted in Soal Jawab Agama. Bookmark the permalink.

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


Berkelulusan PhD dengan pengkhususan dalam bidang fatwa di USM,
beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara, Anggota The Muslim Council
of Elders (UAE), Anggota The Assembly of Muslim Jurists of America
(USA), mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti
Wilayah Persekutuan. Antara guru beliau sepanjang pengajian di
peringkat BA (Madinah) dan MA (Syria) adalah Syeikh Dr. Muhammad
Sa'id Ramadhan al-Buti, Syeikh Muhammad 'Ali Thani, Syeikh Rushdi
Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdullatif Soleh al-Farfour, Syeikh Dr.
Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti, Syeikh Dr. Muhsin al-
'Abbad dan ramai lagi.
#1117: Hukum Selfie Setelah Tawaf Wada’
 #1115: Haram Perkahwinan Dengan

Anak Saudara Susuan 

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment *

Name *

Email *

Website

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

POST COMMENT

PRIVACY POLICY SHIPPING, CANCELLATION & REFUND POLICY TERMS & CONDITIONS

Copyright 2024 © Maktabah Al-Bakri No.Pendaftaran 1435601-T

You might also like