You are on page 1of 16

TAJUK NOVEL

DARAH TITIK DI SEMANTAN

NAMA PELAJAR
MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN
MOHD FAUZI
2 MUTIARA

ISI KANDUNGAN

1. SINOPSIS

2. BAB 1 – BAB 8

3. TEMA DAN PERSOALAN

4. WATAK DAN PERWATAKKAN

5. PLOT TEKNIK DAN BINAAN

6. LATAR

7. GAYA BAHASA

8. NILAI DAN PENGAJARAN


Sinopsis keseluruhan Novel Darah Titik Di Semantan

Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi
oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail
dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan. Perjuangan
Datuk Bahaman turut dibantu oleh Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Imam Perang Weh
dan Mat Lela. Mereka merupakan pahlawan-pahlawan yang sering bersama Datuk Bahaman
di Semantan.

Disamping itu, Mat Kilau dan Tok Gajah juga adalah penggerak kebangkitan rakyat Pahang
menentang Inggeris. Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge adalah watak-watak
penjajah yang sering menggugat keamanan bumi Semantan.

Perjuangan mengembalikan kedaulatan bangsa pasti akan nada cabaran dan dugaan. Ada
kalangan yang menangguk di air yang keruh, menjadi talam dua muka, mengkianati bangsa
sendiri demi kepentingan peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan menjadi semakin sukar.

Pihak Inggeris mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dimahukan.
Termasuklah sanggup menggugut sultan untuk mencapai apa yang dihajati oleh mereka.
Penglibatan sultan menimbulkan rasa serba salah buat penggerak kebangkitan rakyat, Datuk
Bahaman. Perjuangan yang bersejarah ini akan meninggalkan kesan yang nyata untuk
seluruh generasi yang akan datang.
Bab 1: Cemas
Menceritakan empat orang sahabat iaitu Aku, Samad, Rahman dan Awang Muhamad
telah menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman sejak pulang dari pulau tawar. Sikapnya
suka memencilkan diri dan sering termenung sendiri. Perubahan ini telah disedari oleh ‘aku’.
Pelbagai andaian telah dibuat oleh mereka berempat terhadap perubahan sikap Datuk
Bahaman dan yang paling memahami perubahan sikap Datuk Bahaman ialah Rahman kerana
pernah bekerja sebagai jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman.
Pada suatu hari, Datuk Bahaman telah mengumpulkan orang ramai di masjid. Turut hadir
ialah Mat Lela, Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Iman Perang Weh. Datuk Bahaman telah
memberi amanat penting tentang kemaraan British. Datuk Bahaman juga meminta penduduk
bersedia sebelum melawan Inggeris.
Setelah selesai mereka berkumpul di masjid ‘aku’, Samad, Rahman, dan Awang Muhamad
telah sepakat untuk membuat kubu di pangkal Merbau Berdarah di tebing Lubuk Sengarat.
Semasa mereka sedang membina kubu tiba-tiba Mak Long Esah berlari dalam ketakutan. Mak
Long Esah mengatakan Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua dan meminta supaya
disampaikan berita itu kepada Datuk Bahaman yang masih berada di masjid.

Bab 2: Lubuk Terua Tergugat


‘Aku’ menyedari Inggeris telah menceroboh Semantan dengan melihat mereka membina
kubu panjang ditepi tebing sungai. Datuk Panglima Raja sangat marah dengan tindakan
Inggeris itu. Pak Long Abas meminta izin untuk mengamuk tetapi dihalang oleh Datuk
Bahaman. Datuk Bahaman menyatakan mereka akan melawan Inggeris tetapi mengikut
perancangan. Datuk Bahaman juga memuji tindakan ‘aku’ dan rakan-rakan membina kubu di
tebing Lubuk Sengarat kerana cukup sesuai.

Bab 3 : Mencari Penyelesaian


Dua minggu selepas Inggeris membina rumah pasung, ‘aku’ dan samad pergi ke kubu mereka di lubuk
Sengarat hanya Rahman tidak dapat ikut serta kerana telah mengikut ayahnya ke Johor. Pelbagai
andaian dibuat atas pemergian Datuk Bahaman ke Johor. Datuk Bahaman pergi ke Johor mengikut
jalan sungai yang lebih selamat.

Ketiadaan Rahman, ‘aku’ dan rakan-rakan telah menukarkan cara berkawal. Mereka telah
bersetuju untuk meronda secara bersama-sama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Mereka juga
meronda ke Mempatih untuk melihat persiapan disana.

Pada tengah hari, mereka terserempak dengan beberapa buah perahu Inggeris. Mereka berniat
untuk menyerang perahu Inggeris tersebut tetapi telah membatalkan niat tersebut kerana
memikirkan Datuk Bahaman tiada di Semantan.
Bab 4 : Budi Kepadatan

Seperti biasa ‘aku’, Samat dan Awang Muhamad meninjau sekitar kampung. Mereka telah
pergi ke mempatih dan melihat pemuda-pemuda Melayu berlatih membaling bambu
runcing dan belajar bersilat dengan Abang Lajis.
‘Aku’ diberitahu oleh dua orang pemuda Melayu Melayu yang tidak dikenali pergi hilir.
Apabila sampai disana, mereka menyelamatkan Kak Minah iaitu isteri Lajis yang diganggu oleh
pemuda yang tidak dikenali. Mereka sebenarnya ialah pembanci yang diupah oleh Tuan Owen
(Inggeris). Pada masa yang sama, Datuk Bahaman muncul dan meminta tali barut Inggeris itu
pulang kepangkuan Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada pemuda tersebut bahawa dia
masih berkuasa di Semantan.

Bab 5 : Inggeris Mencabar Lagi


Menceritakan situasi semakin genting apabila orang Inggeris yang di ketuai oleh Syres sering
datang ke Lubuk Terua. Kedatangan Syres telah mengundang persoalan pada ‘Aku’, Samad,
Rahman dan Awang Muhamad. Lajis menjelaskan Datuk Bahaman telah membuat
perancangan untuk membuat bengkel membuat senapang dan segala bahan telah diatur
dengn teliti. Lajis juga telah ditugaskan sebagai pengintip di Kuala Semantan untuk
mengawasi gerak-geri Inggeris.

Bab 6 : Kedatangan Mat Kilau


Penduduk Semantan berkumpul di masjid untuk bacaan Yassin dan solat Mahgrib. Semasa
berkumpul mereka telah didatangi oleh Mat Kilau. Mat Kilau diutuskan oleh ayahandanya
untuk menyampaikan hasil mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan orang-orang besar di
Pulau Tawar. Datuk Bahaman tidak dijemput ke mesyuarat itu.
Mat Kilau menyatakan Syres mengadu kepada sultan yang Datuk Bahaman tidak memberi
kerjasama untuk membina rumah pasung. Selain itu, sultan dipaksa membuat membuat
pengisytiharan yang Datuk Bahaman telah menderhaka. Sultan telah diingat untuk membuat
pengisytiharan dan segala pangkat dan kuasa Datuk Bahaman telah ditarik balik. Keadaan ini
telah membuatkan Datuk Bahaman semakin rasa tercabar.

Bab 7 :Retak Menanti Belah


Kehilangan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail sewaktu mengail ikan di sungai
Semantan telah mengundang pelbagai persoalan. Kedatangan Lajis telah menjawab
persoalan akan kehilangan mereka. Rupa-rupanya mereka telah ditangkap oleh Inggeris
kerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk membawa rotan.
Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Iman Perang Weh telah mengetuai usaha
pembebasan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail. Akhirnya mereka Berjaya dibebaskan
dan Datuk Bahaman mengerti tindakannya akan menyebabkan Inggeris memburunya nanti.

Bab 8 : Darah Titik di Semantan


Persiapan untuk membuat senjata telah dilakukan oleh Datuk Bahaman dan anak buahnya.
Mereka telah menjual rotan manau di Batu Hampar bagi mendapat sumber kewangan untuk
membayar besi laras senapang dan ubat bedil dari saudagar singapura.
Telah berlaku kejadian Pak Long Abas dan Ismail telah ditahan oleh Desborough semasa
membawa rotan untuk dijual tanpa surat kebenaran. Desborough telah menyatakan akan
menangkap dan membunuh Datuk Bahaman. Mereka telah di tembak oleh orang-orang
Desborough. Hanya Pak Long Abas Berjaya menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke
rumah Datuk Bahaman untuk memberitahu kejadian tersebut. Kesan daripada kejadian
tersebut Datuk Panglima Raja,Iman Perang Weh dan penduduk semantan telah menjadi
semakin bersemangat untuk menentang Inggeris ke titisan darah terakhir dan sentiasa
menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman telah mengingatkan anak buah bersiap sedia
untuk menentang Inggeris apabila mereka tiba di Lubuk Terua
TEMA:
Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi
mempertahankan tanah air.

Contoh:
Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menentang pihak Inggeris kerana mencabuli
perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan.

PERSOALAN:

Kerjasama dalam menghadapi penjajah.


 Zahid berkerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris.
 Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman
sedang menawan Lubuk Terua.

Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.


 Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris.
 Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak
Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan.

Kesetiaan kepada negara.


 Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah
air daripada penjajah.

Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.


 Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat
bantuan dan keberkatan.

Kepentingan mendengar arahan ketua.


 Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan
bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang
buluh runcing tersasar pada sultan.
WATAK DAN PERWATAKAN DARAH TITIK DI SEMANTAN:
Watak Perwatakan Contoh
Zahid seorang yang pandai Dia berjaya membaling buluh runcing
watak utama dalam menentang musuh. tepat pada belakang seorang pihak
novel ini. Inggeris.

seorang yang patuh Selepas solat, dia akan berdoa kepada


kepada ajaran agama. tuhan supaya tuhan memberkati
perjuangannya menentang penjajah.

seorang yang berani. Dia berani menentang dua orang pemuda


yang sedang mengganggu Kak Minah.

seorang yang Dia mempunyai prinsip dimana anak


mempunyai semangat muda mestilah mengangkat senjata
berjuang yang tinggi. sekiranya diancam oleh pihak Inggeris
manakala ibu bapa tidak boleh
menghalang anak-anak mereka daripada
berjuang. Anak-anak muda tidak boleh
mati di atas tilam.

seorang yang Dia dan kawan-kawan akan melakukan


mementingkan tugas seperti menjaga kawasan dan
semangat setia kawan. menjaga kubu bersama-sama.

Datuk Bahaman seorang yang Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga


orang kaya bertanggungjawab kerajaan dan bangsa Melayu.
Semantan melaksankan amanah
mempunyai 2 anak yang dipikul.
iaitu Mat Lela dan seorang yang tidak Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air
Awang Muhammad mementingkan mata apabila gelaran dan pangkat telah di
pembesar negeri. pangkat dan gelaran. tarik semula oleh Sultan. Namun,
perjuangan menentang pihak Inggeris
tetap diteruskan
seorang yang berani. Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk
Terua seorang diri setelah mendapat tahu
pihak Inggeris membakar kampung-
kampung di Semantan. Dia telah berjaya
membunuh banyak mata-mata pihak
Inggeris walaupun seorang diri.

seorang yang Semasa di Johor,Datuk Bahaman telah


mementingkan menolak tawaran Gabenur Singapura
kebajikan rakyat. untuk memberikan 500 sebulan supaya
berhenti menentang pihak Inggeris.
Namun, Datuk Bahaman memilih
berjuang bersama rakyat.

seorang yang Datuk Bahaman akan berpegang pada


berpegang pada janji. janji walaupun terpaksa hidup menderita
dan anaknya mati.

Samad seorang yang berani. Samad mengingatkan rakan-rakanyan


Rakan kepada dimana mereka haruslah berani dalam
Zahid,Rahman dan perjuangan pada setiap masa.
Awang Muhammad.
Pernah ditangkap seorang yang pandai Samad telah berpura-pura menjadi budak
oleh Pihak Inggeris menyimpan rahsia. bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh
kerana membawa menceritakan perkara yang sebenar.
rotan.
seorang yang Samad telah melarang rakan-rakanya
bijaksana mengatur merosok pokok-pokok di tebing supaya
strategi. mudah untuk mengintip musuh.

seorang yang Samad dan rakan-rakannya bekerjasama


mempunyai semangat membina kubu.
kerjasama

Mat Lela seorang yang Mat Lela bersetuju dengan bapanya


Umurnya hendak berfikiran terbuka dimana perjuangan harus menggunakan
meningkat ke 30 strategi dan akal fikiran.
tahun.
Anak Datuk seorang yang Mat Lela berterus terang dimana dia tidak
Bahaman dan berterus-terang. mempercayai janji sultan dan
abang Awang berpendapat sebaliknya itu sebagai
Muhammad muslihat.
Terkena tembakan
di peha namun
dapat diselamatkan
Lajis guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
Baru berkahwin dengan Kak Minah.
Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di
Kuala Semantan.
seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat dengan
Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata.
seorang yang taat pada perintah agama.
BINAAN PLOT

Permulaan
Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad sedang menuju ke Masjid Lubuk Terua. Zahid
terkenang akan sikap Datuk Bahaman yang banyak berubah. Selepas sembahyang, Datuk
Bahaman berucap tentang Inggeris yang telah menjajah tanah air mereka.

Perkembangan
Inggeris telah membina kubu di Lubuk Terua. Pak Long Abas mencadangkan supaya mereka
bertindak tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman dengan alasan persiapan belum cukup. Kira-
kira dua minggu kemudian, Zahid ternampak dua buah perahu yang membawa seorang
Inggeris dan diapit oleh tiga orang mata-mata Sikh. Samad hendak menyerang mereka tetapi
dihalang oleh Awang Muhammad.

Perumitan/Konflik
Pada bahagian ini, berlaku pergaduhan antara Zahid dan rakan-rakannya dengan dua orang
pemuda Melayu yang cuba menceroboh isteri Lajis. Datuk Bahaman pula difitnah oleh
Inggeris. Inggeris mengatakan bahawa Datuk Bahaman telah menderhaka kepada sultan. Pak
Long Abas, Ismail dan Samad ditangkap Desborough. Datuk Bahaman telah menyelamatkan
mereka. Sekali lagi Pak Long Abas dan Ismail ditangkap Desborough. Pak Long Abas dapat
menyelamatkan diri tetapi Ismail tidak dapat menyelamatkan diri. Datuk Bahaman menyusun
strategi perang terhadap Inggeris. Desborough datang dengan lima puluh orang mata-mata
Sikh. Mereka telah di tewaskan oleh pasukan Datuk Bahaman. Peperangan telah bermula.
Rodger mudik bersama dengan sultan dan Tengku Ali. Datuk Bahaman dalam dilema.
Perjanjian dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian itu, askar-askar
sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk Bahaman juga akan menembak ke
udara.

Puncak/Klimaks
Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengishtiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai
penderhaka kerana dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang dikurniakan sultan kepada
Datuk Bahaman telah ditarik semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap oleh Inggeris
tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman.Kemudian, Pak Uda Ismail telah dibunuh oleh
Inggeris. Datuk Bahaman menjelaskan bahawa Inggeris,mata-mataInggeris dan askar-askar sultan
yang diketuai oleh Tengku Ali akan mudik ke Semantan.Tuk Selampit menjadi marah kerana Datuk
Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan. Askar-askar
sultan mungkir janji dimana mereka tidak menembak ke udara dan sebaliknya telah menembak Mat
Lela,Awang Muhammad dan pengikut Datuk Bahaman.Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman
membalas serangan pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat
terlalu marah terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perah Weh telah
menyerah diri dan akhirnya mereka dibunuh oleh ketua askar sultan.
Peleraian
Ramai perajurit Semantan telah gugur dan mereka telah berundur ke Darat Kelubi. Pihak Inggeris dan
askar-askar sultan sangat gembira. Mat Kilau membawa surat bahawa penduduk Semantan telah
mendapat pengampunan sultan kecuali Datuk Bahaman. Penduduk kampung Semantan telah pulang
ke rumah masing-masing selepas Datuk Bahaman mengarahkan Pak Cik Hassan Tahmid
menghebahkan berita tersebut. Zahid dan Samad telah pulang ke Lubuk Terua. Rahmad pula tinggal
bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi. Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus
ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata
Inggeris dan askar sultan yang diketuai Wise datang mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi
tidak dijumpai. Rumah penduduk tempatan dibakar dan terdapat penduduk yang mati ditembak.
Khabarnya,Datuk Bahaman telah kembali semula di Lubuk Terua lalu membunuh mata-mata Inggeris.
Selepas peristiwa itu, Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.
TEKNIK PLOT DARAH TITIK DI SEMANTAN:

1) Teknik pemerian.
 Gerak laku Datuk Bahaman selepas sembahyang dan berdoa,
 Contoh: Selepas solat, Datuk Bahaman melangkah ke ruangan mimbar merenung
wajah jemaah yang belum pulang.

2) Teknik dialog.
 Dialog Mat Kilau dan Datuk Bahaman
 Contoh: "Tapi saya fikir,patut juga Clifford tidak menjemput Datuk ke mesyuarat itu".
Kata Mat Kilau kepada Datuk Bahaman.

3) Teknik imbas kembali.


 Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua bersama dengan Samad, Rahmad dan Awang
Muhammad, Zahid terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah sikap.

4) Teknik imbas muka.


 Awak Muhammad memikirkan gerakan yang akan dilakukan Zahid dan Rahmad
semasa ketiadaan Rahman.

5) Teknik monolog dalaman.


 Zahid teringat kata-kata Pak Long Abas bahawa dia ternampak perahu pihak Inggeris
membawa mata-mata dan papan serta nipah.

6) Teknik kejutan.
 Imam Perang Weh menyerah diri selepas kecewa dengan Datuk Bahaman.

7) Teknik saspens.
 Peristiwa yang berlaku dimana Zahid dan rakan-rakan terdengar suara jeritan
meminta tolong.
LATAR DARAH TITIK DI SEMANTAN:

a) Latar Masa

1) Hari Jumaat
Contoh: Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari jumaat.

2) Pada waktu pagi


Contoh: Zahid memikirkan untuk mendalamkan kubu pada pagi itu.

3)Pada waktu tengah hari


Contoh: Zahid,Samad, Awang Muhammad makan nasi dengan lauk ikan kelah bakar.

4)Selepas waktu maghrib


Contoh: Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat
maghrib.

5)Musim ikan temberlian bertelur


Contoh: Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan kerana
waktu itu merupakan musim ikam tembelian bertelur.

6) Zaman pemerintahan Inggeris


Contoh: Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu,negeri mereka telah diambil
oleh Inggeris.

b) Latar Tempat

1) Lubuk Terua
Contoh: Zahid dan kawan-kawan berjalan ke masjid yang terletak di Lubuk Terua.
2)Lubuk Sengarat
Contoh: Zahid dan kawan-kawannya akan menggali kubu di Lubuk Sengarat.
3)Johor
Contoh: Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar
Pahang menghadap Sultan Johor.
4)Rumah Pasung Temerloh
Contoh: Mata-mata Inggeris meletakkan mayat Pak Uda Ismail di rumah pasung.

5)Kubu
Contoh: Sebuah kubu dibina oleh Zahid dan kawan-kawannya untuk menentang
Inggeris.

c) Latar Masyarakat

1) Masyarakat golongan penjajah Inggeris


Contoh: Masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang,seperti
Rodger,Clifford dan Syres.

2) Masyarakat mata-mata Inggeris dari India dan Benggala.


Contoh: Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk
menakut-nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris.

3)Masyarakat yang menentang penjajah Inggeris


Contoh: Mat Lela menentang penjajah Inggeris.

4) Masyarakat yang mementingkan agama


Contoh: Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal agama.

5) Masyarakat yang mengenang jasa


Contoh: Datuk Bahaman mengenang jasa Pak Long Abas
GAYA BAHASADARAH TITIK DI SEMANTAN:

1) Diksi
a) Bahasa istana
Contoh: Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan dan bersemayam di sana.

b) Bahasa klasik
Contoh: Datuk Bahaman berhenti kira-kira 5 hasta dari pintu pagar rumah pasung
itu.

2) Simile
Contoh: Bahagian tengah pisang itu hancur seperti kena tikam.

3) Personifikasi
Contoh: Matahari memancar dengan gagahnya di kaki langit timur.

4) Peribahasa
Contoh: Biarlah, Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

5) Sinkope
Contoh: Tak guna kita tunggu di sini.

6) Metafora
Contoh: Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah.

7) Inversi (ayat songsang)


Contoh: Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin pakaian.
NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

1. Pengorbanan.
Contohnya, Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban untuk
membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.
2. Menepati janji.
Contohnya, Datuk Bahaman menepati janji antara beliau dengan sultan.
3. Keberanian.
Perajurit-perajurit Datuk Bahaman telah berjuang menentang penjajah Inggeris dengan
berani.
4. Ketegasan
Contohnya, Datuk Bahaman sangat tegas sewaktu memimpin pasukan perangnya.
5. Kebijaksanaan
Contohnya, Datuk Bahaman meregang rantai besi di dalam sungai untuk memerangkap
musuh-musuhnya.
6. Setia kawan
Contohnya, Datuk Bahaman berusaha menyelamatkan orang-orangnya yang ditangkap
Inggeris.
7. Cinta akan negara
Contohnya, Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup melakukan apa-apa sahaja
demi tanah air tercinta.
8. Kepatuhan
Contohnya, para pengikut Datuk Bahaman patuh akan arahan beliau.
Pengajaran

1. Kita hendaklah mencintai tanah air kita dengan sepenuh jiwa kita. Contohnya, Datuk
Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan
tanah air yang tercinta.
2. Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Contohnya, Zahid dan rakan-rakannya berlatih silat dan bermain senjata untuk
menghadapi Inggeris. Rahmad dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu runcing.
3. Kita hendaklah memiliki sifat kepemimpinan yang baik. Contohnya, Datuk Bahaman
mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi dalam memimpin pasukan perajuritnya
untuk menentang Inggeris.
4. Kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam bertindak. Contohnya, Datuk Bahaman
berhati-hati dalam tindakannya menghadapi penjajah Inggeris.
5. Kita hendaklah menepati janji. Contohnya, Datuk Bahaman telah menepati janjinya
dengan sultan. Datuk Bahaman mengarahkan para pengikutnyanya menembak ke udara
semasa bertempur dengan askar-askar sultan.

You might also like