You are on page 1of 3

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

SEKOLAH KEBANGSAAN PIANGGU


Bil. 1 Tahun 2022

Tarikh : 24.03.2022

Masa : 2:00 petang

Hari : Khamis

Tempat : Makmal komputer

KEHADIRAN:

1. Pn. Shamsiah binti Jamil ( Guru Besar SK Pianggu )

2. En Azhar bin Yasin ( PK Hal Ehwal Murid )

3. Pn Rokiah binti Safar ( PK Pentadbiran )

4. Pn Fariza binti Eali ( Setiausaha Jawatankuasa RMT )

5. Pn Roslina binti Abu Bakar

6. Pn.Siti Munirah binti Wan Nek

7. En. Ahmad Fahmi bin Abdul Halim

PERKARA:

1. PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat


adalah untuk memilih menu makanan yang dicadangkan oleh JPN bagi murid yang
menerima skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sesi persekolahan tahun
2022. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru RMT kerana meluangkan
masa menghadiri mesyuarat ini.

2. PERKARA DIBINCANGKAN

2.1 Kelulusan permohonan bantuan RMT bagi tahun 2022 murid tahun 2
hingga tahun 6.Mesyuarat memutuskan bahawa seramai 200 orang murid
diperakukan lulus bagi menerima bantuan RMT tahun 2022 .

TAHUN LAYAK
2 44 orang
3 41 orang
4 34 orang
5 33 orang
6 48 0rang

2.2 Penyediaan makanan.

2.2.1 Mesti mencukupi dengan jumlah murid seramai 200 orang.

2.2.2 Kuantiti mesti sesuai dengan kadar 2.50 sen untuk seorang murid.

2.2.3 Murid-murid RMT akan menerima makanan pada waktu rehat ,iaitu
9:40 pagi bagi tahap 1 dan 10:10 pagi bagi tahap 2 .

2.2.4 Guru bertugas harian diminta mencatat laporan harian RMT pada
waktu rehat dan melaporkan tentang masalah RMT kepada Guru
RMT atau PK Hem.

2.2.5 Menu dipilih di antara 20 menu yang telah ditetapkan .

Tindakan: Guru bertugas harian


3. HAL - HAL LAIN

Edaran surat setuju terima RMT telah diedarkan kepada murid-murid.

4. PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terimakasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.


Mesyuarat di tangguhkan pada jam 3:00 petang.

Disediakan oleh :

………………………………………………
Fariza binti Eali
Penyelaras RMT
SK Pianggu

You might also like