You are on page 1of 18
TERHAD 02/1 Bahasa Melayu PT3 2019 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 UJIAN BERTULIS Soe 1 jam 30 minit 1. Buka kertas peperiksaan ini ‘Untuk Kegunaan Pemeriksa apabila diberitahu. Nama Pemeriksa: 2.Tulis mama dan angka giliran anda pada ruang| Markah | Markah yang disediakan. Bahagian |Soalan | penuh | Diperoleh 3. Kertas peperiksaan intl a [1-20] 20 mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian 1 3 B, dan Bahagian C. 7 4. Jawab semua soalan dalam} B Bahagian A dan Bahagian B 3 10 serta satu soalan daripada , Bahagian C. a0 5. Bagi soalan Bahagian A] © 1 15 hitamkan — jawapan yang | Pit satu) | betul pada helaian jawapan e yang disediakan pada halaman —akhir —‘kertas chem @ peperiksaan ini, manakala bagi soalan Bahagian B, dan Bahagian C, jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. a Kertas —_peperiksaan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. {Lihat halaman sebelah TERHAD 2 0/1 Bahagian A [20 markati] [Masa dicadangkan: 30 minit] Soalan 1-4 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai, 1 Bantuan yang diberikan oleh kerajaan _______ dapat meringankan beban mangsa banjir itu, A. seelok-eloknya B sebaik-baiknya C setidak-tidaknya D__ seboleh-bolehnya 2 Pihak majikan dinasihati agar tidak berasa curiga _______ kejujuran_pekerja bawahan. A. tentang B demi C pada D oleh 3. Ramlah tertarik oleh kehijauan pokok padi yang —_____ ditiup angin. A terliuk-liuk B terayun-ayun Cs terkulai-kulai D _ terbuai-buai 4 Para penyokong pasukan badminton itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka memenangi pertandingan itu semakin A. genting B getir Cc tipis D_ runcing (Lihat halaman sebelah oan TERHAD TERHAD 3 on Soalan 5-6 Ayar-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai, 5 Peniaga-peniaga makanan perlu memastikan supaya makanan yang dijual kepada A % orang ramai adalah bersih daripada kekotoran. Tiada kesalahan. Cc 7 6 Piha kerajaan telah menyusun pelbagai dasar bagi memperkasakan usaha untuk A B ouaLat kemiskinan di luar bandar. Tiada kesalahan D Soalan 7-8 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 7 I Suaranya menjadi sebak akibat terlalu banyak makan aiskrim. Il Akibat demam selesema, pernafasan Azmi terganggu kerana hidungnya sebak. IIL Sebaik-baik sahaja mendengar berita itu, dia berasa sebak dan hampir menangis. IV Longkang itu menjadi sebak kerana air tidak dapat mengalir dengan lancar. A [dan II sahaja B Idan IV sahaja C1, Idan Il sahaja D1, Idan IV sahaja Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan. Tl Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti. TI Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis. TV Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan mangsa kebakaran. Idan II sahaja II dan IV sahaja 1, Il dan II sahaja If, II dan IV sahaja ~ [Lihat halaman sebelah 02 TERHAD TERHAD 4 02 Soalan 9 - 10 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan 9 10 Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. A. dari tahun ke setahun B_ daripada tahun ke tahun C daripada setahun ke setahun D dari setahun ke setahun Ketika sedang berehat, ibu membawa untuk ayah secawan Kopi sebagai hidangan minum petang, A terbawa ayah secawan kopi B_— membawakan ayah secawan kopi C dibawakan secawan kopi untuk ayah D_ membawa untuk ayah secawan kopi Soalan 11-12 Pilih ayat-ayat yang betul. = I Jalan raya ke Kampung itu paling sunyi sepi sekali selepas jam 12.00 tengah malam. IL Walaupun dia bukan sangat pandai, dia tidak membantu rakan-rakannya. IL Parasnya yang kemelayuan menyebabkan pelakon itu diminati di Malaysia. TV Sudah letih lesu badannya ketika dia ditemui terdampar di pinggir pantai. T dan II sahaja II dan IV sahaja I, I dan If sahaja IL, I dan IV sahaja var {Lihat halaman sebelah 5 oz |-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. ‘Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-ist semasa. Beberapa pintu rumah kedai itu telah dibeli oleh seorang usahawan untuk dijadikan Mm bengkel kereta. IV Kita tidak boleh terlalu bergantung pada ihsan orang lain dalam mencapai matlamat hidup. A Tdan I sahaja B_ iff. dan IV sahaja C1, Idan TM sahaja Dl, Ul dan IV sahaja Soalan 13 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 13. Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh, kecuali saw seperti itik pulang petang. seperti belut pulang ke lumpur. tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua. berapa tinggi terbangnya bangau, akhimnya hinggap ke belakang kerbau juga. (Lihat halaman sebelah TFRHAD TERHAD 6 02/1 Soalan 14 - 17 berdasarkan petikan drama di bawah. ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah dan dua orang anaknya. PAKMAIL — ; Terima kasiflah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati, Hari ini dia pulang dari asrama. ENCIK MUSA : Mengapa begitu, Pak Mail? PAKMAIL — : Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca tetap untuk membantu persekolahan cucu saya. Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini. DATUK PENGHULU : Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu _untuk menyara keluarga. PAKMAIL —: Betul, Tuk. ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan sekeping cek yang bemilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di manakah Puan Fauziah sekarang, Pak Mail? PAK MAIL _ : Diadi dalam agaknya. (Memanggil) Fauziah! FAUZIAH —: (Dari dalam) Ya, ayah. PAKMAIL — : Keluar sekejap. FAUZIAH _ : Baik, ayah. (FAUZIAH keluar) ENCIK MUSA : Begini, Puan Fauziah, Kami datang untuk menyampaikan sekeping cek bantuan untuk Keluarga puan. (Bangun untuk menyampaikan cek itu) Jadi terimalah cek ini, (Mengunjukkan sekeping cek) FAUZIAH + (Sambil menerima) Terima kasih, encik. (Mengesat air matanya) Dipetik dan diubah suai daripada drama ‘Hadiah’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia [Lihat halaman sebelah on TERHAD TERHAD i 02/1 14 Apakah masalah utama yang dihadapi oleh Pak Mail? A Masalah pencen bulanannya. B Kepulangan cucunya dari asrama. C Kematian menantunya Sarjan Akhbar. D Masalah kewangan persekolahan cucunya. 15 Yang berikut merupakan perwatakan Encik Musa, kecuali A. bertanggungjawab B__ penyayang C_ prihatin D amanah Pak Mail telah mendapat bantuan tanpa diduga sewaktu beliau benar-benar memerlukannya. 16 Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah A bagai tikus jatuh ke beras. B__ bagai si kudung mendapat cincin. C__ keeil tapak tangan, nyiru ditadahkan. D__ orang mengantuk disorongkan bantal. 17 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan drama di atas? A. Hayati terpaksa pulang ke rumah kerana menghadapi masalah di asrama. B Pak Mail telah menerima cek bantuan yang disampaikan oleh Encik Musa. C Datuk Penghulu berjanji akan berusaha untuk menyelesaikan masalah Pak Mail. D Cek bemilai sepuluh ribu ringgit merupakan sumbangan peribadi Encik Musa kepada Fauziah. ‘TERHAD 8 on Soalan 18 - 20 berdasarkan petikan cerpen di bawah. ‘Anak bongsu Mak Piah itu persis raut ibunya. Saya tidak perlu banyak bertanya kerana dia menjawab lebih daripada yang disoal. Daripada kekesalan abangnya yang merelakan kongkongan isteri sampailah kepada kepiluan hatinya tidak diizin suami membantu ibu membersihkan rumah selepas banjir. Khabarnya, wanita tua itu tergelincir jatuh dan kepalanya cedera, Setelah tubuhnya kaku, barulah jenazah ditemui tetangga, “Dua hari sebelum itu, dia bercerita kepada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan semasa banjir melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya.” Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata Arwah Mak Piah yang banjir dengan kebahagiaan. “Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada mak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak berapa dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham.” Saya membiarkan Nana meluahkan emosi. Matanya bertakung ladungan air. “Mulianya hati mak. Sanggup berbohong kepada masyarakat. Mak julang nama saya, anak yang tak bertanggungjawab ini, Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur... tak pemah pun. Saya tak bagi apa-apa. Sunggub.” 18 Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’, antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Maksud rangkai kata persis raut ibunya ialah ‘A. serupa benar wajah emaknya B _ setanding muka emaknya C__ secantik wajah emaknya D setara muka emaknya [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 9 02/1 19 Antara yang bs 20 O2st crikut yang manakah merupakan cerita Mak Piah tentang Nana kepada jiran-jirannya? A B c D Ni Nana menelefonnya untuk bertanya khabar Nana melaksanakan tanggungjawabnya sebaga Nana menghantar makanan kepadanya sewaktu banjir melanda mentaati suaminya anak Berdasarkan petikan cerpen, Mak Piah digambarkan sebagai seorang yang A B c D jujur patuh peramah bertanggungjawab [Lihat halaman sebelah TERHAD TERHAD * 10 on Bahagian B [25 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] 1 Dalam setiap iklan di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan, Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula, o Gi) SK TAMAN DUTA Pemberitahuan: Pendaftaran murid-murid prasekolah Tahun 2020 Tarikhh : 27 Desember 2019 Masa: 8.00 pagi Tempat_: Dewan Blok A, Air Minarel Semula Jadi Sk Taman Duta Jenis punca air : Air bawab tanah Isi padu minimum 500 ml Kerjasama ibu bapa dan penjaga Diluluskan oleh: untuk hadir mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia tersebut amat dihargai. Rouen (i) Peluang Pekerjaan Jawatan : Juruteknik Warga negara Malaysia yang berminat dipelawa untuk hadir ke sesi temu duga terbula seperti ketetapan berikut: Tarikh ; 10 November 2019 Masa : 9.00 pagi ~ 4.00 petang Tempat: Ibu Pejabat Tenaga Nasional Kuala Lumpur (is ailiesecaiccians vcenesulenenasiaeesnleeeensene, 0g Ge [3 markah] [Lihat halaman sebelah . TERHAD 2A * | TERHAD ct oan 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. () Kerajaan telah mengumumkan cuti umum bersempena dengan istiadat pelantikan Yang di-Pertuan Agong. (ii) Kehilangan pendaki gunung dari lar negara itu telah dilaporkan oleh rakan-rakannya ke pihak polis. [2 markah] [Lihat halaman sebelah TERHAD, TEI 3 AL : 12 02/1 Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kenudian jawab soalan-soalan yang berikumya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Petikan 1 “Kebetulan pada hari itu, Lim Meng yang baru balik dari sekolah nampak Lim Foong terkapai-kapai kerana lemas. Lim Meng cuba turun untuk menolong menyelamatkan Lim Foong tetapi dia pula yang leas. Dia dah tak menghiraukan keselamatannya lagi asalkan abangnya selamat. Mujur Sudin ada di situ. Dialah yang menyelamatkan Lim Meng. Sudin tak mengira Lim Foong itu bangsa apa, agama apa untuk ditolongnya. Dia ikhlas menolong Lim Meng tapi sayangnya dia tidak sempat menyelamatkan Lim Foong,” Sim Pau menangis lagi mengingatkan peristiwa lama itu. Dipetik daripada Cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’ antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia Petikan 2 ‘Amir memicit-micit sampul itu dan sablah bahawa isinya ialah wang. Amir mengeluh. “Janganlah begini, Toh Seng. Kami tidak boleh menerima wang ini,” kata ‘Amir, Kali ini, Toh Seng pula yang mengeluh. “Amir, kita hidup bersama-sama. Masa senang kita hadapi bersama-sama, Masa susah pun mestilah kita hadapi bersama-sama juga, Ambillah duit itu. Niat kami hendak membantu sahaja,” Kata Toh Seng, sedikit kesal dengan sikap Amir yang tidak mahu menerima bantuan itu. Masing-masing terdiam. “Ambillah duit itu, Amir, Awak boleh menggunakannya sebagai modal untuk berniaga nanti,” kata Toh Seng. Dipetik dan diubah suai daripada novel, Kasih Sahabat karya Alias Derait, buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, KSSM 13 oun ‘an 1 dan Petikan 2, nyatakan tindakan yang diambil oleh Sudin dan Toh Seng ketika membantu rakan mereka dalam kesusahan, [3 markah] 2 Nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut, (3 markah} 3. Perpaduan antara kaum akan memberikan banyak Kebaikan kepada masyarakat dan negara kita. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara kita? [4 markah] {Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD : 14 om 4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya ‘bdullah (iv) Chot, karya Azizi Haji Nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah karya digambarkan menerusi peristiwa peristiwa yang dilalui oleh watak-watak dalam karya tersebut Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan watak yang telah ditetapkan. Kegigihan Kegigihan Kasih sayang JUSTERU IMPIAN DIJARING HEMPASAN, OMBAK TAWANAN KOMANDER CAUCASUS, [10 markah] [Lihat halaman sebelah cA TERHAD TERHAD. : 15 02st 02/1 (Lihat halaman sebelah TERHAD TERHAD 16 Ot Bahagian C [15 markah] [Masa dicadangkan : 15 minit| Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2. 1 Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis wlasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. JOM BERCUTI KUALA LUMPUR — PADANG BESAR (PERLIS) KUALA LUMPUR - KUCHING KERETA API/ ETS KAPAL TERBANG HARGATIKET MASA HARGA TIKET MASA BERTOLAK BERLEPAS DEWASA | KANAK-KANAK DewasA | KANAK-KANAK Rwaa.00 | RM44.00 | 730 PAG! RM320.00 | RM240,09 | 200 PETANG 02/1 KUALA LUMPUR - JOHOR BAHRU BAS EKSPRES HARGATIKET MASA BERTOLAK DEWASA | KANAK-KANAK rm43.o0 | rm30.00 | 30 PAGE (Lihat halaman sebelah TERHAD TERHAD 17 02/1 {Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 18 7 02/4 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang khasiat-khasiat daun kari. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pokok kari atau nama saintifiknya Murayya Koenigil merupakan tumbuhan herba yang terdapat di hutan dan tanah tandus di sekitar negara India. Namun kini, pokok yang daunnya sering digunakan dalam masakan ini amat mudah didapati di negara-negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Penggunaan daun Kari dalam pelbagai cara memberikan seribu satu kebaikan kepada kita. Walaupun daun kari dikatakan sinonim dengan masakan, namun sebenarnya daun kari berkhasiat untuk merawat kecederaan pada kulit seperti lecur, lebam dan luka. Di samping itu, daun kari segar yang dimakan begitu sahaja dapat dijadikan sebagai ubat bagi orang yang dijangkiti penyakit bawaan air seperti taun dan disenteri. Orang yang mengalami kekurangan kalsium dalam badan dan menghidapi osteoporosis disarankan untuk menambahkan daun Kari dalam diet mereka kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Daun kari tidak hanya digunakan dalam bentuk daun segar, malah boleh dijadikan jus bersama dengan perahan lemon dan gula bagi mengurangkan kesan mabuk bagi wanita hamil. Manakala daun kari yang dididihkan dengan minyak masak dapat dijadikan tonik rambut untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat. Berdasarkan kajian, daun kari mengandungi banyak nutrien yang penting bagi tubuh seperti protein, kalsium, serta kaya dengan asid oksalik dan pelbagai jenis fitokimia. Kandungan pelbagai nutrien ini menjadikan daun kari berupaya untuk merawat penyakit kencing manis dan mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Jelaslah bahawa pokok kari mempunyai pelbagai manfaat. Namun, kajian yang mendalam perlu dijalankan untuk mengoptimumkan potensi pokok kari agar produk yang terbaik dapat dihasilkan seterusnya memberikan manfaat kepada manusia sejagat. Dipetik dan diubah suai daripada “Pelbagai Khasiat Daun Kari’, Dewan Kosmik bil. 2, 2017

You might also like