You are on page 1of 9

PETIKAN 1 – Rencana

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.
Manfaat penggunaan Internet
Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara
kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Penggunaan internet juga bertambah dalam
kalangan rakyat disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook,
Friendster, My Space dan Tagged. Persoalanannya, apakah manfaat-manfaat penggunaan
internet kepada masyarakat.
Salah satu daripada manfaat penggunaan internet ialah dapat mencari dan mengumpul
maklumat dalam masa yang singkat. Pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang
dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan
akan tertera di skrin komputer. Sebagai contoh, kita boleh mencari maklumat berita terkini di
akhbar atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online dan News Strait
Times. Secara tidak langsung, penggunaan internet memudahkan kita mengumpul maklumat
daripada pelbagai sumber dengan cepat dan mudah.
Selain itu, kita juga dapat menyelesaikan pelbagai bil dan urusan perbankan melalui
kemudahan internet di rumah. Tamsilnya, bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank
dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara atas talian kepada para pelanggan untuk
memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan wang secara atas talian.
Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan
internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. Oleh itu, kita perlu
memanfaatkan penggunaan internet kerana mampu memberikan seribu satu macam
kemudahan kepada pengguna jika digunakan sebaiknya.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Manfaat Penggunaan Internet dalam Kehidupan”
Sumber Internet

1
PETIKAN 1
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen yang diperdengarkan

1. Nyatakan dua rangkaian jaringan sosial lain yang menyebabkan penggunaan internet
semakin meningkat

i. My Space
ii. Tagged
iii. _______________________________________________________________
iv. _______________________________________________________________
[2 markah]

2. Nyatakan peribahasa yang terdapat dalam rencana tersebut?

_____________________________________________________________________
[1 markah]

3. Apakah manfaat penggunaan internet?

_____________________________________________________________________
[2 markah]

4. Apakah enjin pencaraian yang digunakan untuk mencari maklumat menggunakan


internet?

i.____________________________________________________________________
ii.___________________________________________________________________
[2 markah
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5

5. Berikut merupakan akhbar atas talian untuk mendapatkan maklumat terkini kecuali ?

A. Utusan Malaysia Online


B. Berita Harian Online
C. News Strait Times.
D. Kosmo Online
[1 markah]

6. Apakah laman web kerajaan yang digunakan untuk membuat pembayaran bil air, bil
api dan bil elektrik secara atas talian ?

_____________________________________________________________________
[1 markah]

2
PETIKAN 2 – Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia,
harganya sekitar RM500.00. Jaket itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang
berjaya menjualnya kepada Shahmeen. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepadaku
kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.

Aku juga menggambarkan tidak praktikal jaket itu digunakan di Malaysia, tidak
sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat
sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak, jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang.
Tiba-tiba tercetus hasrat untuk memanjangkan rasa kegembiraan itu kepada orang lain.
Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu aku
kunjungi di tanah air?. Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa
mengalami kerugian. Seratus ringgit pun barang kali terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku
rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya
juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku berharap agar
pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit merupakan sisa orang dan tidak berasa bongkak.

Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada
mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibbah terhadap kijang-kijang
yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.

Dipetik daripada Cerpen


“Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

3
PETIKAN 2 – Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan cerpen berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen yang diperdengarkan

1. Berapakah harga jaket kulit kijang tersebut dalam ringgit Malaysia.

_____________________________________________________________________
[1 markah]

2. Mengapakah jaket kulit itu membawa kegembiraan kepadaku?

Jaket kulit itu membawa kegembiraan kepadaku kerana dapat


__________________________sepanjang perjalanan ke Selat Bhosporus yang
dingin.
[1 markah]

3. Dimanakah aku berhasrat untuk menjual jaket kulit tersebut setelah pulang ke tanah
air?
_____________________________________________________________________
[1 markah]

4. Nyatakan dua cara menjaga jaket kulit kijang tersebut.

i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
[2 markah]

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

5. Mengapakah aku bercadang untuk mendermakan wang hasil jualan jaket kulit tersebut
kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang ?

Sebagai tanda _______________terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi


gaya hidup yang penuh kemodenan
[1 markah]

4
PETIKAN 3 – Artikel : Cabaran Mengajar dalam Talian

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan artikel berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan artikel yang diperdengarkan

Pembelajaran dalam talian sudah tidak asing lagi sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Hal ini menyebabakan para guru dan murid perlu mengubah kaedah pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) secara drastik dengan melakukannya secara dalam talian menerusi
platform seperti Google Meet, Zoom, Whatsapp dan Telegram.

Banyak kemudahan platform dalam pembelajaran yang membantu dalam proses


pembelajaran guru dan murid. Bagaimanapun terdapat pelbagai cabaran dihadapi oleh
pendidik seperti kekurangan alatan elektronik untuk pembelajaran, persekitaran yang kurang
kondusif dan sikap murid yang kurang berdisiplin ketika sesi e-pembelajaran.

Pandemik COVID-19 memberi impak yang paling besar terhadap golongan yang
kurang berkemampuan. Tidak semua ibu bapa mampu membeli peralatan elektronik untuk
semua anak yang bersekolah. Dalam konteks ini, anak-anak perlu berkongsi alatan elektronik
secara bergilir-gilir untuk mengikuti PdPC secara dalam talian. Perkara ini merupakan
cabaran terbesar dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh Perintah
Kawalan pergerakan (PKP) kerana sebahagian murid akan tercicir dalam pelajaran.

Dipetik dan diubahsuai daripada


“Cabaran Mengajar dalam Talian”
Oleh Nabil Baharudin,
Sinar Harian 02 April 2020

5
PETIKAN 3 – Artikel : Cabaran Mengajar dalam Talian

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan artikel berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan artikel yang diperdengarkan

1. Selain whatsapp dan telegram, apakah platform pembelajaran secara dalam talian lain
yang terdapat dalam petikan .

i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
[2 markah]

2. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid dalam melaksanakan proses
pembelajaran dalam talian ?

i. _______________________________________________________________
ii. Murid yang kurang berdisiplin ketika sesi e-pembelajaran.
iii. _______________________________________________________________
[2 markah]

3. Siapakah yang menerima impak paling besar akibat penularan pandemik


COVID-19?

_____________________________________________________________________
[1 markah]

4. Bagaimanakah anak-anak mengikuti pembeajaran secara dalam talian bagi ibu bapa
yang tidak mampu membelikan peranti untuk semua anak yang bersekolah ?

_____________________________________________________________________
[2 markah]

6
PETIKAN 4 – Rencana : Perkhidmatan Grabcar Lebih Menyeluruh

Grabcar ialah kereta persendirian yang didaftarkan untuk mengambil penumpang dan
menerima bayaran. Grab (My Teksi) ialah aplikasi tempahan teksi , kereta dan motosikal
berasaskan telepon pintar termasuk perkhidmatan penghantaran. Anda boleh mendaftar akun
pengguna Grab untuk membolehkan anda membuat pesan Grabcar. Pengguna boleh memilih
sama ada untuk log in menggunakan akaun Facebook, akaun Google atau menggunakan
nombor telefon.

Fungsi Grabcar adalah sama dengan teksi tetapi kadar tambangnya lebih murah dan
tetap walaupun anda menaikinya lewat malam atau melalui jalan yang agak jauh.
Bagaimanapun harga tambang Grabcar akan meningkat pada waktu puncak dan harganya
akan kembali normal selepas permintaan berkurangan.

Sebelum membuat pesanan Grabcar, pastikan anda telah bersedia terlebih


dahulu kerana Grabcar hanya boleh menunggu anda selama lima minit sahaja di lokasi
tempahan. Sekiranya anda sering lewat dan kerap membatalkan tempahan, kemungkinan
akaun anda dibekukan adalah sangat tinggi. Penumpang yang tidak hadir selepas lima minit
pemandu Grab tiba di lokasi, caj tertentu akan dikenakan. Kadar caj yang dikenakan adalah
bermula daripada RM3 hingga RM5 bergantung kepada tempahan yang dipilih.

Aplikasi Grabcar sangat mudah kerana pengguna tidak perlu menunggu lama untuk
menggunakan pengangkutan tersebut berbanding dengan pengangkutan yang lain persis
peribahasa masa itu emas. Perkhidmatan Grabcar beroperasi 24 jam sehari sepanjang minggu.
Grabcar menawarkan perkhidmatan yang sangat mudah dan mesra kepada pengguna.

Dipetik dan diubahsuai daripada


“Perkhidmatan Grabcar Lebih Menyeluruh”
Oleh Nabil Baharudin,
Berita Harian 18 Mei 2018

7
PETIKAN 4
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan

1. Nyatakan dua cara pengguna membuat tempahan Grabcar?.

i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
[2 markah]
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 2

2. Berikut merupakan aplikasi tempahan Grab kecuali


A. Aplikasi tempahan teksi
B. Aplikasi tempahan kereta
C. Aplikasi tempahan makanan
D. Aplikasi tempahan motosikal
[1 markah]

3. Apakah perbezaan kadar tambang yang dikenakan antara teksi dan Grabcar?.

i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
[2 markah]

4. Berapakah caj yang dikenakan sekiranya anda tidak berada di lokasi ditetapkan
selepas lima minit pemandu Grab tiba?

_______________________________________________________________
[1 markah]

5. Apakah yang akan berlaku sekiranya anda sering lewat tiba dilokasi dan kerap
membatalkan tempahan Grabcar ?

_______________________________________________________________
[1 markah]

6. Nyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan rencana tersebut ?

8
_______________________________________________________________
[1 markah]

You might also like